Hawa Telinga

Tuesday 30 September 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 28






BAB 28 : Awek Danial?!

  P
agi itu Danial telah mengajak Shiva sarapan pagi bersamanya di sebuah restoran Salem Kari Kepala Ikan yang terdapat di Jalan Yang Kelsom, Ipoh bagi membincangkan perkara berkenaan Aathifah dan Tuan Hassan.
            “Yo bro! Lama tak jumpe. Pe cete sekarang?“ Shiva menegur sambil menepuk mesra bahu Danial.
            “Hai! Bro. Ye dah lama kite tak jumpe. Nasib baik terserempak dengan Jason ari tu. Dia yang bagi aku nombor phone ko ni.“ Danial segera menghulurkan tangannya bersalam dengan Shiva.
            “Ye ke! So, mana dia? Ko tak ajak dia sekali ker?“ Shiva mula melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Danial.
            “Dia ada hal sikit tak dapat nak join. Ko nak order pe?“ Danial tersenyum.
            “Aku dah order capati ngan teh tarik tadi kat mamat tu.“ Shiva menunjukkan pekerja restoran yang dimaksudkannya.
            “Aku dengar ko dah kahwin. Tahniah la. Berapa orang anak dah?“ Danial mula berbicara hal peribadi.
            “A’ah. Aku kahwin ngan sepupu jauh aku. Sekarang anak baru seorang. Dah dua tahun pun umurnya. Ko lak macam mana?“ Shiva tersenyum-senyum sumbing memandang muka bersih Danial.
            “Aku macam ni la, single lagi. Tak de yang sudi nak kahwin ngan aku.“ Danial cuba bergurau dengan Shiva.
            “Ye ke tak de yang sudi? Ke ko memilih sangat. Tak pun ko masih tunggu budak pipi merah dalam bas tu?“ Shiva tersengih mempamerkan barisan giginya yang putih.
            “Eh! Ko ingat lagi pasal tu ye. Aathifah namanya. Mungkin belum jodoh aku lagi.“ Danial mula mengendurkan suaranya. Pilu hatinya bila memikirkan hal berkenaan Aathifah.
            “Ko ingat lagi namanya? Nampaknya ko memang minat giler kat dia ye. So dah jumpe ke belum ngan dia?“
            “Dah, baru beberapa bulan ni berjumpe semula. Aku nak jumpe ko pun sebab nak minta tolong ko sikit pasal hal Aathifah ni la.“ Nada suara Danial semakin mengendur.
            “Eh! Pe cete ni? Ko okey ke ni? Pe yang ko nak minta aku tolong ni?“ Baru sahaja Danial ingin berbicara pelayan datang menghantar pesanan makanan Shiva. Dua keping capati dan segelas teh tarik terhidang di hadapan Shiva. Setelah pelayan berlalu, Shiva mula meneguk sedikit airnya dan mula makan capatinya.
            So pe cete?“ Shiva yang terlebih dahulu bersuara.
            “Aku nak minta tolong ko siasat pasal kehilangan Aathifah dan kes kematian bapanya Tuan Hassan.“ Danial memandang Shiva penuh pengharapan. Shiva yang mendengar perkara itu terus memberhentikan suapannya.
            “Eh! Ko biar betul. Macam mana dia boleh hilang lak ni? Ko nak cakap yang dia kene culik ke?“ Danial tahu pasti Shiva keliru dengan kejadian yang berlaku.
            “Aku pun tak pasti sama ada dia kene culik ke tak tapi dah dua hari dia menghilangkan diri sampai sekarang tak dapat dihubungi. Telefonnya pun tak dapat nak dihubungi. Aku dah cuba cari kat hospital-hospital kot-kot dia ada didaftarkan masuk sebagai pesakit tapi tak de. Ni pun aku ingat nak gi bilik mayat kat Hospital Batu Gajah tengok kot-kot ada mayatnya kat sana.“ Danial serius berbicara.
            “Ko biar betul? Tak kan sampai bilik mayat. Kenapa sampai macam tu sekali?“ Shiva nyata terkejut.
            “Aku pun tak pikir sampai macam tu tapi semalam ada pakcik driver van ambulans cakap kemungkinan Aathifah salah seorang mangsa kemalangan kat pekan Batu Gajah yang tiada identiti ditemui. Berdasarkan moto yang digambarkan oleh pakcik tu macam moto Aathifah.“ Danial merauk mukanya.
            “Kalau macam tu. Lepas ni ko datang balai aku buat report. Nanti kita sembang lebih dalam lagi.“ Shiva memberikan pendapatnya.
            “Okey. Nanti aku datang ngan adik Aathifah jumpe ko. Ko makan la dulu.“ Danial mempelawa semula Shiva makan. Shiva menganggukkan kepalanya dan menyambung semula sarapanya. Danial juga ingin segera menyudahkan sarapanya supaya dia dapat menjemput Aiman dan sama-sama membuat laporan kehilangan Aathifah dibalai polis tempat Shiva bekerja. 

            Setelah membuat laporan tentang kehilangan Aathifah, Danial dan Aiman pergi ke Pekan Batu Gajah bagi mencari motosikal skuter Aathifah. Namun kelibat motosikal Aathifah itu langsung tidak dapat dijejaki walaupun ada sebuah motosikal di tepi jalan, kemungkinan berada bersebelahan dengan salah satu tapak kemalangan. Namun ternyata itu bukannya motosikal Aathifah. Selain itu, yang ada hanya sekadar kesan berlakunya kemalangan dengan serpihan-serpihan kemalangan yang tertinggal. 
            "Abis tu macam mana ni, abang? Pe yang kita patut buat lagi? Mana kita nak cari Kak Long lagi ni?" Aiman berterusan bertanya dengan wajah yang penuh kerisauan.
            "Entah la abang pun tak tahu kat mana lagi yang kita patut cari. Mungkin kita patut serahkan perkara ni kepada pihak yang berkuasa sahaja. Mereka lebih pakar dalam hal-hal seperti ni. Kita berdoa sahaja semoga Aathifah selamat dan pencarian ni akan segera berakhir." Hanya itu yang mampu diperkatakan oleh Danial.
            "Ye la. Abang pun dah banyak abiskan masa temankan Aiman mencari Kak Long sampai berhari-hari tak masuk pejabat. Nasib baik syarikat sendiri, kalau macam Aiman ni, makan gaji memang dah lama kena sound." Aiman cuba bergurau.
            "Alhamdulillah la juga pasal tu. Tapi kerja-kerja pejabat tu pun bukan boleh harapkan kepada perkerja sangat, kalau tak de yang pantau takut lain jadinya. Abang kalau bab-bab kerja memang cerewet sikit. Mujur juga Aiman masih dalam waktu cuti bekerja ya. Kalau tidak payah juga kan." Danial membalas.
            "Alhamdulillah. Allah Maha Perancang dan Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik buat kita. So sekarang kita nak gi mana ni?"
            "Aiman ada nak singgah mana-mana ker? Kalau tak de, abang ingat nak hantar Aiman dan nak masuk ke pejabat."
            "Tak de ke mana-mana. Saja tanya tadi."
            "Okey, kalau macam tu abang hantar Aiman balik rumah. Kalau ada apa-apa berita tentang Aathifah jangan lupa beritahu abang ye." Danial mengharap.
            "Insya-Allah abang. Aiman harap abang yang fikirkan sangat hal-hal ni. Aiman yakin, Insya-Allah Kak Long selamat dan sedang berehat kat mana-mana sekarang ni. Mungkin dia perlukan lebih ketenangan sekarang." Aiman cuba memujuk hati lara Danial.
            "Insya-Allah. Harap-harapnya macam tu la."
Mereka sama-sama berharap hanya perkara-perkara yang baik berlaku kepada Aathifah ketika ini. Yakin bahawa Allah sentiasa melindungi hamba-Nya yang satu itu.

            Wanita yang terbaring lesu di katil itu benar-benar menggugat kejantanan Badrul. Dari mula berjumpa dengan wanita itu dia sudah terpegun dan tergoda. Badrul menelan air liurnya tatkala melihat bibir merah jambu yang mungil itu. Matanya melurut pula pada pipi kemerah-merahan wanita itu. Walaupun sedikit calar namun masih tetap menawan dan ayu. Mata terus memandang sekujur tubuh langsing yang masih berbaju kurung. Peluhnya mula menitis tatkala matanya tertumpu pada kaki wanita itu yang putih gebu.
            Hilang sudah segala pesanan bosnya supaya tidak mengapa-apakan atau mendekati wanita itu. Badrul mula menapak menghampiri wanita itu. Hidungnya menangkap bau minyak wangi wanita itu yang masih bersisa baunya. Badrul benar-benar terpesona dengan kejelitaan wanita yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Walaupun tudung masih terlekat pada kepalanya sudah sedikit senget-benget, namun kejelitaannya tetap terselah.
            Tiba-tiba wanita itu mengerang kesakitan. Badrul memerhatikan dengan penuh ghairah  bibir mungil yang bergerak sedikit tadi. Seruan syaitan durjana mula menguasai dirinya. Tangannya mula dihulurkan untuk menyentuh bibir munggil tersebut. Wanita itu mula merengek kecil mungkin kerana kesakitan yang mula terasa pada setiap luka-luka yang terdapat pada badannya itu.
            Gelodak jiwanya kian memuncak sebaik mendengar rengekan kecil wanita itu. Suara lembut merdu yang kedengaran seumpama bisikan manis di pendengarannya begitu mengusik tangkai hatinya. Badrul mula merapatkan mukanya ke muka wanita itu. Belum pun sempat bibirnya mendarat pada bibir mungil itu, pintu bilik itu dikuak dengan kuat sekali. Dentuman pintu yang berlaga dengan dinding bilik membuat Badrul memandang ke arah bunyi itu dan sekali gus memberhentikan tindakan yang cuba dilakukannya sebentar tadi.
            “Ko nak buat pe tu, ha? Kan aku cakap jangan usik pempuan tu.“ Badrul segera menjauhkan dirinya daripada wanita yang terbaring lesu tersebut.
            ‘Alamak! Melepas aku. Kalau dari dua hari lepas aku masuk kan selamat. Ni time aku baru cuba nak masuk dah datang pulak. Macam tau-tau jer.‘ Badrul berbicara di hatinya.
            Sorry bos. Saya cuma nak dengar pempuan tu nak cakap pe? Dia macam nak minta air.“ Badrul cuba berdalih menyelamatkan diri daripada terkena penangan bosnya itu. Takut dia akan dibelasah dan ditarik upahnya daripada kerja yang dilakukannya. Dia bukan tak kenal dengan keganasan bosnya yang satu itu.
            “Air? Pe ko tunggu lagi gi la ambik air. Aku tak nak dia mati lak. Nanti lagi susah kite.“ Fadzlee bersuara tegas. Kemudian dia menghampiri wanita itu untuk melihat dengan lebih dekat wanita yang dikatakan kekasih Danial Yang itu. Dia nyata tersentak dengan wajah wanita yang berada dihadapannya ketika itu.
            “Aathifah! Pe ni? Aathifah ker kekasih Danial? Aahh! Sial!“ Fadzlee menghentakkan genggaman tangan kanannya ke kepala katil. Dia segera menekan nombor pada telefon bimbitnya. Dia perlu segera menelefon May.
            “May, pempuan ni ke yang you kate girlfriend Danial? Are you sure?“ Fadzlee hanya mampu mendengar gelak ketawa May sambil mengiyakan pertanyaanya tadi. Segera panggilan dimatikan demi mendengarkan kata-kata May tadi.
            Damn! Nasib baik aku tengok dulu. Sial ko May.“ Fadzlee tidak mampu menahan kemarahannya ketika itu. Pantas tangannya melemparkan kerusi plastik yang terdapat dalam bilik itu ke pintu bilik.
            “Kenapa bos?“ Badrul yang segera masuk dengan membawa segelas air kosong apabila terdengar bunyi bising di bilik itu.
            “Tak de apa-apa. Bak sini air tu.“ Fadzlee terus menyambut huluran air daripada Badrul. Fadzlee mula menghampiri semula Aathifah. Dia membasahkan sedikit tapak tangan kanannya lalu menyapu tangannya yang basah itu ke muka Aathifah. Aathifah mula bergerak-gerak sedikit apabila terasa mukanya sejuk dan basah. Mata Aathifah berkelip-kelip ketika cahaya mula memasuki ruangan mata yang ingin dibuka. Terasa silauan yang begitu memeritkan anak matanya.
            Setelah agak lama berkelip-kelip baru dia dapat membuka matanya seluas-luasnya. Dia dapat melihat sekujur tubuh lelaki sasa yang putih dengan rambut yang perang sedang duduk bersebelahannya. Wajah keruh kerisauan lelaki itu diamatinya. Cuba mengingati gerangan lelaki itu. Dia pandang pula lelaki berkulit hitam manis dan berambut ceracak di belakang lelaki tersebut. Juga tidak kenalinya. Kepalanya mula berpinar-pinar. Jari-jemarinya pantas memicit kedua-dua pelipisnya.
            “Kenapa Aathifah. Aathifah sakit kepala ker?“ Fadzlee yang kerisauan dengan keadaan Aathifah mula bertanya.
            “Aathifah? Sape Aathifah? Awak ni siapa? Awak kenal ker saya? Saya kat mana ni?“ Bertubi-tubi soalan yang ditanya oleh Aathifah meresahkan lagi Fadzlee.
            “Aathifah, tu kan nama Aathifah. Aathifah tak ingat ke? Ni Uda la! Aathifah ingat tak?“Aathifah menggelengkan kepalanya mendengarkan persoalan Fadzlee. Fadzlee mula mengusap-ngusap lembut pipi Aathifah yang tercalar itu.
            “Auch! Sakit“ Aathifah mengaduh kesakitan dan menjarakkan sedikit mukanya daripada tangan Fadzlee.
            “Sakit Aathifah. Sorry. Nah minum air ni. Tadi Aathifah minta nak minum, kan?“ Fadzlee mula menghulurkan hujung permukaan gelas kepada mulut Aathifah. Aathifah meneguk sedikit demi sedikit air kosong itu. Kehausan yang dirasai mula lega setelah habis segelas air diminumnya.
            “Alhamdulillah. Aathifah boleh minum. Nanti Uda bagi makan lak ye. Aathifah nak makan pe? Nanti Uda belikan.“ Fadzlee cuba memancing selera Aathifah.
            “Entah la. Saya tak de selera nak makan lagi. Apa dah jadi kat saya ni?“ Aathifah mula membelek-belek dirinya.
            “Aathifah tak de apa-apa cuma accident skit. Tapi tak pe nanti Uda bawa jumpa doktor lagi. Nak pastikan keadaan Aathifah betul-betul okey.“ Fadzlee mula berpaling ke arah Badrul. Badrul yang mengerti dengan pandangan Fadzlee mula menghampiri Fadzlee.
            “Bad ko tolong belikan Aathifah ni bubur nasi. Aku nak bagi dia makan. Lepas tu ko suruh Zain siapkan kerete, kita bawa Aathifah gi jumpa doktor tengok keadaan dia ni. Aku rase dia ada masalah ingatan sikit ni.“ Badrul menganggukkan kepala tanda faham dengan arahan yang baru diterimanya. Baru Badrul ingin memusingkan badan dan bergerak melakukan tugas yang baru diberikan, Fadzlee bersuara lagi.
            “Nah ko ambik duit ni ko belikan dia baju kurung sepasang. Beli saiz 42. Belikan dia tudung sekali.“ Fadzlee yang sudah biasa dengan keadaan Aathifah dengan lancar memberitahu saiz baju yang biasa Aathifah pakai.
            "Tapi bos mana saya tahu nak beli tudung tu.? Sekarang ni macam fesyen ada. Nak yang macam mana?" Badrul bertanya dengan wajahnya yang keliru.
            "Mintalah kat budak yang jual tu tudung yang senang nak pakai dan beli yang labuh sikit, jangan yang pendek sangat." Fadzlee bersuara lantang. Badrul menganggukkan kepalanya sebelum melangkah pergi setelah mengambil duit yang dihulurkan oleh Fadzlee tadi.
            Fadzlee memandang semula wajah lesu Aathifah. Jelas terpancar kesengsaraan yang di tanggung olehnya.
            “Aathifah tido la dulu ye. Nanti kawan Uda dah belikan bubur nasi, Uda gerakkan Aathifah. Bolehlah Aathifah makan nanti.“ Aathifah yang masih keletihan hanya mengikut sahaja kata-kata Fadzlee dan mula memejamkan matanya. Di saat Aathifah mula lena, Fadzlee memegang tangan kanan Aathifah dan menggengam mesra sambil mengusap lembut.
            “Maafkan Uda ye Aathifah. Kalau Uda jenguk Aathifah awal-awal boleh la Uda hantar Aathifah jumpe doktor awal. Kalau la Uda selidik dulu betul-betul sape awek Danial yang May cakap, perkara ni tak kan terjadi. Tapi kenapa mesti Aathifah yang menjadi awek Danial. Kenapa bukan orang lain? Kenapa Aathifah? Aku pasti Aathifah bukan awek Danial. Dia ni bukan jenis macam ni. Aku kenal Aathifah. Dia tak kan mudah jatuh cinta tambah dengan Danial ni!“ Fadzlee bersuara perlahan. Tidak mahu mengganggu tidurnya Aathifah. Fadzlee terus mengusap lembut tangan Aathifah penuh kasih sayang seorang bapa saudara kepada anak saudara seperti mana yang sering dilakukan olehnya semasa mereka masih kecil.   



Monday 22 September 2014

Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 16






Misi Cabut Lari

  J
amilah memandang wajah Umairah dengan wajah yang tegang kerana dia turut dapat merasai kesukaran yang sedang dihadapi olehnya ketika itu. Dia juga turut berasa simpati dengan seorang insan yang bernama Aina Umairah itu. Sementara Umairah telah hanyut dalam dunia kenangannya bersama dengan Syawal satu ketika dahulu.
            "Kalau auntie nak tanya sikit Umairah jangan marah ye. Umairah ni kacukan ker? Bukan apa auntie tengok rupa Umairah memang jauh daripada muka orang Melayu dengan mata biru lagi." Puan Shahira bertanyanya lembut setelah Syawal meninggalkan mereka untuk ke tandas.
            "Saya sebenarnya cuma anak angkat auntie. Ibu bapa kandung saya asal orang Syria. Ibu kandung saya meninggal dunia selepas beberapa hari melahirkan saya tapi sebelum ibu kandung saya meninggal, dia sempat mengamanahkan umi saya untuk menjaga saya. Umi dan abi pelajar di Syria masa tu,"
            "Kalau Umairah tak keberatan boleh auntie nak tahu punya kematian ibu kandung Umairah tu?"
            "Menurut cerita umi, ibu kandung saya meninggal sebab kanser melanoma, auntie. Ibu kandung saya mempertaruhkan nyawanya tanpa menyembuhkan penyakitnya terlebih dahulu hanya kerana tidak mahu menggugurkan kandungannya. Kuasa Allah semasa dalam kandungan ibu kandung saya, saya tidak mudarat dengan penyakit kanser tu." Umairah sebak.
            "Tetapi belum tentu Umairah tidak memiliki penyakit tersebut, kan. Setahu auntie penyakit kanser ni macam penyakit keturunan, kan?" Puan Shahira bertukar nada. Umairah nyata terkesan dengan perubahan itu.
            "Betul auntie. Tapi setakat ni Alhamdulillah saya belum lagi menghidapnya." Umairah membalas sayu.
            "Belum menghidap bukan jaminan tidak akan dapat. Auntie sayang sangat dengan Syawal sebab dia satu-satunya zuriat yang auntie ada. Dialah harapan auntie untuk menyambung generasi kami. Auntie tahu Umairah seorang yang baik dan berhati mulia jadi auntie harap sangat Umairah dapat tunaikan permintaan auntie ni. Tolong putuskan hubungan kamu dengan Syawal dan jangan berhubung dengannya lagi." Bagaikan halilintar Umairah mendengarnya.
            "Auntie tidak mahu dia kecewa kalau mengambil kamu sebagai isterinya kerana penyakit tu. Kalau kamu menjadi isteri dia dan menyakit kamu menyerang, kamu mungkin akan mati dan Syawal akan berada dalam kekecewaan. Bayangkan pula kalau kamu dapat anak nanti dan dia membawa dan mewarisi penyakit kamu tu. Sepanjang keturunan kami akan memiliki penyakit itu. Atau mungkin sampai satu masa keturunan kamu terputus begitu sahaja kerana penyakit itu. Maaf auntie berkata kasar seperti itu tetapi itulah hakikat yang mungkin berlaku dan auntie tidak mahu ianya terjadi. Auntie harap kamu faham dan terima keputusan auntie ni." Begitu tegas Puan Shahira menyatakannya tanpa sedikitpun mahu menjaga hatinya. Umairah benar-benar terpukul dengan kata-kata mendalam itu.
            "Auntie harap kamu dapat tunaikan permintaan auntie yang satu ni, ye Umairah." Puan Shahira mula mengendurkan suaranya apabila meminta seperti itu. Umairah tidak punya banyak pilihan kerana segala apa yang Puan Shahira katakan itu benar belaka. Kemungkinan ianya berlaku amat tinggi dan siapalah dia untuk menidakkanya.
            "Baik auntie. Saya akan cuba tunaikan." Hanya itu yang mampu Umairah balas. Seketika Syawal datang semula bersama mereka.
            "Rancak berbual. Ada kutuk Syawal ker?"
            "Eh! Ada pula macam tu. Mama rasa Syawal kena hantar Umairah balik la. Dia tak berapa sihat tu. Tak sedap badan kot." Puan Shahira mereka alasan. Umairah faham maksud kata-katanya itu. Mesti sahaja dia tidak mahu Umairah berlama berada di sana.
            "La…. Ye ker Umairah? Nanti kita singgah klinik dulu ye. Okey, la mama kami gerak dulu." Syawal segera mencapai kunci keretanya yang terdapat di atas meja kopi itu.
            "Syawal, saya rasa awak hantar saya balik terus sahaja le tak perlu pergi klinik. Sakit kepala sikit jer." Umairah yang tidak mahu berbohong terpaksa memberikan alasan itu yang kebetulan dia merasa sedikit sakit kepala, mungkin rasa tertekan dengan permintaan Puan Shahira. Umairah segera bersalaman dengan Puan Shahira dan salamnya bersambut dengan satu senyuman yang dibuat-buat oleh Puan Shahira.
            "Terima kasih, auntie. Saya balik dulu." Umairah tersenyum cuba memaniskan senyumannya yang terasa pahit itu. Dia tidak mahu bersikap kurang ajar kepada ibu seorang rakannya, Syawal itu. Biarpun hatinya diguris dia tidak seharusnya menyimpan dendam kerana dia menyedari apa yang dimahukan oleh Puan Shahira hanya yang terbaik bagi Syawal. Dia pasrah dan redha!
            Decitan tayar dan tekanan brek kereta yang mengejut memeranjatkan Umairah dan lantas menyedarkannya daripada imbasanya itu.
            "Apahal kereta ni main masuk sesuka hati jer. Dah la sekali potong line, nasib baik aku cekap kalau tak dah bercium kete aku dengan dia. Sape la yang bawa macam tu?" Jamilah membebel.
            "Ko okey ker Mila. Hati-hati tau. Kalau jam memang macam tu la sesetengah orang buat, nak cepat le tu kot. Ada yang urgent kot." Umairah berkata bagi menyejukkan hati Jamilah.
            "Pe yang urgent? Nak melabur?" Jamilah buat-buat bertanya.
            "Mungkin juga ler. Dah tak tahan." Umairah segaja melayan loyar buruk Jamilah. Kemudian sama-sama tergelak dengan loyar buruk mereka. Terlepas segala tekanan yang Umairah rasa ketika itu. Dia tahu dia harus kuat dan tabah menghadapi ujian Allah itu. Kehidupan harus diteruskan dan amalan harus ditingkatkan bukannya mengalah dan terus-terusan menyalahkan sesiapa pun termasuk diri-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang Dia uji kepada hamba-Nya. Dia yakin itu!
            Seketika kemudian kereta tadi memasuki lorong sebelah kanan dan kereta itu memperlahankan pecutannya dan tindakan itu menyebabkan kereta Mila hampir setentang dengan keretanya. Mila yang masih lagi bengkak hatinya dengan tindakan tidak beradab pemandunya tadi sengaja memerhatikan kenderaan tersebut untuk melihat gerangan pemandunya. Pucuk dicita ulam mendatang, cermin tingkap kereta yang sedikit gelap tersebut mula diturunkan dan terpancul wajah Nizam yang melambai tangan kepadanya sambil tersenyum. Fendi yang memandu kenderaan tersebut turut tersenyum kepadanya. Melihatkan wajah mereka, Jamilah turut mahu membuka tingkapnya namun dihalang oleh Umairah.
"Biarkan jer la, Jamilah. Nanti kalau ko layan lagi menjadi pulak mamat-mamat tu." Jamilah hanya menurut kerana kasihan dengan keletihan yang terpancar pada wajah Umairah itu.
"Jadi ker nak gi makan ni? Aku tengok ko semakin pucat ni. Kita balik terus jer la, ye?" Jamilah sempat menjeling melihat keadaan Umairah.
"Tak pe la. Aku tak nak dape tahu kat mana rumah aku. Kita gi Restoran Wangian Kasih jer la." Umairah menjawab lemah.
"Sape yang ko cakapkan ni? Sape yang nak tahu umah ko ni? Ko merepek kea pa ni?" Jamilah yang keliru dengan kata-kata Umairah sebentar tadi bertanya kerisauan.
"Aku tak merepek la. Cuba ko tengok ke belakang. Kan Nizam dan Fendi tengah follow kita ni." Demi mendengarkan kata-kata Umairah itu, Jamilah segera memandang cermin pandang belakangnya dan mendapati memang kereta Fendi ada di belakangnya ketika itu.
"Ishhh! Apa yang mamat-mamat ni nak sebenarnya? Follow orang pulak. Nak kena 'bancuh' dengan aku kot dape ni." Jamilah tak puas hati.
"Biarkan dape. Kita gi jer restoran auntie. Nanti lepas makan kita cubalah larikan diri daripada dape."
"Kalau susah sangat nanti kita minta bantuan auntie Niza dan pekerja-pekerjanya untuk tolong nanti. Aku ada satu idea yang bagus punya."
"Idea apa tu, Mila?"
"Kita letak julap dalam air dape nanti. Biar dape mengulang ke tandas jer. Jadi tak dapat la mereka nak ikut kita lagi. Amacam?"
"Bagus la tu. Lepas tu dape saman Restoran Wangian Kasih atas keracunan makanan yang berpunca daripada julap ko tu. Sape yang dapat nama, auntie ko juga kan."
"Ye tak ye juga, kan. Tak terfikir sampai macam tu pulak aku. Abis tu macam mana?"
"Tak pe. Lepas makan kita buat-buat gi tandas lepas tu kita pun menyusup keluar la daripada tandas. Setahu aku tandas kat sini ada dua pintu kan. Pintu dari dalam restoran dan di luar restoran. Bolehlah ko asah bakat berlakon ko yang dah karat tu." Umairah tersenyum mengusik.
"Betul gak tu. Tak sangka aku kawan aku ni pandai gak nak karang cete." Jamilah pula mengusik. Mereka masing-masing ketawa kecil dengan usikan mereka itu. Jamilah meneruskan perjalanan menuju ke Restoran Wangian Kasih.
            Sepertimana yang dijangka oleh Umairah, Nizam dan Fendi memang benar-benar mengekori mereka. Sebaik Umairah dan Jamilah mengambil tempat dalam restoran tersebut, Nizam dan Fendi mula menghampiri mereka dengan senyuman meleret.
"Boleh kami join korang lunch?" Mula bertanya.
"Eh! Korang pun datang makan kat sini ker. Tak sangka pula." Jamilah buat-buat terkejut dengan kehadiran jejaka-jejaka tersebut. Nizam dan Fendi hanya tersenyum mendengar kata-kata Jamilah.
"Duduklah. Kebetulan hari saya nak belanja Jamilah makan. Saya belanja korang sekali la kalau macam tu. Makan ramai-ramai bertambah sedap makanan jadinya." Umairah segera mempelawa mereka. Seketika kemudian pemuda pelayan datang bertanyakan menu yang ingin dipesan oleh mereka. Setelah masing-masing memesan makanan yang diingini, Jamilah bertanya kepada pelayan tersebut.
"Abang, auntie Niza ada tak?"
"Dia dah keluar tadi. Mungkin sekejap lagi dia balik la. Biasanya masa-masa macam ni dia akan sampai semula. Cik tunggulah sekejap." Pemuda tersebut menjawab dengan senyuman yang manis.
"Oh! Okey. Terima kasih." Jamilah turut membalas senyuman pemuda tersebut. Setelah pemuda itu berlalu, Fendi mula bersuara.
"Auntie Niza tu pemilik restoran ni ker? Auntie awak ke?"
"A'ah auntie saya tetapi bukan pemilik restoran ni. Pemilik restoran ni anaknya. Auntie Niza jaga buat sementara waktu sebab anaknya ada hal lain." Jamilah malas menjelaskan perkara sebenar kerana bimbang Saifuddin tidak suka. Dia faham benar yang abang sepupunya itu tidak suka dimegah-megah tentang hal-hal seperti itu. Fendi hanya menganggukkan kepala dengan penjelasan Jamilah. Nizam pula leka memandang Umairah yang asyik melihat ikan koi di kolam berhampiran.

            Sementara itu, di tempat letak kenderaan Restoran Wangian Kasih, Haniza yang baru tiba keluar daripada kereta Honda City hitam yang dipandunya tadi. Beberapa langkah di terlihatkan Saifuddin yang masih berada di dalam kereta BMW 125i Sport putih. Dia segera menghampiri kereta anaknya itu dan mengetuk cermin tingkap tersebut. Saifuddin yang leka memandang pintu restorannya itu mula tersedar dan segeramenurunkan cermin tingkap keretanya itu.
"Tak nak masuk ke dalam ker? Dok tenung restoran tu jer dari jauh, kenapa? Ada yang tak kena ker?" Haniza bertanya sambil berkalih memandang ke arah pintu utama restoran berkenaan.
"Nak masuk la ni. Mama daripada mana ni?" Saifuddin segera bertanya bagi mengalihkan pertanyaan ibunya tadi.
"Mama dari rumah. Temankan papa lunch kat rumah. Ha! Kamu ni dah lunch ker belum?"
"Belum. Cadang nak lunch kat sini la."
"Bagus. Kerja-kerja juga makan jangan lupa pula. Nanti sakit kamu datang susah semua orang." Haniza tersenyum tawar.
"Mama janganlah risau. Insya-Allah, Din akan jaga kesihatan diri."
"Bagus. Dah, jom masuk." Mereka mula beriringan berjalan menuju ke restoran tersebut. Setelah memasuki restoran tersebut, Haniza mula memerhatikan ke arah sekeliling restorannya. Kebiasaan yang sering dilakukan untuk melihat keadaan pengunjung restoran tersebut ketika itu. Ingin melihat kadar pengunjung restoran itu tengah hari tersebut. Matanya tertacap ke arah Umairah dan Jamilah di sebuah meja makan.
"Ha! Umairah dan Mila datang tu. Jom kita ke sana." Haniza mengkhabarkan kepada anaknya. Saifuddin segera memandang ke arah yang dimaksudkan ibunya itu. Dia terlihat Nizam dan seorang lagi jejaka duduk bertentangan Umairah dan Jamilah. Langkah diteruskan mengikuti jejak ibunya ke meja yang dikatakan itu.
"Assalammualaikum. Umairah, Mila apa khabar? Dah lama ker sampai?" Haniza memulakan perbualan. Semua yang ada di meja tersebut menjawab salam yang diberikan itu.
"Alhamdulillah, sihat auntie. Dah sampai pun. Lama kami tunggu tadi. Encik Saifuddin pun ada." Jamilah terlebih dahulu menjawab sambil bersalaman dengan Haniza diikuti oleh Umairah. Haniza yang faham dengan lagak Jamilah dan Saifuddin hanya membiarkan mereka membahasakan diri mereka seperti itu. Nizam dan Fendi yang terlihatkan Saifuddin segera bangun bersalaman dengannya.
"La ye ker. Ada hal pe nak jumpa auntie ni?" Haniza ingin tahu.
"Ni ha! Umairah, nak belanja auntie sempena hari pertama dia kerja kat hotel tu." Jamilah terus menjawab.
"Betul ker ni, Umairah?" Haniza inginkan kepastian daripada Umairah. Umairah yang terkunci lidahnya setelah terlihatkan Saifudddin segera menjawab pertanyaan tersebut.
"A'ah. Tu yang datang sini ni." Terasa payah untuk mengeluarkan kata-kata ketika itu.
"Kalau Umairah bagitahu awal-awal tadi dapat la auntie join. Auntie baru lepas lunch dengan uncle kat rumah tadi. Tapi tak pe, biar Saifuddin yang gantikan tempat auntie. Dia belum makan lagi. Boleh?"
“Tak pelah, saya makan di sana sahaja.” Saifuddin cuba menolak.
“Eh! Kenapa pulak? Bukannya tak biasa dengan mereka ni kan. Mereka ni kan staf Hotel Teduhan Kasih, gak.” Haniza bertanya kehairanan.
“Saya tak mahu menganggu mereka. Mungkin mereka ada hal yang nak dibincangkan sesama mereka.” Saifuddin menjelaskan.
"Eh! Tak de la. Kami pun kebetulan sahaja bertembung dengan Nizam dan Fendi ni. Kalau Encik Saifuddin tak kisah nak join dengan kami, join la. Boleh kan, Umairah?" Jamilah pantas menyampuk.
"Boleh. Auntie pun join la sama. Kalau tak nak makan yang berat-berat, pe kata makan dessert. Tak pun minum air ker?" Umairah masih ingin mempelawa Haniza.
"Nak juga belanja auntie, ye. Kalau macam tu okey la." Haniza tersenyum.
"Abang tolong ambik pesanan." Jamilah pantas memanggil pelayan yang lalu berhampiran.
"Auntie nak order apa?" Jamilah bertanya.
"Bagi auntie jus oren jer la. Kenyang sangat dah ni."
"Encik Saifuddin?" Jamilah bertanya kepada Saifuddin.
"Bagi saya nasi ayam dan jus oren." Saifuddin menjawab ringkas. Dia juga seperti Umairah, kekok dengan keadaan mereka ketika itu.
"Emmm…. Tolong tambahkan strawberry trifle untuk lima orang sekali, ye." Umairah tiba-tiba menyampuk.
"Baik cik. Itu saja ker?" Pelayan bertanya.
"Tu jer. Terima kasih." Umairah menjawab sambil tersenyum kepada pelayan tersebut. Setelah pelayan pergi, Haniza yang terkejut dengan permintaan Umairah sebentar tadi mula bertanya.
"Macam mana Umairah tahu yang strawberry trifle tu memang dessert yang paling sedap kat sini?"
"Oh! Ye ker. Saya order sebab saya sukakannya. Ada sesiapa yang tak suka ker?" Umairah inginkan kepastian. Tiada sesiapa yang membangkang.
"Sukakannya? Kebetulan, Din pun sukakannya." Haniza tersenyum kepada Umairah. Umairah yang mendengarnya hanya terdiam memandang wajah Haniza. Saifuddin pula buat-buat tidak ambil pusing hal berkenaan. Jamilah yang faham akan perang perasaan Umairah mula bersuara.
"Jom kita pindah ke meja sana la. Kat sini tak muat untuk semua duduk." Semua setuju dan mula melangkah ke arah meja yang dapat menempatkan dalam lapan orang itu. Setelah semua mengambil tempat masing-masing, Nizam mula bersuara.
"Encik Saifuddin selalu ker makan kat sini?"
"Selalu juga kalau teringin. Kalau tidak saya makan makanan kat hotel atau rumah jer. Awak pula selalu ker ke sini?" Saifuddin serius bertanya.
"Tak juga. Ni kali pertama saya ker sini. Ikut dia orang ni tadi." Nizam tersenyum. Saifuddin diam mendengar jawapan daripada Nizam. Seketika kemudian pesanan ringkas memasuki telefon bimbit Saifuddin. Dia segera membaca pesanan ringkas yang diterimanya daripada Jamilah.

                                    Alhamdulillah abg ada kat sini. Nti kami nk minta
                                    tlg dr abg. Tlg halang mamat dua org ni drpd mgekori
                                    kami, boleh? Umairah xnk dape tahu dia tggl kt mn. Please!
Dia membalas pesanan tersebut.

                                    Ok. Hati-hati drive nnt.

Jamilah yang terlebih dahulu mematikan bunyi telefon bimbitnya dan hanya menggunakan getaran segera membaca balasan pesanan tersebut di bawah mejanya.
"Ni kawan-kawan Umairah ker?" Haniza bertanya kepada Umairah.
"A'ah. Ni Nizam. Dia juga pembantu cef kat hotel. Dan yang ni pula Fendi, kawan Nizam." Umairah menerangkan seringkas mungkin.
"Oh! macam tu. Fendi kerja apa?" Haniza cuba bertanya dengan Fendi.
"Saya pilot jer, auntie." Fendi tersenyum manis.
"Bagus la tu. Yang penting halal." Haniza memuji. Fendi tersenyum. Seketika kemudian, makanan yang dipesan pun tiba.
"Boleh tak Encik Saifuddin bacakan doa. Doa selamat untuk Umairah sepanjang bekerja di hotel tu." Jamilah meminta kepada Saifuddin. Umairah yang terkejut dengan permintaan mengejut Jamilah itu mula menyentuh lengan Jamilah yang berada di bawah meja. Meminta pengertiannya akan kesegannya ketika itu.
"Eh! Silap untuk kita semua yang bekerja di sana." Jamilah membetulkan kata-katanya setelah dia menyedari akan ketidak selesaan Umairah itu.
"Baiklah saya bacakan. Tapi saya bacakan dalam Bahasa Melayu, ye." Saifuddin memberitahu.
"Tak pe, janji doa juga." Jamilah tersenyum riang. Saifuddin mula membaca doa berselang seli antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu. Akhirnya disudahi dengan doa makan. Jamilah tersenyum bermakna kepada Nizam dan Fendi. Nizam dan Fendi yang tahu akan ada makna disebalik senyuman Jamilah hanya mampu memandang antara satu sama lain.  Mereka tahu kini, mereka tidak setanding dengan Saifuddin dalam beberapa aspek terutamanya bab agama.
"Semua jemput makan, ye. Makan kenyang-kenyang. Kalau tak cukup order lagi." Umairah mempelawa.
"Amboi betul ker ni? Banyaknya duit ko?" Jamilah bertanya.
"Insya-Allah cukup. Sekali-sekala belanja kawan-kawan. Lain kali ko pulak yang belanja." Umairah tersenyum mengusik.
"Aku no hal bila-bila pun boleh." Jamilah turut tersenyum.
"Kalau nak belanja jangan lupa panggil saya sekali ye. Rezeki jangan ditolak. Betul tak?" Fendi menyampuk. Semua tersenyum mendengar celahan Fendi kecuali Saifuddin yang memandang serius wajah Fendi. Semua kembali menikmati hidangan masing-masing sehingga seorang pelayan datang menghampiri mereka.
"Puan, ada panggilan telefon untuk puan."
"Baik." Haniza membalas. Setelah pelayan tersebut melangkah meninggalkan meja tersebut, Haniza meminta diri daripada mereka semua.
"Semua sambung makan, ye. Auntie masuk ke dalam jawap telefon dulu. Lain kali kita jumpa lagi. Assalammualaikum." Semua menjawab salam dan kembali meneruskan suapan. Setelah selesai makan makanan pemanis, Umairah mula mencuit peha Jamilah. Memberi isyarat akan masanya telah tiba untuk menjalankan misi mereka iaitu melarikan diri daripada Nizam dan Fendi. Jamilah yang memahami mula bersuara.
"Excuse me, saya nak ke tandas kejap."
"Aku ikut." Umairah pantas mencelah. Mereka kemudian sama-sama pergi ke tandas. Dalam perjalanan tersebut, Umairah sempat menghulurkan duit seratus ringgit kepada pelayan wanita yang kebetulan lalu ditepinya. Bayaran untuk makanan mereka tadi.
Keep the change.” Umairah sempat memberitahu. Pelayan yang faham maksud Umairah mengambil bayaran tersebut dan berlalu ke kaunter bayaran.
Sementara itu di meja makan, Saifuddin mula bersuara untuk bersembang dengan dua pemuda disebelahnya itu.
"Macam mana makanan kat sini? Sedap ker?"
"Boleh tahan. Patut la ramai pengunjungnya." Nizam memberi pendapat.
"Lepas ni bolehlah kita lepak kat sini selalu." Fendi pula meyampuk.
"Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Jangan lupa ajak rakan-rakan yang lain." Saifuddin masih lagi dengan wajah seriusnya. Belum sempat Nizam bersuara, bertanya, Saifuddin lebih dahulu bersuara.
"Saya nak ke tandas sebentar, ye." Saifuddin pantas ke tandas lelaki. Dia bukannya ingin membuang sebaliknya terus membuka pintu keluar yang menghala ke arah luar untuk melihat Umairah dan Jamilah. Mujur mereka baru sahaja memasuki kereta Jamilah. Dia benar-benar bimbang mengetahui keadaan Umairah dan Jamilah yang diekori oleh Nizam dan Fendi itu.
"Ko tengok tu, betapa ambik beratnya Abang Din dengan ko. Sampai sanggup tengok kita keluar dengan selamat. Itu pun ko tak percaya lagi cakap aku yang Abang Din dah jatuh hati dengan ko." Jamilah memaklumkan kepada Umairah. Umairah yang mendengar kata-kata Jamilah mula memandang Saifuddin daripada kejauhan itu sebelum membalas.
"Dia risaukan ko, adik sedaranya ni. Kalau apa-apa jadi kat ko masa drive daripada restoran dia ni, dia juga yang terpaksa menjawab dengan parents ko, kan. Itulah sebabnya."
"Ko ni kan, ada jer dalihnya. Tak pe kalau ko tak percaya. Satu hari aku akan cuba tunjukkan kepada ko betapa Abang Din tu sebenarnya sukakan ko. Bukan setakat suka tapi dah sayang kat ko." Jamilah tersenyum. Umairah malas untuk membalas kata-kata Jamilah dan hanya mendiamkan diri. Setelah kereta Jamilah bergerak dan berlalu di hadapan Saifuddin, Umairah hanya mampu memandang seketika wajah keruh Saifuddin sebelum kembali memandang hadapan semula.