GENRE: CERPEN
Genre/bidang
cerpen dalam kesusasteraan Melayu termasuk dalam kategori cereka,
merupakan satu bidang yang popular. Terdapat lima genre/bidang dalam
kesusasteraan Melayu moden iaitu cerpen, drama, esei/kritik, novel dan
puisi.
Cerpen
ialah cerita berdasarkan fakta di campur dengan imaginasi. Manakala
sastera pula payah diberikan definisi yang universal, justeru sastera
bukan sesuatu yang dijumpai tetapi sebuah nama yang diberikan kepada
sesebuah karya tertentu dalam lingkungan budaya tertentu. Bagaimanapun
dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan ialah ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Di dalamnya ada bahan yang indah, bahasa
yang indah dan teknik penceritaan yang indah. Yang indah dalam
kesusasteraan juga bukan hanya yang cantik di mata tetapi mempunyai
nilai estatika.
Dengan
ini cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman
(realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang.
Panjangnya
cerpen ialah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Oleh sebab
makna dari segi istilah cerpen itu ialah cerita pendek maka ada yang
menyebutkan panjang cerpen ialah sehabis meminum secawan kopi atau
sehabis menghisap sebatang rokok.
Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
Yang pertamaIntelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya
dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca
supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan,
mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
Yang keduaPancaran
emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya
cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh
dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran
khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.
Yang ketigaPeristiwa/persoalan
dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu
dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan
angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya
hal-hal yang positif.
Yang keempatSesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.
Bentuk cerpe
Pertama
mimesis/peniruan iaitu meniru atau merakamkan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan ditambah dengan imaginasi pengarang.
Kedua
cerpen beralasan iaitu mengadakan sau dasar atau alasan untuk mengubah bentuk biasa seperti menciptakan watak daripada mahluk asing.
Ketiga
cerpen
mimpi iaitu cerita seperti dalam mimpi, dengan sifat luar biasanya,
perlambangan tertentu sehingga ada waktunya tidak boleh diterima akal.
Teknik penceritaan cerpen
Ciri-ciri khas cerpen (cerpen konvensional)
1. Singkat, padu, intensif (ada perkara yang ditekankan)
2. Ada adengan, watak, gerak. 3. Bahasa tajam dan menarik 4. Interpertasi pengarang kepada kehidupan 5. Dapat menimbulkan satu kesan 6. Menarik perasaan pembaca 7. Penggambaran jelas pada peristiwa yang dipilih 8. Ada cerita/persoalan utama, watak utama, latar dan suasana
SIFAT-SIFAT PENULIS
Bagaimana nak menulis karya kreatif?
Penulisan
kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar. Pembimbing
tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun
pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih
baik.
boleh
dengan dialog untuk menghidupkan pemikiran. Dengan aksi pula cerita
bergerak pada dasarnya, dengan perlukisan cerita bergerak dengan latar
pilihannya dan pendedahan akan memberikan gambaran atau tema tertentu
cerpen.
Yang penting penulis :
Bagaimana nak menjadi penulis?
Bakat
Bakat
anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para
pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat
sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang
penting tetapi usaha dan minat lebih penting.
Minat
Ada keinginan untuk menulis.
Rajin membaca
Hal
ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah
Hashim. Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.
Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.
Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.
Sumber:-
http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=827&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1
|
Assalammualaikum w.b.k..... Bismillah hirahman nirrahim... Terima Kasih kepada semua yang sudi melawat, membaca dan memberi komen kepada setiap karya saya ini. Saya budak baru belajar harap segala salah dan silap dapat ditunjuk dan diajar. Saya bukan ingin menunjukkan kepandaian saya cuma karya yang saya hasilkan sekadar untuk sama-sama kita beringat-ingat dan berpesan-pesan kepada kebaikan. Wallahualam. Insya-Allah.
Hawa Telinga
Monday, 26 May 2014
Panduan Menulis Cerpen
BIMBINGAN BERKARYA - CERPEN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment