BAB 9 : Risaukan
Kau
K
|
erancakan Danial
dan Aathifah bersembang menyebabkan mereka tidak sedar akan keadaan di
sekeliling. Bahu Danial berlaga dengan bahu seorang jejaka yang terkecuh-kecuh
juga mahu memasuki ruangan lobi Hotel Impiana. Serentak dengan itu, anjakan
badan Danial yang tertolak ke tepi sebelah kirinya menyebabkannya menolak sama
Aathifah sehingga Aathifah hampir tersadung kehadapan. Serentak dengan itu,
spontan Danial segera memahut bahu Aathifah memegangnya dari terjatuh ke
lantai.
“ Are you okay, Aathifah. Sorry
saya tak dapat nak elak tadi. Sorry terpaksa
pegang bahu awak, saya nak sambut awak dari jatuh “ Danial memohon maaf dan segera melepaskan
pegangan tangannya apabila mendapati Aathifah sudah stabil berdiri.
“ Ok. Saya tak apa-apa. “ Aathifah
mengerti dengan keadaan Danial hanya berbalas ringkas sambil memicit kakinya
yang terseliuh. Danial pula mengangkat muka dan memandang jejaka di sebalah.
“ Sorry “ Hanya itu yang dapat diungkapkan oleh Danial apabila dia
melihat lelaki yang berlaga dengannya memandangnya dengan muka yang tidak puas
hati. Walaupun Danial merasakan bukan dia yang patut memohon maaf tapi dia
mengalah kerana tidak mahu memanjangkannya.
Demi mendengarkan keluhan berat yang
dilepaskan oleh suara yang dikenali bukan suara Danial dia tercuit untuk
melihat siapakah geranggan yang mengeluh dan melanggar Danial tadi. Cuak
Aathifah melihat wajah lelaki yang juga turut memandangnya. Bagai terkunci
segala pergerakan dan kata-katanya.
“ Oh! Look who is here? What my bad luck, today! “ Lelaki itu
tersenyum sinis. Danial dan Aathifah saling berpandangan.
“ Encik Ruwaidi. “ Hanya itu yang
terkeluar dari mulut Aathifah
“ Banyak duit ko tinggal kat sini
ye. Ko ke sini berseminar ke ‘berdating’ ?
“ Kata-kata yang menghiris hati Aathifah. Danial yang turut sama terasa dengan
kata-kata lelaki yang padanya kurang beradab ini mula ingin membalas. Namun dia
hanya membisu apabila merasakan hujung baju t-shirtnya dipegang oleh
jari-jemari mulus Aathifah, seperti mengerti pandangan Aathifah yang memintanya
tidak membalas kata-kata nista tersebut.
“ Jom naik Danial “ Hanya itu kata-kata yang diucapkan
oleh Aathifah. Kedengaran lemah sahaja di telinga Danial. Sebelum Ruwaidi
melangkah pergi, Aathifah sempat memandang Ruwaidi yang tersenyuman sinis
kepada Aathifah sebelum menapak menghampirii seorang wanita Cina yang anggun
dan seksi. Dari kejauhan itu Aathifah dapat menangkap seraut wajah wanita itu
yang seperti menahan sesuatu rasa yang tidak dapat dipastikan oleh Aathifah. Sepertinya
satu pandangan yang tidak puas hati melihatnya bersama dengan Danial.
Aathifah malas
ingin memikirkan hal remeh-temeh tersebut segera melangkah meninggalkan tempat
tersebut. Keadaan Aathifah yang terjengkut-jengkut merisaukan Danial dan itu
menyebabkan dia tidak mengambil pusing lagi akan Ruwaidi.
“ Okey ke ni? Tak nak gi klinik dulu
ker? Takut melarat. “ Danial cuba memujuk.
“ Eh! Tak pe la. Sikit jer ni. Nanti
saya taruh minyak panas and urut
sikit okey la. “ Aathifah tersenyum sumbing. Aathifah cuba meneruskan langkahnya
dengan berjengkut-jengkut. Danial segera memandang kaunter pertanyaan Hotel
Impiana dan mengamit seorang wanita Melayu yang berada di kuanter yang pada
masa yang sama turut memandangnya dan Aathifah.
“ Yes, Mr. Danial. “ Wanita yang bernama Murni itu segera bersuara.
“ Cik Murni, boleh tolong pimpin
kawan saya ni? Kakinya terseliuh. “ Hanya itu yang terpancul keluar di bibir
Danial. Mendengar kata-kata Danial, Murni segera memapah Aathifah.
“ Saya tolong ya, cik “ Sopan Murni
meminta izin. Aathifah yang tidak dapat menahan tindakan Murni hanya tersenyum.
“ Terima kasih. “ Murni memapah
Aathifah dan Danial hanya mengekori mereka dari belakang. Sampai di hadapan
pintu bilik Aathifah, Danial mengeluarkan pas dari beg tangan Aathifah yang
diminta dibawa olehnya dari Aathifah sejak dari dalam lif lagi.
Setelah melangkah
masuk ke dalam bilik Aathifah, Murni yang seperti mengetahui apa yang perlu
dibuat, segera meletakkan Aathifah di atas tilam.
“ Cik, di mana cik letak minyak
panas ye. Boleh saya tolong sapukannya pada kaki cik. “ Murni bertanya inginkan
kepastian.
“ Eh! Tak pe la saya boleh sapu
sendiri nanti. “ Aathifah cuba menyangkal tindakan Murni dan malu dilayan baik
seperti itu oleh Murni. Danial pula melangkah masuk dan duduk di sofa yang
terdapat di dalam bilik tersebut dan meletakkan beg tangan Aathifah di atas
meja yang ada berhampiran sofa.
“ Tak pe cik, memang dah tugas saya.
Lagipun tetamu hotel ni tengah sakit kami di sini kene tolong mana yang
termampu. Dekat mana ye minyaknya “ Murni membalas dengan jujur.
“ A..a… ada kat dalam beg kecil atas
meja tu “ Aathifah terpaksa mengalah dan menunjukkan arah beg yang
dimaksudkannya. Murni yang telah menjumpai minyak panas yang dicari segera
kembali kepada Aathifah. Sebelum pun sempat Murni menyapu minyak pada kaki
Aathifah, Danial bersuara.
“ Tapi cik Murni, saya rasa sebelum
sapu minyak panas tu, lebih baik rasanya tuam dengan ais batu dulu supaya
kurang bengkak dan lebam kakinya tu. Nanti saya ambilkan ais. “ Danial segera mengeluarkan
sapu tangannya dan meletakkan beberapa ketul ais batu ke dalam sapu tangannya
dan mula menghulurkannya kepada Murni.
“ Aathifah saya balik bilik saya
dulu la ye. Kalau ada apa-apa awak call la
saya. Mana tau kaki awak makin sakit ker awak demam ker. “ Danial faham mungkin
Aathifah malu kakinya dilihat olehnya segera ingin berlalu pergi.
“ Oh ye, nah ni phone awak. Saya dah masukkan nombor phone saya. Letak kat sebelah awak masa tido nanti senang la awak
nak call saya nanti, mana la tau ada
apa-apa nanti. Sorry saya godek handset awak dan saya ada buat miss call ke handset saya. Saya nak save nombor awak supaya saya leh check keadaan awak nanti-nanti. “ Serius
sahaja Danial.
“ Eh! Tak pe tak payah call saya. Sikit jer ni. Insya-Allah okey la nanti. Saya
janji kalau ada apa-apa saya call awak
sendiri. Tak payah la awak nak check bagai.
“ Aathifah mula terkesan dengan keprihatinan Danial.
“Cik Murni, saya minta awak tolong
Aathifah ye. Nanti sebelum awak keluar tolong pimpin dia masuk bilik air juga
ye, supaya dia boleh menukar bajunya. Saya kalau nak tolong tukarkan bajunye
kene kawen dulu ngan dia baru boleh “ Danial cuba bergurau dengan Murni dan
Aathifah yang mendengar mula membulatkan matanya. Murni hanya tersenggih.
“ Sesuka hati jer dia nak gurau ngan
orang macam tu. Nanti orang pikir yang bukan-bukan kan ke susah “ Aathifah
menyuarakan ketidak puasannya.
“ Sape nak pikir bukan-bukan? Cik
Murni ni dah tau saya bergurau jer. Dia dah biasa dengan gurauan saya. “ Danial
tersenyum dengan idea nakalnya mengenakan Aathifah. Murni hanya mengangguk
kepala mengiyakan kata-kata Danial. Aathifah demi melihat tindakan Murni hanya
tersenyum kelegaan.
“ Ye la, ye la. Dah gi balik bilik
awak. Thanks ye, Danial. “
“ Thanks jer mana cukup. Betul tak Cik Murni? “ Danial tak
habis-habis lagi menyakat. Murni sekali hanya tersenyum.
“ Issh, dia ni. Dah abis-abis lagi
nak kenakan orang. Baling dengan botol minyak ni karang baru tau. “ Aathifah
mula geram.
“ Garangnya nak gurau sikit pun tak
leh. Tapi comel sangat la kalau awak macam ni, kan Cik Murni macam budak yang
merajuk manja-manja gitu. “ Danial berbunga-bunga.
“ Dah memang orangnya comel molek,
buat apa-apapun nampak comel and manis
jer. “ Murni pula menyokong.
“ Parah la, kalau dah jumpe geng dia,
kalah la saya macam ni, Cik Murni. Dua lawan satu. Ingat Cik Murni nak sokong
saya. Dah saya mengalah. Mr. Danial awak boleh gerak sekarang sebelum saya yang
gerakkan awak. “ Aathifah mula mengalah.
“ Okay, Okay. Good night, Aathifah, Cik Murni. “ Danial tersenyum. Hasrat ingin
bertanya berkenaan Ruwaidi disimpan dahulu demi kehadiran Murni di dalam bilik
itu juga. Murni hanya mengeleng-ngelengkan kepala melihat gelagat Danial dan
Aathifah. Sesuai sangat meraka ni! Itulah yang bermain di dalam fikiran Murni
ketika itu.
Hati Danial tidak
tenang malam itu bila mana terkenangkan keadaan Aathifah. Berulang kali dia
memerhatikan telefon bimbitnya. Menanti kalau-kalau Aathifah menelefonnya atau
memberikannya sebarang pesanan ringkas.
“ Dia ni okey ker ni? Kalau aku bagi
message ke call ker tak pe ker, ye? Patut ker aku buat macam tu? Ke ganggu dia
nak rehat jer? “ Danial tertanya-tanya.
“ Message okey kot. Tapi nak tulis pe ye? “ Danial mula menaip
pesanan ringkas untuk Aathifah.
Kaki awak dah okey?
“ Ish! Tak boleh. Macam tegas sangat
jer “ Danial mula memadam semula pesanan yang ditulisnya.
Awak dah tido ker? Awak demam?
“ Ish! No, no. Macam nak dia demam jer lak “ Danial mengulangi tindakannya
memadamkan pesanan yang beru ditaipnya tadi.
Saya ganggu awak ye. Awak okey?
“ Ish! Mesti la ko ganggu dia. Dah
malam giler ni. “ Buat kali ketiga Danial membatalkan niatnya menulis pesanan
ringkas buat Aathifah.
“ Ah! Susahnya nak bagi message dengan dia ni? Pe kenanya dengan
aku ni? Serba salah jer kalau dengan dia ni. Semuanya jadi tak menentu. “
Danial menggusutkan rambutnya dengan kedua-dua belah tangannya.
“ Agaknya macam
ni ker orang bercinta? Patutlah Islam galakkan bercinta selepas berkahwin.
Supaya manusia tak celaru fikirannya macam ni. Silap langkah boleh gila
jadinya. Hai! Aathifah. Kau dah buat hati aku tak keruan. Risaukan diri kau
hanya kepada perkara yang kecil macam ni. Bukannya kau patah kaki pun! Okey
Danial cuba bawa bertenang. Sabar jer. Nanti kalau dia apa-apa mesti dia call. “ Danial cuba meyakinkan dirinya
sendiri.
“ Tapi siapa
Ruwaidi tu tadi ye? Kenapa kata-katanya sinis jer kat Aathifah? Nampak macam
dia tak puas hati dengan Aathifah jer. Nak kata cemburu aku dengan Aathifah pun
ada? Tak kan la dia pun ada hati dengan Aathifah kot? Kalau betul la ramainya
pesaing aku ni. Semuanya hebat-hebat dan kacak-kacak belaka. Bukan senang nak
bersaing kalau macam ni. Nampaknya aku kena usaha lebih lagi ni. ” Danial mula
berfikir panjang.
“ Sebelum
bersaing dengan musuh, baik aku siasat siapa pesaing-pesaing aku dulu. Cuba
cari dalam internet kot ada artikal-artikal berkenaan Ruwaidi dan Qa’id ni. “ Danial
mula mencari maklumat berkenaan dua jejaka berkenaan di dalam komputer ribanya.
Nasib menyebelahinya apabila ada sedikit artikal berkenaan Ruwaidi. Ketua
Pegawai Eksekutif ( CEO ) kepada syarikat Dimensi Sdn. Bhd. Danial mula membaca
sedikit sebanyak berkenaan Ruwaidi dan syarikat tersebut.
Namun cariannya
pada nama Ruwaidi sahaja yang ada manakala carian pada nama Qa’id tiada
berkenaan orangnya malah laman sosial Facebook pun tiada Qa’id yang dicari itu.
Nampaknya usahanya untuk mengenali Qa’id dengan lebih mendalam agak sukar.
“ Patut ker aku
pakai khidmat penyiasat untuk mencari maklumat tentang Qa’id ni? Tak over sangat ker nanti? “ Danial cuba
menimbang.
“ Kenapa nak
menghabiskan duit macam tu sekali. Macam aku tak yakin pada kemampuan diri
pula. Lagipun kalau dah memang jodoh aku dengan Aathifah. Tapi kalau jodohnya
dengan Qa’id tu aku patut doakan kebahagian mereka. Ya! Itulah yang sebaiknya.
“ Danial mula sedar akan ketelanjuran dirinya memikirkan perkara yang belum
tentu hujungnya.
“ Aathifah pun
aku tengok tidak tunjuk reaksi yang berlebihan pada sesiapa pun. Dia
seolah-olah melayan aku dan Qa’id sama rata jer. Dan Ruwaidi layanannya lebih
kepada ketakutan dan rendah diri daripada istimewa. Tapi kenapa Aathifah Nampak
macam takut-takut dengan Ruwaidi tu kan? Kata-kata sinis Ruwaidi pun melampau.
Kenapa ye? “ Danial mula tertanya kembali hubungan dingin Ruwaidi dengan
Aathifah.
“ Adakah Ruwaidi
juga menaruh perasaan dendam macam aku satu masa dahulu? Itu mungkin salah satu
kemungkinannya. “ Danial cuba mereka kemungkinan.
“ Ah! Sudah. Tak
perlu menyesakkan kepala dengan hal-hal itu. Mungkin nanti aku akan tahu juga “
Danial tidak mahu terus-terusan memikirkan perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment