BAB 13 : Puteri
Beraduku
D
|
anial termenung
di meja kerjanya di dalam biliknya selepas mandi tadi. Kata-kata Zatunnur
terngiang-ngiang di telinganya. Betapa dia tidak percaya dengan bebanan yang
ditanggung oleh seorang wanita sekecil Aathifah itu. Jika dulu dia menyangkakan
Tuhan telah menghujaninya dengan dugaan yang berat tetapi ternyata bebanan yang
ditanggung oleh Aathifah jauh lebih hebat dan berat daripadanya.
‘ Adakah ini balasan-Nya ke atas
segala yang telah dilakukan oleh Lee kepada aku dulu ‘ Danial bermonolog
sendirian apabila terkenangkan kemungkinan semua yang menimpa Aathifah kerana
balasan atas perbuatan yang dilakukan oleh Fadzlee, bapa saudara Aathifah ke
atas dirinya. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku. Apa
yang telah berlalu Danial sudah tidak memikirkannya lagi. Yang berlaku biarlah
berlalu. Segala dendam telah terlerai sudah sejak dia mengenali apa yang
dicari-cari selama ini. Tidak mahu lagi menyingkap kisah-kisah silam yang
terlalu melukakan hatinya. Yang ada kini ialah untuk membina semula dirinya
yang baru dan mencari rezeki daripada-Nya dengan hasil titik peluhnya sendiri
dan bukan dari hasil yang diwarisi daripada bapanya.
Seketika kemudian fikirannya
melayang pula pada waktu petang dia ketika dia menjenguk Aathifah di tempat
kerja sambilannya itu. Di kejauhan itu, matanya kini terlayar sesusuk tubuh
kecil molek Aathifah yang sibuk melayan tetamu di kaunter pembayaran pasaraya
Tesco Station 18, tempat yang diberitahu oleh Zatunnur. Tempat yang biasa Aathifah
membuat kerja sambilan jika diperlukan.
Danial mencuri pandang Aathifah dari
kejauhan supaya kehadirnnya di pasaraya itu tidak disedari oleh Aathifah. Dia
bukan ingin mengintip tetapi ingin memastikan kebenaran cerita yang baru
didengarinya dari Zatunnur. Belas rasanya melihatkan wajah kepenatan Aathifah
di kuanter berkenaan. Namun wajahnya masih mampu tersenyum kepada setiap
pelanggan yang berurusan dengannya. Hebat sungguh Aathifah ini! Kental!
“ Aku mesti buat sesuatu untuk
tolong Aathifah. Semoga sedikit-sebanyak pertolongan aku ni dapat meringgankan
bebenan yang ditanggungnya. Aku mesti cari idea, apa ye? “ Danial berkata-kata
sendirian setelah dia kembali ke alam nyata.
Angin yang bertiup sepoi-sepoi
bahasa menyelinap masuk melalui tingkap biliknya sehingga menggibar-ngibar
sebahagian kain langsir. Danial tenang dengan tiupan yang menyegarkan malam
itu. Danial mula menutup tingkap bila dia mula merasa sedikit rimas bila mana
sebahagian kain langsir yang menyapa lembut wajahnya. Kain langsir mula
dibetulkan semula kedudukannya.
‘ Langsir! Haaa! Pe kata aku minta
Aathifah ganti kain langsir rumah aku. Kalau tak cukup dengan tu, kain langsir office pun boleh ditukar sekali. Dah
tiga tahun tak tukar pun. Tapi boleh ke Aathifah menjahit langsir. Tapi tak kan
susah nak jahit langsir kot. Aku tengok straight
jer pun. Baju lagi susah kot, banyak step.
Tak pe la tanya Nur aje la. ‘ Idea Danial sudah datang bagi menolong Aathifah
mencari sumber pendapatan yang lain selain yang dilakukannya sekarang.
“ Hello, Mr. Danial. Ada apa-apa
yang boleh saya tolong ker malam-malam ni? “ Zatunnur yang terpampan dengan
panggilan telefon yang diterimanya daripada Danial segera bertanya.
“ Hai! Nur. Sorry la kalau saya ganggu awak malam-malam ni. Saya ada benda nak
tanya awak sikit ni. “ Danial menjawab ragu-ragu. Risau sekiranya panggilannya
mengganggu Zatunnur.
“ Ha? Pe bendanye yang Mr. Danial
nak tanya saya ni? Macam penting jer bunyinya. Kalau saya boleh saya tolong
saya tolong la. “
“ Mesti boleh tolongnye. Saya nak
tanya awak, Aathifah boleh jahit langsir tak? Bukan pe, saya ingat nak tolong
dia cari duit lebih. Macam awak cakap dia tak kan nak kalau kita tolong macam
tu jer jadi saya ada terpikir nak tolong dia dengan cara minta dia tolong
jahitkan langsir office ngan rumah
saya ni tapi saya tak tau sama ada dia boleh ker tak jahit langsir ni. Tu yang
saya call awak nak pastikannya. “
Berjela-jela Danial cuba menjelaskan.
“ Oh! Pasal tu. Dia tu apa yang tak
boleh dia jahit? Semua dia boleh. Baju pengantin pun boleh. Tangan dia tu ada
sentuhan kreatif. Matanya melihat saje fesyen macam mana dah tau cara nak buat.
Dah bakat turun-temurun kot. Bagus juga idea bos ni. Nanti boleh la saya tolong
tanya dia. Takut juga dia tak nak tolong jahitkan. “ Jawapan daripada Zatunnur
melegakan Danial.
“ Okey bagus la kalau macam tu.
Nanti Nur tolong tanya dia, nanti inform saya
macam mana keputusan dia. Harap-harap dia sudi la kan. Niat saya baik. Nanti
kalau jadi kita gi beli kain langsir sama ngan dia, okey? Okey la Nur saya
letak dulu, esok kita bincang lagi, ye. Bye “ Danial yang sudah mematikan
talian telefon hanya tersenggih-senggih dengan harapan rancangannya akan
berjaya. Selain dapat menolong Aathifah dapat juga dia memiliki sesuatu hasil
daripada sentuhan tangan kreatif Aathifah.Teruja hatinya menantikan saat-saat
itu. Sementara itu tangan ligat menaip kekunci komputer riba untuk mencari
maklumat berkenaan Dimensi Sdn. Bhd.
' Aku perlu kumpulan sebanyak
mungkin maklumat berkenaan syarikat ni, sebelum aku boleh rangka pelan untuk
menolong Aathifah. ' Danial berbicara sendirian.
" So, syarikat Dimensi ni
bukanlah syarikat yang uncle Yong tubuhkan. Patut la aku tengok Fadzlee tak de
dalam senarai pemegang saham ataupun Board of Directors. Nampaknya Tuan Hassan
tak lagi menguruskan syarikat Yong Manufacturer lagi seperti dulu. Mungkin dia
sudah serahkan semula kepada Fadzlee. Jadi harapan aku untuk membantu Aathifah
tanpa melibatkan Fadzlee cerah. " Danial menimbang pelannya.
" Sekarang aku perlu cari
seseorang yang dapat menolong aku mencari maklumat yang tepat berkenaan
syarikat dan Ruwaidi ni. Aku perlu tahu kelebihan dan kelemahan si Ruwaidi ni.
Mungkin esok aku boleh jumpa seorang dua yang dapat menolong aku nanti. "
Danial yakin dengan rancangannya itu.
Kemudian dia mula menaip TUAN HASSAN
dalam ruangan carian internet. Dan dalam sekelip mata terpanpang maklumat yang
banyak berkenaan Tuan Hassan dari berkenaan kejayaannya sehingga detik
kejatuhannya. Gambar berkenaan keluarganya turut sama terselit dalam ruangan carian
itu. Gambar keluarga Tuan Hassan yang diambil kira-kira lima tahun dahulu.
Ketika itu, Danial dapat lihat Aathifah dalam lingkungan awal dua puluhan dan
mungkin sahaja masih lagi belajar di salah satu university tempatan.
" Memang tak salah lagi. Dia
memang Aathifah yang aku cari selama ni. Wajahnya tak banyak berubah. "
Danial pasti kini.
" Sungguh indah ciptaan-Nya,
boleh dikatakan adik-beradiknya semua memiliki seraut wajah yang cantik, tampan
dan menarik hati. Semuanya pun nampak sopan bertudung dan beriman. "
Danial kagum dengan didikan agama yang dipamerkan oleh keluarga tersebut.
" Sayang tak de maklumat
lanjung tentang keluarga ni. Kalau ada mungkin aku dapat tahu lebih mendalam
pasal Aathifah terutama bagaimana dia boleh memiliki wajah yang persis wajah
orang Cina. " Danial sedikit terkilan.
Danial tiba-tiba terkenangkan masa
dahulu waktu mereka begitu teruja ingin mengetahui lebih lanjut akan hal
Aathifah. Demi untuk mengorek rahsia peribadi Aathifah, Shiva dan dia sanggup
berbaik-baik dengan minah tomboy, Zanariah yang terkenal dengan sikap garangnya
membela rakan-rakan perempuannya dalam bus tersebut. Namun nyata bukan mudah
untuk mengorek rahsia daripada minah tersebut.
" Come on la Zanariah. Tak kan itu pun awak tak boleh nak bagitahu kitaorang.
Kitaorang nak tahu jer bukan pe pun. Kata orang tak kenal maka tak cinta.
" Shiva membuat ayat powernya.
" Cinta! Awak nak bercinta
dengan kak Aathifah ker? Muka lebam macam awak pun ada hati ker? Baik lupakan
ajer. Tak sesuai kot. " Zanariah tegas bersuara.
" Eh! Minah tomboy ni. Lebih
nampak. " Shiva nyata terkilan dengan kata-kata sindiran Zanariah.
" Relax bro. Budak pempuan tu
gurau jer tu. " Danial cuba menenangkan Shiva.
" Tak nak bagitahu sudah. Macam
la kakak saudara dia hebat sangat. Setakat muka macam tu melambak la kat pasar
malam. Sebenarnya awak tu jealous
sebab tak de orang yang berkenan dengan awak yang muka macam bontot kuali tu
gak kan " Shiva naik berang.
" Apa awak cakap? Awak nak kena
ngan saya kan? " Zanariah juga turut berang.
" Woo….wooo…. garangnya "
Suara-suara sembang pelajar-pelajar lelaki yang lain mula berbunyi tatkala
mendengar suara tengkingan Zanariah.
" Shiva, sudah la tu. Okey
adik, sorry ya. Jangan marah-marah.
Kita stop kat sini jer. Jangan sampai nak gaduh ye. " Danial cuba memujuk
mereka berdua. Seketika kemudian Aathifah baru menaiki bus tersebut setelah
waktu persekolahannya baru sahaja tamat. Ketiga-tiga pelajar tadi mula mendiamkan
diri. Aathifah segera menghampiri Zanariah untuk duduk disebelahnya.
" Kenapa Zanariah? Akak dengar
Zanariah menjerit marah tadi? Ada apa? " Aathifah yang terdengar sedikit
suasana bising tadi mula bertanya.
" Tak de apa. Tadi ada budak
yang tak tahu malu sibuk nak tahu pasal hal orang. Hal sendiri tak terjaga nak
jaga hal orang lak " Zanariah sahaja memedaskan kata-katanya supaya Shiva
terasa. Shiva yang malas ambil pusing terus menukar tempat duduknya dengan
pelajar yang lain. Demi mendengarkan keengganan Zanariah mengulas lebih lanjut,
Aathifah membiarkanya sahaja. Danial yang masih setia duduk dibelakang mereka
hanya memerhati dengan senyap mereka berdua.
" Zanariah, akak nak tido
sekejap ye. Penat sangat la ari ni. Kepala akak pun sakit sikit ni. Nanti dah
nak sampai Zanariah tolong kejutkan ye. " Danial yang turut terdengar
bicara Aathifah kepada Zanariah mula memberi perhatian kepada Aathifah.
Tidak lama selepas itu, Aathifah
yang semakin lena tidur mula terhantuk-hantukan kecil kepalanya di cermin
tingkap. Melihatkan perkara itu Danial mula jadi belas.
' Kalau aku lapikkan tangan aku kat
cermin tu, mesti dia terasa dan terkejut pula tengok tangan aku mengalas
kepalanya. Silap-silap dia ingat aku nak ambil kesempatan pula. Baik aku
lapikkan dengan kertas kajang jer. ' Danial berbicara sendirian. Dia mula
mengeluarkan senaskah buku kajangnya daripada dalam begnya dan dengan perlahan
dan hati-hati dia mula menyelitkannya antara kepala Aathifah dan cermin
tingkap. Mujur Aathifah tidak sedar. Mujur juga tiada yang sedar akan
perbuatannya itu. Masing-masing kepenatan dan tertidur.
Danial tersenyum sendirian apabila
terkenangkan peristiwa lalu itu. Kemudian senyumannya bertambah mekar.
" Aathifah… Aathifah…. Dari
dahulu sampai sekarang memang senang sangat nak tidur. Tak kira tempat dan
tiada perasaan malu atau nak kontrol keayuan ke apa ker macam gadis-gadis biasa
lakukan terutama depan kaum lelaki. Mungkin itu yang menarik hatiku untuk
mengenalimu. Jujur dan tidak bermuka-muka. Puteri Beraduku…. Aathifah " Danial
tersenyum dengan gelarannya.
No comments:
Post a Comment