Hawa Telinga

Tuesday 17 June 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 20



BAB 20 : Jadi Rapat

  D
eruman motosikal Honda CBR 500R warna maroon di luar Restoran Nasi Ayam Periuk Besar yang memang dinanti-nantikan oleh Danial akhirnya muncul. Seorang jejaka yang segak berbaju t-shirt Nike hitam dan berseluar jeans hitam Levi’s menghampirinya.
            ‘Macam muka Stephen Fung. Yang kakaknya pulak macam muka Suki Chui. Dape ni memang ada muka macam artis-artis Hong Kong kot. Agak-agak rambut Aathifah perang sikit macam Aiman tak? Kalau betul la mesti cantik gile Aathifah. Aduhs! Danial, Danial ko ni dah anggau sampai nampak macam muka-muka artis ngan dia orang ni apasal? Stop thinking of those things!‘ Monolog Danial sambil mengeleng-ngelengkan kepala dan kemudian tersenyum.
            “Pe yang Abang Danial ni tersenyum-senyum tengok Aiman ni? Ada apa-apa yang lucu ke kat muka Aiman?“ Aiman yang mula menghampiri meja yang dihuni Danial bertanya.
            “Tak de yang lucu pun. Saja tengok Aiman ni segak sangat. Pakai yang simple macam ni pun masih segak. Dah ade awek ke blum ni?“ Danial cuba berdalih.
            “Segak? Saje jer Abang Danial ni nak usik Aiman kan. Abang Danial tu yang handsome macam pelakon Korea kata kite lak. Awek? Kalau nak minta Abang Danial tolong cari boleh? Aiman ni tak pandai nak ngorat la. Malu ngan pempuan.“ Muka Aiman sedikit kemerahan.
            “Malu? Biar betek! Tak kan macho macam ni pemalu lak. Ke Aiman memilih sangat.“ Danial cuba menguji.
            “Tak memilih la abang. Memang tak pandai mengorat. Abang Danial tolong ajar la. Nanti boleh la Aiman cuba pratikkan.“ Aiman masih lagi tersenyum-senyum malu.
            “Nak tolong ajar? Abang nak mengorat Kak Aathifah tu pun tak lepas-lepas, ni lak nak tolong ajar. Boleh la tolong ajar, tapi lepas dapat Kak Long Aiman tu nanti. Boleh?“ Masing-masing tergelak mendengar kata-kata Danial. Danial tidak berselindung dengan Aiman kerana dia sudah mengetahui isi hatinya terhadap Aathifah semuanya gara-gara tindakan Aathifah yang ingin memulangkan semula hadiah baju kurung pemberiannya dahulu. Aiman yang simpati dengannya dan ingin memohom maaf bagi pihak Aathifah telah berjumpanya secara senyap-senyap tanpa pengetahuan Aathifah.
            Danial teringat semula memori detik tersebut. Danila yang cuba melupakan tindakan Aathifah yang tidak dijangka itu tidak terus pulang malam itu, sebaliknya dia membuang masanya melepak di Restoran Nasi Ayam Periuk Besar yang ada berhampiran Tesco ini. Sedang dia melayan perasaan yang lara, dia dikejutkan dengan sentuhan mesra dibahunya. Dia mendongak dan dia terpandangkan wajah manis dengan lesung pipit di pipi kanan Aiman.
            “Abang Danial, seorang jer ke? Aiman ganggu abang ker? Boleh Aiman nak join abang?“
            “Ha?! Boleh duduk la. Aiman nak order pe?“ Belum sempat tangannya mengangkat untuk memanggil pelayan Aiman telah bersuara.
            “Tak pe Aiman dah pesan minuman kat depan tadi. Masa nak lik tadi Aiman nampak abang masuk sini. Tu yang datang lik sini lepas lik rumah. Saja cuba nasib. Tak sangka abang masih ada kat sini.“ Aiman sopan berbicara.
            “Oh ye ke. Tak sangka Aiman perasan lak abang kat sini.“ Danial berbicara lemah.
            “Abang Danial, Aiman nak cakap sikit ngan abang leh?“ Danial dapat melihat wajah Aiman yang sedikit muram.
            “Cakap la. Tak payah nak minta izin pun. Aiman nak cakap pe?“ Danial berdebar-debar menanti butir bicara Aiman. Seperti ada perkara berkenaan kejadian yang baru berlaku tadi.
            “Aiman sebenarnya nak minta maaf ngan Abang Danial atas apa yang dah Kak Long buat. Kak Long tu tak de niat nak lukakan hati abang. Aiman tahu perasaan dia macam mana. Dulu dia tak macam tu, dia dulu lembut orangnya dan mudah berkawan ngan semua orang. Sekarang dia jadi keras, terlalu keras lepas apa yang berlaku ngan famili kita orang. Saya harap abang jangan ambil hati ya. Abang ni suka kat Kak Long ke?“ Danial yang baru meneguk air milo suamnya tersedak dengan pertanyaan Aiman yang tidak diduga.
            “Ha? Apa Aiman tanya tadi?“ Sahaja Danial buat-buat tidak dengar.
            “Oh! Abang Danial suka la ni. Buat-buat tanya lak. Abang dengar pe yang saya tanya kan? Kalau tak, tak de la sampai tersedak tadi. Suka jer ke dah sampai tahap sayang ni?“ Aiman masih mengutarakan soalan maut pada Danial. Danial dah tidak selesa. Danial menelan air liur yang terasa pahit.
            “Ha? Sayang?“ Danial tidak tahu apa jawapan yang ingin dia katakannya kepada Aiman.
            “Tergagap-gagap lagi. Sayang la tu, kan?“ Aiman tersengih-sengih melihatnya. Danial terasa panas pula berada di meja yang berada di bawah kipas itu.
            “Baik abang cakap betul-betul. Saya tak kan maafkan orang yang nak main-main kan perasaan kakak saya. Saya nampak jer macam ni, kurus tapi saya pandai karate. Tak pasal-pasal lebam muka abang saya kerjakan nanti.“ Danial terkedu dengan perubahan nada suara Aiman.
            ‘Mati aku macam ni. Pe aku nak jawab ni. Salah jawab makan penangan la jawabnya.‘ Monolog Danial sendirian.
            “Cakap la.“ Aiman mendesak. Danial yang terkejut terlepas kata.
            “Suka, sayang sangat kat Kak Aathifah awak tu!“ Muka Danial kemerahan.
            “Ha! Kan senang. Nak gertak baru nak mengaku. Sorry abang Danial, Aiman terpaksa cakap macam. Kalau tak abang tak nak terus-terang kan? Dengan muka merah abang ni Aiman dah yakin abang memang ada hati dengan Kak Long. Tapi abang kene usaha lebih sikit la. Kak Long tu bukan senang nak tackle.“

            “Hai! Dah termenung. Ingatkan Kak Long ker? Muka Aiman ni macam muka Kak Long ker sampai abang leh termenung teringatkan Kak Long?“ Danial terkejut dengan segahan Aiman dan dia kembali semula ke dunia realiti ketika ini.
            “Tak la, teringatkan Aiman la. Tak sangka kita leh rapat. Dah selalu sangat kite lepak sama-sama. Terima kasih la sebab Aiman sudi nak jumpa ngan abang ni. Dah order ker?“ Danial bertanya bila baru teringatkan pasal makanan.
            “Dah tadi kat depan. Ada apa abang nak jumpa Aiman ni? Macam ada hal penting jer.“ Danial mula berkira-kira adakah dia layak untuk bertanya perkara itu dengan Aiman. Tapi hatinya tidak tenang sekiranya tidak dirungkaikan persoalan itu.
            “Macam mana nak tanya ye. Emm…“
            “Abang ni suka beno gagap. Nak tanya pe tanya je la. Malu-malu ni mesti ada benda yang nak tanya pasal Kak Long kan?“ Danial tersengih-sengih melihat senyuman mengusik Aiman.
            “Macam ni, pagi tadi masa abang nak jumpa Kak Aathifah kat office dia, abang nampak dia menangis. Nangis yang bukan sikit-sikit. Nampak muka pun macam ada masalah besar. Abang nak tanya direct ngan Kak Athifah segan. Tu yang nak tanya Aiman kalau-kalau Aiman tau apa-apa ke. Kot Kak Aathifah ade cete kat Aiman.“ Danial cuba bertanya dengan tenang.
            “Abang Danial kalau nak tau, Kak Long tak kan cete ngan kita orang kalau dia ada apa-apa masalah. Dia jenis macam tu, tak suka kita orang susah hati ngan masalah yang dia hadapi. Tapi Aiman rasa Aiman tahu sebab apa Kak Long macam tu tadi.“ Danial terus sabar menanti butir bicara Aiman yang seterusnya. Tidak mahu menyampuk.
            “Pagi tadi Luqman, kawan Aiman ada call Aiman bagitahu yang Tuan Habib nak jualkan semua sahamnya kat Dimensi. Luqman ada cakap Kak Long ada cuba pujuk Tuan Habib jangan jual dulu tapi Tuan Habib tak dapat tunggu lama sebab dia nak beli saham lain yang lebih untung. Tuan Habib dah tak yakin syarikat Dimensi dapat bertahan ngan lebih lama sebab Ruwaidi tu banyak buat syarikat rugi. Kak Long sebenarnya dah lama nak beli syer Tuan Habib tapi duit tak cukup lagi. Dah lama Tuan Habib tu tunggu tapi ye la Aiman tak salahkan Tuan Habib sebab dia pun tak kan nak tanggung rugi lama-lama kan. Nanti tak pasal-pasal dia hidup macam kita orang. Mugkin sebab tu Kak Long menangis kot. Sebab dia rase bersalah tak dapat nak selamatkan syarikat Abi lagi.“ Danial memandang wajah sugul Aiman.
            “Sebenarnya kami dah tak mengharapkan Kak Long selamatkan syarikat tu pun. Kami tahu Ruwaidi akan buat apa-apa cara nak dapatkan syer Tuan Habib tu. Cuma Tuan Habib jer yang tak nak jual kat orang lain sebab nak cuba tolong Kak Long ngan kami dapat semula syer tu. Abi pun tak pernah suruh Kak Long buat semua tu, Kak Long jer yang tak mahu titik peluh Abi selama ini lenyap lagipun kenangan kami ngan syarikat tu banyak sangat. Kenangan Kak Long ngan syarikat tu lagi banyak. Kenangan ngan orang-orang tersayang.“ Aiman bertambah.
            “Kenangan ngan orang-orang tersayang? Pe maksud Aiman?“ Danial tersentap dengan kata-kata Aiman bertanya.
            “Abang Danial, Aiman nak tanya Kak Long ada cete tak pasal Abang Muaz?” Danial hanya mengagguk kepala. Aiman terdiam agak lama.
            “Aiman, kalau Aiman berat nak cete tak pe abang paham. Bukan senang kita nak percaya orang luar tambah orang macam abang ni yang baru Aiman kenal. Tapi percaya la abang memang sayang sangat kat Kak Long Aiman dan kalau boleh abang tak nak dia menangis lagi. Kalau mampu abang nak tolong dia selesaikan semua masalahnya. Abang bukan nak riak tapi abang rasa abang dapat tolong selesaikan masalah Dimensi tu. Abang ada caranya cuma abang nak tahu juga cete sebenarnya. Supaya tindakan abang ni betul.“ Danial cuba menerangkan niatnya pada Aiman. Danial dapat melihat wajah terkejut Aiman.
            “Abang ni sama macam Abang Muaz. Sanggup berkorban untuk Kak Long. Aiman sebenarnya tak nak cete kat abang pasal hal keluarga kami tapi sebab Aiman rasa abang memang ikhlas nak tolong Kak Long, Aiman cete la mana yang Aiman tahu.“ Danial diam mendengar butir bicara Aiman.
            “Abang Muaz dulu pun susah nak pikat Kak Long sebab Kak Long ni jenis yang tak mudah jatuh cinta. Sebab cinta yang mendalam Abang Muaz dekat Kak Long dan demi nak selamatkan Dimensi sebelum jatuh sekali lagi ke tangan Ruwaidi, Abang Muaz sanggup bagi syernya kat Kak Long. Mulanya Kak Long tak nak terima sebab tak nak termakan budi tapi bila tengok keikhlasan Abang Muaz yang tidak meminta sebarang balasan dari Kak Long akhirnya hati Kak Long cair gak dan  terima Abang Muaz sebagai suami. Itupun lama gak dalam setengah tahun Abang Muaz menunggu.“ Aiman tersenyum mengungkapkan kata-kata akhir itu.
            “Umi pun tukar syer Umi kepada Kak Long sebab nak bagi syer Kak Long melebihi syer Ruwaidi yang pada masa tu tiga puluh lima percent. Alhamdulillah ngan cara tu syer Kak Long jadi empat puluh percent jadi Kak Long dapat semula Dimensi. Tapi setahun lebih lepas tu syer yang Kak Long pulangkan semula kepada Abang Muaz jatuh ke tangan orang lain. Ini semua sebab ada orang yang perangkap Abang Muaz yang menyebabkan Abang Muaz terlepas syernya yang masa tu ada dua puluh percent. Jadi bila dah jadi macam tu Ruwaidi la yang berkuasa balik.“ Aiman mengeluh kecil.
            “Dapat tahu tak sape yang perangkap Abang Muaz? Syer tu dijual kat sape?“ Danial menyiasat.
            “Entah la tak dapat nak tahu minah mana yang cuba merosakkan rumah tangga Kak Long dan rampas syer Abang Muaz. Kak Long cakap dia tak tahu tapi Aiman rasa Kak Long tahu siapa, cuma Kak Long tak nak ungkit benda tu yang melibatkan arwah suaminya. Memang mula-mula kami sakit hati dengan kecurangan Abang Muaz tapi bila Kak Long terangkan semua yang terjadi kami pasrah menerimanya. Kami pasrah dengan kekhilafan Abang Muaz yang hanya manusia biasa yang sentiasa buat silap.“ Danial semaikin keliru dengan cerita yang didengar.
            “Pe maksud Aiman ngan kecurangan Abang Muaz?“ Danial perlukan penjelasan
            “Maaf Abang kalau cete tu Aiman rasa Aiman tak layak nak cakap. Mungkin abang patut tanya ngan Kak Long sendiri nanti. Tapi yang Aiman boleh bagitahu sekarang syer tu dibeli oleh Alex Lim, businessman yang terkenal tu. Tapi dengar cete dia dah bagi kat anaknya tapi Aiman tak tahu sapa namanya.“ Danial terkesima mendengarkan nama itu. Danial mula mengangguk faham dan yakin dengan tindakannya.

            “Oh! Macam tu. Tak pe la nanti abang tanya kat Kak Long, kalau dia sudi nak cete la kan.“ Danial tersenyum kelat. Aiman tersenyum manis. Mereka terus menghabiskan makanan masing-masing dengan khusyuk. Lapar dan sedap makanan ini!

Thursday 12 June 2014

Cerpen : Kail Panjang Sejengkal.


Kail Panjang Sejengkal

            Haninah kelegaan apabila dia akhirnya dapat juga melabuhkan punggungnya setelah hampir setengah jam dia terpaksa berdiri di dalam tren Komuter tersebut. Begitulah rutinnya saban hari sepanjang hari bekerjanya iaitu dari hari Isnin sehingga hari Sabtu yang terpaksa ditempuhinya dengan sabar sementelah dia bekerja di Bandar Baru Bangi dan tinggal menumpang di rumah ibu saudaranya di Bandar Tasek Selatan.
            Seperti kebiasaan juga dia akan sering membaca majalah Islamik bagi menghabiskan waktunya sepanjang berada di dalam tren. Kali ini dia memilih untuk membaca majalah Solusi yang masih belum habis dibacanya setelah dua hari dia membelinya. Konsterasinya sedikit terganggu apabila dia terdengar ada suara-suara sumbang yang kecoh membuat bising tanpa sedikitpun merasa malu atau tersedar mereka sebenarnya telah mengganggu penumpang yang lain.
            Haninah dapat melihat dengan jelas empat orang pelajar lelaki yang masih berseluar sekolah berwarna hijau tua walaupun baju mereka bukan lagi baju sekolah tetapi diganti dengan baju T-shirt harian sedang asyik mengusik dua orang pelajar perempuan. Kedudukan mereka yang berada berdekatan pintu masuk dan keluar tren komuter ini dan kebetulan hanya lebih kurang dua meter jauhnya daripada Haninah membuatkannya dapat melihat dan mendengar dengan jelas setiap perilaku dan kata-kata usikan mereka terhadap dua orang pelajar perempuan itu.
            "Alah, boleh la bagi nombor telefon. Bukannya nak apa pun. Lainlah kalau saya nak awak, kan." Seorang pelajar lelaki yang memakai topi berwarna merah masih cuba mengayat. Dua gadis yang bertudung itu tidak mengambil 'pusing' kata-katanya.
            "Entah la kau orang ni. Kedekut tak bertempat. Bukan apa, bila kami bosan boleh la kami telefon, tanya khabar, ajak jumpa ke." Seorang lagi yang berambut sedikit serabut menambah.
            "Bukan senang tau, kami yang kacak menawan ni nak tawarkan diri macam ni. Kiranya kau orang berdua ni beruntung sangat. Kalau kau orang nak tahu kami ni golongan berada gak la. Dia ni anak datuk, yang ni anak tauke emas, yang ni anak peguam dan saya ni yang paling hebat la kiranya, anak Tan Sri." Seorang lagi yang mengenakan baju Polo Ralph Lauren berwarna merah pula cuba membangga diri sambil tangannya mula ingin menyentuh salah seorang gadis berkenaan.
            Tahulah Haninah kini yang mana satu anak Datuk, anak tauke emas, anak peguam dan anak Tan Sri apabila pelajar yang berbaju Polo tadi berkata sambil menunjukkan seorang demi seorang yang dimaksudkannya. Anak Datuk ialah yang bertopi merah, anak tauke emas yang berambut serabut dan berbaju T-shirt hitam dengan mengikat sapu tangan hitan pada lehernya, pula anak peguam yang hanya tersenyum sinis memandang mereka.
            'Nak kata mereka berbohong pun tak dapat disangkal apabila melihat gaya penampilan mereka itu. Tapi ada ke anak-anak orang ternama nak naik kenderaan awam macam ni. Bukan dape banyak kenderaan mewah kat rumah ker? Siap ada pemandu lagi. Musykil betul?' Haninah monoloq sendiran.
            "Dah tu adik. Tak elok mengusik anak dara orang macam ni. Mak bapa adik hantar adik-adik ke sekolah untuk belajar bukannya nak mengayat anak dara orang." Seorang pemuda yang berkopiah putih, Ustaz barang kali pada fikiran Haninah menegur mereka. Mereka mula berpaling kepada pemuda tersebut dengan pandangan yang tajam.
            "Jangan masuk campur urusan orang boleh tak. Kalau nak berdakwah pergi ke majlis, okey. Kat dalam tren ni tak payah nak tunjuk alim. Kami bukan buat tak senonoh pun, kami cuma nak mengeratkan silaturrahim jer. Tak kan itu pun tak boleh?" Pelajar yang berambut sedikit serabut tadi mula bersuara kasar.
            'Haih! Budak-budak zaman sekarang ni tak tahu malu betul buat macam tu kat tempat awam. Tak de rasa hormat dan adab betul dengan orang lain. Dah la tu pandai menjawab dengan memutar belitkan ajaran. Ada ker patut mengusik dan meminta nombor telefon anak gadis macam tu dikatakan nak eratkan silaturrahim.' Haninah mengelengkan sedikit kepalanya melihat telatah mereka. 
            "Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda; 'Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.' Riwayat Muslim." Ustaz itu menyambung lagi.
            "Dah la jom blah. Buat pekak telinga jer dengar Ustaz ni cakap." Pelajar, anak Tan Sri itu mengarahkan dan mereka mulai keluar daripada tren sebaik pintu tren terbuka.
            'Astaghfirullah halazim. Dah sampai Bandar Tasek Selatan rupanya!' Haninah berbicara dalam diri dan segera keluar bersama dengan pelajar-pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan tadi. Sempat Haninah melihat gerangan Ustaz yang menegur mereka tadi.
            'Boleh tahan, kacak bergaya. Cukup pakej nak buat suami ni!' Haninah berkata dengan dirinya sendiri.
            'Kalau aku tak ada sifat malu, mahu aku minta nombor telefon Ustaz ni dan bertanya dengannya kesudian untuk mengambil aku sebagai isteri.' Haninah tersenyum dengan kegedikan sendiri tapi mana mungkin dia berbuat begitu; langkah mayat ayahnya dulu kalau hendak buat semua tu.
            Sambil meneruskan perjalan menuju ke rumah ibu saudaranya, Haninah masih melihat pelajar-pelajar tadi mengusik dan mengekori dua pelajar perempuan tadi.
            'Haih! Budak-budak ni memang nak kena ni. Tak abis-abis lagi mengusik, siap mengekor orang sampai ke sini. Maih sini, cik kak pula yang 'sembur'. Kot mau jalan. Biar cik kak mafia tolong langsai kasi habis!' Haninah berkata dengan hatinya sendiri. Dia benar-benar berharap dapat membantu dua gadis tersebut dan bukan niatnya nak membangga diri. Dia segera mengorak langkah dengan lebih laju supaya dapat mengejar pelajar-pelajar tersebut yang berada beberapa meter di hadapannya. Sebaik menghampiri Haninah bersuara tegas.
            "Kau orang ni tak faham bahasa ke. Kalau dia orang ni tak nak bagi tu maknanya dia orang tak berminat dengan kau orang la. Maksud yang mudah tu pun susah nak faham ker. Nak cakap macam mana baru nak faham?" Dua gadis tersebut mula berdiri di belakangnya. Mereka mula berasa takut diekori begitu.
            "Haih! Makcik pulak yang menyibuk. Makcik, kalau makcik ni dah tak laku dan tak de orang nak mengorat, jangan la nak cemburu pulak. Kami budak muda nak berseronok nikmati zaman muda kami. Makcik gi main jauh-jauh boleh? Blah!" Pemuda yang berambur serabut berkata dengan meluatnya.
            "Makcik? Ingat kita ni tua sangat ker? Hello! Tolong sikit ye. Aku pun muda lagi. Baru dua puluh lima tahun kot. Masih bergetah kata orang. Mana korang tahu aku ni tak de yang berkenan. Tolong sikit. Memang la aku tak cantik mana, setakad ado jer muka ni tapi setakat nak buat lelaki pandang aku tu boleh jer." Haninah melemparkan sebuah pandangan yang tajam sambil mulutnya diketap menahan kemarahan yang semakin memuncak.
            "Eh!Eh! Makcik ni. Ade juga yang makan kaki dan tangan aku ni. Kalau orang dah kata blah tu blah la. Dia yang tak faham kata orang pula tak faham." Tempelak anak Tan Sri pula.
            "Ewah! Ewah! Sekolah lagi dah pandai nak bagi orang makan tangan, kaki. Cubalah kalau berani. Kalau korang tak blah juga, aku gi kat polis tu beritahu kau orang mengganggu gadis dengan niat yang tidak baik. Nak?" Haninah memberi amaran sambil menunjukkan dua anggota polis yang kebetulan lalu. Polis yang kerap membuat rondaan di kawasan perhentian itu bagi memastikan tiada kejadian pecah dan curi kereta yang kerap berlaku akhir-akhir ini.
            "Dah, dah! Jom blah! Karang lain pulak jadinya. Tak pe makcik, lain kali kita jumpa lagi." Yang bertopi merah mengarahkan mereka berlalu pergi. Semua hanya mengikut cuma pelajar yang berbaju hitam sahaja yang sedikit lewat sambil melemparkan sebuah jelingan yang amat tajam buat Haninah. Malas Haninah hendak melayan mereka lagi. Dia mula berbicara dengan dua gadis itu pula.
            "Kau orang okey, kan? Tak de yang cedera ke apa ker, kan?"
            "Kami okey akak. Terima kasih. Kalau akak tak de tadi, tak tau apa nak jadi pada kami." Seorang gadis yang manis berlesung pipit berkata.
            "Adik selalu ke balik lewat petang macam ni? Kenapa tak suruh mak ayah yang jemput? Taklah bahaya sangat."
            "Baru hari ni akak kami lambat. Tadi lepas tuisyen, saya sakit perut sangat tu yang terlepas tren dan terlewat. Mak ayah pula bekerja, jadi tak de siapa yang nak tolong ambilkan kami." Yang seorang lagi berkulit sedikit hitam manis pula menerangkan.
            "Oh! macam tu. Mungkin benda dah nak jadi tak dapat nak buat apa lagi. Kalau boleh elakkanlah perkara yang macam ni dari berlaku. Jadikan semua ni teladan." Haninah lembut menasihati.
            "Akak, lain kali kalau kami balik lewat boleh tak kami nak ikut akak saja. Akak bagilah nombor telefon kepada kami, senang kami nak telefon nanti." Gadis berlesung pipit meminta.
            "Insya-Allah, boleh." Haninah mula mencatatkan nombor telefonnya pada sehelai kertas dan memberikan kepada mereka. Mereka beriringan meneruskan perjalan ke destinasi rumah masing-masing, sambil meneruskan bicara antara satu sama lain.

**********************************

            "Assalammualaikum. Boleh saya hendak berjumpa dengan Tuan Bukhari." Seorang wanita dalam lingkungan awal empat puluhan menyapa Haninah. Haninah yang leka dengan kerjanya mula mengangkatkan muka memandang gerangan yang berbicara.
            "Walaikummussalam. Boleh saya tahu, puan siapa, ye?" Haninah lembut berbicara dan kemudian tersenyum manis. Matanya memerhatikan kedua-dua insan yang berada di hadapannya kini. Seorang wanita dan seorang lagi pemuda yang berkemungkinan anaknya.
            'Eh! Macam kenal jer anak puan ni. Tapi siapa ye?' Haninah bertanya dengan dirinya sendiri. Namun sekadar seketika, dia kembali memandang wajah manis wanita dihadapannya.
            "Saya Yasmin, isterinya. Saya nak berikannya dokumen ni. Tertinggal di rumah tadi."
            "Maaf puan. Saya tak tahu yang puan ni isteri Tuan Bukhari. Masuklah dulu. Tunggu di sofa sana. Sekejap saya beritahu tuan." Haninah menunjukkan ke arah sofa yang terdapat di dalam pejabat sambil dia mula membuka penghadang yang menjadi penghalang daripada orang luar bebas memasuki kawasan pejabat guaman tersebut.
            "Kalau macam tu, berikan tuan dokumen ini sekali." Puan Yasmin menghulurkan satu sampul besar berwarna perang kepadanya. Haninah menyambut dan kemudian segera masuk menemui Tuan Bukhari.
            "Suhana, budak baru ker tadi? Tak pernah nampak pun sebelum ni?" Puan Yasmin bertanya kepada salah seorang staf suaminya, Suhana apabila Haninah telah hilang dibalik bilik suaminya itu. Suhana yang kebetulan lalu dihadapan Puan Yasmin berhenti sebentar demi mendengar pertanyaan Puan Yasmin.
            "Ye, puan. Baru tiga bulan tapi tak lama lagi jadi pekerja tetaplah. Tuan Bukhari sangat berpuas hati dengan prestasinya. Rajin, cekap dan cepat menangkap budaknya." Suhana menerangkan.
            "Baguslah macam tu. Ringan sikit kerja kau orang bila dah bertambah pekerja ni. Awak sambunglah kerja awak. Maaf, saya ganggu tadi." Puan Yasmin tersenyum manis. Suhana segera meminta diri dan berlalu pergi. Anak terunanya hanya memasang telinga mendengar.
            "Puan, Tuan sedang dalam talian. Sekejap lagi tuan keluar. Tuan minta puan tunggu sebentar. Sementara menunggu, puan hendak minum apa-apa?" Sejurus kemudian Haninah keluar dan mendapatkan Puan Yasmin dan anaknya sambil mengkhabarkan perihal kesibukan Tuan Bukhari.
            "Bagi kami air kosong sahaja. Anak saya ada masalah tonsil sikit. Kena jaga sikit makan minumnya."
            "Baik, puan." Haninah berlalu pergi memasuki pantri dan seketika kemudian keluar membawa dua gelas air kosong.
            "Minum Puan, Tuan Muda." Haninah menjemput setelah meletakkan dua gelas tersebut di atas meja kopi. Sejurus Haninah menjemput mereka minum, Puan Yasmin tergelak kecil. Haninah segera berpaling memandang Puan Yasmin. Dilihatnya bukan sahaja Puan Yasmin yang ketawa tetapi anaknya juga tergelak cuma tiada suara yang kedengaran.
            'Apa yang lucunya? Aku ada buat adengan lawak ker tadi?' Haninah bertanya sendirian.
            "Tak perlu panggil anak saya Tuan Muda. Panggil dia Busran. Adik Busran pun boleh. Awak tua dari dia kan? Umur awak berapa?" Puan Yasmin ingin terus menyelidik.
            "Oh! Ingat kena panggil Tuan Muda tadi. Mungkin jugalah saya lagi tua. Nampak Busran pun muda lagi dari saya yang dah nak masuk dua puluh lima tahun, puan." Haninah termalu sendiri. Terasa pipinya panas. Busran hanya memerhati wajah Haninah tanpa berkelip.
            "Eh! Saya banyak tanya pula. Ganggu masa awak pula. Awak pergi la sambung kerja. Lain kali kita sambung lagi, Insya-Allah."
            "Baiklah, puan. Saya buat kerja dulu." Haninah angguk sopan. Segera dia kembali ke meja kerjanya. Tanpa dia sedari, Busran masih lagi tekun memerhatikan dirinya.
            'Buat-buat lemah lembut, sopan santun bagai. Ingat aku makan dengan lakonan ko tu. Siaplah ko, nanti. Masa untuk membalas dendam!' Busran berkata dengan dirinya sendiri sambil mulut melemparkan senyuman sinis.

********************************

Tidak sanggup lagi Haninah melihat seorang pelajar yang berkaca mata itu dibuli oleh empat sekawan pelajar berlagak samseng. Semakin langkah menghampiri, semakin jelas dipenglihatan gerangan empat sekawan yang seronok membuli itu.
            'La! Balik-balik budak-budak ni. Tak reti-reti duduk diam ker dia orang ni? Kalau aku tak larang, mahu masuk wad budak mata empat ni dikerjakan mereka ni. Baik aku rakam sikit, buat modal nak takut-takutkan diaorang. Kalau tak, tak makan saman diaorang ni.' Haninah berbicara sendirian lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam adengan mereka membuli pelajar itu.
            Kalau tadinya Haninah melihat mereka menarik-narik beg sandang budak berkaca mata tersebut dan sekarang lain pula. Haninah merasakan dia bakal merakam satu adengan yang betul-betul menarik sebagai bahan gertakannya nanti. Haninah meneruskan rakaman tanpa disedari oleh mereka.
            Mereka seorang demi seorang meludah ke dalam air tin yang dibeli sebelum mereka memaksa budak berkaca mata itu minum minuman yang sudah tercemar dengan air ludah mereka itu. Pasti sahaja budak berkaca mata itu tidak mahu menurut suruhan mereka minum air tersebut. Keengganannya itu menyebabkan mereka mula memaksa dengan seorang memegang kedua-dua belah tangannya dan seorang lagi cuba untuk menuang air tersebut ke dalam mulutnya dengan cara paksaan. Haninah segera mencelah dan mematikan rakamannya tadi.
            "Haih! Korang ni bila la nak serik agaknya. Kau orang tak kesiankan dia, ke? Apa salah dia sampai korang buat dia macam tu. Korang jangan sombong dengan merasakan diri tu hebat dari budak tu. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong. Rasulullah s.a.w juga mengingatkan;  Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."  
            Haninah dapt melihat pelajar yang memakai sapu tangan dileher membisikan sesuatu kepada pelajar yang masih memakai topi merah. Pelajar itu mula tersenyum sinis memandangnya sambil menghampiri.
            "Makcik, kalau dah kerja tu kerani cabuk tu buat macam kerani cabuk okey. Tak payah nak jadi ustazah dan menasihati orang. Pernah dengar peribahasa, kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Ha! Sesuai sangat dengan makcik ni." Pelajar bertopi merah mula melemparkan kata-kata berbisanya. Haninah terkejut dengan pengetahuan mereka tentang pekerjaannya.
            'Macam mana dia tahu aku kerja kerani jer? Jangan-jangan budak yang berbisik tadi tu yang beritahu. Siapa dia, ye?' Haninah berbicara sendirian sambil mata cuba mengingatkan gerangan yang bersapu tangan dileher itu.
            'Eh! Itu kan Busran. Patutlah macam pernah tengok hari tu. Rupanya budak samseng ni. Macam manalah boleh tak cam hari tu. Tapi aku tak boleh mengalah macam tu jer. Sekaranglah masanya menggunakan senjata.' Haninah berbicara dengan hatinya. Bersemangat untuk menyelamatkan budak tadi walaupun dia sedikit terasa dengan kata-katanya.
            "Okey, kalau korang masih berdegil terpaksalah makcik korang ni bawa benda ni ke pihak berkuasa. Tadi masa korang asyik nak membuli, aku dah rakam aksi korang dan aku akan tunjukkan rakaman video ni kepada pihak berkuasa. Masa tu nanti merasalah korang tidur dalam lokap dan kemudian masuk asrama khas bagi pelajar-pelajar sejenis korang ni. Biar tenaga pengajar di sana nanti basuh korang cukup-cukup pulak." Haninah cuba bersuara tegas. Tersentak dengan kata-kata Haninah, mereka semua mula memandangnya termasuk budak berkaca mata itu.
            'Berani suit pempuan ni! Dia tak takut ker dengan kami ni. Kami ni lelaki dia perempuan, kami ramai, dia sorang. Apa-apa pun boleh berlaku. Berani tak bertempat!' Busran berkata sendirian sambil mata tajam menikam memandang Haninah.
            "Eh! Eh! Makcik ni tak takut ker dengan kami ni. Kami ni kan gangster. Kalau kami apa-apakan makcik karang, nangis tak berlagu lak." Anak Tan Sri itu masih cuba menakut-nakutkan Haninah.
            'Alamak! Betul juga kata dia. Aku sorang jer perempuan kat sini. Buatnya dape seret aku kat tempat yang sunyi dan jarang dikunjungi orang. Nahas aku! Tapi tak kan aku nak blah macam tu jer. Tadi niat nak tolong budak mata empat tu. Tak pe Insya-Allah, niat yang baik, Allah akan tolong aku. Bismillahhirrahmannirrahim.' Haninah mula tersedar.
            "Bak sini telefon tu! Kami nak tengok lepas tu nak buang. Kalau tak nak bagi cara elok, kami ambik dengan cara paksa!" Yang bertopi merah menambah belum sempat Haninah berkata-kata.
            "Kalau nak datanglah ambik sendiri. Jangan harap aku nak bagi macam tu jer." Haninah tunjuk berani. Busran hanya mengelengkan kepala melihat telatah Haninah.
            'Orang kampung memang semuanya berani macam ni ker? Tak reti-reti nak mengalah. Menyusahkan betul!' Burshran berbicara sendirian.
            "Ran, tunggu apa lagi. Makcik ni dah cabar kita. Jom kita rampas telefon dia tu!" Yang bertopi merah mengarahkan Busran.
            "Cantik! Khairi. Ko ngan Ran jangan bagi peluang kat makcik tu. Biar dia ingat sikit supaya lain kali jangan suka menyibuk hal orang." Pelajar yang berambut serabut menyokong. Mereka mula gerak menghampiri sementara dua lagi pelajar melangkah setapak dua kehadapan juga. Masing-masing fokus kepada Haninah.
            'Peluang ni. Baik aku bagi isyarat suruh budak tu lari.' Haninah berkira-kira dalam hatinya. Dia mula memandang budak berkaca mata itu lalu memberi isyarat supaya budak itu melarikan diri. Isyarat yang tidak terlalu ketara iaitu isyarat mata. Seperti memahami, budak berkaca mata itu mula berpalin perlahan-lahan dan membuka langkah seribu. Namun langkahnya bukan untuk melarikan diri sebaliknya ingin meminta bantuan bagi menyelamatkan wanita tadi daripada menjadi mangsa gangster sekolah itu.
            Mana mungkin dia melarikan diri menyelamatkan dirinya sendiri sahaja sedangkan wanita yang bersusah payah cuba menolongnya itu dibiarkan begitu sahaja. Sebaik terlihat seorang pemuda yang baru hendak memasuki kenderaannya yang diparkin di tempat letak kereta tren itu, Nasir segera menghampirinya dan meminta tolong.
            "Abang, tolong saya abang. Kakak saya kena kacau dengan budak gangster kat sana. Tolong saya abang. Kesiankan kakak saya." Sengaja dia menyatakan begitu supaya pemuda itu lebih bersimpati dan malas untuk memanjangkan cerita kerana ketika ini menyelamatkan wanita itu lebih penting daripada memberitahu cerita sebenar. Masa itu emas!.
            "Astaghfirullah halazim. Kat mana? Jom cepat. Pintu kereta ditutup dan dikunci kembali. Pemuda itu segera mengekori pelajar itu yang beberapa tapak di hadapan. Sementara itu, Busran dan Khairi masih mengorak langkah menghampiri Haninah.
            "Ran? Mereka panggil awak Ran, Busran. Nama dah sedap-sedap Busran yang penuh makna pergi sebut Ran jer pulak. Ran…Lari, nak lari ke mana? Asyik guna nama Ran tu yang bertukar daripada khabar gembira kepada buruk tu. Asyik nak buat perkara yang tak elok." Haninah cuba menegur Busran dengan mengaitkan maksud namanya itu.
            "Makcik ni memang nak kena sangat agaknya!" Busran meledakkan kemarahannya dengan suara yang parau. Terkejut Haninah dengan suaranya.
            'Patutlah selalu mendiamkan diri rupanya suara garau giler.' Haninah berkata dengan dirinya sendiri. Haninah menahan diri daripada ketawa akan kelucuan suara Busran yang garau itu. Dia tahu tidak baik mengetawakan orang terutamanya Busran yang sebenarnya mempunyai masalah penyakit tonsil seperti yang pernah diberitahu oleh ibunya dahulu. Dia melupakan kelucucan yang hadir dan fokus kepada masalah yang sedang melanda.
            "Busran! Kalau awak maju juga saya tak teragak-agak untuk menghantar video ni kepada Tuan Bukhari. Agak-agak kalau saya hantar, apa yang akan Tuan Bukhari akan fikir dan apa pula tindakannya kepada awak, ye? Setahu saya rasa dia seorang peguam yang tegas dan jujur. Tak pernah tunduk kepada sesiapa yang bersalah, semua akan menerima padah yang setimpal kalau berhadapan dengannya." Haninah cuba mengugut Busran dengan menyebut nama bapanya Busran. Dia kemudian mengangkat tinggi sedikit telefon bimbitnya seolah-olah perkara tersebut benar-benar dilakukan seperti yang diperkatakan.
            Mendengarkan nama bapanya disebut, Busran menahan Khairi daripada terus mendapatkan Haninah. Dia mengetapkan giginya menahan api amarah yang semakin bertandang. Dalam pada itu, pelajar yang berkaca mata datang bersama seorang pemuda yang tegap memakai kupiah.
            "Woi! Korang nak buat apa tu?" Pemuda tersebut bersuara sambil berlari menghampiri Haninah. Kini Haninah diapit oleh dua lelaki yang cuba untuk melindunginya, wanita yang sedang memerlukan bantuan.
            "Korang jangan cuba nak apa-apakannya. Aku dah panggilkan polis tadi. Kalau ikutkan masa aku buat panggilan tadi, aku rasa dalam lima minit lagi sampailah mereka." Pemuda itu menyambung.
            "Blah! Blah! Karang lain pulak jadinya." Anak Tan Sri itu mengarahkan. Semua berpatah balik dan melangkah meninggalkan mereka. Haninah berasa lega melihat mereka pergi. Dia mula mengalihkan pandangan kepada pemuda yang sudi menyelamatkannya tadi.
            'Eh! Ni kan ustaz yang kat dalam tren ari tu? Dia buat apa kat Stesen KL Sentral ni, ye?' Haninah yang baru tersedar gerangan pemuda itu berbicara sendirian.
            "Terima kasih kerana sudi membantu." Haninah mengucapkan rasa terima kasihnya kepada pemuda tersebut.
            "Sama-sama tapi awak tak apa-apa ker?" Ustaz it uterus bertanya.
            "Alhamdulillah saya tak kena jentik pun. Terima kasih bertanya." Haninah tenang berbicara sambil cuba bergurau.
            "Alhamdulillah tapi kenapa awak angkat tangan dengan telefon tadi?" Pemuda bertanya kehairanan.
            "Oh! Ni, saya ugut mereka nak hantar rakaman video yang saya rakam tadi kepada bapa salah seorang pelajar yang saya kenal tadi. Tapi acah jer. Saja nak kasi gempak sikit." Haninah tersenyum kecil dengan kata-katanya. Pemuda dan pelajar berkaca mata itu turut tersenyum dengan telatah Haninah.
            "Tak sangka pandai juga awak cari jalan nak lengahkan mereka tadi. Patutlah tadi saya nampak mereka terhenti tadi."
            "Alhamdulillah, bolehlah setakat nak selamatkan nyawa. Ha! Adik pun terima kasih sebab sudi tolong panggilkan orang untuk selamatkan akak. Akak ingat adik terus pergi jer tadi." Haninah mula menghadap pelajar itu.
            "Saya yang patut berterima kasih dengan akak sebab selamatkan saya. Tak sangka akak berani sampai macam tu sekali tadi." Pelajar tersebut malu-malu berbicara.
            "Orang yang dalam kesusahan depan mata pula tu mestilah akak kena tolong. Mungkin dah jodoh kita berjumpa dan akak menolong adik dan abang ni tolong akak pula. Bukti kasih sayang Allah kepada hambanya tidak terhad kepada seseorang hamba atau apa hubungan kita. Okeylah akak dah lewat akak nak gerak dulu."
            "Saya gerak dulu, ye." Haninah berkata kepada ustaz tersebut setelah memberitahu pelajar itu.
            "Eh! Akak, siapa nama akak? Nanti kalau kita berjumpa lagi senanglah saya nak panggil. Kalau tak tahu nama payah juga nanti. Saya Hafiz." Pelajar tersebut bertanya.
            "Nama akak Haninah, Hafiz. Lain kali kalau kita terjumpa tetapi akak tak perasan sudi-sudilah bertegur sapa ye." Haninah tersenyum manis.
            "Abang pulak?" Hafiz bertanya kepada pemuda ustaz itu pula.
            "Abang, Yasin. Selamat berkenal, Hafiz." Tangan dihulurkan kepada Hafiz.
            "Selamat berkenalan, Haninah." Yasin hanya menundukkan sedikit kepalanya kepada Haninah.
            "Selamat berkenalan." Haninah juga membuat perkara yang sama Yasin lakukan.
            "Okey, la saya gerak dulu. Assalammualaikum." Haninah meneruskan perjalanannya untuk berjumpa dengan Kak Suhana yang mana mereka telah berjanji untuk keluar membeli-belah bersama-sama. Dua lelaki tersebut hanya memandang seketika Haninah yang cantik berjubah biru laut melangkah pergi sebelum mereka berpandangan dan sama-sama meminta diri.

***********************************

            Kepenatan siang tadi membeli-belah dengan rakan sekerjanya Suhana atau lebih mesra dipanggilnya Kak Suhana, tidak dapat membuatnya mudah lelap malam itu. Fikirannya menerawang pada kejadian siang tadi sebelum bertemu dengan kak Suhana. Kata-kata pelajar-pelajar empat sekawan itu benar-benar terkesan di hatinya.
            "Makcik, kalau dah kerja tu kerani cabuk tu buat macam kerani cabuk okey. Tak payah nak jadi ustazah dan menasihati orang. Pernah dengar peribahasa, kalau kali panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Ha! Sesuai sangat dengan makcik ni."
            "Adakah aku cuba berlagak alim seperti ustazah dengan menegur mereka seperti itu? Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak tunjuk alim atau merasakan diri ni ustazah. Jangan katakan bertauliah bahkan ilmu agama yang ada dalam diri ini pun tak mampu dan layak menjadi ustazah. Ye! Aku sekadar kerani cabuk, kot!" Bicara Haninah pada dirinya.
            "Tapi niat aku sekadar ingin menegur dan ingat-mengingatkan mereka. Salahkah aku yang belajar tak tinggi, kerja tak megah dan sekadar Muslim biasa-biasa sahaja cuba ingin sama-sama berpesan-pesan dan beringat-ingat kepada kebaikan dan menegur dan mencegah sesame umat meninggalkan kejahatan? Apakah semua kerja-kerja itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang layak dan bukannya aku yang cuma kail panjang sejengkal ini?" Haninah terus-terusan mempersoalkan diri.
            "Kalaulah macam tu, umat kita akan mudah terleka dan terjerumus dalam larangan-Nya kerana tidak pada semua situasi akan muncul Ustaz, Ustazah dan alim ulama. Kalaulah mereka faham dan tahu niat aku ini. Aku hanya melahirkan rasa sayang dan kasih aku kepada mereka sebagai Muslim dan sebagai kawan. Haih!" Haninah mengeluh dan ingatan terkenangkan seorang rakannya semasa menuntut di Universiti Teknologi Mara cawangan Arau, Perlis dahulu.
            "Gi mana lewat balik ni Naimah? Ko study group dengan Soleh ker?" Haninah bertanya rakan sebiliknya.
            "A'ah. Ko janganlah risau kami bukannya study berdua jer. Ada ramai lagi." Naimah beralasan sambil tersenyum-senyum.
            "Ye, ker? Bukan study group tu habis kul sepuluh setengah ker? Tadi aku nampak Kak Ani dah balik pukul sepuluh empat puluh lima." Haninah menduga.
            "Memang pun tapi Soleh ajak gi minum kejap. Okey la aku nak gi mandi dulu." Naimah berlalu pergi. Haninah hanya mampu memandangnya dengan harapan Naimah tidak melakukan perkara yang tidak diingini.
            "Eh! Kak Ani, kenapa datang ni? Naimah tak balik sekali ker? Bukan Naimah dan akak satu group study ker?" Haninah yang sedikit tersentak dengan kemunculan Kak Ani dalam biliknya pada beberapa hari kemudian bertanya.
            "Memang satu group tapi tu la bila akak ajak dia balik sama tadi dia kata kejap lagi dia balik. Nak sambung bincang sekejap lagi katanya." Kak Ani seperti resah.
            "Kenapa ni Kak Ani? Semacam jer Haninah tengok."
            "Tak de, masa akak balik tadi akak tengok banyak bilik dah kosong. Serba-salah pula tinggalkan mereka macam tu jer."
            "Apa yang nak dirisaukan akak, Naimah dan Soleh tu dah besar panjang. Dua-dua sekolah agama lagi. Tak kan nak buat perkara yang tak elok, kan." Melisa yang juga merupakan kawan sebilik Haninah menyampuk.
            "Betul juga kan." Kak Ani tersenyum.
            "Tapi saya tak sedap hatilah akak. Sekarang dah pukul sebelas setengah malam. Naimah tak balik lagi. Jangan-jangan ada apa-apa dah jadi kot." Haninah resah.
            "Assalammualaikum." Naimah memberi salam sambil menapak masuk dengan wajah yang sedikit muram. Semua yang ada menjawab salam Naimah. Masing-masing terdiam dan tidak berani menegur Naimah, bimbang menguriskan hatinya.
            "Kenapa lambat, Naimah? Muka pun masam jer." Kak Ani memulakan bicara setelah seketika mendiamkan diri sehingga Naimah duduk di atas katilnya.
            "Tak de apalah Kak Ani. Penat sikit."
            "Naimah, aku nak cakap sikit ko jangan marah ye. Aku rasa tak eloklah ko sambung study group sampai lewat macam ni. Berduaan dengan Soleh pulak tu. Aku risau kalau-kalau ko kena tangkap basah nanti. Memanglah korang tak buat apa-apa cuma belajar tetapi berdua-duaan tu tetap salah." Haninah cuba menegur dengan lembut.
            "Aku tahulah, Haninah. Dah selalu sangat dengar masa belajar dulu. Tak payah sibuk la. Dah la aku nak tidur." Naimah terus baring dan berpaling kea rah dinding. Haninah, Kak Ani dan Melisa saling berpandangan. Kak Ani mula minta diri pulang ke biliknya sementara Haninah dan Melisa meneruskan pembelajaran mereka.
            Keesokan harinya, satu kelas kecoh dengan berita tangkap basah Naimah dan Soleh. Walaupun Naimah dan Soleh tidak satu kelas dengannya tetapi mereka tetap satu jurusan jadi berita itu sedikit sebanyak memberi tamparan kepada pelajar yang lain.
            Ketukan pada pintu bilik menyedarkanya daripada memori silam. Seketika kemudian adik sepupunya, Norliza masuk. Dia berkongsi bilik dengan adik sepupunya sepanjang dia menumpang di rumah mak saudaranya itu.
            "Akak tak tidur lagi? Liza nak tidur ni. Esok lepas akak mandi, akak kejutkan orang ye." Norliza bersuara.
            "Okey. Maafkan dosa-dosa akak ye. Selamat malam, Assalammualaikum." Ayat yang lazim disebutnya setiap kali sebelum dia tidur.
            "Walaikummussalam. Sama juga ye. Assalammualaikum."
            "Waalaikummussalam." Mereka sama memejamkan mata.

*******************************

            "Haninah, boleh tak awak tolong saya? Saya nak minta awak tolong hantar dan ambil anak saya, Busran tuisyen. Dia tak nak ke tuisyen kalau awak tak temankan. Anak saya tu lemah sikit kalau dia tak tuisyen saya risau dia lagi ketinggalan." Tuan Bukhari bertanya.
            "Abis tu, macam mana dengan kerja-kerja saya ni?" Haninah kehairanan.
            "Pasal kerja wak jangan risau. Awak tetap bekerja seperti biasa cuma lepas makan tengah hari, pukul dua tu awak tak perlu masuk office dan terus gi sekolah anak saya ambil dia dan balik semula office selepas tu. Pukul lima petang awak keluar ambil dia semula kemudian Pak Mud akan hantar awak pulang. Pak Mud pemandu Datuk Daud, ayah kawan anak saya, Khairi. Mereka pergi tuisyen bersama-sama. Awak tak perlu risau, saya akan tambahkan gaji awak untuk itu." Tuan Bukhari masih menerangkan dengan terperinci. Tergamam seketika Haninah dengan ketelitian perancangan Tuan Bukhari.
            "Bukan gaji yang menjadi persoalannya sekarang Tuan. Saya boleh sahaja lakukan kerja ni tanpa tambahan gaji saya sebab waktu kerja saya masih sama Cuma lokasinya sahaja berbeza. Malah kalau difikirkan semasa atas kereta saya tidak buat apa-apa kerja pun hanya sekadar duduk sahaja. Tapi saya rasa tanggung jawab tu agak berat untuk saya pikul. Saya risau saya tidak dapat melakukan tugas saya sebaiknya, Tuan." Haninah lemah bersuara.
            "Apa maksud Haninah? Kenapa tugas yang mudah tu Haninah kata berat pula?" Tuan Bukhari kehairanan dengan cara berfikir Haninah.
            "Memang pada zahirnya ringan tetapi sebenarnya ia satu tugas yang berat. Saya risau kalaupun saya hantar dan ambil anak Tuan ke pusat Tuisyen, dia masih tidak mahu menghadirkan diri sebaliknya merayau ke tempat lain sebaik saya meninggalkannya di pintu pusat tuisyen." Haninah memandang wajah Tuan Bukhari minta pengertian. Tuan Bukhari merenung lama wajah Haninah sehingga membuatkan Haninah tidak selesa. Melihat keadaan Haninah itu, Tuan Bukhari segera membalas.
            "Kalau awak dah cakap macam tu, saya tak boleh nak buat apa lagi. Saya rasa awak tahu serba-sedikit masalah anak saya bila mendengar awak cakap macam tu. Mungkin saya tak cukup tegas dengan anak saya sehingga dia jadi seperti itu. Terima kasih, Haninah. Awak boleh sambung kerja awak." Tuan Bukhari tersenyum hambar kepadanya.
            "Terima kasih, Tuan. Saya keluar dulu." Haninah berlalu pergi setelah dibenarkan oleh Tuan Bukhari. Dia mula meneruskan kerja-kerjanya yang tergendala sebentar tadi. Sehingga petang menjelma, Haninah dikejutkan dengan kedatangan Puan Yasmin dan Busran dan sekali lagi dia dipanggil masuk ke dalam bilik Tuan Bukhari.
            "Maaf, Haninah. Saya ganggu waktu kerja awak. Saya minta tolong sangat dengan awak, tolonglah bantu anak saya. Dia berkeras tidak mahu pergi ke pusat tuisyen kalau bukan awak yang temankan. Saya rayu sangat dengan awak." Puan Yasmin bersuara lembut sambil menggenggam erat tangan Haninah. Haninah serba salah lalu dia memandang Tuan Bukhari yang memandangnya dari meja kerjanya. Duduknya di sofa mula terasa tidak selesa.
            "Seperti yang saya bincangkan dengan Tuan Bukhari tadi, saya bukannya tidak sudi tetapi tugas ini amat berat bagi saya. Saya pasti Tuan ada sampaikan kepada Puan sendiri perkara yang saya maksudkan, kan?" Haninah tidak mahu mengulangi kata-katanya kerana dia pasti perkara itu sudah sampai kepada pengetahuan Puan Yasmin. Kalau tidak masakan Puan Yasmin datang berjumpa dan merayu sebegitu dengannya.
            "Pasal hal itu Haninah jangan risau, Busran sudah berjanji yang dia akan turut dan akan terus berada di pusat tuisyen itu sehingga tiba waktu pulang. Busran, cakap apa yang kamu janjikan dengan ibu tadi pada Haninah." Puan Yasmin meninggikan sedikit suaranya apabila meminta anaknya bersuara.
            "Saya janji saya akan pergi ke pusat tuisyen dan tidak akan melencong ke mana-mana sampai balik." Sinis sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Busran. Haninah ragu-ragu.
            "Macam tu ker cara kamu bercakap dengan orang yang lebih tua dari kamu?" Tuan Bukhari yang sedari tadi mendiamkan diri memberi laluan kepada isterinya berkata-kata menegur anaknya.
            "Maaf, Busran tak sengaja." Nada yang lebih lembut Busran berikan.
            "Bukan setakat pergi sahaja ye, belajar dengan tekun sama. Boleh?" Haninah inginkan kepastian.
            "Baiklah tambah pergi belajar dan bukannya sekadar hadirkan diri. Boleh akak tolong temankan?" Busran pula inginkan kepastian.
            "Baiklah, akak akan temankan. Akak pegang janji Busran. Rasulullah bersabda; ‘Tanda orang munafik itu ada tiga perkara apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia mungkiri janji dan apabila dia diamanahkan dia mengkhianati’. Akak pasti Busran tidak mahu menjadi seorang yang munafik kan?" Haninah menduga. Busran tidak menjawab sebaliknya hanya menganggukan kepalanya. Haninah tersenyum manis.
            'Sekarang kau senyumlah. Nanti sampai masanya kau akan menangis pula.' Busran berkata dengan dirinya sendiri. Dia turut tersenyum kepada Haninah.
            "Kalau semua dah setuju, kita mulakan esok, boleh?" Puan Yasmin kembali ceria.
            "Insya-Allah, boleh." Haninah menjawab dengan tenang.
            "Baik, ibu. Terima kasih ibu, papa, akak." Busran mengucapkan terima kasih. Semua hanya tersenyum dengan tindakan Busran itu.

******************************

            Seperti yang dijanjikan selepas dia menjamu selera tengah hari itu, Pak Mud datang dengan kereta Mercedes untuk mengambilnya. Kemudian mereka bergegas ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi untuk mengambil Busran.
            Melalui Pak Mud, Haninah mengetahui perihal sekolah yang dihadiri oleh Busran dan Khairi  itu. Sekolah tersebut merupakan antara sekolah-sekolah terbaik bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Malaysia. Betapa dia bangga dengan kemampuan mereka untuk memasuki sekolah tersebut yang pasti mempunyai saingan yang ramai dalam memilih pelajarnya.    
            'Tapi sayang kecerdikan disalah guna ke arah yang tidak elok. Ke ada sebab mereka jadi macam tu?' Haninah bertanya dengan dirinya sendiri. Sampai sahaja di pintu masuk sekolah tersebut, Busran dan Khairi sudah menanti namun mereka tidak berdua. Mereka bersama dengan dua orang lagi sahabat mereka.
            'Ah! Sudah. Lain macam jer ni. Tak kan sesi nak balas dendam lagi kot?' Haninah berkata dengan dirinya. Kaki tetap dilangkah menghampiri mereka biarpun hati seperti meragui. Setelah kaki semakin menghampiri, Busran dan rakan-rakannya segera meluru masuk ke dalam kereta. Terpinga-pinga Haninah melihat gelagat mereka itu.
            "Makcik, eh! Silap, akak. Kami pergi dulu ye. Ari ni kawan saya nak tumpang. Kalau akak naik sekali nanti tak muat pula. Silap, silap boleh pamcit tayar, lebih muatan. So akak lik naik tren la ye. Tu kan pengangkutan kesukaan akak. Bye! Jumpa lagi esok." Busran menerangkan keadaan yang berlaku.
            "Pak Mud, jalan." Khairi menyuruh pemandu ayahnya berlalu.
            "Tapi, Cik Haninah, macam mana?" Pak Mud ragu-ragu bertanya.
            "Orang suruh jalan tu, jalan jer la Pak Mud. Ke Pak Mud pun nak tinggal sini dengan dia?" Khairi meninggikan suaranya. Pak Mud yang terkejut dimarahi sebegitu rupa mula menurut.
            "Baik…"
            "Bye!" Semuanya mengucapkan selamat tinggal kepada Haninah. Haninah yang baru tersedar akan dirinya keluar tadi sehelai sepinggang mula mengejar kereta tersebut namun semuanya hampa. Kereta tersebut tetap bergerak meninggalkannya.
            "Hey! Beg tangan saya la! Macam mana saya nak naik tren kalau tak de duit." Haninah menjerit sedikit tetap tiada gunanya lagi. Sementara itu, Busran yang duduk dihadapan menggantikan tempat Haninah tadi terpijakkan beg tangan Haninah yang berada di lantai kereta. Apabila terperasankan beg tangan tersebut, dia mula memalingkan mukanya memerhatikan Haninah, namun semuanya sudah terlambat kereta sudah bergerak jauh daripada perkarangan sekolah.
            'Nasib ko la. Bukan salah aku pun ko tinggalkan beg tangan ko ni. Pandai-pandailah ko cari duit nak tambang nanti.' Busran berkata dalam hatinya. Dia mengalihkan kakinya daripada terus memijak beg tersebut. Dia segera mengambil beg tangan Haninah tersebut dan memasukkannya ke dalam beg sekolahnya. Hati berlagu riang kerana dapat mempermainkan Haninah hari ini. Baru puas rasanya hati.
            Haninah terduduk di kerusi di perhentian bas, termangu-mangu memikirkan perkara yang baru berlaku. Dia memikirkan cara untuknya pulang.
            'Tak kan nak naik teksi pula. Hari tu pun dah kena tipu kali ni kalau aku naik teksi juga mau kena benda lain pula. Teksi bukan jawapannya walaupun cara tu yang boleh membuat aku sampai semula ke office dan meminta Kak Suhana bayarkan dulu tambangnya.' Monolog Haninah sendirian.
            'Mungkin kalau aku terus menunggu di sini nanti Pak Mud akan datang mengambil aku semula. Insya-Allah. Mudah-mudahan Allah kabulkan permintaan aku ni.' Haninah bertindak untuk terus menunggu. Haninah terus menunggu sehingga masuk waktu solat Asar.
            "Astagfirullah halazim dah masuk Asar rupanya. Tak de jam memang tak sedar lama betul aku tunggu kat sini. Nampaknya Pak Mud memang tak akan datang. Aku pun tak dapat sambung buat kerja kat pejabat. Baik aku cari surau, solat dulu. Nanti fikirkan jalan yang lain." Haninah bersuara setelah di terdengar alunan azan. Dia mula menghayun langkah menuju ke surau Al-Ikhlas yang terdapat tidak jauh daripada sekolah berkenaan.
            Haninah menyerahkan diri sepenuhnya kepada yang Maha Esa di atas apa yang telah berlaku. Dia yakin pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Dia juga memohon bantuan daripada yang Maha Pemberi Petunjuk untuk memberikannya jalan untuk sekurang-kurangnya dapat pulang ke rumah walaupun untuk pulang ke tempat kerja agak mustahil kini kerana masa sudah semakin hampir ke pukul lima. Setelah selesai mengaminkan doa, Haninah menanggalkan telekungnya dan mengenakan semula tudungnya. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu.
            'Agaknya Tuan Bukhari marah tak aku tak masuk-masuk lagi ni? Jangan dia fikir aku curi tulang sudah. Tapi mesti dia fikir macam tu kalau aku tak hubunginya memberitahu perkara sebenarnya. Aku kalau boleh tak nak sebut pasal hal ni, nanti kesian pula Busran dan Khairi kena marah. Mereka tu budak muda yang sering melakukan kesilapan jadi terus-terusan menyalahkan mereka bukan satu tindakan yang wajar tapi teguran yang berkesan dan lembut yang dapat membuka mata hati mereka.' Monolog Haninah sendirian.
            'Apalah kau ni, Haninah. Cakap macam pakar jer. Padahal kerani cabuk jer. Ilmu pun sekangkang kera, buat malu jer. Kalau dah kail panjang sejengkal tu, sendiri mau ingat la kan.' Haninah tersenyum sendiri dengan peringatan kepada dirinya itu. Haninah mula mengambil senaskah Al-Quran lalu dia membacanya dengan perlahan dan tenang. Namun tanpa disedarinya air matanya gugur jua. Dia hanya wanita yang lemah tidak berdaya untuk menahan diri daripada ujian yang sedang Allah timpa kepadanya ketika itu.
            "Anak ni, baru pindah sini ker?" Seorang wanita dalam lingkungan lima puluhan datang menegurnya sebaik dia sudah menamatkan pembacaannya kerana pembacaannya tidak sempurna dek tangisan yang semakin tidak reda. Segera air mata disapu dengan hujung jadi apabila wanita itu mula duduk di sisinya.
            "Eh! Tak la. Saya dari sekolah Jalan Empat tadi. Datang tumpang solat kat sini saja, makcik." Haninah tersenyum manis.
            "Oh! Makcik ingat baru pindah sini. Patut tak pernah nampak. Buat pe kat sekolah sana? Guru kat sana ke?"
            "Tak la, makcik. Tadi saya ada hal sikit kat sana. Makcik selalu datang sini ker?" Haninah bertanya kerana tidak tahu apa yang mahu ditanyakannya lagi.
            "A'Ah. Makcik tinggal dekat-dekat sini jadi selalu juga datang kalau ada masa. Kebetulan hari ni anak makcik cuti, dapatlah datang waktu Asar ni. Kalau tidak waktu magrib dan Isyak jer datang sini." Wanita itu menerangkan.
            "Oh! Macam tu." Haninah tidak tahu untuk berkata apa lagi. Fikirannya masih kepada masalah yang sedang melandanya. Waktu semakin hampir ingin melabuhkan tirai dan dia seharusnya mencari jalan untuk pulang.
            'Kalau aku minta tolong dengan makcik ni, agak-agaknya dia sudi nak tolong tak? Ke dia ingat aku nak mengambil kesempatan pula?' Haninah terfikir.
            "Kalau makcik nak tanya sikit anak jangan marah ye. Tadi makcik nampak anak berdoa panjang lepas tu masa mengaji menangis pula. Anak ada masalah ke? Kalau boleh makcik tahu ataupun anak perlukan pertolongan, makcik akan cuba bantu." Makcik tersebut lembut menuturkan kata-katanya. Haninah terharu dengan ungkapan yang dituturkan oleh wanita itu yang seolah-olah memahami gejolak yang melanda dirinya ketika itu.
            "Terima kasih makcik. Sebenarnya saya dalam kesulitan. Saya nak pulang ke rumah tapi saya tinggal sehelai sepinggang sebab beg tangan saya tertinggal dalam kereta orang yang hantar saya tadi. Nak hubunginya pun tak boleh sebab semuanya dalam beg tangan saya tu. Nak minta tolong pada siapa pun saya tak tahu. Saya tak kenal siapa-siapa kat sini." Haninah tenang berbicara. Malu sekiranya air matanya tumpah lagi di hadapan wanita itu. Seolah-olah dirinya tidak betah diuji sedikit oleh-Nya.
            "Anak tinggal kat mana? Kalau nak boleh makcik minta tolong anak makcik antokan."
            "Saya tinggal kat Bandar Tasik Selatan, makcik. Tapi saya rasa tak perlu hantar saya sampai rumah, kalau makcik sudi pinjamkan saya duit untuk tambang tren pun dah cukup. Esok, Insya-Allah saya datang sini pulangkan duit yang saya pinjam tu."
            "Tak payah pinjam la, makcik bagi jer. Lagipun berapa ringgit sangat tambang tren kan. Nah." Makcik tersebut menghulurkan duit sepuluh ringgit.
            "Terima kasih makcik, tapi esok saya bayar ye. Saya tak sedap pula nak terima macam tu jer. Esok Insya-Allah waktu magrib saya datang sini, ye. Saya pulangkan balik." Haninah berkeras mahu memulangkan duit berkenaan.
            "Ikut suka kamulah. Makcik kata tak payah kamu nak bayar juga. Tapi bagus juga boleh kita jumpa lagi esok. Sejuk mata makcik tengok kamu ni. Kalaulah makcik ada anak perempuan, makcik harap dia macam kamu. Tapi apa nak buat, Allah hanya berikan makcik lima orang anak lelaki. Tapi makcik tetap bersyukur daripada orang yang langsung tiada anak, kan." Wanita itu tersenyum manis menerangkan.
            "Tak pe makcik. Saya rasa makcik tetap beruntung sebab melahirkan lima orang imam yang dapat memimpin keluarga dan umat sejagatnya untuk berjuang ke jalan Allah." Haninah tersenyum manis.
            "Ye la tu. Jom kita keluar. Anak makcik dah tunggu, agaknya." Wanita itu mempelawa.
            "Baik, makcik." Haninah segera berjalan beriringan setelah meletakkan kembali Al-Quran yang dibacanya tadi. Haninah kembali tergamam apabila mendapati Yasin adalah anak wanita itu. Yasin juga terkejut dengan kemunculannya bersam ibunya itu.
            "Eh! Haninah. Apa awak buat kat sini?"
            "Encik Yasin. Tak sangka jumpa kat sini. Tak sangka juga makcik ni mak Encik Yasin."
            "Apa pula berencik-encik ni. Yasin je dah cukup. Tu la, tak sangka jodoh kita kuat jumpa lagi kita, kan." Yasin tersenyum manis. Haninah turut tersenyum mendengar kata-kata Yasin.
            "Jadi Yasin dah kenal la. Pe namanya tadi, Haninah ye. Bagus la kalau dah kenal. Kalau macam tu tak salahkan Yasin hantarkan. Makcik tak sedap hati biarkan Haninah ni balik sorang-sorang. Biar kami yang hantarkan. Lagipun dapat juga makcik jalan-jalan. Asyik duduk rumah jer bosan juga." Makcik itu memberi cadangan.
            "Tapi makcik….saya…" Haninah keberatan.
            "Tak de tapi, tapi lagi. Haninah ikut jer. Kan dah kenal jadi nak segan apanya lagi. Bukannya jauh pun Bandar Tasek Selatan tu." Ibu Yasin segera menarik tangan kanan Haninah. Haninah hanya menurut kerana tidak mampu melawan kehendak wanita yang dihormatinya itu.
            "Hantar balik? Apa yang saya tertinggal ni?" Yasin yang kekeliruan bertanya.
            "Tak pe dalam kereta nanti kita sambung cerita. Jom gerak sekarang. Karang lambat sampai pula." Ibu Yasin menegur anaknya. Mereka mula mengisi ruangan kereta dan kereta bergerak ke destinasi yang diperkatakan.

******************************

            "Yasmin, Busran cepat siap. Kita nak pergi ke Ipoh sekarang." Tegas Tuan Bukhari mengarahkan isteri dan anaknya itu.
            "Kenapa ni abang? Buat apa nak gi Ipoh?" Puan Yasmin yang masih keliru bertanya.
            "Buat jer. Nanti abang terangkan dalam kereta. Kemas baju untuk dua tiga hari. Busran, dengar taka pa yang papa cakap?" Tuan Bukhari menikam mata anak terunanya itu.
            "Baik, papa." Busran hanya mampu menurut biarpun dia tidak faham dengan tindakan bapanya itu. Setelah selesai berkemas, mereka mula bertolak ke Ipoh.
            "Okey, abang. Sekarang cuba cerita apa yang berlaku. Kenapa nak gi Ipoh tergesa-gesa ni?" Puan Yasmin tenang bertanya.
            "Ni semua, anak kesayangan awak punya hal la. Kalau dia tak buat perangai semalam semua ni tak kan jadi. Sekarang masalah dah bertambah sampai melibatkan nyawa orang. Busran! Bilalah agaknya kamu ni nak sedar. Kalau lepas ni kamu tak sedar-sedar juga, tak tahulah papa." Tuan Bukhari masih tegang.
            "Apa maksud abang ni?" Puan Yasmin mula risau mendengar kata-kata Tuan Yasmin.
            "Kalau awak nak tahu, semalam dia dah tinggalkan Haninah kat sekolah sampai malam baru dapat budak tu balik rumah. Dalam masa dia tidak dapat dihubungi tu kerana telefonnya tertinggal dalam kereta Pak Mud, ibunya cuba menghubunginya kerana bapa dan abangnya nazak, terlibat dalam kemalangan. Kalau dia dapat dihubungi mungkin dia masih sempat untuk berjumpa dengan bapa dan abangnya. Tapi terima kasih kepada rancangan bijak anak kita ni, semua ni berlaku." Tuan Bukhari masih melontarkan nada yang tinggi. Panas betul hatinya dengan tindakan anaknya itu.  
            "Inalillahiwainahilaihirojiun. Abis tu Haninah dah balik ke belum abang?" Puan Yasmin nyata tersentak dengan perkhabaran itu.
            "Dah dia balik semalam dengan makciknya. So sekarang apa yang kamu nak buat Busran? Kamu ada nampak tak beg tangan Haninah. Pak Mud cakap dia tak jumpa. Kamu campak kat mana?" Tuan Bukhari terus-terusan memarahi anaknya.
            "Ada Busran simpan." Busran tahu dia tidak sepatutnya banyak berkata kerana bapanya masih dalam kemarahan dan sekiranya dia menjawab, padah akan diterimanya daripada ayahnya.
            "Nasib baik Busran tak buang. Busran tahu kan semua barang yang ada dalam beg tangan Haninah tu penting buat dia. Nanti pulangkan semula." Puan Yasmin lembut menegur.
            "Baik, ibu." Busran yang masih terkejut dengan perkhabaran itu hanya mampu menyandarkan badannya sambil terkenangkan peristiwa pembuliannya semalam sehingga dia tertidur.
            Keadaan rumah papan yang semakin dimamah usia dengan persekitaran yang bersih dan suasana yang sedikit sunyi menyambut kedatangan Tuan Bukhari sekeluarga. Alunan surah Yasin semakin kedengaran sebaik mereka menghampiri pintu rumah tersebut.
            "Assalammualaikum." Tuan Bukhari memulakan bicara dengan memberi salam. Seketika kemudian kedengaran salam bersahut dan pintu rumah dibuka.
            "Makcik, apa khabar? Haninah ada? Saya Bukhari."
            "Oh! Tuan Bukhari. Masuklah. Haninah ada kat dalam bilik. Nanti makcik panggilkan. Masuk, masuk."
            "Makcik, takziah. Semoga makcik tabah." Puan Yasmin berkata sambil menyalami tangan tua ibu Haninah.
            "Insya-Allah. Dah sampai masanya. Nanti kita semua pun akan menyusul. Duduk dulu, ye. Makcik panggilkan Haninah." Ibu Haninah masuk ke dalam bilik yang berada di tengah rumah tersebut. Alunan Yasin mula diberhentikan.
            "Assalammulaikum, Tuan, Puan, Busran. Tak sangka sanggup datang dari jauh. Terima kasih." Haninah bersuara sebaik dia menghampiri mereka. Wajahnya tenang. Semua menjawab salam serentak.
            'Dia tak marahkan aku ker? Tenang jer wajahnya. Makcik ni memang lain dari yang lain.' Busran berkata dalam hatinya sendiri apabila dia sedikit tergamam melihat ketenangan wajah Haninah.
            "Salam takziah, Haninah. Kami lambat tahu perkara ni. Pagi tadi baru Suhana khabarkan saya. Semuanya sudah selamat diuruskan nampaknya." Tuan Bukhari meneruskan bicaranya.
            "Alhamdulillah semuanya dah selesai. Kalau Tuan Bukhari sekeluarga belum pulang lagi hari ini, malam nanti bolehlah datang untuk majlis tahlilnya." Haninah mempelawa.
            "Insya-Allah, kami akan datang. Kami akan tinggal di sini sehari dua. Saya dah minta Suhana tempahkan hotel untuk kami nanti."
            "Tuan Bukhari ada kerja lain di sini ker?" Haninah kembali bertanya apabila dia merasakan agak lama mereka menetap di Ipoh. Seketika kemudian, ibunya datang bersama dengan adik perempuannya, Hanisah membawa hidangan untuk tetamu mereka.
            "Eh! Buat susah, susah pula makcik ni." Puan Yasmin menegur.
            "Tak susah la. Kek beli sahaja pun. Jemputlah jamu sambil berbincang." Ibu Haninah, Puan Junaidah berkata sambil dia melabuhkan punggungnya di sebelah Haninah. Tuan Bukhari meneruskan bicaranya yang tergendala.
            "Tak de kerja lain. Cuma nak selesaikan masalah yang telah ditimbulkan oleh Busran ni.  Saya nak minta maaf dengan awak sebab semalam anak saya dah perkara yang tidak sepatutnya kepada awak. Sehingga mumbuatkan awak mengalami masalah dan seterusnya semua ini terjadi. Saya tahu semua ini salah saya. saya tak didik anak saya dengan baik. Maafkan kami, Haninah." Tuan Bukhari nyata kesal.
            "Betul tu, Haninah. Mungkin kami tak patut menurut kehendaknya yang sepatutnya kami jangka mempunyai maksud yang lain. Kami akan cuba bertanggung jawab dengan setiap kesalahan yang telah dilakukannya." Puan Yasmin pula menambah.
            "Eh! Tak perlu semua tu. Bukan salah Busran pun. Semua ni satu kebetulan sahaja. Tak de kena-mengena dengan perbuatan Busran kepada saya semalam. Semuanya sudah tercatit pada masa dan ketika itu semua itu berlaku bukannya kerana salah sesiapa. Saya pun tak menyalahkan Busran sebab saya tahu apa yang cuba dia lakukan hanyalah untuk melepaskan rasa ketidak puasannya terhadap tindakan saya selama ini kepadanya. Mungkin saya pun ada salah juga." Haninah menerangkan.
            'Itu yang difikirkannya! Tak sangka sampai macam tu sekali dia cuba menolong aku. Adakah aku ni yang tidak sedar niatnya?' Busran berbicara dengan hatinya.
            "Kalau itu yang Haninah rasakan saya tak mapu nak kata apa-apa lagi. Tetapi saya sudah berbincang dengan isteri saya, kami akan bertanggung jawab dengan Haninah sekeluarga. Saya tahu sekarang Haninah dan keluarga sudah kehilangan tempat bergantung apabila bukan sahaja bapa malah abang Haninah turut pergi bertemu-Nya." Tuan Bukhari tenang berbicara. Haninah mula merasakan sesuatu yang penting akan berlaku. Hatinya gelisah.
            "Kami dah ambil keputusan untuk menikahi anak sulung kami, Burhan dengan Haninah. Memang ikutkan anak saya tu masih lagi muda baru dua puluh tujuh tahun dan masih mentah untuk menjadi ketua keluarga tetapi itu sahaja pilihan yang kami ada daripada saya yang kahwin dengan Haninah yang pastinya ditentang hebat oleh isteri saya." Tuan Bukhari menyambung sambil cuba berlawak. Busran terkejut dengan kata-kata bapanya itu.
            'Bila pula papa dengan ibu bincang hal ni?' Busran bertanya pada dirinya sendiri sambil berfikir.
            'Oh! Mungkin masa aku tertidur tadi. Tapi mana boleh macam ni.' Busran masih lagi berperang dengan dirinya.
            "Kami harap Haninah dan makcik akan setuju. Niat kami baik untuk membantu dan cuba meringankan bebanan Haninah sekeluarga yang sekarang bergantung kepada Haninah untuk mencari rezeki. Adik-adik semua masih lagi belajar, kan?" Puan Yasmin pula menambah. Haninah terdiam seketika. Puan Junaidah pula memandang anak keduanya itu. Dia tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran anaknya itu. Setelah seketika mendiamkan diri Haninah berbicara.
            "Memang adik-adik saya masih belajar tetapi saya rasa kami masih mampu meneruskan kehidupan kami dengan rezeki yang kami perolehi. Walaupun saya seorang sahaja yang bekerja, kami ada berkebun sedikit-sedikit jadi makanan tu Insya-Allah ada untuk kami. Maaf kalau kata-kata saya menyinggung hati Tuan dan Puan, tapi saya rasa tak perlu berkorban sampai macam tu sekali hanya semata-mata untuk membantu kerani macam saya ni. Tak perlu dikorbankan hati dan perasaan anak sulung Tuan dan Puan untuk saya sekeluarga." Haninah tenang dan lancar menyuarakan hatinya.
            "Tak pe, saya setuju untuk tunaikan hasrat papa dan ibu saya. Saya sudi terima jodoh yang telah dipilih oleh mereka untuk saya. walaupun saya tidak pernah kenal Haninah tetapi setelah mendengar perbincangan mereka dengan Haninah, saya yakin pilihan mereka tepat." Burhan muncul di muka pintu dengan senyuman manis menyangkal Haninah tentang dirinya tadi. Semua yang ada memerhatikannya di muka pintu tersebut.
            "Burhan, sayang dah sampai." Puan Yasmin mendapatkan anaknya.
            "Assalammualaikum. Maaf tadi bercakap tanpa memberi salam terlebih dahulu." Burhan memohon maaf.
            "Masuklah nak. Masuk. Hanisah bawakan satu cawan lagi air kopi." Puan Junaidah berkata dengan ceria.
            "Eh! Along. Macam mana ko leh cari rumah ni?" Busran yang terkejut dengan kemunculan abangnya itu bertanya.
            "GPS ka nada. Jadi tak susah nak cari kalau dah dapat lokasinya. Tul tak papa?" Sempat Burhan bergurau dengan adik dan bapanya.
            'Aduh! Bertambah masalah aku ni. Ya Allah apa percaturan yang cuba Kau tunjukan kepadaku. Adakah ini semua hikmah dan rezeki yang ingin Kau berikan kepada hamba-Mu yang hina ini?' Haninah monolog sendirian. Dia mula memandang Burhan yang duduk dihadapanya. Seorang pemuda yang tegap, manis malah lebih menawan daripada Busran. Itu pada pandangan kudus Haninah.
            "Abis tu macam mana, Haninah?. Awak dah jumpa dan dengar sendiri kata-kata daripada Burhan, kan. Awak setuju ker tidak?" Puan Yasmin inginkan kepastian. Haninah masih lagi mendiamkan diri.
            "Saya se….." Belum pun sempat Haninah meneruskan kata-katanya Busran memotong.
            "Tak saya tak setuju. Biar saya yang bertanggung jawab. Semua ni pun berlaku sebab saya jadi biar saya yang nikah dengan Haninah. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya dengan Haninah dan keluarganya." Busran bersuara dengan lantangnya. Terkejut Puan Junaidah mendengarnya.
            "Astaghirullaha halazim!" Haninah yang terkejut dengan kata-kata Busran mula mengurut belakang dada ibunya.
            "Kamu ni Busran, kalau nak bersuara pun, tak perlulah lantang macam tu. Buat terkejut orang jer. Nasib baik tak de yang kena serangan jantung." Puan Yasmin menegur.
            "Maaf." Busran menyesal sambil menundukkan sedikit wajahnya.
            "Maksud kamu, kamu sendiri yang nak menikahi Haninah dan tidak mahu kami nikahkannya dengan along kamu ni? Tapi macam mana kamu nak meyaranya? Kamu kan masih lagi belajar? SPM pun tak ambil lagi? Cuba kamu cerita sikit." Tuan Bukhari tegas bertanya.
            "Betul tu, Busran. Kamu jangan ingat nak menyara anak orang macam nak menyara anak kucing. Berat tanggung jawabnya." Puan Yasmin kembali bersuara.
            "Betul tu Alang. Along tak kisah pun nikah dengan Haninah ni. Along bukan ada yang istimewa pun. Along boleh jer gantikan Alang." Burhan pula menyampuk.
            "Busran tetap dengan keputusan Busran. Buat masa sekarang memang Busran tak mampu nak cari nafkah sendiri tapi Busran boleh gunakan duit poket yang papa bagi kat Busran setiap bulan tu untuk sara Haninah dan keluarganya. Bila tamat jer SPM, Busran akan cari kerja tak pun Busran kerja dengan syarikat cawangan papa yang nak dibuka di Ipoh ni. Haninah pun boleh kerja sekali kat sana nanti. Senang dan jimat pergi balik kerja, sekali. Busran tak kisah kalau kena kerja sebagai kerani cabuk jer dulu pun asalkan dapat cari rezeki yang halal." Busran semangat menerangkan.
            "Habis tu, sayang tak nak sambung belajar ker? Tak kan sayang nak kerja kerani sepanjang hidup. Dunia sekarang semakin lama semakin tinggi taraf hidup. Ibu tak yakin Busran mampu nak buat semua tu. Kita biarkan sahaja Along yang kahwin dengan Haninah ye, sayang?" Puan Yasmin cuba menyedarkannya.
            "Kenapa semua orang rasa Busran tak mampu nak buat? Busran belum lakukan apa-apa lagi semua dah fikir yang Busran tak mampu. Semua yang Busran nak cuba buat semua orang kata tak mampu, tak boleh. Habis tu sampai bila baru boleh? Kali ni boleh tak ibu, papa dan Along tolong Busran. Tolong yakin dengan Busran. Insya-Allah Busran akan cuba buat yang terbaik. Jodoh pertemuan, rezeki semuanya ditangan Allah. Sesiapa pun tidak mampu nak mengatakan rezeki Busran nanti tidak mampu menyara Haninah sekeluarga sekiranya Allah menyatakan ianya cukup. Kun fayakun! Jadi maka jadilah!" Busran tegas menjelaskan. Lagak persis Tuan Bukhari. Haninah memerhatikan kedua beranak yang mempunyai perwatakan hampir sama itu. Semua masih tekun mendengar penjelasan Busran.
            "Lagipun…. Busran rasa Busran dah sukakan Haninah. Busran rasa tak mampu nak lepaskan dia kepada Along. Busran pun rasa tak mampu nak berjauhan dengan dia lagi. Busran harap semuanya faham perasaan Busran." Busran menyambung. Suasana tegang tadi kembali sedikit tenang.
            "Maaflah makcik mencelah. Makcik bukan membangkang ataupun menyokong tetapi sebagai orang yang paling tua, makcik fikir kita tangguhkan dulu perkara ni. Kami pun masih dalam kesedihan. Apa kata masing-masing cuba buat solat ishtikharah. Dalam masa sebulan dua ni kita semua buat solat ishtikharah dan menyerahkan kepada-Nya menunjukkan jalan kepada kita. Insya-Allah dalam masa tu rezeki kami masih ada untuk kami teruskan hidup kami. Tak perlu semuanya risau. Boleh, semua?" Puan Junaidah menyatakan rasa hatinya. Semua terdiam mendengarnya.
            "Maafkan kami, makcik. Mungkin kami terlalu ikutkan perasaan tanpa sedar kesedihan yang makcik sekeluarga alami kini. Ye la, kita tangguhkan dulu perkara ni. Tapi kalau makcik tak keberatan, buat sementara waktu ni saya sekeluarga akan membantu makcik sekeluarga dengan membekalkan sedikit duit belanja keperluan harian. Harap makcik tidak menolak." Tuan Bukhari memutuskan.
            "Alhamdulillah, rezeki tidak baik ditolak. Insya-Allah jasa baik Tuan sekeluarga akan mendapat balasan Allah. Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian Tuan tu." Puan Junaidah menerima dengan hati terbuka. Semua tersenyum kecuali Haninah dan Busran yang masing-masing masih melayan hati masing-masing.

******************************

            Majlis Tahlil berjalan dengan lancarnya. Ramai yang datang dengan niat menyedekahkan surah yasin dan bacaan doa buat kedua-dua anak beranak yang telah pergi menghadap-Nya. Jamuan ringan turut disediakan oleh sanak-saudara Haninah yang mereka disediakan di rumah mereka sendiri. Seketika selepas itu, tetamu mula beransur-ansur pulang. Haninah, Busran, Burhan dan beberapa sanak-saudara Haninah mengemaskan meja hidangan yang ditempah khas oleh Tuan Bukhari bagi memudahkan urusan tersebut.
            "Haninah, kenapa awak tak marah langsung dengan saya? Saya buat macam tu kat awak pun awak masih bersabar. Kenapa awak tak jemu-jemu nak menolong dan menegur saya? Walaupun saya herdik awak, caci awak, kutuk awak." Busran bertanya semasa dia berdekatan dengan Haninah yang masih ligat mengemas.
            "Amboi! Sedapnya panggil saya Haninah. Mana makcik, akak yang biasa awak gunakan untuk panggil saya sebelum ni?" Haninah cuba mengalihkan topic.
            "Tak perlu semua tu. Tak lama lagi kita akan bersatu juga." Busran tersenyum lebar.
            "Tak malu, siapa yang nak dengan dia, entah." Haninah mengejek.
            "Ye ker, tak nak. Kalau tak nak tak la awak cakap macam tu. Betul tak?" Busran pula bermain tarik tali.
            "Tak kuasa layan songeh awak." Haninah meneruskan kerjanya.
            "Soalan saya awak tak jawab lagi? Tolong jawab jangan mengelak." Busran tegas.
            " Rasulullah saw bersabda, 'Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam hal mereka saling mencintai, kasih mengasihi dan bertimbang rasa sesama mereka, adalah seperti sebuah tubuh badan. Apabila mana-mana anggota ditimpa penyakit maka seluruh anggota turu serta berjaga malam dan mersakan demam.' Itulah diri saya. Saya tak mampu nak mengelak daripada rasa kasih dan sayang saya kepada sesama Muslim. Saya pasti nak menegur, membantu dan mengingatkan selagi saya mampu biarpun rakan-rakan atau ada orang yang saya tegur menganggap saya sekadar menyibuk atau berlagak pandai. Yang pasti saya buat semua ni kerana Dia. Mungkin kail saya panjang sejengkal sahaja tetapi tidak salah saya cuba ingat-mengingatkan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada keburukan."
            "Itulah yang saya suka dengan awak. Saya berharap sangat yang awak juga akan yakin kepada saya, kepada niat suci saya tadi seperti mana awak yakin dengan diri awak dan niat awak itu." Busran tersenyum manis kepada Haninah. Haninah dapat merasakan kelainan kepada diri Busran kini.
            "Tengoklah nanti." Haninah sengaja menguji Busran sambil menyimpan senyum.
            "Okey, kalau awak tak nak, saya tak akan pulangkan beg tangan awak. Biar saya simpan buat pekasam." Busran cuba menggertak.
            "Kejap jer okeynya. Dah datang balik perangai samseng budak sekolah, dia tu. Macam mana nak yakin?" Haninah menegur.
            "Jadi kiranya awak yakinlah, ye? Awak sudi terima sayalah, ye?" Busran teruja. Haninah tersenyum sambil tergelak kecil dengan telatah Busran. Dalam hatinya dia berkata;
            'Tak kanlah suami ku seorang pelajar sekolah. Mak biar betul? Tapi kalau dah jodoh nak buat macam mana lagi kan. Jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut di tangan-Nya. Perancangan-Nya hebat dan terperinci daripada perancangan kita hamba-Nya.' Busran membalas senyuman Haninah dengan hati yang penuh bunga.



~       TAMAT             ~