BAB
25 : Kehilanganmu
S
|
etelah
menghantar Tuan Habib pulang, Danial segera menghubungi Aiman untuk bertanyakan
tentang kehilangan Aathifah. Dia sudah berjanji dengan Aiman untuk mencari
Aathifah bersama-sama. Sebelum berlalu pergi semula ke rumah Aiman, dia sempat
menghubungi Aathifah, mencuba nasib sekiranya panggilannya dapat ditembusi dan
diterima oleh Aathifah. Ternyata keadaan yang masa masih terjadi. Aathifah masih lagi gagal dihubungi. Kemudian
jari-jemarinya ligat mendail nombor telefon bimbit Zatunnur. Ingin bertanya
sekiranya Zatunnur mengetahui sesuatu.
“Hello Nur, sorry ganggu Nur malam-malam ni. Saya nak tanya Aathifah ada tak
hubungi Nur siang tadi?“ Danial mula bertanya dengan nada kerisauan. Menurut
Aiman tadi di sudah mencari di tanah perkuburan Changat Blengkor tapi tiada
kelibat Aathifah di sana. Bekas mertua Aathifah pun telah dihubungi untuk
bertanya sekiranya Aathifah ada pernah singgah melawat di sana siang tadi
tetapi jawapannya sama sahaja, negatif.
“Tak de, Mr. Danial. Apa dah jadi
sebenarnya ni Mr. Danial? Pe cete ngan video kat youtube tu? Semua tu tak
benarkan?“ Zatunnur bersuara kerisauan juga.
"Nur percayakan semua tu ker?
Nur pun ada sebentar sebelum kejadian tu berlaku kan? Nur sendiri pun dengar
saya menelefon Pak Rahim untuk menemani kami. Tapi ada orang yang cuba pasang
perangkap untuk kenakan kami berdua." Danial cuba tenang berbicara.
"Abis tu macam mana lak dengan
rakaman video tu? Tak kan bos tak nampak ada orang ambil rakaman masa tu?"
Zatunnur sedikit lantang bertanya.
"Pasal tu memang saya minta
maaf, Nur. Saya betul-betul tak perasan masa bila pula ada yang mencuri-curi
membuat rakaman tersebut. Seingat saya memang tak ada yang buat rakaman melalui
telefon bimbit ataupun videocam. Mungkin
juga saya tak sedar sebab keadaan agak kalut masa tu."
"Abis tu macam mana sekarang?
Apa yang Aathifah cakap pasal hal tu? Bos pulak, nak buat apa dengan semua yang
terjadi ini? Boleh tak bos tolong jelaskan kepada saya tindakan yang akan bos
ambil?" Zatunnur masih lagi tegas bersuara.
"Nur jangan risau. Saya akan
bertanggung jawab sepenuhnya. Saya pun dah mulakan siasatan akan apa yang terjadi
dan sekarang saya tengah kumpulkan segala maklumat yang berkaitan. Bila sudah
cukup bukti saya akan ambil tindakan yang wajar ke atas mereka yang terlibat."
Danial cuba meyakinkan Zatunnur.
"Abis tu Aathifah macam mana?"
"Masa kejadian Aathifah memang
banyak mendiamkan diri dan menerima segala teguran pihak berkuasa. Tapi pagi
tadi bila dia mendapat berita tentang penjualan syer Tuan Habib, dia terus
gagal dihubungi dan menghilangkan diri. Ni yang saya call awak nak tanya ni?"
"Astagfirullahhalazim, Aathifah!.....
Apa yang kau fikirkan ni?" Zatunnur melepaskan keluhannya.
“Zatunnur awak bersabar ye. So, awak
tau tak mana-mana dia biasanye pergi atau dengan siapa dia biasa berjumpa kalau
dia ada apa-apa masalah? Any clue?“
Danial serius berbicara. Tak dapat lagi membendungi rasa tegang dan kerisauannya
sekarang ini.
“Entah la biasanya dia gi kubur
Abang Muaz ngan Dhia. Tak pun gi melawat bekas mertua dia. Dah try ke tempat-tempat tu?“ Zatunnur mula
kalut.
"Semua tu dah tapi tak de. Tak de
tempat lain selain situ ker?" Danial inginkan kepastian.
"Oh! Dah cuba tanya pakcik
Aathifah yang duduk di Klebang Jaya tak? Pakciknya tu ustaz. Kadang-kadang dia
akan berjumpa dengan pakciknya tu kalau dia ada masalah." Zatunnur baru
teringatkan hal berkenaan.
“Okey thanks Nur. Nanti saya tanya Aiman macam mana? Apa-apa nanti saya
bagitau awak. Kalau-kalau Aathifah ada hubungi awak, awak bagitau saya
cepat-cepat ye. Bye!“ Danial terus
memutuskan talian selepas dibalas oleh Zatunnur. Kini Danial yakin Zatunnur
memang sahabat karib Aathifah kerana banyak perkara yang dia tahu berkenaan
Aathifah. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya Zatunnur dapat juga membantu
mereka sedikit sebanyak.
Setelah menelefon bapa saudara
Aathifah yang dimaksudkan oleh Zatunnur tadi oleh Aiman maka semua saudara-mara
yang lain turut dihubungi bagi mengetahui sama ada mereka ada menerima
kunjungan ataupun panggilan telefon daripada Aathifah. Namun semuanya
memberikan jawapan yang hampa. Kini Danial dan Aiman sudah menyusuri jalan
menuju ke tempat-tempat makan yang biasa di kunjungi oleh Aathifah.
Satu-persatu tempat makan dikunjugi dan dijengguk tetapi kelibat Aathifah masih
belum kelihatan. Badan sudah kepenatan dengan fikiran sudah tidak mampu
memberikan idea-idea yang bernas. Hanya perkara-perkara buruk yang
terbayang-bayang di kepala terjadi kepada Aathifah. Danial beristighfar
berkali-kali!
“Abang kita report polis jer la. Aiman tak sedap hati la. Akak tak pernah buat
macam ni. Dia, kalau macam mana teruk pun masalah yang dia hadapi, dia tak
pernah buat macam ni. Dia biasa call bagitau
dia kat mana-mana.“ Danial dapat melihat wajah keruh Aiman.
“Tak boleh Aiman. Polis ambik report kalau dah dua puluh empat jam Kak
Aathifah hilang. Kita gi tanya kat hospital kot-kot Kak Aathifah ada didaftarkan
masuk ke sana ke?“ Danial cuba memberi cadangan. Walaupun itu agak susah
dilakukan dia harus mencuba nasib. Dia tidak mahu mengalah walaupun hari sudah
lewat malam.
“Okey la abang. Kita cuba tanya dulu
kat sana. Abang larat lagi nak memandu ke? Nak Aiman tolong pula?“ Nada simpati
Aiman hulurkan.
“Eh! Tak pe abang larat lagi. Jom
kita gi Hospital Ipoh dulu. Kalau tak de kita gi tengok hospital-hospital
swasta lak.“ Danial memberikan cadangan. Hospital Ipoh lebih senang digunakan
kerana ringkas disebut walaupun nama hospital itu ditukar kepada Hospital
Tengku Permaisuri Bainun.
Semua Hospital yang berada di Ipoh
sudah dilewati namun perkhabaran Aathifah masih tiada lagi. Danial dan Aiman
semakin risau. Sedang mereka meneruskan langkah kaki ke tempat letak kereta KPJ Ipoh
Specialist Hospital, telefon bimbit Aiman berdering, segera panggilan itu
dijawab oleh Aiman. Setelah berbual seketika dengan ibunya, Puan Aminah, Aiman
memberitahu Danial yang ibunya menyuruh mereka pulang dan berehat. Walaupun berat
demi mendengarkan kata-kata itu, Danial menurut juga kata-kata Puan Aminah.
Mungkin benar kata-kata Puan Aminah mereka perlu berehat sebelum meneruskan
pencarian esok.
‘Mana ko gi ni Aathifah? Ko tau tak
aku risaukan ko ni? Ya Allah! Tolong la bagi kami petunjuk di mana Aathifah
berada.‘ Monolog Danial sewaktu dia memandu pulang. Danial dapat melihat Aiman
sudah memejamkan mata. Mungkin merehatkan diri dari kelelahan yang dirasainya.
Dalam kesunyian itu Danial teringat perbualannya dengan Tuan Habib sewaktu dia
menghantar Tuan Habib pulang tadi. Semuanya terlayar di kotak fikirannya.
“Uncle
boleh tak saya nak tanya pasal perkara yang Tuan Hassan bagitau tadi. Pasal
famili dia berhutang dengan papa tu.“ Danial cuba mengembalikan ingatan Tuan
Habib kepada kata-kata yang dimaksudkan oleh Tuan Hassan.
“Oh! Pasal tu. Danial ingat tak Fadzlee
Yong?“ Tuan Habib memulakan bicaranya dengan pertanyaan.
“Fadzlee Yong? Fadzlee Yong yang dah
musnahkan syarikat papa yang dulu tu?“ Danial inginkan kepastian.
“Ye. Uncle rasa dah sampai masa Danial tahu pe sebenarnya yang berlaku.
Dia tu adik ipar Hassan, adik Aminah. Sebenarnya bapa Fadzlee Yong dan Yong Aminah
tu pedagang Islam dari Yunnan. Uncle tak pasti sangat tapi seingat uncle, nama islamnya Yunan bin Ibrahim dan
nama Cinanya Yong Lin. Dia berdagang ke sini dan terus menetap di sini selepas
berkahwin ngan isterinya seorang wanita Melayu Kelantan-Arab. Kalau Danial
ingat lagi Syarikat Yunan Manufacturer Sdn. Bhd. adalah syarikat bapa mereka.
Setelah Tuan Yunan meninggal dunia syarikat tu diamanahkan kepada Hassan
sebelum Fadzlee Yong mencecah umur dua puluh satu tahun.“ Tuan Habib mendiamkan
diri seketika dan mengambil nafas dalam-dalam seperti terpikul satu beban berat
dibahu. Kemudian Tuan Habib menyambung.
“Sepanjang dalam penjagaan Hassan,
syarikat tu banyak mendapat keuntungan tetapi apabila diserahkan kembali kepada
Fadzlee Yong dan Hassan berhenti berkerja di syarikat tu, syarikat mula
menghadapi sedikit sebanyak masalah. Termasuk masalah dengan syarikat Yang Han
Properties Management Sdn. Bhd. yang papa Danial bina dulu. Sebenarnya semua
berpunca dengan seseorang yang cuba melaga-lagakan syarikat papa Danial dengan
syarikat Yunan tapi uncle tak pasti
siapa orangnya. Fadzlee Yong yang masih mentah dan sukar menerima nasihat orang
mula termakan hasutan itu. Uncle dan
Hassan tak salahkan Fadzlee, dia mungkin jadi macam tu sebab dia kekurangan
kasih sayang bapanya. Bapanya meninggal semasa umurnya dalam sebelas tahun. Masa
bapanya ada dia tak liar macam tu, dia budak yang bagus sama seperti Tuan
Yunan. Wajahnya pun saling tak tumpah macam Tuan Yunan.“ Tuan Habib mengambil
nafaznya lagi.
“Itulah kekesalan yang Hassan pikul
kerana tidak dapat menyelamatkan syarikat kawannya Mr. Yang, papa Danial dan
menyebabkan kamu berdendam dengan Syarikat Yunan dan Fadzlee Yong. Uncle tak pasti sama ada kamu masih
ingat ataupun tidak. Kami bertiga, Mr. Yang, Hassan dan uncle sendiri merupakan sahabat baik dan saling bersaing dengan
cara yang sihat sebelum terjadinya musibah tu. Hubungan Hassan dan papa Danial
terjejas teruk sehingga papa Danial tidak mahu memaafkan Hassan walaupun Hassan
cuba menerangkan dia tidak lagi berkuasa dan sudah berhenti daripada syarikat
Yunan tu." Tuan Hassan mengeluh kecil.
"Tapi kamu jangan risau. Uncle dengar, Fadzlee Yong sekarang cuba
memperbaiki diri dan sedar dengan kesilapan yang dia buat kat syarikat tu.
Semuanya hasil usaha Aathifah yang gigih menolong dan memujuk pakcik
kesayangannya tu. Dia yang menyedarkan akan kesalahan Fadzlee Yong dan
membongkarkan perkara yang sebenarnya. So
uncle harap Danial pun jangan lagi berdendam dengan Fadzlee Yong.“ Tuan
Habib melepaskan keluhan kecil.
“Uncle
dulu memang saya marah dan berdendam ngan Fadzlee Yong tapi setelah saya
memeluk Islam dan mula mengenali Islam saya dah tak berdendam lagi. Saya tau ni
semua adalah ujian untuk saya dan saya redha terima semuanya. Sebab tu saya
bina semula syarikat ni dengan usaha saya sendiri. Yang berlalu biar pergi,
dendam saya dah terlerai sejak saya memeluk Islam lagi.“ Dengan yakin Danial
menyatakannya. Tuan Habib hanya mengangguk dan menepuk mesra bahunya.
Bunyi hon dibelakang keretanya
menyedarkan Danial daripada lamunannya. Segera Danial memandu keretanya yang
sedari tadi berhenti kerana lampu isyarat merah dihadapannya. Aiman yang
terkejut mula membuka matanya.
“Kenapa abang?“
“Tak de apa, abang terlewat gerak tu
yang orang belakang hon.“ Danial cuba memberi alasan. Aiman hanya mengangguk dan
mengalihkan pandangan ke hadapan semula. Seketika mereka sampai di rumah famili
Aiman. Setelah itu, Danial meneruskan perjalanan pulang ke rumahnya. Dia ingin
segera sampai kerana sudah terlalu mengantuk kerana waktu sudah hampir ke pukul
satu pagi. Hampir setengah hari dia memandu ke sana ke sini menyebabkan
badannya terlalu letih melebihi letih membuat kerjanya yang biasa dilakukan.
5 comments:
agk2 ble cite ni abis? sje je tnye.
Salam Shahir R....
Maaf sy tak faham maksud saudara...
Klu saudara maksudkan mgarangnya sy dah habis mgarang novel ini cuma tggu P2U utk semak dan terbitkn....
Adakah maksud saudara cete sy ni mmbosankn smp xsggup nk tggu habisnya?
maksud yg saya faham, mungkin saudara Syahir dia nk tahu plot cerita ni.. Ahaa.. sbenarnya kalau baca dr awal lg saya rasa memang cerita ni byk plotnya. Tp ianya dikupas dgn baik dan terang. Saya suka pengolah cerita ni yg tidak terburu2. Thumbs up!
Salam...
Byk plot????
Xbest ker byk plot???
atau myesakkan????
Sy ni mmg tak tahu cr2 nk mgarang dgn baik...
sy hy bt cete brdasarkn imaginasi, pgalaman dan harapn sy....
Hy mgarang mgikut rs hati n pceritaan yg sy mahukn...
maaf klu ada ketika pmbaca kecewa apabila ianya tdk seperti yg dharapkn atau digambarkn akan tjadi....
maaf jg klu plotnya yg byk mganggu pmbaca...
apa-apapun tq krn sudi mmbaca, mmberi komen n sabar menunggu kesudahnnya
Aha.. Sebenarnya lagi byk plot lagi menarik. Sbb semakin mencabar cerita tu. Lagipun ianya salah satu utk menjadikan cerita ni lbih menarik. Lain dari novel yg lain. Mcm ada plot romantik, suspen, bahagia, misteri, mendebarkan.. begitulah. Pembaca semakin berminat nak tahu, apa akan jadi seterusnya.. Ia bukan sekadar plot romantik dan sedih semata, tapi cerita ni mengandungi motif tersendiri selain diselitkan dgn bab percintaan. Tahniah sbb berjaya menghasilkan karya begini. Serius, kalau saya jd writer pun saya tak terfikir pun jalan cerita yg macamni..
Dan mengenai jalan ceritanya, it is beautifully written. Smg cepat dibukukan..
Post a Comment