BAB 26 : Janji
dan Amanah
J
|
ari-jemari Danial
menggagau-gagau mencari telefon bimbitnya yang berbunyi dengan mata yang masih
tertutup. Selapas solat subuh tadi dia yang hanya ingin membaringkan diri
sambil mata terbayang-bayang wajah manis Aathifah, akhirnya terlelap semula
akibat mimpi-mimpi manis yang hadir di antaranya dengan Aathifah. Mimpi-mimpi
yang direka oleh fikiran yang terlalu mengharapkan kehadiran Aathifah dalam
hidupnya.
“Waalikummussalam. Ye, Aiman.“
Danial mula membalas salam Aiman. Masih mamai dengan keadaan ketika itu.
“Abang tak apa-apa ke? Abang tak
sihat ke? Dah lewat ni, Aiman tunggu abang tak datang-datang lagi. Kalau abang
tak sihat Aiman gi sendiri jer cari Kak Long. Abang rehat la.“ Aiman terus
bersuara dengan seribu-satu persoalan.
“Ye ke? Sorry abang terlelap tadi. Kejab lagi abang sampai.“ Mata Danial
mula segar dan ingatan pada kehilangan Aathifah mula melayari kotak fikirannya.
Danial segera masuk bilik air setelah panggilan dimatikan untuk mandi semula
bagi menyegarkan semula badannya. Waktu ketika itu sudah melewati
pukul sepuluh pagi. Dia sudah berjanji dengan Aiman untuk menjemputnya pada
pukul sembilan.
Sesampainya di rumah famili Aiman,
Puan Aminah mengajaknya menjamu selera terlebih dahulu. Danial yang mula terasa
lapar kerana dari pagi tidak menjamah makanan dengan sedikit segan melangkah
masuk. Semasa makanannya mulai habis Puan Aminah bersuara.
“Danial, makcik nak minta maaf atas
apa yang adik makcik, Fazlee lakukan kat famili Danial. Semuanya salah kami
sebab tak didik dia dengan elok-elok sampai buat perkara yang tak elok tu.“
Nada suara Puan Aminah ternyata bergetar. Air mata mulai bertakung di kelopak
matanya.
“Makcik saya dah lupakan semua tu.
Dari dulu saya dah maafkan Lee. Saya dah tak berdendam ngan dia pun. Saya
terima ujian Allah ni dengan redha. Kalau disebabkan ni pakcik dan makcik rase
bersalah dan membenarkan saya berkahwin ngan Aathifah, saya rase semua tu tak
perlu. Saya tak mau perkahwinan ni berlaku sebab nak menebus apa yang dah lama
terjadi. Aathifah tidak harus dijadikan korban untuk perkara yang telah lama
saya tutup.“ Danial mula menyatakan pandangannya. Seketika wajahnya dipalingkan
dari Puan Aminah kepada Aiman yang duduk di sebelah Puan Aminah.
“Makcik dan pakcik dah bincangkan
perkara ni. Kamu jangan salah anggap pula. Kami ambik tindakan ini bukan sebab
nak tebus kesalahan yang kami lakukan tapi ini yang terbaik bagi menutup semua
yang telah berlaku. Secara kebetulan sahaja semua yang berlaku dari dulu sampai
kini ada kaitan di antara kamu ngan Aathifah. Mungkin ni petunjuk Allah akan
jodoh kamu berdua. Makcik selalu berdoa supaya Allah memberikan petunjuk kepada
kami akan segala masalah yang berlaku. Selepas melihat Danial semalam makcik
yakin Danial la pemuda yang selalu hadir membawa kebahagian kepada Aathifah.
Mungkin solat ishtiqorah makcik dimakbulkan Allah.“ Panjang jela Puan Aminah
berbicara sambil tersenyum memandang Danial.
“Terima kasih makcik kerana sudi
terima saya yang serba kekurangan ni. Saya benar-benar berharap agar Aathifah
dapat menjadi pendamping dan pelengkap hidup saya seperti mana yang selalu saya
impikan, sepertimana Hawa kepada Nabi Adam.“ Danial berasa bahagia ketika dapat
meluahkan yang lama terbuku di hatinya.
“Makcik harap lepas Danial bernikah
dengan Aathifah nanti segala bebanannya yang selama ni cuba ditanggungnya
sendiri akan reda dan dia dapat menjalankan kehidupannya sendiri seperti
dulu-dulu.“ Air mata Puan Aminah mengalir laju membasahi pipi tuanya. Danial
bagaikan faham isi hati Puan Aminah.
“Insya-Allah makcik, saya akan cuba
membantu Aathifah selagi saya termampu dan saya akan cuba bahagiakan Aathifah
dan mengembalikan dirinya yang dulu. Semoga Allah memudahkan segala usaha kita
ni.“ Terpancar sinar pengharapan di wajah Danial.
Setelah agak lama
berpusing, akhirnya mereka terlihat sebuah kereta proton wira yang keluar
daripada tempat letak keretanya. Danial segera memasuki tempat letak kereta
yang baru ditinggalkan tadi. Kini mereka sudah sampai di Hospital Batu Gajah
dan menunggu seorang pemuda memeriksa nama Aathifah bagi memastikan sama ada
beliau ada mendaftar masuk ke dalam hospital berkenaan. Sedang pemuda itu sibuk
menekan-nekan papan kekunci komputernya seorang pakcik yang juga memakai
pakaian seragam putih masuk dan bertanya.
“Kenapa Mie? Cari apa?“
“Dia orang ni nak minta tolong semak
nama awek ni, ada daftar masuk sini ke tak. Takut awek tu ada terlibat dengan kemalangan
jalan raya. Macam tu la lebih kurang.“ Pemuda tadi membalas.
“Oh! Awek yang korang cari tu naik pe?
Moto ke kete? Bukan pe semalam banyak gak kes accident moto ngan kete. Ada gak yang meninggal terus kat tempat
kejadian. Ada tu yang daftar tak de nama sebab ic hilang kene curi masa tu.“ Danial dan Aiman memandang sesama
sendiri apabila mendengar kata-kata pakcik tadi. Danial tidak langsung menduga
kemungkinan-kemungkinan yang terjadi kepada Aathifah sepertimana yang
diperkatakan oleh pakcik tadi. Aiman segera menjawab pertanyaan pakcik tadi.
“Kakak saya dia naik moto semalam.
Moto skuter Honda Spicy warna oren.“
“Semalam kalau tak salah pakcik
memang ada skuter warna oren tapi pakcik tak tahu la macam mana lak keadaannya
sekarang. Kalau nanti tak de nama kakak adik kat dalam sistem tu cuba la tengok
kat bilik mayat kot-kot la awek yang meninggal semalam tu kakak adik. Maaf la
ye kalau terasa pakcik cakap macam tu.“ Dengan bersungguh-sungguh pakcik
tersebut memberitahu.
“Tak pe pakcik kami paham. Terima
kasih. Kat mana accident yang pakcik
cakap tu berlaku ye?“ Aiman bersuara lemah. Danial hanya memandang wajah Aiman
yang lesu sambil menepuk-nepuk perlahan bahu Aiman, cuba memberikannya
semangat.
“Kalau tak salah pakcik dekat pekan
Batu Gajah tu.“
“Maaf encik, nama ni memang tiada
dalam senarai pesakit kami.“ Pemuda yang sedari tadi hanya mendiamkan diri
bersuara setelah meneliti senarai pesakit dalam sistemnya.
“Kalau macam tu tak pe la abang,
terima kasih.“ Aiman mengucap terima kasih dan bersalaman dengan pemuda itu dan
pakcik tadi. Danial mengikuti tingkah Aiman bersalaman dengan mereka.
Kini mereka berada
di rumah mayat Hospital Batu Gajah untuk memeriksa sama ada Aathifah ada di
tempat tersebut. Danial begitu berat hati untuk melangkah keluar daripada
keretanya untuk turun bertanya. Dia ingin menyangkal sekeras-kerasnya kemungkinan
yang satu ini. Danial memandang wajah sugul Aiman. Dia juga dapat merasakan
keberatan kaki Aiman untuk melangkah keluar dari keretanya. Sedang mereka
berperang dengan hati masing-masing deringan telefon Aiman berbunyi. Segera
Aiman mengangkat panggilan tersebut.
“Assalammualaikum umi.“ Aiman diam
mendengar uminya berbicara.
“Kami masih kat Hospital Batu Gajah.“
Aiman diam semula.
“Okey umi, kami balik sekarang
jugak.“ Setelah mematikan panggilan telefon Aiman bersuara kepada Danial.
“Abang, kita balik sekarang. Abi
nazak.“ Danial terkesima mendengar kata-kata Aiman yang tenang walaupun
wajahnya kerisauan. Danial hanya mempu menganggukkan kepalanya dan segera
memandu keretanya. Pada ketika dan detik ini, Danial dapat merasakan kembali
detik-detik kecemasan dan kerisauan yang pernah dirasainya dahulu. Detik ketika
papa dan mamanya dikatakan nazak selepas terlibat dalam kebakaran rumahnya
dahulu. Sesungguhnya Danial tidak sanggup menghadapi keadaan ini lagi namun
apakan daya, dia harus juga merasai dan menghadapinya walaupun pada ketika ini
Tuan Hassan bukanlah bapanya sendiri.
Seketika Danial dapat melihat Aiman
mengeluarkan telefon bimbit Samsung S4nya dan membaca surah Yasin yang terdapat
di dalamnya. Danial kagum dengan tingkah laku Aiman walaupun dalam kereta dia
masih sempat membaca Yasin untuk kesenangan bapanya di sana. Danial pernah
diberitahu oleh Ustaz Kamal dahulu bahawa surah Yasin bukan sahaja boleh disedekahkan
untuk orang yang telah meninggal tetapi juga perkara-perkara yang lain dan
salah satunya adalah untuk mereka yang sedang nazak macam bapa Aiman sekarang.
Danial hanya mampu berdoa semoga Tuan Hassan akan selamat dan dia cuba membaca
surah-surah lazim yang sudah dihafaznya termasuk ayat Kursi. Sementelah dia
memandu dan tidak dapat membuka surah Yasin untuk membacanya.
Danial dan Aiman
kini berada di bilik bapa Aiman. Di sebelah bapanya, Puan Aminah sedia menemani
suaminya dengan juraian airmata yang membasahi pipi. Aiman memegang sebelah
tangan kanan bapanya manakala ibunya memegang sebelah kiri tangan bapanya.
Aiman dan Danial mendekatkan telingan masing-masing kepada wajah Tuan Hassan
kerana ada yang ingin disampaikan olehnya kepada mereka.
“A…..ngah, nan….ti A…..ngah
to…..long ni…..kah….kan Kak…. Long… de…..ngan Da…..nial ye…Abi….tak…..da…..pat….nak….ka…..wen…..kan…Kak…..Long…ngan….Da…..nial
Abi ha….rap sa….ngat tau.“
“Insya-Allah abi. Nanti Angah
tunaikan.“ Aiman bersuara sambil menahan tangisan daripada mengalir.
“Da….nial to….long ja….ga Aathifah…dan
fa….mi….li pak….cik ye… Han….ya…. Da….nial
ha….ra…pan pak…cik. Ba….ha…gia…kan Aathifah ye… Te…ri…ma ka…sih se…bab su…di
kah…win ngan Aathifah. Pak…cik tak…sem…pat nak ni…kah…kan ko….rang “ Dengan
payah Tuan Hassan bersuara.
“Baik pakcik. Saya akan jaga dia dan
semuanya. Insya-Allah, pakcik jangan risau ye.“ Danial bersuara lemah.
“Sa….yang ki…rim sa….lam sa….yang a…bang
kat a….nak-a….nak ki….ta A….bang tak…sem….pat nak jum…pa de….pe. Sa….yang ja…ga
di….ri ba….ik-ba…ik ye.“
“Ye, abang.“ Puan Aminah
menganggukkan kepala sambil menahan sedu tangisan. Aiman segera mengajar
bapanya mengucap setelah bapanya tidak lagi berbicara kepada sesiapa. Tuan
Hassan sempat mengikuti lafaz khalimah Syahadah sebelum menghembuskan nafasnya.
Suasana pilu dipenuhi dengan juraian
air mata yang mengalir pada wajah Aiman dan Puan Aminah menyentap tangkai hati
Danial. Dia turut terasa kesedihannya walaupun air mata bukanlah penemannya
kala ini. Dia lebih memikirkan Aathifah yang tidak sempat menatap bapanya
sebelum menghembuskan nafas terakhirnya. Danial pasti Aathifah akan lebih
terkilan sekiranya mengetahui pemergian bapanya adalah di saat dirinya
menghilangkan diri itu.
No comments:
Post a Comment