Panduan Penulisan Novel.
DEFINISI NOVEL
Novel
merupakan sebuah cerita panjang tentang manusia & peristiwa yang
ditulis & diterbitkan dalam bentuk buku, tapi sekarang ini dah ada
novel online pun.
Biasanya ia digarap
dlm bentuk prosa, tapi ada jugak sesetengah penulis mengabungkan dengan
penulisan lain seperti puisi, pantun, surat kiriman dsb. Adunan
penulisan ni merupakan gaya persembahan seseorang penulis, kalau komik
kita panggil stroke (gaya lukisan). Jadi, kena ada gaya tersendiri
supaya tidak dibayangi oleh penulis lain.
PENCERITAAN
Macam kita berbual/ bercerita dekat kawan-kawan jugak kita kena nyatakan:
1. Apa peristiwa yg berlaku?
2. Bila ia berlaku?
3. Di mana ia berlaku?
4. Mengapa ia berlaku?
5. Bagaimana ia boleh berlaku?
6. Siapa yang terlibat dlm peristiwa tu?
Kita
kena terangkan dengan jelas supaya kawan kita paham dengan sebaiknya.
Persoalan tu tak perlu dijawab direct satu persatu, ia boleh diadun
untuk dijawab secara berperingkat-peringkat. Yg penting semuanya
terjawab di akhir penceritaan kita.
PERWATAKAN
Penulis
perlu tahu tentang ‘watak’ dan ‘pelaku’. Watak adalah penggerak jalan
cerita sesebuah novel, pelaku cuma berperanan sampingan dalam memenuhi
sesuatu jalan cerita.
TEMA
Sebelum mula menulis kita kena pikir dulu tema apa untuk novel kita. Tema merupakan ‘dasar’ sebuah penceritaan. Contohnya:- REMAJA.
- CINTA/DRAMA.
- MISTERI.
- KANAK-KANAK/FIKSYEN.
- HUMOR/CINTA.
- SEJARAH/PATRIOTISME.
SINOPSIS
Bila
dah ada tema, kita tulis pulak sinopsisnya. Sinopsis adalah catatan
ringkas dari keseluruhan novel. Ia boleh jadi panduan bila kita mula
menulis nanti. Tulis lebih-kurang 1 page A4 sahaja cukuplah!
JUDUL
Judul
kerja adalah tajuk persediaan untuk novel kita. Ia penting bila kita
dah start menulis, contohnya bila kawan Tanya kau tulis novel apa?
Cakaplah judul kerja tu dulu. Judul sebenar kita akan bagi bila dah siap
keseluruhan novel tu, atau mungkin penerbit akan tukar kepada satu
judul yang lebih bersesuaian. Jangan bantah kalau tidak ada alasan
munasabah pasal diorang lebih pro dalam hal ni!
RANGKA CERITA & PLOT
Rangka
cerita ini dalam penulisan skrip rasanya dipanggil scene. Rangka cerita
terbahagi kepada beberapa bab (bahagian) yang mana bila digabungkan
akan menjadi satu cerita lengkap.
Contoh:
Prolog:
Madihah menangis, ditangannya ada sepucuk surat. daripada pengirim misteri.
Bab 1:
Madihah cuba mencari siapa pengirim surat berkenaan, dia dibantu oleh rakannya Ainan.
Bab 2:
Ada seorang perempuan yang tak suka dengan pencarian tersebut dan cuba mencari jalan menggagalkannya.
Bab 3:
Madihah dan Ainan balik kampung. Mencari kawan kepada datuknya untuk bertanyakan hal ibunya.
Bab 4:
perempuan yang tak suka mereka buat rancangan, pancitkan tayar kereta, putuskan wayar brek.
Bab 5:
Madihah
telah mengalami sedikit kecederaan akibat keretanya berpusing. Ainan
terselamat kerana berjaya melompat keluar daripada kereta. kereta
terbakar.
Epilog:
Madihah
berjumpa dengan pengirim misteri, pengirim itu ayahnya, mereka kembali
baersatu. perempuan yang menganiaya mereka datang minta maaf.
GAYA BAHASA
Gaya
bahasa biasanya mengikut tema cerita atau pembaca sasarannya. Kalau
untuk hadiah sastera kenalah guna metafora sikit. Tapi kebanyakan novel
biasanya guna sastera pop atau bahasa harian yang senang difahami &
dihayati. Penggunaan bahasa yang terlalu bombastic sehingga memaksa
pembaca membuka kamus akan membunuh minat membaca. Bahasa pasar (dah,
tak, pasal, aje, etc) atau bahasa asing (I, you, best, so? etc) hanya
digunakan dalam dialog. Pleaseeeelah jangan guna bahasa ciptaan sendiri
macam cambestz, peningz, celakez, kipas-susah-hidup etc kalau tak nak
kena campak melalui tingkap oleh penerbit.
Ayat
pendek lebih berpengaruh dan disukai pembaca. Sekiranya satu ayat
terlalu panjang, jadikan dua ayat. Kepanjangan ayat yang baik, adalah 16
patah perkataan dalam satu ayat. Kita juga boleh gunakan kata sendi
untuk ayat yang panjang.
Contoh kata sendi,
- Namun begitu
- Walau bagaimanapun
- Agar
- Dan
Cara
bercerita biasanya menggunakan teknik AKUAN (pandangan orang pertama)
& DIAAN (pandangan orang ketiga). Teknik akuan menggunakan gantinama
‘aku’ dalam naratif cerita. Keseluruhan cerita dilihat dari sudut
pandangan ‘aku’. Macam novel grafik Blues Untuk Aku. Teknik ini agak
terbatas kerana ‘aku’ hanya boleh bercerita tentang apa yang ‘aku’
nampak, dengar, rasa dll. Teknik diaan lebih bebas kerana penulis boleh
garap semua hal dalam cerita. Adakalanya kedua teknik ini boleh
digabungkan!
Jadi, menghasilkan
sebuah penulisan bukan satu perkara yang susah sekiranya kita membuat
rangka terlebih dahulu. Langkah-langkah yang telah dirang haruslah
dituruti agar penghasilan sesebuah karya akan menjadi lebih mudah.
KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN
- Epilog diletakkan diawal cerita dan prolog diletakkan diakhir cerita. Yang betulnya Prolog diawal cerita manakala epilog di akhir cerita.
- Tidak meletakkan perkataan TAMAT diakhir cerita.
- Kesalahan teknik iaitu : penggunaan kata petik (” “).
- Kata petik sepatutnya berada di luar tanda baca, seperti tanda noktah (.) tanda koma (,) seru(!) tanda soal (?)
- Contohnya : “Aman, tolong ambilkan air”. (tanda noktah diluar tanda petik) sepatutnya: ”Aman, tolong ambilkan air.”(tanda noktah di dalam tanda petik)
- Kesalahan teknik : Ada jarak yang dibuat sebelum tanda petik dan selepas tanda baca yang lain.
- Contoh: ” Aman , tolong ambilkan air . “ sepatutnya : “Aman, Tolong ambilkan air.
No comments:
Post a Comment