BAB 10 :
Warna-warni Kehidupan
S
|
eusai Danial
menyerahkan kunci kereta Viva Elite Aathifah kepada Syed, mekanik yang
merangkap sahabatnya bagi menukar tayar kereta tersebut, Danial masuk semula ke
dalam keretanya ingin menjengguk keadaan Aathifah. Aathifah yang dari tadi
banyak mendiamkan diri dan meminta Danial yang berurusan dengan Syed dan dia
hanya menunggu di dalam kereta Danial kerana Aathifah merasakan dirinya kurang
sihat.
“ Awak okey ker Aathifah? “ Aathifah
yang diam membisu dan memejamkan mata dengan wajah yang kemerah-merahan
merisaukan Danial. Danial mengeluarkan sehelai sapu tangan kuning cair dari
poket baju kotnya yang berwarna biru tua yang disangkut pada belakang kerusi
pemanduannya. Sapu tangan itu dibuka lipatannya supaya terbentang luas.
Kemudian sapu tangan itu diletakkan didahi Aathifah dan dengan belakang tapak
tangannya dia merasa dahi Aathifah.
“ Panasnya badan awak, saya hantar
awak gi klinik dulu ye. Mungkin kaki awak ni terseliuh teruk kot. Tadi saya
tengok awak pun payah sangat nak jalan. Nasib baik kita banyak duduk dari
berdiri dalam seminar tu. Kalau tak mungkin awak dah pengsan kat dalam tu. “
Danial berbicara kerisauan seolah-olah Aathifah sedang mendengar berkata-katanya.
Danial dapat melihat Aathifah menganggukkan sedikit kepalanya.
Danial segera
menghampiri semula Syed dan memintanya membawa pulang kereta Viva Elite
Aathifah ke bengkelnya dan akan mengambilnya nanti kerana dia perlu membawa
Aathifah ke klinik. Segera kereta digerakkan meninggalkan kawasan R&R Ulu
Bernam tersebut.
“ Aathifah, kita dah sampai klinik.
Awak boleh bangun tak ni? “ Danial panik bila Aathifah masih tidak membalas
pertanyaannya dan hanya mendiamkan diri.
“ Aathifah, sorry saya terpaksa mencempung awak masuk klinik ni. Awak dah tak boleh
gerak dah ni. “ Pantas tangan sasa Danial mengangkat Aathifah. Aathifah yang
berbadan kecil molek menyenangkan Danial mengangkatnya tanda sebarang
kesukaran. Demi melihatkan keadaan Aathifah yang terpedam tersebut, jururawat
memintanya memasukkan Aathifah ke bilik sebelah dari bilik yang biasa digunakan
oleh pesakit-pesakit yang menunggu giliran.
Danial merauk mukanya berkali-kali gelisah melihat keadaan Aathifah yang
semakin lemah dan tidak sedarkan diri. Jiwanya terasa pedih melihat keadaan
Aathifah seperti itu.
“ Encik boleh daftarkan isteri cik
kat kaunter dulu ye. Nanti doktor dah sedia nak check isteri encik saya panggilkan encik. “ Jururawat berkenaan
bersuara.
“ Okey, thanks. “ Danial yang tidak mahu mengulas banyak tentang perkara
isteri itu hanya membiarkan jururawat itu berfikiran begitu tentang hubungan
mereka. Seketika selepas Danial mendaftar nama Aathifah, jururawat menyuruhnya
masuk berjumpa doktor.
“ Saya sudah check isteri encik, dia demam sikit dan tadi tu dia bukan pengsan
tapi dia tidur. Bengkak pada kakinya pun tak teruk cuma terseliuh sikit sahaja.
Tak pe kita bagi dia tidur sekejap dalam bilik tu. Encik kalau nak tunggu dia
dalam bilik tu pun boleh. Nanti sebelum balik boleh ambil ubat kat kaunter ye.
“ Doktor wanita bernama Zarina menjelaskan.
“ Terima kasih, doktor. Maaf la saya
tak biasa dengan keadaan yang macam tu. Saya ingat dia pengsan tadi. “ Danial
memohon maaf.
“ Tak pe. Perkara macam ni biasa
terjadi. “ Doktor tersebut tersenyum manis.
“ Terima kasih doktor. Saya ke bilik
sebelah dulu. “
Danial kusyuk memerhati Aathifah
yang lena tidur di atas katil tersebut. Wajah bersih Aathifah memang mengamit
damai di hatinya.
‘ Kalaulah awak isteri saya kan
bagus. Boleh selalu aku tatap wajah tidur awak. Boleh saya belai wajah awak.
Eh! Tak boleh macam ni! Baik aku tunggu di luar sahaja. ‘ Danial yang risau
sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukannya kepada Aathifah mula mengambil
keputusan untuk menunggu di luar sahaja.
Dalam perjalanan
pulang, Aathifah yang sudah kembali sedar daripada tidurnya mula berbicara
dengan Danial.
“ Thanks, Danial. Sorry saya
dah menyusahkan awak lagi. Saya langsung tak sedar macam mana saya boleh
tertido tadi. “ Dengan malu Aathifah memohon maaf. Aathifah mengetuk-ngetuk
pelahan kepalanya tanda memprotes tindakannya yang bikin malu satu hayat gitu.
Huhuhu malunya.
‘ Malu, malu. Macam mana boleh tido
mati macam tu sekali. Dah la masa dengan mamat sepet ni, jangan di kepoh dengan
Nur nanti dah la. Malu sepanjang hayat aku ni. Aduhssssss…. ‘ Monolog Aathifah.
“ Tu lah, saya ingat awak dah
pengsan ke apa ke tadi. Ye la dah la badan awak panas sangat, saya panggil pun awak
tak menyahut. Lega giler saya bila doc
tu cakap awak cuma tido dan demam awak tu tak teruk. Kalau tidak jenuh juga
saya nak menjawab dengan mak awak nanti. Dah la bawa anak dara orang sampai ke
KL, buat dia pengsan lak. Tak ke haru jer. “ Danial yang tidak perasan dengan
tindakan Aathifah mengetuk-ngetuk kepalanya terus mengusik.
Semaikn lucu
rasanya mengenali seorang wanita yang bernama Aathifah. Salam beberapa hari
bersama Aathifah dia sudah mengalami warna-warni kehidupan manusia dimuka bumi
ini bersama. Dia ketawa, merajuk, cemburu, bengang, risau, panik, lucu,
membuatnya giat mengusik dan yang paling terkesan ialah rasa berbunga, bahagia
sungguh nikmat yang diberikan walaupun seketika cuma. Kini wujud lagi satu
rasa, rasa tidak mahu ditinggalkan dan meninggalkannya. Alangkah bagus dan
bahagianya sekiranya dia tidak perlu menghantar Aathifah pulang dan sebaliknya
hanya pulang bersama-samanya. Namun siapalah dia untuk berbuat begitu.
“ Okey, thanks sekali lagi Danial sebab tolong saya call mekanik ni dan susah-payah bawa saya ke klinik. Terima kasih
tumpangkan saya dan terima kasih untuk semuanye lah ye. Saya gerak dulu lah.
Nanti lambat sampai umi saya bising lak. “ Aathifah menghadiahkan Danial sebuah
senyuman yang paling manis pada Danial. Dia tidak pernah lihat Aathifah senyum semanis
itu dan ini yang buat hatinya bergelora sehebatnya!
“ Okey, nanti kita jumpe lagi. Awak
dah janji nak jumpe kan. Jangan tak jadi lak nanti “ Kata-kata Danial menyentak
Aathifah.
“ Bila pulak saya kata nak jumpe
awak lagi ni? Saya rase tiada sebab kite kene jumpe lagi lain la kalau terjumpe
ke. “
“ Dah lupe la tu. Tido jer abis
semua dia lupe. Kan awak nak bayar balik duit sewa bilik hotel kat saya jadi
kene la jumpe lagi, kalau tak macam mana nak bayar balik kan. Issh, issh budak
kecik ni. “
“ Budak kecik awak cakap saya. Kalau
saya budak kecik, awak tu giant la
ye? “ Aathifah memulang paku buah keras.
“ Ye la budak kecik. Masa saya
mencempung awak saya rase macam saya angkat budak-budak jer, ringan sangat
badan awak tu, cuba makan banyak sikit supaya berisi sikit baru lagi sedap nak
pegang “ Danial sudah galak mengusik.
“ Tadi awak mencempung saya masuk
klinik ke? “
“ Ye la, abis tu awak ingat macam
mana awak masuk klinik. Itu kan klinik mana ada stracher nak angkut awak and wheelchair dah abis orang guna. Sorry kalau tindakan saya melampau “
Danial yang cuba mengusik tiba-tiba tersedar dengan salah lakunya terhadap
wanita Muslim.
“ Tak pe lah, dah nama lagi emergency kan. Okey la, saya gerak dulu,
thanks ya. Jumpa lagi. “ Lambaian
Aathifah meruntun hati Danial namun pada masa yang sama menyemarakkan gelora
hatinya.
“ Aathifah, esok macam mana? Awak
nak ambil sendiri kereta awak kat bengkel ker awak nak saya tolong hantarkan. “
Danial baru teringat akan kereta Viva Elite Aathifah.
“ A’ah la. Emmm…. Bengkel kawan awak
tu kat mana ye? Esok petang, Insya-Allah saya datang ambil. “ Aathifah
tersenyum manis.
“ Bengkelnya kat Station 18.
Belakang pasaraya Ku tu. Awak tau tak? Kalau tak tahu saya boleh tunjukkan. “
“ Eh! Tak pe. Saya tau tempat tu.
Nanti awak fowardkan nombor phone kawan awak tu. Pe namanya tadi?
Syed kan? Sebelum gi saya call dia dulu. Mana nak tau dia tak de lak esok. “
“ Kalau macam tu okey la. Nanti-
nanti kita berjumpa lagi. Hati-hati jalan tu. Kalau jatuh bangun sendiri ye. “
Danial cuba bergurau.
“ Tau la saya nak bangun nanti. Awak
pun sama. Hati-hati memandu. Jangan sampai terlanggar orang lak. “ Aathifah
turut berpesan kepada Danial. Mereka kemudian tersenyum bersama-sama dengan
usikan masing-masing. Aathifah mula melangkah keluar daripada kereta Danial.
“ Bye Aathifah. Malam nanti saya call awak ye. “ Danial sendiri terkejut
dengan kata-kata yang keluar daripada mulutnya tanpa sedar itu.
“ Ha? Awak cakap pe tadi? “ Aathifah
yang kurang jelas dengan kata-kata akhir Danial mula bertanya untuk kepastian.
Danial mula resah, sama ada ingin mengulanginya ataupun tidak.
“ Bye jumpa lagi nanti. Selamat
malam. “
“ Oh! Bye. Selamat malam. Sweet dream. “ Aathifah mula melambaikan
tangannya. Danial turut membalas lambaian Aathifah. Seketika kemudian Aathifah
memberhentikan lambaiannya apabila dia mula sedar akan ketelanjuran tindakannya
itu.
‘ Astagfirullahalazim. Yang aku gi
lambai tangan kat dia tu buat pe. Apa? Sweet
dream! Apa ucapan yang aku cakap tadi. Aduh! Malunya. Macam mana aku boleh
terlepas cakap macam ni, ni? ‘ Aathifah berkata sendirian sambil tangannya
ligat memukul lembut kepalanya sendiri.
‘ Tapi aku harap dia anggap yang
bukan-bukan dengan kata-kata aku tadi. ‘ Aathifah berbicara sendirian lagi.
Sambil melihat kereta Danial yang semakin jauh bergerak pergi, Aathifah juga
mengorak langkah masuk ke dalam rumahnya.
Danial pula tersenyum keriangan
sendirian di dalam keretanya. Dia tidak menyangka Aathifah akan berkata seperti
itu.
‘ Sweet dream! Adakah maksud
Aathifah semoga aku akan mimpikan mimpi yang indah bersama dengannya malam
nanti? Kata-kata Aathifah yang mungkin membawa maksud itu boleh buat hati
mana-mana lelaki resah ‘ Danial bertambah lebar senyumannya.
‘ Tapi mungkin juga dia sekadar
mengucapkannya tanpa sebarang maksud yang lain. Ye la, semoga mimpi aku indah
setelah penat lelah memandu jauh tadi. ‘ Danial mula menarik semula senyumannya
yang meleret tadi. Danial mula terfikir akan Aathifah dan penantiannya selama
ini. Dia yakin wanita itu adalah gadis yang sama satu masa dahulu. Dia pasti
akan mengorek juga perkara itu satu masa nanti. Danial terasa sedikit lega.
Terlerai sudah
penantiannya selama ini? Penantian yang begitu lama ditanggung olehnya selama
ini. Nyata Aathifah mengalami satu-persatu perubahan yang pelbagai dalam
hidupnya. Perubahan yang secara tidak diduganya dipertunjukkan oleh Tuhan kepadanya.
Perubahan yang menghalangnya dari terus mendekati dan keinginannya memiliki Aathifah
sebelum ini. Kini sinar harapan itu seperti muncul kembali. Namun adakah
benar-benar terlerai sudah penantiannya ini atau dia masih belum boleh memiliki
Aathifah kerana statusnya yang masih kabur lagi. Danial hanya berharap satu
masa nanti perkara yang satu itu dapat dirungkainya juga dan mencari kepastian.
No comments:
Post a Comment