Hawa Telinga

Saturday 2 August 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 23






BAB 23 : Decitan tayar

  A
athifah sampai pejabat hampir pada pukul sembilan pagi. Dia agak terlewat dari hari-hari biasa kerana kepalanya sedikit berdenyut semalam masih tidak reda. Cadangnya dia ingin menyelesaikan dulu kerjanya yang tertangguh semalam dan akan mengambil cuti separuh hari sahaja hari itu. Langkahnya terasa canggung apabila setiap mata yang terlihatkan kelibatnya akan menjeling sinisnya dan akan berbisik-bisik sesama mereka dan yang bersendirian di meja masing-masing hanya memaling daripada memandang wajahnya. Aathifah tidak petah dengan semua yang disaksikannya.
            ‘Ada sesuatu kat muka aku ke ni? Tak boleh jadi ni. Masuk tandas sekejab la nak tengok pe yang tak kene.‘ Aathifah bermonolog sendirian. Langkah diteruskan ke tandas wanita.
            “Tak sangka kan, muka macam baik, alim tapi buat keje terkutuk tu. Aku tak sangka betul Aathifah sanggup buat macam tu. Dengan bangsa asing lak tu.“ Aathifah tersirap dengan kata-kata yang didengari sewaktu baru ingin membuka tandas wanita itu.
            “Tu la, don’t judge a book by it’s cover. Tengok kita juga yang tertipu. Tapi handsome siut mamat tu kan. Kalau aku pun nak gak tertangkap basah macam tu.“ Suara yang lain kedengaran dengan diakhiri dengan ketawa.
            “Eh! Jangan-jangan memang dia yang rancang kot. Aku dengar mamat tu CEO syarikat construction gak.“ Wanita yang mula pula menambah perisa perkhabaran yang menyakitkan hati Aathifah.
            “Agak ko betul tak? Dahsyat tu kalau betul.“ Kata-kata wanita kedua meluluhkan hati Aathifah dan dia membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam tandas tersebut dan terus berlalu ke mejanya. Dia dapat menganggak ada sesuatu yang menjadi punca semuanya terbongkar. Demi terlihatkan muka Luqman yang cuak memandang skrin komputer di atas mejanya, Aathifah segera melangkah ke arahnya. Aathifah yang berdiri disebelah Luqman terkejut melihat rakaman video antara dia dengan Danial. Adengan tangkap berkhalwatnya dengan Jabatan Agama Islam begitu cantik dirakam dengan jelas menunjukkan keadaan pakaian Danial yang hanya bersinglet dan mukanya yang jelas kelihatan di dalam rumah Danial itu.
            “Luqman tolong bagitau Kak Mimi, akak minta cuti ari ni ya.“ Hanya itu yang terluah di bibirnya sebelum mengangkat kaki meninggalkan pejabatnya.
            “Akak, Luqman ada nak cakap sesuatu ngan akak ni. Tuan Habib dah jualkan syernya.“ Luqman bersuara lemah. Aathifah dapat merasakan Luqman mematikan kata-katanya hanya di situ. Mungkin tidak mahu menambahkan sesak di jiwanya, barangkali. Musnah segala harapannya dalam sekelip mata sahaja. Bertimpa-timpa perkara yang mengujinya dikala ini.
            Tiada lagi air mata yang mampu dikeluarkannya ketika itu biarpun kekecewaannya menggunung. Yang ada hanya jiwa kosongnya yang terlalu lara dan langkah yang tiada arah tuju lagi. Serasa segala usahanya tiada lagi berguna. Dirinya kini bukan sahaja dipandang hina oleh orang malah kegagalannya sebagai anak mempertahankan satu-satunya hasil titik peluh bapanya. Deringan telefon bimbit tidak diendahkannya. Setelah mati deringan itu, Aathifah mengambil keputusan mematikan terus telefon bimbitnya.
            Aathifah memandu motosikalnya membelah jalanraya tanpa sebarang arah tuju yang pasti. Di atas motorsikal Honda Spacynya Aathifah mula membayangkan wajah-wajah riang dan senyuman manis suaminya, Muaz Muayyad dan Mardhiah satu-satunya puterinya bersama Muaz. Senyuman itu memanggilnya bersama mereka untuk sama-sama melayari kembali saat-saat indah dengan tawa dan rasa bahagia. Dia mula menghalakan motosikalnya menuju ke Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor.
            Decitan tayar kereta dibelakangnya mematikan lamunannya dan serentak dengan itu tubuhnya yang berada di atas motosikal terasa melayang jatuh ke sisi kirinya. Sayup-sayup kedengaran hentakan belakang motosikalnya dengan kereta Proton Preve Putih yang disedarinya mengekorinya dari tadi lagi. Namun entah mengapa di kala itu dia hanya membiarkan kereta itu mengekorinya.
            “Allah“ Hanya itu yang dapat diucapnya ketika kakinya dihempap oleh badan motosikal skuter jingganya. Kesakitan yang disertai dengan bunyi keretakan dan hantukan kepalanya pada lantai berjerutu jalan itu. Sakit kepala yang dirasai sejak pagi turut hilang serta-merta bersama pejaman mata yang tiba-tiba memberat. Telinga yang menangkap bunyi-bunyi keriuhan yang menggila dengan suara-suara mereka-mereka yang cemas akhirnya turut surut dan akhirnya hilang.

            Decitan kereta berserta bunyi hentaman kereta di hujung jalan menggamit mata Aathifah untuk menjengguk arah datang bunyi-bunyi itu. Dia baru diturunkan oleh Muaz di hadapan Klinik Zarina, kerana ingin mencari tempat letak kereta. Keadaannya yang berhampiran dengan tempat kejadian perlanggaran kereta bersama lori treler panjang itu dapat melihat dengan jelas kereta yang terlibat. Spontan kakinya berlari menghala ke arah tempat kejadian dan sepantas terlihatkan kereta yang terlibat air mata mulai membanjiri pipinya.
            “Ya Allah, Abang! Dhiah!“ Jeritan itu terkeluar bersama lariannya yang semakin laju. Seketika cuma orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Aathifah terpaksa bergasak melalui kelimun orang yang datang untuk membantu dan ada pula yang datang sekadar untuk melihat. Pergerakannya jadi lambat kerana terpaksa mengharungi asakan orang ramai itu.
            Bau hanyir darah menusuk hidungnya ketika itu dan dia pasti ianya datang dari kereta yang terlibat. Saat Aathifah sampai, dia dapat melihat bahagian hadapan kereta yang remuk hampir separuh bahagian kereta dengan tubuh kaku Muaz mendakap Mardhiah yang sungguh menyayat hati kerana mereka sudah berlumuran darah dengan tubuh mereka yang tersepit di bahagian sebelah penumpang kiri. Lori treler berkenaan kosong dengan bahagian hadapan lori menghentak bahagian depan sebelah kanan kereta sehingga meremukkan dan merapatkan bahagian kanan kereta ke bahagian kiri kereta.
            Seketika kemudian polis peronda yang berada berhampiran tempat kejadian segera menghampiri tempat kejadian dan mula mengawal keadaan orang ramai dan tempat kejadian. Orang ramai mula memberikan kerjasama dengan setiap arahan yang diberikan oleh pihak polis. Salah seorang anggota polis peronda  tersebut mula merasa nadi Muaz dan Mardhiah. Dia menggelengkan kepala kepada seorang lagi rakannya yang mengawal keadaan sebentar tadi. Kemudian panggilan dibuat melalui alat kamunikasi walkie-talkienya. Aathifah akhirnya berjaya melepaskan dirinya daripada keruman mula memerhatikan dengan lebih dekat geranggan pemandu kereta yang terlibat.
            “Abang ! Dhia!“ Aathifah yang menjerit semahunya cuba untuk meluru ke arah Muaz dan Mardhiah dengan satu harapannya mereka masih boleh diselamatkan. Terasa pinggangnya dipegang kemas oleh seseorang.
            “Bertenang Aathifah! Awak tak perlu lagi ke sana. Biar polis yang uruskannya. Mereka dah tiada, kita tak dapat nak selamatkan mereka lagi.“ Suara Doktor Zarina kedengaran jelas tenang memujuknya. Aathifah meronta-ronta ingin melepaskan diri namun pelukan semakin dikemaskan oleh Doktor Zarina.
            “Lepaskan saya doktor, saya nak tengok suami saya, anak saya. Saya tahu mereka masih bernyawa. Lepaskan saya doktor!“ Jeritan Aathifah semakin mengila. Kedengaran kalimah suci al-Quran dilafaz oleh Doktor Zarina ditelinganya. Sejurus lafaz istighfar melayari telinga Aathifah. Rontaan Aathifah semakin mengendur dan dia mula terduduk di lantai jalanraya. Pembantu doktor yang turut ada bersamanya ketika itu membantu memegangnya. Doktor Zarina yang baru tiba sebentar tadi mula menghampiri polis dan memeriksa mangsa.
            Aathifah yang terduduk lesu itu mula kembali merintih dengan sayu sekali. Air mata masih laju menuruni pipinya. Menemani kedukaan yang dirasai ketika itu.
            “Abang jangan tinggalkan Aathifah. Bawa la Aathifah bersama. Aathifah tak mahu hidup sendiri tanpa abang.“ Lemah tutur kata dilafazkan sebelum Aathifah mulai memejamkan mata.

            Suasanan tenang yang diselaputi kabus putih bersih begitu menenangkan jiwa Aathifah. Dia memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi sepi tanpa kelibat sesiapa. Dia bergerak ke hadapan mencari-cari seseorang untuk bertanya segala yang terbuku dalam fikirannya ketika itu. Di hadapan tidak jauh daripadanya dia terpandangkankan tubuh seorang lelaki yang memakai jubah putih lengkap berserban tiba-tiba muncul dari celahan kepulan kabus putih itu dengan berdiri tegak membelakanginya. Aathifah segera menghampiri lelaki tersebut.
            Beberapa tapak Aathifah semakin menghampiri, lelaki itu mula berpaling. Aathifah dapat melihat senyuman manis lelaki tersebut. Dan apabila diamatinya dia mula sedar lelaki tersebut ialah suami yang disayangi dan dirindui selalu, Muaz Muayyad. Perlahan-lahan suaminya mula menghulurkan tangannya.
            Aathifah memerhatikan tangan suaminya yang kini sudah bertambah cerah dengan perasan yang sukar digambarkan keriangannya. Kemudian huluran tangan suaminya disambut mesra dengan melemparkan sebuah senyuman yang manis kepada Muaz. Gengaman hangat suaminya yang amat dirindui dikucup penuh syahdu. Seketika dia terdengar sayup-sayup suara kanak-kanak memanggilnya umi dan dia kenal suara itu. Suara anaknya, Mardhiah. Pantas mukanya diarahkan kepada Mardhiah yang melambainya dari kejauhan. Dia membalas lambaian itu dan bersuara.
            “ Sayang tunggu umi datang ye? Tunggu di situ ye sayang. Jom abang kita gi kat Dhia “ Mereka beriringan menuju ke arah Mardhiah.



2 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Semakin menarik cerita ni.. Aathifah mmg kuat.. kesian dia tp mmg wajar pn Danial siasat perkara ni.. Minta2la aathifah slmt dr accident tu..

Unknown said...

Salam... kesian kat Aathifah jer? Danial? hhehehe....