Perasaan Apakah Ini?
“D
|
ia kena
banyak belajar tu Mak Mah. Tu yang balik lewat selalu. Mak Mah jangan la risau.
Tak lama lagi keadaan kembali macam biasa la bila dia dah cekap.“ Haq serius.
Matanya masih tertancap memandang wajah Umairah yang sayu bila mana mendengar
kata-kata Mak Mah tadi. Entah kenapa Haq tidak sedap hati melihat kesayuan
wajah Umairah itu. Umairah masih tertunduk memandang meja dengan wajah sayunya.
“Umairah,
kenapa ni? Kenapa tak habiskan makan Durian Krepe tu?“ Haq kembali bersuara.
“Haah?!!
Saya nak makan la ni.“ Umairah yang terkejut dengan pertanyaan Haq yang
tiba-tiba itu segera membalas dan memasukkan baki Durian Krepe ke mulutnya.
“So, Umairah, pe aktiviti kita hari ni?
Ada yang baru tak?“ Haq kembali bertanya bila mendapati Umairah seperti ingin
mengunci kata-katanya.
“Haah!!?
Emmm… Kejap lagi kita gi buat senaman then
berlatih berdiri. Kali ni kita cuba buat langkah setapak dua sebab saya tengok
Haq dah nak boleh berdiri dengan sendiri. Then
kita dengar ceramah sikit. Saya ada beli dvd ceramah Ustaz Azhar Idrus ni. Best tau, kelakar.“ Umairah kembali
menceriakan diri.
“Okey,
jom la.“ Haq bernada serius kemudian dia sudah bergerak dengan memutarkan roda
kerusi rodanya.
“Mak Mah
jom kita buat senaman sama. Kali ni kita sama-sama bersenam dengan Haq. Mak Mah
pun kena selalu bersenam supaya tak la sakit-sakit pinggang buat kerja rumah.
Jom.“ Umairah menarik tangan Mak Mah.
“Ye la,
ye la. Tapi jangan buat yang susah-susah ye.“ Mak Mah tersenyum.
“Tanggung
beres!“ Umairah tersenyum sambil menunjukkan ibu jarinya.
“Best kan
ceramah tadi. Kalau awak suka esok saya bawa yang lain pula. Awak tau, kalau
kita tak nak hati kita menjadi hitam gelap, kita kena selalu mendengar majlis-majlis
ilmu yang macam tu.” Umairah berkata sebaik dia menutup semula pemain dvd
setelah dia serta Haq dan Mak Mah menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus
tadi.
“Best sangat. Esok awak bawa la lagi.
Boleh kita tengok sama-sama. Dulu masa saya sihat saya selalu gak temankan mama
gi ceramah ustaz kesukan mama tu. Entah apa namanya saya dah lupa. Bila saya
jadi macam ni, Din yang temankan mama. Tapi sekarang mama gi ngan papa jer
sebab dua-dua anak-anaknya dah tak boleh diharapkan. Sorang dah lumpuh sorang
lagi sibuk sampai malam-malam baru balik.“ Haq lembut berbicara. Mendengarkan
nama Din disebut hati Umairah kembali menjadi sayu. Dia dipagut rasa bersalah.
‘Kenapa
dengan perasaan aku ni? Perasaan apakah ini, Ya Allah? Kenapa setiap kali nama
dia disebut aku jadi resah? Akukah yang bersalah sehingga dia menyibukkkan diri
sebegini? Mengelak daripada bertembung dengan diriku? Macam mana aku nak
betulkan semua ni?‘ Umairah monolog sendirian, melayan rasa hatinya.
“Hello!
Umairah. Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?“ Haq yang melayang-layangkan
tangannya di hadapan muka Umairah kehairanan bila kata-katanya tidak mendapat
respon daripada Umairah. Umairah yang tersedar dengan ketelanjurannya segera
bertanya.
“Haah!!?...
Awak cakap pe tadi? Saya tak dengar la.“
“Iissh!
Awak mengelamunkan apa ni? Saya tanya tadi, awak ada jumpa dengan Din tak lepas
awak kerja menjaga saya ni?“ Haq bertanya dengan nada marah.
‘Kenapa
aku nak marah ni? Sakitnya hati aku ni. Perasaan ini apa sebenarnya? Tak kan
aku nak jealous dengan adik sendiri
kot? Mereka bukannya ada apa-apa hubungan pun. Patut ke aku tanya sahaja dengan
Umairah akan perasaan dia terhadap aku? Tak pun perasaannya terhadap Din?‘ Haq
pula berperang dengan dirinya sendiri.
“Tak
pernah jumpa dia dah. Ye la, macam yang awak cakap dia kan sibuk. Macam mana
nak jumpa dengan saya. Lagipun buat apa dia nak jumpa saya. Saya ni bukan
sesiapa.“ Umairah bernada tidak puas hati.
‘Alamak!
Macam mana leh terkeluar suara macam tu. Jangan Haq dapat tangkap yang aku tak
puas hati sudah. Masak aku! Haihh!’ Monolog Umairah sendirian.
‘Pe sal,
dia macam merajuk jer bunyinya. Diaorang ni ada apa-apa ker? Apa aku nak buat
ni supaya semua ni aku dapat selidik tanpa pengetahuan dape?‘
“Betul la
tu, dia sibuk.“ Haq menjawab pendek. Dia terasa dengan kata-kata Umairah yang
lagaknya seperti merajuk dengan Saifuddin.
“Haq nak
air tak? Saya ingat nak gi dapur tolong Mak Mah masak lunch.“ Umairah cuba mengelak.
“Boleh
gak. Tolong bawakan saya air masak ye. Thanks.“
Haq serius, namun tetap melemparkan senyuman raja. Matanya masih memandang Umairah.
Umairah segera berlalu ke dapur sementara Haq masih memikirkan cara untuk
mengetahui hati Umairah terhadap Saifuddin dan begitu juga sebaliknya. Haq
segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghubungi Saifuddin.
“Assalammualaikum,
bro. Ko busy ker?“ Haq pantas memulakan perbualan.
“Waalaikummussalam.
Tak la busy sangat, kenapa?“
Saifuddin menjawab lemah.
“Kalau ko
free tengah hari ni, ko lik la lunch kat rumah. Kita dah lama tak
makan sama. Pagi ko gi sebelum kita semua sarapan. Lik pulak dah tengah malam.
Aku pun dah tak tau macam mana rupa adik aku yang sorang ni. Jangan-jangan dah
macam Osama bin Laden pe?“ Haq cuba mengusik.
“Banyak
la ko punya Osama. Tengah hari ni aku tak dapat nak lik sebab aku ada appointment. Nanti malam kita jumpa la
ye. Okey la, aku ada incoming call
ni. Assalammualaikum. “
“Okey,
Waalaikummussalam.“
‘Aish!
Tak jadi lak plan aku ni. Tak pe, nanti aku plan yang lain lak.‘ Monolog Saiful
Haq.
“Nah
airnya.“ Umairah datang bersama air masak.
“Thanks.
Tadi saya ada ajak Din lunch sama
ngan kita kat rumah.“ Saiful Haq cuba menduga Umairah.
“Abis tu
dia nak lik ker?“ Umairah kekalutan.
“Tak la,
dia kata dia ada appointment.“ Saiful
Haq menjelaskan.
“Oh!
Okey. Saya masuk dapur dulu. Nak tolong Mak Mah masak.“ Umairah kecewa.
‘Kenapa
aku tengok dia ni kejap kalut, kejap kecewa? Apa sebenarnya perasaan ko ni,
Umairah? Kenapa buat aku confuse?
Aduh! Sakitnya hati aku. Baik aku masuk bilik.‘ Haq berlalu pergi dengan jiwa
yang kecewa. Sejak seminggu yang lalu, dia sudah berpindah ke bilik bawah.
Tidak lagi menghuni bilik di atas dan ini semua dilakukan supaya memudahkannya
bergerak dengan sendirinya di dalam rumah itu.
******************************
“Kalau saya nak cakap sikit
dengan awak pasal hal peribadi, boleh?“ Umairah yang baru lepas menonton video
ceramah Ustaz Azhar Idrus bersama dengan penghuni Teratak Kasih pada pagi itu
mula bersuara kepada Saiful Haq.
“Hal
peribadi? Saya tak sangka awak sanggup berkongsi hal peribadi dengan saya.
Selalu tu tak sempat saya nak tanya awak dah cakap hal lain.“ Saiful Haq
tersenyum sumbing.
“Orang
cerita pasal hal peribadi awak la, bukan saya. Pe yang saya nak cakap ni
mungkin akan menguriskan hati awak tu sebabnya saya cakap hal peribadi.“
Umairah cuba berhati-hati menyimpul kata-katanya.
“Pasal
saya? Okey, teruskan. I’m ready to listen.“ Saiful Haq serius.
“Saya ada
dengar ustaz-ustaz cakap masa kita sedang sakit digalakan bersedekah supaya
dapat meringankan bebanan kesakitan kita. ‘Ubatilah orang yang sakit
di antara kalian dengan sedekah‘. Hadis Riwayat Abu Dawud, dihasankan oleh al-Albani
dalam Shahihul Jami’, kalau tak silap saya la. Abi saya pun selalu ingatkan
saya tentang hal itu bila saya sakit. Awak cubalah semoga Allah melihat
keikhlasan awak dan mempercepatkan kesembuhan awak.“ Umairah memberikan
pendapatnya.
“Insya-Allah, saya akan
lakukan nanti. Terima kasih sentiasa ingatkan saya. Untung mak dan bapa awak
punya anak yang macam awak.“ Saiful Haq tersenyum senang hati.
“Sahabat
adalah keperluan jiwa yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi
dengan kasih dan kau subur dengan penuh rasa terima kasih. Dan dia pulalah
naungan dan pendiamanmu. Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan
mencarinya saat jiwa memerlukan kedamaian. Kata-kata pujangga tentang sahabat. Dan
saya ingin jadi seperti itu.“ Umairah tersenyum sebelum melangkah ke dapur.
Saiful Haq yang terpempan dengan kata-kata Umairah hanya mampu memandang
senyuman manis Umairah.
“Haa… Pe yang dimenungkan
tu? Nah minum air oren ni.“ Teguran Mak Mah mematikan lamunan Saiful Haq
terhadap senyuman Umairah tadi.
“Haah?! Terima kasih Mak
Mah. Saya masuk bilik saya dulu ye Mak Mah. Nanti kalau ada apa-apa panggil la
saya.“ Saiful Haq segera beralih masuk ke dalam biliknya. Mak Mah juga
melangkah semula ke dapur meneruskan kerjanya memasak untuk tengah hari itu.
Seperti biasa, Umairah setia membantunya.
“Terima kasih la, Umairah.
Sejak Umairah tolong membantu menguruskan Haq, dia dah semakin pulih. Drastik
gak perubahannya kalau nak dibandingkan masa dia kecewa dulu. Muka dia
berseri-seri. Bukan tu saja, kakinya pun dah semakin menunjukkan tanda-tanda
yang baik.“ Mak Mah mengungkapkan kata-katanya kepada Umairah.
“Terima kasih kembali, Mak
Mah. Kalau bukan semua turut memberikan sokongan dan bantuan, saya rasa saya
tak mampu buatnya sendirian. Sama-samalah kita berdoa dia akan sentiasa
berkeadaan begitu dan bertambah baik lagi.“ Umairah rendah bersuara sepertimana
dia merendahkan dirinya.
“Insya-Allah, Allah
bersama-sama dengan hamba-Nya yang tidak mudah putus asa.“ Mak Mah tersenyum manis.
“Nampaknya sampai sini
sajalah misi saya. Mungkin lepas ni kita akan jarang nak jumpa.“ Umairah yang
masih memotong sayur bersuara sayu tanpa memandang Mak Mah.
“Apa Umairah cakap? Misi?
Misi apa?“ Mak Mah yang pelik dengan kata-kata Umairah mula bertanya.
“Haah?! Saya cakap kerja
saya mungkin sampai sini. Lepas ni saya akan berhenti sebab Haq pun dah semakin
bersemangat dan dah boleh uruskan dirinya sendiri. Rindulah saya nanti dengan
Mak Mah.“ Umairah membetulkan kata-katanya yang terlepas sambil memandang sayu
wajah Mak Mah.
“Cepatnya Umairah dah nak
berhenti. Auntie Niza dah tahu ker?
Haq cakap pe?“ Mak Mah serba tidak kena.
“Haah! Saya kata tadi
mungkin jer. Nanti saya tanya dengan auntie
macam mana. Kalau ikutkan macam tu la perjanjiannya dulu.“ Umairah tersenyum
membalas.
“Ye la. Umairah pun nak
cari kerja lain gak la kan. Bukan senang nak kumpulkan duit nak sambung
belajar. Haq tu kalau cakap elok-elok mungkin dia akan faham keadaan Umairah.“
Mak Mah meyakinkan Umairah sambil mengusap-usap lembut belakang badan Umairah.
Umairah sedikit lega mendengar kata-kata Mak Mah namun masalahnya macam mana
dia nak bertanyakan hal itu dengan Haniza, sedangkan dia sebelum ini berbincang
dengan Saifuddin.
‘Macam mana aku nak tanya
ye? Nak sms ke? Macam tak serius jer.
Nak gi jumpa? Macam la dia nak jumpa sebab sampai sekarang pun dia mengelakkan
dirinya. Abis tu nak call? Agak-agak
dia angkat tak panggilan aku nanti ye? Isshk! Rungsingnya. Ah! Lantak la,
nanti-nanti la baru fikir.‘ Umairah berbicara dengan hatinya sendiri. Hatinya
gundah menyebabkan tangannya mula memetik sayur kacang buncis dengan sambil
lewa.
Sudah hampir lima minit Umairah
melabuhkan punggungnya di bangku marble putih di luar rumahnya. Memikirkan hal
berkenaan misinya yang sudah dirasakan selesai itu. Tanpa dia sedari Jamilah
datang menghampirinya.
“Amboi!
Khusyuknya mengelamun. Ingatkan buah hati ker?“ Jamilah tersenyum mengusik
sambil mencuit pinggang Umairah.
“Ooi! Tak
de apa la. Ko ni datang bukan nak bagi salam dulu. Main sergah macam tu jer.
Nasib baik jantung aku tak de masalah kalau tak dah lama dah jalan.“ Umairah
sengaja buat-buat marah untuk melarikan dirinya daripada menjawab pertanyaan
Jamilah.
“Ye la. Sorry. Assalammualaikum. Tuan Permaisuri
Yang Memiliki Mata Yang Cantik, menungkan apa? Ingatkan Tuan Putera Pedang
Agama ker?“ Jamilah cuba serkap jarang sambil turut sama melabuhkan punggungnya
di sebelah Umairah.
“Pe hal
siap main sebut makna nama aku bagai ni?“ Umairah pula yang bertanya.
“Apa
masalah ko sebenarnya ni. Kelat jer aku tengok. Cer cete, cer cete? Kalau aku
tak boleh tolong pun sekurang-kurangnya mungkin boleh kurangkan rasa terbeban
ko tu.“ Jamilah masih mengharap Umairah mahu bercerita dengannya.
“Aku
bukan apa. Aku tengah fikirkan Saifuddin, Tuan Putera Padang Agama yang ko
cakap tu la. Ko jangan fikir yang bukan-bukan lak. Ko tau kan yang aku
diberikan misi untuk mengembalikan semangat Saiful Haq tu dan aku rasa misi aku
dah accomplish.“ Umairah cuba menarik
nafas yang dirasakan ketat.
“Abis tu
apa masalahnya sekarang. Diaorang nak suruh ko terus jagakan Abang Haq ker? Tak
kan la diaorang nak buat macam tu. Daripada buat ko macam tu baik kahwinkan ko
dengan Abang Haq lagi bagus. Dapat gak pahala yang banyak sebagai isteri
daripada setakat pahala menolong orang kan.“ Jamilah keliru.
“Ko ni
tak de lain kan. Asyik nak jadi agen pencari jodoh jer. Baik ko tukar profesion
jadi Couple Matchmaker jer kan.“
Umairah tarik muka masam.
“Bagus
juga cadangan ko tu. Ramai gak senarai pelanggan yang bermain dalam fikiran
aku, yang boleh aku ‘ngap’. Anak-anak Auntie
Niza, ada tiga orang, ko ngan Amirah, Nizam
and the gang, kawan-kawan kita and anak-anak kawan-kawan papa and mama. Tu
belum masuk anak-anak kawan-kawan Auntie Niza ngan abi dan umi ko kan. Ushh!
Mesti berjaya aku nanti. Masuk giler duit aku nanti. Makcik kayo! Makcik kayo!“
Jamilah tersenyum mengenakan Umairah. Satu tamparan mesra hinggap di lengan
Jamilah yang diberikan oleh Umairah.
“Saja
kan. Suka la tu kenakan aku. Haa! Buat la lagi.“ Umairah cuba merajuk. Jamilah
masih tersenyum lebar.
“Tapi
kalau ko tak nak dijodohkan dengan Abang Haq ko boleh pilih Abang Din. Dia tu
aku rasa lagi sesuai dengan ko. Kalau ko nak anak-anak yang terlebih comel ko couple jer dengan Rayyan, mesti gempak
punya la nanti. Gabungan bangsa Syria
ngan American Latin. Ush! Tak dapat
aku nak bayangkan.“ Jamilah masih tidak puas mengusik Umairah yang sudah
kemerahan mukanya.
“Kalau ko
tak nak henti aku masuk dulu la.“ Umairah sudah bangun untuk berlalu masuk ke
rumahnya.
“Alah!
Jangan la merajuk. Aku tengok ko ni sekarang semakin sensatif. Sape lagi yang
aku nak usik kalau bukan ko, kan. Ko tak pe la, ada ramai adik, aku ni sebatang
kara jer. Bagilah aku peluang nak usik ko.“ Jamilah tersenyum manis sambil
memegang kemas tangan Umairah. Umairah kembali duduk disisi Jamilah.
“Syukur
juga ko masih ada papa dan mama untuk ko meluahkan kasih sayang berbanding aku
yang hanya menumpang kasih ngan famili abi dan umi. Kita harus sentiasa melihat
sekeliling kita untuk mengetahui kelebihan yang Allah berikan dengan bandingkan
kekurangan kita dengan orang lain yang lebih lagi berkurangannya. Dengan cara
itu kita akan lebih bersyukur dengan sedikit kelebihan yang kita miliki daripada
kekurangan yang kita rasai.“ Umairah cuba mengingatkan sahabatnya itu.
“Alhamdulillah,
aku bersyukur. Aku juga syukur kerana punya seorang sahabat ini yang sentiasa
sayangkan aku dunia akhirat dengan selalu mengingatkan aku yang sering leka dan
terlepas kata.“ Jamilah tersenyum sambil memeluk erat bahu sahabatnya itu.
Keadaan sunyi seketika.
“Ko
cubalah call Abang Din tanya dia
macam mana. Kalau dia sibuk sangat sampai tak dapat nak angkat panggilan ko, ko
bagi jer la message. Lebih baik ko
tanya sebab kalau ko tak tanya sampai bila-bila la ko dok terperap kat rumah Auntie Niza jer. Aku nak gak merasa join bekerja ngan ko kat hotel tu. Tak
la aku bosan tak de teman yang gila-gila macam ko ni. “ Jamilah memecahkan
kesunyian mereka.
“Ada
kosong lagi ker kat syif ko tu?“ Umairah cuba merisik khabar.
“Entah
la. Aku rasa macam tak cukup orang jer. Semua orang sibuk giler buat kerja
sampai nak sembang-sembang pun payah. Aku tengok syif lain okey jer bergurau
senda.“ Jamilah mengeluh kecil.
“Bagus la
macam tu. Tak de dikatakan makan gaji buta kan. Lagipun dengan cara macam tu
barulah lebih fokus dengan kerja dan dapat mempersembahkan mutu dan kualiti
masakan yang terbaik, kan.“ Umairah cuba memberikan sedikit semangat kepada
Jamilah.
“Ko nak
tau tak Umairah, kadang-kadang aku rasa hotel tu macam Muslim Modeling Agency
lak. Mamat dan minah-minah kat sana semua boleh tahan lawa dan cantik. Walaupun
ada yang berkulit gelap tapi tetap manis. Rambang gak mata aku ni tengok. Bukan
main pandai Uncle Rafieq pilih pekerja.
Bukan calang-calang orang.“ Jamilah tersenyum membayangkan wajah-wajah pekerja
Hotel Teduhan Kasih.
“Mulalah
tu nak mengatal. Aku ingatlah ko ni dah tahap wajib kahwin dah ni. Bukan lagi
sunat. Baik aku suruh papa ko minta Danial datang meminang cepat-cepat sebelum
ko buat yang bukan-bukan. Takut aku tengok mata bersinar kemiangan ko tu. Eee!“
Umairah buat-buat geli-geleman.
“Isshk!
Tak nak lah aku kahwin awal-awal ni. Tak puas lagi nak hidup bebas sebagai anak
gadis. Tak puas nak cuci mata dengan ciptaan Allah yang terbaik di dunia ni.
Lagipun aku belum bersedia nak jadi isteri mithali lagi. Ingat senang ker nak
jadi seorang isteri ni. Banyak tanggung jawabnya tau.“ Jamilah serius.
“Tau pun.
Ingat dah tak sabar nak jadi isteri tadi. Kalau masih nak jadi anak gadis,
jangan lupa menjaga kehormatan diri sebagai anak gadis Muslimah. Tapi okey per
ko kahwin awal, macam ko cakap tadi la, boleh mendapat pahala banyak sebab jadi
seorang isteri. Setiap perkara baik yang dilakukan untuk suaminya akan mendapat
pahala yang berlipat kali ganda.“ Umairah mengangkat kening mengusik.
“Ni sape
yang sepatutnya kahwin awal ni, aku ker ko ni? Bukan main lagi fikiran ko tu.
Semua warna ada biru, kunin,g putih, merah.“ Jamilah menjegilkan matanya
sedikit.
“Eh! Pe
pulak. Ko ingat aku fikir apa? Haa! Sekarang ni sape yang fikir biru, kuning,
putih, merah ni? Aku cakap dengan hati yang suci bersih lagi murni, pe.“
Umairah sudah tersenyum manis dengan usikannya itu. Jamilah turut tersenyum
sambil melagakan bahunya dengan bahu Umairah.
“Umairah,
ko tak de apa-apa perasaan kat Abang Haq ker? Ye la, ko bukan pernah berkawan
rapat ngan mana-mana lelaki sebelum ni. Manlah nak tahu kali pertama ko rapat
ngan kaum Adam macam Abang Haq, ko ada terasa nak bercouple. Aku teringin sangat nak tengok ko bercouple dan bahagia macam orang yang lain bercinta.“ Jamilah
bertanya sambil memandang wajah manis Umairah. Umairah diam membisu sambil
matanya memandang langit yang penuh dengan gemerlapan bintang-bintang. Setelah
mendiamkan diri seketika, Umairah bersuara.
“Perlukah
couple-bercouple ni? Aku takut akan mendorong kepada maksiat jer nanti. Ko
pun tahu syaitan suka dekat dengan orang yang macam tu. Aku bukanlah nak perli
ko. Aku tahu ko jarang berjumpa dengan Danial dan kalau jumpa mesti aku
temankan dan jumpa pun kat tempat yang ramai orang. Tapi itu pandangan aku.“
Umairah kembali memandang wajah temannya itu.
“Aku
faham maksud ko. Mungkin fitrah manusia yang suka mengikat seseorang supaya
mengingatkan pasangan dan orang lain yang mereka sudah dimiliki secara tidak
rasmi. Tapi pada aku mungkin masa sekarang ni dengan cara ini kita boleh
mengenali pasangan kita supaya kita tidak berkahwin dengan seseorang yang teruk
macam kaki pukul atau seumpamanya. Orang sekarang ni bukan macam orang
dulu-dulu, ramai yang muka nampak alim tapi sebenarnya kaki hisap, kaki pukul
dan kaki mempermainkan perasaan dan harta benda orang jer. At least, kalau kita berpacaran, kalau kawan-kawan atau
saudara-mara kenal orang itu orang yang macam mana boleh gak bagi amaran kan.“
Jamilah pula memberikan pandangannya.
“Nak ker
pasangan ni dengar amaran orang lain macam tu? Bukan mereka sudah dikaburi
dengan cinta ker. Dah saying, jadi cinta membutakan mata mereka. Yang buruk pun
dikatakan baik.“ Umairah menduga.
“Itu
mungkin bagi orang lain. Tapi pada aku, niat aku couple ngan Danial sebab yang macam tu. Insya-Allah aku tak kan
mudah butakan mata hati aku ngan cinta yang belum tentu hak aku tu.“ Jamilah
cuba mempertahankan dirinya.
“Alhamdulillah.
Bagus la kalau ko fikir macam tu. Aku berdoa yang baik-baik untuk ko ngan
Danial. So, Danial apa khabar?“
Umairah cuba mengubah suasana.
“Alhamdulilah,
dia sihat jer tapi sibuk nak cari duit katanya. Nak kumpul duit sebab nanti nak
bina keluarga guna banyak duit. Tu apa yang dia sms la kan. “ Jamilah tersenyum kambing.
“Bagus la
tu, dia beringat. Sekurang-kurangnya ko dapat pakwe yang memikirkan masa depan.
Biasanya orang yang beriman ni akan fikir semua tu. Aku berdoa korang akan
kekal bersama sampai berumah tangga dan sampai akhir nyawa.“ Umairah tersenyum.
“Asyik
cerita pasal aku jer, ko tu kalau ada yang cuba mengetuk hati ko cubalah ko
buka hati ko bagi peluang untuk orang tu. Jangan bekukan hati ko tu semata-mata
sebab ko tu anak angkat atau sebab ko anak pelarian Syria. Itu semua masa
lampau ko. Lagipun bukan salah ko pun semua tu terjadi. Aku yakin akan ada
hamba Allah yang benar-benar beriman akan terima diri ko seadanya.“ Jamilah
menyuntik semangat kepada Umairah.
“Insya-Allah
bila sampai masanya nanti.“ Umairah tersenyum tawar. Namun hatinya berbicara
sendirian.
‘Bukan
itu sahaja masalah yang harus aku fikirkan sekarang. Kalaulah ko tahu masalah
aku yang paling besar kini, aku pasti ko akan fikir dua tiga kali pasal aku,
Jamilah.‘
“Amboi!
Anak dara dua orang ni. Tak tahu nak masuk dalam rumah ker? Tak elok anak dara
duduk lama-lama kat luar malam-malam macam ni. Nampak dek mak mertua tak jadi
nak masuk meminang ni.“ Mahani yang sudah berada di muka pintu rumah tidak jauh
dari bangku yang diduduki oleh Umairah mula menyapa mereka.
“Makcik
pun sama ker nak tengok Umairah ni cepat kahwin?“ Jamilah tergelak sedikit
mendengar kata-kata Mahani. Umairah yang sedikit terusik dengan kata-kata
Jamilah segera menampar mesra bahu Jamilah.
“Dua-dua
pun makcik harap cepat-cepat kahwin. Dah tahap boleh kahwin dah pun
dua-duanya.” Mahani menjawab sebelum menyambung.
“Ya Allah
Umairah! Kenapa tak buatkan Jamilah ni air ker makanan sikit. Kesian dia datang
tak dijamu dengan apa-apa.“ Mahani yang memandang meja dihadapan anaknya kosong
mula bising menegur.
“Astaghfirullahalazim!
Lupa la umi. Khusyuk sembang sampai tak ingat nak hidang apa-apa pun tadi. Sorry Mila, aku masuk dalam ambil kejap.“
Umairah bingkas bangun. Namun Mahani segera menahan Umairah.
“Tak pe,
Umairah layan la Mila. Biar umi yang masuk dalam ambil.“ Mahani ingin berpaling
untuk masuk.
“Makcik
tak payah susah-susah. Bagi air kosong jer sudah la. Dah malam sangat ni, saya
tak nak makan nanti badan jadi lemah dan berlemak lak.“ Jamilah tersenyum.
“Ye la,
nanti makcik ambilkan air kosong.“ Mahani tersenyum mendengar kata-kata
Jamilah.
“Nanti ko
jangan lupa call Abang Din tau, tanya dia pasal misi tu. Dia tu aku tengok
ambil berat dengan ko. Selalu turun jumpa aku kat dapur tanya pasal ko.“ Jamilah
bersuara sambil mata pula memandang langit yang indah dengan cahaya bintang.
“Dia
tanya pasal aku? Dia tanya apa? Apa yang dia nak tahu?“ Umairah sedikit kalut
dengan pernyataan Jamilah sebentar tadi. Jamilah yang tahu dengan perasaan
Umairah hanya tersenyum kambing penuh makna.
“Tak la,
dia kata badan ko dah susut sikit tu yang dia tanya ko sihat ker tak. Kadang tu
dia kata muka ko pucat la, tak bersemangat la.“
“Dia
cakap macam tu. Bila pula masanya dia tengok aku?“ Umairah sedikit pelik.
“Apa yang
ko cakap ni? Mestilah dia tengok ko masa ko kat rumah dia. Kan ker ko selalu gi
rumah dia tolong uruskan Abang Haq. Pe punya soalan la yang ko tanya ni?“
Jamilah ketawa kecil kerana merasa lucu dengan pertanyaan Umairah. Belum sempat
Umairah menjawab, Mahani datang bersama dua gelas dan dua jag kecil air kosong
dan jus oren.
“Nah
Umairah. Mila minum ya. Makcik masuk ke dalam kejap, pakcik panggil. Ingat jangan
lama sangat, dah malam ni.“ Mahani sekali lagi mengingatkan.
“Baik
makcik. Lepas minum ni saya balik. Terima kasih, ya makcik.“ Jamilah
tersipu-sipu malu ditegur begitu. Mahani hanya menggelengkan kepalanya melihat
telatah anak-anak dara tersebut. Setelah merasakan Mahani menjauhi mereka
Umairah kembali bersuara.
“Untuk
pengetahuan ko dah hampir dua bulan aku tak jumpa atau terserempak dengan dia.
Dia keluar gi kerja awal pagi sebelum aku sampai dan balik rumah bila aku dah
balik. Kadang-kadang ada gak aku dengar auntie
cakap dia tidur kat hotel. Tu sebab aku tanya, macam tu.“ Umairah masih
kehairanan.
“Maksud
ko, korang memang tak pernah bertembung la ye? Abis tu macam mana Abang Din
boleh tahu keadaan ko?“ Kali ini Jamilah pula menunjukkan muka terkejutnya.
‘Perasaan
apakah ini? Kenapa hatiku berdegup dengan kencang sekali. Adakah aku suka dia
bertanya berkenaan aku ataupun aku terkejut dengan kenyataan dia mengetahui
keadaan diriku walaupun kami tak pernah bersua muka?‘ Monolog Umairah
sendirian. Jamilah dan Umairah saling berpandangan. Terkejut bila memikirkan perkara
itu.
No comments:
Post a Comment