BAB
21 : Sudah Terjadi
"K
|
au
ni kenapa Aathifah? Tak henti-henti buat kerja jer. Dah beberapa hari ni aku
dengar ko asyik keje sampai lewat pagi. Kan Mr. Danial cakap dia tak kisah
kalau ko siapkan lambat pun langsir-langsir tu. Tak payah la sampai tidur tiga,
empat pagi semata-mata nak siapkan langsir tu cepat-cepat.“ Bentak Zatunnur
terdengar di telinga Aathifah. Aathifah
jelas dengan keprihatinan sahabat karibnya itu, jadi teguran Zatunnur tidak
sedikit pun menguris hatinya.
“Aku tido gak, kan. Bukannya aku
langsung tak tido. Aku masih boleh lagi Nur. Ko jangan la risau.“ Aathifah cuba
menenangkan hati Zatunnur ketika itu.
“Tido setakat dua, tiga jam bukan
tido namanya Aathifah. Ko perlukan rehat yang cukup Aathifah. Semua orang
risaukan ko ni. Kenapa ko bertungkus-lumus sangat ni? Ko ada nak guna duit ker?
Cuba ko cete kat aku, mungkin aku boleh tolong.“ Aathifah masih setia mendengar
kata-kata Zatunnur di corong telefon bimbitnya.
“A’ah aku ade nak guna duit sikit.
Tak pe, aku tak nak susahkan ko. Aku cuba ikhtiar sendiri. Tinggal sikit lagi
jer nak cukup.“ Aathifah cuba menerangkan.
“Come
on la Aathifah. Kite dah lama berkawan. Tak kan hal-hal macam ni pun ko nak
rahsiakan ngan aku. Pasal syer ker?“ Aathifah akur dengan kecekapan Zatunnur
menganggak masalahnya.
“A’ah. Tuan Habib nak jual syernya
secepat mungkin. Dia dah tak boleh nak tunggu sebab dia nak labor kat syarikat
lain. Aku short lagi beberapa ribu.
Tu yang aku cuba rembat semua keje yang ada supaya cepat sikit kumpul. Risau
aku kalau tak dapat syer tu. Abis la aku Nur kalau terlepas lagi.“ Aathifah
menerangkan dengan agak panjang. Sebak dan sempit hati Aathifah ketika itu
dirasainya.
“Aku boleh bagi ko pinjam sikit tapi
ko tahu la aku bukan banyak sangat simpanan. Berapa lagi yang tak cukup?“
Zatunnur mula mengendurkan nada suaranya.
“Ha! Ko gile ker Aathifah! Banyak
tu. Sempat ker ko nak kumpul banyak tu? Ko ni memang buat keje gile betul la,
Aathifah. Belum tentu cara ko ni dapat kumpulkan duit banyak tu.“ Dalam hati
Aathifah bersetuju dengan kata-kata Zatunnur tapi hati kecilnya masih lagi
ingin mencuba. Semoga Allah perkenankan.
“Tak salah aku cuba, kan. Mana tahu
rezeki Allah melimpah buat aku dalam masa terdekat ni.“ Aathifah bersemangat
berbicara.
“Tu yang ko nak bagi cepat-cepat
langsir-langsir Mr. Danial tu. Mr. Danial dah tahu ker ko nak bagi dia langsir-langsir
tu?“ Zatunnur setia melayan.
“A’ah macam tu la. At least ada gak duit sikit buat tokok.
Aku belum bagitahu dia. Nanti ko tolong cakap la kat dia. Nanti jangan lupa
sediakan duitnya sekali ye.“ Aathifah cuba mengusik.
“Ye lah. Nanti aku bagitahu Mr. Danial.
Ko nak anto petang ni kan?“
“A’ah lepas keje karang. Ko tunggu
aku datang ye.“
“Okey. Eh! Aathifah aku letak dulu
ya, ade keje sikit ni. Bye, Assalammualaikum.“
“Okey. Waalaikummussalam."
Aathifah kelegaan dengan ketegangan yang melanda tadi. Aathifah
mengelang-ngelang kepala geli hati mendengar kelatah Zatunnur. Sememangnya Zatunnur
sahabat yang baik! Alhamdulillah dia dikurniakan sahabat yang sebegitu.
Petang
itu setelah selesai kerja-kerja di pejabatnya, Aathifah memandu kereta Viva Elitenya
menuju ke pejabat Danial. Dia ingin segera menyudahkan penyerahan
langsir-langsir berkenaan supaya dia dapat pulang dengan segera. Dia perlu
menyiapkan tempahan baju-baju yang telah diterima menjelang beberapa bulan lagi
hari raya Aidilfitri akan menjelma. Kebiasaan tempahan akan mula diterimanya
seawal tiga bulan kerana tanggungjawabnya yang banyak, iaitu bekerja di
pejabat, sambilan di Tesco dan urusan rawatan bapanya yang kadang-kadang
terpaksa dia lakukan sekiranya Aiman tidak dapat uruskan kerana kerjanya yang
mengikut syif.
Ketibaanya disambut oleh Zatunnur
yang sedia menanti di meja kerjanya. Setelah melihat kelibat Aathifah muncul di
muka pintu pejabat itu, Zatunnur segera memberitahu
Danial akan kedatangan Aathifah.
"Assalammualaikum warahmatullah
hiwabarahkatuh, Nur. Busy ker?"
Aathifah mula bertanya apabila mendapati Zatunnur menggunakan telefon pejabat
sebentar tadi.
"Eh! Tak de la. Nah, ni ceknya.
Tengok cukup tak?" Zatunnur segera menyerahkan cek bernilai empat ribu
lima ratus kepada Aathifah.
"Alhamdulillah, betul la ni.
Cukup dan tepat. Thanks Nur."
Aathifah bersyukur sambil cuba bergurau dengan nilai yang diperolehinya.
"Cukup ye. Nah ni pulak duit
yang aku cakap aku nak bagi pinjam tu. Tak banyak dalam dua ribu jer. Pakai la
dulu." Zatunnur menghulurkan sampul yang berisi duit di dalam sampul surat
berwarna putih itu.
"Eh! Sungguh ker ko nak bagi
aku pinjam ni. Nanti cukup ker duit ko nak belanja bulan-bulan?" Aathifah
nyata terkejut.
"Insya-Allah ada. Ko jangan
risau sangat la. Bukan aku bagi semuanya kat ko pun. Mana yang aku rasa mampu
jer." Zatunnur tersenyum.
"Alhamdulillah. Thanks Nur. Nanti-nanti aku bayar segera
duit ko ni balik. Tapi sikit-sikit la ye, boleh?" Aathifah membuat muka
comel dengan mengedip-gedipkan matanya.
"Amboi! Comel la sangat tu! Dah
jangan nak mengada-ngada ye. Aku tak kisah berapa dan bila ko nak bayar balik. Take your time. Yang penting jaga
kesihatan ko tu jangan sampai sakit pulak. Nanti semua orang susah hati. Ingat!"
Zatunnur buat mata jegilnya. Konon-kononnya memberi amaran keras kepada
Aathifah.
"Yes, madam." Aathifah membuat tabik hormat sambil tersenyum.
"Dah-dah. Nak aku panggilkan
Mr. Danial ker? Kot ko ada nak cakap apa-apa dengan dia?" Zatunnur cuba
menduga sahabatnya.
"Eh! Tak pe la. Tak de benda
nak cakap dengan dia pun. Okey la, aku gerak…." Belum sempat Aathifah
menghabiskan kata-katanya, Danial keluar daripada biliknya.
“Ha! Aathifah, terima kasih kerana
sudi menjahit langsir-langsir tu. Dah dapat ker ceknya?“ Danial bertanya sambil
tersenyum berseri-seri.
“Haaa!!! A’ah dah. Terima kasih Mr. Danial sebab sudi
tempah dengan saya. Saya harap hasilnya seperti yang Mr. Danial harapkan.“
Aathifah bertutur sopan.
“Aik! Kenapa panggil Mr. Danial lak
ni. Kan saya cakap Aathifah leh panggil saya Danial jer. Lain la kalau Aathifah
staf saya. Lagipun dah abis waktu keje Nur pun saya tak bagi panggil saya Mr.
Danial dah. Okey, semua paham?“ Danial tersenyum. Zatunnur hanya mengangguk
kepalanya.
“Tapi saya tengah buat business dengan Mr. Danial ni jadi kene
la panggil Mr. Danial. Dah abis buat business
nanti baru leh panggil Danial. Tak gitu?“ Semua tertawa mendengar alasan
Aathifah.
“Ade jer alasan awak ni Aathifah. So, nanti boleh awak ngan Nur tolong
gantungkan tak langsir-langsir ni? Saya tak pandai la. Tak pun ajarkan saya
sekali. Boleh saya tolong sekali. Cepat siap leh cepat kita gi makan. Saya nak
belanja Aathifah ngan Nur sekali.“
“Eh! Tak payah susah-susah belanja
makan Mr. Danial. Lepas pasangkan langsir ni semua, saya kene lik awal ada keje
sikit kat umah.“ Aathifah beralasan.
“A’ah la Mr. Danial. Saya pun kene
balik cepat ada hal kat umah.“ Zatunnur turut memberi alasan yang sama.
“Aik! Macam tak sudi jer korang ni.
Dah berpakat ker?“ Danial cuba mengusik.
“Eh! Tak la memang betul ada hal.“
Zatunnur menjawab terlebih dahulu sebelum Aathifah. Aathifah hanya mengangguk
mengiyakan.
“Okey la kalau macam tu. Jom cepat
kita gantung. Nanti lewat lak. Nanti nak gi rumah saya lagi.“ Danial cuba
melarikan perasaan kecewanya.
“Nak kita orang gantungkan kat umah
Mr. Danial gak ker? Tadi kata nak belajo. Kita orang ajar satu cara pasangnya
kat office ni. Dah belajo nanti, Mr.
Danial pasang sendiri la kat umah bos. Boleh?“ Zatunnur cuba menyakat Danial.
“Amboi! Tak sayang saya ker Nur. Tak
sudi nak tolong saya ye. Memang la tadi saya kata nak belajo tapi saya risau
saya tersalah nanti. Terkoyak pulak langsir tu nanti. Saya tengok pun macam
susah sangat nak gantung langsir tu jer. Cantik sangat and grand jer. Takut saya
nak pasang sendiri.“ Danial sempat menilik langsir-langsir yang dijahit oleh
Aathifah. Memang ternyata cantik dan kemas, tidak macam langsir yang tergantung
di rumahnya ketika ini, biasa-biasa sahaja. Jahit lurus sahaja!
“Oh! Macam tu yek! Okey la kita orang
tolong tapi kene bayar la. Ni bukan keje saya ni.“ Zatunnur tersenyum mengusik
Danial.
“Tak pe nanti saya bagi lebih sikit
bonus tahun ni.“ Danial yakin menyatakannya walaupun dia tahu Zatunnur sekadar
mengusiknya.
“Eh! Serius lak bos ni. Saya
main-main jer la.“ Zatunnur terkesima dengan kata-kata Danial. Aathifah hanya
tersenyum mendengar perbualan dan usikan Danial dan Zatunnur sambil tangan
terus menggantung langsir.
‘Serasi jer dape ni. Siap
usik-mengusik lagi. Memang sesuuuuuai sangat!‘ Aathifah bermonolog.
Masing-masing terus membantu Aathifah setelah adengan usik-mengusik berlalu.
Waktu
sudah menganjak ke pukul enam setengah petang semasa masing-masing menapak
masuk ke rumah Danial. Ini merupakan kali kedua Aathifah dan Zatunnur menjejak
kaki ke rumah Danial. Sekali dulu sewaktu mengambil ukuran langsir rumah Danial
dan sekarang untuk menggantungkan langsir pula. Masih ingat Aathifah bagaimana
dia dan Zatunnur yang sedikit terkejut dengan keadaan rumah Danial yang penuh
kesederhaan itu. Mereka menjangkakan rumah Danial gah sepertimana rumah-rumah segala bos-bos di Malaysia ini biasa
diami. Kata Danial dia selesa dengan keadaan rumah yang sederhana sahaja. Pun
begitu hiasan dalamannya masih memukau dengan stail ringkas dan tersendiri
Danial pastinya!
Setelah seketika memulakan
kerja-kerja menggantung langsir telefon bimbit Zatunnur berbunyi. Panggilan
dijawab Zatunnur jauh dari pendengaran Danial dan Aathifah. Sekembalinya
Zatunnur dia bersuara.
“Mr. Danial, Aathifah, saya minta
maaf saya nak kene balik dah la. Ayah saya telefon. Ada hal sikit kat umah.“
Aathifah terkesima mendengar kata-kata Zatunnur. Dia segera menarik rapat
tangan Zatunnur menghampirinya dan berbisik.
“Eh! Tak kan ko nak tinggalkan aku
berdua dengan Danial lak, Nur.“ Aathifah sedikit cemas.
“Abis tu macam mana? Ayah aku dah
marah-marah kat sana tu. Aku memang kene balik ni Aathifah. Sorry, macam aku cakap tadi aku memang
ada hal kat rumah ni.“ Zatunnur berbicara
dengan nada yang diperlahankan juga.
“Eh! Tak pe. Nanti saya call pak guard kat depan tadi. Minta dia tolong temankan kita.“ Danial
berbicara cuba menyelesaikan masalah yang terjadi. Dengan pantas Danial menelefon
pondok pengawal keselamatan taman tersebut. Zatunnur kelegaan tetapi Aathifah
nyata masih tidak selesa.
"Okey la tu, ye Aathifah? Aku
betul-betul kena gi ni. Kalau tidak bercerai kepala aku daripada badan aku
ni." Zatunnur cuba bergurau bagi menyatakan betapa garangnya bapanya itu.
"Okey la. Lain kali bagitahu la
betul-betul. Aku ingat ko gurau jer tadi. Kalau aku tahu lain kali jer kita
pasang langsir ni." Aathifah yang faham benar perangai bengkeng ayah
Zatunnur segera membalas.
"Thanks Aathifah kerana memahami. And sorry tak bagitahu betul-betul tadi." Zatunnur memeluk
sekejap sahabatnya itu.
“Okey, kejab lagi Pak Rahim datang.“
Danial menjelaskan ringkas setelah dia mematikan panggilan yang dibuatnya tadi.
“Kalau macam tu saya gerak dulu la
ye. Aathifah aku gerak dulu tau. Okey kan?“ Aathifah yang terpandangkan wajah
kalut Zatunnur hanya mampu mengganggukkan kepala walaupun dia rasa berat nak
melepaskan Zatunnur pergi sebelum Pak Rahim sampai.
Setelah menghantarkan Zatunnur di
hadapan pintu masuk banglonya, Danial masuk semula ke rumahnya sambil membuka
luas pintu rumahnya. Dia serba salah ingin menghampiri Aathifah untuk terus
membantu Aathifah mengantungkan langsir-langsir yang masih tinggal sedikit.
Danial bercadang ingin menunggu Pak Rahim di hadapan pintu kayu rumahnya dahulu
baru menolong Aathifah semula apabila Pak Rahim sudah datang. Dia hanya memerhatikan
Aathifah membuat kerjanya daripada kejauhan.
Aathifah yang nyata ingin cepat
menyudahkan kerjanya segera meneruskan tugasnya. Entah macam mana silapnya
hujung kain langsir yang baru ingin dipasangnya itu terbelit di kakinya dan
menyebabkannya hilang imbangan diri. Sepantas kilat Danial meluru ke arah
Aathifah apabila dia ternampak Aathifah hampir terjatuh dari kerusi yang
dijadikan alas untuk dia berdiri lebih tinggi untuk menggantungkan langsir-langsir
tersebut. Pinggang ramping Aathifah menjadi tempat pautan kedua belah tangan
Danial supaya dapat memaut Aathifah dari jatuh ke lantai. Aathifah yang malu
dengan tindakan Danial segera membetulkan teguh berdiri dirinya itu. Danial
turut terkesima dengan keadaan mereka ketika itu, segera menarik tangannya
apabila Aathifah sudah dapat berdiri teguh atas kerusi semula.
“Thanks
Danial. Kain langsir ni terbelit kat kaki saya lak. Tu yang tak dapat nak
imbang.“ Masih mampu Aathifah berbicara walaupun wajah sudah bertukar warna.
“Tak pe. Mujur saya sempat sambut
kalau tak tahu saya nak jawab pe ngan famili awak. Terkejut betul saya tengok
tadi. Sorry, saya terpaksa memaut
pinggang awak. Kalau tak buat macam tu saya risau awak jatuh macam nangka busuk
lak.“ Danial cuba melawak.
“Amboi! Sempat lagi tu perli saya. Anyway thanks.“ Aathifah meneruskan
kerja-kerja seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Maih sini biar saya yang
gantungkan. Awak tunggu jer kat bawah. Tengok betul ker tak caranya."
Danial yang risau perkara yang sama berlaku lagi segera memberitahu. Danial
juga terus membantu Aathifah tanpa menyedari keadaan sekeliling. Danial cuba
menceriakan suasana dengan meneruskan bicara yang sedikit merapu.
“Tapi kan kenapa kalau jatuh kene guna
simpulan bahasa macam nangka busuk jatuh ye? Kenapa tak guna nangka elok jer?“
“Entah. Sebab nangka busuk kalau
jatuh memang buruk kot rupa ngan bunyinya. Ye la dah tebuk sana-sini, lebam
sana-sini. Macam muka orang yang jatuh gak la kot nampak buruk, masam muka
menahan sakit ngan lebam-lebam lagi. Bunyi jatuhnya pun gedebuk! Bukan pang!
macam pinggan jahut pecah ke lantai.“ Aathifah dan Danial tersenggih-senggih
mendengar alasan mengarut Aathifah pula.
Danial yang membantu Aathifah
menggantungkan langsir tidak menyedari ada penyangkuk yang sedikit tajam
hujungnya menusuk baju kemejanya dan apabila kain langsir di tarik ke atas
bajunya juga tertarik dan menyebabkan bajunya terkoyak besar. Mujur sahaja
Danial memakai baju singlet. Bunyi koyakkan itu mengejutkan mereka dan Danial
segera turun dari kerusi yang dinaiki dan melihat bajunya yang terkoyak itu.
“Alamak terkena baju lak penyangkuk
ni. Kejab ye Aathifah, saya gi tukar baju.“ Danial yang tidak selesa berkeadaan
begitu meminta diri. Aathifah tidak terkata apa-apa melihat situasi itu dan hanya
mengangguk.
‘Hari ni aku jadi burung belatuk jer
la kot. Asyik-asyik mengangguk jer kejenya!‘ Aathifah tersenyum sendirian bila
mana berkata sendirian. Mujur kala itu Danial telah berpaling menuju ke biliknya.
Aathifah meneruskan kerja-kerja memasang penyangkuk-penyangkuk pada kain
langsir. Danial yang tidak selesa dengan keadaan bajunya mula membuka baju
kemejanya dengan spontan dan meletakkannya di kepala sofa. Langkahnya termati
apabila terdengar loceng pintu berbunyi.
“Eh! Macam mana leh tertutup lak
pintu tu? Tadi saya dah buka luas pintu tu. Angin tiup kot. Kejab Aathifah
jangan panjat lagi kerusi tu. Nanti jatuh lagi. Saya nak buka pintu tuk Pak
Rahim kejab.“ Danial terus berlalu mendapatkan pintu kayu rumahnya.
“Ini Encik Danial ke? Kami dari
Jabatan Agama Islam datang jumpa encik sebab dapat aduan yang encik berkhalwat
dengan seorang wanita Muslim kat sini. Boleh kami masuk?“ Demi pintu dibuka
oleh Danial seorang lelaki lengkap berjaket hitam bersuara. Danial
terpinga-pinga mendengar kata-kata lelaki tersebut. Aathifah yang mendengar
kata-kata itu berpaling ke arah pintu.
“Siapa perempuan tu Encik Danial?“
Kata-kata itu membawa bersama pandangan Danial kepada Aathifah. Danial hilang
kata-kata.
“Ya Allah!“ Hanya itu yang terpacul
keluar dari bibir mungil Aathifah dan tubuhnya telah terduduk di lantai.
Melayang-layang tubuhnya, Aathifah rasakan ketika itu. Airmata begitu pantas
muncul dan mengalir laju di pipinya. Danial betul-betul keliru dengan apa yang
berlaku. Mana perginya Pak Rahim yang tidak-tidak muncul tiba. Segala kesalan kerana
dia tidak menyedari kelewatan Pak Rahim lebih awal tidak berguna lagi. Nasi
sudah menjadi bubur!
No comments:
Post a Comment