Penyelamat
‘A
|
ku tak patut macam ni. Dia bukan
untuk aku. Abang lebih memerlukannya berbanding diriku.‘ Saifuddin berbicara
sendirian dan mengingatkan dirinya tentang hakikat sebenar sambil melangkahkan
kakinya beredar dari tempat yang membuatkan hatinya dicuit perasaan cemburu
itu. Tempat yang menyaksikan Umairah sedang berbual mesra dengan Nizam sambil
mendengar dengan telinganya sendiri pengakuan perasaan Nizam kepada Umairah.
Kawasan dapur hotel berkenaan yang sememangnya panas bertambah berbahang bagi
Saifuddin setelah mendengar pengakuan Nizam terebut.
‘Nizam ni memang nak kena dengan aku
ni. Dia ni datang sini nak kerja ker nak mengorat. Pantang nampak perempuan
cantik sikit mula la nak jual minyak. Tangan aku rasa nak cepuk jer Si Nizam
ni. Aishhh!‘ Saifuddin berbicara sendirian dengan penuh perasaan cemburu sambil
mengenggam penumpuk kanannya.
‘Si Minah Kalut ni pun satu, bukan
main manis mulut tu melayan semua orang. Berapa ramai lagi lelaki yang dia nak
rapat ni. Macam-macam rupa dan gaya dan semuanya yang hebat-hebat belaka. Saja
nak tunjuk kat aku la tu yang dia punya peminat yang boleh mencabar kredibiliti
aku ape? Isshh!‘ Jiwa Saifuddin semakin tidak keruan.
Saifuddin membuka langkah dengan
lebih laju lagi untuk segera beredar daripada tempat berkenaan supaya hatinya
yang sedang ‘terbakar‘ tidak bertambah marak kerana berbagai perkara
bermain-main difikirannya. Perkara yang boleh membuatkannya hilang
pertimbangan. Tanpa menghiraukan semua mata yang memandang wajahnya yang merah
kemarahan itu, Saifuddin terus laju melangkah memasuki biliknya. Diluar kesedarannya,
dia menghempas pintu dengan sekuat hatinya bagi melahirkan rasa kemarahannya
itu.
“Astagfirullahalazim!“ Nurul,
setiausaha Saifuddin terkejut dengan tindakan mengejutnya itu. Tangannya ligat
mengurut dada yang berombak kencang kerana belum pernah dia melihat kelakuan
pengurusnya seperti itu sebelum ini.
“Kenapalah dengan bos ari ni?
Masuk-masuk jer dah menyinga. Tapi kalau orang dah handsome marah pun masih nampak menawan. Nasib baik aku dah
bertunang, kalau tak mahu cair hati aku ni. Mahu aku cuba tarik perhatian dia.
Huhuhu…“ Nurul yang sentiasa ceria mula tersenyum sendirian dengan kata-katanya
tadi.
“Amboi! Gembira nampak. Boleh kongsi
dengan saya apa yang ‘membungakan‘ hati awak tu Nurul? Saya naik takut tengok
awak tadi. Mula-mula cakap sorang-sorang then
tersenyum-senyum macam kerang subuk. Awak sihat kan?“ Saiful Haq yang semakin
menghampiri bertanya sambil mengusik.
“Bos! Sorry saya tak nampak bos tadi. Ada apa-apa yang boleh saya tolong,
bos?“ Bagi menutup perasaan malunya, Nurul pula bertanya daripada menjawab
pertanyaan Saiful Haq.
“Tak de saya nak jumpa Saifuddin, dia
dah masuk ker?“ Setelah mengelengkan sedikit kepalanya Saiful Haq bertanya.
“Ada. Baru jer masuk tadi. Bos nak
jumpa sekarang ker?“ Nurul bertanya lagak orang kurang cerdik.
“La. Dah saya ada kat sini mestilah
saya nak jumpa dia sekarang tak kan esok lak. Awak ni dah kenapa, Nurul.“
Saiful Haq tersenyum geli hati melihat kekalutan Nurul.
“Ye tak ye juga kan. Nanti saya Tanya
Encik Saifuddin sekejap. Bos tunggu sekejap ye.“ Nurul kalut menekan
interkomnya.
“Assalammualaikum bos. Encik Saiful Haq
hendak berjumpa dengan bos.“ Nurul cuba bersuara setenang yang mungkin.
Saifuddin
yang sudah menyibukkan dirinya menyemak fail-fail yang berlambak di atas
mejanya bagi mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan perkara tadi,
sedikit keberatan menjawab pertanyaan Nurul tersebut.
“Waalaikummussalam, Nurul. Abang Haq
nak jumpa? Okey nanti awak suruh dia masuk ye. Nurul, hari ni saya ada apa-apa
hal penting ker?“
“Hari ni tak de yang penting bos.“
“Okey, thanks Nurul. Nanti suruh Abang Haq masuk ye.“
“Baik bos.“ Nurul lega Saifuddin
tidak meyemburkan kemarahan kepadanya tadi. Dia menyangkakan Saifuddin yang
tengah masam mencuka akan melempiaskan kemarahannya kepadanya biarpun bukan dia
punca pengurusnya jadi seperti itu. Nurul bangun menghampiri kerusi roda saiful
Haq.
“Bos, jom masuk.“
“Tak pe Nurul, saya gerak sendiri.“
Saiful Haq yang mengerti dengan tindakan yang ingin menolak kerusi rodanya
segera menghalang.
“Baik bos. Silakan bos.“ Nurul segera
membuka pintu bilik Saifuddin untuk Saiful Haq sambil tersenyum manis.
“Thanks,
Nurul. Kerja elok-elok. Jangan asyik cakap sendirian jer. Nanti orang ingat
awak dapat penyakit gila lak.“ Saiful Haq tersenyum dengan usikannya itu.
“Baik, bos.“ Nurul tersenyum malu. Setelah
Saiful Haq masuk, Nurul kembali ke tempatnya.
“Eeeeii! Malunya ‘terkantoi‘ dengan
bos. Nasib baik bos tak tanya lebih-lebih tadi.“ Nurul memegang kedua-dua belah
pipinya yang membahang. Setelah sedikit lega Nurul meneruskan tugasnya.
“Assalammualaikum, abang.“ Saifuddin
yang sudah bergerak menghampiri Saiful Haq sebaik melihat pintu biliknya
terbuka segera menghukurkan tangan bersalam.
“Waalaikummussalam. Dah sihat ker?
Awal masuk.“ Saiful Haq yang sudah menyambut salam Saifuddin segera bertanya.
“Alhamdulillah. Lepas makan panadol
tadi okey dah. Sorry, tadi tak dapat
gi sama-sama dengan abang. So, pe plan
abang. Maksud Din apa yang kita nak buat dulu pagi ni? Ke ada sebab lain abang
datang ni?“ Saifuddin bertanya sambil menolak abangnya menghampiri sofa yang
terdapat di biliknya.
“Haaaah!“ Saiful Haq sedikit terkejut
dengan pertanyaan Saifuddin.
‘Sebab lain? Macam tahu-tahu jer aku
memang ada sebab lain nak tanya. Aku nak tanya pasal perasaan ko terhadap
Umairah. Tapi kalau aku tanya ko pasti tak kan mengaku jadi lebih baik aku
siasat sendiri.‘ Saiful Haq berbicara dalam hatinya.
“Tak de hal lain. Abang nak tanya
pendapat Din la nak buat macam mana. Pe pendapat Din?“ Saiful Haq cuba berlagak
biasa.
“Din ikut abang jer. Abang pun tahu
Din tak arif sangat hal-hal macam ni. Abang cuba bagi idea dulu. Tengok nanti
kalau ada apa-apa yang Din patut tambah Din bagitahu abang.“ Saifuddin
membiarkan abangnya yang memulakannya dahulu sebab dia sudah tawar hati untuk
berkerja hari itu.
“Okey. Kalau macam tu, Din bagi satu
dua fail yang perlu Din semak kat abang. Abang akan tolong Din semaknya. Abang
ingat nak mula buat kerja sikit-sikit dulu. Bila dah rasa okey abang akan
tambah. Boleh?“ Saiful Haq memandang wajah sayu adiknya itu.
“Okey, nanti Din bagi. Abang nak yang
berkenaan apa? Projek ke kewangan atau pengurusan? Din ada lima fail atas meja
sekarang ni. Dua projek, dua kewangan dan satu pengurusan.“ Saifuddin mula menghampiri
mejanya.
“Eemm! Abang rasa projek abang tak
mahu handle dulu. Din bagi abang satu
kewangan satu pengurusan la dulu. Nanti abang dah sedia baru abang ambil yang
projek.“
“Okey. Din bagi yang ni. Abang nak
buat dalam bilik ni ker nak buat dalam bilik abang?“ Saifuddin kembali kepada
abangnya sambil membawa bersama dua fail yang dimaksudkan.
“Tak pe, abang buat kat dalam bilik
abang nanti. Ko dah jenguk Umairah kat dapur ker?“ Saiful Haq mula memancing
Saifuddin dengan soalannya.
“Haah! Umairah! Heem! Heem!“
Saifuddin buat-buat sakit tekak bila mana soalan berkenaan Umairah ditanya oleh
abangnya.
“Dah tadi. Singgah kejap tengok
sebelum masuk bilik tadi. Kenapa? Dia ada cakap apa-apa ker?“ Saifuddin
bertanya dengan wajah berkerut sedikit.
‘Umairah ada mengadu apa-apa dengan
abang ker?‘ Saifuddin berbicara sendirian.
“Saja abang nak tahu. Kan hari ni
hari pertama dia kerja kat sini. Mesti Din nak ucapkan selamat kat dia kan,
sebagai seorang Pengurus Besar kat sini.“ Saiful Haq tersenyum.
‘Heem! Dia ada jumpa Umairah. Jadi
dia tak la melarikan diri daripada Umairah. Okey, satu perkara dah terjawab.‘
Saiful Haq berbicara sendirian.
“Okey la, mesti Din banyak kerja kan.
Abang balik bilik dulu la.“ Saiful Haq segera ingin beredar bagi melakar
pelannya yang lain untuk mengorek rahsia hati Saifuddin itu.
“Okey. Nanti kalau ada yang Din tak
tahu Din tanya abang ye. Fail lain yang berkaitan dengan fail-fail yang abang
ambil tu Din akan suruh Nurul hantarkan kat bilik abang nanti.“ Saifuddin
segera bangun mendapatkan kerusi roda abangnya.
“Tak pe, Din abang gerak sendiri, tak
payah tolakkan abang. Kan abang kena biasakan diri dengan keadaan abang ni. Ko
sambung buat kerja tu. Mana yang tak faham nanti Tanya abang.“ Saiful Haq mula
memutar-mutar roda kerusi rodanya. Saifuddin pula membukakan pintu bilik untuk
abangnya.
“Okey, hati-hati abang. Selamat
bekerja semula.“ Saifuddin tersenyum manis. Dia benar-benar berharap abangnya
akan kembali seperti dahulu biarpun fizikalnya tidak sama seperti dahulu lagi.
Tangannya segera mencapai beberapa dokumen yang mungkin diperlukan oleh
abangnya bagi menyemak fail-fail yang diberikan kepada abangnya tadi.
“Thanks,
bro. Buat kerja jangan sampai tak makan pula. Muka tu aku tengok dah
cengkung dan pucat jer. Kalau tak larat nak kerja nanti balik rumah, rehat.“
Saiful Haq sempat berpesan kepada adiknya itu.
“Baik, bos.“ Saifuddin tersenyum
mengusik. Saiful Haq turut tersenyum dengan usikan adiknya itu.
“Nurul, tolong iringi abang saya
balik biliknya sambil bawa bersama dokumen-dokumen ni.“ Saifuddin yang sudah
berada di hadapan meja Nurul segera berbicara kepadanya. Nurul yang sudah sedia
bangun sebaik pintu bilik tersebut terbuka segera menjawab.
“Baik, bos. Ada apa-apa lagi bos?“
“Tak de, itu jer.“ Saifuddin
tersenyum tawar.
“Okey. Jom Encik Saiful saya temankan
encik.“ Saiful Haq hanya menganggukkan kepalanya. Setelah mereka menapak pergi,
Saifuddin kembali ke dalam biliknya.
“Kenapa dengan aku ni? Nampak
perempuan bertudung jer aku akan ingatkan dia. Bertambah serabut fikiran aku. Aahhhhh!!!!!“
Saifuddin cuba menjerit pendek bagi melepaskan sesak di dadanya itu. Seketika
Saifuddin terpandangkan kalimah Allah yang tergantung indah di dinding biliknya
itu bersalam kalimah Muhamad s.a.w dan ayat kursi.
“Astagfirullahhalazim.“ Saifuddin
merauk mukanya.
“Baik aku solat dan mengaji sekejap.“
Saifuddin mula masuk ke dalam tandas untuk mengambil wudhuk. Dia ingin
menenangkan hatinya dengan bersujud pada-Nya.
**********************************************
Pukul dua
petang merupakan waktu tamat tempoh kerja bagi syif Umairah. Dia yang sudah
menyalin pakaiannya mula menapak keluar daripada Hotel Teduhan Kasih tersebut.
“Umairah! Umairah!“ Nizam memanggil
namanya. Demi terdengar namanya dipanggil, dia segera menoleh ke belakang.
“Nizam. Ada apa?“
“Awak balik naik pe ari ni?“ Nizam
tersenyum manis. Mereka kemudian sama-sama beriringan jalan keluar menghampiri
pintu utama hotel tersebut.
“ Kenapa awak tanya? “ Umairah yang
pelik dengan pertanyaan Nizam segera bertanya pula.
“ Pagi tadi saya nampak bapa awak
yang hantar awak. Tu yang saya tanya, awak balik naik apa. Kalau bapa awak tak
ambil saya boleh tolong hantarkan. “ Nizam memandang mendalam wajah putih
kemerahan Umairah.
“Tak pe la, Nizam. Tak payah susah-susah.
Saya naik bas jer.“ Umairah bersahaja membalas tanpa memandang wajah Nizam
sebaliknya lebih fokus kepada hadapannya.
“Apa yang susahnya. Saya pun naik
balik. Satu jalan jer pun. Awak tinggal kat Taman Sejati Tiga kan.“
“Mana awak tahu?“ Umairah
memberhentikan langkah kakinya sambil memandang wajah Nizam dengan perasaan
terkejutnya.
“Kenapa nak terkejut lak ni. Kan saya
ni nak mengorat awak jadi saya kenalah pandai cari maklumat pasal awak. Boleh
ye, saya hantarkan awak.“ Nizam tersenyum mengharap.
“Tak pe la, Nizam. Saya tak selesa
awak hantar saya balik rumah. Lagipun tak manis orang tengok nanti.“ Umairah
kembali melangkah dengan hatinya yang tidak selesa terhadap tindakan yang telah
diambil oleh Nizam. Tindakan mencari maklumat berkenaan dirinya.
“Boleh la. Untung-untung, nanti boleh
saya berkenalan dengan famili awak. Saya nak hantar awak balik jer pun. Bukan
nak buat bukan-bukan pun. Orang tak kan fikir yang bukan-bukan punya.“ Nizam
masih tidak putus mencuba. Umairah sedikit terusik dengan kata-kata lepas Nizam
yang seolah-olah membelakangkan pandangan umat Islam di kawasan tamannya itu.
“Awak ni….“ Belum sempat Umairah
menghabiskan ayatnya, mereka dikejutkan dengan bunyi hon kereta yang berada di
perkarangan hadapan hotel tersebut. Masing-masing memandang kereta Viva Elite
Biru tersebut.
“Umairah, Nizam. Hai! Sembang pe tu?
Umairah jom, aku hantarkan ko balik.“ Jamilah tersenyum selepas berbicara
dengan mereka.
“Hai! Jamilah.“ Nizam bersuara dengan
nada sedikit kecewa.
“Okey la Nizam. Saya gi dulu. Nanti
kita jumpa lagi. Assalammualaikum.“ Umairah segera melangkah menghampiri kereta
Jamilah.
“Okey, Waalaikummussalam. Jumpa lagi
esok.“ Nizam hanya mampu membalas dengan lemah sambil melihat Umairah pergi
menghampiri kereta Jamilah.
“Alhamdulillah! Aku sayang sangat kat
ko. Ko la penyelamat aku Mila.“ Umairah yang sudah berada di dalam perut kereta
Jamilah segera mengenggam mesra tangan kiri Jamilah.
“Penyelamat? Dari Nizam ker? Dia nak
apa? Bukan main mesra aku tengok. Jealous
lak kejap aku tadi.“ Jamilah tergelak kecil. Mendengar gelakan Jamilah, Umairah
tahu Jamilah sedang mengusiknya. Tangannya pantas memukul lembut tangan kiri
Jamilah. Tanda protes.
“Suka sangat mengusik. Anyway, thanks.“ Umairah meneruskan
bicaranya biarpun sedikit terasa dengan usikan Jamilah.
“Thanks,
thanks gak. Tu pe cer? Kenapa dengan Mamat Jambu ko tu?“ Jamilah masih
ingat mengetahui berkenaan Nizam sambil tangan dan matanya meneruskan
perjalanan mereka.
“Nizam tu nak hantar aku balik. Ko
kan tahu aku tak suka. Tu yang dia cuba nak pujuk. Nasib baik ko datang tepat
pada masanya jadi tak payah aku nak ceramah panjang-panjang kat dia.“
“Dia nak hantar ko balik? Mana dia
tahu ko tak datang dengan kereta ko sendiri? Pelik! Dia kan mula kerja kul lima
pagi, macam mana leh tahu lak?“
“Entah la. Aku pun tak tanya sangat
tapi dia cuma kata dia ternampak abi anto aku pagi tadi. Tu yang dia nak sangat
anto. Tapi itu tak pelik sangat. Yang lagi pelik, dia tahu aku tinggal kat mana.
Aduh! Menyusahkan betul la.“ Umairah memicit dahinya.
“Amboi! Cekap. Good! I like it!“ Jamilah tersenyum.
“Tak payah nak, I Like it sangat. Kita nak gi mana ni?“
“Ko ni tau jer aku nak bawa ko gi jalan-jalan,
kan.“
“Perangai ko tu dalam kocek aku jer.
Ko tu kalau datang jemput aku ni mesti ada hal. Kalau tak jangan harap la nak sukarela
nak datang jemput aku.“
“Tau tak pe. Ko tu sape nak aku
datang jemput bagai. Anak Dato’ pun bukan petah lagi Tuan Puteri.“ Mereka
sama-sama ketawa kecil.
“Memandangkan hari ni hari pertama ko
kerja kat hotel dan kebetulan aku cuti hari ni, pe kata kita sambut. Kita gi
makan-makan kat Restoran Wangian Kasih dulu. Then, baru aku hantar ko lik. Amacam?“ Jamilah ceria berbicara.
“Aku tak kisah aku ikut jer. Elok gak
tu boleh aku jumpa Auntie Niza and
belanja dia makan sekali.“ Umairah kembali bersemangat.
“Amboi! Bukan main baik ngan Auntie
Niza lagi sekarang ni. Ada apa-apa ker?“ Jamilah masih mengusik.
“Apa-apa, apa? Jangan nak fikir yang
bukan-bukan ye. Aku cuba rasa kesian dengan Auntie Niza sebab dia terpaksa
menjaga kesihatan Encik Saiful Haq dengan Uncle Rafieq. Nak jaga restoran tu
lagi. Ingat senang ker? Sekurang-kurangnya ada kita disampingnya, boleh la kita
gembirakan dia sikit.“
“Betul, betul. Aku sokong. So nak ajak sape-sape lagi ker?“
“Nak ajak sape lagi. Semua kerja kot time ni. Dah abis waktu lunch pun.“
“Tak nak ajak Nizam and the geng ker?“
Jamilah tersenyum.
“Tak abis-abis nak mengusik. Kalau ko
nak ajak dia ko gi jer ngan dia. Tak payah bawa aku sama. Dah jemu aku tengok
dia sehari ni tak payah nak tambah masa dia ngan aku lagi.“ Umairah buat-buat
merajuk. Demi mendengarkan kata-kata Umairah, Jamilah ketawa.
“Alahai! Kesiannya dia. Okey, kalau
tak nak ajak dia. Nak ajak Syawal tak? Tak pun Abang Din atau pun Abang Haq?“
Jamilah masih lagi ingin mengusik.
“Malas aku nak layan ko. Aku nak
pejamkan mata kejap. Nanti dah sampai bagitahu aku.“ Umairah segera memejamkan
matanya. Jamilah hanya ketawa kecil.Umairah bernada kecewa.
“Ko ni kenapa sedih? Rindu kat Syawal ker?“
Jamilah yang dapat mengagak perubahan suara Umairah mula bertanya.
“Tak la. Aku letih sikit. Banyak kerja tadi.“
Umairah tidak mahu bertentang mata dengan Jamilah dan hanya memandang sepi
telefon bimbitnya.
“Ko ngan Syawal dah memang over ker? Aku tengok dia still
mengharapkan ko jer? Masalah korang masih tak settle lagi ker?“ Jamilah serius.
“Entah la Mila. Aku pun tak tahu nak cakap macam
mana lagi. Aku memang tak mengharapkan apa-apa lagi tapi Syawal masih macam tu.
Dia tak mahu mengalah dan masih tetap dengan janjinya nak pujuk mamanya.“
Umairah melepaskan keluhan yang maha berat.
“Mama dia masih tak dapat nak terima ko ker? Mama
dia tu nampak jer orang yang baik-baik ye tapi tak sangka fikiran kolot dan
sempit. Mesti susah Syawal nak pujuk mama dia, kan.“ Jamilah meluahkan rasa
tidak puas hatinya.
“Tak baik cakap macam tu, Mila. Apa yang mama dia
risaukan tu ada betulnya. Lagipun Syawal tu satu-satunya anak dia. Mestilah dia
mengharapkan yang terbaik untuk anaknya.“
“Ko ni baik sangat la Umairah. Tu sebab senang
orang nak mempergunakan ko. Mama dia dah kutuk ko macam tu pun ko boleh bersabar
lagi. Kalau aku dah lama aku balas. Macam la ko yang terhegeh-hegeh nak kan
anak dia tu. Kalau bukan fikirkan Syawal tu kawan kita, dah lama aku sound Syawal ngan mama dia tu. Eeee…. Geramnya
aku bila fikirkan balik.“ Jamilah sudah merah telinga menahan marah. Umairah
hanya mampu mendiamkan dirinya ketika itu.
“Mila, boleh tak ko tolong aku. Tolong aku…..
tolong aku pisah ngan Syawal. Tolong buatkan…. Tolong buatkan Syawal tak suka
ngan aku lagi.“ Air mata Umairah sudah bergenang.
“Apa! Ko dah abis fikir ke Umairah. Betul ko nak
buat semua tu. Ari tu ko kata ko tak mahu sakitkan hati sesiapa pun. Ni, kenapa
nak buat macam ni kat Syawal lak. Tak ke nanti ko akan sakitkan hati dia?“
Jamilah bersuara tegas.
“Dulu aku ingat dia akan lupakan aku kalau kitaorang
dah terputus hubungan tapi rupanya tak. Dia masih setia dengan janji-janjinya
tuk pujuk mama dia dan tak kan berkahwin dengan orang lain selain aku. Aku tak
nak musnahkan hidup dia hanya sebab janji yang bodoh yang dibuatnya sendiri tu.
Lagipun aku nak tunaikan janji aku ngan mamanya.“
“Ko nak tunaikan janji mama dia sampaikan lukakan
hati ko sendiri.“
“Ko pun tahu dari mula lagi aku tak mengharapkan
apa-apa daripada Syawal sebab aku tahu cinta manusia akan mati juga nanti.
Hanya cinta pada-Nya yang kekal abadi.“
“Ye le tu. Kalau macam tu kenapa ko nak menangis
sekarang ni. Bukan sebab ko sedih akan kehilangan Syawal ker?“ Jamilah sedikit
marah dengan perangai Umairah.
“Aku sedih bukan sebab akan kehilangan Syawal
tetapi sedih sebab akan kehilangan sahabat yang boleh dipercayai sepertinya.
Mungkin lepas ni dia tak akan berkawan langsung dengan aku bahkan membenci aku.“
Umairah segera menyapu air matanya yang sudah mengalir ke pipi.
“Itu harga yang perlu ko bayar kalau ko nak
teruskan kerja gila ko tu. Abis tu ko betul-betul nak aku tolong ko putuskan
hubungan ngan dia?“ Jamilah mengerutkan dahinya meminta kepastian. Umairah
tidak mampu berkata-kata dan hanya menganggukkan kepalanya.
“Aku rasa cuma ada satu cara sahaja supaya dia
akan terus lupakan ko dan tak kan mengharapkan cinta ko. Ko kena kahwin.
Sanggup ke ko kahwin?“ Jamilah merenung wajah sayu Umairah. Umairah ternyata
terkejut dengan saranan Jamilah.
“Tak kan sampai macam tu sekali, Mila. Tak kan
tak de jalan lain.“ Umairah kerisauan.
“Abis tu ko ingat kalau ko kata ko dah ada pakwe
dia nak dengar ker? Kalaupun ko tunjuk pakwe ko kat dia, dia masih akan
menunggu ko sebab ko masih tidak terikat dengan hubungan yang sah dan haram
untuk dia memiliki ko. Hanya dengan perkahwinan sahaja dia tidak akan menganggu
ko sebab perempuan tak boleh kahwin lebih daripada satu. Lain la orang lelaki,
perempuan masih sanggup tunggu sebab boleh kahwin sampai empat kan.“ Jamilah
cuba mengusik sedikit. Umairah tersenyum kelat dengan usikan Jamilah.
“Dah tak payah nak sedih-sedih. Insya-Allah,
sampai masanya dia akan mengundurkan diri juga. Ko berdoalah selalu agar akan
muncul jalan penyelesaian bagi masalah ko ni. Aikh! Dah terbalik lak. Selalu ko
yang nasihatkan aku. Hari ni aku lak nasihatkan ko.“ Jamilah ketawa kecil.
Umairah hanya tersenyum sambil menganggukkan
kepalanya.
“Aishh! Pukul dua lebih macam ni pun masih sesak.
Jalan macam siput, bila nak sampai ni.“ Jamilah melepaskan kemarahannya kepada
stereng keretanya. Hatinya pedih melihat Umairah bersedih begitu.
‘Kenapa la banyak sangat dugaan yang ko hadapi
Umairah. Aku dah tak sanggup nak melihat keadaan ko sekarang ni.
Astaghirullahalazim! Mila, what are you
trying to say? Mestilah Allah menguji Umairah sebab dia sayangkan dia? ‘
Jamilah cuba membetulkan kata hatinya. Jamilah memandang wajah Umairah dengan
wajah yang tegang sementara Umairah telah hanyut dalam dunia kenangannya
bersama dengan Syawal satu ketika dahulu.
No comments:
Post a Comment