Hawa Telinga

Thursday 15 May 2014

Novel Terlerai Sudah Bab 14





BAB 14 : Ragam Tetamu



  K

elam-kebut Puan Aminah mengarahkan anak-anaknya menyiapkan itu ini. Lagaknya macam nak menyambut kedatangan rombongan pihak lelaki. Satu hidangan lagi yang perlu disedikan olehnya. Aathifah yang turut membantu Puan Aminah masak kebanyakan makanan, hanya mengeling-ngelingkan kepalanya dengan sikap kelam-kelibut uminya itu. Semuanya hendak nampak sempurna dan cantik. Adiknya Aiman yang menguruskan meja makan turut tergesa-gesa ke hulu ke hilir menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi tetamu yang akan datang sebentar lagi.

            “ Ishh! Ni yang susah kalau tak cukup orang pempuan dalam rumah ni. Ade lak Angah lak yang kene buat keje ni. Abang Qa’id ni pun satu datang la masa Aathirah ngan Adlina tengah cuti. Kan senang tak payah Angah yang susah-susah nak buat semuanya “ Aiman merungut. Puan Aminah yang mendengar segera membalas.

            “ Angah ni minta tolong sikit pun merungut lebih. Dah kalau tak nak tolong gi jenguk Abi kat dalam bilik tu. Kot Abi nak minum ke apa ke “

            “ Tak la Umi, saje nak mengusik Umi dan Kak Long. Nanti dah siap kemaskan meja makan Angah tengok Abi. Kak Long masak pe pulak tu? Tak abis lagi ker menunya? Macam menu hidangan pengantin jer banyaknye? Dah nak penuh ruangan meja tu “

            “ Banyak la ko punye pengantin. Kenapa ko dah gatal nak kawen ke? Ni tinggal nak masak siakap tiga rase jer ni. Kak Long tak tahu ni semua Umi yang punye cadangan menu ye. Bukan Kak Long. Kalau ikut Kak Long bagi biskut kering udah la “ Pecah ketawa Aiman diikuti Aathifah.

            “ Ade pulak nak nyambut tetamu ngan biskut jer. Nanti orang ingat miskin sangat kita ni. Siap bagi sedekah lak nanti. “ Puan Aminah tegas bersuara.

            “ A’ah la Kak Long ni, ade lak biskut lain kali bagi kurma ngan susu jer. Macam menu yang Nabi bagi sebab itu jer yang dape ade masa tu. Ade gak kenyang makan kurma ngan susu tu “

            “ Dua-dua same jer. Suke melalut jer. Dah cepat siapkan semuanya, nanti orang datang tak de dok sibuk memasak, mengemas. Boleh dok sembang sama “ Puan Aminah serius.

            “ So Kak Long dah ade jawapan ke tentang kunjungan Abang Qa’id ni? “ Aiman bertanya dengan serius.

            “ Pe yang kamu cakap ni? Jawapan pe lak? Abang Qa’id ari tu cakap dia datang nak melawat Abi dan Umi jer la. Bukan ade benda lain la “ Aathifah keliru.

            “ Ye ke Umi. Bukan ari tu Umi cete Abang Qa’id tu ade merisik Kak Long dari Maksu ke? “ Aiman pula keliru. Belum sempat dibalas kedengaran suara orang memberi salam diluar. Serentak tiga beranak itu menjawab salam yang kedengaran.

            “ Masuklah Kak Jamilah, Abang Mat, Qa’id, Qistina. Lama dah tak jumpe “ Puan Aminah menjemput masuk sambil tangan bersalaman dengan Puan Jamilah dan Qistina. Aiman pula bersalaman dengan Qa’id dan Encik Muhamad.

            “ Aathifah, pe kabo sayang? Dah makin lawa Aathifah ni “ Aathifah yang baru ingin bersalam dengan Puan Jamilah ditegurnya. Jari-jemari tua Puan Jamilah mengusap lembut pipi Aathifah. Aathifah tersenyum. Yang lain turut sama tersenyum melihat kemesraan mereka berdua.

            “ Alhamdullillah makcik, Aathifah sihat. Makcik macam mana? Jemput masuk Pakcik, semua. “ Aathifah menjemput tatkala mata berkalih pada Encik Muhamad. Yang lain hanya mengangguk. Tangan Aathifah bersalaman pula dengan Qiatina yang tersenyum-senyum manis.

            “ Makcik sihat cara orang tua-tua la sayang. Qa’id ade cete ari tu, dia ada jumpe Aathifah kat KL ye “ Mereka yang sudah ada melabuhkan punggung di sofa yang terdapat di ruang tamu. Puan Aminah dan Aiman memandang Aathifah bila mana mendengarkan pertanyaan Puan Jamilah tadi.

            “ Ye ke Kak, Aathifah tak pula cete ngan saya “ Puan Aminah bersuara.

            “ Oh! Aathifah lupa nak cete. Kebetulan Abang Qa’id nak jumpe kawan dia tu yang terserempak ngan Aathifah “ Aathifah cuba menjelaskan.

            “ Aiman mana Abi kamu? Pakcik nak jenguk dia boleh “ Encik Muhamad yang cuba mengubah topik bertanya.

            “ Abi ada dalam bilik. Nanti saya bawa keluar “ Aiman sopan berbicara.

            “ Tak payah biar kami jer gi bilik dia. Tak perlu nak angkat-angkat Abi kamu tu. Biar dia rehat. Jom maknye, Qa’id, Qistina “ Encik Muhamad mengajak. Setelah mereka semua menjenguk Encik Hassan, mereka diajak pula ke dapur untuk menjamu selera. Aiman pula masih berada di dalam bilik Encik Hassan untuk menyuapkannya makan.

            “ Dah lama tak makan masakan makcik ni. Mesti sedap ni, kan mak? “ Qa’id memuji.

            “ Qa’id ni suka sangat puji Makcik. Makcik masak biasa jer. Makan la Saikap Tiga Rase ni Qa’id, Aathifah yang masakkan yang ni. Ni yang kamu suka kan. Jemput makan semua. “ Aathifah terkedu seketika dengan kata-kata uminya.

            “ Untungnya Abang Qa’id semua ni makanan kegemaran abang. Tak sangka Kak Aathifah ingat lagi “ Qistina baru bersuara.

            “ Umi yang cadangkan semua ni. Akak tolong-tolong masak jer mana yang tau. Tapi yang ni Qistina suka kan? Tomyam Makanan Laut, ni special akak buat tuk Qistina yang cantik manis. Raselah “ Teruja Qistina mendengarnya. Selepas Qistina mengaut sedikit masakan Tomyam itu, Qa’id pula menyambar.

            “ Abang pun nak rase la yang ni. Tengok jer dah tau sedap. Belum lagi makan “ Qa’id memuji.

            “ Qa’id ni semua yang Aathifah masak semuanya sedap. Kalau ye pun suka sangat cuba la control sikit. Malu jer “ Encik Muhamad menegur. Semua yang ada ketawa dengan telatah Qa’id. Aathifah yang mendengar hanya tunduk tidak senang hati. Semua menyambung makan dengan berselera sekali. Setelah makan mereka bergerak semula ke ruang tamu. Aiman pula sudah membawa Encik Muhamad dan Qa’id ke surau berdekatan untuk menunaikan solat yang sudah masuk waktunya.

            “ Makcik dan Qistina nak solat boleh la masuk bilik Adlina ni. Tadi saya dah sediakan telekung dan sejadah “ Aathifah bertanya sebaik mereka melabuhkan punggung.

            “ Qistina solat dulu ye, mama nak sembang sikit dengan Aathifah “ Qistina melangkah pergi setelah disuruh oleh ibunya.

            “ Aathifah sayang. Makcik nak tanya sikit ni. Makcik dan Abang Qa’id kamu tu berkenan ngan kamu nak. Jadi makcik cadang nak jadikan kamu isteri Abang Qa’id kamu, dia suka sangat bila Makcik cadangkan kamu. Dia kata dulu lagi dia dah sukakan kamu. " Puan Jamilah mengusap-usap tangan lembut Aathifah.

            " Aminah saya harap sangat Aathifah ni sudi jadi menantu saya. Kami sekeluarga tak kisah dengan keadaan kamu tu. Kami terima seadanya. Qa’id cakap dia lagi suka dapat kawen ngan kamu bukan je sebab dia memang dah suka kamu tapi dia kata dapat gak dia pahala tolong kamu yang macam tu “ Lembut tutur bicara Puan Jamilah. Puan Aminah hanya memasang telinga.

            “ Abang Qa’id tu hensem, berjaya dan ada keje yang bagus makcik. Kenapa makcik tak jodohkan dia dengan anak-anak dara lain yang jauh lebih bagus dari Aathifah. Aathifah tak nak sebab dia nak tolong Aathifah, dia menyesal nanti. Saya ni bukan sesiapa makcik, banyak kekurangannya. Abang Qa’id berhak dapat yang lebih bagus “ Aathifah cuba berdalih.

            “ Kalau hati dah berkenan Aathifah, Aminah, nak buat macam mana. Nak dijodohkan dengan Tuan Puteri pun dia tak nak. Aathifah sayang juga yang dia dambarkan. Sayang boleh pikirkan dulu ye, tak perlu bagi jawapan sekarang. Kami akan tunggu sampai Aathifah sudah ada jawapan nanti “ Puan Jamilah memujuk.

            “ Baiklah makcik, nanti saya dah buat solat Istiqorah dan dah pikir masak-masak perkara ini, saya bagitahu makcik ngan Abang Qa’id “ Aathifah terpaksa mengalah. Sejurus Qistina usai solatnya, Puan Jamilah pula masuk bilik. Puan Aminah juga berlalu untuk solat. Masa yang ada Aathifah mengambil peluang untuk bertanya khabar dengan Qistina.

            “ Sekarang Qistina dah jadi cikgu ye? Mengajar kat mana? “

            “ Ajar Matematik dan Matematik Tambahan kat Sekolah Jalan Pasir Puteh, Akak. Baru jer pun lagi. Baru nak masuk enam bulan “ Qistina masuk tersenyum.

            “ Bagus la jadi cikgu, senang sikit nanti “

            “ Tak juga Akak. Sekarang ni macam-macam cikgu kene buat tak macam cikgu-cikgu zaman dulu-dulu. Macam-macam ragam pihak atasan dan pelajar sendiri “ Qistina buat muka monyoknya.

            “ Biasa la tu Qistina. Keje cikgu ni memang kene banyak sabar. Qistina untung bukan semua orang boleh jadi cikgu, pahala pun banyak. Akak yakin adik Akak yang sorang ni boleh buat punye la “ Mati bicara mereka apabila Aiman, Encik Mumamad dan Qa’id  memberi salam. Setelah meminta Aiman melayan tetamu, Aathifah terus menghilangkan diri ke biliknya untuk menunaikan solat tanpa menunggu lagi. Setelah Aathifah menghilangkan dirinya ke dalam bilik, Qa'id mula berbisik dengan adiknya.

            " Macam mana? Apa Kak Aathifah cakap? "

            " Cakap pe? " Qistina tidak faham persoalan mengejut Qa'id.

            " Ish!!! Lembab la budak ni. " Qa'id menduku perlahan kepala adiknya. Qistina buat-buat mengusap kepalanya yang diduku tadi.

            " Mak dah tanya Kak Aathifah pasal lamaran abang ker? Apa jawapan Kak Aathifah? "

            " Entah! Ada la kot tadi. Mana orang nak tau. Orang solat tadi masa mak sembang ngan Akak. " Qistina buat muka monyoknya. Aiman hanya memerhati tingkah laku dua beradik sambil tersenyum manis.

            " Pe la adik ni. Orang harapkan dia dengar. "

            " Yang abang tak sabar sangat nak tahu kenapa. Nanti mak dah keluar tanya la sendiri. Tak pun tanya dengan Akak Aathifah tu sendiri. Lagi senang. Tak payah nak buat orang jadi tukang pasang telinga lak. Tak manis anak dara dengar perbualan orang tua-tua ni. "

            " Ada jer jawapnya budak ni. Nak kena lagi ker? " Qa'id buat acah-acah hendak menduku adiknya.

            " Pe saje la dua beradik ni. Tak jumpa tanya dah jumpa kelahi pula. Tak malu ker dekat orang. " Encik Muhamad menegur kelakuan anak-anaknya. Aiman yang tersenyum mendengar teguran Encik Muhamad itu. Perbualan Qa'id dan Qistina terhenti begitu sahaja sehingga mereka pulang.

            Tetamu yang telah pulang dilambai dan disedekahkan senyuman. Kedengaran keluhan kecil dari mulut Aathifah. Puan Aminah dan Aiman hanya berpandangan sesama sendiri. Masing-masing melayan perasaan sendiri tidak mahu memanjangkan keluhan Aathifah, membiarkannya bersendirian. Itu perkara yang dirasakan terbaik buat masa itu.






No comments: