BAB
2 : Macam Kenal
S
|
ebaik memasuki biliknya, Danial mula terbayang
semula senyuman manis gadis tadi. Seolah-olah dia pernah melihat senyuman
tersebut dan mengenali gadis berwajah bulat tadi. Namun masih gagal dikenal
pasti di mana dia pernah melihat gadis berkenaan.
‘ Nak tanya ker tak? Tak tanya nanti
asyik ganggu jer. Aku ni jenis kalau tak dapat jawapan memang tak leh dok diam.
Tapi kalau tanya nanti Nur fikir apa lak? Nanti kot dia ingat aku busybody lak. ‘ Danial bermonolog sendirian.
‘ Tanya jer la bukan luak pun ‘
Tanpa berlengah interkom ditekan dan
kedengaran suara Zatunnur.
“ Nur, who that lady just now, your friend? Or did she come here to find
someone? “ Kemas tersusun butir bicaranya. Zatunnur yang sedikit cuak
dengan pertanyaan Mr. Danial segera menjawab dengan was-was.
“ Eeeee….yes Mr. Danial my… my
friend. Sorry Sir, she came just to give back my baju kurung that I’m ask her
to sew “ Zatunnur mula rasa lapang
setelah kedatangan Aathifah tadi dijelaskan kepada bosnya.
“ Oh! A tailor but she doesn’t look like ones . I though she have an
appointment with me. Ok, Nur you can continue with your work “ Sedikit
terkilan dengan jawapan yang diterima kerana dia menyangkakan Aathifah
mencarinya.
‘ Pe sal aku macam kecewa lak ni.
Biar betek? ‘ Danial sangsi dengan jiwanya sendiri.
“ Yes, Mr.Danial “ Kelegaan dirasakannya bila tiada soalan susulan
dari Mr. Danial. Cuak juga bila ditanya pasal Aathifah tadi. Mana tahu disergah
tiba-tiba sebab bersembang masa kerja. Baru hendak sambung semula kerja yang
tergendala dari tadi, interkom berbunyi lagi.
“ Nur, please bring in file that I asked you to type, yesterday. I want to
check it “ Sengaja Danial memanggil masuk Zatunnur supaya dia dapat
bertanya lebih lagi berkenaan kawan Zatunnur tadi. Seperti ada sesuatu yang
menarik minatnya ingin bertanya lebih mengenai gadis menawan tadi.
Tanpa lama menunggu, pintu bilik
sudah kedengaran diketuk. Danial yang
termenung menggenangkan gadis tadi mula tersedar apabila terdengar ketukan di
pintu. Dia segera mengambil sebuah fail yang telah disemak semalam dan
buat-buat menyemak semula fail tersebut sebelum membenarkan Zatunnur masuk.
Zatunnur yang mendapat kebenaran masuk terus memulas tombol pintu dan melangkah
masuk dengan tertib.
“ Mr. Danial, here the file “ Fail dihulurkan kepada Mr. Danial yang
telah mengangkat muka dengan pandangan serius menunjukkan ketegasan seorang
Pengurus.
“ Any appointment for me today, Nur? “ Danial cuba berbasi-basi
sebelum hal sebenar ingin diutarakan. Sedikit cuak apabila soal gadis tadi
ingin ditanya. Perihal peribadi bukan mainan mulutnya untuk ditanya kepada staf
biarpun Zatunnur setiausahanya. Tapi desakan perasaan harus juga dia bertanya.
“ Nothing for today sir. “ Ringkas jawapan Zatunnur meningkatkan
takat kecuakkan yang semakin bersarang dalam hati Danial.
‘ Aduh pe hal nye ni, gementar
semacam jer ni. Macam nak mengurat pempuan lak ni. Padahal aku nak tanya jer
siapa awek comel tadi. Aduh hati jangan la nak berdetik laju ‘ Danial berbicara
di dalam hatinya.
“ Please excuse me Mr. Danial, if there nothing else? ” Zatunnur
ingin segera melangkah keluar apabila dirasakan tiada apa-apa yang ingin
ditanya lagi oleh Mr. Danial . Belum sempat Zatunnur ingin melangkah keluar
Danial telah memanggilnya.
“ Nur, could you have a seat. I have something to ask you “
‘ Aduh pe sal lak peluh nak kluar time ni, ni? Jangan Nur nampak sudah.
Parah aku nanti ni.‘ Matanya melihat Zatunnur melabuhkan punggung di kerusi di
hadapannya. Danial cuba beriaksi setenang yang boleh.
“ Yes, Sir. What is that you want to ask? “ Zatunnur agak cuak. Cuba
menggagak soalan-soalan yang ingin ditanya oleh Mr. Danial.
‘ Bos ni pun satu, dah la awak tu handsome apa yang lama sangat nak tanya
ni. Aku dah abis idea cara nak kawal dengupan jantung ni. Semacam jer bos ni. Macam
bukan nak tanya pasal hal-hal keje jer ni. Alamak! Jangan dibuat tanya kenapa
lama aku menyembang dengan Aathifah dah la. Apa alasan aku nak bagi kalau dia
tanya ye. Pikir otak pikir ‘ Zatunnur bermain dengan kata hatinya sendiri.
“ Siapa nama kawan Nur tadi ye? Nur
jangan salah faham lak, saya macam kenal dia jer. Dia keje kat bangunan ni gak
ker? “ Terkeluar juga soalan yang ingin ditanya. Bagai melepaskan longgokan
batu yang menghimpit dada saat soalan itu terlontar dari mulut.
“ Saya rase Mr. Danial tak kenal
Aathifah tu. Dia kawan saya masa U lagi. Bukan staf kat bangunan ni pun. “ Lega
sikit bila tiada nada amarah di dalam pertanyaan Mr. Danial tadi.
‘Aathifah ‘ Suatu nama yang terasa
biasa didengar dan didambarkan kehadirannya. Adakah dia Aathifah yang satu itu?
Persoalan yang bermain-main dimindanya. Teka-teki yang harus segera Danial
mencari jawapannya. Saat soalan yang lanjut ingin ditanya oleh Danial, pintu
biliknya diketuk.
“ Yes, come in “
“
Mr. Danial I’ve something to discuss
with you regarding Taman Mutiara’s
construction budget ” Zakaria, Pengurus
kewangan syarikat Yang Property menjengguk.
“ Yes Mr. Zakaria. Nur you can go now. “ Kecewa hati rasanya tidak
dapat meneruskan perbincangan berkenaan Aathifah. Zatunnur dapat merasakan kehampaan yang cuba
dipamerkan oleh Mr. Danial.
‘ Pe hal frust sangat bos ni. Ni yang buat aku nak korek lagi ni. Baik tanya
Aathifah mana tau dia kenal bos, macam bos cakap. Tapi tadi tengok muka dia
biasa jer takde muka macam orang terkejuz ker pe ker ‘ Dalam pada akal tengah
menimbang sama ada mahu menelefon Aathifah
atau tidak jari-jemari Zatunnur dah ligat mendail nombor Aathifah dan dengan
spontan diletakkan ke telinga kirinya. Fikiran tidak senada dengan perbuatan!
Berdering sebentar cuma sebelum telefon di sebelah sana segera diangkat.
“ Assalammualaikum, Nur. Pe sal call? Kene sembur dengan bos ko ker? “
Tanpa menunggu ucapan dari Zatunnur, Aathifah terlebih dahulu memulakan bicara
seperti dapat menggagak apa yang terjadi ke atas Zatunnur.
“ Waalaikummussalam. Stop, stop, boleh tak ko slow sikit cakap tu macam peluru jer aku
dengar kat sini. Aku ok jer la. Bos tak sembur pun tapi dia ada tanya pasal ko.
Ko ada menderem Mr. Danial ker tadi?
“ Zatunnur cuba mengusik.
“ Tak de maknanye aku nak menderem bos ko, dosa tu. Bukan ko ker
yang dok tunggu bos ko tu jatuh cintan ngan ko bukannye aku. Pe kes ko cakap
macam ni? “ Sedikit keliru dengan perkhabaran yang baru didengari.
“ Tak de la, tadi Mr. Danial tu
tanya aku berkali-kali pasal ko. Dia dok cakap berulang kali yang dia macam
kenal jer ko. Tadi ko ada nampak muka bos aku kan, so macam mana ko ada rase
macam ko kenal dia gak ker? “
“ Dah ko sebut ni baru aku perasan,
aku pun macam pernah tengok la bos ko. “ Datang idea sengal nak mengenakkan
Zatunnur yang sedikit bendul ini. Huahuahua….
“ La ye ker. Patut la bos cakap
macam tu. Macam mana ko kenal bos aku? “ Zatunnur bernada sedikit kecewa.
“ Dekat dalam tv rasenye. Selalu
sangat. “ Aathifah dah terhinggut-hinggut menahan ketawa.
“ Ye ker? Aku tak tau pun bos aku
pun masuk tv. Bila? Cerita pasal pe? “
“ La ko tak tau ker? Dalam cete The Innocent Man “
“ The Innocent Man…… macam pernah dengar la tapi cete pasal pe ni?
Cete pasal businessmen yang suci tak
buat salah ker, macam bayar cukai tiap-tiap tahun tanpa miss, yang selalu buat sumbangan tuk badan-badan kebajikan kot yer.
Siaran berapa ni? Hari apa and kul
berapa siaran ni? Sampai hati bos tak bagitahu aku dia dapat masuk rancangan
tu. Boleh gak aku tengok. Tapi tak kan selalu sangat siar cete dia aje kot
Aathifah. Tak de cete orang lain ker diaorang nak buat selain bos aku? Aku rase
banyak gak businessman kat luar sana
yang lagi hebat dari bos aku. Mr. Danial aku tu baru nak naik jer pun sahamnye. Takkan la kot “
“ Hahahahaha…… “ Terhambur keluar
juga ketawa Aathifah yang ditahan sejak tadi. Zatunnur yang terpingga-pingga
bertanya.
“ Aduh sakitnye telinga aku. Pesal
ko gelak syaitan sangat ni Aathifah. Pe yang lawak sangat? “ Nada keliru
terkeluar dari bibir munggil Zatunnur.
“ Aduh…. Senak perut aku gelak. Abis
keayuan aku. Nasib baik aku sorang-sorang kat parking ni. Siap buat suara terkilan dia, tu yang tak tahan tu.
Aduh…. Cete yang aku tengok tu cete drama Korea la. Aku tengok bos ko sekali
imbas tadi macam pelakon cete tu la, Song Joong-Ki. Aduh… aduh sakit perut aku.
Astagfirullahhalazim… “ Dengan kain lengan
baju kurung Riaunya, Aathifah mengelap sedikit air mata yang keluar disebabkan
gelak yang keterlaluan.
“ Ha…. Jahat la ko Aathifah, kenekan
aku. Aku mati-mati ingat ko memang betul-betul kenal bos tadi. Tak nak kawan ko
“
“ Manjanye merajuk… ok, ok sorry. Aku dah serius ni. Pe ko tanya
tadi? Aku kenal ke bos ko kan? Aku rasa aku tak kenal la bos ko tu. Lagipun dia
Chinese guy kan, mana la aku nak
kenal. Kalau Chinese girl adalah
logik aku kenal, kawan-kawan sekolah dulu. Ni kita kan belajar kat UiTM , Arau
lagi mana ada student cina ni. Tapi
ko pun tau kan aku sekolah semua pempuan kan mana ada lelaki. Bos ko salah
tengok kot. “ Sisa gelak ketawa Aathifah masih kedengaran.
“ Tu la pasal aku pun pelik. Aku
tengok Mr. Danial tu macam beria-ria jer cakap dia kenal ko. Syarikat ko pun
takde berhubung dengan syarikat aku kan. Ko pun tak pernah gi mana-mana function pun. “
“ Eh! Dah la tu. Aku nak gerak lik office ni. Nanti terlepas masa lunch aku. Ko tak gi lunch ker? Diet ker? “ Tangan dah mula
menekan starter Honda Spacy
jingganya.
“ Nak lunch la ni. Ok hati-hati drive
“ Telefon bimbit dimatikan Zatunnur. Sengal rasanya kepala dikenakan oleh
Aathifah tadi. Perut pun berbunyi minta diisi. Ligat Zatunnur keluar membeli
makanan di café di bawah. Mujur dekat.
No comments:
Post a Comment