Hawa Telinga

Monday 18 August 2014

Mohon Pandangan



Salam.... Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang sudi mengikuti dan membaca karya-karya saya. Terima kasih atas sokongan semua.
Kali ni saya menulis di ruangan ini kerana ingin memohon pandangan semua tentang beberapa perkara tentang novel-novel yang terlintas di kepala saya ni.... Saya mohon pandangan kerana bimbang karya-karya saya ni di katakan mengganggu senstiviti sesetengah orang dan sejarah sesetengah pihak. Asalnya cerita saya ni semua hanyalah rekaan semata-mata dan khayalan kudus saya.

Novel A : Cerita berkenaan kapal terbang. 
                - ( Takut dikatakan berkaitan dengan MH370 n MH17 )
                  * doa bt mereka semua.*

Novel B : Cerita berkaitan dengan kerabat Raja dua buah negara.
                - ( Bimbang akan dikatakan menyimpang soal sejarah dan hubungan dua negara )

Harap semua dapat membantu saya dalam bab ni. TQ semua...

Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 13







Terkenang


U
mairah segera meletakkan tangannya pada dadanya yang berombak kencang itu. Cuba untuk mententeramkan hatinya yang bergelora akibat pandangan mata yang sepatutnya dijaga. Dia selalu terleka dengan pesanan Ustazah Salmah yang sering kali mengingatkan anak-nak buah usrahnya akan pentingnya menjaga pandangan mata dan kini akibat panahan matanya itu terpahat di hatinya itu. Umairah beristighfar berkali-kali bagi menenangkan hatinya.

            Umairah yang tenggelam dalam usahanya menenteramkan dirinya tiba-tiba dikejutkan dengan sentuhan tangan sasa pada bahunya dari arah belakangnya. Sekilas Umairah memandang jari-jemarinya yang terdapat pada bahunya itu. Tangan sasa itu menambahkan gelora di hatinya dan segera berpaling untuk melihat gerangan yang berani menyentuh bahunya itu. Umairah nyata terkejut apabila mendapati Syawal yang berada dibelakangnya dengan berbaju merah dan berseluar denim hitam.

"Eh! Kenapa ni Umairah? Muka pucat jer ni? Saya takutkan awak ker? Sorry, kalau awak terkejut sebab saya sentuh bahu awak. Saya panggil awak banyak kali tadi tapi awak tak sahut, tu yang asaya sentuh bahu awak." Syawal bertanya dengan nada sedikit bimbang.

"Astaghfirulah halazim. Maaf Syawal. Terkejut juga saya tadi, tetiba jer orang sentuh bahu saya. Maaf tak dengar awak panggil tadi." Umairah sedikit kelegaan bila mana mendapati bukan Saifuddin yang menyentuhnya tadi.

"Awak sorok daripada sape ni? Sorok daripada saya ker?" Syawal cuba menduga.

"Sorok? Pe maksud awak?" Umairah yang tidak mampu berbohong cuba bertanya daripada menjawab.

"Ye la, dok berdiri kat sini sambil kepala terhendap memandang balik sana. Bila saya sentuh pula terkejut semacam jer." Syawal tersenyum kecil dengan gelagat Umairah.

"La… kat sini rupanya ko. Aku ingat kat mana tadi. Syawal pe yang ko cuba nak buat dengan Umairah kat belakang ni? Perjumpaan rahsia supaya tak tertangkap dengan aku ker?" Jamilah yang tiba-tiba muncul, bersuara sambil mengangkat keningnya mengusik. Buat sekali lagi Umairah terselamat daripada menjawab soalan Syawal.

"Tak de maknanya perjumpaan rahsia. Kami terserempak jer, kan Syawal?" Umairah segera menyangkal. Syawal dan Jamilah tersenyum kambing mendengar sangkalan tersebut.

"A'ah. Terserempak jer tadi. Saya nampak Umairah, tu yang datang tegur. Tapi dia tak dengar panggilan saya yang berkali-kali tu. Entah dia menyorok daripada sape, saya pun tak tahu?" Syawal tersenyum sinis.

"Betul ker, Umairah? Stalker tu ker? Ko nampak mukanya tak?" Jamilah yang kerisauan pantas bertanya dan mula menghampiri Umairah dan memegang lengannya. Umairah yang terkejut dengan kata-kata Jamilah tentang perkara itu depan Syawal hanya mampu mempamerkan wajah tidak puas hatinya.

"Stalker? Awak cakap stalker Mila. Betul ker ni, Umairah? Ada orang mengintip awak ker?" Syawal yang terkejut dengan kata-kata Jamilah sebentar tadi bertanya, inginkan kepastian. Jamilah mula menyedari ketelanjurannya. Dia pula membuat muka memohon maaf kepada Umairah sambil dia terus mendiamkan dirinya.

"Sape la yang nak intip saya ni. Saya bukannya artis atau usahawan berjaya. Jutawan jauh sekali sampai ada orang nak mengintip. Mila ni yang terlebih-lebih tentang hal tu. Awak bukan tak kenal dengan sikap Mila ni. So, awak buat apa kat ni?" Umairah segera menukar topik perbualan.

"Saya cadang nak tengok Tranformers dengan kawan saya tu. Korang pulak?" Syawal menjawab sambil menunjukkan kawannya yang sedang duduk di bangku sambil melayan telefon bimbitnya.

"Kebetulan, kami pun sama. Alang-alang awak nak tengok gak, pe kata awak belanja kita orang sama. Boleh?" Jamilah kembali bersuara dan tanpa segan-silunya meminta Syawal membelanja mereka menonton wayang.

"Ishh! Ko ni, Mila. Tak pe, Syawal. Mila ni mengusik jer." Umairah pula menyampuk.

"Tak pe la Umairah. Biar saya belanja korang jer kali ni. Dah lama juga saya tak belanja korang. Jom la, kita naik. Tengok kul berapa yang ada." Syawal senang dengan permintaan main-main Jamilah tadi.

"Tak pe la, Syawal. Mesti kawan awak tak selesa kami join sama nanti." Umairah cuba mencari alasan.

"Betul ker ni, Syawal? Saya main-main jer tadi." Jamilah bersuara.

"Betul la. Kawan saya tak kisah. Dia pun masih single and available, jadi tiada yang nak jealous. Mila bukan tak tahu, bukan senang saya dapat jumpa Umairah. Dapat peluang macam ni, saya tak kan menolak." Syawal tersenyum riang. Jamilah yang tersedar dengan keberatan Umairah menerima pelawaan Syawal tadi segera memandang Umairah.

"Jom." Syawal sudah melangkah menghampiri kawannya. Pastinya ingin memberitahu perkembangan terkini tersebut dan mengajaknya bergerak ke tingkat atas. Umairah dan Jamilah yang tidak mampu menolak akhirnya turut sama mengikut langkah Syawal.

"Sorry, Umairah. Aku terlupa yang ko cuba nak jauhkan diri daripadanya." Jamilah bersuara perlahan kepada Umairah. Mujur sahaja mereka berada beberapa langkah di belakang Syawal.

"Nak buat macam mana. Benda dah jadi." Umairah ringkas membalas.

"Maaf, Umairah. Aku pun tak tahu kenapa dengan aku hari ni. Asyik salah cakap jer. Tadi pasal stalker, sekarang pasal belanja pulak." Jamilah masih cuba meminta maaf.

"Tak pe la, Mila. Bukan salah ko pun. Dah memang takdir kita akan bertembung dengan Syawal kot." Umairah tersenyum tawar.

"Korang, kenalkan ni Mikail. Mikail, ni Jamilah dan ni Umairah. Mereka ni kawan U aku dulu." Syawal menerangkan.

"Hai!" Mikail tersenyum. Umairah dan Jamilah hanya menganggukkan kepala kepadanya.

"Mikail ni pemalu sikit dengan pempuan. Harap korang tak ambil hati." Syawal memberitahu perihal Mikail. Mikail mula tersenyum malu. Mereka kemudian mengekori Syawal dan Mikail menaiki tangga bergerak menuju ke tingkat atas.

            Umairah yang terkenangkan Saifuddin setelah Jamilah mengungkit berkenaan pengintip tadi mula mencari-cari kelibat jejaka itu untuk memastikan apa yang dilihatnya tadi.
'Betul ker yang aku nampak tadi tu Saifuddin ke Syawal sebenarnya. Warna baju dan seluar mereka pun hampir sama. Ko ni berangan ye, Umairah. Syawal ko ingatkan Saifuddin.' Umairah berkata-kata dengan hatinya sendiri.


*******************************************


“Aku dah buat keputusan, lepas ni kita bagi Umairah kerja kat hotel. Bagi dia kerja yang dia minta dulu. Then aku pun akan masuk sama kerja kat hotel tu. Aku akan cuba buat kerja dengan keadaan aku yang serba kurang ni.“ Saiful Haq memberitahu Saifuddin semasa mereka berehat di tanam mini malam itu.

“Haah!“ Saifuddin nyata terkedu dengan pernyataan yang disampaikan oleh Saiful Haq.

“Bagus la kalau macam tu. Boleh la aku lik restoran aku. Aku pun dah rindu sangat nak kerja dan memasak kat restoran aku tu. Kiranya ko nak mula awal bulan depan la kan?“ Saifuddin meneruskan perbualannya biarpun hati sedikit terusik.

“Ko nak gi lik restoran nak buat apa? Abis tu hotel sape yang nak uruskan. Maksud aku, ko still CEO, aku cuma akan tolong ko sikit-sikit dulu supaya aku mahir bekerja dalam keadaan aku yang macam ni. Kalau ko serahkan semuanya balik kat aku, aku risau aku tak mampu nak buat. Aku risau aku tak kuat, tambahan lagi pandangan serong orang kat aku. Jadi aku perlukan masa dan sokongan daripada ko supaya semua ni aku dapat terima dengan hati yang terbuka.“ Saiful Haq berkata sayu sambil melemparkan pandangannya jauh ke kolam ikan koi.

“Insya-Allah, aku yakin ko boleh buat. Abang aku ni kan kuat dan kental sekarang ni. Pedulikan kata-kata orang yang selalu ingin melihat kita jatuh tersungkur sebab itu akan memeberi peluang kepada mereka memiliki apa yang ko ada sekarang. Buktikan kepada semua orang, orang yang macam ko pun boleh Berjaya menjadi CEO yang cemerlang sepertimana ko yang sebelumnya. Ko kan CEO terbaik.“ saifuddin menepuk-nepuk lembut bahu Saiful Haq.

Thanks, bro. So nanti ko bagitahu la Umairah pasal hal tu. Tadi aku tanya dia cakap semua tu letak atas keputusan ko. Mungkin dia lebih lega kalau kata putus ni keluar daripada mulut ko daripada aku. Dia menunggu kata putus ko tu.“ Saiful Haq tersenyum mengenangkan Umairah.

“Nanti aku bagitahu dia. Aku masuk ke dalam dulu la. Ada kerja nak buat sikit.“ Saifuddin terus melangkah masuk rumah tanpa menunggu kata-kata Saiful Haq. Saiful Haq masih lagi tersenyum membayangkan perbualannya dengan Umairah petang tadi.

“Lepas ni, lepas awak berhenti tolong saya, awak akan kerja kat hotel kan? Awak tak kan kerja kat tempat lain kan?“ Saiful Haq inginkan kepastian daripada Umairah.

“Saya pun tak tahu nak bagi jawapan apa. Semua ni rancangan Encik Saifuddin. Awak kena tanya dia la. Tapi kalau ikut kata dia ari tu dia akan bagi saya kerja kat hotel lepas saya tolong awak. Tapi tu masa dulu la.Kot dia dah ubah fikiran pula saya tak tahu la.“ Umairah tersenyum sedikit memandang Saiful Haq.

“Kalau dia dah cakap macam tu bagus la. Tapi bila dia dah bagi awak kerja kat sana awak jangan menolak lak.“ Saiful Haq cuba meningatkan.

"Insya-Allah, kalau Allah izinkan saya akan kerja kat sana.“ Umairah tersenyum raja. Dia sendiri sebenarnya tidak pasti sama ada dia masih dapat meneruskan perancangannya dengan Saifuddin itu. Perancangan manusia tidak sehebat perancangan Allah, Yang Maha Mengetahui.

“Bagus la kalau macam tu.“ Saiful Haq tersenyum lebar.Umairah yang pelik dengan perubahan wajahnya secara tiba-tiba daripada murung kepada riang, mula bertanya.

“Apa yang awak seronok sangat tu? Ada apa-apa kat muka saya ker?“ Umairah mula meraba-raba mukanya. Melihat wajah kalut Umairah, Saiful Haq bertambah geli hati lalu ketawa kecil.

“La! Ketawa lak dia. Cepat la cakap kenapa ni?“ Umairah mula tidak senang duduk.

“Tak de apa-apa la kat muka awak tu. Tak payah raba-raba. Saya suka sebab awak akan bekerja kat hotel kami walaupun awak tak de kat sini lagi dah nanti. Sekurang-kurangnya saya masih boleh tengok awak kalau awak kerja kat hotel kami. Kalau awak kerja kat tempat lain, mungkin susah nak jumpa lagi dah nanti.“ Saiful Haq tersenyum riang.

“Allah! Ingatkan apa la tadi. Semua tu kehendak Allah. Kalau Allah tak izinkan, kerja kat hotel awak pun belum tentu awak dapat jumpa ngan saya, kan?“ Umairah kembali tersenyum kecil.

“Ya tu saya tahu. Tapi kemungkinan nak jumpa itu besar kan. Ya Allah, Kau berilah peluang untuk aku sentiasa berjumpa dan berbicara dengan Umairah. Amin.“ Saiful Haq merauk tangan yang ditadahnya sambil tersenyum. Umairah yang melihat tindakan Saiful Haq hanya tersenyum memandangnya.

Bunyi pintu kayu yang tertutup menyedarkan Saiful Haq ke alam nyata.Dia tidak menyangka dia boleh terleka mengenangkan perbualannya dengan Umairah sampai tidak sedar akan kata-kata akhir Saifuddin sebelum dia berlalu pergi. Saiful Haq yang setia melayan hatinya yang berbunga, masih tidak mahu berganjak daripada taman mini itu. Senyuman masih mekar dibibirnya.

Di dalam bilik, Saifuddin tidak senang duduk.Fikirannya resah memikirkan rancangannya yang telah musnah kerana perkara yang baru disampaikan oleh abangnya itu.

“Aduh! Rosak rancangan aku. Aku dah susun cantik rancangan aku nak hantar Umairah kerja kat restoran supaya aku tak perlu risau kot terserempak dengan dia, abang lak nak aku ikut rancangnnya dia. Masak macam ni! Mesti satu hari nanti aku akan terserempak gak ngan Umairah.“ Saifuddin yang tadinya mundar-mandir mula duduk di hujung katilnya.

“Okey! Sekarang aku kena fikirkan jalan yang lain lak. Macam mana aku nak kerja sebumbung ngan Umairah supaya kita orang tak terserempak.Dan yang paling penting aku tak nak sampai usaha aku nak elak dari bertembung ngan Umairah sampai pada pengetahuan abang. Aduh! Masak aku kalau abang dapat tahu semua tu. Dah la kena explainkat abang sebab-musabab aku elak bertembung ngan Umairah, then nak kena elak abang tahu yang aku dah syok kat Umairah lagi. Abang memang bijak korek rahsia kau.“ Saifuddin mula menyelerakkan rambutnya yang sudah dirapi kemas tadi. Dia rungsing.Kemudian dia bangun semula menghadap cermin pada almarinya itu.

“Ah! Serabutnya otak aku! Kalau abang dapat tahu aku syok ngan Umairah mesti abang kecewa.Then abang jadi macam dulu balik. Aahh!...Aku tak sanggup tengok abang macam dulu balik. So, sekarang aku kena fikir balik plan yang dapat elakkan semua perkara tu terjadi. Biar hati aku yang terluka daripada aku lukakan hati abang, Umairah dan paling penting hati mama.Aku dapat rasakan mama suka kalau abang disatukan dengan Umairah.Aku nampak sinar cahaya pengharapan itu pada mata mama. Ah! Mama apa yang harus Din buat sekarang?“ Saifuddin sayu bila mana memikirkan mamanya.

            Dia kembali semula ke katilnya dan kali ini dia mula membaringkan dirinya pada tilam empuknya itu. Masih lagi memikirkan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalahnya yang satu itu. Dalam pada dia memikirkan jalan keluar masalahnya itu dia tiba-tiba terbayangkan wajah putih bersih Umairah, senyuman manis lagi menggodanya dan suaranya yang lembut merdu. Dia tersenyum sendiri. Kemudian wajah mama dan Saiful Haq pula silih berganti bersama wajah Umairah. Wajah mama yang sayu dan wajah abangnya yang masam.

“Gila, gila. Boleh gila aku kalau fikir semua ni.Sebelum semuanya jadi lebih parah baik aku undur diri.Cinta bukan semestinya memiliki, cinta yang kekal abadi yang perlu dicari.Ya aku mesti lupakannya kerana Allah dan insane-insan yang lebih aku kasihi selainnya.Hidup perlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan membawa kejayaan dan kejayaan menentukan kebahagiaan. Ya, aku ingin semua orang bahagia kerana aku tak perlukan kebahagiaan aku sendiri sahaja sekiranya kebahagiaan  itu nanti meluluhkan hati meraka sahaja.“ Saifuddin cuba meyakinkan dirinya dengan kata-kata hikmah yang sering dibacanya akhir-akhir ini. Kata-kata yang memberikannya sedikit motivasi diri dikala hatinya goyah selain daripada ayat-ayat suci al-Quran dan Zikirullah.

“Okey insya-Allah aku akan buat sepertimana yang abang mahukan selain itu aku akan cuba mencipta alasan dan cuba elakkan diri daripada bertembung dengan Umairah. Sebaik mungkin cuba agar abang tidak perasan dan aku masih dapat pegang janji aku yang satu itu terhadap Umairah.“ Dengan berbekalkan semangat yang baru muncul itu Saifuddin menyatakan keputusan yang akan diambilnya kelak. Dia hanya mampu mencuba dan yang pasti melaksanakannya dengan sempurna hanyalah Dia Yang Satu.

Saifuddin mengambil telefon bimbitnya dan mula mengunci jam penggera supaya dia dapat bangun awal pagi itu untuk membuat solat sunat Tahajud, taubat dan istikharah. Dia mahu memohon petunjuk akan  segala yang telah diputuskannya itu sejajar dengan kehendak Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi di muka bumi ini.  Setelah itu dia mula cuba memejamkan matanya untuk tidur sambil hatinya membaca doa tidur dan surah-surah yang lazim dibacanya sebelum tidur. Pastinya surah al-Fatihah, ayat Kursi dan tiga kul.Selain itu, dia tidak lupa melengkapkannya dengan selawat dan zikir-zikir ringkas. Kebiasaannya dengan melakukan semua itu, tidurnya lebih lena dan lebih memudahkannya untuk bangun bagi melaksanakan tuntutan solat sunat.

Dia tahu kekerdilannya itu harus dibajai dengan melaksanakan tuntutan sunat selain tuntutan wajib sekiranya dia mengharapkan sesuatu daripada Yang Esa. Siapalah dia mengharapkan sesuatu balasan sekiranya usahanya tidak setimpal mana walaupun dia tahu Allah itu Maha Adil tidak pernah mengira sebanyak mana usaha yang hamba-hambanya lakukan tetapi itulah salah satu cara dan pendirian hidupnya sejak dari sekolah menengah lagi. Semua itu, dipelajari daripada ustaz di sekolahnya, Ustaz Muhammad Al-Amin.Seorang ustaz muda yang berkaliber dimatanya.

Saifuddin yang dulunya, masa di zaman persekolahan menengah seorang pemuda yang cukup nakal dan sering kali mengganggu rakan-rakan sekolah bahkan tidak segan-silu untuk mengusik guru-guru wanita dan guru-guru lelaki.Dia memang agak terkenal di sekolah sehingga diberi gelaran Double D, Din Dajat oleh seorang guru wanita bujang yang berasal daripada Kedah.

“Awak ni Saifuddin tak mengusik orang tak senang duduk ye. Apalah faedah yang awak dapat daripada dok mengusik-ngusik orang ni. Awak tak de rasa malu ker dengan gelaran yang dah lekat. Gelaran yang saya bagi tu, Double D? Itu bukannya gelaran yang patut dibangkakan tetapi sepatutnya awak jadikan peringatan supaya awak memperbaiki diri awak.“ Cik Rohayu menegurnya.

“Okey apa dapat gelaran tu. At least orang tau sape saya and bila saya dah ‘blah’ dari sekolah ini nanti adalah juga orang yang akan menjadi sebutan dan dikenang oleh pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah ni.“ Saifuddin tersenyum bangga sambil mengerak-gerakkan keningnya.

“Ikut suka kamu lah Saifuddin. Saya dah tak tahu nak cakap apa supaya kamu ni faham. Selalu saya tegur kamu tak pernah nak ambil pusing. Saya harap kamu bahagia dengan apa yang kamu buat ni.“ Cik Rohayu melepaskan keluhan kecil.

“Amin…. Wow! Class, Cik Ayu minat kat aku la.Dia siap doakan aku bahagia. Ni yang buat aku bertambah sayang ni.“ Saifuddin mula mengusik. Dia tersenyum kerana berjaya mengusik Cik Rohayu lagi. Satu kelas mula binggit dengan riuh-rendah pelajar-pelajar lelaki kelas Tiga Einstein, Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School, ACS Ipoh itu. Seperti sudah lali dengan usikan Saifuddin, Cik Rohayu tidak terasa apa-apa dengan usikan itu dan mula bersuara kembali.

“Dah, dah class tolong diam. Saifuddin awak boleh balik ke tempat duduk awak. Kita akan sambung semula pelajaran kita hari ini sebentar lagi.“ Cik Rohayu menggelengkan kepalanya. Saifuddin kembali semula ke tempat duduknya sambil memberi tepukan telapak tangan kanannya kepada beberapa orang sahabatnya yang menaikkan tangan mereka.Dalam pada mereka ingin memulakan mata pelajaran Prinsip Akaun itu, Cikgu Adibah masuk bersama seorang pemuda.

“Maaf, Cik Ayu. Saya ingin mencuri sedikit masa Cik Ayu untuk memperkenalkan seorang guru baru sekolah kita kepada pelajar kelas ni.“ Cikgu Adibah memulakan bicaranya.

“Baik, silakan Puan Abidah.“ Cik Rohayu membalas dengan memberikan senyuman.

“Okey, semua ini guru baru kamu atau lebih tepat ustaz baru bagi pelajar Muslim kelas ini. Namanya Ustaz Muhammad Al-Amin bin Abdul Majid. Ustaz sila perkenalkan diri.“ Cikgu Adibah tersenyum manis.

“Assalammualaikum dan salam sejahtera. Salam perkenalan. Nama saya, yang macam Puan Adibah beritahu tadi, Muhammad Al-Amin bin Abdul Majid, umur dua puluh lima tahun, berasal daripada Bachok, Kelantan. Anak sulung daripada tiga beradik dan ini merupakan pertama kali saya bertugas sebagai seorang guru setelah saya menamatkan pengajian saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.“ Ustaz Muhammad Al-Amin tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya di pipi kanannya.

“Ustaz ada adik perempuan tak? Kalau ada dia ada lesung batu macam ustaz tak?Boleh saya nak berkenalan ngan dia tak?“ Tanpa berlengah, Saifuddin mula bertanya, ingin mengusik ustaz muda itu. Sekali lagi pelajar-pelajar mula bising dan bersorak dengan pertanyaan itu. Muhammad Al-Amin hanya tersenyum kecil tanpa sebarang reaksi terhadap persoalan itu.

“Saifuddin, behave yourself. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan. Maaf ya, ustaz. Untuk pengetahuan ustaz, itu Saifuddin bin Rafieq, pelajar yang paling nakal dan suka mengusik dalam sekolah ini. Jadi ustaz kena biasakanlah diri mulai sekarang dengan perangai tak semengahnya tu. So, can we go to the next class.“ Cikgu Adibah kembali bersuara. Ustaz bujang itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Mereka pun bergerak pergi keluar daripada kelas tersebut.

“Eh! Ko nampak tak Din. Ustaz tu macam tak heran jer dengan usikan ko tadi. Macam angin lalu jer dia buat.“ Nurnikman yang duduk bersebelahan dengan Saifuddin mula berbicara.
“Tu yang aku pelik tu. Tak pe, esok-esok kita basuh ‘kaw-kaw’ ustaz tu. Aku nak tengok sangat reaksi dia.“ Saifuddin tersenyum sinis. Nurnikman membalas senyuman itu sambil menunjukkan ibu jarinya tanda setuju.

            Seperti yang dijangka, beberapa hari kemudian Saifuddin dengan ditemani oleh Nurnikman dan kembarnya Nazrin mula mengusik ustaz Muhammad Al-Amin.Ketika itu mereka melihat ustaz muda itu baru sahaja ingin masuk ke dalam surau.

“Din, ustaz Al-Amin la kat surau tu.“ Nurnikman memulakan bicaranya.

“Okey, hari ni bolehlah kita usik dia ‘kaw-kaw’ punya. Selalu tu dalam kelas agama dia buat tak tahu jer usikan aku.“ Saifuddin tersenyum sinis.

“Dia tu kebal ngan usikan ko. Jom la cepat. Nanti habis waktu rehat lak.“ Nazrin mengingatkan. Mereka segera berlalu pergi ke surau tersebut.

“Assalammualaikum ustaz. Boleh kami masuk.“ Nurnikman terlebih dahulu bersuara.

“Waalaikummussalam. Masuk la tak perlu dijemput. Kan rumah Allah ni.“ Ustaz muda itu yang baru ingin membentang sejadah membalas sambil tersenyum manis.

“Ustaz nak solat apa lak pagi gajah ni? Tak kan solat qada’ subuh kot.“ Saifuddin mula mengusik.

“Alhamdulillah solat subuh saya tadi dah saya buat. Ni saya nak solat sunat dhuha pula.Jom la solat sekali. Banyak ganjaran yang dapat kalau kita buat solat dhuha ni. Selain solat ini memurahkan rezeki dan mencukupkan rezeki kita sehari-hari, ianya juga dikatakan solat bagi orang yang bertaubat disamping solat yang merupakan satu sedekah dan pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah.Ianya mudah dilakukan tapi ramai yang tidak mengetahuinya dan mengerjakannya.“ Ustaz itu tersenyum lagi. Tiga orang pelajar itu tersenyum sinis.

“Kami ni student lagi kot. Mana kisah hal rezeki bagai. Buang masa jer.“ Nazrin tersenyum lebar.


“Kalau solat kamu rasa buang masa abis tu mengusik orang kamu tak rasa buang masa ker? Kamu sepatutnya beringat, usik-mengusik ni ada batas-batasannya. Jangan sampai melukakan hati orang. Dan yang lebih merisaukan saya kalau kamu tak sempat nak memohon maaf di atas usikkan kamu terhadap orang yang dah terluka hatinya itu. Kerana apa? Oleh sebab perkara yang kamu rasakan kecil itu akan menghalang kamu daripada masuk ke syurga. Kamu semua tak nak masuk syurga ke?“ Ustaz Muhammad Al-Amin mula serius berkata-kata. Ketiga-tiga pelajar tersebut sudah merah padam mukanya menahan getar di dada. 

Wednesday 13 August 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 24








BAB 24 : Persetujuan

  S
ekujur tubuh yang sudah dimamah usia masih mampu tersenyum mesra menyambut kedatangan Danial dan Tuan Habib walaupun hanya terduduk lesu di atas sebuah kerusi roda. Danial yang tidak pernah tahu dan tidak pernah menjejak kaki di rumah ini nyata tersayat hatinya tatkala melihat sekujur tubuh itu. Walaupun begitu Danial merasakan wajahnya masih manis, tampan dan berseri-seri seperti ada ‘nur' yang terbit dari wajahnya.
            Sorry, Hassan aku datang kacau ko petang-petang ni. Ni si budak bertuah ni ajak aku datang sini jenguk ko. Aku pun dah lama tak jenguk ko jadi aku pun datang la temankan dia ni. Ko pe kabo? Sihat?“ Tuan Habib membuka bicara setelah memberi salam dan berjabat tangan dengan Tuan Hassan sebentar tadi.
            “Al…ham…du…li..llah….S…sa…pe… ni, Ha….bib….“ Lambat-lambat dan seakan sukar Tuan Hassan berbicara. Danial bertambah pilu mendengarnya.
            “Oh! ni, Danial anak Mr. Yang Han Yul dari Yang Han Properties Management Sdn. Bhd.  tu. Ingat lagi tak?“ Tuan Habib membalas. Tuan Hassan hanya menganggukkan kepalanya. Danial tersenyum memandang Tuan Hassan.
            “Ke….na….pe….. da….ta…ng?“ Tuan Hassan bertanya lagi.
            “Kami datang ni ada hajat. Aku pun ada hal nak bincang ngan ko sikit. Harap ko tak kisah.“ Tuan Hassan berkias. Belum pun sempat Tuan Habib meneruskan kata-katanya Puan Aminah datang bersama sedulang teh dan kuih karipap. Aiman yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi menyambut dulang dari tangan Puan Aminah dan meletakkannya ke atas meja kopi untuk dihidang. Semerbak ruang tamu dengan bauan teh dan karipap.
            “Jemput minum Abang Habib ngan, sape tadi? Danial ye?“ Puan Aminah menjemput.
            “Ye, makcik. Terima kasih.“ Danial membalas dengan senyuman paling manis cuba diukir. Dapat Danial perhatikan rupa Puan Aminah dengan lebih dekat. Dia mengakui wajah manis dan cantik Aathifah banyak mengikut muka Tuan Hassan dan mata kedua-dua beradik, Aathifah dan Aiman banyak mengikut mata Puan Aminah yang sedikit keperangan.
            “Terima kasih, Aminah. Aminah, apa khabar? Maaf, abang lama tak datang jenguk, banyak keje kebelakangan ni.“ Tuan Habib bersuara.
            “Tak pe la abang, Aminah ngan Abang Hassan paham. Jangan risau. Kak Khatijah dan anak-anak abang sihat?“ Puan Aminah terusan bertanya.
            “Alhamdulillah sihat. Khatijah kirim salam. Dia nak ikut tadi tapi… lain kali la saya bawa.“ Tuan Habib cuba menerangkan.
            “Tak pe Abang Habib, saya paham.“ Puan Aminah membalas dengan senyuman.
            “Macam ni la dah semua ada, saya nak bagitahu ni, budak Danial ni datang pujuk aku jual syer aku kat Dimensi tu, ko pun tahu aku memang tak nak jual hasil kita bersama tu. Tapi budak ni beria betul nak beli sebab dia kata dia nak tolong kita selamatkan Dimensi. Ko pun tahu aku dah anggap Danial ni macam anak aku. Aku mulanya tak setuju risau gak dengan cadangan dia ni, ye la aku tak nak nanti orang kata aku cuba mengambil kesempatan lak atas dia ni. Orang bukan tak kenal Danial ngan Mr. Yang tu. Tapi bila dia cakap sebenarnya dia ni dah suka kat Aathifah dan sanggup tolong Aathifah selesaikan masalah ni, aku turutkan aje la.“ Tuan Habib menjelaskan dengan panjang lebar. Semua yang ada terdiam memasang telinga. Semua mata tertumpu kepada Danial. Wajah Danial bertukar warna.
            “Ye ke? Danial suka kat Aathifah?” Puan Aminah inginkan kepastian.
            “Ye makcik.“ Danial menjawab ringkas sambil menganggukkan kepala. Aiman tersenyum geli hati melihat gelagat Danial.
            “A’ah suka sangat sampai cadang nak buat isteri, kan Abang Danial?“ Aiman mengusik.
            “Ha?! Ye ke ni? Aiman kenal ker Danial ni? Mesra jer panggil abang bagai?“ Puan Aminah menyoal Aiman.
            “Lebih dari kenal. Kite orang ni selalu gak melepak sama-sama. Ingat tak ari Aiman mengamuk ngan Kak Long tu? Abang Danial ni la mamat yang kite orang cakap tu.“ Aiman tersenggih-senggih memandang Danial. Danial dan Tuan Habib yang tidak tahu hujung pangkal cerita hanya mendengar.
            “Oh! Macam tu. Danial tak kisah ker kena tukar agama ni. Ye la nak kawen ngan orang Islam kene tukar agama dulu. Tapi kalau boleh makcik lebih suka Danial nak masuk Islam sebab memang Danial yang nak masuk Islam bukan sebab nak kawen ngan Kak Long.“ Puan Aminah tersenyum sambil memandang dalam-dalam anak mata Danial. Danial apa lagi cuba berlagak tenang padahal dalam hati dah macam tsunami. Setelah seketika Tuan Hassan mencelah mengembalikan perbincangan kepada perkara yang asal.
            “A…bis…tu….ko…ma….cam….ma….na? S…yer…ko?“ Tuan Hassan cuba bertanya ringkas.
            “Tu ko jangan risau. Tak kan la aku nak jual macam tu jer. Dia tukarkan syer kat Dimensi ngan syer Yang Properties kat aku. So Danial sambung la cakap pasal plan tu. Cete sikit kat dape ni supaya paham semuanya.“
            “Ha?! Macam ni pakcik, makcik, Aiman. Saya akan beli syer Uncle Habib kemudian saya akan hadiahkan syer tu kepada Aathifah. So nanti Aathifah dah leh take over Dimensi sebab dia dah ada empat puluh lima percent syer. Maaf kalau cara saya ni salah tapi tu jer cara yang ada. Kalau saya nak tolong bagi duit kat Aathifah mesti bulat-bulat dia tolak. Saya dah tak de cara lain nak tolong.“ Danial tenang berbicara.
            “A’ah ari tu abang ada cakap dia nak tolong bagi pinjam duit kat Aiman supaya leh bagi kat Kak Long tapi umi pun tahu kan kalau Aiman bagi duit tu kat Kak Long mesti dia syak. Mengamuk Kak Long nanti kalau dia dapat tahu sumber duit tu dari Abang Danial. Dia kan tak suka macam tu. Tak nak termakan budi.“ Aiman mencelah.
            “Betul la tu tapi umi rasa Danial tak perlu buat semua ni. Kita kan dah bincang Aiman, kalau dah tak de rezeki kita nak pertahankan syer Dimensi kita redha kan jer. Tak perlu libatkan orang luar. Abang Habib pun Aminah rasa boleh jer nak buat apa-apa kat syer abang, tak perlu nak simpan lagi rasa simpati dekat kami. Lupakan jer janji abang nak terus pegang syer Dimensi tu sebab nak tolong kami dapatkan semula Dimensi tu. Insya-Allah rezeki kami ada di tempat lain bukan di situ.“ Puan Aminah bersuara tegas.
            “Ye Aminah, abang paham. Tapi kami sekadar ingin membantu. Abang dah berjanji jadi wajib abang tunaikan. Lagipun kami ikhlas nak membantu.“ Tuan Habib mengendurkan suara.
            “Maaf Abang Habib kalau kata-kata Aminah menguris hati abang, tapi kami rasa kami tak nak perjudikan hidup Aathifah lagi. Cukup la kesengsaraan yang dia tanggung, dia dah tak punya kehidupan sendiri. Mungkin dengan cara kehilangan syer tu nanti dia dapat membina semula kehidupannya sendiri. Saya dah tak sampai hati tengok dia macam tu.“ Air mata pilu mengalir sedikit di wajah tua Puan Aminah.
            “Makcik jangan cakap macam tu, makcik. Kami ikhlas nak tolong. Sape lagi nak tolong umat Islam kalau bukan kita yang sesama Islam. Lagipun kita kenal antara satu sama lain. Saya tak kejar harta dunia makcik tapi harta akhirat yang saya harapkan. Moga dengan pertolongan saya, saya mendapat pahala dan rahmat dari-Nya buat bekalan saya di sana nanti. Duit saya boleh cari lagi tapi kawan yang macam Aathifah ngan Aiman susah saya nak cari. Kawan yang pandang saya bukan pada rupa dan harta tapi pada diri saya sendiri. Makcik tolong benarkan saya membantu ye?“ Danial cuba untuk memujuk. Semua yang ada hanya terdiam mendengar dan memandang wajah Danial.
            “Danial ni dah masuk Islam ker? Abang Habib?“ Puan Aminah keliru.
            “Ye makcik, baru lagi. Baru tiga tahun saya masuk Islam. Alhamdulillah, sejak kenal Aathifah ngan Aiman saya dapat mendalami Islam dengan lebih lagi melalui pengajaran tidak formal mereka.“ Danial memberitahu dan Tuan Habib hanya menganggukkan kepala. Perbualan mereka terganggu seketika dengan deringan telefon bimbit Aiman memecah suasana suram itu.
            “Assalamualaikum Luqman. Pe cete? Nak ajak lepak ker?“ Danial memerhatikan wajah manis Aiman yang senang menerima panggilan itu.
            “Tahu! Pasal syer tu aku dah tahu. Tuan Habib sendiri yang bagitau. Tak pe la memang hak Tuan Habib pun.“ Aiman memandang Tuan Habib sambil tersenyum. Tuan Habib membalas kemudian menyambung santapannya. Danial turut sama menjamu bila diajak sekali lagi oleh Puan Aminah.
            “La! Ye ker? Sampai keluar internet? Sape yang buat ni? Tapi Kak Long tak de pun kat umah. Kenapa lambat bagitau.“ Danial mencuri-curi mendengar perbualan Aiman.
            “Dia gi melawat kubur Abang Muaz ngan Dhiah kot. Tak pe nanti aku try call dia.“ Aiman memandang Danial pula.
            “Ko dah try tak dapat? Tak pe la aku cuba lagi. Apa-apa nanti ko bagitau aku lagi, okey. Assalammualaikum.“ Aiman mematikan panggilan tersebut. Danial dapat menangkap muka risau Aiman.
            “Kenapa Aiman? Pasal Kak Aathifah ke?“ Danial segera bertanya apabila dia dapat mendengar Aiman ada menyebut Kak Long masa bersembang tadi.
            “A’ah. Kak Long dah tahu pasal penjualan syer tu. Luqman ada tanya Kak Long ada kat rumah tak? Dia cuba hubungi Kak Long tapi tak dapat. Dia risaukan Kak Long sebab Kak Long gi lepas dengar pasal hal tu ngan perangai yang pelik.“ Soalan Aiman membuntukan Danial. Belum sempat Danial menjawab Puan Aminah mencelah.
            “Kak Long gi melawat kubur Abang Muaz ngan Mardhiah la tu. Biasanye kan macam tu kalau dia rungsing. Nanti Angah cuba la gi tengok kat sana, jangan-jangan dia tertido kat sana macam ari tu. Letih sangat sampai tertido kat kubur tu.“ Danial terkejut dengan kata-kata Puan Aminah.
            ‘Tertido kat kubur. Biar betek? Kene cepat gi tengok ni, hari dah nak malam. Karang lain lak jadinye.‘ Danial monolog sendirin melahirkan kerisauannya.
            “Abang Danial jom kita bincang seperkara kejab kat luar?“ Danial memerhatikan kerutan yang timbul di dahi Aiman bagai menanggung sesuatu perkara yang sukar.
            “Angah pe yang nak dirahsiakan tu sampai kene cakap kt luar bagai? Cakap kat sini tak boleh ke? Umi rasa kami patut tau gak hal tu.“ Puan Aminah terlebih dahulu membidas sebelum sempat Danial menjawab.
            “Ee…. Umi, Angah tak tahu sama ada patut cakap perkara ni depan abi ke tak? Abi kan tak….. tak sihat. Lagipun Tuan Habib….. ada ni.“ Aiman tersangkut-sangkut berbicara.
            “Tak pe Angah, abi kuat tuk dengar semua pasal hal anak-anaknya. Abi berhak tau walaupun abi macam ni. Tuan Habib pun dah macam keluarga kita. Banyak yang dia dah tau pun pasal keluarga kita.“ Puan Aminah beralasan.
            “Tak de sekarang ni kat youtube dah tersebar cete pasal tangkapan khalwat Abang Danial ngan Kak Long. Aiman nak tanya abang tau tak pasal hal ni?“ Aiman teragak-agak memberitahu sambil matanya dilarikan dari Danial ke bapanya.
            “Ya Allah! Macam mana boleh jadi macam ni? Bila kenenya? Malam tadi ker Angah, Danial? Kenapa Angah tak bagitau umi pun.“ Puan Aminah nyata kecewa. Tuan Habib hanya menggelengkan sedikit kepalanya. Danial yang mendengar berita terkejut itu hanya mampu mendiamkan diri dan jari-jeraminya yang runcing laju mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket seluar dan mula melayari laman sesawang yang dikatakan oleh Aiman.Terkejutnya dia bukan kepalang dengan rakaman video tersebut. Dia memang tidak perasan semalam akan adanya makhluk Allah yang sempat merakam gambar tersebut.
            “Kak Long yang tak bagi Angah bagitau mak. Katanya tak nak umi dan abi risau. Kak Long cakap bila masa yang sesuai dia akan bagitahu sendiri.“ Aiman memperlahankan suara sambil menundukkan kepalanya menghadap lantai.
            “Angah, ni bukan perkara main-main. Angah tak perlu dengar cakap Kak Long ngan perkara-perkara yang serius macam ni.“ Airmata Puan Aminah mula bergenang.
            “Danial, apa penjelasan Danial tentang hal ni?“ Tuan Habib bersuara dengan wajah yang tegang memandang Danial.
            Sorry makcik, pakcik, uncle, sebenarnya semua ni satu perangkap. Saya sudah memulakan siasatan. Tapi saya akan bertanggungjawab dengan semua perkara yang terjadi. Kalau pakcik dan makcik nak saya kawen ngan Aathifah pun saya sanggup. Saya tahu saya dah buat malu kat keluarga ni.“ Danial tenang bersuara.
            “Da…nial…. Da….nial“ Hanya itu yang terluah di bibir Tuan Habib. Semua sepi seketika yang kedengaran hanya kipas angin di siling yang berputar laju.
            “Ka….lau…..ma…..cam….tu….ka….wen…jer…. Ka….mu…pun….su…ka…kat…
Aathifah kan?“ Tuan Hassan bersuara perlahan-lahan kecuali pada nama Aathifah yang begitu mudah disebutnya. Jelas kasih sayang pada anak mengatasi segala-galanya. Semua yang ada terkejut dengan kata-kata Tuan Hassan. Puan Aminah hanya menggelengkan kepalanya sambil tersedu-sedu menangis. Yang lain hanya mendiamkan diri.
            “La…gi…pun….fa….mi….li….ka….mi….a….da….ber….hu….ta….ng...ngan….pa…pa….ka….
mu…Hu….ta….ng….la….ma…“ Danial tidak mengerti disebalik kata-kata Tuan Hassan. Puan Aminah memandang suaminya sebelum beralih kepada Tuan Habib. Danial yang memandang Aiman dan Aiman hanya menjungkitkan bahunya tanda tidak tahu-menahu perkara yang sedang diperkatakan. Danial ingin membuka bertanya tapi segera didiamkan apabila Tuan Habib terlebih dahulu bersuara.
            “Danial, uncle rase tu yang terbaik. Lagipun memang tu yang Danial harapkan, kan. Nanti uncle tolong Danial meminang Aathifah untuk kamu. Kite buat ikut adat yang betul. Boleh Aminah, Hassan?“ Tuan Habib membuka mulut bersuara setelah seketika mendiamkan diri dan menjadi pendengar sahaja.
            “Saya mengikut jer abang. Mana yang baik. Lagipun Abang Hassan dah setuju.“ Puan Aminah menjawab setelah sedunya semakin reda. Danial dapat melihat senyuman manis Aiman. Dia membalas senyuman itu dengan sedikit kelat kerana dia tahu perkara ini mungkin tidak akan disukai oleh Aathifah.
            “Maafkan saya kalau kurang ajar tapi saya rase kita patut tanya Aathifah dulu. Saya tak mahu dia anggap saya memaksa pula. Lagipun dia mungkin tak setuju dengan cara ni.“ Danial meluahkan juga pendapatnya.
            “Tak pe itu abang jangan risau, pandai la kami uruskan. Kak Long nampak jer macam tu tapi dia sebenarnya seorang anak yang baik dan lemah-lembut. Mudah dengar kata umi dan abi. Dia tak kan membantah perkara yang melibatkan maruah kelaurga ni.“ Aiman segera membalas, seperti tahu soalan itu yang akan dikemukakan oleh Danial. Semua yang ada menganggukkan kepala tanda setuju. Danial tidak dapat berkata apa-apa lagi bila semua seperti telah bersetuju dengan kata-kata Aiman tadi. Dalam keraguan itu terselit hati yang berbunga bagai taman yang dipenuhi bunga-bunga cinta yang mekar dan berbau harum.