Temu Duga Ke Temu Janji
P
|
eluh yang menitis di dahi, Umairah sapu dengan hujung jari sahaja kerana
dia tidak membawa sehelai sapu tangan ataupun tisu tadi. Dia tidak menyangka temu
duga kali ini akan makan masa yang agak lama. Walaupun ruangan menunggu itu
berhawa dingin namun dik kerana ramai yang hadir untuk temu duga tersebut
keadaan sedikit berbahang. Semua calon sudah seperti cacing kepanasan namun
seorang pun tidak berganjak dari tempat masing-masing.
‘Pe sal lambat sangat nak start interview ni? Dah kebas buntut aku dok duduk kat sini. Jadi
ke tak ni? Kerani ni pun satu dok diam jer dari tadi. Macam tak ambik pusing
pun kitaorang kat sini.’ Umairah monolog sendirian. Umairah yang sudah tidak
dapat menahan kesabarannya mula bangun dan menghampiri gadis kerani yang ada di
situ.
“Maaf ye cik, leh saya tanya sikit tak? Lambat
lagi ker nak start interview ni?
Bukan pe saya rasa pelik jer sebab dah lewat dua jam dah ni. Janji pukul sembilan
pagi tadi sekarang dah kul sebelas lebih dah ni.“ Umairah memaniskan bicara
tidak mahu menunjukkan ‘kepanasannya’ kepada gadis kerani yang manis bertudung
tersebut.
“Sebentar ye cik, saya telefon pihak atasan.“
Gadis tersebut mula mendail nombor yang berkenaan.
“Okey, saya duduk dulu la ye.“ Umairah
mengundurkan diri ke tempat duduknya
tadi.
“Awak tanya pe kat kerani tu?“ Seorang pemuda
yang duduk berhampiran dengan Umairah mula bertanya.
“Haah?“ Umairah agak terkejut dengan
pertanyaan itu. Dia tidak menyangka pemuda itu ingin bertanya hal berkenaan
dengannya.
“Tak de, saya tanya dia bila nak start interview ni. Rupanya dia pun tak
tahu, dia tengah call, tanya la tu.“
Umairah menyambung semula membalas pertanyaan pemuda berkenaan.
“By the
way, nama saya Hairul Nizam. Tapi panggil Nizam jer. Sape nama awak? Awak
minta jawatan pembantu Cef juga ker?“ Pemuda yang berkulit cerah itu bertanya
lagi.
‘Alamak! Banyak pulak soalan mamat jambu ni. Tadi bukan main lama aku dok
tercogok kat sini tak de lak dia nak sembang bagai. Agaknya baru perasan aku
dok kat sebelah, pe? Ke sebab tadi segan nak tanya? Kalau macam tu bagus la.
Aku suka sangat kat orang yang penyegan ni. Bukan pe leh la buat mengusik. Hahahaha.‘
Umairah sudah bermain dengan idea nakalnya.
“Hai! Dah sampai mana tu? Dengar tak pe yang
saya tanya?“ Nizam kembali bersuara apabila mendapati Umairah termenung
memandangnya.
“Ha… dengar-dengar. Awak tanya nama saya kan.
Panggil saya Umairah jer. A’ah saya minta jawatan pembantu Cef.“ Umairah yang
sedikit malu dengan kelekaannya mula menjawab.
“Oh! Sama la. Dulu awak belajar kat mana?“
Nizam masih mahu berbicara dengan Umairah. Namun pada saat itu gadis kerani
tadi datang menghampiri tempat menunggu mereka.
“Maaf ya semua. Saya dimaklumkan ada sedikit
kesulitan sebentar tadi jadi interview ni
tertunda sebentar. Tapi interview ni akan mula sekejab lagi.
Bagi sesiapa yang ada urusan lain buat masa ni dibenarkan pulang dan boleh
datang semula interview ni keesokkan
hari pada waktu yang sama iaitu sembilan pagi. Okey, sesiapa yang hendak pulang
sila berikan nama anda terlebih dahulu pada saya ye. Sekian, terima kasih.“
Gadis manis itu melemparkan senyuman kepada Umairah. Umairah membalas senyuman
itu.
‘Aduh! Masa ni la ko nak datang. Tadi punya
lama aku dok kat sini ko tak de lak nak meragam. Dah nak sampai waktu interview la ko nak meragam. Aduh!‘
Umairah yang tiba-tiba sakit perut mula melangkah ke arah kerani tersebut.
“Akak nak balik ye? Sape nama akak ye?“ Gadis
itu menunjukkan sikap yang lebih mesra.
“Eh! Bukan. Akak bukan nak balik. Tapi akak
nak tanya kat mana tandas? Nak buat pelaburan sekejab.“ Umairah tersenyum
tawar.
“Oh! Kat sana akak. Belakang dinding kuning
tu.“ Sambil tersenyum, gadis kerani itu menunjukkan arah tandas yang ditanya
oleh Umairah. Setelah mengucapkan terima kasih kepada gadis itu Umairah segera
berlalu pergi.
‘Cool
beb cool. Jangan berlari-lari anak sekalipun. Maintain ayu. Nanti jatuh saham ko. Buat pulak mamat jambu itu dok usha ko sekarang, malu
nanti. Cuba tahan.‘ Umairah berbicara sendirian, mengingatkan diri supaya tidak
menunjukkan sikap gelojoh untuk pergi ke tandas.
**************************************
“Aduh! Tersekat la pulak.“ Umairah yang usai
menunaikan tuntutan alam terkejut dengan jeritan kecil seorang pemuda yang
berkerusi roda di hadapan pintu tandas lelaki. Dia yang simpati dengan pemuda
tersebut kerana hujung pemegang kerusi rodanya tersepit dengan pintu
tandas mula menghampirinya.
“Saya tolong, ya? Kerusi roda encik dah
tersekat dengan pintu ni tu sebab encik tak boleh bergerak.“
“Haah…..… terima kasih. Ingatkan dah tak de
sape nak tolong saya dah tadi.“ Pemuda tersebut nyata terkejut dengan sapaan
Umairah.
“Kenapa gi sorang-sorang ke tandas. Kan
bahaya. Nasib baik tersepit kerusi roda jer. Kalau terjatuh ke apa ke tadi kan
lagi susah. Tandas ni sudah la jarang orang lalu, sunyi lak tu.“ Umairah
berleter bagai mak nenek.
“Haah……Selalu tu saya masuk tandas
sorang-sorang tak jadi macam ni. Mungkin saya nak cepat tadi tu yang tersepit.
Maaf la menyusahkan cik pulak.“ Pemuda ala kacukan Cina itu tersipu malu
walaupun pada mulanya terkejut dengan bebelan Umairah yang seakan sudah lama mengenalinya.
“Eh! Sorry,
sorry. Kalau encik ni terasa dengan bebelan saya tadi. Mulut saya ni dah
semulajadi macam ni. Macam mak nenek sikit. Orang yang dalam kesulitan kita
kena la tolong, jadi tak de istilah menyusahkan di sini. Lagipun saya bukan
buat pe pun tolong tolak jer. Bukan kerja berat pun. Sekurang-kurangnya saya
dapat pahala. Tak gitu.“ Umairah melemparkan senyuman manis kepada pemuda itu.
“Encik nak pergi mana ni? Nak saya tolong
hantarkan ker?“ Umairah pula bertanya apabila menyedari mereka sudah bergerak
menjauhi tandas.
“Tak pe. Saya boleh gerak sendiri. Terima
kasih lagi sekali. Lagipun nanti cik ni terlepas lak interview cik kat sini.“ Pemuda itu masih tersenyum.
“A’ah la. Tapi…. Macam mana encik ni tahu saya
datang nak interview? Encik pun nak
gi interview ker?“
“ Tak la. Kan ke cik pakai tag nombor interview sebab tu la saya tahu. “
Pemuda itu tersenyum melihat kekalutan Umairah.
“Ye tak ye jugak kan. Okey, la kalau macam tu
saya gerak dulu la. Nanti terlepas lak saya ni. Dah lama saya tunggu tadi. Okey,
bye! Jumpa lagi nanti.” Umairah melambaikan tangannya kepada pemuda tersebut.
“Okey, bye!“ Pemuda itu tidak lekang dengan
senyuman.
***************************************
‘Ah! Sudah. Jangan terlepas time interview aku sudah. Penat-penat tunggu dari tadi, tak jadi
mau meroyan aku nanti. Dah la sekarang ramai sangat orang yang bagus-bagus, pengganggur
pun ramai. Bukan senang nak dapat kerja. Dapat gi interview pun dah cukup bagus. Ada gak harapan nak dapat.‘ Umairah
meluahkan kerisauannya tatkala melihat ruangan menunggu sudah tiada calon yang
lain. Kaki lebih pantas melangkah.
“Semua dah abis interview ker? Cepatnya sudah.“ Umairah yang kekalutan mula
bertanya pada gadis kerani tadi.
“Tak la, ada lagi dua orang kat dalam tu
tengah interview. Bos suruh masuk
tiga orang sekali gus tu yang cepat sikit tu. Lepas ni Akak leh la masuk.“
Gadis tadi hanya tersenyum membalas.
“Alhamdulillah. Ingatkan dah tak sempat tadi.
Tapi tak pe ke akak masuk sorang jer nanti. Tak marah ker bos adik nanti.“
Umairah meluahkan kerisauannya.
“Eh! Tak pe la. Bukan akak sengaja pun kan.
Dah nak ‘melabur’ nak buat macam mana lagi. Bukannya boleh ditahan-tahan. Nanti
lain lak jadinya.“ Gadis itu mula mengusik.
“Ye la kan. Buat apa nak takut kan. Okey
terima kasih.“ Umairah kembali lega. Seketika kemudian dua orang gadis keluar
dari bilik temu duga berkenaan dengan wajah masam mencuka.
‘Aish! Susah sangat ker soalan-soalan yang
ditanya oleh pegawai hotel ni? Mencuka jer muka minah dua orang ni. Tadi aku
tengok masa menunggu bukan main lagi menyembang sampai gelak-gelak bagai. Aduh!
Ni yang buat kecut perut ni.‘ Umairah berbicara sendirian.
“Cik Aina Umairah binti Abdullah, sila masuk.“
Gadis tadi mula memanggil namanya untuk masuk ke dalam. Dengan perasaan sedikit
gementar Umairah mula melangkah masuk sambil di dalam hati tidak henti-henti
berdoa dan berselawat. Saat kaki mula melangkah masuk, dia dapat melihat dua
orang penemu duga yang kemas berpakaian kot dan seorang memakai jaket cef duduk
di hadapan berhalang dengan meja panjang. Di atas meja berhadapan penemu duga
masing-masing terletak nama mereka.
‘Awat semua dok tengok macam nak makan jer aku
ni. Aduh! Ni yang buat lagi risau ni. Astagfirullahalazim. Kenapa la aku ni?
Tadi kan dah baca doa tawakal, jadi tawakal jer la. Jawab soalan sehabis baik.
Insya-Allah boleh!‘ Umairah berbisik pada dirinya sendiri memberi semangat.
“Assalammualaikum“ Umairah memulakan
bicaranya.
“Waalaikummussalam. Sila duduk.“ Penemu duga
yang paling tua pada pandangan Umairah yang bernama Rafie mula menjawab salamnya. Baru sahaja Umairah melabuhkan
punggungnya, penemu duga yang paling muda dikalangan mereka bertiga pula
bersuara. Nama pada tagnya ialah Saifuddin.
“Kenapa Cik Aina Umairah lambat tadi. Cik
pergi mana ye?“ Nada nada sinis.
‘Mak ai, cantiknya soalan mamat ni. Harap muka
aje handsome. Macam aku sorang jer
yang lambat. Yang dape tadi lambat mula tak pe pulak. Melampau betul mamat ni
tau. Ingat ko yang interview aku tu
ko dah hebat sangat la. Mengalahkan bos pulak. Nasib baik ada orang tua kat
dalam ni, kalau tidak dah lama aku sembur ko.‘ Umairah cuba mengawal emosi
diri.
“Maafkan saya. Tadi saya menunaikan tuntutan
alam.“ Umairah yang berwajah putih kekuningan sudah bertukar sedikit kemerahan
kerana rasa ‘terbakar’ dengan kata-kata Encik Saifuddin itu walaupun cuba
dikawalnya.
“Pagi tadi cik sarapan apa, ya?“ Saifuddin
masih tidak puas hati.
‘Pe hal tanya aku makan pe lak ni. Soalan ni
ker dape tanya masa temu duga? Dah la tanya suara macam harimau tak cukup makan.‘
Umairah berbicara sendirian lagi.
“Pagi tadi saya makan nasi lemak dengan air
susu kambing. Dekat nasi lemak tu saya letak sama sambal tumis ikan bilis yang ‘pedas
membara’, telur mata kerbau dan sayur salad.“
‘Ha.. ambik kau jawapan pedas membara dari aku.‘ Dua lagi penemu duga hanya tersenyum
kambing mendengar jawapan daripada Umairah.
“Patut la cik sakit perut, makan sambal tumis
ikan bilis ‘ pedas membara’. Sepatutnya cik yang belajar kulinari tahu semua
ni. Cik sepatutnya sedar, sebelum datang temu duga ni, cik tidak patut mengambil
makanan yang boleh memudaratkan keadaan perut cik tu.“ Saifuddin seperti tidak
mahu mengalah berlawan bicara.
‘Aik mamat ni dah lebih dah ni.‘ Umairah semakin
terbakar.
“Biasa saya makan macam tu tak pulak sakit
perut.“ Umairah menjawab dengan menahan kadar lontaran nada suara agar tidak
tinggi.
“Okey, Cik Aina Umairah, Encik Saifuddin. Kita
berbalik pada soalan yang sepatutnya ya.“ Rafie mula berbicara semula.
‘Nasib baik ada Encik Rafie ni. Kalau tidak
dah lama aku bagi makan cili yang ada kat atas meja depan aku ni. Mamat ni, melebih-lebih
bukan main lagi. Nak kata datang bulan, lelaki. Jangan cakap buat pembedahan
plastik tukar jantina sudah. Kalau macam tu mungkin la ada sintom datang bulan.‘
Umairah lega kerana perang mulut tidak harus lagi diteruskan.
“Boleh saya tahu sebab Cik Aina Umairah
memohon jawatan ni? Daripada keputusan cik saya rasa tak de masalah kalau cik
nak sambung belajar. Sambung luar negara pun boleh ni.“ Rafie mula bertanya.
“Saya memohon kerja ini sebab saya ingin
mengumpul duit untuk saya sambung belajar di samping saya hendak mencari
pengalaman dalam bidang ini.“ Umairah menjawab dengan tenang.
“Kenapa tidak memohon biasiswa. Rasanya dengan
keputusan yang cemerlang sebegini tak mustahil untuk mendapatkan biasiswa.“ Rafie
menyambung lagi.
“Saya ada memohon tapi mungkin bukan rezeki
saya. Lagipun sekarang ni terlalu ramai yang bijak pandai, dengan jumlah
peruntukan biasiswa yang terhad agak mustahil kesemua pemohon dapat peruntukan
biasiswa berkenaan.“
“Famili cik tidak membantu ke? Daripada
pemerhatian saya pada borang ini bapa cik bekerja sebagai jurutera.“
“Bapa saya memang ada membuat simpanan
pembelanjaran untuk saya tapi kebanyakan telah saya gunakan untuk pengajian
saya yang terdahulu. Lagipun saya masih mempunyai dua orang adik yang masih
lagi menuntut.“ Umairah menjawab dengan penuh keyakinan tanpa ada tanda
penyesalan atau terkilan.
“Pinjaman PTPTN kan ada?“ Saifuddin pula
mencelah.
‘Tanya ke nak buat promosi iklan PTPTN ni?‘ Umairah
tersengih sedikit mendengar pertanyaan Saifuddin kerana dia terkenangkan cara
percakapan Saifuddin seperti iklan PTPTN.
“Bapa saya sudah mengajar saya dan adik
beradik supaya tidak mudah membuat pinjaman sekiranya kita masih ada jalan yang
lain untuk mendapatkan duit. Gunakan kudrat sendiri, bapa saya selalu berpesan.
Lagipun saya risau saya tidak mampu bayar bila saya sudah tamat belajar nanti.
Sekarang ni bukan senang hendak mendapat pekerjaan sebab terlalu ramai yang
layak kerana ramai yang bijak pandai kecuali kita mempunyai kabel yang kukuh
tapi saya tahu bukan semua tempat ambil pusing pasal perihal kabel tersebut.“
Umairah meluahkan rasa hatinya. Rafie dan Cef Fiq hanya menganggukkan kepala
mendengar jawapan Umairah. Sementara Encik Saifuddin hanya diam memandang muka
Umairah.
‘Macam patung jer mamat ni. Tak de respond langsung. Tak sudah lagi
marahkan aku apa?‘ Umairah berkira sendiri.
“Okey. Sekarang giliran saya pula untuk
bertanya.“ Cef Fiq pula berbicara dengan suara yang sedikit tegas.
“Boleh Cik Aina Umairah sebutkan nama-nama
bahan masakan yang terdapat di hadapan anda sekarang. Bermula dengan bahan dari
kanan cik.“ Cef Fiq menyambung. Umairah mula memerhati dengan teliti setiap
bahan masakan yang ada.
“Maafkan saya, boleh saya lihat dan sentuh
bahan-bahan dengan lebih dekat.“ Umairah mahu memastikan jawapan yang diberikan
sebentar nanti tepat.
“Boleh, silakan. Buat apa yang cik rasakan
patut bagi memberikan jawapan yang tepat.“ Cef Fiq tersenyum. Umairah
menghampiri bahan-bahan tersebut.
“Bahan pertama ini, buah durian belanda. Yang
kedua ini cili kampung. Yang ketiga bawang putih. Yang keempat ikan bilis, yang
kelima nasi beras basmati, yang keenam sayur kangkung.“ Umairah berhenti di
situ dan mula merasa sedikit cecair yang berada dalam bekas ketujuh dan
kelapan. Kemudian dia menyambung semula.
“Yang ketujuh ini air ais krim soda, kelapan
ini air gula perang dan yang terakhir telur ayam gred B.“ Umairah menjawab
dengan yakin kemudian kembali duduk di kerusinya. Cef Fiq hanya menganggukkan kepalanya
mendengar jawapan Umairah.
“Okey, sekarang boleh tak Cik cadangkan
hidangan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan tersebut?“ Cef Ismail masih lagi
menyoal. Umairah mula memikirkan hidangan yang boleh dibuat dengan bahan-bahan
yang ada.
“Saya rasa saya boleh membuat nasi goreng
kampung dengan air buah durian belanda, cef.“ Baru sahaja Umairah menjawab
Encik Saifuddin mencelah.
“Berapa biji cili yang diperlukan untuk
memasak sepinggan nasi goreng kampung tersebut, ya Cik Aina Umairah?“
‘Ish…. Mamat ni tak sudah dengan isu cili lagi
ker? Dia ni tak suka cili ker apa? Sensitif sangat bila sebut pasal cili ni.
Agaknya tak suka kot, ye la muka pun macam orang Cina. Mana tahan makan pedas,
kan.‘ Monolog Umairah sendirian.
“Ikut permintaan pelanggan juga. Kalau mereka
mahu yang pedas saya akan guna tiga biji tetapi bagi kebiasaan dua biji sudah
mencukupi.“ Encik Saifuddin memandangnya dengan begitu sinis sekali.
“Kerja-kerja di dapur hotel ini kebiasaannya
agak berat dan memerlukan tenaga yang banyak. Saya lihat dengan tubuh kecil Cik
Aina Umairah ni agak sukar untuk melakukannya.“ Encik Saifuddin menyatakan
firasatnya.
‘Okey! Ko masih nak berperang yek. Siap ko.
Aku bagi jawapan yang cantik punya. Ko ingat aku macam minah dua orang tadi
boleh terima ajer sampai muka masam mencuka masa keluar tadi.‘ Umairah
berbicara sendirian.
“Kekuatan bukan ada pada rupa bentuk Encik Saifuddin.
Kalau encik tengok Nasional Geographyc,
ada diceritakan tentang kaum asli Afrika di mana kaum wanitanya yang bertungkus
lumus bekerja seperti mencari kayu api, menggangkat dan memasak seekor kambing
sendirian tanpa bantuan kaum lelakinya. Itu merupakan contoh bahawa kaum wanita
bukan seorang yang lemah tenaganya, lagipun alah bisa tegal biasa kan. Allah
Maha Bijaksana mencipta hamba-hambanya baik lelaki mahupun wanita. Ada
keistimewaan masing-masing. Tapi kalau Encik Saifuddin masih ragu dengan saya,
saya boleh tunjukkan pada encik kekuatan saya sekarang juga. Boleh?“ Umairah
semakin berapi namun masih mengawal nada bicaranya.
“Macam mana Encik Saifuddin, boleh ker Cik Aina
Umairah ni nak tunjuk kehebatannya?“ Rafie sudah tersenyum memandang Saifuddin.
Mata Saifuddin dan Umairah masih saling bertentang, seolah-olah musuh ketat.
“Boleh kalau itu yang Cik Aina Umairah ingin
buktikan. Saya harap Cik Aina Umairah jangan malu pulak sekiranya gagal.“ Saifuddin
tersenyum sinis.
“Okey. Kita tengok nanti siapa yang akan malu.
Encik Saifuddin tak perlu buat apa-apa hanya duduk di kerusi encik sekarang.“
Umairah menghampiri Encik Saifuddin.
‘Aku nak tengok macam mana ko boleh sedar akan
perkara ini.‘ Umairah bertanya dalam dirinya. Saat menghampiri Encik Saifuddin,
Umairah menghulurkan jari-jemarinya dan cuba mencapai sapu tangan yang terdapat
pada poket hadapan kot Encik Saifuddin.
“Maafkan saya ya Encik Saifuddin, boleh saya
pinjam sapu tangan encik untuk membuat lapik supaya jari saya tak tersentuh
kulit Encik Saifuddin. Bukan apa haram saya menyentuh lelaki bukan muhrim.
Boleh?“ Saifuddin yang agak terkesima dengan tindakan berani Umairah hanya
menganggukkan kepala tanpa sebarang bicara.
“Sekarang saya akan sentuh dahi Encik Saifuddin
dengan jari telunjuk saya sahaja. Boleh?“ Dengan berlapikkan sapu tangan tadi
Umairah mula menyentuh dahi Saifuddin setelah Saifuddin sekali lagi hanya
menganggukkan kepala dengan tindakan yang ingin dilakukan oleh Umairah. Umairah
memerhatikan Saifuddin yang duduk sambil berpeluk tubuh sambil tersenyum.
“So
sekarang cuba Encik Saifuddin berdiri dari kerusi tu tanpa menggunakan bantuan
tangan encik untuk membangunkan encik.“ Tanpa berlengah Saifuddin cuba berdiri
namun ternyata susah sedangkan selalunya boleh sahaja hendak berdiri walaupun
tanpa bantuan dari tangannya. Encik Saifuddin rasa terpukul dengan tindakan
Umairah. Setelah melihat beberapa percubaan Encik Saifuddin gagal, Umairah mula
mengalihkan jarinya.
“So macammana,
kuat tak saya?“ Umairah berpusing untuk kembali semula pada kerusinya. Kemudian
dia berpaling semula kepada Saifuddin.
“Oh! Ya satu lagi. Kekuatan bukan hanya
bergantung pada tubuh badan tetapi juga akal fikiran seperti mana yang
dilakukan oleh Sultan Muhammad al-Fateh dalam usaha untuk menakluki
Konstantinople, negara yang tidak pernah dapat ditembusi dan ditewaskan oleh
sesiapa pun. Bukan pada bilangan tenteranya tetapi pada kecerdikan akal
fikirannya.“ Umairah kembali ke tempat duduknya. Rafie dan Cef Fiq hanya
memerhatikan gelagat Umairah dan Saifuddin sambil masing-masing tersenyum
simpul.
“Okey, saya rasa acara berlawan tenaga tadi menjadi
puncak untuk kita mengakhiri sesi temu duga ini. Terima kasih Cik Aina Umairah
untuk sesi temu duga yang begitu menarik sekali. Saya harap jika ada kesempatan
kita dapat berjumpa lagi. Assalammualaikum.“ Rafie mengakhiri bicaranya.
“Terima kasih kerana sudi meluangkan masa
menemuramah saya. Maaf sekiranya ada butir bicara saya yang menyinggung hati
dan perasaan encik-encik semua. Saya juga harap kita dapat berjumpa lagi.“
Umairah menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada semua penemu
duga. Senyuman tidak lekang dibibir Umairah. Kini Umairah berasa lapang kerana
sesi temu duga tersebut berjalan lancar walaupun tidak selancarnya.
***********************************
‘Eh! Ada lagi mamat jambu ni?‘ Umairah berbicara
sendirian sebaik terlihat Hairul Nizam masih tegak menunggu di luar, seketika
Umairah melangkah keluar daripada pintu masuk bangunan hotel itu.
“Belum balik lagi ker? Tunggu siapa?“ Umairah
cuba memulakan bicara.
“Saya tunggu kawan ambik. Kami nak gi lepak
sama kejap. Awak nak join ker?“ Hairul Nizam mengajak sambil tersenyum.
‘Senyum tu ikhlas ker ada maksud jahat. Lelaki
sekarang bukan boleh percaya sangat. Apa alasan aku nak bagi ni.‘ Umairah
merangka-rangka jawapan yang wajar.
“Tak pe la, saya pun dah janji nak keluar
dengan umi saya kejap lagi.“ Umairah cuba tersenyum.
“Okey la kalau macam tu. Saya gerak dulu kawan
saya dah sampai tu. Kita jumpa lagi Umairah.“ Hairul Nizam mengangkat tangan
sambil mengeyitkan sebelah mata kirinya. Umairah hanya tersenyum, tersenyum
tawar sebenarnya.
‘Mengenyit pulak mamat jambu ni. Dasar
lelaki!. Eh! Tapi bila dikenangkan balik ari ni aku datang temu duga ker temu janji.
Sampai tiga orang jejaka aku jumpa ari ni. Haih!‘ Umairah bermonolog sendirian.
2 comments:
Haha. Geli hati pulak baca.. ;)
Salam syira.... semoga cete ni pun menarik minat awak... jgn lupa tgglkn komen okey... tqvm...
Post a Comment