Salah laku
U
|
mairah yang masih terkejut dengan
perbuatan Saifuddin menggenggam lengannya walaupun berlapik dengan kain baju
kurungnya hanya mengikut gerak langkah Saifuddin yang berjalan laju menuju ke
keretanya yang diparkir berdekatan dengan mereka. Pastinya tempat letak kereta
khas untuknya.
“ Maafkan saya pegang dan bawa cik
masuk ke dalam kereta saya. Saya ada kecemasan dan benar-benar mengharapkan
pertolongan cik ari ni. “ Saifuddin yang sedar akan keterlanjurannya tadi
berkata. Umairah yang malu kerana membiarkan sahaja Saifuddin bertindak
sedemikian rupa tunduk memandang kakinya yang kini berada dalam kereta
Saifuddin. Dia masih lagi terkejut. Dia segera membuka mulut untuk bertanya
bagi menutup rasa malunya itu.
“ Hhaah…. Tapi pe yang boleh saya
tolong encik? “
“ Nanti saya ceritakan. Tapi sebelum
tu tolong pakai tali keledar tu dulu “ Saifuddin mula menegur Umairah.
“ Hhaah? Apa? “ Umairah yang masih
separa sedar dengan segala yang berlaku bertanya seperti tidak memahami butir
bicara Saifuddin. Saifuddin yang ingin cepat mengerakkan keretanya mula menghampiri
Umairah untuk menarik sendiri tali keledar untuk Umairah. Umairah yang terkejut
dengan tindakan Saifuddin yang ingin menghampirinya mula bersuara dengan nada
yang hampir menjerit.
“ Eh! Encik nak buat apa ni? “
Umairah mula menyandarkan dirinya pada dinding pintu kereta BMW 125i M Sport putih tersebut. Ingin menjauhkan
dirinya daripada Saifuddin.
“ Cepat la pakai tali keledar tu.
Saya nak gerak cepat ni. “ Saifuddin kembali menghadap stereng keretanya dan
mula mengerakkan keretanya. Umairah yang mula dapat menangkap apa yang cuba
Saifuddin sampaikan tadi mula menarik sendiri tali keledarnya namun mulutnya
terkumat-kamit menyalahkan dirinya yang tidak mendengar dengan teliti apa yang
diperkatakan oleh Saifuddin sebentar tadi. Setelah agak lama mereka mendiamkan
diri, Saifuddin mula bersuara.
“ Saya nak bawa cik pulang ke rumah
saya. Na… “ Belum sempat dia menghabiskan ayatnya Umairah menyampuk.
“ Ha? Nak buat pe? Encik jangan
bukan-bukan ye. Encik jangan ingat saya ni jenis yang boleh diperlakukan sesuka
hati , ye. Tadi saya masih terkejut tu yang tak buat apa-apa masa encik tarik
lengan saya, okey! “
“ Awak ni suka sangat potong cakap
orang kan. Tau la awak belajar banyak
menggunakan pisau tapi tak kan cakap orang pun awak nak potong juga.
Tadi saya nak cakap, saya nak bawa awak balik rumah saya sebab nak minta awak
tolong pujuk abang saya yang tengah mengamuk. Entah apa yang difikirkannya pun
saya tak tahu sampai sanggup mencederakan mama saya pula. Saya nak minta awak
pujuk dia, tu jer. Yang awak fikir yang bukan-bukan kenapa? Awak ingat saya
jenis yang suka mengambil kesempatan ke atas perempuan ker. Saya ni orang Islam
juga. Tau yang mana patut dan tidak, halal dan haram. “ Saifuddin serius
bersuara tanpa sedar panggilan telah bertukar kepada awak daripada cik.
“ Maaf saya salah lagi. “ Umairah
mengaku dengan kesalahannya tadi.
“ Salah awak juga sebab mula ayat
macam tu. “ Umairah malu sambil pipinya turut merah. Saifuddin yang perasan dengan
perubahan wajah Umairah mula terpegun dengan wajahnya yang putih kemerahan.
Namun dia segera sedar lalu berkata.
“ Abis tu nak cakap macam mana pulak?
“
“ Patutnya awak cakap la; saya nak
minta tolong awak pasal abang saya, tu yang saya nak bawa awak balik ke rumah
saya sekarang. Ha! Kan terhindar dari salah faham. “ Umairah mengajar.
“ Amboi! Sekarang nak jadi guru
bahasa saya pulak. Awak ni ada jer cakapnya ye. “ Saifuddin yang sedikit terasa
dengan kata-kata Umairah mula bersuara.
“ Cakap macam tu pun nak sentap. Okey
la lain kali saya tak buat dan saya akan dengar dengan sehabisnya dahulu
kata-kata awak baru saya sambung cakap pulak. Boleh? “ Umairah mula merendahkan
suaranya. Demi mendengar kata-kata Umairah, hati lelakinya berbunga. Seperti
bangga kerana mempunyai seorang kekasih hati yang mendengar kata. Saifuddin
yang ingin tersenyum mula mematikan senyumannya bila dia terkenangkan abangnya.
***************************************
“ Jangan macam
tu Haq. Haq tak sayang mama dah ker?
Tolong la bagi semula pisau tu kat mama. Mama risau nanti Haq tercederakan diri
sendiri pulak. Mama tau tadi Haq tak sengaja melukakan tangan mama. Haq tak
salah jadi jangan la salahkan diri kamu. Bagi mama ye pisau tu. “ Haniza masih
memujuk anaknya itu tanpa menghiraukan tangannya yang masih lagi mengalirkan
darah. Matanya berlinangan dengan air mata, lambang kasih seorang ibu.
“ Mama, tangan mama masih berdarah
tu. Mari saya balutkan dulu. “ Saifuddin yang baru sampai bersama dengan
Umairah terkejut melihat tangan ibunya yang dipenuhi darah dan darah itu masih lagi
menitik ke lantai.
“ Auntie
Niza? “ Antara dengar dengan tidak Umairah bersuara. Tidak percaya apabila
melihat Haniza berada di situ dan merupakan mama kepada Encik Saifuddin dan
Encik Haq.
Haniza mula memalingkan mukanya
memandang Saifuddin yang berada di pintu bilik Haq. Sebaik melihat wajah
kerisauan Saifuddin, Haniza mula berasa pitam dan badannya lemah. Mujur
Saifuddin sempat menyambutnya daripada rebah ke lantai.
“ Mama! “
“ Auntie!
“ Saifuddin dan Umairah sama-sama bersuara, terkejut dengan keadaan Haniza yang
tiba-tiba itu.
“ Astagfirullahhalazim! “ Mak Mah
pula beristighfar memandangnya. Saiful Haq yang tidak menghiraukan perkara yang
berlaku hanya mendiamkan diri tanpa sedikitpun memalingkan wajahnya daripada
memandang pisau pada tangannya.
“ Awak bawa auntie keluar dulu dan balutkan luka dia. Then terus bawa gi hospital. Auntie
banyak kehilangan darah sebab tu auntie
pitam. Tak pe saya tunggu sini cuba pujuk abang awak. “ Umairah mula
berbicara.
“ Tak pe ke awak kat sini. Saya risau
tinggalkan awak dengan abang. Nanti awak pulak yang jadi mangsa. Saya tak
sanggup kalau apa-apa terjadi kat awak! Eemm….. maksud saya kalau jadi apa-apa
kat awak apa saya nak cakap kat famili awak. “ Saifuddin yang sedar akan
ketelanjuran kata-katanya mula mencari alasan. Namun dia betul-betul keberatan
ingin membuat perkara yang disuruh oleh Umairah.
“ Awak jangan la risau pasal saya.
Nyawa mama awak dalam bahaya tu. Saya ni belum apa-apa lagi, masih dalam
keadaan baik lagi. Nanti tahu la saya nak buat apa. Insya-Allah, Allah akan
tolong saya. Pergi cepat. “ Umairah mula
meninggikan sedikit suaranya.
“ Saifuddin jangan risau, Mak Mah ada
temankan dia. Apa yang dia cakap tu betul. Niza tu dalam keadaan bahaya
sekarang. Insya-Allah semuanya akan baik-baik nanti. “ Mak Mah cuba meyakinkan
Saifuddin.
“ Mak Mah tolong tengokkan Umairah
ye? “ Saifuddin meminta dengan sepenuh hatinya. Mak Mah hanya menganggukkan
kepalanya. Saifuddin mula merangkum mamanya dan turun ke bawah.
Setelah
melihat Saifuddin turun bersama mamanya, Umairah cuba memanggil Saiful Haq
untuk memujuknya.
“ Encik Haq, encik ingatkan saya tak?
Kita pernah jumpa kat hotel encik. Kat tandas, masa sesi temu duga pembantu cef
ari tu. Encik ingat tak? “ Umairah lembut berbicara sambil dia perlahan-lahan
mendekatkan dirinya. Saiful Haq bukan sahaja tidak menghiraukan kata-kata
Umairah bahkan mulutnya terkumat-kamit berbicara perkara yang langsung tidak
dapat didengari dengan jelas oleh Umairah sambil matanya tajam memandang pisau kecil
bagi memotong buah ditangannya.
“ Encik Haq, encik dengar tak apa
yang saya cakapkan ni? “ Umairah meninggikan sedikit suaranya. Mak Mah yang
sedikit terkejut dengan nada suara Umairah yang sedikit kuat mula memalingkan mukanya
memandang Umairah. Mak Mah yang mendapati Umairah yang semakin ingin
mendekatkan diri dengan Haq mula memegang lengan Umairah.
“ Jangan cik, nanti Haq cederakan
cik. Dia tengah pegang pisau tu. “ Mak Mah bersuara kerisauan.
“ Tak pe makcik. Saya nak cuba pujuk
dia. Bahaya kita biarkan dia dengan pisau tu. Lagipun saya pernah handle perkara yang macam ni. “ Umairah
cuba memberitahu.
“ Baiklah, tapi hati-hati. Dia bukan
sedarkan diri dah tu “ Mak Mah masih lagi mengingati.
“ Baiklah, makcik tunggu kat situ ye.
Doakan Encik Haq mahu mendengar pujukan saya. “ Umairah tersenyum kelat.
“ Encik Haq, encik kenalkan saya lagi
tak? “ Umairah kembali bertanya kepada Saiful Haq sambil kakinya melangkah
menghampiri. Kali ini dia meninggikan sedikit suaranya supaya Saiful Haq
kembali ke alam nyata dan mendengar setiap butir bicaranya.
“ Saya Umairah. Kita terserempak masa
kerusi roda encik tersekat kat pintu tandas ari tu. Encik ingat tak? “ Umairah
masih bernada tinggi namun tenang. Saiful Haq mula memalingkan mukanya
memandang Umairah. Demi melihat Saiful Haq mula memandangnya, Umairah berhenti
bergerak dan memaniskan wajahnya memandang Saiful Haq.
“ Hai! Encik Haq. Saya Umairah.
Seronok dapat jumpa semula dengan encik. Nasib baik kali ni bukan dekat depan
tandas lelaki lagi. “ Umairah mengangkat tangannya seperti orang yang ingin
melambai dengan mengerakkan jari-jemarinya sambil melemparkan senyuman yang
paling manis. Dia cuba bergurau. Saiful Haq merenung lama, memandang Umairah
tanpa riak dengan wajahnya yang mula berjambang dan kusut-masai.
“ Tak kan encik dah lupakan saya kot.
Saya ingat saya ni dah cukup cantik sampai boleh buat orang teringat dan
terkenang-kenangkan saya. Rupanya tak. Kiranya saya ni syok sendiri la ye. “
Umairah masih tidak mahu mengalah dengan masih lagi ingin bergurau-senda dengan
Saiful Haq.
“ Tak la awak memang cantik. Bahkan
lagi cantik sekarang. “ Saiful Haq mula bersuara tapi dengan nada serius.
“ Alhamdulillah, encik ingat kat
saya. Ingatkan saya sorang jer yang ingatkan encik. “ Umairah agak lega bila Saiful
Haq sudah mula ingin bercakap dengannya.
“ Kenapa ko ke sini? Ko pun nak perli
aku macam minah sial tu ker? Perempuan semuanya sama. Masa aku berguna semua
nak dekat bila aku tak guna dah pada korang mula korang nak tinggalkan aku! “
Haq kembali bersuara namun kali ini kedengarannya marah sambil memandang semula
kakinya yang lumpuh. Sekali lagi Umairah bergerak mendekatkan dirinya kepada
Haq ketika Haq tidak melihatnya bergerak.
“ Cik Umairah! “ Mak Mah memanggilnya
lembut antara dengar dengan tidak. Umairah memalingkan muka memandang Mak Mah
sambil tangan membuat isyarat menyuruh Mak Mah mendiamkan diri. Kakinya masih
bergerak menghampiri Saiful Haq. Kemudian dia memandang semula Saiful Haq dan
apabila dia memalingkan semula pandangannya kepada Saiful Haq dia mendapati
dirinya begitu hampir dengan Saiful Haq. Dan tanpa dia sempat mengelakkan
dirinya tangan sasa Haq sudah melingkari lehernya dengan tangan kanan yang
memegang pisau itu.
“ Ko nak mati dengan aku tak? Kita
mati sama-sama nak? Aku pun dah mula sukakan ko masa kali pertama kita jumpa
dulu. Ko ni bukan saja cantik dan lemah
lembut tapi baik hati gak. Tak macam girlfriends
aku yang dulu-dulu. Yang paling aku suka ko tak pandang hina kat aku yang
lumpuh ni. “ Sambil ketawa berdekah-dekah Saiful Haq mula merapatkan mukanya
kepada Umairah. Mak Mah tergamam melihat situasi tersebut.
Saat itu Umairah mula mendapati Saiful
Haq memang sudah bukan dirinya yang sebenar. Dia sudah dikuasai oleh hasutan
syaitan yang penuh dengan perasaan marah. Umairah mula mengambil tindakan bagi
mematahkan serangan mengejut Saiful Haq seperti yang dia belajar dalam sesi
mempertahankan diri Taekwondo. Umairah mula memulas ke belakang pergelangan
tangan Haq yang merangkul lehernya, cuba melepaskan dirinya. Pisau yang ada
pada tangan Haq mula terjatuh ke lantai apabila Umairah berbuat demikian kerana
Saiful Haq merasa sakit pada pergelangan tangannya. Dengan pantas Umairah
menyepak keluar pisau yang sudah terjatuh di lantai berkenaan lalu pisau itu
berhenti betul-betul beberapa inci di hadapan kaki Mak Mah.
“ Aduh! “ Saiful Haq mengaduh
kesakitan.
“ Makcik tolong ambikkan pisau tu.
Bawa turun ke dapur. “ Umairah mengarahkan Mak Mah. Tanpa menunggu lebih lama
Mak Mah segera membawa pisau tersebut.
“ Sorry,
Encik Haq. Saya terpaksa buat macam tu kat encik. Sebab encik bukan sahaja
membahayakan nyawa saya tetapi juga nyawa encik. Encik mungkin tak sedar apa
yang encik sedang buat. Encik sedang dipengaruhi oleh sikap amarah encik, lebih
tepat di bawah pengaruh syaitan yang selalu memusuhi manusia dan ingin kita
melakukan kesilapan seperti ini. “ Umairah cuba menerangkan kepada Saiful Haq
sambil tangannya mula melepaskan tangan Saiful Haq dan menjarakkan sedikit
dirinya daripada Saiful Haq. Saiful Haq hanya mendiamkan diri mendengar
kata-kata Umairah sambil tangannya mengusap-ngusap pergelangannya yang
kesakitan.
Umairah
yang melihat tindakan tersebut hanya mendiamkan diri. Memberi sedikit ruang dan
waktu Saiful Haq berfikir. Saiful Haq mula mengalirkan air matanya tanpa
sebarang bunyi. Demi melihatkan Saiful Haq mengalirkan air matanya, Umairah
segera keluar daripada bilik tersebut dan turun mendapatkan Mak Mah yang berada
di dapur.
“ Makcik boleh tolong ambikkan saya disposable latex examination
glove, sarung tangan getah pakai buang tu, sapu tangan dengan ais batu. Saya nak tuam tangan Encik
Haq. Mungkin kuat sangat saya pulas pergelangan tangan Encik Haq tadi kot. “
Umairah meminta sambil tersenyum dengan kata-katanya.
“ Panggil Mak Mah jer. Nanti Mak Mah
ambilkan. Cik ni pandai karate ker? Nasib baik tadi cik tak apa-apa kalau tak
tak tahu macam mana saya nak menjawab dengan Saifuddin. “ Mak Mah kelegaan.
“ Tak pandai sangat tapi boleh la Mak
Mah. Saya ada belajar Taekwondo dulu tu yang tahu juga la sikit-sikit. Mak Mah
panggil saya Umairah jer sudah. Tak payah bercik-cik. “ Umairah tersenyum
memandang Mak Mah. Kemudian dia terpandangkan makanan yang berada dalam dulang
atas meja yang baru dia duduk tersebut.
“ Ni makanan Encik Haq ker? Dia belum
makan lagi ker? “ Umairah ingin tahu.
“ A’ah makanan Haq. Tadi dia kata dia
tak de selera dan cuma nak makan buah. Tu yang Niza, maksud Mak Mah Puan Niza
bawakan dia buah. Patut la tadi dia menjerit-jerit memanggil mamanya sebelum
sempat Niza nak potong dan kupas kulit buah-buah tu. Rupa-rupanya saja dia
cakap macam tu sebab nak kan pisau tu. Nasib baik sekarang dah dapat balik. “
Mak Mah yang sudah mendapatkan bahan-bahan yang dikehendaki oleh Umairah mula menghampiri
Umairah bersama-sama barangan tersebut.
“ Kalau macam tu Mak Mah tolong panaskan
makanan ni semula, nanti boleh saya tolong pujuk Encik Saiful Haq makan. “ Mak
Mah yang terharu dengan kata-kata Umairah hanya terdiam menganggukkan
kepalanya. Umairah tersenyum kemudian membawa bahan-bahan tersebut ke atas
semula. Air mata tua Mak Mah mula mengalir, sedikit terharu dengan tindakan
Umairah.
“ Syukur, Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah
kerana Engkau telah mengurniakan seorang penyelamat kepada keluarga ini. “ Mak
Mah bersyukur sambil menadahkan tangannya.
Sekembalinya
Umairah ke bilik Saiful Haq, dia mendapati Saiful Haq sudah tidak menangis
lagi. Dia tersenyum lega melihat Saiful Haq.
“ Encik Haq, saya ada bawa ais batu
ni. Maih saya tuamkan tangan encik yang sakit tu. Sorry, saya terover lak
tadi. Mesti sakit tangan encik tu. “ Umairah tersenyum memandang Saiful Haq.
Demi mendengar suara Umairah, Haq mula bersuara.
“ Awak tak balik lagi. Saya ingat
awak dah balik dan tinggalkan saya sendirian. “
“ Tak kan la saya nak biarkan encik
kesorangan menahan sakit kat situ. Saya yang menyebabkan tangan encik sakit
jadi saya kenalah tolong pulihkan. Tak macam tu ker? Hulurkan tangan encik tu. Biar
saya tuam dengan ais ni biar cepat surut. “ Umairah meminta sambil menadah
tangannya yang sudah memakai disposable latex examination glove. Tanpa banyak tanya Haq memberikan tangannya kepada
Umairah.
“ Haq. “ Saiful Haq bersuara.
“ Hheem? “ Umairah yang tidak
mengerti dengan kata-kata Haq mula bertanya dengan membuat bunyi sahaja.
“ Haq. Panggil saya Haq jer. Tak
payah nak berencik-encik. “ Haq memberitahu. Umairah yang mendengar tersenyum
sambil meneruskan kerjanya menuam tangan Haq dengan ais batu yang dibungkus di
dalam sapu tangan.
“ Okey! Kalau macam tu Haq pun
panggil saya Umairah, boleh? “ Umairah memandang tepat ke anak mata Haq. Haq
pula memandang wajah Umairah dan jatuh pada anak mata Umairah.
“ Maafkan salah laku saya ke atas
awak tadi. Saya pun tak tahu kenapa saya buat macam tu dekat awak. Nasib baik
awak pandai karate kalau tidak mungkin awak pun luka macam mama saya. Dulu pun
saya pernah lukakan Din. Saya ni memang tak guna. “ Sayu Haq berbicara.
“ Tak baik awak cakap macam tu. Awak
kan tak sengaja tadi. Tiada siapa yang menyalahkan awak. Tapi kalau awak
menyesal, saya harap awak tak buat lagi macam tu, boleh? “ Umairah meminta
sambil memandang Saiful Haq dengan senyuman manis. Saiful Haq hanya mengangguk
lemah sambil matanya memandang lama mata Umairah. Umairah yang perasan dengan
renungan Saiful Haq pada matanya mula mengalihkan pandangannya kepada tangan Saiful
Haq.
“ Cantik mata awak dengan kanta lekap
warna biru tu. Kenapa awak pakainya? Awak ada temu janji ker tadi? “ Hati Saiful
Haq meluap-luap ingin mengetahui apabila melihat Umairah cantik bergaya hari
itu. Lain benar penampilannya berbanding tempoh hari.
“ Saya bukan ada temu janji tapi temu
duga hari ni. Temu duga dengan adik awak la, Encik Saifuddin. “ Umairah cuba
menjawab pertanyaan walaupun masih ada yang diselindung.
“
Oh! Macam tu. Tapi kenapa Din temu duga awak lagi? Ke dia saje nak jumpa
awak? “ Saiful Haq mula tidak sedap hati.
“ Hheem! Betul la. Temu duga pasal
kerja lain yang di nak tawarkan pada saya. Mungkin saya tak layak untuk jawatan
hari tu kot. Dia cuma tunggu kata putus dari saya jer lagi. “
“ Kenapa nak tunggu kata putus dari
awak lak? Awak tak setuju ker dengan kerja yang ditawarkan? Kerja pe yang dia
tawarkan? Ke awak ada dapat tawaran yang lain kat tempat lain? “ Saiful Haq
cemas bertanya. Umairah sedikit pelik dengan kecemasan Saiful Haq.
“ Tak la. Dia tak mahu saya buat
keputusan yang terburu-buru. Saya pun kena fikir baik-baik dulu, mungkin buat
solat istikharah dulu. Kita kena selalu ingat kepada-Nya terutama hal-hal yang
melibatkan masa akan datang. Minta petunjuknya adalah yang terbaik. “ Umairah
tidak mahu memberitahu perkara sebenar takut Saiful Haq akan terlalu mengharap.
Dia kemudiannya tersenyum memandang Saiful Haq.
“ Boleh tak awak jangan senyum
selalu. Cair hati saya ni. “ Saiful Haq merenung tepat wajah Umairah saat
menuturkan kata-kata itu.
‘ Eh! Dia ni memang straight forward betul la. Buat aku
pulak yang malu. ‘ Umairah berbicara sendirian. Namun Umairah diselamatkan oleh
Mak Mah yang datang membawa makanan untuk Saiful Haq.
“ Ha! Mak Mah bagitahu tadi awak
belum makan dari tadi, so saya minta
Mak Mah tolong panaskan semula makanan tadi. Boleh la awak makan. “ Umairah
berbicara serius. Haq hanya memandang seketika dulang yang berisi makanan yang
dibawa oleh Mak Mah.
“ Kenapa? Awak tak suka ker? Nak
makan makanan yang lain ker? Ker awak nak makan nasi, ye la sekarang ni dah dekat
masuk waktu makan tengah hari? “ Umairah bertanya dengan mengerutkan dahinya
apabila mendapati Saiful Haq seperti tidak suka.
“ Kalau Haq nak makan nasi nanti Mak
Mah masakkan yang lain. “ Mak Mah pula menyampuk.
“ Tak pe Mak Mah. Makanan tu pun
boleh, terima kasih Mak Mah. “ Saiful Haq berbicara. Umairah yang masih tidak
mengerti keengganan Saiful Haq menyentuh makanan tersebut mula bersuara lagi.
“ Kenapa awak tak nak makan lagi? Tak
elok biarkan perut tu kosong, nanti masuk angin awak juga yang susah. Makan ye.
“
“ Boleh tak awak tolong suapkan saya.
Tangan saya kan sakit ni. “ Haq cuba memberi alasan yang tidak munasabah.
“ Amboi! Mengada-ngadanya. Nasib baik
awak sakit. Kalau tak jangan harap saya nak suapkan. “ Umairah cuba mengusik Saiful
Haq sambil tersenyum. Saiful Haq gembira dengan kesudian Umairah itu. Hatinya
berbunga riang. Umairah segera menyuapkan bihun goreng kepadanya. Mak Mah pula
geli hati dengan gelagat mereka. Kemudian Mak Mah segera melangkah keluar untuk
meneruskan kerja untuk memasak makanan tengah hari. Semasa dia hendak turun
tangga, dia terpandangkan Saifuddin yang merangkul Haniza yang sedang lena.
Mungkin keletihan.
“ Pe kata doktor tadi Saifuddin?
Kenapa cepat sangat pulangnya? “ Mak Mah bertanya.
“ Mama risau tinggalkan Umairah
lama-lama dengan abang. Takut abang buat apa-apa dengan Umairah. Tu yang mama
ajak gi klinik yang terdekat jer. Cepat la sudahnya. Doktor berikan mama tiga
jahitan dan sedikit darah dipindahkan masuk ke dalam badan mama. Mama tertidur
masa nak pulang tadi “ Saifuddin menerangkan.
“ Din berikan darah Din ya? “ Mak Mah
yang turut melihat ada kapas pada lengan Saifuddin bertanya, inginkan
kepastian.
“ A’ah. Sikit aje tak banyak pun yang
mama perlukan. Din hantarkan mama masuk bilik dulu ya. Oh! Ya, abang macam
mana? “
“ Dah ok dah. Tengah makan tu. Gi la
lekas hantar mama kamu tu ke atas . Nanti kamu pulak yang sakit tangan, ye la
kamu pun baru lepas dermakan darah kamu kan. “ Mak Mah mengusap lembut bahu
Saifuddin yang masih lagi berkemeja.
“ Baiklah Mak Mah. Nanti Mak Mah
tolong sediakan makan tengah hari ya. Saya nak jemput Umairah makan kat sini. “
“ Baiklah, Mak Mah nak turun sediakan
la ni. “ Mak Mah segera meniti anak tangga turun ke dapur.
“ Terima kasih, Mak Mah. “ Sempat
lagi Saifuddin mengucapkan terima kasihnya. Mak Mah hanya menganggukkan
kepalanya.
Setelah
Saifuddin menghantar mamanya baring di atas tilam bilik mamanya dia pun keluar
untuk melihat keadaan Saiful Haq dengan Umairah. Hatinya sedikit membara
tatkala melihat adengan suap-menyuap makanan Umairah kepada abangnya. Tambah
menyakitkan hatinya apabila kedua-duanya tersenyum antara satu sama lain.
Seperti pasangan yang sedang bahagia menjalani kehidupan berumah tangga. Segera
Saifuddin menyembunyikan dirinya di balik dinding bersebelahan pintu. Saifuddin
mula memegang dadanya yang terasa pedih. Tanpa mengganggu mereka, Saifuddin
mula bergerak melangkah masuk ke biliknya. Cuba ingin menenteramkan dirinya
sebelum mengajak Umairah makan tengah hari bersama-sama dengannya. Kepalanya
semakin berat.
“ Saifuddin, mari turun makan. Mak
Mah dah siap sediakan makanan. Nanti sejuk tak sedap pulak “ Mak Mah yang sudah
siap menyediakan makanan tengah hari mula mengetuk dan memanggil Saifuddin.
Namun Saifuddin tidak menjawab. Lantas Mak Mah mencuba lagi.
“ Saifuddin, dengar tak apa yang Mak
Mah cakapkan ni? Kamu tidur ke? Makanan Mak Mah dah sediakan. “
“ Kenapa Mak Mah? Saifuddin dah balik
ker? “ Umairah yang selesai menyuapkan makanan kepada Saiful Haq mula keluar
apabila mendapati suara Mak Mah memekik memanggil Saifuddin.
“ Dah lama gak dia balik tadi. Dia
tak gi jenguk Haq ker tadi? “ Mak Mah pula bertanya.
“ Tak de pulak. Mungkin dia letih
sangat kot, tu yang masuk dalam bilik tidur sekejab. Haq pun dah tidur tu, jadi
saya ingat saya nak balik la Mak Mah. Nanti esok saya akan jenguk dia lagi ye.
“ Umairah yang ingin pulang, memberitahu.
“ Eh! Makan la dulu. Tadi Saifuddin
dah pesan kat Mak Mah suruh masak lebih sebab nak ajak Umairah makan sekali.
Budak ni pun satu dari tadi Mak Mah kejutkan tak bangun-bangun lak. “ Mak Mah
cuba menghalang Umairah. Seketika loceng rumah berbunyi dibawah. Mak Mah dan
Umairah saling berpandangan.
“ Sape pulak yang datang tu? Maih
sini dulang tu biar Mak Mah yang bawa. Kamu tolong kejutkan Saifuddin kalau dia
tak menyahut juga kamu masuk jer ke dalam kejutkan dia. Dia tu ada gastrik kene jaga makannya
kalau tidak melarat pula. Mak Mah turun tengok sape yang datang tu. “ Mak Mah
meminta. Kemudian dia turun dengan pantas mendapatkan orang yang menanti di
bawah.
“ Hhaah! “ Umairah yang tidak
meyangka dengan permintaan Mak Mah mula tergamam tidak tahu ingin berkata apa.
Dengan perasaan sedikit kekok, Umairah mula mengetuk pintu bilik Saifuddin.
‘ Tuk…ttukk… ‘
“ Saifuddin, Mak Mah panggil turun
makan. Makanan dah siap katanya. “ Umairah menanti jawapan daripada Saifuddin.
Masih sunyi tiada berbunyi.
‘ Ttukk… ttukk… ‘ Umairah mengetuk
lagi.
“ Saifuddin, turun makan. Awak tidur
ker? “ Umairah menunggu seketika lagi. Namun masih sama. Sunyi tiada jawapan.
“ Umairah tak bangun lagi ker
Saifuddin tu? Kamu masuk jer ke dalam kejutkan dia. Dia tak dengar la tu. Mak
Mah nak siapkan air ni kejab. “ Mak Mah mula bersuara dari bawah setelah
menerima bungkusan yang dibawa oleh posmen untuk Saiful Haq tadi.
‘ Alamak! Tak kan nak masuk bilik dia
juga. Aduh! Segannya. Yang mamat ni pun satu. Kenapa tidur mati ni? ‘ Umairah
berbicara sendirian. Demi mendengar kata-kata Mak Mah, dia terus membuka pintu
nak menapak masuk ke dalam bilik Saifuddin. Biliknya agak kemas jika hendak
dibandingkan dengan bilik Saiful Haq. Walaupun perabot yang ada hanya sederhana
dan simple jika dibandingkan dengan pilihan perabo
Saiful Haq yang lebih elegant namun
perabot Saifuddin masih lagi menarik hati. Umairah melangkah menghampiri
Saifuddin yang lena tidur di atas katilnya. Umairah sempat memandang lengannya
yang masih ada kapas yang menutup kesan cucukan jarum.
‘ Agaknya dia dermakan darahnya untuk
auntie. Mungkin sebab tu dia letih.
Ye la kena angkat auntie lagi tadi.
Tertidur lena la ni. Apa yang aku melalut ni? Baik aku cepat kejutkan dia,
nanti tertunggu-tunggu lak Mak Mah. ‘ Umairah cuba mengingatkan diri tujuan
sebenar dia masuk ke dalam bilik tersebut.
“ Saifuddin, bangun la. Mak Mah dah
sediakan makanan tengah hari. Tadi awak kata nak makan tengah hari ngan saya
kan. Cepat la bangun saya dah lapar ni. Berapa lama lagi awak nak saya tunggu
baru kita dapat makan ni. “ Umairah tersenyum mendengar kata-katanya yang
sengaja ingin mengancam Saifuddin. Saifuddin hanya mengerakkan bola mata tanpa
membukanya.
“ Saifuddin, cepat la bangun. Nanti
awak gastrik lak kalau lambat makan. Awak juga yang susah nanti. “ Umairah
memanggil lagi.
Seperti tadi Umairah nampak bola mata
Saifuddin bergerak-gerak namun kelopak matanya masih tertutup rapat. Umairah
tanpa sedar mendekatkan wajahnya ke wajah Saifuddin untuk melihat seraut wajah
tampan Saifuddin. Ketika itu juga Saifuddin membuka matanya dan Umairah yang
terkejut dengan tindakan Saifuddin tersentak lalu memalingkan badannya untuk
beredar dari situ. Dia kalut namun tanpa diduga dia tersadung dengan karpet
yang ada di sisi katil tersebut.
Tangan sasa Saifuddin pantas menahan
badan Umairah dari jatuh ke lantai. Dengan bantuan Saifuddin itu Umairah tidak
jatuh ke lantai. Kemudian dia terduduk bersimpuh setelah dia dapat
mengimbangkan dirinya itu. Dia duduk bersimpuh dengan membelangkangkan
Saifuddin dengan perasaan terkejutnya. Di luar kesedaran Saifuddin, dia mula
merangkul bahu Umairah dari belakang seperti tidak mahu melepaskannya kepada
orang lain. Hanya kebisuan yang ada pada mereka ketika ini seolah merelakan
pelukan yang berlaku. Umairah yang terdorong untuk terduduk di tepi katil Saifuddin
hanya terdiam seperti telah dipukau. Saifuddin juga sudah terduduk di hujung
katilnya manakala tangannya memeluk kemas bahu Umairah membelakangkannya. Masing-masing
terpaku dengan situasi itu.
No comments:
Post a Comment