Hawa Telinga

Thursday 15 May 2014

Novel Terlerai Sudah Bab 7





BAB 7 : Tertukar

“D
anial, saya gerak dulu ya. Saya nak ambik LRT ni, nak gi umah makcik saya dekat Bandar Tasek Selatan “ Selesai menghadiri seminar, Aathifah ingin meminta diri kerana dia akan bermalam di rumah makciknya, Hamidah sebelum menyambung semula seminar esok.
            “ Eh! Kan awak cakap nak duduk satu hotel ngan saya saje tadi. Saya dah tempah bilik tuk awak dah ” Tindakan Aathifah megejutkan Danial yang baru ingin bangun dari kerusinya di dewan itu.
            “ Bila pula saya cakap saya nak duduk satu hotel ngan awak? Awak jangan cakap yang bukan-bukan ye. Seingat saya dalam kete tadi saya tido jer kan? “ Agak tinggi sedikit nada suara Aathifah apabila terdengar ungkapan yang dilafazkan oleh Danial tadi.
            “ La kan tadi saya tanya awak nanti dok mana kt KL, then awak cakap dok rumah makcik. Then saya ajak awak dok satu hotel dengan saya. Awak jawab okey jer tadi. Eh! Tak kan awak tak sedar lak apa yang awak cakap? “ Danial menceritakan apa yang terjadi di dalam perjalanan tadi.
            “ Eh! Ye ker? Saya tak ingat lak. Saya ke yang cakap macam tu? “ Nada suara Aathifah rendah semula.
            “ Ye la, patut la tadi jawapan awak ringkas jer, ‘rumah makcik’, ‘okey’. Penat saya cakap panjang berjela-jela, bila awak balas pendek jer terus saya diam then awak tertido. Rupa-rupanya awak memang tak sedar la dengan apa yang awak cakapkan kat saya tu. “ Keluhan kedengaran sedikit meniti di bibir Danial.
            “ La sorry la Danial, mungkin saya tak sedar saya bercakap dengan awak masa tu. Umi ada cakap saya kadang-kadang memang akan membalas segala pertanyaan orang walaupun mata saya terpejam. Saya ingat umi saya saja mengusik saya. Aduh macamana ni. Saya sebenarnya nak berjimat. Apa dah saya buat ni? Kalau awak anggap perkara tu saya tak sebut tak boleh ker? Please ? “ Aathifah meminta simpati.
“ Nak buat macam mana dah nasib saya. Terpaksa la saya tebalkan muka batalkan tempahan saya biarpun puas saya pujuk mereka carikan saya satu lagi bilik kosong. “ Danial cuba membuat ayat kasihannya.
“ Ala! Macam mana ni? Kejab saya call aunt saya. Saya cuba pujuk dia. “ Aathifah menjarakkan diri sedikit dari Danial ketika dia bercakap dengan makciknya. Di dalam hati Danial berharap Aathifah memilih untuk menginap di hotel yang bersama dengannya supaya dia boleh lebih lama bersama dengan Aathifah.
            “ Okey la Danial, saya dok satu hotel ngan awak. Kat ner awak tempah? “ Aathifah yang telah kembali menyatakan niatnya. Walaupun berat dia terpaksa mengikuti kerana Danial sudah susah payah menempah untuknya.
            “ Hotel Impiana. Jom kita check-in dulu. Nanti kita keluar makan sama-sama ye “ Terbeliak mata Aathifah mendengar Hotel Impiana.
            “ Mahal tu satu bilik. Habis gaji saya bulan ni dok bayar bilik hotel jer. Kalau macam tu saya dok ngan makcik saya jer la. Jimat sikit. “ Tanpa segan silu Aathifah bersuara.
            “ Eh! Company awak tak support ke bilik. Kalau macam tu tak pe la saya belanja “ Dengan murah hatinya Danial menyatakannya.
           “ Eh! Kejap-kejap. Mana boleh macam tu. Dah la awak tumpangkan saya, sekarang nak tanggung bilik saya pulak. Saya ni bukan pekerja awak la Mr. Danial. Tak pe saya tanggung sendiri bilik tu. “ Rasa malu menyelinab diri Aathifah bila semua ingin di tanggung oleh Danial.
            “ Kalau macam tu awak jadi la pekerja saya saja. Lepas ni awak letak jawatan kat tempat kerje awak then kerje dengan saya. Senang saya nak jaga “ Tersasul keluar juga ayat tu menyentak hati Aathifah dan Danial sendiri mengutuk diri sendiri berbicara seperti itu.
          “ Sedap-sedap jer suruh kite berhenti. Ingat senang ker? Tak payah nak susah-susah nak jaga saya. Saya leh jaga diri saya sendiri. Awak tu jaga jer awek awak and staf-staf awak jer. Tak payah nak tambah bilangan orang yang nak dijaga. Tak pe saya jelaskan sewa bilik saya tu sendiri. Nanti pandai-pandai la saya cover lik duit tu. “ Aathifah cuba berfikiran positif tentang pernyataan ‘ jaga ‘ Danial tadi.
            “ Ye ker. Saya baru ingat nak guna kad VVIP yang saya ada. Boleh la dapat harga potongan. Dah awak cakap macam tu, tak pe. Ikut suka la. “ Danial cuba memancing Aathifah.
            “ A.. awak ada kad VVIP ker. Biar betek? Eh! Kalau macam tu boleh tak awak tolong guna untuk bilik saya tapi nanti saya bayar semula, boleh kan? “ Aathifah mengedip-ngedipkan mata dengan gaya kanak-kanak comel meminta sesuatu. Meledak ketawa Danial melihat muka comel Aathifah itu.
            “ Comelnya dia…. Cubit karang baru tau. “ Danial bergurau cuba menutup degupan jantungnya yang kembali memuncak.
            “ Eh!, Eh! Tak boleh. Bukan muhrim. Terima kasih sebab sudi tolong ye. “ Aathifah telah menggosok-gosok kedua-dua tapak tangannya di hadapannya, tanda penghargaan
            “ Saya tak kata saya nak tolong pun tadi. Kan awak nak jaga diri sendiri jer, jadi buat pe saya nak tolong. Saya tak nak la nanti awak ingat saya ni tak paham kehendak and prinsip awak. “ Sahaja Danial bermain tarik tali. Aathifah tarik muka monyoknya.
            “ Tak nak tolong tak pe la. Saya daftar sendiri. “ Mata sudah memandang hujung kasut.
            “ Merajuk pulak. Ala-ala saya gurau jer. Saya akan gunakan kad VVIP saya tu nanti tuk awak. Jangan risau. Bila-bila nanti awak bayar jer kat saya. Ada chance saya nak jumpe awak lagi nanti. “ Ayat terakhir Danial perlahankan nadanya.
            “ Awak cakap pe tadi? Saya tak dengar sangat la? “ Aathifah mula bertanya bila dia merasakan ada ayat yang diperkatakan oleh Danial.
            “ Saya cakap jom gi hotel, jam kalau lambat nanti “ Danial hanya tersenggih mendengar alasan yang tiba-tiba muncul di fikiran.
            “ Eh! Macam mana awak boleh dapat tempah bilik ari ni gak. Setahu saya bilik mesti dah penuh tambah time, time macam ni. “ Aathifah mula menyedari kemungkinan berkenaan bilik di Hotel Impiana.
            “ Kebetulan masa saya call ada satu bilik yang baru sahaja dikosongkan, jadi saya terus book. “ Danial cuba berdalih. Tidak mungkin dia akan memberitahu keadaan sebenar. Biarlah rahsia.

            Aathifah melayangkan badannya yang kepenatan dan mendarat di atas  katil dalam bilik hotel ini. Empuk sungguh rasanya dan badan pun rasa selesa. Tubuhnya yang hanya dibaluti dengan jubah mandi dan kepala dibalut dengan tuala terasa lebih segar badannya selepas berendam di dalam tab mandi. Baru beberapa ketika Aathifah memejamkan mata, telefon di meja di tepi kepala katilnya berdering. Dengan malas Aathifah mengangkat ganggang telefon.
            “ Hello? “ Terbeliak matanya mendengar suara di sebelah sana.
            “ Amboi! Seksinya suara. Tengah tido ker tadi? Saya ganggu ker? Ni dengar dengan waras ker mamai ni? “ Danial tersenyum-senyum.
            “ Eh! Danial. Saya dengar dengan waras, tak mamai pun. Awak tak penat ker? Saya penat baru nak tido jer tadi. Kenapa call? “ Merona merah serasa pipi Aathifah mendengar kata-kata Danial.
            “ La ye ker. Saya baru ingat nak ajak awak tolong temankan saya gi tengok tapak saya dekat Segambut. Nak gi sendiri takut saya tertido pulak sebab saya ada rase ngantuk-ngantuk sikit ni. “ Danial cuba memancing simpati Aathifah.
            “ Gi esok jer la kalau dah mengantuk. Saya ingat nak rehat jer ari ni. “ Aathifah mencari alasan.
            “ Esok kan kita nak terus balik. Saya risau kete awak tu lama-lama kat R&R tu. Tu yang saya ajak gi ari ni. Tapi kalau awak tak sudi temankan tak pe la saya gi sendiri. Okey la “ Danial masih memancing dan kali ini dengan sedikit rajuk.
            “ Eh! Nanti-nanti. Okey, okey saya teman. Tunggu kat lobi, kejap lagi saya turun “ Kesian pula mendengar kata-kata Danial dan demi mendengar keretanya disebut Aathifah menjadi lemah dan mengikut sahaja permintaan Danial tersebut.
            Aathifah melangkah malas menuju ke beg Deuternya. Terkejut dia apabila melihat isi di dalam beg. Aathifah sepantas kilat mengeluarkan hampir kesemua pakaian yang ada di dalam beg ke atas tilam. Aathifah hanya memberhantikan punggahan pakaian itu apabila dia terpegang seluar dalam. Spontan dengan itu segera dicampaknya seluar itu jatuh ke lantai hampir mengenai kepala meja.
            “ Eee… gelinye. Aduh macamana leh tertukar beg ni. Tu la sape suruh pakai beg yang sama kan dah tertukar. Pe nombor bilik dia ni ye. Macamana nak call tukar balik beg ni? “ Aathifah bersuara sendirian dan tatkala dia mengomel sendirian deringan telefon bilik berbunyi lagi. Segera dicapainya.
            “ Awak dah tengok beg? Sorry saya tertukar agaknya tadi. Kejab lagi saya gi bilik awak tukar beg “ Tanpa menungggu bicara Aathifah, Danial terlebih dahulu bersuara.
            “ Eh! Tak pe dah tak sengaja. Lain kali kita kene bincang nak pakai beg apa ye supaya tak pakai beg yang sama dan tertukar macam ni. “ Danial ketawa dengan gurauan Aathifah sedangkan Aathifah sebenarnya memerlinya. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Lain yang kita fikir, lain pula yang orang tafsir.
            “ Okey, okey, kejab lagi saya sampai. “ Setelah Danial meredakan ketawanya dia kembali bersuara.
            “ Okey. “ Aathifah hanya mengeleng-ngelengkan kepalanya. Setelah telefon di letakkan dia dengan segera mengambil seluar dalam Danial yang dilemparkannya tadi. Dengan muka mengelikan dan hanya memegang dengan jari telunjuk dan ibu jari di memasukkan semula seluar dalam itu ke dalam beg diikuti pakaian-pakaian yang lain. Cuba menyusunnya semula mengikut susunan Danial sebentar tadi. Kemudian dia memakai semula baju jubahnya yang dipakai tadi. Elok sahaja dia mengenakan tudung di kepala, loceng pintu biliknya berbunyi.
           Sorry, nah beg awak “ Danial segera menghulurkan beg Aathifah. Senyum sumbing Aathifah lemparkan dan dia turut juga memberikan Danial begnya.
              Sorry, tadi saya punggah sedikit baju awak. Bukan saja nak tengok baju awak ye tapi terkejut tu yang tangan cepat jer punggah. Tapi tak banyak pun sikit jer. “ Aathifah dah memerahkan pipinya. Apa lagi tahan malu la hendak cakap perkara yang dilakukannya.
              “ La awak punggah sikit jer? Saya siap tonggengkan satu beg konon nak cepatkan keluar semua isi dalam beg ni. Tup, tup, nampak semua adik kakak bergelimpangan atas timbunan baju. Sorry juga saya terpaksa pegang semua tu sebab nak isi semula dalam beg. Harap awak tak marah “ Danial buat muka selamba jer. Aathifah yang tersangat malu terus menolak Danial menjauhi muka pintu dan menutup pintu dengan segera.
            Thanks. Nasib baik awak tolak saya kalau tak hidung saya dah kene pintu ni. Tapi jangan tak jadi pulak teman saya nanti ye. “ Aathifah masih dapat mendengar sayup-sayup Danial berbicara walaupun pintu ditutup. Aathifah masih bersandar di balik pintu. 
            ‘ Nak kluar lagi ker dengan dia ni? Aku dah malu tahap gaban ni. Dia boleh buat muka selambe dia jer. Eeee… malunya dia dah tengok adik kakak aku ni. Mana nak sorok muka aku ni. Dah la kene mengadap dia lagi. Sepanjang hidup aku malu ni. Ya Allah tolong, malunya aku. Lain kali adik kakak kene letak dalam beg kecik dulu baru masuk dalam beg ni. ‘ Monolog Aathifah sendiri.

            Dengan hanya berbaju balus labuh paras lutut berwarna coklat tua dengan berbunga halus dan seluar jeans hitam serta tudung berwarna krim dan coklat tua pula dipakaikan di kepalanya, Aathifah begitu santai dan menawan dirasakan oleh Danial. Dia pula yang hanya mengena T-shirt Polo warna kuning dan juga berseluar jeans hitam Levi’s serta memakai cap hitam, santai kerana dia bercadang ingin membawa Aathifah makan di tempat yang sering dikujungi selepas melawat tapak projeknya itu nanti.
            Aathifah bersyukur dan kelegaan bila Danial hanya berlagak biasa seperti perkara yang memalukan tadi tidak berlaku dan tidak langsung membuka bicara mengenai perkara berkenaan. Mereka hanya menghayati lagu-lagu yang berkumandang di radio Hitz FM. Dan Danial menumpukan perhatian pada pemanduannya. Sedar- sedar mereka telah sampai di destinasinya.
            “ Aathifah nak ikut saya gi tapak ke nak tunggu dalam ni jer? “ Danial bertanya setelah sampai di tapak pembinaan. Aathifah yang ingin juga melihat pembinaan Danial di sini segera membalas.
            “ Saya nak ikut la. Boleh juga tengok style awak bina rumah-rumah kat sini. Nampak macam menarik jer dari sini. “ Huluran topi keselamatan Danial disambut. Walaupun sudah hampir pukul enam setengah, masih ada pekerja yang bertungkus-lumus bekerja. Danial memberi infomasi serba-sedikit tentang pembinaan yang sedang berjalan di situ. Sedang mereka rancak bersembang telefon Samsung Galaxy SIII Aathifah berbunyi. Berkerut dahi Aathifah melihat nombor yang tertera, satu susunan nombor yang tidak ada dalam simpanannya, nombor yang tidak dikenali.
            “ Kenapa Aathifah? Siapa yang call? “ Danial yang perasan dengan kerutan pada dahi Aathifah bertanya.
            “ Entah la saya tak kenal.” Ringkas jawapan Aathifah.
            “ Hello. “ Aathifah memulakan.
            “ Assalammualaikum, Aathifah. Ni Abang Qa’id la. Aathifah kat mana? “ Terkejut Aathifah mendengar suara Qa’id.
            “ Waalaikummussalam Abang Qa’id. Aathifah kat Segambut. Mana abang dapat nombor Aathifah? “ Aathifah cuba mengingati sekiranya dia ada memberikan nombor telefonnya kepada Qa’id tadi.
            “ Abang minta mak abang minta kat Makcik Amirah. Tadi abang lupa nak minta. Petang tadi panggil kat parking pun Aathifah tak dengar, tak sempat nak kejar kete dah lalu. Aathifah tinggal kat mana? “
            Sorry, Aathifah tak perasan la kot. Aathifah dok kat Hotel Impiana. Ada apa abang telefon Aathifah?” Saat ini Aathifah berharap apa yang dia bakal dengar bukanlah sesuatu yang difikirnya. Danial masih setia disisi. Peluang yang ada di ambil untuk mengamati seraut wajah manis itu. Sesekali itu juga Aathifah tersenyum manis kepada Danial.
            “ Alang-alang Aathifah dah ada kat KL ni, abang ingat nak ajak Aathifah keluar dinner  dengan abang. Aathifah sudi tak? “
            “ Kluar dinner? Kejab ye abang. “ Aathifah menjauhkan telefon dari mulutnya dan mula bertanya dengan Danial.
            “ Danial, Abang Qa’id nak ajak saya kluar dinner, boleh tak dia join kita sama? “ Idea sengal yang datang dari  Aathifah supaya dia dapat melarikan diri dari berdua-duaan dengan Qa’id dan Danial.
            “ Pe salahnya. Kita makan sama-sama dengan Qa’id jer la. Dia nak ajak makan kat mana? Ke dia nak join makan kat tempat yang saya cadang nak gi? Restoran Mohd. Chan Abdullah, Wangsa Maju “ Hampa Danial tetapi dipendam.
            “ Abang Qa’id nak ajak Aathifah makan kat mana? Danial nak ajak kita makan kat Restoran Mohd Chan Abdullah, Wangsa Maju, kalau abang nak. Kalau tak kita makan kat tempat yang abang nak ajak Aathifah “ Terdiam seketika sebelum Qa’id menjawab.
            “ Okey la jumpe kat sana. Aathifah datang dengan Danial ker? “
            “ A’ah, okey nanti kitorang tunggu abang kat sana. Assalammualaikum. “ Setelah mendengar Qa’id membalas Aathifah pun mematikan talian telefonnya. Danial dan Aathifah menyambung semula pemantauan dan pemerhatian mereka di tapak itu.

No comments: