Persediaan Menulis Puisi
Seseorang yang hendak
menulis puisi haruslah pula mempersiapkan dirinya. Dia mestilah banyak
membaca puisi, karya banyak penyair. Dengan ini, secara tidak langsung
dia mempelajari puisi. Dia juga mestilah banyak membaca bahan bacaan
yang lain untuk tujuan memperluas kosa kata dan mendapat idea untuk
menulis puisi. Dia juga mestilah sering menghasilkan puisi sebagai
latihan untuk menimbulkan keterampilan dalam penulisan puisi. Untuk itu,
dia juga mestilah memiliki kesabaran dan bersedia untuk menyendiri.
Semua ini merupakan sebahagian kecil tuntutan yang diperlukan sebagai
persediaan untuk seseorang itu menulis puisi.
Panduan Penulisan Puisi
Puisi yang bermutu
ialah puisi yang mempunyai keseimbangan antara bentuk luaran dengan
bentuk dalamannya. Keseimbangan inilah yang memberi keindahan bahasa dan
keindahan makna pada sesebuah puisi itu. Oleh itu, seseorang yang
hendak menulis puisi mestilah mengambil kira aspek keseimbangan ini.
Bentuk luaran ialah ciri-ciri yang membina sesebuah puisi tersebut. Ciri-ciri ini dapat dilihat. Baris, bunyi, pemilihan kata, bahasa figuratif, kata konkrit, kata abstrak, penyimpangan bahasa, dan tipografi merupakan bentuk luaran puisi.
Struktur dalaman puisi terdiri daripada tema, perasaan, nada atau sikap dan mesej. Tema ialah idea utama yang hendak disampaikan oleh seseorang penyair dalam sesebuah puisi. Antara tema dalam puisi termasuklah keagamaan, kemanusiaan, dan nasionalisme, ekonomi, dan politik. Perasaan ialah suasana perasaan penyair yang diikutsertakan dalam puisi dan dapat dihayati oleh pembaca. Perasaan tersebut mungkin simpati, sedih, benci, marah, kasihan, pasrah, dan sebagainya. Nada ialah sikap penyair penyair terhadap pembaca. Sikap penyair mungkin menggurui, mengejek, menasihati, dan menceritakan sesuatu kepada pembaca. Mesej ialah perkara yang mendorong seseorang penyair itu menulis puisi. Mesej tersirat di sebalik tema yang diungkapkan.

sumber:-
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=874&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1
No comments:
Post a Comment