Hawa Telinga

Thursday 15 May 2014

Novel Aku Nak Kerja Bukan Misi Bab 1






Temu Duga Ke Temu Janji

  P
eluh yang menitis di dahi,  Umairah sapu dengan hujung jari sahaja kerana dia tidak membawa sehelai sapu tangan ataupun tisu tadi. Dia tidak menyangka temu duga kali ini akan makan masa yang agak lama. Walaupun ruangan menunggu itu berhawa dingin namun dik kerana ramai yang hadir untuk temu duga tersebut keadaan sedikit berbahang. Semua calon sudah seperti cacing kepanasan namun seorang pun tidak berganjak dari tempat masing-masing.
‘Pe sal lambat sangat nak start interview ni? Dah kebas buntut aku dok duduk kat sini. Jadi ke tak ni? Kerani ni pun satu dok diam jer dari tadi. Macam tak ambik pusing pun kitaorang kat sini.’ Umairah monolog sendirian. Umairah yang sudah tidak dapat menahan kesabarannya mula bangun dan menghampiri gadis kerani yang ada di situ.
“Maaf ye cik, leh saya tanya sikit tak? Lambat lagi ker nak start interview ni? Bukan pe saya rasa pelik jer sebab dah lewat dua jam dah ni. Janji pukul sembilan pagi tadi sekarang dah kul sebelas lebih dah ni.“ Umairah memaniskan bicara tidak mahu menunjukkan ‘kepanasannya’ kepada gadis kerani yang manis bertudung tersebut.
“Sebentar ye cik, saya telefon pihak atasan.“ Gadis tersebut mula mendail nombor yang berkenaan.
“Okey, saya duduk dulu la ye.“ Umairah mengundurkan diri  ke tempat duduknya tadi.
“Awak tanya pe kat kerani tu?“ Seorang pemuda yang duduk berhampiran dengan Umairah mula bertanya.
“Haah?“ Umairah agak terkejut dengan pertanyaan itu. Dia tidak menyangka pemuda itu ingin bertanya hal berkenaan dengannya.
“Tak de, saya tanya dia bila nak start interview ni. Rupanya dia pun tak tahu, dia tengah call, tanya la tu.“ Umairah menyambung semula membalas pertanyaan pemuda berkenaan.
By the way, nama saya Hairul Nizam. Tapi panggil Nizam jer. Sape nama awak? Awak minta jawatan pembantu Cef juga ker?“ Pemuda yang berkulit cerah itu bertanya lagi.
‘Alamak! Banyak pulak soalan mamat jambu ni. Tadi bukan main lama aku dok tercogok kat sini tak de lak dia nak sembang bagai. Agaknya baru perasan aku dok kat sebelah, pe? Ke sebab tadi segan nak tanya? Kalau macam tu bagus la. Aku suka sangat kat orang yang penyegan ni. Bukan pe leh la buat mengusik. Hahahaha.‘ Umairah sudah bermain dengan idea nakalnya.
“Hai! Dah sampai mana tu? Dengar tak pe yang saya tanya?“ Nizam kembali bersuara apabila mendapati Umairah termenung memandangnya.
“Ha… dengar-dengar. Awak tanya nama saya kan. Panggil saya Umairah jer. A’ah saya minta jawatan pembantu Cef.“ Umairah yang sedikit malu dengan kelekaannya mula menjawab.
“Oh! Sama la. Dulu awak belajar kat mana?“ Nizam masih mahu berbicara dengan Umairah. Namun pada saat itu gadis kerani tadi datang menghampiri tempat menunggu mereka.
“Maaf ya semua. Saya dimaklumkan ada sedikit kesulitan sebentar tadi jadi interview ni tertunda sebentar. Tapi interview ni akan mula sekejab lagi. Bagi sesiapa yang ada urusan lain buat masa ni dibenarkan pulang dan boleh datang semula interview ni keesokkan hari pada waktu yang sama iaitu sembilan pagi. Okey, sesiapa yang hendak pulang sila berikan nama anda terlebih dahulu pada saya ye. Sekian, terima kasih.“ Gadis manis itu melemparkan senyuman kepada Umairah. Umairah membalas senyuman itu.
‘Aduh! Masa ni la ko nak datang. Tadi punya lama aku dok kat sini ko tak de lak nak meragam. Dah nak sampai waktu interview la ko nak meragam. Aduh!‘ Umairah yang tiba-tiba sakit perut mula melangkah ke arah kerani tersebut.
“Akak nak balik ye? Sape nama akak ye?“ Gadis itu menunjukkan sikap yang lebih mesra.
“Eh! Bukan. Akak bukan nak balik. Tapi akak nak tanya kat mana tandas? Nak buat pelaburan sekejab.“ Umairah tersenyum tawar.
“Oh! Kat sana akak. Belakang dinding kuning tu.“ Sambil tersenyum, gadis kerani itu menunjukkan arah tandas yang ditanya oleh Umairah. Setelah mengucapkan terima kasih kepada gadis itu Umairah segera berlalu pergi.
Cool beb cool. Jangan berlari-lari anak sekalipun. Maintain ayu. Nanti jatuh saham ko. Buat pulak mamat jambu itu dok usha ko sekarang, malu nanti. Cuba tahan.‘ Umairah berbicara sendirian, mengingatkan diri supaya tidak menunjukkan sikap gelojoh untuk pergi ke tandas.

                        **************************************

“Aduh! Tersekat la pulak.“ Umairah yang usai menunaikan tuntutan alam terkejut dengan jeritan kecil seorang pemuda yang berkerusi roda di hadapan pintu tandas lelaki. Dia yang simpati dengan pemuda tersebut kerana hujung pemegang kerusi rodanya tersepit dengan pintu tandas  mula menghampirinya.
“Saya tolong, ya? Kerusi roda encik dah tersekat dengan pintu ni tu sebab encik tak boleh bergerak.“
“Haah…..… terima kasih. Ingatkan dah tak de sape nak tolong saya dah tadi.“ Pemuda tersebut nyata terkejut dengan sapaan Umairah.
“Kenapa gi sorang-sorang ke tandas. Kan bahaya. Nasib baik tersepit kerusi roda jer. Kalau terjatuh ke apa ke tadi kan lagi susah. Tandas ni sudah la jarang orang lalu, sunyi lak tu.“ Umairah berleter bagai mak nenek.
“Haah……Selalu tu saya masuk tandas sorang-sorang tak jadi macam ni. Mungkin saya nak cepat tadi tu yang tersepit. Maaf la menyusahkan cik pulak.“ Pemuda ala kacukan Cina itu tersipu malu walaupun pada mulanya terkejut dengan bebelan Umairah yang seakan sudah lama mengenalinya.
“Eh! Sorry, sorry. Kalau encik ni terasa dengan bebelan saya tadi. Mulut saya ni dah semulajadi macam ni. Macam mak nenek sikit. Orang yang dalam kesulitan kita kena la tolong, jadi tak de istilah menyusahkan di sini. Lagipun saya bukan buat pe pun tolong tolak jer. Bukan kerja berat pun. Sekurang-kurangnya saya dapat pahala. Tak gitu.“ Umairah melemparkan senyuman manis kepada pemuda itu.
“Encik nak pergi mana ni? Nak saya tolong hantarkan ker?“ Umairah pula bertanya apabila menyedari mereka sudah bergerak menjauhi tandas.
“Tak pe. Saya boleh gerak sendiri. Terima kasih lagi sekali. Lagipun nanti cik ni terlepas lak interview cik kat sini.“ Pemuda itu masih tersenyum.
“A’ah la. Tapi…. Macam mana encik ni tahu saya datang nak interview? Encik pun nak gi interview ker?“
“ Tak la. Kan ke cik pakai tag nombor interview sebab tu la saya tahu. “ Pemuda itu tersenyum melihat kekalutan Umairah.
“Ye tak ye jugak kan. Okey, la kalau macam tu saya gerak dulu la. Nanti terlepas lak saya ni. Dah lama saya tunggu tadi. Okey, bye! Jumpa lagi nanti.” Umairah melambaikan tangannya kepada pemuda tersebut.
“Okey, bye!“ Pemuda itu tidak lekang dengan senyuman.

                        ***************************************

‘Ah! Sudah. Jangan terlepas time interview aku sudah. Penat-penat tunggu dari tadi, tak jadi mau meroyan aku nanti. Dah la sekarang ramai sangat orang yang bagus-bagus, pengganggur pun ramai. Bukan senang nak dapat kerja. Dapat gi interview pun dah cukup bagus. Ada gak harapan nak dapat.‘ Umairah meluahkan kerisauannya tatkala melihat ruangan menunggu sudah tiada calon yang lain. Kaki lebih pantas melangkah.
“Semua dah abis interview ker? Cepatnya sudah.“ Umairah yang kekalutan mula bertanya pada gadis kerani tadi.
“Tak la, ada lagi dua orang kat dalam tu tengah interview. Bos suruh masuk tiga orang sekali gus tu yang cepat sikit tu. Lepas ni Akak leh la masuk.“ Gadis tadi hanya tersenyum membalas.
“Alhamdulillah. Ingatkan dah tak sempat tadi. Tapi tak pe ke akak masuk sorang jer nanti. Tak marah ker bos adik nanti.“ Umairah meluahkan kerisauannya.
“Eh! Tak pe la. Bukan akak sengaja pun kan. Dah nak ‘melabur’ nak buat macam mana lagi. Bukannya boleh ditahan-tahan. Nanti lain lak jadinya.“ Gadis itu mula mengusik.
“Ye la kan. Buat apa nak takut kan. Okey terima kasih.“ Umairah kembali lega. Seketika kemudian dua orang gadis keluar dari bilik temu duga berkenaan dengan wajah masam mencuka.
‘Aish! Susah sangat ker soalan-soalan yang ditanya oleh pegawai hotel ni? Mencuka jer muka minah dua orang ni. Tadi aku tengok masa menunggu bukan main lagi menyembang sampai gelak-gelak bagai. Aduh! Ni yang buat kecut perut ni.‘ Umairah berbicara sendirian.
“Cik Aina Umairah binti Abdullah, sila masuk.“ Gadis tadi mula memanggil namanya untuk masuk ke dalam. Dengan perasaan sedikit gementar Umairah mula melangkah masuk sambil di dalam hati tidak henti-henti berdoa dan berselawat. Saat kaki mula melangkah masuk, dia dapat melihat dua orang penemu duga yang kemas berpakaian kot dan seorang memakai jaket cef duduk di hadapan berhalang dengan meja panjang. Di atas meja berhadapan penemu duga masing-masing terletak nama mereka.
‘Awat semua dok tengok macam nak makan jer aku ni. Aduh! Ni yang buat lagi risau ni. Astagfirullahalazim. Kenapa la aku ni? Tadi kan dah baca doa tawakal, jadi tawakal jer la. Jawab soalan sehabis baik. Insya-Allah boleh!‘ Umairah berbisik pada dirinya sendiri memberi  semangat.
“Assalammualaikum“ Umairah memulakan bicaranya.
“Waalaikummussalam. Sila duduk.“ Penemu duga yang paling tua pada pandangan Umairah yang bernama Rafie  mula menjawab salamnya. Baru sahaja Umairah melabuhkan punggungnya, penemu duga yang paling muda dikalangan mereka bertiga pula bersuara. Nama pada tagnya ialah Saifuddin.
“Kenapa Cik Aina Umairah lambat tadi. Cik pergi mana ye?“ Nada nada sinis.
‘Mak ai, cantiknya soalan mamat ni. Harap muka aje handsome. Macam aku sorang jer yang lambat. Yang dape tadi lambat mula tak pe pulak. Melampau betul mamat ni tau. Ingat ko yang interview aku tu ko dah hebat sangat la. Mengalahkan bos pulak. Nasib baik ada orang tua kat dalam ni, kalau tidak dah lama aku sembur ko.‘ Umairah cuba mengawal emosi diri.
“Maafkan saya. Tadi saya menunaikan tuntutan alam.“ Umairah yang berwajah putih kekuningan sudah bertukar sedikit kemerahan kerana rasa ‘terbakar’ dengan kata-kata Encik Saifuddin itu walaupun cuba dikawalnya.
“Pagi tadi cik sarapan apa, ya?“ Saifuddin masih tidak puas hati.
‘Pe hal tanya aku makan pe lak ni. Soalan ni ker dape tanya masa temu duga? Dah la tanya suara macam harimau tak cukup makan.‘ Umairah berbicara sendirian lagi.
“Pagi tadi saya makan nasi lemak dengan air susu kambing. Dekat nasi lemak tu saya letak sama sambal tumis ikan bilis yang ‘pedas membara’, telur mata kerbau dan sayur salad.“
‘Ha.. ambik kau jawapan pedas membara dari aku.‘ Dua lagi penemu duga hanya tersenyum kambing mendengar jawapan daripada Umairah.
“Patut la cik sakit perut, makan sambal tumis ikan bilis ‘ pedas membara’. Sepatutnya cik yang belajar kulinari tahu semua ni. Cik sepatutnya sedar, sebelum datang temu duga ni, cik tidak patut mengambil makanan yang boleh memudaratkan keadaan perut cik tu.“ Saifuddin seperti tidak mahu mengalah berlawan bicara.
‘Aik mamat ni dah lebih dah ni.‘ Umairah semakin terbakar.
“Biasa saya makan macam tu tak pulak sakit perut.“ Umairah menjawab dengan menahan kadar lontaran nada suara agar tidak tinggi.
“Okey, Cik Aina Umairah, Encik Saifuddin. Kita berbalik pada soalan yang sepatutnya ya.“ Rafie mula berbicara semula.
‘Nasib baik ada Encik Rafie ni. Kalau tidak dah lama aku bagi makan cili yang ada kat atas meja depan aku ni. Mamat ni, melebih-lebih bukan main lagi. Nak kata datang bulan, lelaki. Jangan cakap buat pembedahan plastik tukar jantina sudah. Kalau macam tu mungkin la ada sintom datang bulan.‘ Umairah lega kerana perang mulut tidak harus lagi diteruskan.
“Boleh saya tahu sebab Cik Aina Umairah memohon jawatan ni? Daripada keputusan cik saya rasa tak de masalah kalau cik nak sambung belajar. Sambung luar negara pun boleh ni.“ Rafie mula bertanya.
“Saya memohon kerja ini sebab saya ingin mengumpul duit untuk saya sambung belajar di samping saya hendak mencari pengalaman dalam bidang ini.“ Umairah menjawab dengan tenang.
“Kenapa tidak memohon biasiswa. Rasanya dengan keputusan yang cemerlang sebegini tak mustahil untuk mendapatkan biasiswa.“ Rafie menyambung lagi.
“Saya ada memohon tapi mungkin bukan rezeki saya. Lagipun sekarang ni terlalu ramai yang bijak pandai, dengan jumlah peruntukan biasiswa yang terhad agak mustahil kesemua pemohon dapat peruntukan biasiswa berkenaan.“
“Famili cik tidak membantu ke? Daripada pemerhatian saya pada borang ini bapa cik bekerja sebagai jurutera.“
“Bapa saya memang ada membuat simpanan pembelanjaran untuk saya tapi kebanyakan telah saya gunakan untuk pengajian saya yang terdahulu. Lagipun saya masih mempunyai dua orang adik yang masih lagi menuntut.“ Umairah menjawab dengan penuh keyakinan tanpa ada tanda penyesalan atau terkilan.
“Pinjaman PTPTN kan ada?“ Saifuddin pula mencelah.
‘Tanya ke nak buat promosi iklan PTPTN ni?‘ Umairah tersengih sedikit mendengar pertanyaan Saifuddin kerana dia terkenangkan cara percakapan Saifuddin seperti iklan PTPTN.
“Bapa saya sudah mengajar saya dan adik beradik supaya tidak mudah membuat pinjaman sekiranya kita masih ada jalan yang lain untuk mendapatkan duit. Gunakan kudrat sendiri, bapa saya selalu berpesan. Lagipun saya risau saya tidak mampu bayar bila saya sudah tamat belajar nanti. Sekarang ni bukan senang hendak mendapat pekerjaan sebab terlalu ramai yang layak kerana ramai yang bijak pandai kecuali kita mempunyai kabel yang kukuh tapi saya tahu bukan semua tempat ambil pusing pasal perihal kabel tersebut.“ Umairah meluahkan rasa hatinya. Rafie dan Cef Fiq hanya menganggukkan kepala mendengar jawapan Umairah. Sementara Encik Saifuddin hanya diam memandang muka Umairah.
‘Macam patung jer mamat ni. Tak de respond langsung. Tak sudah lagi marahkan aku apa?‘ Umairah berkira sendiri.
“Okey. Sekarang giliran saya pula untuk bertanya.“ Cef Fiq pula berbicara dengan suara yang sedikit tegas.
“Boleh Cik Aina Umairah sebutkan nama-nama bahan masakan yang terdapat di hadapan anda sekarang. Bermula dengan bahan dari kanan cik.“ Cef Fiq menyambung. Umairah mula memerhati dengan teliti setiap bahan masakan yang ada.
“Maafkan saya, boleh saya lihat dan sentuh bahan-bahan dengan lebih dekat.“ Umairah mahu memastikan jawapan yang diberikan sebentar nanti tepat.
“Boleh, silakan. Buat apa yang cik rasakan patut bagi memberikan jawapan yang tepat.“ Cef Fiq tersenyum. Umairah menghampiri bahan-bahan tersebut.
“Bahan pertama ini, buah durian belanda. Yang kedua ini cili kampung. Yang ketiga bawang putih. Yang keempat ikan bilis, yang kelima nasi beras basmati, yang keenam sayur kangkung.“ Umairah berhenti di situ dan mula merasa sedikit cecair yang berada dalam bekas ketujuh dan kelapan. Kemudian dia menyambung semula.
“Yang ketujuh ini air ais krim soda, kelapan ini air gula perang dan yang terakhir telur ayam gred B.“ Umairah menjawab dengan yakin kemudian kembali duduk di kerusinya. Cef Fiq hanya menganggukkan kepalanya mendengar jawapan Umairah.
“Okey, sekarang boleh tak Cik cadangkan hidangan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan tersebut?“ Cef Ismail masih lagi menyoal. Umairah mula memikirkan hidangan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan yang ada.
“Saya rasa saya boleh membuat nasi goreng kampung dengan air buah durian belanda, cef.“ Baru sahaja Umairah menjawab Encik Saifuddin mencelah.
“Berapa biji cili yang diperlukan untuk memasak sepinggan nasi goreng kampung tersebut, ya Cik Aina Umairah?“
‘Ish…. Mamat ni tak sudah dengan isu cili lagi ker? Dia ni tak suka cili ker apa? Sensitif sangat bila sebut pasal cili ni. Agaknya tak suka kot, ye la muka pun macam orang Cina. Mana tahan makan pedas, kan.‘ Monolog Umairah sendirian.
“Ikut permintaan pelanggan juga. Kalau mereka mahu yang pedas saya akan guna tiga biji tetapi bagi kebiasaan dua biji sudah mencukupi.“ Encik Saifuddin memandangnya dengan begitu sinis sekali.
“Kerja-kerja di dapur hotel ini kebiasaannya agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Saya lihat dengan tubuh kecil Cik Aina Umairah ni agak sukar untuk melakukannya.“ Encik Saifuddin menyatakan firasatnya.
‘Okey! Ko masih nak berperang yek. Siap ko. Aku bagi jawapan yang cantik punya. Ko ingat aku macam minah dua orang tadi boleh terima ajer sampai muka masam mencuka masa keluar tadi.‘ Umairah berbicara sendirian.
“Kekuatan bukan ada pada rupa bentuk Encik Saifuddin. Kalau encik tengok Nasional Geographyc, ada diceritakan tentang kaum asli Afrika di mana kaum wanitanya yang bertungkus lumus bekerja seperti mencari kayu api, menggangkat dan memasak seekor kambing sendirian tanpa bantuan kaum lelakinya. Itu merupakan contoh bahawa kaum wanita bukan seorang yang lemah tenaganya, lagipun alah bisa tegal biasa kan. Allah Maha Bijaksana mencipta hamba-hambanya baik lelaki mahupun wanita. Ada keistimewaan masing-masing. Tapi kalau Encik Saifuddin masih ragu dengan saya, saya boleh tunjukkan pada encik kekuatan saya sekarang juga. Boleh?“ Umairah semakin berapi namun masih mengawal nada bicaranya.
“Macam mana Encik Saifuddin, boleh ker Cik Aina Umairah ni nak tunjuk kehebatannya?“ Rafie sudah tersenyum memandang Saifuddin. Mata Saifuddin dan Umairah masih saling bertentang, seolah-olah musuh ketat.
“Boleh kalau itu yang Cik Aina Umairah ingin buktikan. Saya harap Cik Aina Umairah jangan malu pulak sekiranya gagal.“ Saifuddin tersenyum sinis.
“Okey. Kita tengok nanti siapa yang akan malu. Encik Saifuddin tak perlu buat apa-apa hanya duduk di kerusi encik sekarang.“ Umairah menghampiri Encik Saifuddin.
‘Aku nak tengok macam mana ko boleh sedar akan perkara ini.‘ Umairah bertanya dalam dirinya. Saat menghampiri Encik Saifuddin, Umairah menghulurkan jari-jemarinya dan cuba mencapai sapu tangan yang terdapat pada poket hadapan kot Encik Saifuddin.
“Maafkan saya ya Encik Saifuddin, boleh saya pinjam sapu tangan encik untuk membuat lapik supaya jari saya tak tersentuh kulit Encik Saifuddin. Bukan apa haram saya menyentuh lelaki bukan muhrim. Boleh?“ Saifuddin yang agak terkesima dengan tindakan berani Umairah hanya menganggukkan kepala tanpa sebarang bicara.
“Sekarang saya akan sentuh dahi Encik Saifuddin dengan jari telunjuk saya sahaja. Boleh?“ Dengan berlapikkan sapu tangan tadi Umairah mula menyentuh dahi Saifuddin setelah Saifuddin sekali lagi hanya menganggukkan kepala dengan tindakan yang ingin dilakukan oleh Umairah. Umairah memerhatikan Saifuddin yang duduk sambil berpeluk tubuh sambil tersenyum.
So sekarang cuba Encik Saifuddin berdiri dari kerusi tu tanpa menggunakan bantuan tangan encik untuk membangunkan encik.“ Tanpa berlengah Saifuddin cuba berdiri namun ternyata susah sedangkan selalunya boleh sahaja hendak berdiri walaupun tanpa bantuan dari tangannya. Encik Saifuddin rasa terpukul dengan tindakan Umairah. Setelah melihat beberapa percubaan Encik Saifuddin gagal, Umairah mula mengalihkan jarinya.
So macammana, kuat tak saya?“ Umairah berpusing untuk kembali semula pada kerusinya. Kemudian dia berpaling semula kepada Saifuddin.
“Oh! Ya satu lagi. Kekuatan bukan hanya bergantung pada tubuh badan tetapi juga akal fikiran seperti mana yang dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh dalam usaha untuk menakluki Konstantinople, negara yang tidak pernah dapat ditembusi dan ditewaskan oleh sesiapa pun. Bukan pada bilangan tenteranya tetapi pada kecerdikan akal fikirannya.“ Umairah kembali ke tempat duduknya. Rafie dan Cef Fiq hanya memerhatikan gelagat Umairah dan Saifuddin sambil masing-masing tersenyum simpul.
“Okey, saya rasa acara berlawan tenaga tadi menjadi puncak untuk kita mengakhiri sesi temu duga ini. Terima kasih Cik Aina Umairah untuk sesi temu duga yang begitu menarik sekali. Saya harap jika ada kesempatan kita dapat berjumpa lagi. Assalammualaikum.“ Rafie mengakhiri bicaranya.
“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa menemuramah saya. Maaf sekiranya ada butir bicara saya yang menyinggung hati dan perasaan encik-encik semua. Saya juga harap kita dapat berjumpa lagi.“ Umairah menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada semua penemu duga. Senyuman tidak lekang dibibir Umairah. Kini Umairah berasa lapang kerana sesi temu duga tersebut berjalan lancar walaupun tidak selancarnya.

                        ***********************************

‘Eh! Ada lagi mamat jambu ni?‘ Umairah berbicara sendirian sebaik terlihat Hairul Nizam masih tegak menunggu di luar, seketika Umairah melangkah keluar daripada pintu masuk bangunan hotel itu.
“Belum balik lagi ker? Tunggu siapa?“ Umairah cuba memulakan bicara.
“Saya tunggu kawan ambik. Kami nak gi lepak sama kejap. Awak nak join ker?“ Hairul Nizam mengajak sambil tersenyum.
‘Senyum tu ikhlas ker ada maksud jahat. Lelaki sekarang bukan boleh percaya sangat. Apa alasan aku nak bagi ni.‘ Umairah merangka-rangka jawapan yang wajar.
“Tak pe la, saya pun dah janji nak keluar dengan umi saya kejap lagi.“ Umairah cuba tersenyum.
“Okey la kalau macam tu. Saya gerak dulu kawan saya dah sampai tu. Kita jumpa lagi Umairah.“ Hairul Nizam mengangkat tangan sambil mengeyitkan sebelah mata kirinya. Umairah hanya tersenyum, tersenyum tawar sebenarnya.
‘Mengenyit pulak mamat jambu ni. Dasar lelaki!. Eh! Tapi bila dikenangkan balik ari ni aku datang temu duga ker temu janji. Sampai tiga orang jejaka aku jumpa ari ni. Haih!‘ Umairah bermonolog sendirian.




2 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Haha. Geli hati pulak baca.. ;)

Unknown said...

Salam syira.... semoga cete ni pun menarik minat awak... jgn lupa tgglkn komen okey... tqvm...