Inikah Ia?
J
|
amilah dan Umairah
saling berpandangan. Terkejut bila memikirkan perkara itu.Mereka mula
memikirkan perkara yang boleh membuatkan Saifuddin mengetahui keadaan Umairah
biarpun menurut kata Umairah mereka tidak pernah bersua sejak dia menjalankan
misi tersebut.
“Abis tu ko rasa
macam mana dia tahu keadaan aku agaknya ye?“ Umairah memberanikan diri bertanya
soalan yang akan menjeratkan dirinya sendiri.Jamilah tersenyum penuh makna
mendengar kata-kata Umairah itu.
“Entah la.Tapi yang
aku tahu. Kalau kita dah syokkan seseorang tu kita akan berusaha buat apa
sahaja untuk mengetahuinya. Betul tak?“Umairah hanya tersenyum sumbing
mendengar kata-kata Jamilah.
“Kalau ko nak, aku
boleh tanya sendiri ngan Abang Din, macam mana dia tahu keadaan ko. Nak ker?“Jamilah
menyambung kata-katanya dengan tangan sedia memegang telefon bimbitnya.Sedia
untuk menghubungi Saifuddin.
“Eh! Tak pe la.Nanti
dia fikir pe pulak.Biar jer la.”Umairah bersuara lemah.
“Haa! Tak pun dia
sekodeng ko. Ko jer tak perasankan dia kot. Cuba ko ingat lik, ada tak ko
ternampak kereta dia kat mana-mana sepanjang perjalanan ko gi dan lik dari
rumahnya? Tak pun masa ko gi mana-mana ada tak ko perasan ada orang usha baik
punya kat ko dari jauh?“ Jamilah cuba membuka mata hati Umairah.
“Emm… Aku rasa macam
tak de la.Kalau masa gi atau lik kerja, aku rasa memang tak de sesiapa yang
parking kereta dekat rumah auntie
atau kat rumah aku. Kalau pasal usha tu lak… emmm…. Haa! Baru aku teringat.
Ingat tak masa kita gi Popular hari tu, aku ada rasa macam ada orang follow kita. Aku rasa macam nampak
kelibat orang sampai la kita bertembung ngan Nizam and the gang tu.“Umairah kembali semangat bersuara.
“Ye ker?Itu macam
kerja stalkerjer. Tak kan la Abang
Din nak buat semua tu. Abang Din yang aku kenal bukan orang yang macam tu. Tapi
kemungkinan tu ada. Tapi kalau setakat sekali
tu jer, tak kan selalu Abang Din tahu keadaan ko macam hari-hari jumpa.“
Jamilah masih lagi ragu.
“Eemmm….. Ada juga
masa aku shopping barang keperluan
dan masa bertembung dengan Syawal, aku ada rasa macam ada orang follow aku tapi setakat ni tak de yang
pasti. Semuanya macam bayang-bayang jer.“ Umairah cuba meyakinkan dirinya
sendiri yang goyah itu. Takut dengan kemungkinan orang yang disangkakan itu
benar-benar adalah Saifuddin.
“Kenapa ko tak
bagitahu kat aku? Aku rasa ko kena lebih hati-hati sekarang ni. Bukan pe aku
risau, kalau betul Abang Din tak pe la sebab aku yakin dia tak kan buat yang
bukan-bukan kat ko. Yang aku risau kalau orang tu bukannya abang Din, kot
memang ada orang yang follow ko sebab
dengan ada niat yang lain pulak.“Jamilah mula kerisauan. Tiba-tiba Umairah
teringat akan peristiwa kereta uminya yang kerosakan.
“Ada satu masa tu,
kereta umi aku rosak kat tengah jalan nak gi rumah Auntie Niza, tiba-tiba aje masa tu ada mekanik datang tolong. Dia
ada bagitahu aku ada orang yang call
dia minta dia datang tolong aku. Masa tu dia tak bagitahu aku nama orang yang call dia tapi yang dia cakap orang tu
pelanggan tetap dia. Tu pun aku tahu sebab masa aku nak bayar, mekanik tu cakap
orang tu dah pesan yang dia akan tolong jelaskan upah tu untuk aku.“ Umairah
cuba menerangkan selengkapnya kepada Jamilah.
“Abis tu ko tak cuba
tanya sungguh-sungguh ker ngan mekanik tu?“Jamilah inginkan kepastian.
“Masa tu aku dah
lambat nak gi rumah auntie tu yang
aku buat tak kisah jer. Aku pun silap tak minta nombor phone mamat tu kat mekanik tu. Atleast
leh gak aku ucapkan terima kasih kan. Kelam-kabut pagi tu.“Umairah menyatakan kekesalannya.
“Mamat?So, ko yakin la orang tu lelaki bukan
perempuan?“Jamilah serius bertanya.
“Mekanik tu la yang
cakap mamat. Tapi aku tak pastilah sama ada orang yang follow aku dengan orang yang tolong aku tu orang yang sama, cuma
kalau dia bukan orang yang sama tak kan dua-dua pun macam tak nak aku tahu
siapa dia. Macam nak sembunyikan identiti dia jer.“Umairah memberikan
pendapatnya.
“Masuk akal gak.
Mana ada orang yang nak tolong kita main call
sendiri mekanik sampai sanggup tolong bayarkan melainkan dia kenal atau minat
kat kita kan? Aku rasa ko kena ambil kisah gak pasal hal ni. Mana nak tau kot
mamat psycho mana entah yang ada
maksud lain ngan ko. Yang lagi teruk kalau minah psycho, ye la kot ada mana-mana minah yang jealous ngan ko ker, kan. Alah yang macam selalu terjadi dalam
novel tak pun drama tv tu.“Jamilah masih risau.Umairah hanya diam membisu
mendengar pandangan Jamilah.
“Haa…. Tadi ko kata
ko ada jumpa Syawal kan? Dia tu kerja Inspektor kan? Pe kata ko tanya pandangan
dia. Nanti kita set time jumpa dia.
Dia mesti pakar hal-hal macam ni. Ko ada contact
number dia kan?“Jamilah ceria memberitahu buah fikirannya.
“Emmm… Mila, aku
rasa tak perlu la kot kita nak siasat perkara ni. Mungkin perasaan aku jer.
Lagipun aku tak nak menyusahkan Syawal.“Umairah bersuara dengan seribu
kekusutan.
“Tak nak menyusahkan
ke tak nak jumpa dah?Ko masih fikirkan perkara yang dulu ker? Korang bertemu
semula setelah begitu lama tidak bersua, aku rasa korang ni berjodoh. Ko tak
nak cuba sambung kembali hubungan korang ker?“Jamilah tersenyum mengusik.
“Orang tengah kusut
fikir hal stalker ni dia boleh fikir
pasal hal tu lak.Dah la tu gi la balik. Dah malam sangat dah ni. Nanti bising
umi aku tengok kita tak masuk-masuk lagi. Assalammualaikum.“Umairah sengaja
buat-buat marah untuk melarikan diri daripada menjawab pertanyaan Jamilah.Dia
kemudian segera bangun.
“Waalaikummussalam.
Jom tidur kat bilik aku la malam ni. Boleh kita sambung bincang pasal hal ni.
Tak best la sekerat jalan macam
ni.“Jamilah memberikan cadangan nakalnya.
“Dah tak payah. Esok
ko kerja. Aku pun nak gi jalankan misi aku. Esok ngantuk lak, ganggu
konsentrasi konak memasak. Dah, dah gi balik.“Umairah menolak tubuh kurus
Jamilah dengan lembut.
“Okey, bye sayang.
Jangan mimpikan I tapi mimpikan
jejaka-jejaka tampan yang cuba mengorat ko tu. Syawal, Din, Haq, Nizam dan
Rayyan, okey.“Jamilah menaikkan ibu jarinya sambil tersenyum mengusik.
“Amboi!Macam ye, ye
jer dape tu nak ngorat aku.Jangan suka serkap jarang, sangka yang bukan-bukan.
Okey bye.“ Umairah melambaikan tangannya kepada Jamilah sambil tersenyum
mengusik seakan-akan mereka akan berpisah lama.
**********************************************
Saifuddin kegelisahan setelah menerima pesanan ringkas
daripada Umairah usai dia menunaikan solat subuh pagi itu.Dia tidak menyangka
misi yang telah diberikan kapada Umairah sudah berjaya diselesai olehnya.
‘Cepat betul Umairah
itu dapat melaksanakan misinya.Baru nak masuk dua bulan.Patutkah aku balas smsnya
ataupun aku patut call?Macam mana nak
bincang selanjutnya kalau tak boleh nak jumpa? Tapi aku dah janji tak kan
muncul depan dia lagi. Lagipun aku kena bincang perkara ni dengan mama dan
abang dulu. Aduh! Pening fikir semua ni.‘Saifuddin monolog sendirian.Namun dia mengambil
keputusan untuk hanya membalas pesanan ringkas Umairah daripada terus
menelefonnya.
Wasalam.Sy akn bincang ngan mama n abg.
tp
bt ms ni awk kerja smp hjg bln ni spy senang
nk
kira upahnya ye. Thanks, nti sy inform awk lg.
“Beep…beep…..“ Bunyi
pesanan ringkas masuk mematikan langkahnya untuk bersiap pagi itu.Segera
pesanan itu dibaca apabila mendapati pesanan itu daripada Umairah.
Ok thanks. Klu blh pg ni sy nk minta off sbb
ada hal skit. Tp klu xblh sy msk tghr
nti, blh?
Please….
‘Aikh! Pe sal minah
ni merayu bagai ni? Ada aku kata aku tak bagi dia cuti ker sepanjang dia
jalankan misi dia? Rasanya tak de pun aku cakap macam tu. Syok gak baca dia
tulis manja macam ni.‘Saifuddin tersenyum sendiri dengan kata-kata hatinya
itu.Dia membalas pesanan Umairah dan kemudian pesanannya berbalas juga.
Ok. Awk leh off hr ni. Take care. Salam.
Thanks.Take care too.Wsalam.
Pagi itu Saifuddin
tidak jadi keluar awal untuk ke hotel.Dia ingin mengambil peluang itu untuk
membincangkan hal berkenaan permintaan Umairah dengan mama dan abangnya.Dalam
pada itu, dia mencongak-congak tindakan yang difikirkan wajar diambil bagi
keselesaannya serta keselesaan Umairah, yang paling utama.
“Kalau aku ambil dia
kerja kat hotel lepas ni, nanti kot aku akan selalu terserempak ngan dia. Kalau
tak terserempak pun, aku akan buat inspection
sekali sekala kat bahagian dapur tu. Tak kenanti terjumpa gak. Tapi kalau aku
anto dia kerja kat restoran, apa alasan yang aku nak bagi dia lak? Nanti apa
kata Abang Haq ngan Mila lak? Mesti dape pelik Umairah minta kerja kat hotel
tapi dapat kerja kat restoran aku lak. Abuh! Sakitnya kepala fikir.“Saifuddin
memicit sedikit dahinya, konon bagi melegakan denyutan itu.
“Baik aku tanya mama
ngan abang dulu. Mana nak tau abang masih nak Umairah tolong dia. Ye la,
mungkin abang rasa dia masih belum yakin dapat lakukan semuanya sendiri tanpa
mengawasan daripada Umairah.Kalau abang minta macam tu, mungkin aku tak payah
pening-pening nak fikir pasal nak tempatkan dia kat mana nanti. Okey, great!“ Saifuddin kembali bangun daripada
pembaringannya di atas katil dan mula bersiap-siap untuk bekerja pagi itu.
**************************************
“Abang Haq
macam mana? Boleh ker Umairah nak mengundurkan diri ni? Kalau abang rasa masih
belum cukup bersedia, nanti Din akan bagitahu dia. Mungkin minta dia tunggu
lagi sebulan macam tu.“ Saifuddin mula bertanyakan berkenaan Umairah kepada
Saiful Haq.Semua yang ada pagi itu hanya memerhatikan wajah Saiful Haq yang
nyata terkejut dengan perkhabaran yang baru disampaikan oleh Saifuddin.
“Mama rasa kita kena fikirkan
kepentingan Umairah sama dalam hal ni. Ye la, dia ada hak untuk mengundurkan
diri sebabnya kita dah berjanji dengan dia yang kita hanya meminta dia tolong
kamu sementara saja. Haq cubalah fikirkan hal ni dulu. Lagipun ada masa lagi
seminggu kan sebelum cukup dua bulan dia bantu kamu. Nanti bila dah nak dekat kamu
bagitahu la keputusan kamu.“ Mama yang seperti mengerti akan perasaan Saiful
Haq yang berat untuk membuat keputusan akhirnya memberitahu buah fikirannya.
“Din, abang akan fikirkan hal ni dulu
ya. Nanti Umairah datang abang akan bagitahu dia hal ni.“Saiful Haq menjawab
sayu.
“Ha! Mama, abang, pagi ni Umairah tak
datang tau. Dia kata ada hal sikit yang nak diuruskan. Jadi Din dah bagi dia cuti
hari ni.“Saifuddin tenang memberitahu sedangkan hatinya lirih melihat kesayuan
wajah abangnya itu.Dia segera menghabiskan air kopinya pagi itu sebelum kembali
berbicara.
“Mama, papa. Din gi dulu.
Assalammualaikum.“Saifuddin segera bersalaman dengan Rafieq, Haniza dan Saiful
Haq.Haniza memandang dalam wajah Saifuddin sambil memberikannya senyuman
kambing.Haniza memerhatikan sahaja Saifuddin berlalu pergi dengan fikiran yang
sarat dengan masalah anak-anaknya.Walaupun tidak seteruk mana, namun masalah
itu masih perlu difikirkan dan diselesaikan sebaik mungkin supaya hati
anak-anaknya terjaga.
“Kak Mah pukul berapa tukung urut tu
nak datang hari ni?“Haniza memecahkan kesunyian seketika mereka pagi itu.
“Kejap lagi datang la tu. Dia cakap
semalam nak datang kul lapan pagi. Kenapa Niza?“Mak Mah kehairanan.
“Tak de apa la, Kak Mah. Saya ingat
hari ni saya tak gi restoran, nak temankan Haq. Lagipun dah lama saya tak
tolong Kak Mah memasak. Rindu lak nak bergurau senda ngan Kak Mah kat dapur tu.“Haniza
ketawa kecil.
“Nak bergurau tu tak pe.Jangan sampai
terbakar dapur sudah. Dapur terbakar tak pe yang saya risau nyawa yang
melayang.“Rafieq mengingatkan Haniza.
“Bukan abang lagi suka ker? Boleh
kahwin lain.“Haniza bergurau dengan suaminya.
“Kalau ada yang nak dengan saya yang
dah tua ni, pe salahnya. Awak pun untung dapat emas. Payung emas!“Rafieq
tersenyum lebar.
“Amboi! Ada hati.“Haniza mencubit
mesra lengan suaminya.Semua yang ada ketawa kecil dengan telatah pasangan
tersebut.Saiful Haq pula hanya tersenyum raja.Dia memaksa dirinya menjamah
sarapannya pagi itu kerana tidak mahu papa dan mamanya risau.
‘Kenapalah cepat sangat masa
berlalu.Rasa macam baru beberapa hari kita bersama. Masih banyak lagi yang aku
tak tahu pasal diri ko. Apa yang harus aku buat supaya ko akan sentiasa ada
disisi aku? Kalau aku buat-buat sakit nanti kalau ko tahu aku risau ko akan
terus membenci aku. Abis tu apa harus aku buat?‘Saiful Haq bermonoloq
sendirian. Cuba memikirkan cara untuk masih dekat dengan Umairah.
****************************************
Udara nyaman
di tepi tasik itu tidak dapat menenangkan hatinya yang berlagu sedih dan angin
sepoi-sepoi bahasa yang bertiup tidak
mampu mengeringkan titisan air matanya yang masih menitis. Setelah menerima
keputusan daripada pihak hospital, dia tidak mampu untuk melarikan hatinya
daripada berasa sedih dan pilu.Mujur juga umi tidak dapat menemaninya pagi itu
kerana uminya terpaksa pergi ke sekolah adik-adiknya untuk mengambil kad
laporan ujian persekolahan. Air mata yang ditahan sejak di hospital akhirnya
terhambur keluar juga sebaik sahaja kakinya menjejaki tasik yang terletak di
taman itu.
Dia
tahu dia tidak harus bersedih dengan ujian Allah ke atasnya tetapi dia hanyalah
hamba-Nya yang kerdil, yang tidak kuat untuk menegakkan rahsia disebalik ujian
yang ditimpa kepadanya. Bersungguh-sungguh dia mengingatkan dirinya akan
penyakit yang diberikan oleh Allah kepadanya adalah untuk menghapuskan
dosa-dosanya. Namun dia hanya manusia yang lemah dan kalah dengan perasaan
hatiya sendiri.
Air
mata berkali-kali di sapu dengan hujung jari-jemarinya yang mulus. Namun masih
tiada tanda-tanda ianya akan kering dalam masa terdekat itu. Dia hanya mampu
membiarkan dirinya hanyut sebentar dengan perasaan sayu dan sedihnya itu.Dalam
hati tidak putus-putus beristighfar supaya dia tidak terus hanyut dengan
hasutan syaitan dan mengambil tindakan yang tidak wajar. Dia tahu dalam
keadaannya yang begitu, syaitan akan sentiasa mendekatinya dan cuba untuk
mengodanya supaya melupakan-Nya dan mengambil jalan yang serong.
Mata
Umairah masih tenang memandang tasik yang berada dihadapannya.Lalu dia
teringatkan kata-kata pujangga Islam yang pernah dibacanya.Ayat yang selalu
ditanam dalam dirinya setiap kali dia diuji oleh-Nya.Ayat yang menginsafkannya
dan memberinya semangat untuk menghadapi segala ujian Allah dengan redha.
Jika
kecewa itu racun yang melumpuhkan,
alihkan pandanganmu ke arah
sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalang kerana Allah
tahu akan kemampuan diri-Mu melebihi kamu tahu dirimu.
Jika sakit
itu senjata yang membunuh, alihkan pandanganmu ke arah langit, sedarlah dan
sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersamamu kerana Allah ingin menghapuskan
dosa-dosamu.
Dan
gembira itu manisan yang mengancam kerana Allah hanya meminjamkannya kepada
kita dengan rahsia kehidupan yang hanya diketahui-Nya seperti laut yang airnya
cantik membiru dan penuh ketenangan namun penuh rahsia di dalamnya.
Tanpa dia sedari air matanya berhenti mengalir dan kembali
tenang bersama kenyataan yang harus dihadapinya sebagai insan yang bernama
hamba Allah.Setelah hampir sejam dia duduk bersendirian di tanam itu, dia mula
bergerak meninggalkan tempat itu bersama meninggalkan tangisannya tadi hanya
sekadar di situ.Dia sudah berjanji tidak mahu membawa tangisan dan perasaan
sedihnya itu pulang ke rumah. Dia perlu tabah supaya umi dan abinya tidak
berada dalam kerisauan akan kenyataan perit yang akan disampaikannya nanti.
****************************************
Kini dia berteleku, bersujud pada-Nya dan
meluahkan segala yang terbuku dihatinya kepada yang berhak untuk dia mengadu,
kepada Yang Maha Esa lagi Maha Mengetahui apa sahaja yang terbaik buat
hamba-hamba-Nya itu.Tidak lupa dia memohon kemaafan di atas ketelanjurannya
tadi.
“Astaghfirullahhalazim.Maafkan aku Ya Allah.Aku hanya manusia biasa
yang tidak bisa menahan diriku daripada merasa sedih dengan ujian yang kau
timpa ke atas aku.Aku tahu sekurang-kurangnya Engkau masih memberikan aku nyawa
untuk terus beribadat walaupun aku terpaksa hilang nikmatmu yang satu
itu.Alhamdulillah Ya Allah. Aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah
Engkau berikan kepadaku selama ini dan masa-masa akan datang. Aku juga
bersyukur kerana Engkau berikan aku jalan untuk meyelesaikan dan penyembuhan penyakitku
ini.Aku redha dengan perangcangan-Mu yang mana Engkau lebih Mengetahui rahsia
di sebaliknya. Aku akan menunggu dengan sabar akan rahsia-Mu itu.“Air mata
setia menemaninya di kala dia berhadapan dengan Yang Maha Kuasa.
Walaupun
hatinya masih hiba, namun ketenangan sudah menguasai dirinya kini.Dia lebih
redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha
Mengetahui.Kata-kata semangat daripada umi dan abi sebentar tadi jauh mengikat
dirinya untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang bakal dilaluinya dengan lebih
tabah.Kecekalan hati yang ditunjukkan oleh umi dan abinya masih tidak mampu
menipu dirinya daripada membaca perasaan sedih mereka mengetahui keputusan
pemeriksaan doktor itu.Baru dia ingin mencapai kitab suci Al-Quran, dia
menerima pesanan ringkas; LINE dan dia segera membaca pesanan daripada Jamilah
tersebut sebelum ingin kambali membaca Al-Quran.
Salam. Ko betul ke xnk minta tlg Syawal?
Aku
xsabar nk tahu siapa stalker tu.
“Dia yang lebih semangat nak tahu
dari aku lak. Mila, Mila. Mungkin kalau ko dah ke Jepun aku akan merindui nak
hubungan kita ni.“ Umairah hiba lalu jarinya segera menyapu setitis air mata
yang mengalir tiba-tiba itu.
“Come on Umairah. Stop it. This is not the end of your world. You should
glad that you still live in this world. Can still be together with everyone
that you love.“Umairah
ketawa sinis pada dirinya sendiri.Dia kembali membalas pesanan Jamilah itu.
Wasalam.Ye, muktamat xnk minta tlg.
Anggap
jer aku ni perasan lebih jer.
Alah
aku xcited nk jumpa mahluk kacak
ciptaan
Allah, Syawal… klu mcm tu kt jer la kluar
Jamilah teruja. Umairah hanya
tersenyum kelat membaca bait-bait kata-kata Jamilah. Jari-jemarinya pantas
membalas pesanan LINE tersebut.
Aku set jer tp nk ke mn kali ni?
Mcm
biasa Aeon.
Seketika
Jamilah membalas beserta stikers yang menunjukkan gambar keriangan
membeli-belah yang terdapat pada laman chat LINE tersebut. Umairah tersenyum
melihatnya namun dia diulit sedikit gelisah bila mana memikirkan Jamilah.Dia
tidak tahu bagaimana caranya dia ingin memberitahu perkhabaran sedih itu
kepadanya.Dia tahu hati sahabatnya itu lembut, terlalu lembut. Namun sekiranya
didiamkan dia khuatir akan menjejaskan perhubungannya atau Jamilah terasa hati
dia dipinggirkan sedangkan mereka tidak pernah berahsia antara satu sama lain.
Sebaik mereka
memasuki bangunan Aeon Sri Manjung tersebut, Jamilah bersuara sambil membuat
muka manjanya.
"Umairah, aku nak ke tandas
kejap. Terasa nak buang yang kecil pulak. Ko tunggu kat sini kejap ye."
"Ya Allah. Baru jer masuk dah
nak melawat tempat tu. Ada-ada jer la ko
ni Mila. Lain kali sebelum keluar, melawat bank kat bilik ko tu dulu. Tak kan
nak jimat air kat umah ko kot?" Umairah cuba mengusik sahabatnya itu
sambil melemparkan senyuman yang paling manis.
"Banyak la ko punya jimat. Dah
ko tunggu aku kat sini diam-diam." Jamilah sempat membalas sebelum segera
berlalu pergi.
Umairah turut melangkah ke arah bangku yang terdapat tidak jauh
daripadanya. Matanya mula memerhatikan gelagat orang ramai yang turut
mengunjungi kempleks membeli-belah tersebut. Tiba-tiba pandangan matanya
terlihat kelibat seorang jejaka yang amat dikenalinya. Umairah tergamam
seketika. Saifuddin kacak berbaju kemeja berwarna merah gelap yang dilipat tiga, empat inci lengan bajunya dan berseluar
denim warna hitam. Penampilan Saifuddin itu benar-benar menarik minat wanitanya.
Tanpa
Umairah sedari, dia sudah bangun daripada bangku yang didudukinya dan melangkah
ke arah belakang tangga bergerak yang terdapat berhampirannya itu.
'Astagfirullah halazim. Apa yang kamu
fikir ni, Umairah? Apa yang kamu buat ni? Kenapa kamu nak bersembunyi bagai ni?
Kamu cuba melarikan diri daripadanya ker?' Umairah monolog sendirian apabila
menyedari ketelanjuran dirinya berbuat demikian.
Umairah
segera meletakkan tangannya pada dadanya yang berombak kencang itu. Cuba untuk
mententeramkan hatinya yang bergelora akibat pandangan mata yang sepatutnya
dijaga. Dia selalu terleka dengan pesanan Ustazah Salmah yang sering kali
mengingatkan anak-nak buah usrahnya akan pentingnya menjaga pandangan mata dan
kini akibat panahan matanya itu terpahat di hatinya itu. Umairah beristighfar
berkali-kali bagi menenangkan hatinya.
Umairah
yang tenggelam dalam usahanya menenteramkan dirinya tiba-tiba dikejutkan dengan
sentuhan tangan sasa pada bahunya dari arah belakang. Sekilas Umairah memandang
jari-jemarinya yang terdapat pada bahunya itu. Tangan sasa itu menambahkan
gelora di hatinya dan segera berpaling untuk melihat gerangan yang berani
menyentuh bahunya itu. Umairah nyata terkejut!
No comments:
Post a Comment