BAB 8 : Tempuran
Cemburu
P
|
andangan mata
Danial dan Qa’id bertaut antara satu sama lain membawa maksud yang sama. Masing-masing
dapat merasakan mereka kini adalah musuh. Musuh dalam merebut dan memikat hati
Aathifah. Kesukaran memujuk dan memiliki hati Aathifah nyata lebih ketara dan
mencabar dengan munculnya musuh yang tidak kurang hebat itu. Aathifah yang
berada di hadapan mereka tidak perasan akan pandangan mata mereka yang
mengandungi maksud tersirat itu. Dia sebaliknya hanya leka menikmati makanan
yang berada di hadapannya.
Danial
memesan Ketam Masak “Sos Special”,
Sotong Goreng Tepung, Kangkung Tumis Belacan dan Siakap Tiga Rasa seperti yang
dijanjikannya yang dia akan belanja mereka makan malam itu. Namun atas saranan
Aathifah, set makanan malam itu hanya dipesan untuk dua orang dan cuma nasi
ditambah lagi satu pinggan. Aathifah tidak mahu membazir kerana lauk yang
dipesan agak banyak dan risau tidak habis dimakan semuanya oleh mereka.
“ Aathifah nak isi ketam ni saya dah
keluarkan tuk awak “ Danial menghulurkan isi ketam yang hampir lima sudu besar
banyaknya dan memasukkannya ke dalam pinggan Aathifah “
“ Terima kasih, awak pun makan la
sikit tak payah bagi semua kat saya. Penat awak kupas. Nah rase ikan siakap ni
sedap sangat macam masakan umi saya “ Aathifah dengan senyuman menghulurkannya
kepada Danial. Danial yang tidak menyangka dengan tindakan balas Aathifah terhadapnya
tersenyum kemenangan kepada Qa’id.
“ Aathifah suka kangkung tumis
belacan ni kan. Sotong goreng tepung ni pun kan. “ Qa’id pula tidak mahu
mengalah. Dan dia mempunyai kelebihan kerana pernah mengenali Aathifah dan
mengetahui serba sedikit kesukaan Aathifah.
“ Abang ingat lagi ye pe yang
Aathifah suka. Nah ikan siakap ni cuba rasa sama tak macam masakan umi
Aathifah? “ Dengan wajah tersenggih Aathifah menunggu jawab balas Qa’id sambil
memandang tepat wajah Qa’id yang sudah menyimpan sedikit janggut yang kemas.
“ Tak la, rase macam yang Aathifah
masak adalah. Rindu lak nak makan makanan masakan Aathifah. Bila agaknya abang
boleh rasa? Minggu depan boleh? Aathifah tau kan abang nak datang minggu depan?
“ Danial tersentak mendengar pernyataan Qa’id. Tersedak Danial dan Aathifah.
Danial dengan sepantas kilat menghulurkan air kosongnya kepada Aathifah tanpa
dia sedari yang itu airnya. Setelah minum seteguk dua, Aathifah pula
menghulurkan semula air kosong itu kepada
Danial apabila Danial masih terbatuk-batuk kesedakan. Danial tersentak
dengan perbuatan Aathifah itu. Dia tidak menyangka Aathifah sanggup berkongsi
minuman dengannya apabila menyedari itu adalah airnya.
Qa’id hanya memandang tingkah laku
kedua-dua insan di kiri dan kanannya itu kerana mereka duduk di meja bulat yang
boleh memuatkan empat orang. Pada mulanya niat Qa’id menyatakan akan
kunjungannya ke rumah Aathifah hanyalah untuk menyakitkan hati Danial namun
tindakan bersahaja mereka berdua minum air dari gelas yang sama menyebabkan
hati Qa’id sendiri yang lebih terbakar. Hatinya mula tidak sedap seolah-olah
hubungan mereka lebih intim dari jangkaannya.
“ Jadi ye abang nak datang melawat
abi. Abang nak makan pe nanti, Insya-Allah Aathifah akan bagitahu umi masakan
untuk abang. Siapa lagi yang nak datang. “ Aathifah seolah-olah cuba
memberitahu Danial sebab kedatangan Qa’id agar Danial tidak salah faham dengan
kata-kata Qa’id sebentar tadi. Danial
yang sedikit tersinggung dengan kata-kata Qa’id hanya mengambil tindakan
mendiamkan diri dan hanya mendengar perbualan mereka. Dia tidak mahu
menambahkan lagi sakit hatinya.
“ Insya-Allah jadi. Dah lama tak
jenguk abi and umi. Rindu nak
sembang-sembang dengan diaorang dan tanya khabar. Adik-adik semua macamana?
Mesti semua cantik-cantik macam kakak diaorang yang sorang ni gak “ Qa’id
sengaja meneruskan perbualan kerana tidak mahu Danial mencelah lagi supaya
situasi ketika itu lebih kepada dia dan Aathifah dan bukannya Danial dan
Aathifah seperti tadi.
‘ Oh ko suka makan ikan siakap kan,
biar aku yang abiskan. Biar padan dengan muka ko. Aku tengok ko tak makan
sangat sotong dan ketam. Biar lantak ko! Jadi la ko kambing makan kangkung tu jer. Baru puas sikit hati aku. Nak sembang
sorang-sorang dengan Aathifah jer kan tak nak bagi aku chan sembang. Eh! Banyak sangat la pulak ikan ni. Taruh kat dalam
pinggan Aathifah sikit la. ‘ Danial bermonoloq sendirian sambil tangan laju
menjalankan ‘ projeknya’.
Aathifah yang tidak perasan dengan ‘
projek ‘ Danial, hanya makan isi ikan siakap dengan nasi dan makanan yang lain.
Mana hendak perasan mata masih di muka Qa’id sementara tangan menyuapkan apa
sahaja makanan yang ada dalam pinggan. Hanya sesekali mata akan memandang
makanan di dalam pinggan dan memandang Danial. Risau juga Danial terasa kerana
dia dapat merasakan Danial sudah tidak banyak berbicara dan hanya menumpukan
perhatian pada makanannya. Aathifah perasan yang mata Qa’id pula masih
memandangnya tanpa menjamu selera. Dia malas hendak berkata apa-apa pada Qa’id
dan hanya membiarkan sahaja. Aathifah masih meneruskan suapannya dan sesekali
mambalas pertanyaan Qa’id.
“ Aathirah sekarang final year medic kat UM, Adlina pula study
Architecture with Honours kat UTM . Aiman, abang ingatkan ‘Aiman tak kisah
‘ yang selalu abg panggil tu, dia lak dah keje kat Lumut Power Plant.“
“ Oh sorang nak jadi doktor supaya
dapat menjaga abi dan umi. Sorang nak kembangkan business abi. ‘ Aiman tak kisah ‘ pula yang lari sikit cabangnya.
Tapi tak pe, bawah syarikat yang agak stabil juga tu. Bagus, semuanya bagus . Tapi
Abang dapat rasakan tugas Aathifah yang paling berat. Aathifah sekarang jaga
semua ye, jaga kebajikan famili semua. Aathifah memang seorang yang hebat.
Sejak dari dulu lagi abang dah tahu.“ Aathifah melihat senyuman yang bermakna Qa’id
lemparkan namun kini Aathifah yakin Qa’id sudah telah mengetahui tentang
masalah dia dan keluarganya daripada kata-kata Qa’id tadi.
“ Aathifah makan la nanti sejuk tak
sedap lak “ Danial yang tidak mampu menahan kemesraan Qa’id dan Aathifah mula
bersuara dengan nada yang ditahan-tahan supaya tidak canggung pada pendengaran
mereka, seolah-olah dia sedang menahan api cemburu.
“ A’ah la abang, kita asyik sembang
tak ingat nak makan. Makan la abang. “ Tanpa mengangkat lebih lama wajahnya
memandang Qa’id, Aathifah terus sahaja membawa wajah memandang pinggan dan isi
di dalamnya. Suapan diteruskan dan kini hanya meratah segala lauk yang ada.
Bila didengari Qa’id sudah menyedut minumannya, Aathifah mengangkat kepala
memandang pinggan Qa’id.
‘ Aaik, nasi ada lagi kenapa abang
Qa’id ni tak abiskan ‘ Mata dikalihkan pula pada hidangan di hadapan. Lauk ikan
siakap telah habis licin tinggal kankung dan sedikit sotong dan ketam.
“ Eh! Dah abis ker ikan. Banyak
sangat Aathifah ambik ikan ni kot. Nah abang ambik la sikit makan. Abang kan
tak makan sangat lauk-lauk lain. Tak baik membazirkan nasi tu. “ Segera
Aathifah menghulurkan ikan pada pinggan Qa’id. Dia pun memasukkan sedikit sayur
kankung. Danial terkejut lagi dengan tindakan Aathifah dan Qa’id tersenyum kemenangan.
Bagi membakarkan
lagi perasaan Danial, Qa’id dengan selamba meminum air jus epal hijau Aathifah
kerana airnya sudah habis diteguknya. Danial yang tidak mahu menggalah pula
menghulurkan air jus orennya pada Aathifah bila diperhatiakan Aathifah sudah
selesai makan dan Aathifah yang tidak perasan dengan tindakannya hanya
menyambut huluran Danial. Tindakan yang biasa dilakukannya bila keluar makan
bersama Zatunnur dan adik-adiknya.
“ Biar saya bayarlah “ Qa’id
mencelah sambil bergeseran bahu dengan Danial supaya dia dapat mendahului
Danial.
“ Eh! Tak pe la, memang saya
yang nak belanja tadi “ Danial pula cuba
bergerak pantas ke hadapan.
“ Adik kira ye “ Akhirnya Aathifah
yang membayar apabila Danial dan Qa’id masih lagi berlaga-laga bahu di hadapan
kaunter. Tercenggang Danial dan Qa’id dengan tindakan Aathifah. Aathifah pula
hanya tersenyum.
“ Tak pe kali ni Aathifah yang
belanja. Bukan senang Aathifah nak belanja seorang abang yang dah lama tak
jumpe dan seorang sahabat yang baru dikenali. Entah bila dapat belanja lagi
jadi hari ni biar Aathifah yang belanja. Okey “ Kenyitan mata diberikan kepada
kedua-duanya.
Masing-masing bergerak pulang ke
destinasi masing-masing. Permintaan Qa’id untuk menghantar Aathifah pulang
ditolak baik oleh Aathifah dengan alasan tidak sehajuan. Qa’id yang perasan
dengan wajah kepenatan Aathifah tidak membantah banyak penolakan Aathifah dan
segera berlalu pergi. Dalam perjalanan pulang Danial mengambil kesempatan
berbual-bual dengan Aathifah.
“ Saya tengok awak dengan Qa’id tu
rapat ye. Macam adik-beradik “ Soalan ditanya sebaik mungkin agar tidak
menunjukkan reaksi cemburu.
“ Ye ke, biasa aje. Mungkin sebab
saya dah kenal lama abang Qa’id tu. Dari
kecil lagi kami ni dah jadi teman sepermainan. Awak pula saya baru kenal jadi
tak la mesra sangat lagipun awak ni pangkat bos-bos. Saya pula pangkat pekerja
jadi tak leh la nak lebih-lebih kot. Nanti kalau terserempak dengan kenalan
awak mesti susah awak nak terangkan pulak. “
“ Jangan la anggap saya macam tu
sekali. Ada apa dengan pangkat semua ni. Saya ni orang biasa-biasa gak, cuma
ada rezeki yang terlebih jer. So awak keje kat ner sebenarnya? Jawatan pe? “
“ Kenapa nak tau? Awak nak bagi
jawatan yang lebih tinggi ker kalau saya keje kat tempat awak? “
“ Why not, kalau awak layak saya tak kisah bagi jawatan kat awak.
Tadi saya dengar adik-adik awak pun belajar kos
yang hebat-hebat dan keje yang hebat-hebat. Rasenya awak pun mesti hebat gak
ni. Pe salah saya ambik orang hebat macam awak kerje dengan saya kan. Awak sudi
ker kerja dengan saya?“ Danial agak
gembira sekiranya itu betul-betul terjadi.
“ Tak la saya sayang keje saya
sekarang. Saje nak mengusik awak. So berapa lama dah business awak tu? Nur dah keje tiga tahun kat sana, so dah lebih tiga tahun la ye syarikat tu?
“ Aathifah melarikan diri dari ditanya lebih lagi berkenaan dirinya.
“ Tak la baru tiga tahun la. Masa
Nur kerja tu syarikat saya baru beberapa bulan ditubuhkan. Mulanya saya uruskan
sendiri dulu buat sikit-sikit, bila dah stabil baru saya ambil setiausaha dan
tambah pekerja lagi. Syarikat saya kecik jer jadi tak pakai banyak sangat
pekerja cuma sekarang dah banyak projek sikit tu yang cadang nak offer Aathifah. Tapi dah orang tak sudi
nak buat macam mana kan. “ Danial cuba buat nada merajuknya lagi.
“ Bukan saya tak sudi la, tapi saya
ada terhutang bu….budi, ye terhutang budi sikit dengan syarikat tu. Tapi saya
risau gak kalau saya masuk keje dengan awak, projek dah tak banyak masuk. Bak
kata orang rezeki terhalang. “ Jawapan yang terbaik dirasakannya pada
waktu-waktu begitu.
“ Eh! Kenapa cakap macam tu?
Syarikat awak dah tak dapat banyak projek ker sekarang ni? Ade pulak cakap macam
tu? Rezeki tu semua kan datang dari Allah. Kita hanya merancang dan berusaha
Allah yang menentukan segala-galanya. Saya tak suka awak merendahkan diri awak
sampai macam tu sekali. “ Danial kini sedar sikap Aathifah yang suka merendah
diri. Danial kemudian menyambung.
“ Lagipun awak
tak ingat ker offer dari Mr. Mark and Mr Kim siang tadi. Saya tak rase pun
awak ni pembawa malang ke ape, pembawa rezeki ada la tadi. Kalau awak ni staf
saya, malam ni juga saya discuss dengan
awak cadangan dape tu. Tapi memandangkan kita dari syarikat yang berbeza,
nanti-nanti la saya fikirkan macam mana nak buat. Awak pun fikir la sama, nanti
bagitahu saya mana tau idea awak lagi meletop.
“ Mereka sama-sama tertawa.
Bersinar-sinar mata Danial memberikan pendapatnya. Terbayang-bayang di
mata saat-saat sekiranya dia dapat berbincang dengan Aathifah berkenaan
cadangan delegasi-delegasi tadi.
“ Tak sangka saya awak pandai juga
cakap macam tu ye. Ni belajar dengan kawan Melayu awak juga ker? Macam dah
biasa guna jer bunyinya. Sebut Allah pun lancar jer “ Terpegun juga Aathifah
mendengar jejaka Cina di depannya berbicara.
“ Ada la sikit-sikit saya belajar.
Nak tahu kena la belajar. Tak salah kan? “ Damai yang dirasakan oleh Danial
tatkala berkata mengenai perkara itu.
“ Tak salah lah, lagi bagus. Kita ni
hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama patut mengetahui serba
sedikit mengenai yang lain supaya kita dapat ilmu tentangnya. Tetapi, sorry to say ye Danial, kami orang Islam
boleh belajar jer la pe saja ilmu
agama-agama lain tetapi tak boleh amalkan agama yang bertentangan dengan ajaran Islam kami. Tak
macam penganut ajaran lain boleh dan dialu-alukan untuk memeluk ajaran Islam
kalau berminat. Saya rase awak pun tahu. “ Berbunga-bunga hati Aathifah
berbicara dengan Danial berkenaan perkara ini. Mudah-mudahan ada hati yang
terpanggil dengan Islam.
“ Ye saya tahu dan saya paham. Syok
gak sembang ngan awak bab-bab macam ni. Nanti-nanti kita sembang lagi. Dah
sampai dah ni. “ Keseronokan mereka berbicara melekakan mereka sehingga serasa
baru perjalanan yang memakan masa sejam itu sudah tamat.
No comments:
Post a Comment