BAB
23 : Decitan tayar
A
|
athifah
sampai pejabat hampir pada pukul sembilan pagi. Dia agak terlewat dari
hari-hari biasa kerana kepalanya sedikit berdenyut semalam masih tidak reda.
Cadangnya dia ingin menyelesaikan dulu kerjanya yang tertangguh semalam dan
akan mengambil cuti separuh hari sahaja hari itu. Langkahnya terasa canggung
apabila setiap mata yang terlihatkan kelibatnya akan menjeling sinisnya dan
akan berbisik-bisik sesama mereka dan yang bersendirian di meja masing-masing
hanya memaling daripada memandang wajahnya. Aathifah tidak petah dengan semua
yang disaksikannya.
‘Ada sesuatu kat muka aku ke ni? Tak
boleh jadi ni. Masuk tandas sekejab la nak tengok pe yang tak kene.‘ Aathifah
bermonolog sendirian. Langkah diteruskan ke tandas wanita.
“Tak sangka kan, muka macam baik,
alim tapi buat keje terkutuk tu. Aku tak sangka betul Aathifah sanggup buat
macam tu. Dengan bangsa asing lak tu.“ Aathifah tersirap dengan kata-kata yang
didengari sewaktu baru ingin membuka tandas wanita itu.
“Tu la, don’t judge a book by it’s cover. Tengok kita juga yang tertipu.
Tapi handsome siut mamat tu kan.
Kalau aku pun nak gak tertangkap basah macam tu.“ Suara yang lain kedengaran
dengan diakhiri dengan ketawa.
“Eh! Jangan-jangan memang dia yang
rancang kot. Aku dengar mamat tu CEO syarikat construction gak.“ Wanita yang mula pula menambah perisa perkhabaran
yang menyakitkan hati Aathifah.
“Agak ko betul tak? Dahsyat tu kalau
betul.“ Kata-kata wanita kedua meluluhkan hati Aathifah dan dia membatalkan
niatnya untuk masuk ke dalam tandas tersebut dan terus berlalu ke mejanya. Dia
dapat menganggak ada sesuatu yang menjadi punca semuanya terbongkar. Demi
terlihatkan muka Luqman yang cuak memandang skrin komputer di atas mejanya,
Aathifah segera melangkah ke arahnya. Aathifah yang berdiri disebelah Luqman
terkejut melihat rakaman video antara dia dengan Danial. Adengan tangkap
berkhalwatnya dengan Jabatan Agama Islam begitu cantik dirakam dengan jelas
menunjukkan keadaan pakaian Danial yang hanya bersinglet dan mukanya yang jelas
kelihatan di dalam rumah Danial itu.
“Luqman tolong bagitau Kak Mimi, akak
minta cuti ari ni ya.“ Hanya itu yang terluah di bibirnya sebelum mengangkat
kaki meninggalkan pejabatnya.
“Akak, Luqman ada nak cakap sesuatu
ngan akak ni. Tuan Habib dah jualkan syernya.“ Luqman bersuara lemah. Aathifah
dapat merasakan Luqman mematikan kata-katanya hanya di situ. Mungkin tidak mahu
menambahkan sesak di jiwanya, barangkali. Musnah segala harapannya dalam
sekelip mata sahaja. Bertimpa-timpa perkara yang mengujinya dikala ini.
Tiada lagi air mata yang mampu
dikeluarkannya ketika itu biarpun kekecewaannya menggunung. Yang ada hanya jiwa
kosongnya yang terlalu lara dan langkah yang tiada arah tuju lagi. Serasa
segala usahanya tiada lagi berguna. Dirinya kini bukan sahaja dipandang hina
oleh orang malah kegagalannya sebagai anak mempertahankan satu-satunya hasil
titik peluh bapanya. Deringan telefon bimbit tidak diendahkannya. Setelah mati
deringan itu, Aathifah mengambil keputusan mematikan terus telefon bimbitnya.
Aathifah memandu motosikalnya
membelah jalanraya tanpa sebarang arah tuju yang pasti. Di atas motorsikal
Honda Spacynya Aathifah mula membayangkan wajah-wajah riang dan senyuman manis
suaminya, Muaz Muayyad dan Mardhiah satu-satunya puterinya bersama Muaz.
Senyuman itu memanggilnya bersama mereka untuk sama-sama melayari kembali
saat-saat indah dengan tawa dan rasa bahagia. Dia mula menghalakan motosikalnya
menuju ke Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor.
Decitan tayar kereta dibelakangnya
mematikan lamunannya dan serentak dengan itu tubuhnya yang berada di atas
motosikal terasa melayang jatuh ke sisi kirinya. Sayup-sayup kedengaran
hentakan belakang motosikalnya dengan kereta Proton Preve Putih yang
disedarinya mengekorinya dari tadi lagi. Namun entah mengapa di kala itu dia
hanya membiarkan kereta itu mengekorinya.
“Allah“ Hanya itu yang dapat
diucapnya ketika kakinya dihempap oleh badan motosikal skuter jingganya.
Kesakitan yang disertai dengan bunyi keretakan dan hantukan kepalanya pada
lantai berjerutu jalan itu. Sakit kepala yang dirasai sejak pagi turut hilang
serta-merta bersama pejaman mata yang tiba-tiba memberat. Telinga yang
menangkap bunyi-bunyi keriuhan yang menggila dengan suara-suara mereka-mereka
yang cemas akhirnya turut surut dan akhirnya hilang.
Decitan
kereta berserta bunyi hentaman kereta di hujung jalan menggamit mata Aathifah
untuk menjengguk arah datang bunyi-bunyi itu. Dia baru diturunkan oleh Muaz di
hadapan Klinik Zarina, kerana ingin mencari tempat letak kereta. Keadaannya
yang berhampiran dengan tempat kejadian perlanggaran kereta bersama lori treler
panjang itu dapat melihat dengan jelas kereta yang terlibat. Spontan kakinya
berlari menghala ke arah tempat kejadian dan sepantas terlihatkan kereta yang
terlibat air mata mulai membanjiri pipinya.
“Ya Allah, Abang! Dhiah!“ Jeritan
itu terkeluar bersama lariannya yang semakin laju. Seketika cuma orang ramai
mula mengerumuni tempat kejadian. Aathifah terpaksa bergasak melalui kelimun
orang yang datang untuk membantu dan ada pula yang datang sekadar untuk
melihat. Pergerakannya jadi lambat kerana terpaksa mengharungi asakan orang
ramai itu.
Bau hanyir darah menusuk hidungnya
ketika itu dan dia pasti ianya datang dari kereta yang terlibat. Saat Aathifah
sampai, dia dapat melihat bahagian hadapan kereta yang remuk hampir separuh
bahagian kereta dengan tubuh kaku Muaz mendakap Mardhiah yang sungguh menyayat
hati kerana mereka sudah berlumuran darah dengan tubuh mereka yang tersepit di
bahagian sebelah penumpang kiri. Lori treler berkenaan kosong dengan bahagian
hadapan lori menghentak bahagian depan sebelah kanan kereta sehingga meremukkan
dan merapatkan bahagian kanan kereta ke bahagian kiri kereta.
Seketika kemudian polis peronda yang
berada berhampiran tempat kejadian segera menghampiri tempat kejadian dan mula
mengawal keadaan orang ramai dan tempat kejadian. Orang ramai mula memberikan
kerjasama dengan setiap arahan yang diberikan oleh pihak polis. Salah seorang
anggota polis peronda tersebut mula
merasa nadi Muaz dan Mardhiah. Dia menggelengkan kepala kepada seorang lagi
rakannya yang mengawal keadaan sebentar tadi. Kemudian panggilan dibuat melalui
alat kamunikasi walkie-talkienya.
Aathifah akhirnya berjaya melepaskan dirinya daripada keruman mula memerhatikan
dengan lebih dekat geranggan pemandu kereta yang terlibat.
“Abang ! Dhia!“ Aathifah yang
menjerit semahunya cuba untuk meluru ke arah Muaz dan Mardhiah dengan satu harapannya
mereka masih boleh diselamatkan. Terasa pinggangnya dipegang kemas oleh
seseorang.
“Bertenang Aathifah! Awak tak perlu
lagi ke sana. Biar polis yang uruskannya. Mereka dah tiada, kita tak dapat nak
selamatkan mereka lagi.“ Suara Doktor Zarina kedengaran jelas tenang
memujuknya. Aathifah meronta-ronta ingin melepaskan diri namun pelukan semakin
dikemaskan oleh Doktor Zarina.
“Lepaskan saya doktor, saya nak
tengok suami saya, anak saya. Saya tahu mereka masih bernyawa. Lepaskan saya
doktor!“ Jeritan Aathifah semakin mengila. Kedengaran kalimah suci al-Quran
dilafaz oleh Doktor Zarina ditelinganya. Sejurus lafaz istighfar melayari
telinga Aathifah. Rontaan Aathifah semakin mengendur dan dia mula terduduk di
lantai jalanraya. Pembantu doktor yang turut ada bersamanya ketika itu membantu
memegangnya. Doktor Zarina yang baru tiba sebentar tadi mula menghampiri polis
dan memeriksa mangsa.
Aathifah yang terduduk lesu itu mula
kembali merintih dengan sayu sekali. Air mata masih laju menuruni pipinya.
Menemani kedukaan yang dirasai ketika itu.
“Abang jangan tinggalkan Aathifah.
Bawa la Aathifah bersama. Aathifah tak mahu hidup sendiri tanpa abang.“ Lemah
tutur kata dilafazkan sebelum Aathifah mulai memejamkan mata.
Suasanan
tenang yang diselaputi kabus putih bersih begitu menenangkan jiwa Aathifah. Dia
memerhatikan keadaan sekeliling yang sunyi sepi tanpa kelibat sesiapa. Dia
bergerak ke hadapan mencari-cari seseorang untuk bertanya segala yang terbuku
dalam fikirannya ketika itu. Di hadapan tidak jauh daripadanya dia terpandangkankan
tubuh seorang lelaki yang memakai jubah putih lengkap berserban tiba-tiba
muncul dari celahan kepulan kabus putih itu dengan berdiri tegak
membelakanginya. Aathifah segera menghampiri lelaki tersebut.
Beberapa tapak Aathifah semakin
menghampiri, lelaki itu mula berpaling. Aathifah dapat melihat senyuman manis
lelaki tersebut. Dan apabila diamatinya dia mula sedar lelaki tersebut ialah
suami yang disayangi dan dirindui selalu, Muaz Muayyad. Perlahan-lahan suaminya
mula menghulurkan tangannya.
Aathifah memerhatikan tangan
suaminya yang kini sudah bertambah cerah dengan perasan yang sukar digambarkan
keriangannya. Kemudian huluran tangan suaminya disambut mesra dengan melemparkan
sebuah senyuman yang manis kepada Muaz. Gengaman hangat suaminya yang amat
dirindui dikucup penuh syahdu. Seketika dia terdengar sayup-sayup suara
kanak-kanak memanggilnya umi dan dia kenal suara itu. Suara anaknya, Mardhiah.
Pantas mukanya diarahkan kepada Mardhiah yang melambainya dari kejauhan. Dia
membalas lambaian itu dan bersuara.
“ Sayang tunggu umi datang ye?
Tunggu di situ ye sayang. Jom abang kita gi kat Dhia “ Mereka beriringan menuju
ke arah Mardhiah.
2 comments:
Semakin menarik cerita ni.. Aathifah mmg kuat.. kesian dia tp mmg wajar pn Danial siasat perkara ni.. Minta2la aathifah slmt dr accident tu..
Salam... kesian kat Aathifah jer? Danial? hhehehe....
Post a Comment