BAB 12 : Sedikit
Tentangnya
S
|
eri bilik Danial
bertambah ceria dan menarik dengan kehadiran tiga kuntum bunga mawar di atas
mejanya. Sejak akhir-akhir ni Zatunnur begitu rajin menghiasi biliknya dengan
kuntuman segar itu. Sedikit-sebanyak keserian dan kesegaran itu menyamankan dan
menceriakan hari-harinya.
‘ Dia ni beli bunga segar ni tak
sayang duit ke? Dah tak tau kat mana nak abiskan duit ker apa? ‘ Danial
bermonolog sendirian di pagi itu. Sedikit tidak selesa dengan tindakan Zatunnur
kerana risau Zatunnur menghabiskan duit untuk sesuatu yang tidak begitu penting
seperti ini. Danial mula mengeluarkan telefon tangannya dari poket seluar
kerana sedikit tidak selesa sekiranya masih dibiarkan di dalamnya.
‘ Eh! Tengok ada message tak. Tadi nak cepat sangat
sampai tak sempat nak tengok. Jangan-jangan Aathifah dah balas message aku. ‘ Tersenyum Danial dengan
harapannya itu.
Sorry Danial sy lewat bls sms awk, td sy
ada hal sikit. Apa kt awk ajak Nur sj. Sy ni xpandai nk shopping terutamanya brg lelaki. Nur kan s/u awk jd dia bab-bab ni
pro la. Nnt sy pilih xsesuai lak dgn citarasa ms kini. Sorry.
Pesanan ringkas
Aathifah itu menyentap sedikit hati Danial dan senyuman tadi serta-merta
kendur. Tidak dia menyangka itu alasan yang diberikan oleh Aathifah. Kepalanya
ligat cuba menangkis dan mencari alasan yang lebih wajar dengan kata-kata Aathifah
tadi. Tersengih lagi Danial dengan akal fikirannya. Berharap alasan ini dapat
melembutkan hati Aathifah dan besetuju dengan ajakannya menemaninya
membeli-belah.
Sorry, Aathifah sy lbh selesa klu awk yg
temankn sy. Klu sy ajak Nur nti staf lain pikir yg bukan2 pulak. Mcm sy ckp ari
tu sy ckp ngan Nur hy hal2 keje xde & xpernah hal2 peribadi. Blh ye
Aathifah. Awk jer 1-1nya kwn pempaun Melayu yg sy kenal. Please3x.
Pesanan itu
dihantar. Dalam hati Danial berdoa semoga alasannya diterima. Sementara
menunggu balasan Aathifah Danial membelek-belek fail-fail yang terdapat
dihadapannya.
‘ Titt, tittt ‘, pesanan masuk.
Danial tidak tunggu lama, segera dia membaca pesanan itu.
Ok, ok sy tmnkn tp dgn syarat kt gi sama ngan
Nur. Sy xmahu gi ngan awk jer nti mcm yg awk ckp tdi takut org lain pk yg
bukan2 lak. Lgpun ber3 lbh baik dr ber2 kan. Lbh byk pendapat & pandangn
lbh baik kan?
So bl nk gi ni? Kene set gak
takut ms tu sy xdpt nak teman pulak, lg susah.
Danial tetap
bersyukur Aathifah akhirnya mahu menemaninya walaupun bersama dengan Zatunnur.
Ok klu mcm tu ptg ni after work blh? Nk sy ambik awk ke mcmn?
Danial membalas
pesanan Aathifah.
Ok, Insya-Allah ptg ni. Xpe sy dtg
sdr. Nk jumpe kt mn? Greentown Mall byk pilihan baju Melayu, blh ker?
Ok nnti sy jumpe awk d sn. Around 6. C u, then.
Setelah mebalas
pesanan itu Danial segera memanggil Zatunnur masuk ke dalam biliknya.
“ Nur, saya nak minta tolong awak
temankan saya beli Baju Melayu petang ni, boleh tak? “ Danial mula bertanya
apabila Zatunnur telah menghadapnya.
“ Baju Melayu? Kenapa Mr. Danial nak
kawen ngan orang Melayu ker? Ker nak buat resepsi macam orang Melayu kawen
nanti ker? Dalam diam jer Mr. Danial nak kawen ye. Siapa calon Mr.Danial ni?
Saya kenal tak? “ Macam peluru soalan Zatunnur. Danial terkesima seketika.
“ Awak ni nampak jer ayu tapi bila
dah bercakap laju macam peluru, banyaknya soalan. Tanpa henti pulak tu. Bukan
saya yang nak kawen la, kawan saya. Dia minta tolong saya jadi pengapit dia tu
yang saya nak kene shopping Baju Melayu.”
Danial mengeleng-ngelengkan sedikit kepalanya.
“ Oh!, Macam tu. Sorry Mr. Danial. Kite berdua jer ker gi
nanti? “
“ Tak la. Saya ada ajak Aathifah
sama. Nanti dia tunggu kita dekat Greentown Mall “ Danial memandang Zatunnur.
“ Aathifah? Aathifah binti Hassan,
kawan baik saya tu ker? Macam mana lak Mr. Danial leh ajak dia sekali ni? Ada
apa-apa yang saya miss ke ni? Sejak
bila rapat ni sampai leh ajak dia sekali ni? Bukan ari tu pertama kali and last yang Mr. Danial and Aathifah jumpe ker? “ Macam biasa
lontaran soalan berpeluru dari bibir monggil Zatunnur kedengaran. Danial hanya
tersenyum mendengarnya.
“ Saya dengan dia berkawan sejak terserempak
dekat seminar ari tu. So, nanti awak
nak naik kete saya ker atau naik asing-asing? “ Danial yang tidak mahu
bercerita panjang mengenai detik-detik pertemuaannya dengan Aathifah terus
mengalihkan topik.
“ Saya rase kita naik kete
asing-asing la senang saya nak terus lik umah nanti tak payah lik office semula. Ada apa-apa lagi ker bos?
“
“ Tak de. Awak leh keluar. “ Setelah
membenarkan Zatunnur keluar Danial terpandangkan bunga mawar di atas mejanya
lalu Danial bersuara lagi.
“ Oh ye Nur, thanks for the roses but I don’t like you to waste your money for the
fresh roses, the plastic ones is also nice. “
“ Eh! Tak pe Mr. Danial, bukan pakai
duit saya pun. Orang yang bagi. “ Zatunnur membalas.
“ Sape pulak yang bagi saya? Tak
pernah-pernah pun. “ Danial sedikit hairan.
“ Bukan bagi Mr. Danial. Memang
bunga ini untuk saya cuma saya tak suka letak kat meja saya, jadi daripada saya
buang baik saya letak kat atas meja bos. Tak membazir bak kata Aathifah. “ Demi
mendengarkan nama Aathifah disebut Danial tersenyum dan menganggukkan kepalanya
sahaja. Aathifah yang selalu suka berjimat.
Aathifah terpaksa
menukar tempat pembelian baju Melayu Danial bila dia terkenangkan jawatan
Danial sekarang. Butik Gene Martino menjadi pilihan yang dirasakan bersesuaian
dengan gaya dan keadaan Danial. Mujur ianya terletak di Greentown Nova, tidak
jauh dari Greentown Mall.
Setelah memilih dan berpuas hati
dengan pilihan mereka, maka Baju Melayu warna perang menjadi pilihan mereka
untuk Danial yang sepadan dengan warna tema majlis perkahwinan Syed. Setelah
membuat bayaran, mereka bergerak ke café yang berhampiran kerana Danial ingin
belanja mereka makan kerana kesudian Aathifah dan Zatunnur menemaninya memilih
baju Melayu. Mereka yang baru melabuhkan punggung di café tersebut tersentak
dengan bunyi telefon bimbit Aathifah yang minta diangkat.
“ Alamak! Sorry la Danial, Nur. Saya terpaksa gerak dulu la. Ada hal sikit
tak dapat nak join korang makan. Sorry ya.
“ Setelah Aathifah menjawab panggilan telefon sebentar tadi terus Aathifah
bersuara.
“ Kenapa Aathifah? Ko kene keje ke?
“ Zatunnur yang seperti tahu dengan keadaan Aathifah terus sahaja bertanya.
“ A’ah, kene ganti Mimi. Okey la,
gerak dulu. Bye! “ Aathifah sudah
melangkah pergi.
Danial yang terkejut dengan keadaan
kalut itu hanya mampu memandang Aathifah dengan wajah yang penuh dengan
persoalan. Seketika kemudian, pandangannya terarah semula pada Zatunnur.
“ Aathifah kene keje? Bukan dia dah
habis kerje ke? “
“ A… a’ah. Kene keje. Memang dia dah
abis keje kat office tapi yang ni keje sambilan dia kat Tesco “
Zatunnur teragak ingin menjawab.
“ Berapa banyak keje dia kene buat
ni? Kenapa keje banyak tempat sangat ni? Dia ada masalah kewangan ke? “ Danial
yang hairan dengan keadaan Aathifah mula bertanya.
“ Macam tu la dia, bos. Memang
macam-macam keje yang dia buat. Keje kat office,
kerja sambilan kat Tesco, keje menjahit dan kadang-kadang ada jugak
keje-keje membuat hantaran perkawenan dia buat. Semuanya sebab nak kumpulkan
duit untuk keluarganya. “ Zatunnur menjawab sekadar yang boleh.
“ Tak kan tak cukup-cukup duit yang
dia ada keje kat office tu? Sikit
sangat ke gaji dia? Dia keje kat ner? “ Danial yang kehairan masih bertanya.
“ Macam mana ni ye. Saya cete ni
bukan nak burukkan sesiapa tapi sekadar nak cete keadaan Aathifah dan familinya
supaya Mr. Danial paham situasinya sekarang. Supaya Mr. Danial tak terase
dengan tindakannya sekarang dan masa-masa akan datang “ Danial nampak kekeruhan
suara Zatunnur. Mereka sama-sama menghirup sedikit minuman yang dipesan.
“ Aathifah tu dulu tak macam ni.
Famili dia boleh dikatakan berada gak walaupun bukan tahap jutawan. Abinya ada
miliki syarikat sendiri dan agak terkenal. Tapi sebab musuh dalam selimut yang
tidak dijangka-jangka oleh familinya mereka kehilangan kebanyakkan saham
syarikat tersebut. Yang tinggal hanya saham yang dimiliki oleh Aathifah yang
telah diberikan awal-awal oleh abinya sebaik sahaja umurnya menjejak lapan
belas tahun. Habis semua asset familinya kene jual termasuk rumah banglo dua
tingkat yang direka khas oleh abinya “ Bergetar suara Zatunnur berbicara.
' Patut la ari tu aku nak hantar dia
sampai rumah dia menolak, katanya dalam sangat rumahnya. Tapi aku tak boleh
bagitahu Nur yang aku dah pernah hantar Aathifah. ' Danial monolog sendirian.
“ Abis tu sekarang famili Aathifah
tinggal kat mana? “ Danial yang tidak sabar dengan penceritaan Zatunnur mula
bertanya.
“ Sekarang diaorang tinggal kat
rumah lama mereka kat kampung Aathifah yang belum sempat abinya nak ubah suai.
Mujur rumah itu masih elok walaupun tak seelok dan secantik banglo mereka.
Kalau tak salah Nur rumah tu akan dibuat rumah rehat mereka kerana keadaan
kampung yang nyaman dan damai selalu menjadi idaman uminya. Tapi itu bukan
sebab kenapa Aathifah bertungkus-lumus cari duit. Dia cari duit yang banyak
sebab dia nak cuba beli semula saham untuk memiliki semula syarikat Dimensi
Snd. Bhd. tu. Katanya itu usaha titik peluh abinya jadi dia cuba pertahankanya
walaupun dia sanggup turun pangkat dari Arkitek. " Zatunnur melepaskan
keluhan yang berat sebelum menyambung semula.
" Mr. Danial nak tahu pe
jawatan dia kat syarikat tu sekarang? Pembantu Perekabentuk Dalaman a.k.a delivery girl “ Nada tidak puas
hati Zatunnur berikan di akhir-akhir katanya.
“ Pe ke pelik sangat jawatannya?
Macam mana leh jadi macam tu? “ Danial kehairannan.
“ Semua tu sebab si Ruwaidi yang tak
guna tu la. Dia la yang dah rampas semuanya. Itupun nasib ada Tuan Habib, yang
tolong Aathifah daripada terus kena pecat tapi setakat itu yang Tuan dapat
tolong sebab Ruwaidi yang kawal syarikat. Dia memang nak seksa Aathifah supaya
dia tinggalkan syarikat, tu yang suruh Aathifah buat keje delivery gak. Dulu masa saya keje sekali dengan Aathifah selalu
kitaorang kene tengking dan dimaki-hamun, saje Ruwaidi tu cari salah kitaorang.
“ Zatunnur meneguk air lagi.
“ Jadi sebelum ni Nur keje dengan
famili Aathifah la. Abis tu kenapa berhenti? “
“ Sebenarnya saya tak nak berhenti,
saya nak tolong syarikat tu sebab tak sampai hati biarkan Aathifah tanggung
sorang-sorang. At lease saya boleh
sokong dia tapi Aathifah yang suruh saya berhenti dia kata bila dia dah dapat
semula syarikat tu nanti dia ajak saya semula. Tapi itu bukan sebab utamanya.
Dia buat macam tu sebab dia tak nak saya disakiti oleh Ruwaidi sebab Ruwaidi tu
tahu saya kawan baik Aathifah. Aathifah rase Ruwaidi akan buat macam-macam
dekat saya untuk menyakiti hati dia dan mematahkan semangat dia. Tu yang
Aathifah rayu saya berhenti kerana dia tak sanggup saya terseksa malah adiknya
Aiman pun dia tak bagi minta keje kat sana sebab tak nak Aiman jadi mangsa
macam dia. Tragis kan? “ Zatannur memberi senyuman sumbingnya kepada Danial.
Danial dapat melihat airmata Zatunnur bergenangan. Masing-masing mendiamkan
diri.
“ Eh! Lama dah kita sembang, jom
kita makan lak “ Danial yang mula rasa bersalah dengan keadaan Zatunnur mula
mengajaknya. Zatunnur hanya mengganggukkan kepala. Mereka mula menikmati
hidangan yang dipesan.
Setelah Zatunnur memohon diri untuk
pulang sejurus menikmati hidangan tadi, Danial kembali semula ke Butik Gene
Martino untuk membeli sepasang baju kurung yang sedondon dengan baju Melayunya
sepertimana yang dipakai oleh model patung dihadapan butik tersebut. Hadiah
yang akan diberikan kepada Aathifah untuk dipakai pada majlis perkahwinan Syed
supaya Aathifah juga sedondon dengannya. Al-maklum la mereka akan sama-sama
menjadi pengapit nanti. Selain hadiah perkenalannya kepada Aathifah. Hadiah
yang pertama diberikan untuk wanita idamannya itu.
Di kaunter pembayaran, Danial cuba
membayangkan penampilan Aathifah tatkala mengenakan baju kurung itu. Warna baju
kurung itu yang akan menonjolkan dirinya yang putih dan manis.
No comments:
Post a Comment