BAB 11 :
Keinsafan
M
|
alam itu Danial
tidak dapat melelapkan matanya. Semakin dia menghalang bayangan wajah Aathifah
dari menjelma di hadapan mata semakin galak bayangannya menari-nari di tubir
mata. Semakin menggunung rindunya pada wanita yang manis itu. Begitu parah
cinta ini sekiranya cinta itu cinta yang bertepuk sebelah tangan. Hendak
dipendam, hatinya pedih terluka bagai dihiris dengan pedang pejuang-pejuang
Islam dalam peperangan menegakkan ajaran Islam sepertimana cerita yang
dibacanya pada buku dihadapannya, Singa Siang Hari - Siri 100 Pahlawan Syurga. Ingin diluahkan
terbayang-bayang wajah si dia yang merangkul kemas pinggang Aathifah.
Bayangan memori silam terlayar di
mata mayanya. Masih diingatinya ketika saat itu dia yang mempunyai temu janji
dengan seorang Pengurus panggung wayang
terkenal iaitu panggung TGV Cinema, di Jaya Jusco Kinta City berkenaan dengan
projek menaik taraf keadaan pembangunan panggung wayang berkenaan.
Dikala dia menunggu ketibaan Pengurus
berkenaanlah matanya dikejutkan dengan kelibat gadis impiannya melintasinya
dengan pinggangnya dipaut kemas tangan sasa seorang lelaki yang sawo matang
kulitnya, berkumis dan berjambang.
Lelaki itu juga mendukung seorang kanak-kanak perempuan dibelah tangan
yang lain. Aathifah pula memimpin tangan seorang kanak-kanak lelaki yang pada
perkiraanya dalam lingkungan empat tahun. Berkecai segala impiannya melihatkan
pandangan romantik yang tidak dijangka-jangkanya. Kala itu terlerai sudah
segala pengharapan dan penantiannya terhadap gadis idaman tersebut.Kepiluan di
tapak tangan Danial menyedarkan dan mengembalikannya ke alam nyata.
“ Oh! My God. What I’ve done? What’s wrong with me? “ Demi melihatkan
tapak tangan kirinya yang berdarah kerana terkena kaca gelas yang digenggamnya
tanpa sedar. Genggaman yang dibuat kerana perasaan kecewa terhadap situasi yang
terimbas tadi. Segera Danial menarik keluar serpihan yang melekat pada tapak
tangannya dan tuala yang digunakan untuk mengelap kepalanya ditadah bagi
menghalang daripada menitik di atas lantai. Luka dibersihkan dan meja dilap
bagi menghilangkan kesan darah dan kaca. Kesalnya Danial kerana mengikut kata
hati yang lara. Seharusnya dia lebih bijak menimbangnya.
Danial juga menyesali kerana selama
dia bersama dengan Aathifah dia langsung tidak mengingati akan perkara yang
penting itu dan sekiranya dia mengingatinya lebih awal pasti peluang yang ada akan digunakan sepenuhnya
bertanya berkenaan perkara tersebut.
“ Aduh pesal lah aku tak ingat
langsung perkara penting macam ni? Aku tak kan dapat bersama dengannya kalau
dia dengan mamat itu ada hubungan suami isteri. Tapi kalau dia dah bersuami tak
kan dia nak layan aku dan Qa’id macam seorang wanita yang belum terikat dengan
apa-apa ikatan. Layanannya pun tadi aku rasa tak lebih pun, setakat keluar
makan jer. Tapi kalau dia belum kahwin abis tu tak kan dia berpeluk sakan
dengan mamat tu. Aku pun perasan Qa’id macam memang nak mengayat dia jer ari tu.
Aathifah kan dah lama kenal dengan Qa’id
jadi tak kan dia tak tahu kalau Aathifah dah kahwin ke belum. Tapikan dape dah
lama tak jumpe mungkin jer dia tak tahu atau tak mahu ambik tahu. Aduh,
serabutnye kepala otak aku ni. Ni tak boleh jadi aku kene selesaikan masalah
ini juga. Secepat mungkin dah tak boleh tangguh-tangguh lagi. Mengetahui
perkara sebenar pedih tapi tidak mengetahuinya menyebabkan aku lebih pedih. “
Danial berbicara sendirian.
‘ Call Aathifah ajak dia jumpe
la… Tak boleh, tak boleh call bagi message jer. Mesti dia dah penat, tido.
Lagipun dia kan ke demam. ‘ Danial berkira-kira dalam hati sambil menggaru-garu
kepala yang tidak gatal.
‘ Okey bagi message jer. Eh! Tapi apa alasan aku nak bagi? Nak minta duit sewa
bilik ker? Tak ker barr jer lagi… gaji pun belum masuk, macam mana dia nak
bayar . Ajak keluar makan, saje jer nak lepak-lepak . Boleh ker macam tu? Tak
ke dia pikir macam-macam nanti? Aduh, apa alasan nak bagi ni? Idea ni gi mana
lak time, time terdesak macam ni.
Kalau nak rehat pun tunggu la aku rehat dulu. Ni aku tengah tercogok lagi ni. ‘
Masih lagi Danial menimbang-nimbang tindakannya.
‘ Memang kering terus idea aku ni.
Macam mana ni nak jumpe? Ha! Pe kata check
kete kot ada apa-apa barang dia yang tertinggal ker, leh gak bagi alasan
nak anto barang dia. Ha! Cantik. ‘ Danial terus mencapai kunci kereta dan
keluar rumah. Tertonggeng-tonggeng dan tertunduk-tunduk dia menyelak dan
membedek kesegenap ruang dan celah-celah sofa kereta mencari-cari barang yang
tidak ada.
“ Tak kan satu barang dia pun tak
de. Tak de ke bedak ke, gincu ker at
lease pin tudung ker yang tertinggal ker terjatuh ker. Issh…. Memang tak de
alasan la aku nak jumpe Aathifah. Melepas ni. “ Danial berbicara kegelisahan
dan akhirnya dia terpaksa menyerah kalah dengan hasratnya.
Danial melangkah lemah masuk ke
dalam rumah. Rasa hancur harapannya lagi sekali. Dia kembali semula menghampiri
meja tulisnya dan tangan lemah menyemak satu persatu surat yang ada. Mata
tertacap pada sekeping surat yang berhiasa cantik sampulnya yang menyakinkan
Danial bahawa itu adalah kad jemputan perkahwinan. Segera dia membuka dan
membaca kad jemputan tersebut.
“ Dah nak kawen dah, ko Syed? Dalam
diam jer. Aku juga yang masih solo. Aduh pesal susah sangat jodoh aku nak lekat
ni. “ Danial mengeluh meratapi nasibnya. Sedang dia membelek-belek kad
berkenaan dia tertacap pada satu pesanan di hujung kad.
Tolong jadi pengapit
aku dan jemput awek kereta Viva Elite silver tu sekali, boleh buat penggapit
isteri aku jugak. Tolong bantu sahabatmu ini. Terima kasih bebanyak.
“ Ko nak aku jadi pengapit ko, dah
tu nak ajak Aathifah jadi pengapit sekali. Jangan harap la. Pengapit…. Hola!
Ada chan la nak jumpe Aathifah.
Yahoo! “ Danial bersorak kegembiraan sambil melonjakkan badannya dengan tangan
sebelah kanan digenggam dan menumbuk ke atas. Menzahirkan rasa senoroknya.
Segera telefon bimbit dicapai dan menulis pesanan kepada Aathifah.
Hai!
Aathifah, Sorry, ggu awk malam2 ni. Sy
nk ajak awk teman sy beli sepasang Baju Melayu sbb Syed, mekanik yg tlg kete
awk, kwn sy tu nk kawen & dia nk sy jd pengapit. Sy xpandai sgt nk shopping Baju Melayu. Awk tlg ye. Please.
Pesanan dihantar.
Danial tersenyum sambil tangan memusing-musingkan telefon bimbitnya Samsung Galaxy Note IInya,
menunggu pesanan dibalas.
Lima minit, pesanan masih tidak
berbalas. Danial telah berubah posisi kedudukan dari elok duduk menyandar pada
sofa menghadap televisyen kini mengiring baring dengan tangan kanan di bawah
dan dada masih menghadap televisyen.
Mata sesekali menjeling skrin telefonnya. Sepuluh minit berlalu, masih
tiada jawapan dan Danial sudah menonggengkan kepalanya ke bawah dan kaki masih
diatas sofa. Melihat dengan tunggang terbalik skrin televisyen. Dua puluh minit
juga berlalu pergi begitu sahaja masih tiada balasan dari Aathifah, dan kini
Danial sudah membuat sedikit tekan tubi bagi mengalihkan fikiran dari terlalu
memikirkannya. Tiga puluh minit dah berlalu dan kini Danial tidak lagi
mengharap dan telefon dibiarkan di atas sofa tadi. Dia pun bergerak masuk tidur
di dalam biliknya dengan tangan diletakkan di atas dahi. Seperti menanggung
masalah dunia.
‘ Tak kan nak balas message yang ringkas pun tak boleh?
Susah sangat ker? Ke dia demam balik. A’ah la kot dia demam kot tu yang tak
dapat balas. Yang aku ni pun satu kalut nak dia balas jugak kenapa? Tido
esok-esok dia balas la ‘ Danial yang sedar dengan terlanjurannya mula
menenangkan fikiran dan memejamkan mata
kerana waktu telah merangkak pukul dua belas malam.
Di atas sofa cahaya pada skrin
bersinar seketika. Tanpa Danial sedari satu pesanan ringkas telah diterimanya.
Pesanan berkenaan dari Aathifah, yang dinanti-nanti dengan penuh gayanya tadi.
Pesanan tersebut kelam di atas sofa tanpa disedarinya kerana kejauhan yang
menyukarkan Danial menyedarinya.
Sorry Danial sy lewat bls sms awk, td sy
ada hal sikit. Apa kt awk ajak Nur sj. Sy ni xpandai nk shopping terutamanya brg lelaki. Nur kan s/u awk jd dia bab-bab ni
pro la. Nnt sy pilih xsesuai lak dgn citarasa ms kini. Sorry.
Pesanan yang
telah dihantar ditatap Aathifah lagi. Telefon bimbit yang dibiarkannya dalam
keadaan sunyi sejak menghadiri kuliah magrib di masjid berhampiran rumahnya
ditatap. Kuliah yang dihadiri bersama Aiman memang memberi kesan dalam
kehidupannya, pergaulan antara lelaki dan perempuan.
‘ Tak pe ke aku tulis macam ni?. Tak
kejam sangat ker bunyinye? Sorry ye
Danial, cukup rasenye hubungan kita sampai siang tadi jer. Saya tak mahu
berlebihan. Duit sewa bilik pun akan aku titip kepada Nur saje. Tak perlu
berjumpe bagai. ‘ Aathifah monolog sendiri dan memandang kewajaran tindakannya.
Berdosakah dia tidak mahu menyambut huluran persahabatan Danial? Seketika
telinga Aathifah teringiang-ngiang akan sebutir dua perkara yang disampaikan
oleh Ustaz Azim dalam kuliah magrib tadi.
“ Yang keempat ialah tidak berdua-duaan di antara lelaki dan
perempuan. Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan yakni khalwat dengan wanita
kecuali bersama mahramnya. Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Jadi jelas di sini
saudara dan saudari kita harus membataskan pergaulan kita supaya kita tidak
berdua-duaan antara lelaki dan perempuan dalam setiap aktiviti yang kita
lakukan. Nak berbincang ,nak bertanya khabar, nak minta tolong semuanya tidak
boleh berdua-duaan. Kalau nak buat jugak cari kawan, orang yang temankan kita
seelok-eloknya mahram kita. Yang pempuan kat belakang tu ha, datang ke masjid
ni pun tak sorang-sorang kan ada adik, abah, mak, kawan temankan. Itu nak
datang beribadah kat masjid ni, kalau dah berjumpe orang lelaki yang bukan
muhrim kita lagilah kan kene ade teman. Tak payah dua tiga orang, sorang pun dah
cukup kenapa? Kalau tak cari teman manusia nanti depa tu nanti ditemani sape?
Ha, syaitan la, sape lagi. Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah s.a.w.
bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang
wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. Hadis Riwayat Ahmad dan
Tirmidzi. Saya rase semua dah tahu kalau dah ada syaitan apa yang jadi kan? Tu
la dia, syaitan mengajak buat zina. Kenapa? Dah itu memang keje depa,
menyesatkan keturunan Adam. Sape keturunan Adam, kite la, walaupun datuk kite,
abah kite bukan nama Adam. Keturunan Nabi Adam itu manusia la kan. “
“ Sekarang kita masuk perkara yang
kelima, tidak melunakkan ucapan yakni
percakapan. Seorang
wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya.
Firman ALLAH s.w.t.; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu
tunduk dalam berbicara yakni berkata-kata yang menggoda sehingga berkeinginan
orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan
yang baik. Surah Al-Ahzaab; ayat ketiga puluh dua. Paham dak maksudnya? Senang
cete kalau cakap dengan seseorang yang bukan mahram kite jangan guna ayat
menggoda, mendayu-dayu nanti ada hati tergoda ber’love u, love u pulak “
Aathifah tersenyum terkenangkan keadaan yang pecah dengan gelak- ketawa hadirin
yang ada di masjid dengan kata-kata Ustaz Azim itu.
“
Dan berkata Imam
Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh Allah kepada
para isteri Rasulullah s.a.w. serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu
hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam
pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia
berbicara dengan suaminya. Dari Tafsir Ibnu Kathir. “ Ustaz Azhar menyambung.
“
Dan perkara yang keenam ialah tidak menyentuh kaum
berlawanan jenis. Jelas kita tidak boleh pegangan tangan ke muka ke kaki ke pe
saje tanpa lapik dengan kaum berlawanan jenis yang bukan mahram kita. Dari
Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya
kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada
menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. Hadis Hasan Riwayat Thabrani
dalam Mujam Kabir. Selain itu, berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis Ash-Shohihah 1/44
ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang
tidak halal baginya. Di sini kita boleh mencontohi Rasulullah s.a.w. tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat
penting seperti membaiat dan lain-lainnya sepertimana yang diperkatakan oleh
isteri baginda Siti Aishah yang boleh dirujuk dalam Hadis Riwayat Bukhari, Dari Aishah
berkata; Demi Allah, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita
sama sekali meskipun saat membaiat.” Ustaz Azhar menambah lagi.
“
Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana
apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa
zina baginya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : ‘ Telah ditetapkan
bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya.
Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya
membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah,
dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan
dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya; petikan dari Riwayat Muslim. Selain
itu, Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.
"
Padahal
Allah s.w.t. telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh
mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-Nya; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan jalan yang buruk daripada surah Al-Isra ayat 32 ” Kata
terakhir Ustaz Azim sebelum menutup kuliahnya.
“ Astagfirullahhalazim….Ya Allah! Ampunkan dosa dan
kekhilafan hamba-Mu ini “ Aathifah menggucap panjang sambil merauk mukanya
apabila terkenang kembali detik-detik dia bersama Danial dan Qa’id. Segera
Aathifah bangun dan mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat sunat Taubat.
Memohon agar kekhilafannya selama ini diampuni oleh Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment