Hendap
H
|
ari ini hari Ahad, apa
lagi hari cuti Umairah yang setelah hampir dua minggu dia menjalankan misinya.
Haq sudah nampak sedikit sebanyak perubahan pada dirinya. Hari ini juga,
Umairah sudah berjanji dengan Jamilah untuk keluar bersama-sama dengannya
sempena hari cutinya yang pertama sejak dia mula bertugas. Jamilah yang sudah
seminggu bekerja di Hotel Teduhan Kasih tersebut tidak akan punya banyak masa
cuti pada hari Ahad. Ini kerana dia bekerja mengikut shif. Jadi hari Ahad yang
ada dia gunakan untuk berjumpa dan mencuci mata dengan Umairah. Cuci mata a.k.a
window shopping dan tengok wayang!
“Umairah, ko tunggu kat
sini kejap ye. Aku nak ke tandas. Perut tiba-tiba meragam lak.“ Jamilah yang
mengerutkan muka kerana sakit perut itu segera berlalu keluar daripada kedai
buku Popular tersebut. Umairah yang tadinya sedang sibuk membelik-belik
novel-novel terbaru yang terdapat di kedai tersebut bersama Jamilah hanya
menganggukkan kepala bagi menjawab kata-kata Jamilah.
Matanya yang
melihat Jamilah berlalu pergi tiba-tiba terlihat kelibat seseorang di sebalik
tiang yang berada berdekatan dengan kedai Popular di dalam bangunan Kompleks
membeli-belah Aeon Seri Manjung. Kelibat itu yang seolah-olah bersembunyi di
sebalik tiang tersebut sekiranya Umairah cuba untuk memandangnya.
‘Perasaan aku jer kot.
Ingat ko tu artis ke, kot ada orang nak usha-usha macam tu. Tolong sedar diri
sikit, ye Cik Umairah. Jangan nak perasan!‘ Umairah berbicara sendiri. Umairah
terus menyambung membelik-belik novel yang terdapat di tangannya sambil membiarkan
sahaja perkara itu berlalu bagai angin. Setelah memilih sebuah novel untuk
dibeli, Umairah melangkah ke rak yang lain. Rak yang menempatkan buku-buku
resepi. Dia membelik-beilk lagi. Kali ini, dengan ekor matanya dia seperti
melihat kelibat yang sama berada di rak yang berada di hadapannya pula.
Matanya yang melihat halaman-halaman buku resepi Masakan
Itali itu segera diangkat untuk melihat kelibat yang dirasai ada dihadapannya. Seperti
tadi, tiada sesiapa di hadapannya.
‘Ishk! Siapa ni?‘ Umairah
yang tidak puas hati segera melangkah ke rak sebelah hadapannya. Dia terpaksa
bergerak ke kanan dan berjalan melepasi sepanjang rak yang dia sedang berdiri
itu sebelum boleh melihat lorong rak di hadapannya. Setibanya di hujung lorong
rak hadapannya, tiada sesiapa di situ. Dia yang masih tidak puas hati masih
lagi meneruskan langkah kaki dengan memeriksa setiap lorong rak yang masih ada beberapa
rak lagi di hadapannya. Sehingga ke lorong terakhir di masih tidak menjumpai
sesiapa yang dikenali. Hanya beberapa pelajar Cina dan gadis Melayu yang
berdiri menilik buku-buku.
‘Perasaan aku aje ni!‘
Umairah terus kembali ke rak yang tadinya menjadi pilihannya. Dia ingin
menyimpan semula buku masakan di tangannya dan membelik buku yang lain pula.
Dia masih belum menjumpai buku masakan yang menepati citarasanya. Sedang dia
kusyuk menilik buku masakan Perancis, dia dikejutkan dengan sergahan Jamilah.
“Umairah!“ Terjerit kecil
Umairah.
“Ah! Ya Allah!Ko ni Mila,
terkejut aku. Kenapa sergah aku macam tu? Berdegup kencang jantung aku ni, tau.“
Umairah mengurut dadanya. Jamilah yang pelik dengan kelakuan Umairah segera
bertanya.
“Ko ni kenapa Umairah.
Selalu aku sergah ko tu tak sampai macam ni sekali pun. Pucat giler muka ko. Macam
nampak hantu jer, pe kes?“
“Ko tu la, jangan buat
macam tu lagi kalau ko nak tengok umur aku panjang.“ Umairah masih lagi
bersuara ketakutan.
“Sorry la, aku tak sangka lak ko pucat sampai macam ni. Ko dah jumpa
ker buku yang ko nak beli? Kalau dah jom kita pergi bayar. Cerita Thor dah nak
mula ni.“ Jamilah tersenyum melihat gelagat Umairah.
“Dah, jom la bayar. Nanti
lewat masuk wayang, rugi lak. Perut ko tu dah okey ker?“ Umairah yang sudah
kembali tenang bersuara sambil melangkah menuju ke kaunter bayaran.
“Okey! Dah clear.“ Jamilah tersenyum meleret.
“Best kan cete Thor tu. Rasa tak puas, macam nak ulang tengok
balik lak nanti.“ Jamilah meluahkan rasa hatinya. Umairah hanya tersenyum
serong-serong bahasa dan hanya memandang sekilas Jamilah. Kemudian wajahnya
ditala ke arah gelas minuman yang berada di hadapannya. Jarinya bermain-main
mengacau air jus oren dengan staw minuman.
“Woit! Ko ni dah kenapa
Umairah. Senyap jer sejak dari dalam panggung. Macam ayam berak kapur jer ni,
kenapa?“ Jamilah yang tadinya menghirup jus lobak terus memberhentikan
minumannya dan memandang tepat ke anak mata Umairah.
“Entah la. Aku rasa tak
sedap hati la. Aku macam rasa ada orang dok follow
kita jer hari ni. Seram sejuk aku jadinya.“ Umairah menyuarakan juga rasa
hatinya kepada Jamilah.
“Eh! Ko ni biar betul. Tak
kan la ada orang hendap kita kot. Kita ni bukannya artis kot. Perasaan ko jer
kot. Aku tak perasan pun macam tu. Tak pe, nanti kita sama-sama cuba perhatikan
betul-betul. Mana tau memang apa yang ko rasa tu betul.“ Jamilah serius sambil
matanya melilau. Setelah makanan mereka sampai, mereka tanpa lengah terus
menikmatinya. Biarpun selera Umairah mati tetapi dipaksa juga dirinya menjamah
hidangan Nasi Tomato tersebut.
“Hai! Awak Umairah kan?“
Suatu suara yang berada di sebelah meja makan mereka menegur Umairah. Demi
mendengarkan suara lelaki itu, Umairah dan Jamilah segera mengangkat muka
memandang jejaka berkulit putih yang memakai baju Polo hitam dan seluar jeans
hitam tersebut. Jejaka tersebut tersenyum mesra. Umairah yang berkerut
memandang wajah itu segera bertanya.
“Sorry, sape ye? Macam tak kenal jer.“
“Amboi! Sampainya hati
lupakan saya. Ye la, siapa la saya untuk awak ingat. Saya Hairul Nizam. Kita
jumpa masa temu duga kat Hotel Teduhan Kasih hari tu. Ingat tak?“ Dengan
panjang lebar Nizam cuba menerangkan.
“Oh! Patutlah macam pernah
tengok. Sorry la, saya terlupa tadi.
Awak buat pe kat sini?“ Umairah yang sudah kembali mengingati Nizam segera
bersuara.
“Boleh saya join? Dari tadi saya dah nampak awak kat
dalam panggung tapi baru nak tegur, tengok awak dah keluar, laju jer. Sape nama
kawan awak yang comel ni?“ Nizam tanpa segan bertanya.
“Oh! Sorry. Kenalkan ini Jamilah, kawan baik saya. Mila ni Nizam.“
Umairah segera memperkenalkan mereka antara satu sama lain.
“Hai! Mila.“ Jamilah yang
tersipu malu dengan pujian tanpa selindung Nizam itu tadi berkata pendek sahaja
sambil melambai sekejap tangannya ke arah Nizam.
“Hai! Nizam. Nice to meet you! Nice name too.“ Nizam melambai jari-jemarinya ke arah Jamilah. Faham
dengan maksud lambaian tangan Jamilah bagi menyatakan salam perkenalannya
kerana mereka haram bersalaman.
“Jadi awak la yang dok
hendap saya hari ni.“ Umairah bersuara serius. Nizam yang masih memandang
Jamilah nyata tidak berapa dengar dengan kata-kata Umairah.
“Haah! Pe dia awak cakap
tadi?“
“Tak de apa. Saya cakap makanan
ni sedap, jom la makan.“ Umairah yang malas hendak mengulang kata-kata yang
terlepas tadi segera mengajak Nizam.
“Tak pe ke saya join ni? Kalau kawan-kawan saya nak join sekali boleh? “ Nizam mula
memandang dua sahabatnya yang berdiri di palang yang berada di luar restoran
tersebut. Umairah dan Jamilah turut sama memandang ke arah luar bila melihat Nizam
memandang kawannya.
“Boleh jer. Lagipun meja ni
ada lagi empat kerusi kosong.“ Jamilah yang tahu dengan perasaan terkejut
Umairah segera membalas. Umairah yang malu-malu alah dengan ajakan main-mainnya
tadi hanya tersenyum kambing. Demi mendapat isyarat Nizam, dua sahabat Nizam
itu segera mendapatkan mereka. Jamilah yang berada di hadapan Umairah mula
mengubah kedudukannya dengan duduk di sebelah Umairah. Nizam pula mengambil
tempat Jamilah dan dua lagi rakannya disebelahnya.
“Hai! Saya Fendi.“ Jejaka
hitam manis bersuara terlebih dahulu. Kemudian seorang lagi jejaka berkulit
cerah bersuara dengan senyuman manis.
“Hello! Ladies. I’m Rayyan.“
“Ni Umairah dan ini
Jamilah.“ Nizam memperkenalkan mereka kepada rakannya. Umairah dan Jamilah
hanya tundukkan sedikit wajah mereka sambil tersenyum sumbing.
“Sorry nak tanya sikit ni. Rayyan ni Muslim ker? Bukan pe rupa macam mat salih jer?“ Ketiga-tiga jejaka
tersebut hanya tersenyum dengan pertanyaan Jamilah. Umairah hanya memandang
Rayyan dengan wajah berminat untuk mengetahui.
“You think?“ Rayyan ingin menduga dengan Jamilah.
“Muslim. Mixed mungkin.“ Jamilah membalas dengan malas. Malas bermain
tarik tali dengan Rayyan sambil terus menjamu selera. Sebelum Rayyan menyambung
bicaranya, Nizam pula bertanya sambil memandang penuh minat kepada Umairah.
“Umairah? Awak pula rasa
Rayyan ni Muslim ke?“
“Haah?!! A..Emmm.. Sama
la. Muslim.“ Umairah yang leka menjamah hidangan pada mulanya agak terkejut
dengan pertanyaan Nizam namun kemudian hanya membalas dengan tidak minat.
Tindakan Umairah itu membuahkan senyuman lebar kepada Nizam.
“Betul la tu, saya Muslim.
Mixed Malay and Latin American.“
Rayyan tersenyum.
“Saya, awak tak minat nak
tanya ker? Saya ni tak cukup handsome
ker sampai tak de yang nak tanya.“ Fendi pula menduga.
“Eh! Tak la. Pada saya
awak menarik gak, manis orangnya. So
awak ni mesti Melayu tulen la kan?“ Jamilah yang sebenarnya ingin menjaga hati
Fendi segera membalas dengan melemparkan senyuman manisnya.
“Ya! Saya tulen mak.
Pandai mak.“ Fendi cuba bergurau dengan mengajuk gaya ‘Mak Nyah’. Nizam dan
Rayyan dah tergelak. Umairah dan Jamilah yang pada mulanya terkejut segera
ketawa kecil apabila melihat Nizam dan Rayyan ketawa. Fendi turut tersenyum
dengan usikannya. Mereka kembali menikmati makanan mereka.
“So, Umairah awak ni pun mix
ker? Ye la, mata awak biru.“ Rayyan mula bertanya sambil tersenyum
memandangnya.
“Haah?!!“ Sekali lagi
Umairah tidak menyangka dengan pertanyaan Rayyan, namun kembali bersuara.
“Saya bukan mix tapi memang tulen termasuk mata ni. Muslim since born and from Eastern not
Western and of course not from Malaysia.“ Umairah cuba menjawab dengan
jujur. Jamilah yang tahu dengan perasaan Umairah yang cuba menutup rahsia
dirinya segera membuka mulut bertanya soalan. Mengelak daripada soalan yang
lanjut daripada mereka.
“So, apa hubungan korang bertiga ni? Saya dan Umairah bf. Fendi ngan Rayyan ni bf awak gak ker? Nizam.“
“Fendi ni sepupu saya tapi
Rayyan ni bff kami.“ Nizam membalas
sambil menekankan huruf f yang terakhir bff
tersebut. Umairah dan Jamilah tersenyum memandang mereka.
“Awak yakin ke dia boleh
jadi bff awak. Mungkin sampai satu
masa bff awak ni boleh jadi musuh
awak. Kita bukan tahu apa yang akan terjadi di pertengahan perjalanan hidup
kita. Sekarang ni ramai kawan yang makan kawan. Kalau bukan sebab wang ringgit
sebab wanita. Sorry la, kalau korang
terasa dengan kata-kata saya, tapi itu pandangan kami.“ Jamilah mula menyatakan
pendapatnya.
“Habis tu, sampai bila
baru kita boleh guna bff ni? Kalau
dah betul memang dia bff kami kan.“
Fendi seperti panas mendengar kata-kata Jamilah seperti meremehkan perhubungan
mereka bertiga.
“Masa dia dah menghadap
Yang Esa.“ Jamilah tersenyum.
“Tapi tak salah kita
berdoa kita semua boleh jadi bff.
Bicara kita tu pun doa. Jadi mungkin awak boleh cakap macam ni, Rayyan bff saya, Insya-Allah. Kan menunjukkan
kekerdilan kita sebagai hamba-Nya. Wallahhualam.“ Umairah tersenyum manis.
“Saya tak tahu pula
Umairah ni pandai berkata-kata. Dulu-dulu ada cita-cita nak jadi peguam ker?“ Nizam
memuji.
“Tak la, saya pun meniru
kata-kata orang.“ Umairah merendah diri. Nizam hanya mengangguk mendengar
penjelasan Umairah sambil tersenyum memikat.
“So macam mana, awak dapat tak kerja dekat Hotel Teduhan Kasih tu?“
Umairah cuba melarikan topik perbualan.
“Dapat. Saya dah seminggu
kerja. Awak tak dapat ker?“ Nizam bertanya dengan penuh minat.
“Awak kerja kat Hotel
Teduhan Kasih gak ker? Kenapa saya tak pernah nampak pun?“ Jamilah menyampuk
sebelum sempat Umairah membalas.
“Don’t tell me awak kerja sana gak. Seminggu lepas saya masuk shif
petang. Awak shif pagi kot tu yang tak jumpa.“ Nizam tersenyum.
“Patut la. Saya shif pagi.
Tapi mustahil la saya tak jumpa awak. Ada sahaja saya jumpa pekerja shif
petang.“ Jamilah seperti tidak puas hati.
“Mana nak jumpa kalau ko
tu balik sharp on time jer. Dah tu
berkejar ke kereta tanpa tengok kiri-kanan lagi.“ Umairah yang faham sangat
dengan perangai Jamilah mula mengingatkannya.
“Mungkin gak kan.“ Jamilah
tersenyum malu sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal, membenarkan kata-kata
Umairah. Tiga jejaka tersebut tersenyum dengan gelagat Jamilah dan Umairah.
Mereka terusik dengan keperhatian Umairah terhadap Jamilah. Hari yang mereka
rangka untuk keluar berdua sudah menjadi semakin meriah dengan kehadiran tiga
jejaka tampan tersebut. Ketiga-tiga jejaka tersebut seperti tidak kekok beramah
mesra dengan Umairah dan Jamilah. Dan tanpa mereka sedari ada hati yang membara
menyaksikan perkara itu. Demi melihatkan perkara itu, pemilik hati tersebut
berlalu dengan menggenggam lima buku jari kanannya.
***********************************
“Alamak! Masak aku hari ni. Dah la terlewat bangun, kereta umi
pula buat hal kat tengah jalan. Wahai kereta tersayang umi, kenapa la ko nak
buat hal hari ni. Kenapa tak pilih hari lain jer. Okey sayang. Aku cuba try sekali lagi ya. Ko tolong hidup ya, please.“ Umairah merayu sambil
mengosok-gosokkan kedua-dua belah tapak tangannya. Sekali lagi enjin kereta
kelisa biru tua uminya tidak hidup.
“Bismillahhirrohmannirrohhim.“
Enjin cuba dihidupkan.
“Ya Allah. Nasib-nasib.
Baik aku call auntie bagitahu dia
dulu, tak la dia tertunggu-tunggu. Lepas tu call
umi bagitahu. Then, leh minta umi
tolong call mekanik datang repair.“ Umairah segera mencapai telefon
bimbitnya. Baru hendak menyambung menelefon uminya selepas menelefon Haniza,
sebuah kereta Proton Saga berhenti di belakang keretanya. Pemuda yang memakai
pakaian seperti seorang mekanik datang menghampiri.
“Assalammualaikum, cik.
Kereta cik rosak, kan. Boleh saya tengokkan.“ Pemuda tersebut bersuara lembut.
“Waalaikummussalam. A’ah
rosak, tak boleh nak start. Encik
tolong la tengok-tengokkan.“ Umairah menjawab dengan perasaan was-was sambil
cuba menjauhkan dirinya daripada pemuda tersebut. Pemuda itu yang seperti dapat
mengaggak akan kerisauan Umairah segera mengeluarkan dompetnya.
“Nah! Ni kad saya. Jangan
risau saya mekanik yang bertauliah.“ Pemuda itu tersenyum manis.
‘Amin Motorcar Workshop.
Betul la, dia mekanik. Alhamdulillah.‘ Umairah tersenyum kelegaan.
“Nasib baik encik lalu kat
sini. Kalau tidak susah gak saya kena tunggu lama untuk mekanik yang lain
datang.“ Umairah menyatakan kesyukurannya.
“Tak la. Kawan cik yang call saya bagitahu. Tu yang saya datang
ni.“ Pemuda itu membalas sambil matanya masih meneliti enjin kereta tersebut.
“Kawan saya. Siapa? Sejak
tadi saya sorang jer kat sini. Tak de sesiapa yang berhenti tanya pun. Encik
jangan la mengusik lak.“ Umairah sudah pelik.
“Tak la saya cakap betul.
Tadi ada seorang lelaki call minta
saya datang sini tolong tengok-tengokkan kereta awak. Dia siap bagi nama awak
dan nombor plate kereta ni lagi. Cik Umairah kan?“ Pemuda yang bernama Amin itu
masih leka dengan kerjanya.
“Lelaki? Sape? Pe namanya.“
Umairah masih inginkan kepastian.
“Saya lupa pulak nak tanya
namanya. Boyfriend cik kot. Tak pun secret admirer cik. Ambil berat betul
dia dengan cik. Siap bagitahu saya jangan ambil upah bayaran baiki kereta ni.
Nanti dia bayarkan. Cik cuba start
enjin tengok.“ Amin sudah tersenyum memandang Umairah. Umairah segera masuk
semula ke dalam kereta dan menghidupkan keretanya.
“Alhamdulillah. Terima kasih,
encik…?“ Umairah keriangan.
“Amin. Panggil Amin jer
tak payah encik-encik. Nanti kalau ada masalah lagi jangan segan-segan hubungi
saya, ya.“ Amin tersenyum manis.
“Berapa upahnya?“ Umairah
sudah mengeluarkan dompetnya.
“Tak payah la. Lagipun
orang tadi dah cakap nak bayar. Dia pelanggan tetap saya jadi saya yakin dia
akan bayar. Okey la saya pergi dulu.“ Amin segera berlalu pergi.
“Eh!... encik, encik…Amin…Amin….
Terima kasih.“ Umairah tidak mampu berbuat apa-apa bila Amin sudah memasuki
keretanya dan berlalu pergi.
‘Cepatnya dia pergi tak
sempat hulurkan duit ni gak…. But wait…
wait. Dia cakap orang tu pelanggan tetap jadi dia kenal la. Alah! Kenapa la
aku ni lembab sangat. Kalau tak, boleh aku tahan dia minta dia bagitahu nama
orang tu… Secret admirer dia cakap….
Sape lak ye?‘ Umairah berbicara sendirian. Seketika dia teringat.
‘Jangan-jangan mamat yang
selalu hendap aku tu tak? Haih! Sape la ni? Baik aku blah dulu. Buatnya mamat
tu datang sini, mati aku. Dah la, aku sorang-sorang ni. Cabut cepat.‘ Umairah
sikit ketakutan. Umairah segera menyambung semula perjalannannya menuju ke
rumah Haniza.
Hari itu, selepas pulang
daripada menguruskan Haq, Umairah singgah di Giant untuk membeli sedikit
barang. Setelah membeli disposable
latex examination glove, minyak urut, baby
oil, dan beberapa barang peribadi seperti lipbalm, losyen badan dan pencuci muka, Umairah segera ingin
keluar daripada farmasi Guardian. Oleh kerana matanya masih membelik
barang-barang yang dibeli, dia terlanggar seseorang yang melintasi farmasi
tersebut.
“Sorry, saya tak perasan.“ Umairah segera
memohon maaf dan dia mula mengangkat wajahnya. Dia terkejut dengan pandangan
matanya.
“Syawal?
Syawal kan?“ Umairah bertanya inginkan kepastian.
“Eh!
Umairah kan. Sorang jer ker? Jamilah tak ikut ker?“ Syawal inginkan kepastian.
“Sorang
jer. Saya dari tempat kerja terus datang sini. Sorry, la terlanggar tadi, saya tak perasan. Dok tengok kot ada
barang yang tak beli lagi.“ Umairah tersenyum kecil.
“Tak pe
la. Bukan sengaja pun kan. Tapi tu la,
kenapa la awak tak jatuh tadi kalau tidak merasa gak saya nak sambut awak. Mana
tau masa tu nanti baru awak nak jatuh cinta kembali dengan saya, macam dalam
novel-novel tu, kan.“ Syawal mengusik sambil tersenyum lebar.
“Awak ni
tak abis nak mengusik saya.“ Umairah turut sama tersenyum.
“Ye la,
kan awak suka sangat membaca novel. Lepas ni nak gi beli novel lak ker?“ Syawal
masih lagi mengusik.
“Tak la,
saya nak balik la. Okey la, jumpa lagi nanti.“
“Amboi!
Cepatnya nak balik. Dah la langgar saya tadi. Sakit tak abis lagi ni.“ Syawal
cuba menduga.
“Sakit la
sangat kan. Kenapa saya tak sakit pun sedangkan kita berlanggar sama-sama?
Macam-macam la awak ni. Abis tu awak nak pe? Kalau nak ubat saya boleh belikan.
Lagipun kita masih kat farmasi ni.“ Umairah tersenyum dengan usikan nakal
Syawal.
“Tahu tak
pe. Tapi saya bukan nak ubat la, saya nak awak belanja saya makan, boleh?“
Syawal tersenggih.
“Dah tau
dah. Mesti ada jer akalnya. Jom la saya belanja. Tapi kejap jer ye. Saya nak
cepat ni.“ Umairah tersenyum lebar. Seketika telefon bimbit Syawal berbunyi.
Setelah menjawab panggilan dengan menjauhkan sedikit dirinya daripada Umairah,
Syawal kembali menghadap Umairah.
“Sorry, Umairah. Nampaknya kita terpaksa
tunda temu janji kita. Saya kena pergi kerja. Maih sini handphone awak, saya nak bagi nombor baru saya. Nanti kita set date lain ye. Jangan tak angkat lak
kalau saya call. Kalau tak saya
datang rumah awak jumpa abi dan umi awak terus.“ Syawal masih lagi mahu
menyakat. Umairah segera menghulurkan telefon bimbitnya.
“Saya
angkat la nanti. Tak payah gatal-gatal nak datang rumah saya. Buat kerja tu
elok-elok sikit. Jangan sampai tertembak diri sendiri sudah.“ Umairah membalas
usikan Syawal.
“Tak
sangka sayang gak awak kat saya kan. Tapi kenapa tak nak jadi isteri saya?“
Syawal tersenyum menjungkitkan keningnya.
“Eh!
Bukan ke awak nak cepat, ada kerja. Nanti lambat kena marah lak. Dah gi cepat.
Nanti kena buang kerja macam mana nak bagi anak orang makan.“ Umairah mengelak.
“Nak bagi
anak orang makan? Okey la saya gi dulu. Bye! Sayang. Assalammualaikum.“ Syawal
tersenyum lebar sambil tidak habis-habis mengangkat keningnya. Umairah menjawab
salamnya dengan tersenyum mengeleng. Umairah kembali menyambung semula
perjalanannya pulang ke rumah.
Dia
berhenti sebentar apabila terlihat sepasang jubah ungu bersulam berwarna peach
yang terdapat di balik cermin pameran butik Nilam tersebut. Dia memerhatikan
setiap inci jubah yang menarik perhatiannya itu. Dalam dia memerhatikan pakaian
tersebut, di balik biasan cermin tersebut dia ternampak samar-samar imbasan
seorang lelaki yang sedang memerhatikannya di seberang butik tersebut.
‘Eh! Sape
tu ye?‘ Umairah bertanya sendirian. Segera dia mengalihkan pandangannya untuk
melihat siapakah gerangan empunya diri. Namun kelibat itu tiada lagi.
‘Tak kan
aku mimpi di siang hari kot. Nak kata aku angau, aku angaukan siapa? Aku mana
ada special bf lagi. Ah! Lantak la.‘
Umairah bermonolog sendirian. Kemudian dia kembali semula ke tempat letak
kereta untuk segera beredar.
*****************************************
“Mak Mah ada nampak Umairah
tak?“ Haq yang sudah berada di dapur segera bertanya kepada Mak Mah apabila
sudah hampir keseluruh ruang rumah dicarinya. Dia yang sudah semakin cekap
menggunakan kerusi roda sudah cuba mencari kelibat Umairah dari setiap inci di
dalam rumah hingga ke luar rumah.
“Oh!
Umairah ada dalam bilik Mak Mah. Nak solat Dhuha katanya.“ Mak Mah menjawab
sambil tersenyum.
“Solat
Dhuha….. Dia tu bagus kan Mak Mah. Banyak yang dia tahu. Memasak, menguruskan
Haq dan ilmu agama dia pun bagus.“ Haq tersenyum penuh makna.
“Maksud
Haq bagus untuk dijadikan isteri kan? Isteri solehah kan?“ Mak Mah menduga.
“Mak Mah
ni faham jer apa yang bermain difikiran Haq. Untung kan kalau sape yang dapat
dia.“ Haq bernada sedikit sayu.
“Aikh!
Kenapa sedih jer Mak Mah dengar suara Haq tu? Kalau Haq dah suka kat Umairah, cuba
la bagitahu dia. Mana nak tahu dia pun suka kat Haq. Mak Mah tengok cara dia
layan Haq pun semacam jer.“ Mah Mak tersenyum lagi memandang Haq.
“Ye ke
Mak Mah! Mak Mah rasa dia ada hati kat saya juga ker?“ Haq kembali riang
bertanya.
“Mungkin
juga. Kalau Haq nak kepastian Haq tanya la dia sendiri. Mak Mah boleh mengagak
jer.“ Mak Mah kembali ligat mengemas dan membersih dapur tersebut.
“Durian
Krepe ni Umairah buat ker, Mak Mah? Nampak sedap jer.“ Haq yang terpandangkan
Durian Krepe yang terdapat di atas meja makan segera bertanya.
“Tak de
la. Tu Din yang buat. Semalam dia kata dia buat kat restoran. Makan la.“ Mak
Mah sudah datang mendapatkan Haq di meja makan tersebut.
“Oh!
Ingatkan Umairah. Rajin jugak dia buat dalam duk sibuk ngan hotel.“ Haq sudah
mencapai sepotong Durian Krepe tersebut.
“Sape
yang rajin ni?“ Umairah yang muncul di dapur segera bertanya.
“Tak de
la, ni ha Haq cerita pasal Din. Din ada buatkan Durian Krepe semalam. Umairah
pun rasa la sekali. Nanti Mak Mah buatkan teh.“ Mak Mah segera menjawab.
“Makan la
Umairah. Umairah pernah rasa tak masakan Din? Dia memang berbakat bab
masak-memasak ni. Sama hebat dengan Umairah. Kan Mak Mah?“ Haq berkata sambil
tersenyum. Umairah tersenyum kecil dengan pujian Haq sambil mengambil sepotong
Durian Krepe tersebut.
“Nah
airnya. Sedap kan?“ Mak Mah kembali ke meja makan sambil membawa air teh.
“Ehmm…
Sedap sangat. Patut la restoran dia selalu ramai pengunjung.“ Umairah tersenyum
meleret. Haq sedikit tidak senang dengan senyuman Umairah tersebut.
“Tu la,
Mak Mah kesian tengok Din tu. Sekarang ni badan dia semakin kurus. Banyak
sangat kerja kat hotel kot. Keluar awal pagi lewat malam baru nampak muka dia.“
Mak Mah bersuara sayu.
“Dia kena
banyak belajar tu Mak Mah. Tu yang balik lewat selalu. Mak Mah jangan la risau.
Tak lama lagi keadaan kembali macam biasa la bila dia dah cekap.“ Haq serius.
Matanya masih tertancap memandang wajah Umairah yang sayu bila mana mendengar
kata-kata Mak Mah tadi. Entah kenapa Haq tidak sedap hati melihat kesayuan
wajah Umairah itu. Umairah masih tertunduk memandang meja dengan wajah sayunya.
No comments:
Post a Comment