BAB
18 : Airmatanya Mengalir
'P
|
ap’.
Senaskah proposal yang melayang hinggap pada muka Aathifah mengenai tepat di
dahinya. Sedikit kemerahan dahinya dengan balingan itu. Aathifah hanya
memandang Ruwaidi dengan wajah yang menahan marah. Wajah marah Ruwaidi memandang
tepat ke arahnya.
“Ko ni kan sengaja nak buat aku
malu? Sebab ko la kite terlepas semua ni. Sebab ko lambat la, kite terlepas
projek ni. Aku dah cakap ko tu tak payah keje, dok rumah jer bagus.“ Ruwaidi
menghemburkan kemarahannya. Sepasang mata gadis Cina memandang sinis Aathifah.
Senyuman mengejek terpampang di wajah gadis itu. May yang turut ada di
perbentangan itu berdiri berhampiran Ruwaidi.
“Relax
la beb, dah bukan rezeki ko kot. Ko tau la papa aku tu demand sikit. Aku rase proposal ko tu pun okey cuma si Danial punye
yang lebih menarik perhatian papa aku.“ Adam, anak kepada Jutawan Dato’ Afiq
Mustamam bersuara sambil memegang lengan Ruwaidi apabila menyaksikan adegan
itu. Dia tidak betah melihat seorang
wanita sebaik Aathifah diperlakukan sedemikian rupa. Aathifah masih mendiamkan
diri, bersabar. Dia berzikir dalam hatinya.
“Relax
ko kate. Ko bukan tak tahu aku nak sangat projek ni. Bukan sikit tau, billion
beb.“ Ruwaidi memandang Adam.
“Ko ni suka naikkan darah aku jer
la. Dah la buat muka tak bersalah. Ko memang nak kene kan.“ Ruwaidi menarik
kasar tangannya dari pegangan Adam dan menghampiri Aathifah.
‘Pap’ Serentak dengan itu satu
tamparan hinggap di pipi Aathifah. Pedih dan pijar yang teramat dirasakannya.
Mulutnya masih ketat dikunci, hanya tapak tangannya kemas memegang pipi yang
semakin berdenyut kesakitan.
“Hoi! Pe sal main tampar-tampar
pempuan ni? Tak malu ker pukul pempuan. Dah ko yang tak buat ngan elok proposal tu, nak salahkan orang lak.
Cuba ko tengok idea ko tu semuanya dah lapuk la.“ Danial yang baru keluar dari
tandas dan datang semula ke bilik mesyuarat itu untuk mengambil beg bimbitnya
meluru mendapatkan Aathifah. Niat untuk memegang bahu Aathifah termati apabila
Aathifah mula melangkah pergi meninggalkan semuanya. Mujur yang ada cuma mereka
berlima sahaja ketika ini. Danial cuba menyaingi langkah Aathifah dan
telinganya masih dapat menangkap butir bicara Ruwaidi kepada yang lain.
“Oh! Baru aku ingat. Dia ni pakwe
Aathifah, jangan-jangan dia yang bagi maklumat proposal aku ni kat Danial. Siap ko Aathifah aku tak kan lepaskan
ko! Aku akan pastikan ko ngan Danial terima balasan.“ Ruwaidi memekik. Danial
yang terasa dengan kata-kata fitnah Ruwaidi berhenti melangkah dan mendapatkan
Ruwaidi.
“Ko jangan nak tuduh sebarangan
Ruwaidi. Kalau ada bukti tunjukkan. Aku bukannya terdesak sangat sampai nak
buat macam tu. Kalau ko nak sangat aku bagi jer projek tu kat ko. Tapi itupun
kalau Dato’ sudi la nak bagi ko uruskannya.“ Danial menggenggam kemas
jari-jemarinya, menahan api kemarahan yang semakin membara. Senyuman sinis
dilemparkannya kepada Ruwaidi bila mengingati kata-kata terakhirnya. Danial
terus mengejar Aathifah yang semakin hilang dari pandangannya. Tidak tahu
apalagi reaksi Ruwaidi, telinganya hanya dapat mendengar kerusi-kerusi terhempas
jatuh. Malas Danial ambil pusing lagi perkara itu. Yang ada di fikirannya kini hanya Aathifah. Dia
cuba berfikir bagaimana untuk memujuk hati Aathifah yang sedang parah dan sedih
diperlakukan sedemikian rupa.
“Aathifah! Tunggu!“ Laungan Danial
mematikan langkah Aathifah. Dia memalingkan wajah memandang Danial yang berada
sedikit jauh di belakangnya. Senyuman dilemparkannya kepada Danial, cuba
mengusir segala kepedihan dan keperitan yang melanda dirinya tadi.
“Are
you okay?“ Hanya itu yang mampu dituturkan oleh Danial ketika itu. Takut
berkata lebih lagi. Risau kata-katanya menguris hati Aathifah yang telah
terluka tadi, tentunya.
“Saya okey la Danial. Sikit jer tadi
pun. Awak tak balik lagi ker? Saya dah nak balik ni. Tadi pun datang sebab nak
bagi En. Ruwaidi proposal yang dia tertinggal.“ Aathifah cuba memaniskan mulut
bercerita situasinya.
“Sebab tu ke dia marah awak? Tak
logik langsung. Tadi masa awak bagi dia proposal tu pun belum tiba masa untuk
dia bentangkan pun lagi.“ Danial masih tak puas hati.
“Dia memang macam tu. Tapi mungkin
betul apa yang dia cakap. Mungkin juga idea
interior design saya yang menyebabkan kami kalah pada awak. Oh! ya Danial!
Tahniah ye.“ Aathifah mengucap tahniah dengan penuh girang. Danial terpandang
akan pipi Aathifah yang merah seperti pipi yang dikenakan pemerah pipi
berlebihan. Sayu hatinya melihatnya.
“Oh! Interior design itu awak yang buat. Saya suka sangat, idea awak
memang kreatif. Tadi saya dengar Dato’ pun puji. Mungkin dah rezeki saya kot
nak dapat.“ Danial memuji.
“Tapi itu bukan pe yang Dato’ nak.
Saya pun bukan baru kenal Dato’. Dia memang demand
orangnya. Dia pandang pada keseluruhan idea projek ni bukan setakat interior design jer. Tu yang awak yang
dapat. Awak jangan risau saya paham. Eh! Dah lama saya kat sini. Saya balik
dulu. Banyak lagi keje saya ni. Bye “ Aathifah segera berlalu.
“Okey. Hati-hati drive.“ Danial tidak mampu berkata
apa-apa lagi bila mana Aathifah memohon untuk pergi. Danial memandang Aathifah
hingga hilang dari pandangannya. Danial kagum dengan ketabahan Aathifah. Danial
menyambung semula langkahnya menuju ke tempat letak kereta.
“Encik Danial, maafkan saya. Encik
Danial kenal ker Cik Aathifah tadi?“ Seorang wanita bertudung menghampirinya.
“Ye, kenapa?“ Danial kehairanan.
“Tak de, saya tak sempat nak kejar
dia tadi. Ni wallet dia terjatuh tadi
kat dalam bilik mesyuarat. Saya ada nampak En. Danial sembang dengan dia,
mungkin encik kenalan rapat Cik Aathifah.“ Wanita itu menunjukkan dompet perang
dan hijau jenama Guess kepadanya.
“Oh! Ye ke. Tak pe nanti saya pulangkan
padanya. Terima kasih ye.“ Danial mengambil dompet tersebut dan tersenyum
memandang wanita tersebut.
“Okey terima kasih kembali.“ Wanita
tersebut berlalu pergi. Danial mengeleng melihat dompet Aathifah yang diberikan
kepadanya.
‘Macam mana leh terjatuh lak ni.
Aathifah… Aathifah… cuainya. Wallet
terjatuh pun tak sedar. Nampak sangat badan awak jer kat sini hati dah ke mana
hilang.‘ Danial bermonolog sendirian. Danial mengambil keputusan untuk
menghantar dompet itu terus ke pejabat Aathifah kerana dia pasti Aathifah sudah
tiada lagi di bangunan lima belas tingkat Dato’ Afiq Mustamam ini.
Danial
yang baru hendak meletakkan keretanya di petak tempat letak kereta yang
disediakan di bawah bangunan syarikat Dimensi Sendirian Berhad, berpaling
kepada sebuah motosikal Honda Spacy jingga yang memecut melepasi keretanya. Dia
pasti itu adalah Aathifah dengan baju yang sama dan dia pasti, dia dapat
melihat airmata meleleh pada pipi gadis tu. Keadaan itu menyebabkannya tidak
keruan.
‘Kenapa menangis pulak Aathifah ni.
Dah la tu bawa moto laju semacam jer.‘ Monolog Danial. Dia tidak jadi untuk
memarkinkan keretanya sebaliknya terus mengekori motosikal Aathifah.
Aathifah cekap memandu motosikalnya
walaupun agak laju pergerakan motosikal itu dan Danial agak kagum. Danial masih
terus mengekori Aathifah tanpa disedari oleh Aathifah. Tenang membelah
kesibukan jalan lebuhraya Ipoh-Lumut. Seketika Aathifah melencongkan
motosikalnya memasuki persimpangan Batu Gajah. Danial tertanya arah tuju
Aathifah ketika ini.
"Dia nak pergi mana ni? Bukan
main laju lagi. Ada apa-apa emergency
ker? Abinya sakit ker? Tapi kalau sakit kenapa hendak hantar sampai ke sini?
Hospital-hospital kat Ipoh lagi dekat dan banyak." Danial berbicara
keseorangan. Dia terus memerhati dan mengekori Aathifah.
Aathifah
masih terbayang dan terdengar-dengar butir bicara Luqman padanya sebentar tadi.
Luqman satu-satunya pekerja yang sentiasa menyebelahinya dan menjadi pengintipnya
untuk melaporkan setiap gerak-geri Ruwaidi dan perjalanan syarikat Dimensi
kepadanya. Jadi dia amat pasti berita dan informasi yang disampaikan oleh
Luqman benar dan sahih.
Aathifah yang tidak dapat membendung
rasa terkilannya dan rasa tertekannya dengan pujukan yang gagal dilakukan
terhadap Tuan Habib dan situasi yang bakal berlaku, mengambil keputusan untuk
keluar daripada pejabatnya dan kini dia sedang menuju tempat yang sering
dikunjungi setiap kali dia ingin meluahkan rasa hatinya. Tempat yang bisa
memberinya ketenangan dan semangat untuk meneruskan perjuangannya itu.
Dia sudah puas menangis di atas
motosikalnya tadi jadi dapatlah dia menuju ke destinasi tersebut tanpa perlu
mengalirkan airmatanya lagi. Dia tidak suka menangis di tempat itu kerana di
situ terdapatnya orang-orang yang disayanginya. Biarlah hatinya sahaja yang
menangis nanti dan bukan zahirnya bila berhadapan dengan mereka.
Semakin dekat menghampiri destinasi
itu, Aathifah semakin mengurangkan kelajuan motosikalnya. Dia perlu mengumpul
segala kekuatan dan ketabahan dirinya sebelum melawat yang disayanginya itu.
Aathifah menarik dalam nafasnya dan kemudian menghembusnya sekuat mungkin.
Seperti melepaskan lelah yang maha berat! Dengan berbuat demikian dia selalu
dapat melegakan sedikit perasaan hatinya yang lara dan dia dapat lebih
ketenangan.
4 comments:
Sedihnya Aathifah kene marah T__T Danial pulak tu ada. Geramnya kat Ruwaidi ni teruk betul boleh sesuka hati buat mcm tu kat org perempuan. Hhuhu.. Xsangka pulak ada si May ni. Walauapaun, kalau kita berada kat tmpt Aathifah mmg terasa kesedihannya. Nasib baik la ade Danial kan. Caring betul Danial ni.
Thanks for the entry. This make my day (^__^)
By the way, cik Hanilin ni org Ipoh eh. Suami saya orang Batu Gajah. Haha..
Salam... mgkkah sebab tu syira minat membaca cete ni? hihihi anyway tq 4 the support...
Hihi.. Minat sejak kali pertama baca tajuk. Dh suspend. Kenapa tajuk terlerai sudah ni.
Hari2 tengok blog ni kalau ade update baru. Kih3. Terima kasih kerana tidak menghampakan pembaca setia Terlerai Sudah. Dulu siap google lagi kot2 ade kesinambungan.
Anyway, keep up good work. Saya tahu mesti ada cabarannya nk maintain kan 2 cerita novel ni..
Aaa.. Tertunggu2 entri terbaru. hiks hiks
Post a Comment