Hawa Telinga

Tuesday 27 May 2014

Novel : Terlerai Sudah Bab 18









BAB 18 : Airmatanya Mengalir



'P

ap’. Senaskah proposal yang melayang hinggap pada muka Aathifah mengenai tepat di dahinya. Sedikit kemerahan dahinya dengan balingan itu. Aathifah hanya memandang Ruwaidi dengan wajah yang menahan marah. Wajah marah Ruwaidi memandang tepat ke arahnya.


            “Ko ni kan sengaja nak buat aku malu? Sebab ko la kite terlepas semua ni. Sebab ko lambat la, kite terlepas projek ni. Aku dah cakap ko tu tak payah keje, dok rumah jer bagus.“ Ruwaidi menghemburkan kemarahannya. Sepasang mata gadis Cina memandang sinis Aathifah. Senyuman mengejek terpampang di wajah gadis itu. May yang turut ada di perbentangan itu berdiri berhampiran Ruwaidi.


            Relax la beb, dah bukan rezeki ko kot. Ko tau la papa aku tu demand sikit. Aku rase proposal ko tu pun okey cuma si Danial punye yang lebih menarik perhatian papa aku.“ Adam, anak kepada Jutawan Dato’ Afiq Mustamam bersuara sambil memegang lengan Ruwaidi apabila menyaksikan adegan itu.  Dia tidak betah melihat seorang wanita sebaik Aathifah diperlakukan sedemikian rupa. Aathifah masih mendiamkan diri, bersabar. Dia berzikir dalam hatinya.


            Relax ko kate. Ko bukan tak tahu aku nak sangat projek ni. Bukan sikit tau, billion beb.“ Ruwaidi memandang Adam. 


            “Ko ni suka naikkan darah aku jer la. Dah la buat muka tak bersalah. Ko memang nak kene kan.“ Ruwaidi menarik kasar tangannya dari pegangan Adam dan menghampiri Aathifah.


            ‘Pap’ Serentak dengan itu satu tamparan hinggap di pipi Aathifah. Pedih dan pijar yang teramat dirasakannya. Mulutnya masih ketat dikunci, hanya tapak tangannya kemas memegang pipi yang semakin berdenyut kesakitan.


            “Hoi! Pe sal main tampar-tampar pempuan ni? Tak malu ker pukul pempuan. Dah ko yang tak buat ngan elok proposal tu, nak salahkan orang lak. Cuba ko tengok idea ko tu semuanya dah lapuk la.“ Danial yang baru keluar dari tandas dan datang semula ke bilik mesyuarat itu untuk mengambil beg bimbitnya meluru mendapatkan Aathifah. Niat untuk memegang bahu Aathifah termati apabila Aathifah mula melangkah pergi meninggalkan semuanya. Mujur yang ada cuma mereka berlima sahaja ketika ini. Danial cuba menyaingi langkah Aathifah dan telinganya masih dapat menangkap butir bicara Ruwaidi kepada yang lain.


            “Oh! Baru aku ingat. Dia ni pakwe Aathifah, jangan-jangan dia yang bagi maklumat proposal aku ni kat Danial. Siap ko Aathifah aku tak kan lepaskan ko! Aku akan pastikan ko ngan Danial terima balasan.“ Ruwaidi memekik. Danial yang terasa dengan kata-kata fitnah Ruwaidi berhenti melangkah dan mendapatkan Ruwaidi.


            “Ko jangan nak tuduh sebarangan Ruwaidi. Kalau ada bukti tunjukkan. Aku bukannya terdesak sangat sampai nak buat macam tu. Kalau ko nak sangat aku bagi jer projek tu kat ko. Tapi itupun kalau Dato’ sudi la nak bagi ko uruskannya.“ Danial menggenggam kemas jari-jemarinya, menahan api kemarahan yang semakin membara. Senyuman sinis dilemparkannya kepada Ruwaidi bila mengingati kata-kata terakhirnya. Danial terus mengejar Aathifah yang semakin hilang dari pandangannya. Tidak tahu apalagi reaksi Ruwaidi, telinganya hanya dapat mendengar kerusi-kerusi terhempas jatuh. Malas Danial ambil pusing lagi perkara itu.  Yang ada di fikirannya kini hanya Aathifah. Dia cuba berfikir bagaimana untuk memujuk hati Aathifah yang sedang parah dan sedih diperlakukan sedemikian rupa.


            “Aathifah! Tunggu!“ Laungan Danial mematikan langkah Aathifah. Dia memalingkan wajah memandang Danial yang berada sedikit jauh di belakangnya. Senyuman dilemparkannya kepada Danial, cuba mengusir segala kepedihan dan keperitan yang melanda dirinya tadi.


            Are you okay?“ Hanya itu yang mampu dituturkan oleh Danial ketika itu. Takut berkata lebih lagi. Risau kata-katanya menguris hati Aathifah yang telah terluka tadi, tentunya.


            “Saya okey la Danial. Sikit jer tadi pun. Awak tak balik lagi ker? Saya dah nak balik ni. Tadi pun datang sebab nak bagi En. Ruwaidi proposal yang dia tertinggal.“ Aathifah cuba memaniskan mulut bercerita situasinya.


            “Sebab tu ke dia marah awak? Tak logik langsung. Tadi masa awak bagi dia proposal tu pun belum tiba masa untuk dia bentangkan pun lagi.“ Danial masih tak puas hati.


            “Dia memang macam tu. Tapi mungkin betul apa yang dia cakap. Mungkin juga idea interior design saya yang menyebabkan kami kalah pada awak. Oh! ya Danial! Tahniah ye.“ Aathifah mengucap tahniah dengan penuh girang. Danial terpandang akan pipi Aathifah yang merah seperti pipi yang dikenakan pemerah pipi berlebihan. Sayu hatinya melihatnya.


            “Oh! Interior design itu awak yang buat. Saya suka sangat, idea awak memang kreatif. Tadi saya dengar Dato’ pun puji. Mungkin dah rezeki saya kot nak dapat.“ Danial memuji.


            “Tapi itu bukan pe yang Dato’ nak. Saya pun bukan baru kenal Dato’. Dia memang demand orangnya. Dia pandang pada keseluruhan idea projek ni bukan setakat interior design jer. Tu yang awak yang dapat. Awak jangan risau saya paham. Eh! Dah lama saya kat sini. Saya balik dulu. Banyak lagi keje saya ni. Bye “ Aathifah segera berlalu.


            “Okey. Hati-hati drive.“ Danial tidak mampu berkata apa-apa lagi bila mana Aathifah memohon untuk pergi. Danial memandang Aathifah hingga hilang dari pandangannya. Danial kagum dengan ketabahan Aathifah. Danial menyambung semula langkahnya menuju ke tempat letak kereta.


            “Encik Danial, maafkan saya. Encik Danial kenal ker Cik Aathifah tadi?“ Seorang wanita bertudung menghampirinya.


            “Ye, kenapa?“ Danial kehairanan.


            “Tak de, saya tak sempat nak kejar dia tadi. Ni wallet dia terjatuh tadi kat dalam bilik mesyuarat. Saya ada nampak En. Danial sembang dengan dia, mungkin encik kenalan rapat Cik Aathifah.“ Wanita itu menunjukkan dompet perang dan hijau jenama Guess kepadanya.


            “Oh! Ye ke. Tak pe nanti saya pulangkan padanya. Terima kasih ye.“ Danial mengambil dompet tersebut dan tersenyum memandang wanita tersebut.


            “Okey terima kasih kembali.“ Wanita tersebut berlalu pergi. Danial mengeleng melihat dompet Aathifah yang diberikan kepadanya. 


            ‘Macam mana leh terjatuh lak ni. Aathifah… Aathifah… cuainya. Wallet terjatuh pun tak sedar. Nampak sangat badan awak jer kat sini hati dah ke mana hilang.‘ Danial bermonolog sendirian. Danial mengambil keputusan untuk menghantar dompet itu terus ke pejabat Aathifah kerana dia pasti Aathifah sudah tiada lagi di bangunan lima belas tingkat Dato’ Afiq Mustamam ini.    




            Danial yang baru hendak meletakkan keretanya di petak tempat letak kereta yang disediakan di bawah bangunan syarikat Dimensi Sendirian Berhad, berpaling kepada sebuah motosikal Honda Spacy jingga yang memecut melepasi keretanya. Dia pasti itu adalah Aathifah dengan baju yang sama dan dia pasti, dia dapat melihat airmata meleleh pada pipi gadis tu. Keadaan itu menyebabkannya tidak keruan. 


            ‘Kenapa menangis pulak Aathifah ni. Dah la tu bawa moto laju semacam jer.‘ Monolog Danial. Dia tidak jadi untuk memarkinkan keretanya sebaliknya terus mengekori motosikal Aathifah. 


            Aathifah cekap memandu motosikalnya walaupun agak laju pergerakan motosikal itu dan Danial agak kagum. Danial masih terus mengekori Aathifah tanpa disedari oleh Aathifah. Tenang membelah kesibukan jalan lebuhraya Ipoh-Lumut. Seketika Aathifah melencongkan motosikalnya memasuki persimpangan Batu Gajah. Danial tertanya arah tuju Aathifah ketika ini. 


            "Dia nak pergi mana ni? Bukan main laju lagi. Ada apa-apa emergency ker? Abinya sakit ker? Tapi kalau sakit kenapa hendak hantar sampai ke sini? Hospital-hospital kat Ipoh lagi dekat dan banyak." Danial berbicara keseorangan. Dia terus memerhati dan mengekori Aathifah.




            Aathifah masih terbayang dan terdengar-dengar butir bicara Luqman padanya sebentar tadi. Luqman satu-satunya pekerja yang sentiasa menyebelahinya dan menjadi pengintipnya untuk melaporkan setiap gerak-geri Ruwaidi dan perjalanan syarikat Dimensi kepadanya. Jadi dia amat pasti berita dan informasi yang disampaikan oleh Luqman benar dan sahih. 


            Aathifah yang tidak dapat membendung rasa terkilannya dan rasa tertekannya dengan pujukan yang gagal dilakukan terhadap Tuan Habib dan situasi yang bakal berlaku, mengambil keputusan untuk keluar daripada pejabatnya dan kini dia sedang menuju tempat yang sering dikunjungi setiap kali dia ingin meluahkan rasa hatinya. Tempat yang bisa memberinya ketenangan dan semangat untuk meneruskan perjuangannya itu.


            Dia sudah puas menangis di atas motosikalnya tadi jadi dapatlah dia menuju ke destinasi tersebut tanpa perlu mengalirkan airmatanya lagi. Dia tidak suka menangis di tempat itu kerana di situ terdapatnya orang-orang yang disayanginya. Biarlah hatinya sahaja yang menangis nanti dan bukan zahirnya bila berhadapan dengan mereka. 


            Semakin dekat menghampiri destinasi itu, Aathifah semakin mengurangkan kelajuan motosikalnya. Dia perlu mengumpul segala kekuatan dan ketabahan dirinya sebelum melawat yang disayanginya itu. Aathifah menarik dalam nafasnya dan kemudian menghembusnya sekuat mungkin. Seperti melepaskan lelah yang maha berat! Dengan berbuat demikian dia selalu dapat melegakan sedikit perasaan hatinya yang lara dan dia dapat lebih ketenangan.  


4 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Sedihnya Aathifah kene marah T__T Danial pulak tu ada. Geramnya kat Ruwaidi ni teruk betul boleh sesuka hati buat mcm tu kat org perempuan. Hhuhu.. Xsangka pulak ada si May ni. Walauapaun, kalau kita berada kat tmpt Aathifah mmg terasa kesedihannya. Nasib baik la ade Danial kan. Caring betul Danial ni.
Thanks for the entry. This make my day (^__^)
By the way, cik Hanilin ni org Ipoh eh. Suami saya orang Batu Gajah. Haha..

Unknown said...

Salam... mgkkah sebab tu syira minat membaca cete ni? hihihi anyway tq 4 the support...

Basyirah Abd Rahman said...

Hihi.. Minat sejak kali pertama baca tajuk. Dh suspend. Kenapa tajuk terlerai sudah ni.

Hari2 tengok blog ni kalau ade update baru. Kih3. Terima kasih kerana tidak menghampakan pembaca setia Terlerai Sudah. Dulu siap google lagi kot2 ade kesinambungan.

Anyway, keep up good work. Saya tahu mesti ada cabarannya nk maintain kan 2 cerita novel ni..

Basyirah Abd Rahman said...

Aaa.. Tertunggu2 entri terbaru. hiks hiks