Hawa Telinga

Tuesday 27 May 2014

Novel : Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 8








Senyuman Yang Hilang

D
engan wajah yang ketakutan Jamilah segera menuruni anak tangga rumahnya. Dia perlu segera memberitahu keadaan Umairah kepada kedua orang tua Umairah, supaya dia boleh dibawa ke hospital. Sekembalinya mereka ke bilik itu, abi Umairah segera merangkul tubuh kecil molek milik Umairah dan membawanya turun untuk pergi ke hospital apabila mendapati badannya terlalu panas. Mujur juga adik-adik Umairah sudah pergi ke sekolah sebentar tadi dengan di hantar oleh jiran sebelah rumahnya. Umi Umairah dan Jamilah yang sudah lengkap bertudung juga turut serta menghantarnya ke hospital.  

            Seketika di dalam kereta, Umairah cuba membuka matanya yang semakin berat untuk dibuka. Dalam kekaburan pandangan matanya dia dapat melihat wajah uminya. Dengan sedikit tenaga yang masih bersisa Umairah mula bersuara.

“Umi…. Umairah sakit kepala la umi… mata Umairah pedih…. Tolong Umairah umi… sakit sangat…“

“Ya Allah sayang… sabar… kita nak gi hospital ni. Sabar ye! Sayang rehat dulu… nanti dah sampai umi kejutkan.“  Mahani bersuara sayu walaupun airmata bukanlah penemannya pada ketika itu. 

            Setibanya mereka di hospital, Umairah segera di bawa masuk ke bilik kecemasan oleh kerana dia tidak sedarkan diri selain kerana dia ada mengadu sakit mata dan kepala selain demam panas. Doktor memberitahu kedua ibu bapa Umairah yang mereka perlu membuat pemeriksaan yang lanjut kepada Umairah. Kebimbangan yang selalu bermain di dalam diri Abdullah dan Mahani kini semakin terbayang dekat di mata. Kebimbangan yang tidak dapat dilarikan lagi dan sudah pasti akan berlaku. 

“Sabarlah sayang. Kita doakan dia tak teruk sangat.“ Abdullah cuba menenangkan Mahani yang sudah berlenang dengan airmata.

“Insya-Allah abang. Abang dah telefon syarikat ke bagitahu mereka abang tak dapat datang ni?“ Mahani segera teringatkan kerja suaminya hari itu dan mula mengelap airmatanya.

“Dah jangan risau. Abang dah minta Khairul tolong cover kerja abang hari ni. Dah abang nak solat sunat sekejab and baca Yassin. Nanti doktor cari panggilkan abang ye.“ Abdullah tenang bersuara. Dalam keadaan seperti ini hanya pada-Nya tempat dia memohon pertolongan.

“Baiklah, abang.“ Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Mahani ketika itu sambil menyapu airmata yang menuruni pipinya. Dia tahu suaminya lebih sedih melihat keadaan itu berbanding dirinya. Abdullah segera melangkah menuju ke arah surau yang terletak di luar bangunan kecemasan Hospital Permaisuri Tengku Bainun tersebut. Jamilah menyentuh jari-jemari uminya Umairah ingin memberikan sedikit semangat kepadanya.

“Dah, Mira jangan risau ye. Insya-Allah Umairah tak apa-apa tu. Sama-sama kita berdoa semoga tiada apa-apa yang teruk berlaku.“ Mahani mula melemparkan senyuman kepada Jamilah biarpun senyuman itu bukan semanis senyumannya ketika dia gembira melihat telatah Umairah dan Jamilah bergurau senda. Jamilah hanya mampu menganggukkan kepalanya dengan kata-kata itu. Airmata yang jatuh di pipinya disapu dengan hujung bajunya sahaja. Jamilah bersandar lesu pada kerusi yang ada di hadapan bilik kecemasan sambil matanya tidak berkalih daripada memandang pintu bilik tersebut. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Dia bangun menjauhi tempat menunggu berkenaan.

“Waalaikummussalam, mama.” Jamilah segera menjawab salam yang diberikan oleh ibunya.
“Sayang, pe kabo pagi ni? Lena tidur dengan Umairah tak malam tadi.“ Ibunya bertanya dengan nada mengusik.

“Mama……Umairah masuk wad. Pagi tadi dia masuk wad dan mengadu sakit kepala dan mata.“ Jamilah mula mengkhabarkan keadaan Umairah sambil airmatanya mula mengalir.
“Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un. Macam mana boleh jadi macam tu? Habis tu sekarang ada kat hospital mana?” Ibunya nyata terkejut dengan perkhabaran itu.

“Kat KPJ Specialist Centre.“ 

“Okey, sayang jangan sedih-sedih, ye. Mama akan beritahu papa. Dah abis sahaja kerja papa di sini, kami akan terus balik,okey. Bye, Assalammualaikum.“

“Waalaikummussalam.“ Jamilah nyata lega dengan kata-kata ibunya itu. Dia mengelap semula airmata yang mengalir.

            Jamilah segera meluru mendapatkan doktor yang bertugas yang kini berada di hadapan ibu dan bapa Umairah. Hatinya berdebar-debar apabila melihat ketegangan situasi yang terlayar dihadapanya ketika itu.

“Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?“ Mahani terlebih dahulu bertanya kepada doktor wanita yang manis bertudung tersebut.

“Panas badan anak Puan sudah mula turun. Sebentar lagi nurse akan hantarnya ke bilik pesakit. Boleh saya berbincang dengan tuan dan puan dalam bilik saya sebentar. Ini berkaitan dengan ujian yang telah kami jalankan ke atas anak tuan dan puan.“ Doktor yang bernama Amirah cuba bersuara tenang.

“Baiklah doktor, Mahani jom kita ikut doktor. Mila tolong ikut nurse hantar Umairah ya. Nanti kalau dia dah sedar ada juga dia teman nanti.“ Abdullah berbicara kepada Mahani dan Jamilah.

“Baik pakcik.“ Hanya itu yang mampu Jamilah katakan. Dia pasti ada sesuatu yang kurang enak didengar berkenaan dengan keadaan Umairah apabila doktor berkata demikian. Seketika Abdullah dan Mahani mengikuti doktor tersebut, strecher yang menempatkan Umairah mula keluar daripada bilik rawatan tersebut. Jamilah pantas mengikutinya menuju ke bilik pesakit yang telah ditetapkan untuk Umairah.


******************************************


            Pagi yang agak dingin itu, Jamilah sudah bersiap awal pagi kerana dia ingin menemani Umairah yang masih lagi di hospital. Dia telah menawarkan diri untuk menjenguk dan menemani Umairah pagi itu kerana dia tahu umi Umairah tidak mungkin dapat menjenguknya pada pagi-pagi itu kerana menguruskan hal-hal persekolahan adik-adik Umairah di samping abinya yang perlu pergi bekerja. Dia yang baru pulang daripada tidur di rumah umi dan abi Umairah pagi itu tergesa-gesa menyiapkan diri kerana ingin segera berjumpa dengan Umairah. Sedang dia terkocoh-kocoh di dalam biliknya, dia terdengar deringan telefon bimbitnya berbunyi yang mendendangkan lagu Hush nyanyian kumpulan dari Korea A-Pink.
 
“Mana pulak phone aku ni? Sape la pulak yang call aku pagi-pagi ni? Orang tengah sibuk dia pun sibuk nak berbunyi. Kacau jer la.“ Jamilah segera mencari-cari telefon bimbitnya. Biliknya yang sedikit berselerakan dengan baju-bajunya yang penuh di atas katil habis diangkat satu persatu untuk mencari telefon bimbitnya yang dirasakannya diletakkan di atas katil tersebut. Akhirnya dia menjumpai telefonnya yang terletak dibawah salah satu timbunan baju-bajunya itu. 

“Nasib baik sempat!“ Setelah panggilan sempat di angkat dan ditekan, Jamilah mula meletakkannya di telinganya.

“Assalammualaikum Auntie Niza, apa yang boleh Mila tolong auntie pagi-pagi ni?“ Jamilah yang sedikit pelik dengan panggilan Haniza pagi itu mula bertanya.

“Waalaikummussalam. Sorry la kalau auntie ganggu Mila pagi-pagi ni. Auntie nak tanya Mila kalau Mila tahu macam mana nak hubungi Umairah. Pagi tadi auntie call tapi tak dapat. Bukan apa, Abang Haq kamu ni dah tanya. Semalam lagi dia dah tanya tapi semalam auntie cakap yang Umairah ada hal tak dapat datang. Hari ini dia tanya lagi auntie tak tahu nak bagitahu apa lagi. Auntie risau Abang Haq kamu jadi macam ari tu, mengamuk sakan sebab tengok dia dah lain macam jer sejak subuh tadi. Auntie cadang nak pujuk Umairah lak. Nak harapkan Abang Saiful kamu macam ni la, tak jalan. Dia bukan pandai nak pujuk-pujuk perempuan ni.“ Haniza segera memberitahu hajatnya menelefon pagi itu dengan panjang lebarnya. Jamilah yang terdengar akan hal berkenaan telefon bimbit Umairah, dia mula segera mencari telefon bimbit Umairah yang masih elok terletak di meja tulisnya itu. Semalam keadaan yang kecoh menyebabkannya tidak sempat mengambil sekali telefon bimbit Umairah. Segera telefon bimbit Umairah yang sudah kehabisan bateri di masukkan ke dalam beg sandangnya.

“ Oh! Telefon bimbit Umairah kehabisan bateri auntie. Tapi ari ni pun Umairah tak dapat datang la auntie. Dia ada kat KPJ sekarang ni. Semalam dia pengsan sebab demam panas. Ni pun Mila tengah bersiap nak pergi jenguk dia.“ Jamilah bersuara sambil tangan sibuk mengemaskan sedikit pakaian Umairah dan sedikit bahan bacaan untuk sahabat baiknya itu. Telefon bimbitnya hanya dipegang dengan hujung bahunya sahaja. Gaya yang memang tidak enak dipandang, tiada gaya seorang gadis bila memegang telefon bimbit sebegitu rupa.

“Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un. Macam mana leh sampai demam panas ni? Nanti kamu tolong ambil auntie boleh? Abang Saiful dah pergi kerja awal hari ni, ada meeting katanya. Kereta auntie masuk workshop.” Kedengaran suara kerisauan Haniza ketika itu.

“ Boleh jer auntie. Auntie siap la lagi setengah jam Mila sampai.“ Jamilah membalas. Semalam dia hanya sempat memaklumkan keadaan Umairah kepada kedua orang tuanya dan terlupa untuk memaklumkan kepada Auntie Niza dan Abang Saiful.

 “Baiklah auntie bersiap. Bawa hati-hati kereta nanti. Okey la, auntie letak dulu, Assalammualaikum.“

“Okey auntie. Waalaikummussalam.“ Sebaik meletakkan telefon Jamilah segera mendail nombor telefon Saifuddin. Dia sudah mendapat idea mengusik abang saudaranya itu.

“Assalammulaikum Abang Saiful. Tengah busy ker? Sorry ganggu.“ Jamilah tersengih-sengih.

“Waalaikummussalam. Busy gak ni. Tengah nak ready sebab kejab lagi ada meeting ngan BOD. Kenapa call ni? Tak pernah-pernah call pagi-pagi macam ni.“ Saifuddin menjawab sambil tangan kanannya ligat mengemaskan beberapa buah fail yang akan digunakannya nanti.

“Mila tak kan ganggu lama masa abang. Mila cuma nak bagitahu abang yang sekarang ni Umairah ada kat KPJ. Semalam dia pengsan dan demam panas. Kejab lagi Mila akan bawa auntie melawat Umairah. Abang tak nak melawat dia ker?“ Jamilah tersenyum sambil cuba menahan agar Saifuddin tidak dapat mengetahui keadaan dirinya itu.

“Inalillah wa Inna ilaihi rajii’un. Semacam mana boleh jadi macam tu? Semalam kan Umairah teman Mila tidur kat rumah Mila. Korang buat pe sampai boleh demam bagai ni?“ Saifuddin ternyata risau.

“Macam yang Mila message abang semlam la, dia kan tidur awal sakit kepala. Mana la nak tau sampai melarat macam tu. Pagi bangun subuh tengok dia dah panas. Terus panggil parents dia bawa gi hospital. Kami mana ada buat apa-apa malam tu.“ Jamilah menjawab dengan wajahnya masih lagi tersenyum.

“Pe lagi yang doktor cakap lepas periksa Umairah semalam? Tak de apa-apa masalah yang lain kan?“ Saifuddin masih lagi ingin bertanya perihal Umairah.

“Umairah ada mengadu sakit mata. Tapi lepas balik dari jumpa doktor, umi dan abi Umairah tak cakap apa-apa pun. Mereka cuma cakap insya-Allah semuanya akan baik jer.“ 

“Alhamdullillah. Nanti ada masa abang datang melawat.“ Saifuddin melepaskan kelegaannya.

“Okey la abang. Saja Mila inform abang nak tahu reaksi abang. Nampaknya apa yang Mila jangka memang berlaku. You're very dear to him, abang. And I think you liked her, very much. Or maybe I could say, you love her! Okay, see you. Bye.“ Jamilah ketawa kecil lalu segera meletakkan telefon. 

“Eh! Mila. Bukan ma…“ Belum sempat Saifuddin membalas kata-kata Jamilah panggilan telefonnya mati.

“Aduh! Apa yang Mila cuba buat ni? Apa yang Mila fikir? The most important thing, apa yang aku dah buat ni? Kenapa aku kalut sangat ni? Masak aku macam ni. What the hell are you doing, Saifuddin?“ Saifuddin berkata sendirian. Tangan kanannya yang masih mengenggam telefon bimbit melurut jatuh ke atas meja kerjanya tanpa kesedarannya. Saifuddin tidak pasti dengan tindakan dan kata-katanya sebentar tadi. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Dia tidak terkata apa-apa ketika itu. Kelu lidahnya dan bagaikan terhenti harinya pagi itu.

“Ttukk….ttukkk…” Perang perasaannya terhenti. Segera dia menyahut ketukan itu dengan suara yang sedikit lemah.

“Masuk“ 

“Bos, meeting dah nak mula.“ Setiusahanya, Nurul memberitahu melenyapkan sedikit ingatannya kepada Umairah dan perasaannya tadi. Saifuddin segera berlalu pergi ke bilik mesyuarat bersama-sama dengan fail-fail yang berkaitan.


*************************************


            Langkah kaki digerakkan pantas agar segera sampai ke bilik Umairah. Saifuddin sudah tidak sabar untuk bertemu dan melihat sendiri keadaan Umairah ketika itu. Dari kejauhan Saifuddin dapat melihat wajah lesu Umairah yang duduk di katilnya disamping ditemani oleh Jamilah. Dia turut tersenyum bila melihat wajah lesu Umairah tersenyum bersembang dengan Jamilah. Lega rasanya melihat wajah Umairah begitu biarpun masih lagi sedikit pucat. Langkah kaki yang laju tadi turut sama beransur perlahan, bagai tidak mahu melepaskan peluang melihat wajah ayu yang ceria itu dengan lebih lama.

 Namun itu semua hanyalah sebentar cuma. Apabila Umairah terlihat akan kelibat Saifuddin yang semakin menghampiri katilnya, Umairah segera mematikan senyumannya. Saifuddin turut sama berbuat demikian kerana dia tahu Umairah masih marah pada dirinya. Jamilah yang perasan dengan perubahan wajah Umairah mula memandang ke arah yang dipandang oleh Umairah sebelum Umairah kembali menatap majalah Solusi di tangannya.
“Hai! Datang juga abang. Ingat tadi tak dapat dating.“ Jamilah segera bangun mendapatkan Saifuddin dengan wajah teruja.

“Assalammualaikum. Time lunch sekarang kan, boleh la datang. Kejab aje pun.“ Saifuddin bersuara seolah-olah ingin memberitahu kedatangannya hanya sebentar kerana dia merasakan Umairah seperti tidak sudi menerima kunjungannya itu. Kedua-dua gadis tersebut menjawab salamnya.

“Kejab ke lama tak kisah janji sudi datang dan doakan Umairah yang tengah sakit ni.“ Jamilah masih lagi tersenyum-senyum sambil memandang Umairah dan Saifuddin silih berganti. Umairah yang turut terasa dengan kata-kata Jamilah segera mengangkat wajahnya memandang Saifuddin.

‘Betul apa yang Jamilah kata, aku sepatutnya bersyukur dia datang melawat aku. Walaupun dia sibuk sanggup gak dia datang. Tak patut aku membiarkannya macam tu jer. Nanti dia perasan lak aku tak sudi dia datang. Perasaan orang kena jaga juga. Umi selalu pesan macam tu kat aku. Layan jer la bukan lama pun kan.‘ Umairah bermonolog sendirian.

“Eh! Abang bawa apa ni? Makanan untuk Mila ker? Terharu Mila macam ni?“ Jamilah segera mengambil beg kertas yang dibawa oleh Saifuddin.

Sorry Mila, abang tak sangka lak Mila temankan Umairah lama kat sini. Abang masakan untuk Umairah jer la tadi.“ Saifuddin memandang Jamilah dengan perasaan bersalah sambil mengalihkan semula pandangan memandang Umairah yang masih lagi sudi memandangnya.

‘Dia dah tak marahkan aku ker? Tak lagi melarikan matanya daripada memandang aku.‘ Saifuddin bertanya dengan dirinya sendiri.

“Ye la tu. Macam Mila tak tahu yang abang ni mana nak ingat kat Mila dah. Dalam hati tu dah penuh dengan wajah Umairah jer. Tak payah nak berdalih kata tak sangka.“ Jamilah sengaja mengusik Saifuddin sambil cuba ingin memberitahu secara tidak langsung akan perasaan Saifuddin kepada Umairah.

“Tak lah. Sekarang ni yang sakit Mila ke Umairah? Mila tak makan lagi ker? Nak abang belikan ker? Nanti abang belikan kat bawah.“ Saifuddin berura-ura ingin mengangkat kaki pergi membeli makanan Jamilah pula.

“Memang la Mila tak makan lagi. Tak pe la abang tak payah susah-susah nanti Mila pergi la turun makan kat bawah.“ Jamilah bersuara ceria kembali.

“Tak pe la Mila, ko kongsi jer dengan aku. Aku bukan larat nak habis pun. Tak ada selera lagi ni. Nampak macam banyak juga yang Encik Saifuddin masak tu.“ Umairah cuba bersuara.

“Tak nak la aku. Makanan orang sakit, bubur nasi. Mana selera macam ni. Kau makan jer la semuanya.“ Jamilah mencebikkan mukanya apabila mula mengeluarkan bekalan yang dibawa oleh Saifuddin. Satu persatu makanan yang dibawa oleh Saifuddin dikeluarkannya dan diletakkan di atas meja yang ada di hujung kaki Umairah. Bubur nasi yang dimasak bersama halia, sayur lobak dan brokoli, jus oren dan tiga biji buah epal hijau.

“Abang masak sendiri ker ni? Lain macam jer bubur ni. Ada banyak halia, lobak dan brokoli ni. Handmade jus oren lagi. Ni memang makanan untuk orang demam ni.“ Jamilah masih nakal mengusik Saifuddin. Saifuddin yang malu ingin menyatakan dengan jelas akan hakikat dia membuat kesemua bekalan itu hanya tersenyum menganggukkan kepala. Matanya masih memandang Umairah. Umairah yang sekali-sekala melarikan matanya daripada pandangan Saifuddin. Serba tidak kena.

“Terima kasih la Encik Saifuddin. Buat susah-susah aje. Lain kali tak perlu susah-susah. Kat sini makanannya pun tak la teruk sangat.“ Umairah cuba memaniskan mulut berbicara. 

“Eh! Mana nak sama. Makanan yang abang buat ni memang class. Kalau ko makan ni memang cepat ko sembuh. Tak payah dok lama-lama kat sini dah.“ Jamilah cuba menaikkan saham Saifuddin.

“Tak susah la. Saya cuma masak apa yang ada kat dapur hotel jer. Kebetulan ada masa sikit nak masak untuk awak jadi saya masak la.“ Saifuddin memberitahu. Terbayang semula bagaimana dia yang bergegas ke dapur hotel Teduhan Kasih tadi selepas tamat mesyuarat pada pukul sebelas pagi semata-mata ingin membuat bekalan makanan itu untuk Umairah. Dia pun tidak tahu bagaimana dia boleh mendapat idea tersebut.

“Nah makan la. Abang duduk la kat kerusi tu. Kesian Umairah kena berdongak pula bila nak sembang dengan abang. Abang tolong temankan Umairah sekejab boleh? Mila nak turun makan kat bawah kejab. Aku gi kejab ye Umairah.“ Jamilah yang sudah menyuakan bubur tersebut kepada Umairah segera memberitahu hasratnya kepada Saifuddin dan Jamilah.

Tanpa sempat Umairah membalas Jamilah sudah melangkah kakinya pergi meninggalkan mereka. Untuk menutup perasaan tidak selesanya itu, Umairah segera memasukkan bubur nasi yang dimasak oleh Saifuddin ke dalam mulut. Saifuddin yang sudah duduk di kerusi bersebelahan katil Umairah mula menadah tangan dan membaca doa buat Umairah tanpa mengeluarkan suaranya. Setelah selesai dia mengambil majalah Solusi yang berada di meja sisi katil Umairah. Membelek-belek majalah tersebut kerana tidak tahu ingin berbicara apa.

‘Eh! Dia bacakan doa untuk aku ke? Jarang orang datang melawat pesakit bacakan doa. Bertuah betul sape yang dapat mamat hangin ni. Boleh jadi imam tapi satu jer hangin tak tentu pasal.‘ Umairah Bermonolog sendriran sambil makan bekalan Saifuddin tadi.

“Ni pakwe adik ker suami adik?“ Kakak yang berada disebelah katil Umairah mula bertanya kepada Umairah sambil tersenyum-senyum memandang Saifuddin. Umairah sedikit tersedak mendengar pertanyaan kakak tersebut. Demi melihat keadaan Umairah begitu, Saifuddin mula menghulurkan botol air mineral yang ada pada meja sisi Umairah kepadanya. Umairah mengambil tanpa banyak bunyi.

“Tak la. Saya ni kawan dia jer.“ Saifuddin tolong menjawab bagi pihak Umairah yang masih lagi menghirup air mineral. Dia membalas senyuman kakak tersebut.

“Sebenarnya dia bos saya akak.“ Umairah pula menjawab sesudah dia selesai minum.

“Eh! Mana satu yang betul ni? Kawan ke bos?“ Kakak itu masih tak puas hati.

“Bos, akak. Tapi kawan kepada kawan saya yang tadi. Jadi kawan la jugak.“ Umairah yang malu-malu alah terpaksa berkata demikian. Saifuddin hanya tersenyum dengan kata-kata Umairah.

“Kacak orangnya. Kalau jadi suami adik ni pun sesuai sangat. Macam pinang di belah dua.“ Kakak tersebut masih lagi ingin memberikan pendapatnya. Kakak yang menghuni katil di sebelah kanan katil Umairah memang suka menyembang dan beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang lain.

“Saya ni biasa-biasa jer, akak. Tak kacak mana pun.“ Saifuddin cuba merendahkan diri.
“Mana la nak sesuai saya kahwin dengan bos, akak. Macam enggang dengan pipit jer. Tak sesuai langsung.“ Umairah pula membalas. Saifuddin hanya terdiam bila mendengar jawapan Umairah itu.

“Jodoh pertemuan di tangan Allah, mana nak tahu memang dia ni jodoh adik. Kalau betul akak doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat.“ Kakak itu tersenyum lagi. Umairah sudah tidak tahu ingin membalas apa lagi. Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja. Saifuddin pula bagai gembira dengan kata-kata kakak tersebut. Keadaan kembali sunyi seperti tadi. Saifuddin yang tidak betah dengan keadaan tersebut mula bersuara.
“Lama ke mama datang melawat awak tadi?“

“Tak la lama sangat. Adalah dalam setengah jam macam tu. Auntie takut apa-apa terjadi kat Haq tu yang dia balik cepat. Balik pun naik teksi jer sebab nak suruh Mila temankan saya kat sini.“ Umairah cuba menjawab dengan sebaik mungkin tidak mahu menunjuk rasa kekoknya.

“Umi awak tak temankan awak ker?“ Saifuddin ingin lebih rancak bersembang dengan Umairah.

“Umi saya baru juga baliknya tadi. Nak ambik adik-adik kat sekolah. Kejab lagi datang la tu dengan adik-adik saya.“ Keadaan sunyi seketika tanpa sebarang persoalan. Kali ini Umairah merasa pula jus oren yang dibuat oleh Saifuddin. Saifuddin hanya memerhatikan setiap tingkah laku Umairah. Bagi mengelakkan keadaan sunyi dan canggung tersebut, Umairah kembali bersuara.

“Sedap bubur ngan jus awak buat ni. Thanks.“ Tanpa sedar Umairah sudah berawak pula dengan Saifuddin. Hilang panggilan encik tadi.

“Sama-sama kasih. Habiskan lah lagi nanti. Esok kalau awak tak keluar lagi boleh saya buatkan lagi. Itupun kalau awak sudi nak jamah.“ Saifuddin berkata sambil tersenyum manis.
‘Banyak pulak cakapnya mamat ni. Tapi salah aku juga banyak gak cakapnya. Aduh! Mampus aku macam ni. Nak kena jawab ker soalan dia ni? Si Mila ni pulak mana pergi. Lama giler makannya. Makan ker masak ni?‘ Umairah berkata dengan dirinya sendiri.

“Saya bukan tak sudi jamah cuma saya tak nak susahkan awak. Awak kan sibuk. Lagipun mungkin esok saya dah boleh balik.“ Umairah berkata dalam keadaan gelisah sambil matanya sekali-sekala memandang pintu wad tersebut.

‘Pe sal tiba-tiba minah ni gelisah ni? Tak selesa aku duduk lama dengan dia ker? Nak minta maaf pasal hal hari tu rasanya masa ni tak sesuai. Dari minah ni nak beransur sihat bertambah teruk pula kalau aku bincang pasal hal tu. Baik aku diamkan jer. Apa yang aku nak tanya lagi ni?‘ Saifuddin turut sama berbicara dengan hatinya. Dia dapat memerhatikan pesakit-pesakit lain yang seramai lima orang yang terdapat dalam bilik wad tersebut asyik memerhatikannya dan Umairah. Ada yang siap tersenyum-senyum mengoda. Naik rimas dan seram bulu roma melihat aksi begitu.

“Awak selesa ker duduk kat sini? Kalau awak nak tukar bilik persendirian saya boleh tolong support awak. Balasan sebab awak dah tolong Abang Haq hari tu. Mungkin nanti umi atau Mila awak boleh temankan awak malam-malam. Privasi sikit.“ Saifuddin mendapat satu idea.

“Eh! Tak pe la. Kalau ramai tak la saya sunyi sangat. Lagipun saya tak nak menyusahkan umi dan Mila tunggu saya malam-malam. Saya bukannya budak kecil nak kena tunggu bagai. Pasal abang awak tu saya ikhlas tolong sebab kebetulan ada orang tu yang tarik saya ikut kan. Tapi tak pe saya tolong mana yang saya mampu. Tak payah nak balas-balas balik“. Dengan tegas Umairah menyatakannya. Tiba-tiba dia teringat peristiwa Saifuddin memeluknya.

‘Astaghfirullahalazim! Kenapa perkara tu juga yang terbayang dekat mata ni. Ya Allah tolong la hamba-Mu ini mengusir peristiwa pedih itu.‘ Umairah monolog sendirian sambil cuba memejamkan matanya, lama.

‘Mesti dia teringatkan peristiwa tu. Apa aku nak buat ni?‘ Saifuddin seperti dapat mengangak apa yang difikirkan oleh Umairah ketika dia memejamkan matanya itu. Saifuddin mula mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas kepada Jamilah, bertanyakan ke mana dia menghilangkan diri dan memintanya untuk datang semula ke wad itu. Seminit dua minit pesanan ringkas masih tidak berbalas. Kemudian dia menjeling jam tangan Casionya.

‘Dah pukul satu suku. Agaknya minah kepoh ni gi solat agaknya.‘ Saifuddin mengagak sendirian.

“Lambat pulak Mila ni. Agaknya dia pergi solat dulu kot. Ari pun dah pukul satu suku. Mungkin kejab lagi dia datang la tu.“ Saifuddin cuba menyatakan tanggapannya dengan kelewatan Jamilah kepada Umairah.

“Haahh! Mungkin kot. Kalau awak nak gi solat gi la.“ Umairah yang nyata terkejut dengan pernyataan Saifuddin tetap membalas.

“Tak pe la saya tunggu dia sekejap.“ Hanya itu yang mampu diperkatakan olehnya ketika itu.
“Awak nak makan epal ker? Kalau nak saya pergi basuhkan.“ Saifuddin cuba membuat sesuatu yang akan menghilangkan ingatan Umairah pasal kejadian tempoh hari.

“Eh! Tak pe la. Saya kenyang lagi. Nanti-nanti la saya makan. Terima kasih.“ Umairah serba salah dengan keprihatinan Saifuddin hingga dia tidak sedar dia tersenyum memandang Saifuddin. Senyuman yang manis, yang bias menggegarkan hati lelaki dihadapannya.

“Saya suka tengok awak senyum macam tu. Boleh tak awak senyum selalu macam tu. Saya tahu saya dah ragut senyuman awak selepas kejadian hari tu. Saya betul-betul nak minta maaf dengan awak pasal ari tu. Saya tak sedar saya terpeluk awak. Mulanya saya cuma nak paut awak supaya tak jatuh tapi saya tak sedar saya terpeluk awak. Betul saya tak sengaja dan saya tak de niat langsung nak buat macam tu kat awak. Saya sedar saya bersalah. Kalau awak nak saya bertanggung jawab dengan kesalahan yang saya dah buat saya sedia. Saya tahu saya dah calarkan maruah awak. Tolong la maafkan saya. Saya akan sentiasa bersalah selagi awak tak maafkan saya walaupun saya hari-hari memohon keampunan daripada Allah. Please Umairah, saya harap sangat awak dapat maafkan kesalahan saya. Kalau awak maafkan saya saya janji saya akan pergi jauh daripada pandangan awak. Awak tak kan jumpa saya lagi. Please Umairah saya merayu pada awak.“ Saifuddin tidak sedar dia sudah mengungkit peristiwa tempoh hari dan menyatakan kekesalannya dengan wajah sayu sekali. Namun bagi Umairah dia terkejut dengan pernyataan Saifuddin yang ingin menjauhkan diri daripadanya.

No comments: