Hawa Telinga

Thursday 15 May 2014

Novel Terlerai Sudah Bab 17





BAB 17 : Bukan Ku Tak Sudi



' T

ut…Tut….’ Bunyi pesanan ringkas yang masuk di telefon bimbitnya segera dibaca Aathifah.

Dah selamat smpai ke?

Danial bertanya ringkas

Dah. TQ. Awk lak?

Pesanan dihantar.

                                 Saya pun dh smpai. Ok. Take care, bye


                                    Take care, bye.

            Aathifah membalas ringkas. Skrin telefon bimbit dipandang. Pandangannya melewati seketika memori kelmarin di Tesco.

            Aathifah yang masih memegang beg kertas pemberian Danial dengan wajah yang masih terkejut. Usikan Laila menyentaknya.

            “ Dah bagi hadiah mesti la pakwe dia, pe ke benggapnye ko ni, Mira. “

             “ Eh! Bukan la. Kawan jer la. “ Aathifah cuba menyangkal.

            “ Apa yang kawan a.k.a pakwe ko bagi tu, Aathifah? Nak tengok leh? “ Laila yang sudah ada disebelahnya dan menyeluk tangannya ke dalam beg kertas itu hanya dibiarkan.

            “ Auww! Cantiknya baju ni. Mesti mahal ni. Warna coklat, warna kegemaran ko kan Aathifah. Cantik la ala-ala kain songket gitu baju ni. Kalau ko pakai macam perempuan Melayu terakhir gitu. Pandai betul la mamat ni pilih. Betul ker ni korang tak de apa-apa ni? Kalau tak de apa-apa tak kan dia tahu ko suka warna ni. Musykil betul ni! “ Laila cuba menyiasat.

            “ Eh! Ada nota la Aathifah. Nah “ Laila menghulurkan sekeping kertas nota yang berlipat pada Aathifah. Aathifah membuka lipatan itu dan membacanya.



                        Harap awak sudi terima hadiah yang tak seberapa daripada saya

                          sebagai tanda perkenalan kita dan kesudian awak memenuhi

                          permintaan Syed. Sudi-sudikan lah memakainya semasa

                          perkahwinan Syed nanti. Thanks so much.



            “ Pe yang dia tulis “ Laila yang terkenal dengan sikap prihatin terlebih itu cuba menyibuk. Aathifah yang tidak mahu menjawab hanya memberikan kertas berkenaan kepada Laila.

            “ Auch! Bukan orangnye aje hensem, tulisan dia pun hensem. “

            “ Bak sini nak tengok “ Mira pula menyibuk.

            “ Nak tengok, nak tengok “ Kak Yati pula berhimpit di antara ketiga mereka. Masing-masing tersenyum-senyum. Aathifah hanya mengeluh kecil.

            “ Aikk! Orang bagi hadiah pun nak megeluh ker, Cik Aathifah oi? “ Kak Yati kehairanan.

            “ Bukan macam tu, Kak Yati. Saya tak suka dia buat macam ni. Membazirkan duit dia jer “ Aathifah cuba memberi alasan sedangkan dia tidak menyenangi tindakan Danial itu.

            “ Pe salahnya Kak Aathifah. Tengok gayanye macam orang senang jer. Setakat hadiah baju macam ni tak de hal pada dianye. “ Mira menyampuk.

            “ A’ah la Aathifah. Lagipun dia kan nak berkawan dengan ko, untung lekat ko juga yang untung. Bukan senang nak cari yang macam tu, pakej yang lengkap tu. Tapi satu jer dia Cina. “ Laila menambah ‘perisa’. Aathifah malas mengulas, hanya mampu mendengar.

            “ Ala itu senang jer, masuk la Islam, pe susah kan “ Mira pula memberi pendapatnya.

            “ Ingat nak masuk Islam ni boleh sebab-sebab macam tu ke? Sebab nak kawen dengan orang Islam. Niat tu kene betul baru betul caranya “ Kak Yati berhujah. Aathifah tersenyum dengan pengetahuan Kak Yati.

            “ Sudah, sudah, keje. Tu orang dah nak datang bayar “ Kak Yati menyambung. Aathifah hanya menurut begitu juga yang lain. Takut juga perilaku mereka ditegur oleh Kak Hasmah, singa garang, otai kat Tesco ni. Beg kertas yang mengandungi baju kurung itu diletakkan sebelah kaki Aathifah. Mereka meneruskan rutin mereka di kaunter mereka masing-masing . Aathifah rasa begitu penat hari ini. Setelah menerima hadiah daripada Danial, dirasakan dirinya terlebih-lebih lagi penat luar dan dalam. Penat badan dan otak. Aduhai!

            Matanya terlayar pula peristiwanya bersama Aiman dan umi di ruang tamu rumahnya semalam. Memori yang berkait-kaitan.

            Suasana ketika ini sedikit tegang dengan muka marah dan kecewa Aiman dan muka masam Aathifah sementara uminya Puan Aminah yang rawan hatinya melihatkan ketegangan antara keduanya.

            “ Kak Long ni kenapa suka buat macam ni ha? Kenapa Kak Long tak nak terima hadiah ini? Cuba Kak Long cakap, terus terang dengan kitaorang. “ Aiman menunjuk-nunjukkan beg kertas yang ada pada tangan Aiman.

            “ Kak Long tak nak terima sebab tak nak terhutang budi? Seolah-olah dia buat Kak Long rasa macam tak mampu nak belinya. Lagipun baju tu tak padan ngan Kak Long “ Aathifah menghemburkan kesemua jawapan yang dirasakannya pada ketika itu.

            “ Mengarut! Semua tu megarut la Kak Long. Pe yang terhutang budinya? Abang Danial tu bagi sebab dia ikhlas nak bagi jer. Aiman tak pikir dia bagi ni sebab dia rasa Kak Long tak mampu beli. Dah dia nak buat hadiah mesti la dia bagi yang cantik pada dia. Pernah ke Kak Long tengok orang bagi hadiah yang buruk-buruk? Pe yang tak padan lak baju tu? Bukan dulu-dulu Kak Long memang pakai baju-baju macam ni ker? “ Aathifah yang faham dengan sifat Aiman yang hanya akan bersuara jika dirasakan perlu hanya mampu memandang dan mendengar kata-kata adiknya.

            “ Aiman pelahan sikit suara tu. Nanti terjaga Abi kat dalam tu. Bawa la bincang elok-elok, jangan la macam ni “ Puan Aminah cuba menegur lembut

            “ Aiman tahu Aiman tak layak nak cakap macam ni ngan Kak Long tapi Aiman rase ni jer cara Aiman nak sedarkan Kak Long. Aiman nak minta tolong Kak Long. Tolong jangan buat macam ni sebab nak protect famili kita lagi. Sudah-sudah la ngan pe yang Kak Long dah buat untuk kitaorang selama ni. Kitaorang semua dah besar panjang dah boleh jage diri kitaorang. Dah boleh buat keputusan yang wajar. Kitaorang pun dah boleh tolong sama jaga famili kita. Kak Long tak perlu buat semua sendiri, cuba bagi kami tolong sama. Tanggung beban ni sama-sama ngan Kak Long. Jangan seksa diri Kak Long lagi “ Aiman mula mengendur. Setelah Aiman diam seketika, dia kembali menyambung.

            “ Cara Kak Long ni sebenarnya bukan saje menyeksa Kak Long tapi kami semua. Kak Long tahu tak? Sekarang Kak Long dah seksa hati Abang Danial lak. Pernah tak Kak Long pikir semua tu sebelum tindakan ni yang Kak Long ambik? Kak Long tahu tak kata-kata tu lebih tajam menikam dari pedang “ Aathifah cuba menyeka air mata dari mengalir jatuh ke pipinya.

            “ Umi, Aiman keluar kejap “ Aiman yang bingkas bangun menghampiri pintu.

            “ Jangan balik lambat ye Aiman “ Hanya itu yang dapat dipesan oleh Puan Aminah. Demi mendengar deruan bunyi motorsikal Honda CBR 500R berlalu pergi, setitis airmata Aathifah mengalir di pipi kirinya.

            “ Dah la Kak Long, Aiman tu banyak keje kot tadi. Tu yang dia cakap macam tu. Penat la tu. “ Puan Aminah cuba memujuk Aathifah.

            “ Umi… umi betul ker apa yang Aiman cakap? Cara Kak Long menyebabkan umi terase…. Adik-adik semua terase? “ Aathifah mula menyeka airmata yang semakin lebat menitis dengan jari-jemari kirinya, walaupun tanpa bunyi esakan tangisan.

            “ Dah la. Jangan pikir sangat cakap Aiman tu “ Puan Aminah masih berdalih.

            “ Tolong cakap yang betul umi. Umi ada rase macam tu ker? “ Aathifah masih merayu Puan Aminah berkata benar. Puan Aminah mengeluh kecil.

            “ Kami sebenarnya tak nak tengok Kak Long macam ni lagi. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya seksa diri sampai macam ni hanya sebab keadaan kita yang macam ni. Kami tak nak Kak Long tanggung semua ni sorang-sorang lagi. Kita cuba buat semuanya sama. Tak la Kak Long sengsara sampai macam ni. Sanggup berkeadaan macam ni sampai abaikan hati dan perasaan Kak Long sendiri sebab nak bagi kami semua gembira. Kami tetap dan dah cukup gembira walau macam mana sekalipun keadaan kita. Tapi kami tak akan gembira kalau keadaan Kak Long macam ni. “ Puan Aminah mengusap lembut kepala Aathifah yang masih bertudung.

            “ Dah la tu. Jom masuk tido dah lewat malam dah ni. “ Puan Aminah menyambung. Aathifah hanya mengikut langkah uminya dan memasuki biliknya sedangkan Puan Aminah ke biliknya.

            Aathifah menyandarkan tubuhnya pada kepala katil dengan kaki melunjur di atas tilam. Dia masih disitu dengan pakaian tadi. Belum tergerak hatinya untuk membersihkan dirinya. Fikirannya melayang pada pertemuannya bersama Danial yang ditemani adiknya, Aiman sebaik sahaja dia habis kerja pada malam tadi. Setelah memperkenalkan adiknya, Aiman pada Danial dia terus memulakan bicara kerana hari sudah lewat malam.

            Sorry Danial panggil awak jumpa malam-malam ni. Ada benda kita kene settle kan malam ni gak. “ Danial hanya diam mendengar.

            “ Saya nak pulangkan baju ni kat awak. Bukan saya tak sudi tapi saya rasa saya tak layak nak terimanya. Lagipun tak sesuai ngan saya. “ Aathifah bernada tenang dan menolak beg kertas tersebut yang ada di atas meja dihadapannya kepada Danial.

            “ Ha? Saya ikhlas nak bagi awak, Aathifah. Kenapa awak tak nak terima? Jangan risau saya beli ngan duit yang halal. Saya tak pernah berjudi atau dapat projek ngan cara yang salah. Rezeki saya halal la “ Danial tersenyum dengan percubaannya melawak.

            “ Saya tak pikir sampai macam tu pun. Awak jangan salah paham. Bukan tu maksud saya. Tapi memang saya rasa tak layak nak terima. Awak bagi la kat Nur, dia lagi sesuai ngan baju ni “ Nada yang serius Aathifah cuba berikan. Aiman yang hanya mendengar dipandang sekilas oleh Aathifah.

            “ Kalau awak tak sudi, tak pe la. Awak bagi aje la kat Nur. Okey la saya gerak dulu. Jumpe lagi Aiman. “ Danial bangun lalu menghulurkan salamnya pada Aiman. Salamnya disambut Aiman.

            “ A….awak… Danial…. “ Panggilan Aathifah tidak dihiraukan oleh Danial. Aathifah hanya membiarkan Danial berlalu pergi dengan hati yang tidak dapat digambarkannya.

            “ Aiman, jom balik “ Aathifah sudah bangun dan berlalu pergi tanpa mengambil beg kertas tersebut. Lamunan Aathifah terhenti.

            Dia tidak menyangka Aiman sempat juga mengambil beg kertas ini sewaktu pulang tadi. Beg kertas yang kini elok terletak di atas katilnya disebelah sisinya. Dia sendiri tidak pasti masa bila baju ini dibeli oleh Danial. Rasa baju ini adalah baju yang sama dilihatnya di butik tempohari. Butik di mana Danial membeli Baju Melayunya.

            Jiwa Aathifah kini kosong. Tiada apa yang dirasakannya walaupun dengan apa yang telah dilakukannya kepada Danial ataupun dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Aathifah mengambil keputusan membersihkan diri dan ingin menghadap-Nya. Melafazkan isi hatinya dan memohon petunjuk.

            Aathifah kembali tersedar dari lamunannya. Jam dikerling dan segera langkah diatur untuk membersihkan diri supaya dapat segera menunaikan solat Zohor yang semakin lama berlalu.


2 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Oh behitu ceritanya. Alahai Aathifah ni.. Knp sampai hati tolak pemberian Danial. Sedih pulak tukang bagi hadiahnya. Mesti terasa sampai cakap gitu kan. Tapi Danial cool je. Terasa hati pun disembunyikan. Huhu..
Banyak sangat rahsia yg blm tersingkap sehingga ke episod ke 17 ni. Harap sedikit sebanyak dpt terungkap. Dan Aathifah sgt workholic sampai sanggup ketepikan hati dan perasaan dia.

Thanks for the entri. Dah ade blog pasni kita follow cerita ni dlm ni je :) hehe.. nnt update lg. p2u lambat sgtlah entry dia. 2 kali sebulan. =_=

Basyirah Abd Rahman said...

Eh dh keluar ke bukunya?