BAB 15 : Mengelak
Dariku
D
|
ua minggu telah
berlalu dan kini kali kedua Danial berpeluang membeli-belah dengan Aathifah
walaupun Zatunnur masih tetap ada menemani mereka. Ia juga kali keempat
pertemuannya dengan Aathifah. Danial dapat merasakan dia semakin susah hendak
berjumpa dengan Aathifah mungkin kerana Aathifah semakin sibuk. Lagipun dia
tiada apa-apa keperluan untuk berjumpa dengannya. Namun adakala dia merasakan
Aathifah seperti mengelakkan diri dari berjumpa dengannya. Mana tidaknya, setelah
sebulan lepas dia dan Zatunnur berbincang dengan Aathifah berkenaan dengan
penempahan langsir daripada Aathifah, baru kini mereka berpeluang berjumpa
untuk membeli kain yang sesuai dengan pejabat serta rumahnya.
Alasan yang diberikan oleh Aathifah
bahawa dia sibuk dengan kerja-kerja yang semakin menimbun menyebabkannya tidak
dapat meluangkan masa, cuba diterima agar hati tidak lara dengan kemungkinan
yang dijangka, Aathifah ingin mengelak bertemunya. Daripada pemerhatian Danial,
Aathifah semakin susut berat badannya.
“ Aathifah, kenapa aku tengok ko ni
makin kurus. Ko kurang makan ke? Kurang tido ke sampai boleh kurus macam ni? “
Tidak Danial sangka soalan yang ingin diutarakannya terlebih dahulu ditanya
oleh Zatunnur. Mungkin Zatunnur pun prihatin dengan perubahan mendadak
Aathifah.
“ Eh! Ye ke? Aku rasa macam biasa
jer. Ko dah lama tak tengok aku kot, tu yang rase macam tu. Aku makan macam
biasa jer. Tido pun cukup. Ko ni aku tengok makin berseri-seri ni kenapa? Ade
cete yang aku tak tau ker? Ke ko tengah berbunga-bunga sekarang? “ Aathifah
cuba melarikan topik perbualan. Dan dia pandai berbuat begitu dengan memuji
Zatunnur supaya tidak ketara dia cuba menukar topik perbualan mereka.
“ Eh! Mana adalah. Aku biase-biase
jer. Siapa pulak yang kata aku tengah berbunga-bunga. Kumbang mana yang nak kat
aku ni. “ Danial mula perasan akan muka Zatunnur yang sedikit kemerahan. Danial
pelik dengan kenyataan Zatunnur berkenaan dirinya yang tidak laku. Pada
pandangannya, Zatunnur ini juga mempunyai pakej seorang wanita yang menarik
dengan muka yang putih, tinggi yang hampir mencecah enam kaki, senyuman yang
manis beserta dengan lengsung pipit pada pipi kanannya begitu menarik
perhatian. Seketika Danial memerhatikan Aathifah membisikan sesuatu pada
Zatunnur.
“ Ehem! Kalau berjalan bertiga tidak
baik berbisik-bisik tau. “ Danial cuba mengingatkan kenyataan yang satu itu
kepada Aathifah dan Zatunnur. Dapat dia melihat kedua-dua mereka terkejut
dengan kata-katanya.
“ Eh! Sorry, Danial kami bukan mengata awak, cuma cakap sesuatu yang
melibatkan maruah Zatunnur sebagai wanita. Jadi rasenya kami tak boleh nak share dengan awak. Tak sangka ye awak
pun tahu bab-bab macam ni. Banyak juga yang awak tahu pasal Islam ni ye. Kagum
saya, bertuahlah sape yang memiliki hati awak nanti “
Aathifah tersenyum mengatakannya
sambil mata melirik pada Zatunnur. Sambil itu telinganya terngiang-ngiang
dengan kata-kata yang baru diungkapkan kepada Zatunnur.
“ Aku rase aku tau kenapa muka ko
berseri-seri ni. Sebab ko dapat jalan sebelah bos kesayangan ko ni kan? Macam
la aku tak tahu ko ni suke kat dia. “ Mati lamunannya seketika tadi apabila
telefon bimbitnya berlagu. Kedengaran lagu ' Bila waktu telah berakhir nyanyian
Opick yang menjadi nada deringan telefonnya. Seketika telefon itu diangkatnya.
“ Assalammualaikum, kak Na…. Oh ye
ker?.... Tak pe saya gantikan…. Kejab lagi saya sampai…. Saya memang dah kat
dalam Tecso ni, kejap saya letak barang nanti saya masuk. Okey bye,
Assalammualaikum. “ Kedengaran suara Aathifah yang terhenti-henti menjawab
panggilan itu.
“ Ala, sorry Danial, Nur. Aku tak
dapat nak join korang makan pizza la. Aku kene keje ni. Lain kali la ye. “
Aathifah cuba memohon maaf kerana tidak dapat menyertai Danial dan Zatunnur
makan di Pizza Hut kerana perlu bekerja sambilan.
“ Tak kan kejap pun tak boleh? “
Zatunnur mula bertanya.
“ Sorry la, ari ni ramai orang. Jan tak dapat datang, tiba-tiba dia
sakit perut. Terpaksa la aku ganti. Okey la, aku nak simpan kain-kain langsir
ni kat kete dulu. Gi dulu ye “ Danial hanya mampu mendengar alasan dan melihat
Aathifah pergi meninggalkan mereka.
“ So Nur, awak boleh temankan saya makan kan? Ke awak pun nak lik
jugak? “ Danial bertanya setelah seketika mereka menghantar pemergian Aathifah
dengan pandangan yang sedikit hampa.
“ Ha! Err…Tak pe la saya temankan
Mr. Danial makan dulu baru saya balik “ Danial perasan Zatunnur teragak-agak
untuk setuju. Danial malas memanjangkan kata-kata Zatunnur dan hanya meneruskan
langkah-langkahnya menuju ke Pizza Hut bersama Zatunnur. Seketika Zatunnur
kembali bersuara.
“ So macam mana rasenye jadi pengapit perkawenan orang Melayu? Best
ker? “
“ Ha! Oh! Belum lagi la, Nur. Hari
minggu ni baru majlis tu berlangsung. “ Danial agak terkejut dengan pertanyaan
Zatunnur kemudian teringat akan permintaan Syed yang meminta Aathifah juga
menjadi pengapit bagi isterinya nanti. Dan perkara itu belum sempat disampaikan
kepada Aathifah kerana Aathifah yang selalu mengakhiri pertemuan mereka dengan
sepantas kilat.
“ Alah! Lupa pulak. Nur awak masuk
dalam Pizza Hut dulu ye. Saya nak kejar Aathifah sekejap. Ada hal saya nak
sampaikan pada dia, permintaan Syed “ Tanpa menunggu jawapan Zatunnur, Danial
terus mengejar Aathifah. Entah sempat atau tidak dia tidak pasti.
Tanpa menghiraukan pandangan orang
ramai yang melihatnya berlarian di ruangan laluan Tesco itu, Danial terus
berlari dengan pantas apabila dia terpandangkan kelibat Aathifah dihadapan.
“ Aathifah, tunggu kejap. “ Setelah
semakin hampir, Danial memanggil Aathifah. Aathifah pun menoleh apabila
kedengaran namanya dipanggil.
“ Eh! Awak, kenapa? “ Aathifah
terkejut dengan kedatangan Danial mengejarnya.
“ Saya ade benda nak cakap dengan
awak. Meh sini saya tolong bawa kain tu. Berat jer saya tengok. “ Danial
sedikit lelah bertutur. Namun tangan ligat menyambar beg plastik besar yang
mengandungi kain-kain langsir tadi. Mujur tidak terkena tangan Aathifah.
Aathifah yang terkejut dengan
tindakan sepantas kilat Danial hanya membiarkannya mengambil beg plastik
tersebut. Mereka kembali meneruskan perjalanan mereka menuju ke tempat letak
keretanya. Sambil itu kedengaran Danial kembali bersuara.
“ Saya lupa nak bagitau awak yang
Syed ada minta awak tolong jadi pengapit bakal isterinya nanti. Boleh ke awak
tolong dia? Kendurinya lusa. “ Lega rasanya apabila amanah orang dapat
disampaikan.
“ Ha! Kenapa nak saya jadi pengapit
isteri dia pulak? Tak de orang lain ke? Saya bukan kenal isterinya pun. “
Terhenti langkah Aathifah tatkala mendengar kata-kata Danial.
“ Bakal isteri la. “ Danial cuba
membetulkan kata-kata Aathifah sambil tersenggih-senggih. Mereka sudah
meneruskan perjalanan mereka.
“ Whatever la. Tapi kenapa saya lak yang kene jadi. Tak nak la saya.
Saya segan. “
“ Ari tu Syed ada call saya dia kata bakal isterinya anak
yatim piatu dari Singapura jadi tak de saudara-mara. Kenalan pun tak ramai,
yang ada pun ramai lelaki. Macam mana nak jelas ye…. Ermm… Susah la nak cete
yang melibat maruah orang ni. “ Danial berkata-kata sambil cuba menutup maruah
bakal isteri Syed yang sebenar.
Aathifah yang perasan dengan
kata-kata Danial cuba menerimanya tanpa banyak tanya lagi.
“ Kalau macam tu, saya akan tolong.
Nanti awak bagi saya alamat majlis tu nak berlangsung. Saya gi ke sana sendiri
sebab pagi tu saya ada hal sikit, jadi awak tak perlu la ambik saya. “ Danial
tetap gembira dengan kesudian Aathifah untuk menjadi pengapit walaupun
keengganan Aathifah pergi ke majlis tersebut bersamanya.
“ Ok nanti saya bagi alamatnya. Nah.
“ Danial menghulurkan beg plastik Nagoya kepada Aathifah bila mereka telah
sampai di kereta Aathifah. Danial segera melangkah masuk semula ke Tesco
setelah berpamitan dengan Aathifah, sengaja dia tidak beriringan masuk semula
dengan Aathifah kerana tidak mahu mengganggunya.
Langkah kaki Danial terhenti apabila
namanya dipanggil. Danial tersenyum meleret.
“ Hai! Honey, what are you doing here? It’s a pleasure to meet you here.
“ Danial mematikan senyuman
meleretnya tadi apabila mendapati bukan Aathifah yang memanggilnya. Sebaliknya
wanita yang telah lama diusir dari hidupnya, May yang memanggil.
“ I’ve just finished my business appointment here. Care to join me eating?
“ May menyambung setelah Danial keberatan membalas pertanyaannya.
“ I’m sorry, I’m already have an appointment. May be next time. “ Danial
menolak.
“ Okay. Do call me then. Promise? “ Tanpa membalas pertanyaan May, Danial terus
berlalu. Sempat lagi Danial memandang wajah mencerut May itu. Dengan pandangan
mata yang tajam menikam May, Danial meninggalkannya begitu sahaja.
Aathifah yang perasan dengan
perbualan sebentar Danial dengan wanita Cina seksi itu mula memperlahankan
langkahnya supaya dia tidak bertembung atau berselisih dengan mereka. Seboleh
mungkin dia tidak mahu Danial tidak selesa sekiranya dia tahu dia nampak apa
yang sedang berlaku.
' Sape ye amoi tu? Tapi aku macam
pernah nampak jer amoi tu la. Tapi dah lupa kat mana ye? Mungkin makwe Danial
kot. Boleh tahan cantik orangnya. Ala-ala model macam tu. Kenapa masam mencuka
tiba-tiba jer muka Danial ni? Tak kan bergaduh dengan awek dia tu kot. Tak
nampak dape macam bergaduh pun tadi. ' Aathifah mula tertanya-tanya sendirian.
' Astagfirullahalazim. Yang aku
sibuk sangat dengan hal orang ni, pe sal? Baik aku cepat gerak, nanti marah
pula Kak Na. Amoi tu pun dah blah. Tunggu apa lagi. Jom gerak cepat kaki. '
Aathifah tersenyum geli hati apabila dia berbicara sendirian dengan melibatkan
kakinya.
No comments:
Post a Comment