BAB
22 : Siapa Dalangnya?
A
|
iman
pantas memasuki rumah Danial setelah salamnya bersambut. Mereka semuanya berada di ruang tamu Danial. Ada yang duduk dan ada juga yang hanya
berdiri. Aathifah faham benar dengan wajah keruh yang dipamerkan oleh Aiman
tatkala melihat kebanyakan yang berada di dalam rumah Danial dalam keadaan
berkopiah. Semasa menelefon Aiman untuk segera ke rumah Danial, Aathifah sempat
memberitahu serba sedikit perkara yang terjadi kepadanya.
Aathifah hanya berwajah walang tanpa
setitik pun air mata yang menemaninya ketika itu. Aathifah tidak menyangka
begitu banyak ujian yang dihadapinya akhir-akhir ini. Mulanya dia tidak mahu
memberitahu Aiman tetapi bila Danial memaksa dan menyatakan ketidak senangannya
melihat keadaan lemah dan diam diri Aathifah, di samping mereka memerlukan
mahram, Aathifah turutkan sahaja menelefon Aiman. Mujur dia tidak kerja malam
itu.
“Yang Muhamad Danial bin Abdullah.
Astaqfirullahhalazim. Encik Danial ni Islam rupanya. Saya ingat bukan tadi. Sebagai
orang Islam tak kan tak tahu larangan berdua-duaan ni? Dengan pintu tertutup
dan dengan pakaian encik yang tidak sempurna tadi memang menimbulkan syak.“
Seorang lelaki bersuara sambil memegang kad pengenalan Danial dan Aathifah.
Aathifah terkejut dengan butir bicara lelaki itu hanya mampu memandang sepi
lantai rumah Danial. Sementara Danial memerhatikan segala gerak geri Aathifah
yang membisu itu. Dia mula rasa tidak senang duduk dengan kelakuan pelik
Aathifah yang tidak seperti mana-mana wanita lain yang akan mengalirkan air mata
mereka bila mana menghadapi situasi seperti itu.
Danial yang sudah malas ingin
mengulangi keadaan sebenar yang berlaku mula mendiamkan diri dan mula merasakan
tiada guna dia berkata apa-apa dikala itu kerana tiada satu alasan pun yang
akan berpihak kepadanya dan Aathifah. Pak Rahim yang turut ada kerana
mengiringi jemaah tadi pun turut sudah cuba menerangkan keadaan kepada meraka
tapi tidak dapat merubah hakikat mereka ketika itu.
Satu yang pasti ketika itu, Danial merasakan
dia perlu menyiasat perkara yang telah menyebabkan salah faham ini terjadi
sehingga jabatan berkuasa turut dipanggil hadir ke rumahnya. Dia dapat
merasakan semua ini satu rancangan yang telah diatur kemas oleh seseorang. Dia
mula tertanya-tanya dengan dirinya sendiri.
'Siapa dalang yang rancang semua ni
ye? Ada yang sedang memerhatikan gerak-geri aku dan pasang perangkap sampai
macam ni sekali! Ataupun bukan aku yang menjadi perhatiannya tapi Aathifah?!!!' Danial pantas mengalihkan
pandangannya kepada wajah lesu Aathifah.
'Aku kena inform kan Aathifah akan perkara ni. Tak, tak boleh. Kalau aku
bagitahu Aathifah nanti dia akan bertambah rungsing. Baik aku minta Aiman yang
tolong lebih berhati-hati balik nanti dan perhatikan keadaan sekeliling.' Danial
kembali bersuara sendirian sambil mata berkalih pula kepada Aiman yang duduk
disebelah Aathifah.
Danial dapat melihat Aiman sudah
menggenggam erat jari-jemari Aathifah, cuba menenangkannya yang masih berdiam
diri seperti seseorang yang kehilangan rohnya, melayang entah ke mana dan yang
tinggal di situ hanya jasadnya sahaja.
Setelah jemaah Jabatan Agama Islam memberikan
teguran, nasihat dan peringatan akan denda dan tindakan yang wajar diambil
kepada ketiga-tiga mereka, jemaah pun berlalu pergi. Aiman mula melemparkan satu renungan yang amat
tajam ke wajah Danial. Danial pasti ada perkara yang sedang bermain di fikiran
Aiman ketika itu. Dia juga dapat melihat Aiman menggenggam erat penumbuknya. Dia
pasti Aiman dalam amarah yang memuncak ketika itu. Sebelum sempat Aiman
bersuara, Pak Rahim berbicara kekalutan.
“Maaf Encik Danial, Cik, Encik. Tadi
betul ada seorang pempuan nak jumpa encik, jadi saya bagilah masuk dah dia kata
dia adik encik. Bila saya nak ikut sama di kata tak perlu sebab dia boleh
tolong temankan encik ngan cik ni. Saya ingat encik dah telefon adik encik
untuk minta tolong teman. Saya tak tahu lak boleh jadi macam ni. Saya minta
maaf sangat-sangat encik.“
"Pak Rahim, Pak Rahim dah lupa
ker yang saya ni anak tunggal? Tapi mungkin orang tu adik sedara saya. Tak….."
Belum sempat Danial meneruskan kata-katanya Aiman pula mencelah.
"Kalau betul tu adik sedara
abang, abis tu mana pergi orangnya? Kenapa tak muncul sorang pun pempuan kat
sini tadi selain Kak Long?" Aiman masih bengang.
"Betul encik, saya tak tipu
kalau encik tak percaya encik boleh tanya Pak Saleh kat pondok tu. Dia pun ada
masa tu. Nanti saya panggilkan dia sekali." Pak Rahim ingin berpaling
keluar.
“Tak pe la Pak Rahim. Saya percayakan Pak
Rahim. Benda dah nak jadi. Esok saya kene siasat sape yang Pak Rahim cakap tu. Sekarang
ni semua tengah tak tenang. Nak buat tindakan dan keputusan pun mungkin
dipengaruhi dengan perasaan marah. Pak Rahim boleh la balik dulu. Esok saya
cari Pak Rahim lagi ye. Terima kasih Pak Rahim.“ Pak Rahim terdiam dan hanya
menganggukkan kepalanya. Pak Rahim berlalu pergi setelah bersalaman dengan
Danial dan Aiman.
Suasana sepi seketika. Danial yang
nampak muka kelat Aiman hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan Aiman
memulakan bicara. Menghemburkan segala kemarahan dan ketidak puasan hatinya
kepadanya. Dia sedia menadah telinga mendengarnya.
“Abang Danial, macam ni ke cara
abang nak dapatkan Kak Long? Abang perangkap Kak Long kan?“ Bentak Aiman.
“Ya Allah! Aiman. Tak kan la abang
nak buat perkara memalukan macam ni kat Aathifah, kat Aiman ngan famili. Abang
pun ada maruah diri. Lagipun cara ni belum tentu abang leh dapatkan kak
Aathifah. Aiman pun tahu bayar denda pun dah cukup tak semestinya kahwin. Jadi pe gunanya abang guna cara ni.“ Danial
cuba bersuara setenang yang boleh
"Kenapa Kak Long tak call Angah jer temankan tadi. Kalau
tidak semua ni tak terjadi! Kak Long bukannya tak tahu hukum-hakam, kan?"
Aiman menghemburkan kemarahannya kepada Aathifah pula.
"Kak Long ingat Aiman keje
malam ni. Lagipun tadi Zatunnur ada temankan tapi kena balik kejap tadi sebab
ada hal penting kat rumahnya." Aathifah bersuara lemah.
"At least, Kak Long call la
dulu tanya. Sakit hati Angah tengok keadaan Kak Long macam ni. Diamkan diri,
pendamkan segala perasaan Kak Long. Kak Long tolong la nangis dan luahkan
segala perasaan Kak Long tu. Kalau air mata Kak Long sekurang-kurangnya
bergenang, Angah akan rasa lebih lega dan faham perasaan kecewa Kak Long.
Mungkin juga Angah tak kan marah-marah macam ni. Tolonglah Kak Long, Kak Long
pun pempuan juga. Aaaah!" Aiman melepaskan kemarahannya dengan menumbuk
sofa yang didudukinya.
Aathifah masih lagi tega tanpa
setitis pun air mata yang mengalir. Danial hanya mendiamkan diri sedari tadi
dengan membiarkan Aiman melepaskan kemarahan walaupun dia sebenarnya ingin
menyampuk dan membela Aathifah mula membuka bicaranya.
"Aiman kalau Aiman nak lepaskan
kemarahan Aiman, Aiman marah saje abang. Kak Long Aiman tak salah apa-apa pun.
Dia cuma mangsa keadaan. Abang yang patut dipersalahkan dalam hal ini. Patutnya
abang suruh Aathifah balik sama juga tadi dan sambung semula keje-keje ni esok
jer. Tapi abang tak terfikir pula sampai macam tu sekali. Maafkan abang."
Danial menyatakan kekesalannya. Aiman hanya memandang wajah Danial tanpa ingin
membalas. Keadaan kembali sepi buat seketika sebelum Aathifah kembali bersuara
lemah.
“Danial, sejak bila awak memeluk
Islam? Kenapa awak tak pernah bagitau saya? Nur tahu tak perkara ni? Ataupun
awak dah pakat ngan Nur nak rahsiakan semua ni dari saya? Ada apa-apa lagi yang
awak sembunyikan daripada saya?“ Aathifah yang terasa hati dengan tindakan Danial
merahsiakan keislamannya mula bertanya bertalu-talu.
“Saya dah memeluk Islam sebelum kita
berjumpa lagi. Tiga tahun lepas saya dah memeluk Islam. Beberapa bulan selepas
saya membuka syarikat saya tu. Tiada seorang pun staf saya yang tahu saya dah
memeluk Islam kecuali beberapa kawan rapat saya. Saya saja tak bagitau sesiapa
sebab saya tak nak heboh-hebohkan keislaman saya sebab saya benar-benar nak
memeluk dan mendalami Islam. Saya risau kalau saya bagitahu semua nanti ada
yang menyatakan saya hanya hendak menunjuk-nunjuk.“ Danial menarik dalam-dalam
nafasnya sebelum menyambung.
“Aathifah, Aiman, saya akan
bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Saya akan menyiasat apa yang berlaku.
Kalau Aathifah ngan Aiman tak percaya, Aathifah ngan Aiman leh turut serta
menyiasat ngan saya nanti. Saya tak bohong yang memang bukan saya yang buat
semua ni. Memang saya mengaku saya sukakan awak Aathifah dan bercadang hendak
memperisterikan awak tapi ini bukan cara saya. Saya akan cari pempuan yang
mengaku adik saya tu dan cari sebab dia buat semua ni.“
“Aiman, tolong Kak Long sudahkan
keje Kak Long.“ Aathifah yang tidak memberi sebarang riak kepada kata-kata
Danial terus bangun setelah dirinya kembali gagah. Dia sebenarnya ingin segera
pergi dari situ kerana dia mula tidak selesa dengan luahan rasa hati Danial
kepadanya ketika itu.
“Tak pe la Aathifah, biar saya yang
sudahkannya sahaja. Awak dah penat dah tu. Awak balik la saje. Lagipun tinggal
nak gantung yang satu tu jer lagi kan.“ Danial simpati dengan Aathifah. Dia
risaukan keadaan tidak bermaya Aathifah yang seperti kehilangan semangat itu.
“Tak pe keje saya, saya kene
sudahkan. Kalau tak nanti upah yang saya dapat jadi haram sebab saya dah
bagitahu awak dari awal saya akan tolong pasangkan terus.“ Aathifah melangkah
dengan sedikit seroyong. Pantas Aiman memaut bahu Aathifah. Danial terangkat
sedikit punggungnya, tindakan refleksi dirinya yang seolah-olah ingin menyambut
Aathifah yang seperti ingin terjatuh.
"Tak pe Kak Long, biar Angah
yang buat. Kak Long tengok jer betul atau tidak cara Angah buat." Aiman
segera mengambil kain langsir yang berada di lantai berhampiran tingkap dapur
Danial.
Suasana sunyi tanpa sebarang kata
menyelubungi rumah setingkat itu. Setelah menyiapkan kerja-kerjanya, Aathifah dan
Aiman meminta diri. Aiman memapah Aathifah yang seperti tidak mampu bergerak
sendiri. Lututnya terasa lemah dan jiwanya kosong. Aathifah tak tahu apa yang
sepatutnya difikirkan.
Segala macam hasutan bermain dalam
fikirannya ketika itu. Hasutan mencari kesalahan sesorang akan berlakunya
perkara itu. Hendak menyalahkan siapa pun dia tidak tahu siapa? Salah diakah
yang menerima tempahan itu? Salah Danialkah yang tidak pergi mendapatkan
sendiri Pak Rahim menemani mereka apabila Pak Rahim lewat sebentar tadi? Salah
Zatunnurkah meninggalkannya sendirian dengan Danial? Salah Pak Rahim ker tidak
datang ke rumah Danial dan membiarkan dirinya ditipu oleh orang tidak dikenali?
Siapakah perempuan yang dimaksudkan oleh Pak Rahim sebentar tadi? Apakah motif
dia lakukan semua ini kepadanya?
Aathifah meneruskan langkah biarpun
fikirannya kosong ketika ini. Namun belum sempat Aathifah dan Aiman melangkah
keluar pintu rumahnya, Danial memanggil Aiman. Aathifah dan Aiman memandang
Danial.
"Aiman… " Danial tak jadi
meneruskan kata-katanya yang ingin disampaikan kepada Aiman yang sebenarnya
apabila terlihat wajah Aathifah yang turut sama memandangnya. Dia segera
menukar butir bicaranya.
“Aathifah, Aiman. Saya minta maaf.
Saya akan bertanggungjawab. Saya akan bayar denda itu nanti. Kesemuanya sekali
jadi Aathifah tak perlu keluarkan satu sen pun duit untuk denda tu. Aathifah
tak perlu risau. Hanya itu yang saya mampu buat.“ Danial memandang lesu
kedua-dua beradik itu. Punggungnya seperti sudah melekat pada sofa yang sedari
tadi dia labuhkan. Seketika Aathifah dan Aiman menyambung semula kerja, Danial
hanya memandang karpet yang terdampar di tengah-tengah ruang tamu itu.
Aathifah tidak memberikan sebarang
reaksi, sama seperti tadi. Aiman hanya tertunduk sedikit memandang Danial yang
masih di sofanya dengan memakai semula bajunya yang koyak tadi. Masing-masing
melayan perasaan dan fikiran masing-masing. Aiman segera memapah Aathifah
keluar daripada rumah Danial.
Sebaik sahaja Aiman masuk ke dalam
kereta Aathifah dan ingin menghidupkan enjin kereta itu, telefon bimbitnya
berdering. Tertera nama Abang Danial pada skrin telefon bimbitnya. Aiman segera
memandang Aathifah yang berada di sebelahnya. Mujur Aathifah sedang
menyandarkan dirinya sambil memejamkan matanya. Aiman segera mengangkat
panggilan itu.
"Aiman tolong dengar apa yang
abang nak cakapkan ni betul-betul dan jangan beritahu Aathifah. Tolong jaga
Aathifah dan tolong perhatikan keadaan sekeliling masa pandu balik nanti. Abang
risau kalau semua ni merupakan satu perangkap yang dibuat oleh seseorang yang
ada niat tak baik kepada Aathifah. Mulanya abang fikir abang orangnya tapi bila
terfikirkan Aathifah, mungkin juga orang tu ada niat lain terhadap Aathifah.
Jadi sebelum abang siasat betul-betul benda ni, Aiman tolong perhatikan Kak
Long Aiman betul-betul ye. Please!"
Danial mula menyatakan kebimbangannya.
"Okey, baiklah. Thanks. Assalammualaikum." Aiman
menjawab ringkas supaya Aathifah tidak dapat menangkap butir bicaranya dengan
Danial tersebut. Danial yang memerhatikan daripada tingkap biliknya, kereta
Aathifah yang berada di tapak tempat letak kereta hanya mampu mengeluh kecil
sambil memerhatikan kereta Viva Elite tersebut berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment