Terkenang
U
|
mairah segera meletakkan tangannya pada
dadanya yang berombak kencang itu. Cuba untuk mententeramkan hatinya yang
bergelora akibat pandangan mata yang sepatutnya dijaga. Dia selalu terleka
dengan pesanan Ustazah Salmah yang sering kali mengingatkan anak-nak buah
usrahnya akan pentingnya menjaga pandangan mata dan kini akibat panahan matanya
itu terpahat di hatinya itu. Umairah beristighfar berkali-kali bagi menenangkan
hatinya.
Umairah
yang tenggelam dalam usahanya menenteramkan dirinya tiba-tiba dikejutkan dengan
sentuhan tangan sasa pada bahunya dari arah belakangnya. Sekilas Umairah
memandang jari-jemarinya yang terdapat pada bahunya itu. Tangan sasa itu
menambahkan gelora di hatinya dan segera berpaling untuk melihat gerangan yang
berani menyentuh bahunya itu. Umairah nyata terkejut apabila mendapati Syawal
yang berada dibelakangnya dengan berbaju merah dan berseluar denim hitam.
"Eh! Kenapa ni Umairah? Muka
pucat jer ni? Saya takutkan awak ker? Sorry,
kalau awak terkejut sebab saya sentuh bahu awak. Saya panggil awak banyak
kali tadi tapi awak tak sahut, tu yang asaya sentuh bahu awak." Syawal
bertanya dengan nada sedikit bimbang.
"Astaghfirulah halazim. Maaf
Syawal. Terkejut juga saya tadi, tetiba jer orang sentuh bahu saya. Maaf tak
dengar awak panggil tadi." Umairah sedikit kelegaan bila mana mendapati
bukan Saifuddin yang menyentuhnya tadi.
"Awak sorok daripada sape ni?
Sorok daripada saya ker?" Syawal cuba menduga.
"Sorok? Pe maksud awak?"
Umairah yang tidak mampu berbohong cuba bertanya daripada menjawab.
"Ye la, dok berdiri kat sini
sambil kepala terhendap memandang balik sana. Bila saya sentuh pula terkejut
semacam jer." Syawal tersenyum kecil dengan gelagat Umairah.
"La… kat sini rupanya ko. Aku ingat
kat mana tadi. Syawal pe yang ko cuba nak buat dengan Umairah kat belakang ni?
Perjumpaan rahsia supaya tak tertangkap dengan aku ker?" Jamilah yang
tiba-tiba muncul, bersuara sambil mengangkat keningnya mengusik. Buat sekali
lagi Umairah terselamat daripada menjawab soalan Syawal.
"Tak de maknanya perjumpaan
rahsia. Kami terserempak jer, kan Syawal?" Umairah segera menyangkal.
Syawal dan Jamilah tersenyum kambing mendengar sangkalan tersebut.
"A'ah. Terserempak jer tadi.
Saya nampak Umairah, tu yang datang tegur. Tapi dia tak dengar panggilan saya
yang berkali-kali tu. Entah dia menyorok daripada sape, saya pun tak
tahu?" Syawal tersenyum sinis.
"Betul ker, Umairah? Stalker tu ker? Ko nampak mukanya
tak?" Jamilah yang kerisauan pantas bertanya dan mula menghampiri Umairah
dan memegang lengannya. Umairah yang terkejut dengan kata-kata Jamilah tentang
perkara itu depan Syawal hanya mampu mempamerkan wajah tidak puas hatinya.
"Stalker? Awak cakap stalker Mila.
Betul ker ni, Umairah? Ada orang mengintip awak ker?" Syawal yang terkejut
dengan kata-kata Jamilah sebentar tadi bertanya, inginkan kepastian. Jamilah
mula menyedari ketelanjurannya. Dia pula membuat muka memohon maaf kepada
Umairah sambil dia terus mendiamkan dirinya.
"Sape la yang nak intip saya ni.
Saya bukannya artis atau usahawan berjaya. Jutawan jauh sekali sampai ada orang
nak mengintip. Mila ni yang terlebih-lebih tentang hal tu. Awak bukan tak kenal
dengan sikap Mila ni. So, awak buat
apa kat ni?" Umairah segera menukar topik perbualan.
"Saya cadang nak tengok Tranformers
dengan kawan saya tu. Korang pulak?" Syawal menjawab sambil menunjukkan
kawannya yang sedang duduk di bangku sambil melayan telefon bimbitnya.
"Kebetulan, kami pun sama.
Alang-alang awak nak tengok gak, pe kata awak belanja kita orang sama.
Boleh?" Jamilah kembali bersuara dan tanpa segan-silunya meminta Syawal
membelanja mereka menonton wayang.
"Ishh! Ko ni, Mila. Tak pe,
Syawal. Mila ni mengusik jer." Umairah pula menyampuk.
"Tak pe la Umairah. Biar saya
belanja korang jer kali ni. Dah lama juga saya tak belanja korang. Jom la, kita
naik. Tengok kul berapa yang ada." Syawal senang dengan permintaan
main-main Jamilah tadi.
"Tak pe la, Syawal. Mesti kawan
awak tak selesa kami join sama nanti." Umairah cuba mencari alasan.
"Betul ker ni, Syawal? Saya
main-main jer tadi." Jamilah bersuara.
"Betul la. Kawan saya tak kisah.
Dia pun masih single and available,
jadi tiada yang nak jealous. Mila bukan
tak tahu, bukan senang saya dapat jumpa Umairah. Dapat peluang macam ni, saya
tak kan menolak." Syawal tersenyum riang. Jamilah yang tersedar dengan keberatan
Umairah menerima pelawaan Syawal tadi segera memandang Umairah.
"Jom." Syawal sudah
melangkah menghampiri kawannya. Pastinya ingin memberitahu perkembangan terkini
tersebut dan mengajaknya bergerak ke tingkat atas. Umairah dan Jamilah yang tidak
mampu menolak akhirnya turut sama mengikut langkah Syawal.
"Sorry, Umairah. Aku terlupa yang ko cuba nak jauhkan diri
daripadanya." Jamilah bersuara perlahan kepada Umairah. Mujur sahaja
mereka berada beberapa langkah di belakang Syawal.
"Nak buat macam mana. Benda dah
jadi." Umairah ringkas membalas.
"Maaf, Umairah. Aku pun tak tahu
kenapa dengan aku hari ni. Asyik salah cakap jer. Tadi pasal stalker, sekarang pasal belanja pulak."
Jamilah masih cuba meminta maaf.
"Tak pe la, Mila. Bukan salah ko
pun. Dah memang takdir kita akan bertembung dengan Syawal kot." Umairah
tersenyum tawar.
"Korang, kenalkan ni Mikail.
Mikail, ni Jamilah dan ni Umairah. Mereka ni kawan U aku dulu." Syawal
menerangkan.
"Hai!" Mikail tersenyum.
Umairah dan Jamilah hanya menganggukkan kepala kepadanya.
"Mikail ni pemalu sikit dengan
pempuan. Harap korang tak ambil hati." Syawal memberitahu perihal Mikail.
Mikail mula tersenyum malu. Mereka kemudian mengekori Syawal dan Mikail menaiki
tangga bergerak menuju ke tingkat atas.
Umairah
yang terkenangkan Saifuddin setelah Jamilah mengungkit berkenaan pengintip tadi
mula mencari-cari kelibat jejaka itu untuk memastikan apa yang dilihatnya tadi.
'Betul ker yang aku nampak tadi tu
Saifuddin ke Syawal sebenarnya. Warna baju dan seluar mereka pun hampir sama.
Ko ni berangan ye, Umairah. Syawal ko ingatkan Saifuddin.' Umairah berkata-kata
dengan hatinya sendiri.
*******************************************
“Aku dah buat
keputusan, lepas ni kita bagi Umairah kerja kat hotel. Bagi dia kerja yang dia
minta dulu. Then aku pun akan masuk sama kerja kat hotel tu. Aku akan cuba buat
kerja dengan keadaan aku yang serba kurang ni.“ Saiful Haq memberitahu
Saifuddin semasa mereka berehat di tanam mini malam itu.
“Haah!“ Saifuddin nyata terkedu
dengan pernyataan yang disampaikan oleh Saiful Haq.
“Bagus la kalau macam tu. Boleh la
aku lik restoran aku. Aku pun dah rindu sangat nak kerja dan memasak kat
restoran aku tu. Kiranya ko nak mula awal bulan depan la kan?“ Saifuddin
meneruskan perbualannya biarpun hati sedikit terusik.
“Ko nak gi lik restoran nak buat apa?
Abis tu hotel sape yang nak uruskan. Maksud aku, ko still CEO, aku cuma akan tolong
ko sikit-sikit dulu supaya aku mahir bekerja dalam keadaan aku yang macam ni.
Kalau ko serahkan semuanya balik kat aku, aku risau aku tak mampu nak buat. Aku
risau aku tak kuat, tambahan lagi pandangan serong orang kat aku. Jadi aku
perlukan masa dan sokongan daripada ko supaya semua ni aku dapat terima dengan
hati yang terbuka.“ Saiful Haq berkata sayu sambil melemparkan pandangannya
jauh ke kolam ikan koi.
“Insya-Allah, aku yakin ko boleh
buat. Abang aku ni kan kuat dan kental sekarang ni. Pedulikan kata-kata orang
yang selalu ingin melihat kita jatuh tersungkur sebab itu akan memeberi peluang
kepada mereka memiliki apa yang ko ada sekarang. Buktikan kepada semua orang,
orang yang macam ko pun boleh Berjaya menjadi CEO yang cemerlang sepertimana ko
yang sebelumnya. Ko kan CEO terbaik.“ saifuddin menepuk-nepuk lembut bahu
Saiful Haq.
“Thanks,
bro. So nanti ko bagitahu la Umairah pasal hal tu. Tadi aku tanya dia cakap
semua tu letak atas keputusan ko. Mungkin dia lebih lega kalau kata putus ni
keluar daripada mulut ko daripada aku. Dia menunggu kata putus ko tu.“ Saiful
Haq tersenyum mengenangkan Umairah.
“Nanti aku bagitahu dia. Aku masuk ke
dalam dulu la. Ada kerja nak buat sikit.“ Saifuddin terus melangkah masuk rumah
tanpa menunggu kata-kata Saiful Haq. Saiful Haq masih lagi tersenyum
membayangkan perbualannya dengan Umairah petang tadi.
“Lepas ni, lepas awak berhenti tolong
saya, awak akan kerja kat hotel kan? Awak tak kan kerja kat tempat lain kan?“
Saiful Haq inginkan kepastian daripada Umairah.
“Saya pun tak tahu nak bagi jawapan
apa. Semua ni rancangan Encik Saifuddin. Awak kena tanya dia la. Tapi kalau
ikut kata dia ari tu dia akan bagi saya kerja kat hotel lepas saya tolong awak.
Tapi tu masa dulu la.Kot dia dah ubah fikiran pula saya tak tahu la.“ Umairah
tersenyum sedikit memandang Saiful Haq.
“Kalau dia dah cakap macam tu bagus
la. Tapi bila dia dah bagi awak kerja kat sana awak jangan menolak lak.“ Saiful
Haq cuba meningatkan.
"Insya-Allah, kalau Allah izinkan saya akan
kerja kat sana.“ Umairah tersenyum raja. Dia sendiri sebenarnya tidak pasti
sama ada dia masih dapat meneruskan perancangannya dengan Saifuddin itu.
Perancangan manusia tidak sehebat perancangan Allah, Yang Maha Mengetahui.
“Bagus la kalau macam tu.“ Saiful Haq
tersenyum lebar.Umairah yang pelik dengan perubahan wajahnya secara tiba-tiba
daripada murung kepada riang, mula bertanya.
“Apa yang awak seronok sangat tu? Ada
apa-apa kat muka saya ker?“ Umairah mula meraba-raba mukanya. Melihat wajah
kalut Umairah, Saiful Haq bertambah geli hati lalu ketawa kecil.
“La! Ketawa lak dia. Cepat la cakap
kenapa ni?“ Umairah mula tidak senang duduk.
“Tak de apa-apa la kat muka awak tu.
Tak payah raba-raba. Saya suka sebab awak akan bekerja kat hotel kami walaupun
awak tak de kat sini lagi dah nanti. Sekurang-kurangnya saya masih boleh tengok
awak kalau awak kerja kat hotel kami. Kalau awak kerja kat tempat lain, mungkin
susah nak jumpa lagi dah nanti.“ Saiful Haq tersenyum riang.
“Allah! Ingatkan apa la tadi. Semua
tu kehendak Allah. Kalau Allah tak izinkan, kerja kat hotel awak pun belum
tentu awak dapat jumpa ngan saya, kan?“ Umairah kembali tersenyum kecil.
“Ya tu saya tahu. Tapi kemungkinan
nak jumpa itu besar kan. Ya Allah, Kau berilah peluang untuk aku sentiasa berjumpa
dan berbicara dengan Umairah. Amin.“ Saiful Haq merauk tangan yang ditadahnya
sambil tersenyum. Umairah yang melihat tindakan Saiful Haq hanya tersenyum
memandangnya.
Bunyi pintu kayu yang tertutup
menyedarkan Saiful Haq ke alam nyata.Dia tidak menyangka dia boleh terleka
mengenangkan perbualannya dengan Umairah sampai tidak sedar akan kata-kata
akhir Saifuddin sebelum dia berlalu pergi. Saiful Haq yang setia melayan
hatinya yang berbunga, masih tidak mahu berganjak daripada taman mini itu.
Senyuman masih mekar dibibirnya.
Di dalam bilik, Saifuddin tidak
senang duduk.Fikirannya resah memikirkan rancangannya yang telah musnah kerana
perkara yang baru disampaikan oleh abangnya itu.
“Aduh! Rosak rancangan aku. Aku dah
susun cantik rancangan aku nak hantar Umairah kerja kat restoran supaya aku tak
perlu risau kot terserempak dengan dia, abang lak nak aku ikut rancangnnya dia.
Masak macam ni! Mesti satu hari nanti aku akan terserempak gak ngan Umairah.“
Saifuddin yang tadinya mundar-mandir mula duduk di hujung katilnya.
“Okey! Sekarang aku kena fikirkan
jalan yang lain lak. Macam mana aku nak kerja sebumbung ngan Umairah supaya
kita orang tak terserempak.Dan yang paling penting aku tak nak sampai usaha aku
nak elak dari bertembung ngan Umairah sampai pada pengetahuan abang. Aduh!
Masak aku kalau abang dapat tahu semua tu. Dah la kena explainkat abang sebab-musabab aku elak bertembung ngan Umairah, then nak kena elak abang tahu yang aku
dah syok kat Umairah lagi. Abang memang bijak korek rahsia kau.“ Saifuddin mula
menyelerakkan rambutnya yang sudah dirapi kemas tadi. Dia rungsing.Kemudian dia
bangun semula menghadap cermin pada almarinya itu.
“Ah! Serabutnya otak aku! Kalau abang
dapat tahu aku syok ngan Umairah mesti abang kecewa.Then abang jadi macam dulu balik. Aahh!...Aku tak sanggup tengok
abang macam dulu balik. So, sekarang aku kena fikir balik plan yang dapat elakkan semua perkara tu terjadi. Biar hati aku
yang terluka daripada aku lukakan hati abang, Umairah dan paling penting hati
mama.Aku dapat rasakan mama suka kalau abang disatukan dengan Umairah.Aku
nampak sinar cahaya pengharapan itu pada mata mama. Ah! Mama apa yang harus Din
buat sekarang?“ Saifuddin sayu bila mana memikirkan mamanya.
Dia
kembali semula ke katilnya dan kali ini dia mula membaringkan dirinya pada
tilam empuknya itu. Masih lagi memikirkan jalan yang terbaik untuk
menyelesaikan masalahnya yang satu itu. Dalam pada dia memikirkan jalan keluar
masalahnya itu dia tiba-tiba terbayangkan wajah putih bersih Umairah, senyuman
manis lagi menggodanya dan suaranya yang lembut merdu. Dia tersenyum sendiri. Kemudian
wajah mama dan Saiful Haq pula silih berganti bersama wajah Umairah. Wajah mama
yang sayu dan wajah abangnya yang masam.
“Gila, gila. Boleh gila aku kalau
fikir semua ni.Sebelum semuanya jadi lebih parah baik aku undur diri.Cinta
bukan semestinya memiliki, cinta yang kekal abadi yang perlu dicari.Ya aku
mesti lupakannya kerana Allah dan insane-insan yang lebih aku kasihi
selainnya.Hidup perlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan,
perjuangan perlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan
membawa kejayaan dan kejayaan menentukan kebahagiaan. Ya, aku ingin semua orang
bahagia kerana aku tak perlukan kebahagiaan aku sendiri sahaja sekiranya
kebahagiaan itu nanti meluluhkan hati
meraka sahaja.“ Saifuddin cuba meyakinkan dirinya dengan kata-kata hikmah yang
sering dibacanya akhir-akhir ini. Kata-kata yang memberikannya sedikit motivasi
diri dikala hatinya goyah selain daripada ayat-ayat suci al-Quran dan
Zikirullah.
“Okey insya-Allah aku akan buat
sepertimana yang abang mahukan selain itu aku akan cuba mencipta alasan dan
cuba elakkan diri daripada bertembung dengan Umairah. Sebaik mungkin cuba agar
abang tidak perasan dan aku masih dapat pegang janji aku yang satu itu terhadap
Umairah.“ Dengan berbekalkan semangat yang baru muncul itu Saifuddin menyatakan
keputusan yang akan diambilnya kelak. Dia hanya mampu mencuba dan yang pasti
melaksanakannya dengan sempurna hanyalah Dia Yang Satu.
Saifuddin mengambil telefon bimbitnya
dan mula mengunci jam penggera supaya dia dapat bangun awal pagi itu untuk
membuat solat sunat Tahajud, taubat dan istikharah. Dia mahu memohon petunjuk
akan segala yang telah diputuskannya itu
sejajar dengan kehendak Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang terjadi di
muka bumi ini. Setelah itu dia mula cuba
memejamkan matanya untuk tidur sambil hatinya membaca doa tidur dan surah-surah
yang lazim dibacanya sebelum tidur. Pastinya surah al-Fatihah, ayat Kursi dan
tiga kul.Selain itu, dia tidak lupa melengkapkannya dengan selawat dan
zikir-zikir ringkas. Kebiasaannya dengan melakukan semua itu, tidurnya lebih
lena dan lebih memudahkannya untuk bangun bagi melaksanakan tuntutan solat
sunat.
Dia tahu kekerdilannya itu harus
dibajai dengan melaksanakan tuntutan sunat selain tuntutan wajib sekiranya dia
mengharapkan sesuatu daripada Yang Esa. Siapalah dia mengharapkan sesuatu
balasan sekiranya usahanya tidak setimpal mana walaupun dia tahu Allah itu Maha
Adil tidak pernah mengira sebanyak mana usaha yang hamba-hambanya lakukan
tetapi itulah salah satu cara dan pendirian hidupnya sejak dari sekolah
menengah lagi. Semua itu, dipelajari daripada ustaz di sekolahnya, Ustaz
Muhammad Al-Amin.Seorang ustaz muda yang berkaliber dimatanya.
Saifuddin yang dulunya, masa di zaman
persekolahan menengah seorang pemuda yang cukup nakal dan sering kali
mengganggu rakan-rakan sekolah bahkan tidak segan-silu untuk mengusik guru-guru
wanita dan guru-guru lelaki.Dia memang agak terkenal di sekolah sehingga diberi
gelaran Double D, Din Dajat oleh
seorang guru wanita bujang yang berasal daripada Kedah.
“Awak ni Saifuddin tak mengusik orang
tak senang duduk ye. Apalah faedah yang awak dapat daripada dok mengusik-ngusik
orang ni. Awak tak de rasa malu ker dengan gelaran yang dah lekat. Gelaran yang
saya bagi tu, Double D? Itu bukannya
gelaran yang patut dibangkakan tetapi sepatutnya awak jadikan peringatan supaya
awak memperbaiki diri awak.“ Cik Rohayu menegurnya.
“Okey apa dapat gelaran tu. At least orang tau sape saya and bila saya dah ‘blah’ dari sekolah
ini nanti adalah juga orang yang akan menjadi sebutan dan dikenang oleh
pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah ni.“ Saifuddin tersenyum bangga sambil
mengerak-gerakkan keningnya.
“Ikut suka kamu lah Saifuddin. Saya
dah tak tahu nak cakap apa supaya kamu ni faham. Selalu saya tegur kamu tak
pernah nak ambil pusing. Saya harap kamu bahagia dengan apa yang kamu buat ni.“
Cik Rohayu melepaskan keluhan kecil.
“Amin…. Wow! Class, Cik Ayu minat kat aku la.Dia siap doakan aku bahagia. Ni yang
buat aku bertambah sayang ni.“ Saifuddin mula mengusik. Dia tersenyum kerana
berjaya mengusik Cik Rohayu lagi. Satu kelas mula binggit dengan riuh-rendah
pelajar-pelajar lelaki kelas Tiga Einstein, Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo
Chinese School, ACS Ipoh itu. Seperti sudah lali dengan usikan Saifuddin, Cik
Rohayu tidak terasa apa-apa dengan usikan itu dan mula bersuara kembali.
“Dah, dah class tolong diam. Saifuddin awak boleh balik ke tempat duduk awak.
Kita akan sambung semula pelajaran kita hari ini sebentar lagi.“ Cik Rohayu
menggelengkan kepalanya. Saifuddin kembali semula ke tempat duduknya sambil
memberi tepukan telapak tangan kanannya kepada beberapa orang sahabatnya yang
menaikkan tangan mereka.Dalam pada mereka ingin memulakan mata pelajaran
Prinsip Akaun itu, Cikgu Adibah masuk bersama seorang pemuda.
“Maaf, Cik Ayu. Saya ingin mencuri
sedikit masa Cik Ayu untuk memperkenalkan seorang guru baru sekolah kita kepada
pelajar kelas ni.“ Cikgu Adibah memulakan bicaranya.
“Baik, silakan Puan Abidah.“ Cik
Rohayu membalas dengan memberikan senyuman.
“Okey, semua ini guru baru kamu atau
lebih tepat ustaz baru bagi pelajar Muslim kelas ini. Namanya Ustaz Muhammad
Al-Amin bin Abdul Majid. Ustaz sila perkenalkan diri.“ Cikgu Adibah tersenyum
manis.
“Assalammualaikum dan salam
sejahtera. Salam perkenalan. Nama saya, yang macam Puan Adibah beritahu tadi,
Muhammad Al-Amin bin Abdul Majid, umur dua puluh lima tahun, berasal daripada
Bachok, Kelantan. Anak sulung daripada tiga beradik dan ini merupakan pertama
kali saya bertugas sebagai seorang guru setelah saya menamatkan pengajian saya
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.“ Ustaz Muhammad Al-Amin tersenyum
manis hingga menampakkan lesung pipitnya di pipi kanannya.
“Ustaz ada adik perempuan tak? Kalau
ada dia ada lesung batu macam ustaz tak?Boleh saya nak berkenalan ngan dia
tak?“ Tanpa berlengah, Saifuddin mula bertanya, ingin mengusik ustaz muda itu.
Sekali lagi pelajar-pelajar mula bising dan bersorak dengan pertanyaan itu. Muhammad
Al-Amin hanya tersenyum kecil tanpa sebarang reaksi terhadap persoalan itu.
“Saifuddin, behave yourself. Jangan tanya soalan yang bukan-bukan. Maaf ya,
ustaz. Untuk pengetahuan ustaz, itu Saifuddin bin Rafieq, pelajar yang paling
nakal dan suka mengusik dalam sekolah ini. Jadi ustaz kena biasakanlah diri
mulai sekarang dengan perangai tak semengahnya tu. So, can we go to the next class.“ Cikgu Adibah kembali bersuara.
Ustaz bujang itu hanya tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Mereka pun bergerak
pergi keluar daripada kelas tersebut.
“Eh! Ko nampak tak Din. Ustaz tu
macam tak heran jer dengan usikan ko tadi. Macam angin lalu jer dia buat.“
Nurnikman yang duduk bersebelahan dengan Saifuddin mula berbicara.
“Tu yang aku pelik tu. Tak pe, esok-esok
kita basuh ‘kaw-kaw’ ustaz tu. Aku nak tengok sangat reaksi dia.“ Saifuddin
tersenyum sinis. Nurnikman membalas senyuman itu sambil menunjukkan ibu jarinya
tanda setuju.
Seperti
yang dijangka, beberapa hari kemudian Saifuddin dengan ditemani oleh Nurnikman
dan kembarnya Nazrin mula mengusik ustaz Muhammad Al-Amin.Ketika itu mereka
melihat ustaz muda itu baru sahaja ingin masuk ke dalam surau.
“Din, ustaz Al-Amin la kat surau tu.“
Nurnikman memulakan bicaranya.
“Okey, hari ni bolehlah kita usik dia
‘kaw-kaw’ punya. Selalu tu dalam kelas agama dia buat tak tahu jer usikan aku.“
Saifuddin tersenyum sinis.
“Dia tu kebal ngan usikan ko. Jom la
cepat. Nanti habis waktu rehat lak.“ Nazrin mengingatkan. Mereka segera berlalu
pergi ke surau tersebut.
“Assalammualaikum ustaz. Boleh kami
masuk.“ Nurnikman terlebih dahulu bersuara.
“Waalaikummussalam. Masuk la tak
perlu dijemput. Kan rumah Allah ni.“ Ustaz muda itu yang baru ingin membentang
sejadah membalas sambil tersenyum manis.
“Ustaz nak solat apa lak pagi gajah
ni? Tak kan solat qada’ subuh kot.“ Saifuddin mula mengusik.
“Alhamdulillah solat subuh saya tadi
dah saya buat. Ni saya nak solat sunat dhuha pula.Jom la solat sekali. Banyak
ganjaran yang dapat kalau kita buat solat dhuha ni. Selain solat ini memurahkan
rezeki dan mencukupkan rezeki kita sehari-hari, ianya juga dikatakan solat bagi
orang yang bertaubat disamping solat yang merupakan satu sedekah dan pahalanya
seperti mengerjakan haji dan umrah.Ianya mudah dilakukan tapi ramai yang tidak mengetahuinya
dan mengerjakannya.“ Ustaz itu tersenyum lagi. Tiga orang pelajar itu tersenyum
sinis.
“Kami ni student lagi kot. Mana kisah hal rezeki bagai. Buang masa jer.“
Nazrin tersenyum lebar.
“Kalau solat kamu rasa buang masa
abis tu mengusik orang kamu tak rasa buang masa ker? Kamu sepatutnya beringat,
usik-mengusik ni ada batas-batasannya. Jangan sampai melukakan hati orang. Dan
yang lebih merisaukan saya kalau kamu tak sempat nak memohon maaf di atas
usikkan kamu terhadap orang yang dah terluka hatinya itu. Kerana apa? Oleh
sebab perkara yang kamu rasakan kecil itu akan menghalang kamu daripada masuk
ke syurga. Kamu semua tak nak masuk syurga ke?“ Ustaz Muhammad Al-Amin mula
serius berkata-kata. Ketiga-tiga pelajar tersebut sudah merah padam mukanya menahan
getar di dada.
1 comment:
Salam... Alhamdulillah ...Bab terbaru dapat diposkan... harap korang bagi komen pasal novel ni pulak sebab saya dalam proses menghabiskan cerita ni setelah cerita Terlerai Sudah sedah hampir dua bulan selesai....
Doakan novel Terlerai Sudah mendapat hati editor Karya Seni dan mereka sudi menerbitkannya untuk saya...
TQ so much semua...
Post a Comment