Hawa Telinga

Wednesday 4 June 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 19









BAB 19 : Kenalan Yang Diperkenalkan Semula

  T
anah Perkuburan Islam Changkat Blengkor menjadi tempat persinggahan Aathifah. Danial turut sama memberhentikan kereta jauh di hadapan Aathifah supaya dia dapat melihat wajah Aathifah melalui cermin pandang belakang keretanya. Danial memerhatikan sahaja gerak-geri Aathifah. Aathifah yang masih bersandar pada motosikal Honda Spacy jingganya tanpa ada tanda-tanda ingin berganjak masuk ke dalam kawasan perkuburan yang terdapat berhampiran motosikalnya. Walaupun begitu matanya masih memandang jauh ke sebuah pusara yang berada di dalam kuwasan perkuburan itu. Tidak dapat Danial pastikan yang mana satu pusara yang mendapat perhatian Aathifah itu.
            ‘Kubur sape yang dia tengok? Dah lama sandar kat moto tu kenapa tak masuk jenguk kubur tu?‘ Danial monolog sendirian. Setelah hampir lima belas minit, Danial dapat melihat Aathifah menghampiri pusara yang dipandangnya tadi. Agak lama juga Aathifah di perkuburan itu membaca doa. Kemudian Danial dapat melihat dia mengusap dua batu nisan yang berada di kiri dan kanannya. Tiada lagi air mata yang membasahi pipinya.
            ‘Sampai dua kubur sekali! Kubur sape tu. Ishk! Musykil betul aku ni.‘ Danial bermonolog sendirian melepaskan rasa tidak puas hatinya. Mata terus dapat melihat Aathifah sudah melangkah keluar dari kawasan kuburan dan dapat dilihat dengan cermin pandang belakangnya Aathifah semakin menghampiri keretanya. Gelisah seketika Danial.
            ‘Alamak! Dia datang sini. Dia tahu ke aku ikut dia? Apa aku nak cakap nanti kat dia ni? Tak kan nak mengaku aku follow dia. But wait tadi aku ikut dia sebab aku nak bagi wallet dia ni balik jer kan. Pe pasal yang ko gabra semacam lak ni Danial. Cool beb.‘ Hati Danial berbicara sendirian. Ketukan di cermin kereta Danial mengejutkannya. Segera cermin kereta diturunkan.
            “Danial nanti awak follow motor saya, ye. Saya nak ajak awak gi makan. Boleh?“ Danial yang masih terkejut dengan tindakan Aathifah hanya menganggukkan kepala tanda setuju tanpa sebarang kata. Dengan wajah serius dengan mata yang sedikit sembab Aathifah berlalu pergi ke motosikalnya meninggalkan Danial dengan tanda tanya.
            “Marah ke dia tu?“ Terpacul keluar kata-kata itu setelah cermin tingkap dinaikkan semula dan enjin kereta dihidupkan. Danial segera bergerak mengikuti dari belakang motosikal Aathifah. Dalam sepuluh minit bergerak, mereka pun berhenti di medan selera yang berada tidak jauh dari tanah perkuburan tadi.
            “Kenapa awak ikut saya Danial?“ Serius nada Aathifah bersuara setelah Danial duduk dihadapannya.
            “Err, sorry Aathifah. Saya ikut sebab saya nak pulangkan balik dompet awak ni. Tadi kakak dekat pejabat Dato’ Afiq yang minta saya tolong bagi kat awak. Katanya dia jumpa kat meeting room tadi, tercicir kot. Dia cuba kejar awak tapi tak sempat. Saya gi office awak tapi tak sempat nak bagi awak dah blah. Jadi saya ikut la. Nak pintas awak pun tak sempat laju sangat awak bawa.“ Danial menerangkan dengan panjang lebar sambil menghulurkan dompet Aathifah.Tersenggih-senggih Danial bila melihat Aathifah turut tersenggih mendengar kata-katanya tadi.
            “Oh! Ye ke. Thanks Danial. Nasib tak de polis tadi kalau tidak kene gak saya tadi. Dah la bawa laju tak de ic ngan lesen lagi.“ Aathifah tersenyum.
            “Tu la pasal. Tapi sejak bila awak sedar saya ikut awak? Saya ingat awak tak perasan tadi.“ Danial mula bertanya setelah pasti Aathifah tidak marah.
            “Saya perasan dari traffic light dekat office saya tu. Dah memang tabiat saya perhati cermin sisi untuk tengok kalau-kalau ada orang mengikut saya. Sebagai langkah berjaga-jaga dari orang mengekori saya. Maklum la sekarang selalu ada kes merompak, mencuri yang mengekori kenderaan mangsa terlebih dahulu.“ Aathifah melambaikan tangan memberi isyarat kepada pelayan untuk memesan makanan.
            “Oh! Macam tu. Abis tu awak tahu ke saya yang ikut awak. Kenapa tak berhenti jer tadi?“ Danial mula inginkan kepastian daripada Aathifah.
            “Saya bukan setakat cam awak, kete awak pun saya cam, tu yang saya biar jer awak ikut. Saje malas nak berhenti, nak cepat sampai.“ Aathifah memberikan alasannya.
            “Hebatnya penglihatan awak. Malu pulak saya awak tahu saya ikut awak.“ Danial cuba mengawal diri dari perasaan malu.
            “Ye akak, abang, nak order apa?“ Pelayan yang digamit oleh Aathifah sampai sambil bertanya kepada mereka.
            “Bagi akak air apple susu ngan nasi goreng kampung.“
            “Abang nak air barli ngan nasi ayam.“ Belum sempat Aathifah bertanya kepada Danial makanan yang ingin dijamahnya, Danial terlebih dahulu bersuara.
            “Adik bagi air suam satu gelas, ye.“ Aathifah menambah sewaktu adik pelayan itu ingin bergerak pergi. Setelah pelayan itu pergi agak jauh Danial bersuara lagi.
            “Tadi saya tengok awak tak terus masuk melawat kubur kenapa? Maksud saya kenapa awak tunggu lama kat motor baru masuk?“
            “Saje saya tak nak menangis sakan kat tepi kubur. Tak elok menangis, meratap sangat kat kubur. Islam tak galakkan.“ Aathifah tenang berbicara.
            “Oh! Macam tu. Satu lagi ilmu yang saya dapat pasal Islam. Tak rugi gak saya ikut awak tadi. Tapi kalau awak tak kisah boleh saya tahu kubur sape tadi?“ Danial memandang tepat anak mata Aathifah ingin melihat riak wajah Aathifah dengan soalan yang agak peribadi itu. Lama Aathifah berdiam diri.
            “Kalau awak tak nak cete pun tak pe. Saya tak kisah. Saya tak patut tanya hal-hal peribadi awak pun.“ Danial berkata menyedari keengganan Aathifah.
            “Tak pe la. Awak tak salah nak tahu. Cuma saya tengah kumpul semangat supaya saya dapat jawab ngan tenang tanpa perlu berendam ngan air mata.“ Aathifah bersuara. Sambil tersenyum pahit.
            “Oh! Macam tu. Tak pe take your time.“ Danial yang mula mengerti dengan Aathifah.
            “Itu kubur buah hati saya. Kubur suami dan anak saya.“ Ada senyuman pada bibir Aathifah ketika bersuara. Tergamam seketika Danial dengan kenyataan yang didengari.
            “Kenapa tak percaya ke?“ Aathifah pula bertanya.
            “Ha! Emm! Betul ker ni?“ Danial inginkan kepastian. Aathifah hanya tergelak melihat aksi terkejut Danial.
            “Betul la, suami dan anak saya. Saya ni janda, widow, Mr. Danial. Dah dua tahun saya jadi janda. So sekarang Danial dah tahu saya janda, masih nak kawan ngan saya ke? Kalau tak nak pun saya paham dan saya tak ambik hati. Tu keputusan awak.“ Tenang dan tanpa malu Aathifah melafaznya.
            “Saya tak kisah kawan ngan awak. Janda ke dara saya tak pernah kisah pun. Yang penting saya ikhlas nak berkawan ngan awak. Status awak tu tak penting.“ Danial melafazkannya dengan bersemangat.
            “Awak tak malu ker nanti orang mengata awak kawan ngan saya?“
            “Nak malu pe nye. Kaw….. kawan jer pun. Kenapa kalau kawan saya janda tak boleh ker abis tu kalau duda boleh la?“
            “Bukan la macam tu. Mana la tahu nanti awak malu.“ Aathifah tersenyum mendengar jawapan Danial tadi. Ringkas sahaja.
            “Jadi dulu memang tu suami ngan anak awak la yang saya nampak. Tapi kalau tak salah saya masa tu ada dua orang kanak-kanak kan? So mana anak awak yang sorang lagi?“ Danial bertanya bila terkenang satu masa dahulu. Aathifah terkejut dengan pertanyaan Danial mula bersuara, meminta kepastian.
            “Bila masa awak nampak saya? Macam mana awak kenal saya masa tu? Kita kan baru jer kenal.“ Wajah terkejut Aathifah mengelikan hati Danial. Danial mula tersenyum.
            “Kita dah lama kenal la. Cuma tak kenal mendalam sangat dan tak pernah bertegur sape je.“ Danial mula membuka cerita.
            “Biar betul awak ni. Saya memang tak kenal awak la. Sape awak ni?“ Aathifah memang sudah betul-betul terkejut. Seketika mereka mendiamkan diri apabila makanan yang dipesan telah tiba. Setelah pelayan melangkah pergi baru Danial menyambung.
            “Kita kenal masa dalam bas sekolah waktu tu awak tingkatan empat saya pulak tingkatan lima. Saya budak lelaki yang duduk di belakang kerusi awak dalam bas. Awak ingat tak dulu ada seorang budak laki India yang tarik tudung awak dari belakang masa dalam bas. Saya la yang dok kat sebelahnya. Kami masa tu saja nak gurau ngan awak ye la sombong sangat, tak pernah nak sembang ngan orang lain. Sepanjang masa diam jer. Yang dia cakap pun ngan budak sekolah rendah sebelah dia tu jer. Tu pun bila tanya baru jawab, kalau tak, tak de nye nak bersuara. Lagipun kita orang suke tengok muka merah padam marah awak tu. Ingat tak? “ Danial yang telah lama bercerita bertanya Aathifah meminta kepastian.
            “Dalam bas… Oh! Budak India ngan budak cina tinggi tu. Awak ke budak cina tinggi tu?“ Aathifah mula mengingati peristiwa dulu. Dia tersenyum mengenangkannya.
            “Budak cina tinggi? Tu yang awak panggil saya. Awak tak tahu nama saya ke?“ Danial tunjuk muka tidak puas hatinya.
            “Zanariah ada bagitahu saya nama awak ngan budak India tu, tapi saya tak ambik pusing pun. Buat apa nak ingat, tak penting pun. Baik saya ingat fomula ‘Mat’. Lagi bagus. Pe ye nama budak India tu? “ Aathifah mula menyakat.
            “Shiva. Sampai hati awak. Saya ingat nama awak. Rupa awak pun saya ingat.“ Danial bernada merajuk.
            “Sape suruh awak ngan Shiva nakal sangat tarik tudung saya. Dah tak de keje. Tapi tak sangka saya awak boleh ingat nama ngan rupa saya. Terharu gak ni.“ Aathifah tergelak kecil mendengar kata-kata Danial.
            “Kalau dah suka mestilah ingat.“ Rendah nada suara Danial.
            “Pe dia? Saya tak dengar la. Cakap la kuat sikit.“ Aathifah tidak puas hati.
            “Tak de la. Daya ingatan saya ni kuat kot. Masa saya jumpe awak pertama kali kat depan meja Nur, saya dah rase macam kenal awak. Tu yang saya tanya Nur dan tak sangka rupa-rupanya awak memang Aathifah yang saya kenal.“ Danial bersuara keriangan.
            “Oh! Awak tanya Nur. Pe yang Nur cete lagi ni?“ Aathifah cuba mengorek rahsia antara Danial dan Zatunnur.
            “Tak banyak pun. Dah dia nafikan saya kenal awak sebab dia kata awak sekolah pempuan jadi mana mungkin kenal saya. Jadi saya tak tanya banyak la. Tapi bila saya pikir-pikir balik memang awak la orang tu, Aathifah, the fair Malay girl tu. Cara dan rupa yang serupa walaupun dah bertambah cantik.“ Danial memuji.
            “Banyak la awak. Abis tu awak mengintip saya ke sampai tahu saya dah kawen?“ Aathifah terkenang semula kata-kata Danial berkenaan dia yang pernah melihatnya dengan Muaz, suaminya.
            “Tak la. Tak kuasa saya nak megintip awak. Terjumpa awak ngan suami awak secara tak sengaja. Masa tu saya ada projek kat panggung wayang TGV kat Jaya Jusco Kinta City, tengah nak tunggu discussion dengan pengurus kat situ, saya ternampak awak keluar panggung dengan seorang lelaki yang sawo matang, berkumis dan berjambang. Masa tu ada seorang kanak-kanak kecik dalam umur  dalam lingkungan empat tahun ngan budak pempuan dalam umur setahun kalau tak salah saya. Masa tu kalau tak salah saya tengah tayang cete ‘Finding Nemo‘ kot. Awak kan?“ Danial cuba mengimbas kembali keadaan di ketika itu.
            “Oh! Masa tu saya ngan suami bawa anak saudara suami saya gi tengok ‘Finding Nemo‘. Yang awak nampak budak pempuan tu la anak saya.“ Ada sedikit getaran pada akhir kata-kata Aathifah.
            Sorry Aathifah kalau pertanyaan saya melukakan hati awak.“ Danial yang perasan dengan perubahan nada suara Aathifah mula memohon maaf.
            “Tak pe awak cuma nak tahu jer. Tak salah. Eh! Sembang jer. Jom kita makan nanti sejuk tak sedap lak“ Aathifah cuba berdalih. Mereka menjamu selera dengan berselera sekali. Setelah menghabiskan makanan yang dipesan Aathifah bertanya apabila terpandangkan kereta Toyota  Camry Precision silver milik Danial.
            “Danial kenapa awak pakai kete Toyota Camry jer, ye? Kan awak CEO syarikat awak. Biasanya bos-bos selalu nak pakai BMW, Mercedes, Lamborghini, Porsche tak pun Rolls-Royce. Awak tak risau ke penampilan awak terjejas?“
            “Dah tu jer yang saya mampu nak beli. Ukur baju badan sendiri la, kan. Lagipun saya tak suka hutang banyak sangat, cukup la hutang syarikat dengan bank. Kereta saya beli cash jer. Lagipun penampilan kereta belum menentukan kejayaan business saya. Pada saya idea, keterampilan saya membentangkan projek-projek dan perlaksanaan projek-projek saya  yang lebih penting dan menjamin tanggapan dan kesudian orang nak berurusan dengan saya.“ Dengan selamba Danial menjawab.
            “Betul la tu. Kagum saya dengan awak.“ Aathifah tersenyum. Senyuman yang mengetarkan kembali hati Danial yang telah tenang sebelum ini.
            “Saya lagi kagum tengok awak bawa motor tadi, cekap jer macam dah biasa sangat bawa laju macam tu.“ Danial cuba mengubah topik supaya getaran hatinya tidak disedari.
            “Awak tak tahu ker dulu saya pelumba motosikal negara?“ Aathifah bergurau sambil tersenyum.
            “Amboi! Pandai nak kenakan saya ye.Tadi bukan main nangis lagi. Pe sal awak kluar office tadi? Kene marah ngan Ruwaidi lagi ker?“ Aathifah menarik muka serius mendengarkan pertanyaan Danial.
            “Tak de la. Ruwaidi kluar ngan pempuan tadi tu, mana lik lagi. Melepaskan marah tak dapat projek la kot.“ Aathifah beralasan.
            “Dah lama ker Ruwaidi tu ngan May? Macam rapat semacam jer.“ Danial cuba mencungkil perihal Ruwaidi dan May.
            “May ke namanya? Saya tak tahu pulak tu namanya. Entah saya pun tak pasti. Mungkin dalam dua tiga tahun kot. Dulu saya tak perasan sangat May tu, akhir-akhir ni jer selalu dia ada ngan Encik Ruwaidi tu. Dulu ada gak saya dengar May tu anak juwatan tapi entah la saya tak ambik pusing pun, nama lagi gossip kan. Kenapa awak kenal ker dia?“ Aathifah pelik dengan pertanyaan Danial mula bertanya.
            “Awak tak kenal dia ker?“ Danial pula bertanya.
           “Kenal macam tu jer la. Dia tu susah nak sembang ngan orang bawahan ni.“ Aathifah cuba  berbasi-basi.
            “Ye la awak ni kan jenis tak ambik pusing hal-hal sekeliling, stone. Betul ker awak tak kenal?“ Danial bertanya inginkan kepastian. Namun Aathifah masih menidakkannya dengan satu gelengan. Danial hanya membiarkan perihal May kerana takut sekiranya bertanya lebih dia pula ditanya berkenaan May. Sebenarnya dia tahu May pun kenal Aathifah. Kenal sangat-sangat!

6 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Best part ni. Hehe. Sedikit sbyk ade persoalan yg pembaca pn dpt jwpnnya. May tu sape.. Nanti cerita skali pasal Lee. Fazlee tu. Maybe lps ni jln cerita ni lbh mencabar.

Merentas Horizon said...

join basyi here.. hahaha! semua salah basyi. i pun dah sangkut. Lolz..

Basyirah Abd Rahman said...

Hahah.. Best kan cite ni. Oihh sarah marathon sampai episod 19 dah. Cepat bebeno. Basyi dulu khatam berkali2 sblm nk tunggu next episode. Haha

Unknown said...

Salam.... Tq semua yang sudi baca dan bagi komen... ianya tersemat indah dan sentiasa menjadi pembakar semangat saya.... harap sabar menanti episod terbaru... bz sikit sekarang harap faham... tqvm... bye c u soon.... ;-p

Unknown said...

Nice meet you siti sarah.. :-)

Basyirah Abd Rahman said...

Sama2. Oo yeke patut la lama tunggu update. hihi.. Anyway, keep up good work! Thanks for 2 stories for this week. Will wait to see Aathifah & Danial soon.