Episod Baru
“ K
|
alau solat kamu rasa buang
masa abis tu mengusik orang kamu tak rasa buang masa ker? Kamu sepatutnya
beringat-ingat, usik-mengusik ni ada batasannya. Jangan sampai melukakan hati
orang. Dan yang lebih merisaukan saya kalau kamu tak sempat nak memohon maaf di
atas usikkan kamu terhadap orang yang dah terluka hatinya itu. Kerana apa? Oleh
sebab perkara yang kamu rasakan kecil itu akan menghalang kamu daripada masuk
ke syurga. Kamu semua tak nak masuk syurga ke? “ Ustaz Muhammad Al-Amin mula
serius berkata-kata. Ketiga-tiga pelajar tersebut sudah merah padam mukanya
menahan getar di dada.
“ Untuk pengetahuan kamu
rezeki itu bukan sekadar mencari nafkah atau duit tetapi rezeki juga merangkumi
aspek memperolehi keputusan peperiksaan yang baik. Tahun ni kan kamu semua
ambil PMR. Kamu tak nak Allah permudahkan kamu mendapat keputusan yang
cemerlang ker? Selain berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh, ini salah
satu jalan untuk kamu berdoa dan memohon kepadanya supaya dimurahkan rezeki kamu
selain doa kamu pada solat-solat wajib. Sepertimana kamu berusaha
bersungguh-sungguh memenangi hati ibu dan bapa kamu sekiranya kamu ingin
meminta mereka membelikan kamu sesuatu barang, macam tulah juga kamu sepatutnya
buat supaya Allah tunaikan permintaan kamu. Bukan setakat yang wajib sahaja,
yang sunat lagi memperkukuhkannya. “ Ustaz itu tersenyum manis lagi.
Saat itu
Saifuddin benar-benar terpukul dengan kata-kata ustaz muda itu. Bagai dijentik
hatinya, dia mula tersedar dan insaf. Mukanya kemerahan bukan kerana menahan
kemarahan tetapi kerana berasa malu dengan kejahilan diri terhadap agama yang
sudah diwarisinya sejak lahir lagi, Agama Islam. Betul kata orang agama memang
boleh diwarisi tetapi iman tidak dapat diwarisi dan ianya perlu dipelajari dan
di dalami sendiri oleh setiap individu. Tidak akan Islam seseorang itu
sekiranya tidak melakukan segala amalan dan meninggalkan segala larangan yang
ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atas hamba-hamba-Nya. Nikman dan Nazrin yang
kemarahan mendengar teguran ustaz itu ingin membalas namun di halang oleh
Saifuddin.
“Nikman, Nazrin, apa yang
ustaz tu katakan ada betulnya. Jom kita ikut ustaz ni buat solat sunat dhuha.
Ustaz boleh tolong ajarkan kami kan?“ Saifuddin tersenyum malu. Nikman dan
Nazrin terkesima mendengar ajakan Saifuddin itu.
“Alhamdulillah. Insya-Allah
boleh. Maih, saya ajarkan.“ Ustaz tu tersenyum kembali. Nikman dan Nazrin yang
tidak mampu melawan atau menidakkan tindakan yang diambil oleh Saifuddin hanya
terpaksa menurut. Mereka tidak mahu membantah tindakan yang dirasakan pelik itu
kerana mereka ingin menjaga hati Saifuddin, kawan baik mereka.
Saifuddin
tersenyum sendiri apabila mengingati kisah-kisah silamnya di sekolah menengah
sehingga tanpa disedarinya dia terlelap besama-sama kenangan manis semasa
dirinya pemuda belasan tahun.
****************************************
Hari yang
dinantikan akhirnya tiba. Hari ini merupakan hari pertama Aina Umairah
memulakan kerja sebagai pembantu cef di Hotel Teduhan Kasih seperti mana yang
telah dipersetujui olehnya dengan Saifuddin dahulu. Dia menanti dengan debaran
di luar pejabat Pengurus Besar itu. Dia tidak pasti kenapa dia berperasaan
begitu.
‘Kenapa aku ni?
Berdebar-debar jer? Semacam jer rasanya. Tak kan risau nak mula kerja kot.
Bukannya tak biasa kerja kat dapur macam ni. Masa cuti sem kan aku selalu buat
kerja sambilan kat dapur-dapur restoran tak pun hotel.‘ Umairah monolog
sendirian. Matanya sekali-sekala memandang pintu kayu bilik Pengurus Besar itu
sambil membaca majalah yang terdapat di meja menunggu tersebut. Tertera nama
EN. SAIFUDDIN BIN DATO’ RAFIEQ di dada pintu itu. Umairah membaca nama tersebut
dalam hatinya. Jantungnya berdegup dengan lebih kencang.
‘Tak kan sebab mamat
hangin ni aku jadi macam ni kot. Bukannya aku tak pernah jumpa dengan dia. Bersembang,
bertekak pun dah pernah. Mustahillah aku cemas pasal mamat tu. Mungkin sebab
dah lama sangat tak jumpa dia face-to-face
kot, tu yang rasa semacam ni. Mungkin aku rasa kekok sikit kot. Okey, tak pe Umairah.
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus pelahan-lahan. Cuba istighfar dan tenangkan
diri. Buat macam biasa.‘ Umairah cuba meyakinkan dirinya sendiri dengan berkata-kata
dalam hatinya. Dia cuba berlagak tenang sambil menyambung semula pembacaannya
pada majalah Businessman tersebut.
Seketika
kemudian, pintu bilik Pengurus Besar tersebut terbuka dari dalam bilik. Umairah
segera mengalihkan pandangannya kembali kepada bilik tersebut. Dia agak
terkejut apabila mendapati Saiful Haq yang keluar daripada bilik tersebut
bersama dengan Encik Rafie. Demi terpandangkan Umairah yang sudah menanti di
ruangan menunggu tersebut, Saiful Haq melemparkannya sebuah senyuman yang manis
dan kemudian menghampirinya. Encik Rafie pula berkata sesuatu kepada setiusaha
yang berada berdekatan dengan bilik tersebut.
“Sorry, lama tunggu. Kejap lagi kita turun ke bahagian dapur ye.
Sebelum tu kita berkenalan dulu ngan semua staf yang ada dalam bahagian office ni. “ Saiful Haq memulakan
bicaranya.
“Assalammualaikum. Okey,
saya tak kisah. Tapi sebelum tu, awak dah kerja semula ker? Kenapa tak bagitahu
saya pun?“ Umairah bertanya.
“Waalaikummussalam. Tengok
wajah cantik awak, sampai terlupa nak bagi salam tadi. Saja saya nak surprise kan awak, tu yang tak bagitahu
awal-awal. Lagipun saya masih dalam tahap percubaan. “ Saiful Haq tersenyum
lagi.
“Bagus la kalau macam tu.
Saya harap awak berkeyakinan tinggi untuk meneruskan semula tugas awak ni.“
Umairah tersenyum.
“Saya bukannya ambil
semula jawatan saya ni tapi lebih kepada cuba membina keyakinan diri dan
menyesuaikan diri melakukan tugas-tugas dengan keadaan diri saya yang baru ni.
Nanti bila saya dah betul-betul yakin, mungkin masa tu saya akan pertimbangkan
semula cadangan nak ambil alih semula tugas ni.“ Saiful Haq yakin bersuara.
“Alhamdulillah. Saya
doakan awak akan sentiasa penuh dengan semangat yang baru dan berkeyakinan yang
tinggi. Kekurangan diri bukanlah penghalang untuk kita mencari keredhaan-Nya di
dunia mahupun bekalan akhirat nanti. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan kemampuan
setiap hamba-hamba-Nya.“ Umairah tersenyum lagi.
“Asyik cete pasal saya
jer, awak pula macam mana? Dah sedia ker nak jadi pembantu cef kat hotel kami
ni? Tugasnya boleh tahan tough juga.“
Saiful Haq cuba menguji.
‘Sedia? Sedia ker aku nak
kerja kat sini?‘ Umairah monolog sendirian. Tiba-tiba dia teringat
perbincangannya bersama-sama dengan umi dan abinya satu masa dahulu dengan
Doktor Bahiyah, doktor pakar yang mengendalikan kesnya.
“Doktor, dengan keadaan
saya yang macam ni, bolehkah saya meneruskan tugas saya sebagai pembantu cef.
Saya akan mula bertugas tak lama lagi.“ Umairah mula bertanya dengan perasaan
yang gementar dan curiga.
“Seperti yang saya
terangkan tadi. Kes Umairah ni masih lagi berada di peringkat awal, masih dalam
peringat pengawasan. Masih terlalu awal untuk membuat sebarang tindakan lanjut
kerana kemungkinan ianya tidak akan terus merebak dan jika merebak mungkin pada
tahap yang tidak merbahayakan. Sekiranya itu berlaku, mungkin adik tak perlu
sampai membuat pembedahan. Adik boleh teruskan aktiviti dan tugas adik macam
biasa. Tak perlu risau tetapi mungkin adik saya nasihatkan cuba bataskan diri
adik daripada terkena sinaran matahari terlalu lama dan jangan lupa mengambil
ubat yang saya akan bekalkan. Insya-Allah nanti kita akan jumpa lagi dan tengok
perubahan yang mungkin berlaku dalam beberapa minggu lagi.“ Doktor Bahiyah
menerangkan dengan panjang lebar. Umairah tersenyu lega.
“Hello sayang, dah terbang
ke mana ni? Orang tanya pun tak jawab?“ Saiful Haq mula mengusik Umairah
apabila mendapati fikiran Umairah sudah terbang melayang.
“Haaahh! Awak cakap apa
tadi. Sorry, saya tersentak sikit
bila awak cakap kerja sebagai pembantu cef ni tough. Setahu saya tak tough
mana pun?“ Umairah cuba berdalih.
“Eh! Ye ker tak tough? Kena angkat bahan-bahan masakan
yang berbakul-bakul, periuk belanga yang besar-besar lagi. Tu tak tough ker bagi orang perempuan?“ Saiful
Haq cuba menguji lagi.
“Alah bisa tegal biasa.
Saya dah biasa buat semua tu. Dulu masa cuti sem saya selalu gak kerja sambilan
kat restoran tak pun hotel, tapi tak la besar macam hotel awak ni.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Lagipun kerja kat dapur tu bukannya
kerja bersendirian. Kan kerja berkumpulan tu. Awak jangan risau la, semangat
tolong-menolong sentiasa ada kalau kita bekerja dalam dapur tu. Tu yang buat
hati saya terpikat nak kerja kat bahagian dapur jer.“
“Betul la tu. Ingat kalau
angkat benda berat-berat jangan angkat sorang-sorang ye. Minta tolong pembantu
lelaki sama. Saya tak nak nanti kesayangan saya ni tercedera pula.“ Saiful Haq
tersenyum gembira dengan kata-katanya yang cuba memberi bunga-bunga tentang
rasa hatinya kepada Umairah. Umairah hanya tersenyum sumbing. Dalam hati dia
berkata-kata sendirian.
‘Dia ni memang la, tak
selindung langsung perasaannya. Kalau la kau tahu hati aku, macam mana agaknya?
Ada tak ko nak cakap macam ni lagi? Patut ker aku terus terang jer ngan dia?
Kalau aku terus-terang boleh ker dia terima? Dengan keadaan dia yang baru nak
pulih ni, aku rasa biar la dulu. Nanti sampai masa yang sesuai aku akan
bagitahu dia, sebenar-sebenranya. ‘
“Okey, kalau semua dah ready kita gerak sekarang. Kita
berkenalan dengan semua staf-staf Hotel Teduhan Kasih bahagian pengurusan ni dulu
then baru kita tunjukkan tempat kerja
Cik Aina Umairah.“ Encik Rafie yang sudah menghampiri Saiful Haq dan Umairah
mula bersuara sambil tersenyum.
“Okey, saya ikut saja.“
Umairah membalas sambil membalas senyuman Encik
Rafie. Saiful Haq hanya tersenyum melihat keceriaan wajah Umairah. Hatinya
berbunga riang kerana rancangannya sudah bermula. Namun pada masa yang sama dia
juga risau akan rahsia yang bakal diketahui disebalik rancangannya itu. Dia
mula tersenyum kelat. Terasa perit untuk menelan air liurnya.
‘Eh! Wait, wait. Mana Mamat Hangin ni? Dia tak de nak jumpa pekerja baru
dia ni ker? Bukan biasanya pekerja baru kena jumpa dengan Pengurus dulu ker? Ye
la, nak sampaikan ceramah sikit-sikit kat pekerja baru. Nasihat dan peringatan.
Ke aku yang salah? Memang bukan semua tempat kerja buat sistem yang macam tu.
Tambah-tambah tempat kerja yang besar macam ni? Hanya membiarkan staf bawahan
sahaja yang uruskan semuanya.‘ Umairah berkata sendirian sewaktu mereka mula
melangkah menuju ke arah pekerja-pekerja yang sedang tekun melakukan tugas
masing-masing. Saiful Haq dan Umairah masing-masing melayan rasa hati.
“Assalammualaikum, semua.
Minta perhatian. Oleh kerana Encik Saifuddin, CEO muda kita yang baru ada
sedikit hal pagi ni jadi saya akan mewakilinya untuk memperkenalkan staf baru
kita. Yang ni saya pasti semua masih kenal, Encik Saiful Haq. Beliau akan
mulakan semula tugas tetapi kali ini lebih kepada membantu CEO baru kita. Okey,
Haq ada apa-apa yang dikatakan?“ Encik Rafie mula bersuara apabila mereka menghampiri
ruangan pengurusan tersebut. Semua staf yang ada bangun berkumpul berhampiran
dengan mereka bertiga sambil menjawab salam yang diberikan.
“Assalammualaikum. Seperti
yang semua sudah ketahui dan lihat keadaan saya yang macam ni, agak sukar untuk
saya terus mengambil alih semula tugas saya. Jadi buat masa ni, saya akan
gunakan masa ni untuk belajar menguruskan hotel ni dengan keadaan diri saya
yang baru ni. Sambil membiasakan diri dan membina semula keyakinan diri saya.
Saya amat berharap semua dapat membantu saya dan adik saya, Saifuddin
menguruskan hotel ni sebaik mungkin. Saya juga berharap agar semua tidak malu
mempunyai seorang majikan yang kurang upaya macam saya ni.“ Saiful Haq
tersenyum tawar.
“Kami semua bangga dan
yakin dengan tuan. Tuan majikan yang berwibawa dan saya rasa itu semua tidak
terletak pada rupa tuan tapi lebih kepada kemampuan tuan. Jadi kami semua harap
tuan jangan mudah patah semangat dan akan sentiasa cekal.“ Puan Salmah, salah
seorang pekerja paling lama berkhidmat mula membalas. Semua yang ada mengangguk
setuju.
“Terima kasih semua.“
Hanya itu yang mampu dikatakan oleh saiful Haq.
“Okey, yang ini pula
pembantu cef yang baru, Cik Aina Umairah binti Abdullah. Cik Aina Umairah ada
apa-apa nak dikatakan?“ Encik Rafie memperkenalkan Umairah pula.
“Assalammulaikum semua.
Salam perkenalan. Semua boleh panggil saya Umairah sahaja. Saya akan bekerja
sebagai pembantu cef jadi harap dapat tunjuk ajar dan teguran daripada semua
sekiranya saya perlu berurusan dengan bahagian ni nanti terutama dalam hal-hal
berkenaan tuntutan elaun atau sebagainya. Saya juga sebenarnya bangga punya
majikan yang macam Encik Saiful Haq yang tidak mengendahkan kekurangan diri
demi untuk kembali bertugas dan memajukan lagi hotel ni. Harap saya pun akan
dapat tempias semangatnya yang membara ni. Terima kasih.“ Umairah melafazkan
dengan ceria sekali sambil disudahi dengan senyuman manis.
“Wooow”
“Wwaauw“ Bermacam-macam
bunyi kedengaran daripada staf-staf yang lain. Ada juga yang tergelak kecil dan
tersenyum dengan kata-kata Umairah.
“Okey, saya tahu semua
terpegun dan terpikat dengan kata-kata dan kecantikan Cik Umairah tapi jangan
asyik nak turun ke bahagian dapur pulak lepas ni, ye.“ Encik Rafie cuba
mengusik. Semua hanya tergelak dengan usikan tersebut. Bagi Saiful Haq pula dia
hanya tersenyum tawar. Dia sebenarnya lupa akan suatu perkara yang pastinya
akan menggoyangkan hatinya nanti dan seharusnya difikirkannya dahulu.
‘Aduih! Kenapa la aku tak
terfikir benda ni? Kat hotel ni kan ramai pekerja yang boleh tahan handsome malah ada juga yang lebih
menarik penampilan daripada aku. Bukan setakat itu, malah ada ramai gak yang
masih bujang. Kalau ada yang masuk jarum nak
pikat Umairah, teruk aku nanti. Sekarang ni, aku bukan setakat kena fikir pasal
Umairah ada hati ngan Din malah kemungkinan dia terpikat dengan staf-staf kat
sini juga besar.‘ Saiful Haq gusar sendirian dan kemudian dia menyedapkan
hatinya sendiri.
‘Tapi aku tak rasa Umairah
jenis yang macam tu. Dia bukan jenis yang senang terpikat atau dipikat. Aku
yakin itu. Okey, buat masa ni let observed
dulu. Wait and see, baru leh fikir
tindakan apa yang nak buat.‘
********************************************
“Maih! Saya tolong awak
angkat. Agak berat periuk ni kalau dah berisi.“ Nizam sudah turut sama memegang
hujung pemegang periuk besar yang berisi bubur kacang hijau dengan durian
tersebut. Mujur Umairah yang baru berkira-kira untuk mengangkat periuk itu,
sempat melarikan tangannya sebaik sahaja terlihat tangan sasa Nizam juga
menghampiri untuk mengangkat periuk tersebut. Umairah perlu mengalihkan periuk
tersebut kerana dia akan mula memasak masakan yang lain seperti mana yang
diarahkan oleh Cef Fiq tadi. Dapur lain semua penuh dengan masakan yang lain.
“Terima kasih. Susahkan
awak pula. Kita angkat sama-sama la. Awak angkat sebelah sana saya angkat yang
belah sini.“ Umairah berasa tidak sedap hati pula kalau Nizam yang mengangkat
sendirian periuk yang besar tu walaupun dia yakin dengan tenaga lelaki Nizam
dia mampu untuk melakukannya sendirian.
“Tak pe saya sorang pun
boleh angkat ni. Awak jangan risau say cukup kuat tuk buat ni.“ Nizam tersenyum
geli hati dengan kata-kata Umairah yang seperti tidak percaya dengan kemampuan
dan kekuatan dirinya.
“Saya tahu awak mampu buat
sendiri sebab awak seorang jejaka yang kuat tetapi saya tetap nak tolong.
Asalnya ni kerja saya juga. Saya tak nak nanti orang fikir saya ni curi tulang
tak pun suka mengarahkan orang pula. Okey, jom angkat. Dalam kiraan tiga. Satu,
dua, tiga.“ Umairah serius.
“Okey, kalau itu yang awak
nak.“ Nizam tersenyum sambil turut mengikut Umairah mengangkat periuk itu pada
pemegang yang bertentang dengan Umairah.
“Terima kasih ya, Nizam.“
Umairah tersenyum manis.
“Sama-sama kasih.“ Nizam
tersenyum sambil mengenyit sebelah mata kanannya. Umairah sedikit terkejut
dengan tindakannya itu.
“Sakit mata ker? Mata awak
terkena cili ker?“ Umairah sengaja mengajukan soalan seperti itu. Bukannya dia
tidak faham maksud kenyitan mata Nizam itu tetapi sengaja dia buat andaian yang
lain. Nizam hanya tergelak kecil dengan soalan Umairah itu.
“A’ah sakit mata tapi
bukan sebab cili tapi sebab tengok mata biru awak yang cantik dan wajah awak
yang putih kemerah-merahan tu. Comel sangat. Bukan setakat saya jer yang rasa
macam tu tau tapi hampir semua orang kat sini. Cuba tengok semua dok perhatikan
awak.“ Nizam yang sedang mengelap tangannya pada tuala kecil di poket apronnya
hanya menunjukkan dengan mengerakkan mukanya sahaja ke arah rakan sekerja yang
dimaksudkan.
‘Biar betek. Tak kan la
semua dok perhatikan wajah aku yang aku tahu kemerahan sekarang ni sebab tu dah
jadi kebiasaan muka aku kalau berada dalam keadaan panas dalam dapur ni. Aduih!
Malunya. Apa aku nak cakap kat mamat jambu ni ye? Haaa!‘ Umairah berkata
sendirian sambil mata memandang sekeliling.
“Ye ker? Ker dape dok usha
awak. Ye la, dape dok heran pasal pe awak dok kat sini lagi kot. Macam awak tak
de kerja dah nak buat. Saya rasa sebelum cef tegur awak baik awak lik tempat
awak. Saya pun nak mula buat pengat pisang ni.“ Itulah ideanya yang datang
untuk menidakkan kata-kata Nizam tentang pandangan staf lain terhadapnya tadi.
“Saya tengah kerja la ni.
Tengah tunggu arahan kerja daripada awak. Cef tadi minta saya tolong awak pula.
So apa yang patut saya tolong awak
ni?“ Nizam serius sambil masih tersenyum kecil.
“Ye ker. Kenapa tak cakap
tadi. Awak tak kisah ker tolong saya? Sorry
la kalau saya buat awak tak selesa.“ Umairah bernada sedikit sayu.
“Kisah? Saya nak kisah pe
pulak? Apa yang tak selesanya? Saya tak faham?“ Nizam keliru dengan kata-kata
Umairah.
“Ye la. Hari pertama saya
kerja kat sini, awak pula kena tolong saya. Sepatutnya saya yang tolong awak
sebab awak boleh dikira senior saya
tapi sebaliknya pula. Saya rasa segan lebih-lebih lagi dengan awak.“ Umairah
masih lagi sayu.
“Maksud awak, hari pertama
kerja awak dah diberi kepercayaan untuk mengendalikan tugas memasak dan saya
hanya sebagai pembantu ya.“ Nizam inginkan kepastian. Umairah hanya
menganggukkan sedikit kepalanya sambil tangannya menyambung semula memotong
pisang yang masih berbaki untuk pengat itu nanti.
“Awak tak perlu risau atau
segan la. Sebelum awak masuk lagi Cef Fiq dah terangkan kepada kami semua. Cef
bagitahu kitaorang semua yang awak dah ada banyak pengalaman memasak kat tempat
lain sebelum ni. Kebetulan salah seorang cef yang awak pernah bantu dulu kawan
baik Cef Fiq. Dia cakap, dia ada merisik tentang awak dengannya. Selepas dia
dengar yang awak cekap tu yang dia percayakan awak dan lepaskan tugas ni kat
awak sepenuhnya. So, saya nak buat apa ni?“ Nizam masih bertanyakan tugasnya
kepada Umairah.
“Haah! Oh! Okey. Awak
tolong saya…potong kecil gula kabung boleh. Saya perlukan…emm.. dalam lima
buku.“ Umairah tersangkut-sangkut berbicara. Sebenarnya dia agak segan.
“Segan lagi? Jangan segan
la. Saya tak kisah pun. Lagipun sekarang ni kita memang kekurangan staf kat
dapur ni. Mana yang dah lama dan mahir memang akan diberi tugas memasak. Jadi
jangan segan ye. Semua orang dah tak kisah janji hidangan siap dan dapat
memuaskan hati pelanggan dan pihak atasan.“ Nizam tekun meyakinkan Umairah.
“Terima kasih. Saya hargai
setiap kata-kata awak tadi. Melegakan sedikit hati saya ni.“ Umairah kembali
ceria.
“Sama-sama kasih. Masa
saya dengar awak yang akan masuk kerja hari ni, saya teruja sangat. Tambahan
tahu awak akan masuk team ni. Bila
dengar yang awak akan masak, saya terus minta izin Cef Fiq nak jadi pembantu
awak.“ Nizam tersenyum bangga.
“Haaah! Apa? Awak minta
nak jadi pembantu saya dengan Cef Fiq? Kenapa awak cakap macam tu ngan cef?
Malunya saya.“ Umairah terkejut dengan kenyataan yang kurang sedap
dipendengarannya itu. Nizam hanya ketawa kecil.
“Masa dengar permintaan
saya tu Cef Fiq terkejut. Awak nak tahu apa yang cef tanya saya. Dia tanya saya
macam mana kenal saya? Kenapa nak jadi pembantu awak? Soalan yang paling tak
menarik, adakah saya nak mengorat awak?“ Nizam tersenyum riang. Umairah
mengelabah.
“Abis tu awak jawab pe?“
“Saya cakap la yang saya
kenal awak masa interview hari tu.
Dan sebab saya nak jadi pembantu awak ialah selain nak mengorat awak, saya nak
belajar cara awak bekerja sehingga diberikan kepercayaan seperti ni dalam usia
awak yang masih muda. Malah lebih muda dari saya.“ Nizam tersenyum senang hati
sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
“Serius awak cakap macam
tu?! Kenapa awak cakap macam tu? Aish!….. Malunya. Awak tak rasa malu ker cakap
terus-terang kat cef yang awak nak mengorat saya? Dan saya rasa sebab kata-kata
awak tu la yang buat cef suruh awak tolong saya ni.“ Umairah yang terkejut
dengan penerangan Nizam mula kalut. Nizam yang melihat kekalutan Umairah hanya
tersenyum kecil.
“Awak yang fikir macam tu
tapi cef tak. Dia kata kalau sebab saya nak mengorat awak, dia tak kan benarkan
sesekali pun saya jadi pembantu awak. Tu sebab sekarang baru saya bantu awak
bukan dari awal lagi. Nampaknya sekarang awak dah jadi anak buah kesayangan Cef
Fiq. Makin susah la saya nak mengorat awak ni.“ Nizam tersenyum manis sambil
tangannya ligat bekerja.
“Huh! Anak buah
kesayangan? Kenapa awak cakap macam tu lak? Boleh tolong explain lebih mendalam supaya saya tak salah anggap dan salah
sangka akan maksud kata-kata awak yang ‘mendalam’ tu.“ Umairah mula panas dengan
perbicaraan itu dan mula memberhentikan seketika kerjanya.
“Cool, cool. Macam saya katakan tadi Cef Fiq tak benarkan saya jadi
pembantu awak kalau sebab saya nak mengorat awak tapi dia benarkan saya tolong
awak sebab dia nampak kesungguhan saya untuk belajar cara saya berkerja
daripada awak.“ Nizam mengenyitkan mata kirinya lagi. Saat Umairah terpana
dengan kenyitan mata Nizam yang tanpa rasa malu itu, mereka dikejutkan dengan
ketukan senduk pada periuk di tepi dapur memasak mereka. Masing-masing berpaling
memandang gerangan yang mengetuk senduk tersebut.
“Dah, dah. Cukup setakat
itu penerangan dan alasan sebab korang ditugaskan bersama. Kalau asyik bahas
benda ni sampai esok pun tak siap pengat tu.“ Cef Fiq serius menegur kemudian
berlalu pergi meninjau staf yang lain.
“Maaf, cef.“ Umairah
memohon maaf sementara Nizam hanya mengiyakan teguran tersebut.
“Baiklah, cef“
“Okey, jom kita bekerja
bersama-sama dengan seikhlas hati. Semoga ini menjadi satu episod baru bagi
saya dan juga awak dalam dunia masakan ni.“ Nizam ceria memberikan kata-kata
semangat sambil Umairah hanya tersenyum kelat campur terkejut dengan
kata-katanya itu.
‘Hemm….. Episod baru ye. Sound great. New episode, new task and new
hope. Mungkin itu ungkapan yang lebih lengkap untuk aku.‘ Umairah berbicara
dalam hatinya sendiri. Tanpa mereka sedari kelakuan dan perbincangan mereka
diperhatikan oleh Saifuddin dari balik pintu.
‘Kenapalah semua lelaki
tertarik dengan ko ni. Buat aku nak tarik ko menjauhi mereka. Buat hati aku
rasa sakit dan perit. Aduh! Sakitnya hati aku ni!‘ Saifuddin berbicara dengan
hatinya sendiri.
‘Kenapalah ko masih pakai contact lens biru tu lagi? Buat aku nak
kalihkan pandangan mata mamat-mamat tu semua daripada memandangnya. Damn! You just look so gorgeous with that blue
eyes.‘ Saifuddin masih tidak dapat menahan dirinya daripada perasaan yang
kini benar-benar sarat dengan perasaan cemburu. Namun seketika Saifuddin mula
tersedar akan hasutan syaitan itu. Dia beristighfar beberapa kali. Setelah dia
tenang, dia mula sedar akan keadaan dirinya ketika itu.
‘Aku tak patut macam ni.
Dia bukan untuk aku. Abang lebih memerlukannya berbanding diriku. Betul la tu.
Ini pun merupakan episod yang baru bagi aku dalam hidup aku yang tidak pernah
aku bayangkan aku akan lakukan sebelum ni. Episod baru bagi cinta terpendam aku
yang terpaksa dikuburkan demi cinta pada seorang abang.‘ Saifuddin berbicara
sendirian sambil melangkahkan kakinya beredar dari tempat yang membuatkan hatinya
dicuit perasaan cemburu itu.
No comments:
Post a Comment