Hawa Telinga

Wednesday 3 September 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 25






BAB 25 : Kehilanganmu

  S
etelah menghantar Tuan Habib pulang, Danial segera menghubungi Aiman untuk bertanyakan tentang kehilangan Aathifah. Dia sudah berjanji dengan Aiman untuk mencari Aathifah bersama-sama. Sebelum berlalu pergi semula ke rumah Aiman, dia sempat menghubungi Aathifah, mencuba nasib sekiranya panggilannya dapat ditembusi dan diterima oleh Aathifah. Ternyata keadaan yang masa masih terjadi. Aathifah  masih lagi gagal dihubungi. Kemudian jari-jemarinya ligat mendail nombor telefon bimbit Zatunnur. Ingin bertanya sekiranya Zatunnur mengetahui sesuatu.
            “Hello Nur, sorry ganggu Nur malam-malam ni. Saya nak tanya Aathifah ada tak hubungi Nur siang tadi?“ Danial mula bertanya dengan nada kerisauan. Menurut Aiman tadi di sudah mencari di tanah perkuburan Changat Blengkor tapi tiada kelibat Aathifah di sana. Bekas mertua Aathifah pun telah dihubungi untuk bertanya sekiranya Aathifah ada pernah singgah melawat di sana siang tadi tetapi jawapannya sama sahaja, negatif.
            “Tak de, Mr. Danial. Apa dah jadi sebenarnya ni Mr. Danial? Pe cete ngan video kat youtube tu? Semua tu tak benarkan?“ Zatunnur bersuara kerisauan juga.
            "Nur percayakan semua tu ker? Nur pun ada sebentar sebelum kejadian tu berlaku kan? Nur sendiri pun dengar saya menelefon Pak Rahim untuk menemani kami. Tapi ada orang yang cuba pasang perangkap untuk kenakan kami berdua." Danial cuba tenang berbicara.
            "Abis tu macam mana lak dengan rakaman video tu? Tak kan bos tak nampak ada orang ambil rakaman masa tu?" Zatunnur sedikit lantang bertanya.
            "Pasal tu memang saya minta maaf, Nur. Saya betul-betul tak perasan masa bila pula ada yang mencuri-curi membuat rakaman tersebut. Seingat saya memang tak ada yang buat rakaman melalui telefon bimbit ataupun videocam. Mungkin juga saya tak sedar sebab keadaan agak kalut masa tu."
            "Abis tu macam mana sekarang? Apa yang Aathifah cakap pasal hal tu? Bos pulak, nak buat apa dengan semua yang terjadi ini? Boleh tak bos tolong jelaskan kepada saya tindakan yang akan bos ambil?" Zatunnur masih lagi tegas bersuara.
            "Nur jangan risau. Saya akan bertanggung jawab sepenuhnya. Saya pun dah mulakan siasatan akan apa yang terjadi dan sekarang saya tengah kumpulkan segala maklumat yang berkaitan. Bila sudah cukup bukti saya akan ambil tindakan yang wajar ke atas mereka yang terlibat." Danial cuba meyakinkan Zatunnur.
            "Abis tu Aathifah macam mana?"
            "Masa kejadian Aathifah memang banyak mendiamkan diri dan menerima segala teguran pihak berkuasa. Tapi pagi tadi bila dia mendapat berita tentang penjualan syer Tuan Habib, dia terus gagal dihubungi dan menghilangkan diri. Ni yang saya call awak nak tanya ni?"
            "Astagfirullahhalazim, Aathifah!..... Apa yang kau fikirkan ni?" Zatunnur melepaskan keluhannya.
            “Zatunnur awak bersabar ye. So, awak tau tak mana-mana dia biasanye pergi atau dengan siapa dia biasa berjumpa kalau dia ada apa-apa masalah? Any clue?“ Danial serius berbicara. Tak dapat lagi membendungi rasa tegang dan kerisauannya sekarang ini.
            “Entah la biasanya dia gi kubur Abang Muaz ngan Dhia. Tak pun gi melawat bekas mertua dia. Dah try ke tempat-tempat tu?“ Zatunnur mula kalut.
            "Semua tu dah tapi tak de. Tak de tempat lain selain situ ker?" Danial inginkan kepastian.
            "Oh! Dah cuba tanya pakcik Aathifah yang duduk di Klebang Jaya tak? Pakciknya tu ustaz. Kadang-kadang dia akan berjumpa dengan pakciknya tu kalau dia ada masalah." Zatunnur baru teringatkan hal berkenaan.
            “Okey thanks Nur. Nanti saya tanya Aiman macam mana? Apa-apa nanti saya bagitau awak. Kalau-kalau Aathifah ada hubungi awak, awak bagitau saya cepat-cepat ye. Bye!“ Danial terus memutuskan talian selepas dibalas oleh Zatunnur. Kini Danial yakin Zatunnur memang sahabat karib Aathifah kerana banyak perkara yang dia tahu berkenaan Aathifah. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya Zatunnur dapat juga membantu mereka sedikit sebanyak.
            Setelah menelefon bapa saudara Aathifah yang dimaksudkan oleh Zatunnur tadi oleh Aiman maka semua saudara-mara yang lain turut dihubungi bagi mengetahui sama ada mereka ada menerima kunjungan ataupun panggilan telefon daripada Aathifah. Namun semuanya memberikan jawapan yang hampa. Kini Danial dan Aiman sudah menyusuri jalan menuju ke tempat-tempat makan yang biasa di kunjungi oleh Aathifah. Satu-persatu tempat makan dikunjugi dan dijengguk tetapi kelibat Aathifah masih belum kelihatan. Badan sudah kepenatan dengan fikiran sudah tidak mampu memberikan idea-idea yang bernas. Hanya perkara-perkara buruk yang terbayang-bayang di kepala terjadi kepada Aathifah. Danial beristighfar berkali-kali! 
            “Abang kita report polis jer la. Aiman tak sedap hati la. Akak tak pernah buat macam ni. Dia, kalau macam mana teruk pun masalah yang dia hadapi, dia tak pernah buat macam ni. Dia biasa call bagitau dia kat mana-mana.“ Danial dapat melihat wajah keruh Aiman.
            “Tak boleh Aiman. Polis ambik report kalau dah dua puluh empat jam Kak Aathifah hilang. Kita gi tanya kat hospital kot-kot Kak Aathifah ada didaftarkan masuk ke sana ke?“ Danial cuba memberi cadangan. Walaupun itu agak susah dilakukan dia harus mencuba nasib. Dia tidak mahu mengalah walaupun hari sudah lewat malam.
            “Okey la abang. Kita cuba tanya dulu kat sana. Abang larat lagi nak memandu ke? Nak Aiman tolong pula?“ Nada simpati Aiman hulurkan.
            “Eh! Tak pe abang larat lagi. Jom kita gi Hospital Ipoh dulu. Kalau tak de kita gi tengok hospital-hospital swasta lak.“ Danial memberikan cadangan. Hospital Ipoh lebih senang digunakan kerana ringkas disebut walaupun nama hospital itu ditukar kepada Hospital Tengku Permaisuri Bainun.
            Semua Hospital yang berada di Ipoh sudah dilewati namun perkhabaran Aathifah masih tiada lagi. Danial dan Aiman semakin risau. Sedang mereka meneruskan langkah kaki ke tempat letak kereta KPJ Ipoh Specialist Hospital, telefon bimbit Aiman berdering, segera panggilan itu dijawab oleh Aiman. Setelah berbual seketika dengan ibunya, Puan Aminah, Aiman memberitahu Danial yang ibunya menyuruh mereka pulang dan berehat. Walaupun berat demi mendengarkan kata-kata itu, Danial menurut juga kata-kata Puan Aminah. Mungkin benar kata-kata Puan Aminah mereka perlu berehat sebelum meneruskan pencarian esok.
            ‘Mana ko gi ni Aathifah? Ko tau tak aku risaukan ko ni? Ya Allah! Tolong la bagi kami petunjuk di mana Aathifah berada.‘ Monolog Danial sewaktu dia memandu pulang. Danial dapat melihat Aiman sudah memejamkan mata. Mungkin merehatkan diri dari kelelahan yang dirasainya. Dalam kesunyian itu Danial teringat perbualannya dengan Tuan Habib sewaktu dia menghantar Tuan Habib pulang tadi. Semuanya terlayar di kotak fikirannya.
            Uncle boleh tak saya nak tanya pasal perkara yang Tuan Hassan bagitau tadi. Pasal famili dia berhutang dengan papa tu.“ Danial cuba mengembalikan ingatan Tuan Habib kepada kata-kata yang dimaksudkan oleh Tuan Hassan.
            “Oh! Pasal tu. Danial ingat tak Fadzlee Yong?“ Tuan Habib memulakan bicaranya dengan pertanyaan.
            “Fadzlee Yong? Fadzlee Yong yang dah musnahkan syarikat papa yang dulu tu?“ Danial inginkan kepastian.
            “Ye. Uncle rasa dah sampai masa Danial tahu pe sebenarnya yang berlaku. Dia tu adik ipar Hassan, adik Aminah. Sebenarnya bapa Fadzlee Yong dan Yong Aminah tu pedagang Islam dari Yunnan.  Uncle tak pasti sangat tapi seingat uncle, nama islamnya Yunan bin Ibrahim dan nama Cinanya Yong Lin. Dia berdagang ke sini dan terus menetap di sini selepas berkahwin ngan isterinya seorang wanita Melayu Kelantan-Arab. Kalau Danial ingat lagi Syarikat Yunan Manufacturer Sdn. Bhd. adalah syarikat bapa mereka. Setelah Tuan Yunan meninggal dunia syarikat tu diamanahkan kepada Hassan sebelum Fadzlee Yong mencecah umur dua puluh satu tahun.“ Tuan Habib mendiamkan diri seketika dan mengambil nafas dalam-dalam seperti terpikul satu beban berat dibahu. Kemudian Tuan Habib menyambung.
            “Sepanjang dalam penjagaan Hassan, syarikat tu banyak mendapat keuntungan tetapi apabila diserahkan kembali kepada Fadzlee Yong dan Hassan berhenti berkerja di syarikat tu, syarikat mula menghadapi sedikit sebanyak masalah. Termasuk masalah dengan syarikat Yang Han Properties Management Sdn. Bhd. yang papa Danial bina dulu. Sebenarnya semua berpunca dengan seseorang yang cuba melaga-lagakan syarikat papa Danial dengan syarikat Yunan tapi uncle tak pasti siapa orangnya. Fadzlee Yong yang masih mentah dan sukar menerima nasihat orang mula termakan hasutan itu. Uncle dan Hassan tak salahkan Fadzlee, dia mungkin jadi macam tu sebab dia kekurangan kasih sayang bapanya. Bapanya meninggal semasa umurnya dalam sebelas tahun. Masa bapanya ada dia tak liar macam tu, dia budak yang bagus sama seperti Tuan Yunan. Wajahnya pun saling tak tumpah macam Tuan Yunan.“ Tuan Habib mengambil nafaznya lagi.
            “Itulah kekesalan yang Hassan pikul kerana tidak dapat menyelamatkan syarikat kawannya Mr. Yang, papa Danial dan menyebabkan kamu berdendam dengan Syarikat Yunan dan Fadzlee Yong. Uncle tak pasti sama ada kamu masih ingat ataupun tidak. Kami bertiga, Mr. Yang, Hassan dan uncle sendiri merupakan sahabat baik dan saling bersaing dengan cara yang sihat sebelum terjadinya musibah tu. Hubungan Hassan dan papa Danial terjejas teruk sehingga papa Danial tidak mahu memaafkan Hassan walaupun Hassan cuba menerangkan dia tidak lagi berkuasa dan sudah berhenti daripada syarikat Yunan tu." Tuan Hassan mengeluh kecil.
            "Tapi kamu jangan risau. Uncle dengar, Fadzlee Yong sekarang cuba memperbaiki diri dan sedar dengan kesilapan yang dia buat kat syarikat tu. Semuanya hasil usaha Aathifah yang gigih menolong dan memujuk pakcik kesayangannya tu. Dia yang menyedarkan akan kesalahan Fadzlee Yong dan membongkarkan perkara yang sebenarnya. So uncle harap Danial pun jangan lagi berdendam dengan Fadzlee Yong.“ Tuan Habib melepaskan keluhan kecil.
            Uncle dulu memang saya marah dan berdendam ngan Fadzlee Yong tapi setelah saya memeluk Islam dan mula mengenali Islam saya dah tak berdendam lagi. Saya tau ni semua adalah ujian untuk saya dan saya redha terima semuanya. Sebab tu saya bina semula syarikat ni dengan usaha saya sendiri. Yang berlalu biar pergi, dendam saya dah terlerai sejak saya memeluk Islam lagi.“ Dengan yakin Danial menyatakannya. Tuan Habib hanya mengangguk dan menepuk mesra bahunya.
            Bunyi hon dibelakang keretanya menyedarkan Danial daripada lamunannya. Segera Danial memandu keretanya yang sedari tadi berhenti kerana lampu isyarat merah dihadapannya. Aiman yang terkejut mula membuka matanya.
            “Kenapa abang?“
            “Tak de apa, abang terlewat gerak tu yang orang belakang hon.“ Danial cuba memberi alasan. Aiman hanya mengangguk dan mengalihkan pandangan ke hadapan semula. Seketika mereka sampai di rumah famili Aiman. Setelah itu, Danial meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya. Dia ingin segera sampai kerana sudah terlalu mengantuk kerana waktu sudah hampir ke pukul satu pagi. Hampir setengah hari dia memandu ke sana ke sini menyebabkan badannya terlalu letih melebihi letih membuat kerjanya yang biasa dilakukan.











5 comments:

Unknown said...

agk2 ble cite ni abis? sje je tnye.

Unknown said...

Salam Shahir R....
Maaf sy tak faham maksud saudara...

Klu saudara maksudkan mgarangnya sy dah habis mgarang novel ini cuma tggu P2U utk semak dan terbitkn....

Adakah maksud saudara cete sy ni mmbosankn smp xsggup nk tggu habisnya?

Basyirah Abd Rahman said...

maksud yg saya faham, mungkin saudara Syahir dia nk tahu plot cerita ni.. Ahaa.. sbenarnya kalau baca dr awal lg saya rasa memang cerita ni byk plotnya. Tp ianya dikupas dgn baik dan terang. Saya suka pengolah cerita ni yg tidak terburu2. Thumbs up!

Unknown said...

Salam...
Byk plot????
Xbest ker byk plot???
atau myesakkan????

Sy ni mmg tak tahu cr2 nk mgarang dgn baik...
sy hy bt cete brdasarkn imaginasi, pgalaman dan harapn sy....
Hy mgarang mgikut rs hati n pceritaan yg sy mahukn...

maaf klu ada ketika pmbaca kecewa apabila ianya tdk seperti yg dharapkn atau digambarkn akan tjadi....

maaf jg klu plotnya yg byk mganggu pmbaca...

apa-apapun tq krn sudi mmbaca, mmberi komen n sabar menunggu kesudahnnya

Basyirah Abd Rahman said...

Aha.. Sebenarnya lagi byk plot lagi menarik. Sbb semakin mencabar cerita tu. Lagipun ianya salah satu utk menjadikan cerita ni lbih menarik. Lain dari novel yg lain. Mcm ada plot romantik, suspen, bahagia, misteri, mendebarkan.. begitulah. Pembaca semakin berminat nak tahu, apa akan jadi seterusnya.. Ia bukan sekadar plot romantik dan sedih semata, tapi cerita ni mengandungi motif tersendiri selain diselitkan dgn bab percintaan. Tahniah sbb berjaya menghasilkan karya begini. Serius, kalau saya jd writer pun saya tak terfikir pun jalan cerita yg macamni..
Dan mengenai jalan ceritanya, it is beautifully written. Smg cepat dibukukan..