Haruskah Aku
T
|
angan sasa Saifuddin pantas menahan
badan Umairah dari jatuh ke lantai. Dengan bantuan Saifuddin itu Umairah tidak
jatuh ke lantai. Kemudian dia terduduk bersimpuh setelah dia dapat
mengimbangkan dirinya itu. Dia duduk bersimpuh dengan membelangkangkan
Saifuddin dengan perasaan terkejutnya. Di luar kesedaran Saifuddin, dia mula
merangkul bahu Umairah dari belakang seperti tidak mahu melepaskannya kepada
orang lain. Hanya kebisuan yang ada pada mereka ketika ini seolah merelakan
pelukan yang berlaku. Umairah yang terdorong untuk terduduk di tepi katil
Saifuddin hanya terdiam seperti telah dipukau.
Saifuddin juga sudah terduduk di hujung katilnya manakala tangannya
memeluk kemas bahu Umairah membelakangkannya. Masing-masing terpaku dengan
situasi itu.
“ Apa ni Saifuddin, lepaskan saya. Awak tak
boleh peluk saya la. Kita bukan muhrim! “ Umairah yang tersedar dengan salah
laku mereka mula meronta meminta dilepaskan dengan meninggikan sedikit
suaranya. Saifuddin yang turut sama tersedar dengan kesalahannya mula
melepaskan pelukannya sambil dia beristighfar.
Setelah mendapati dirinya bebas daripada
pelukan Saifuddin, Umairah segera bangun dan berlari meninggalkan Saifuddin.
Saifuddin yang tidak menyangka dengan tindakan beraninya yang diluar
kesedarannya itu hanya melihat Umairah yang berlari meninggalkannya. Dia tidak
tahu apa yang harus dilakukan untuk menyatakan kekesalannya berbuat demikian.
Dia juga tidak pasti haruskah dia keluar mengejar Umairah.
Mak Mah yang melihat Umairah laju
turun daripada bilik Saifuddin mula mendapatkan Umairah dan bertanya apabila
mendapati Umairah ingin meninggalkan rumah itu dengan segera.
“ Eh! Nak ke mana tu Umairah. Jom la
makan dulu. Saifuddin mana? Dia tak mahu bangun lagi ker? “ Tanpa menghiraukan
pertanyaan Mak Mah Umairah terus bersuara.
“ Mak Mah saya balik dulu ye. Ada hal
sikit. Mungkin lain kali saya merasa masakan Mak Mah. Kirim salam kat auntie. “ Umairah berkata kerana tidak
mahu hati tua Mak Mah terasa dengan tindakannya pulang tanpa merasa masakannya
terlebih dahulu sedangkan makanan sudah disediakan olehnya. Umairah terus
berlalu dengan segera. Tidak betah lagi dia berlama di rumah itu. Terlalu malu
dia dengan apa yang berlaku dan terasa bersalahnya dia kepada yang Maha Esa.
Mak Mah yang perasan adanya air mata yang mula bergenang pada mata Umairah
hanya mendiamkan diri sambil matanya memandang wajah Umairah dan bersilih ganti
memandang ke atas. Seperti dapat menganggak sesuatu sudah terjadi.
Setelah
Umairah melangkah pergi meninggalkan rumah itu, Mak Mah segera mendapatkan Saifuddin
yang masih lagi berada di biliknya. Saifuddin yang kembali baring sambil
matanya dipejamkan semula cuba menutup kesalahan yang dilakukannya sebentar
tadi. Mak Mah yang melihat Saifuddin masih tidur di atas katil tersebut mula
menghampirinya sambil mulut membebel.
“ Alahai! Budak bertuah ni. Belum
bangun lagi. Sampai tak sempat budak Umairah tu nak jamah makanan terpaksa
pergi. Ada hal la tu agaknya. Bangun la cepat Saifuddin. Jom makan nanti angin
masuk perut kamu lagi susah. “
‘ Saifuddin masih tidur. Mungkin ada
hal lain yang buat budak Umairah tu menangis kot. Apalah aku fikir yang
bukan-bukan tadi ‘ Mak Mah berbicara sendirian. Dia berasa lega dengan apa yang
difikirkannya tidak berlaku. Kali ini Mak Mah menghampiri Saifuddin dan
mengerakkan tubuhnya sambil mengejutkannya.
“ Isshk! Budak ni bangun. Nak Mak Mah
siram kamu dengan air ke baru bangun. “ Mak Mah tersenyum mengusik.
“ Terima kasih Mak Mah. Kejab lagi
saya turun makan. Saya nak solat dulu. “ Saifuddin mula membuka matanya dan
dengan sayu dia bersuara.
“ Bagus la. Mak Mah pun nak solat
dulu ni. Tapi Umairah dah balik. Jenuh dia kejutkan kamu tadi. Kamu tak dengar
ker? Agaknya ada hal la kot balik sampai tak sempat nak menjamah dulu. Entah
apa hal yang sedih sangat. Mak Mah nampak bergenang jer airmatanya. Mak Mah
turun dulu, ye “ Mak Mah segera berlalu sambil menutup semula pintu bilik
Saifuddin yang luas terbuka tadi. Demi mendengarkan kata-kata Mak Mah berkenaan
air mata Umairah, Saifuddin terasa lebih bersalah.
‘ Apa dah aku buat ni? Macam mana aku
boleh peluk dia pulak. Kenapa aku ikutkan sangat hasutan durjana tu. Pasti
Umairah terluka dengan tindakan aku dan dia akan menjauhkan dirinya daripada
aku. Aku harus bertanggung jawab. Namun mahukah dia menerimanya. Haruskah aku
bertanggung jawab? Macam mana pulak dengan abang? ‘ Saifuddin berbicara
sendirian sambil merauk mukanya. Buntu dengan tindakan yang harus dilakukannya.
Seketika kemudian dia teringat kepada yang Esa. Dia harus memohon kemaafan
kepada-Nya di atas kekhilafannya tadi disamping memohon petunjuk akan tindakan
yang wajar dilakukannya.
Selesai
menunaikan solat zuhur dan solat taubat, Saifuddin mula mengambil telefon
bimbit Iphone 5c kepunyaannya dan mendail nombor telefon bimbit Umairah. Dia
menghubunginya untuk menyatakan permohonan kemaafan di atas keterlanjuran tingkah
lakunya sebentar tadi dan menyatakan niatnya yang akan bertanggung jawab dengan
setiap tindakannya memalukan serta menjatuhkan martabat Umairah. Mujur selepas berjumpa dengan Umairah pagi
tadi di pejabatnya, Saifuddin sempat menyimpan nombor telefon bimbit Umairah.
Kalau tidak mungkin dia terpaksa menunggu keesokan hari sahaja.
Deringan
telefon tidak dijawab di hujung talian. Saifuddin mencuba lagi untuk kali
kelima namun masih tiada jawapan. Saifuddin mula dapat menduga bahawa Umairah
sahaja tidak mengangkat panggilannya. Namun Saifuddin tidak berputus asa. Dia
mula menaip pesanan ringkas.
Salam.
I’m sorry. Sy trlanjur td tp sy x sgaja.Tlg maafkn sy.
Sy akn
b’tggjwb. Pls pick up my call. I 1 2 xplnt n hear u’r
voice n u’r answer.
Pls….
Saifuddin
mengeluh, melepaskan bebanan yang berat. Dia tahu dia sudah melukakan hati
Umairah. Dia sudah mencalar kerhormatannya sebagai gadis. Namun apa lagi yang
dapat dilakukannya kerana semua sudah terjadi. Hanya dia berharap Umairah sanggup
menerima permohonan kemaafannya dan dia sedia bertanggung jawab sekiranya itu
yang diharapkan oleh Umairah.
*******************************************
‘ Ttiitt,
ttiitt….’ Bunyi bib pesanan ringkasnya masuk selepas lima kali deringan
panggilan telefon yang tidak diangkatnya. Umairah yang masih lagi berteleku
menghadap Yang Maha Pengampun. Memohon keampunan di atas dosa-dosa yang telah
terjadi sebentar tadi. Air mata masih lagi mengalir membasahi pipi. Dia
benar-benar menyesali kekhilafan diri. Matanya mula terasa sedikit pedih.
Segera dia mengambil sapu tangan dan mengelap airmata yang masih mengalir dan
cuba untuk tidak menangis lagi. Dia cuba menenangkan diri dengan berisytighfar
sebanyaknya.
Dirasakan dirinya masih tidak tenang. Segera
dia mengambil senaskah al-Quran dan mula membaca surah-surah yang dapat
menenangkan jiwanya disamping menjauhkannya dari gangguan syaitan. Umairah
memulakan bacaannya dengan surah
al-Fatihah. Kemudian dia membaca pula surah Yassin, surah al-Khaafiruun,
surah al-Mulk, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan disudahi dengan surah an-Nas.
Akhirnya dia tertidur dengan tenang tanpa linangan air mata lagi. Dia terlupa
akan pesanan ringkas yang masuk tadi.
Tidurnya
diganggu dengan bunyi ketukan bertalu-talu pada pintu biliknya. Pantas Umairah
bangun sambil berisytighfar dan mengucapkan Alhamdulillah. Diperhatikan jam di
dinding, sudah pukul lima empat puluh lima minit. Dia segera membuka telekung
yang masih dipakainya dan melangkah ke arah pintu biliknya yang berkunci.
“ Haa! Bangun pun. Umi baru ingat nak
ambil kunci kalau Umairah tak buka-buka pintu ni tadi. Kamu buat apa tadi penat
sampai tertidur lepas balik. Dah pergi solat dah lewat sangat ni. Lepas tu
turun makan. “ Bebelan uminya tanpa henti. Dia hanya mengangguk lemah. Setelah
uminya berlalu pergi dia mula menutup semula pintunya dan masuk ke bilik air
dan berwudhuk.
Selepas
menunaikan solat asar dia turut membaca surah-surah yang sama dibacanya tadi.
Dia berasa lebih tenang dan bersih jiwanya. Seketika kemudian telefon bimbitnya
berbunyi nyaring dengan nyanyian lagu Opick ‘ Tak Cukupkah Semua ’. Jamilah
itulah nama yang tertera pada skrin telefon bimbit Samsung S4 nya.
“ Assalammualaikum Jamilah. “ Umairah
mula memberi salam.
“ Waalaikummussalam Umairah. Ko buat
apa tadi senyap jer. Aku call ko tak
angkat aku message ko tak balas. Ko
sakit ker? “ Jamilah pantas bertanya.
“ Alhamdulillah, aku sihat lagi ni. Sorry tadi aku tertidur. Letih sikit
tadi. Kenapa ko call ni? “ Umairah
tenang bersuara.
“ Magrib ni ko gi tak solat kat
masjid. Ari ni ada ustaz muda tu bagi kuliah. Dah lama aku tak join. Jom kita gi nak. Aku dah rindu nak
jumpa ustaz tu. Dengar suara and
tengok wajahnya dari jauh pun dah cukup la. “ Jamilah girang memberitahu.
“ Eh! Eh! Ko ni nak gi sebab nak
jumpa ustaz tu ker nak dengar kuliahnya? Baik ko betulkan niat ko tu. “ Umairah
mengingatkan.
“ Pe salahnya menyelam sambil minum
air. Bukan luak pun kan. Ke ko jealous sebab
ustaz tu suka tengok aku? “
“ Tak kuasa aku nak jealous. Ko tu perasan sebenarnya.
Memang la semua orang ustaz tu tengok. Takkan nak bagi kuliah tengok lantai jer.
Pe la ko ni. Dah, dah. Nanti ko datang rumah kita gi sama-sama dengan abi aku.
Aku nak turun dinner ni. Umi aku dah
bising tadi. Okey, Assalammualaikum. “
“ Okey, malam nanti aku datang. Kirim
salam kat umi ko ye. Waalaikummussalam. “ Setelah tamat perbualan dengan
Jamilah, Umairah mula melihat tujuh kali panggilan tidak berjawab. Lima
daripada Saifuddin dan dua lagi daripada Jamilah. Kemudian dia membuka peti
pesanan ringkas. Ada dua, satu daripada Jamilah yang bertanya sebab dia tidak
mengangkat panggilan telefonnya dan satu lagi daripada Saifuddin. Umairah
melepaskan keluhan selepas membaca pesanan Saifuddin. Tanpa menunggu lebih lama
dia membiarkan sahaja pesanan tersebut dan segera turun ke bawah. Seperti
kebiasaan, familinya akan makan malam sekitar pukul enam lebih.
***********************************
“ Eee!! Handsome kan ustaz tadi. Dah la handsome, bijak dan beriman lagi. Memang
sempurna la kalau jadi suami. Untungnya kalau aku dapat. Jaminan syurga tu! “
Jamilah bersuara agak perlahan sambil tangannya memeluk tangan kiri Umairah
keriangan. Mujur mereka agak jauh kebelakang daripada kedua orang tua Umairah.
“ Ustaz ko nak Danial ko nak. Mana
satu sebenarnya yang ko nak ni? Ko ni biar betul. Jangan mainkan perasaan
orang. Nanti ko juga yang merana. “ Umairah tegas bersuara.
“ Pe la ko ni. Aku nak berangan sikit
pun tak boleh. Ko ingat aku ngan ustaz tu dapat bersama ker? Angan-angan aku
jer la. Ustaz tak kan pandangnya orang yang macam aku ni. Mesti dia nak cari
isteri yang bertudung labuh, kan. Jadi yang ada ngan aku sekarang ni Danial jer
la. Dia pun boleh tahan juga jika nak dibandingkan ngan ustaz, kan “ Jamilah
tersenyum kelat.
“ Bagus la ko sedar. Tapi semua tu
tak mustahil. Mungkin ustaz tak cari isteri yang tudung labuh, mungkin dia cari
isteri yang macam ko yang boleh dibimbing sampai ko boleh pakai tudung labuh.
Kita mana tahu kan. Kalau ko betul-betul nak ko selalulah berdoa. Insya-Allah kalau
dah memang tu jodoh dan ketentuan Allah untuk ko, dapat la ko jadi isteri ustaz
tu. Tapi nanti macam mana pula ngan Danial? Kesian pulak dia. “ Umairah
berbicara panjang lebar.
“ Danial tu tak kisah. Dari dulu lagi
kami dah cakap kalau ada jodoh di antara kami, kami akan bersatu tetapi kalau
tak de kami pasrah dan berjanji tak kan bermasam muka dan akan masih tetap
berkawan. Heem…. Cool tak kitaorang?
“ Jamilah tersenyum bangga.
“ Bagus la macam tu. Tapi jangan nak
kembang sangat! Dah jom cepat, abi dah jauh tu. “ Umairah dan Jamilah
mempercepatkan langkahnya menuju tempat letak kereta abinya yang sedikit jauh
kerana ramai yang hadir mendengar kuliah magrib tersebut.
“ Amboi! Nak gi mana tu jalan cepat
sangat. Sampai tak perasan orang kat sebelah. “ Haniza menegur bilamana Umairah
dan Jamilah berlalu disebelahnya. Umairah dan Jamilah yang tersentak dengan
kata-kata itu mula berpaling.
“ Eh! Auntie Niza. Auntie pun
datang juga. Sorry la tak perasan
tadi. “ Jamilah mula memberhentikan langkahnya. Umairah turut sama ikut. Dia
tersenyum memandang Haniza. Namun sewaktu matanya dapat melihat kelibat
Saifuddin yang turut ada di situ dan sedang asyik melihatnya, dia mula
menundukkan sedikit wajahnya.
“ Abang pun ada. Tak jauh ker datang
solat kat sini? “ Jamilah kembali bersuara. Saifuddin hanya tersenyum kepada
Jamilah tanpa sedikitpun ingin membuka mulut berbicara atau menegur mereka.
Hanya matanya masih tidak mahu lekang daripada memandang wajah Umairah yang
tadinya riang namun kini muram.
‘ Mungkin dia masih marahkan aku.
Macam mana ni? Apa aku nak buat ni? ‘ Saifuddin berbicara sendirian. Namun bagi
Umairah dia tidak pula memikirkan apa-apa. Fikirannya tiba-tiba kabur tidak
tahu apa yang harus difikirkan. Kemudian mereka kembali mendengar Haniza
berbicara.
“ Issh! Kamu ni kalau nak tuntut ilmu
mana ada istilah jauh ker dekat. Auntie suka
dengar kuliah dari Ustaz Niyaz ni. Bila dengar ustaz bagi kuliah dekat sini auntie ajak la abang Din kamu ni solat
kat sini. Untung-untung boleh jumpa kamu ngan Umairah. Alhamdulillah Allah
perkenankan permintaan auntie.”
Haniza tersenyum lebar.
“ Umairah, terima kasih kerana sudi
tolong auntie dan Haq. Tadi auntie tak sempat nak ucapkan terima
kasih. Tak sangka Umairah orang yang Saifuddin cakapkan tu. Nasib baik Umairah
ada tolong pujukkan Haq kalau tidak tak tahulah apa yang nak jadi. Mungkin kami
terpaksa menghantarnya ke hospital mental. “ Haniza menyambung bicaranya sambil
mengusap mesra bahu Umairah.
“ Saya tak buat apa-apa pun auntie. Saya cuma mempertahankan diri
saya saja tadi. Semua tu kehendak Allah. Alhamdulillah Dia permudahkan semua
urusan tadi. “ Umairah bersuara lembut sambil memandang Haniza, hanya Haniza.
Jamilah yang dapat menganggak apa yang sedang dibicarakan oleh mereka hanya
mendiamkan diri. Tidak mahu menyampuk.
“ Esok Umairah akan datang lagi kan?
Agaknya pukul berapa Umairah nak datang ye? Nanti boleh Saifuddin ambilkan kat
Umairah. “ Haniza begitu gembira. Umairah tidak tahu mahu berkata apa. Dia yang
masih tidak memikirkan perkara itu hanya memandang sayu wajah Haniza. Demi
melihatkan keadaan Umairah, Saifuddin mula menyampuk.
“ Mama, Umairah belum bersetuju lagi.
Dia perlukan masa untuk fikirkan cadangan kita tu. Berikan dia masa. Tadi
Saifuddin yang paksa dia datang tolong. Jom Mama kita gerak. Bahaya dok sembang
tepi jalan macam ni. “ Saifuddin mula memegang tangan mamanya. Kereta yang
bertali arus melalui jalan itu merisaukannya. Kebanyakan kereta yang
lalu-lalang adalah pemilik yang hadir solat berjemaah di masjid sambil
mendengar kuliah tersebut.
“ La, ye ker. Kalau macam tu auntie minta maaf. Ingatkan Umairah dah
setuju. Tak pe la, Umairah fikirkan dulu ye. Nanti bagi kami jawapan ye. Tapi auntie harap sangat yang Umairah sanggup
dengan cadangan kami tu. Umairah jer satu-satunya harapan kami. “ Haniza mula
tersenyum pilu. Masing-masing mendiamkan diri sambil kaki melangkah menuju ke
kereta Saifuddin.
“ Jom mama kita masuk kereta. Umairah
dan Jamilah pun nak balik dah tu. Dah malam sangat dah ni. “ Saifuddin kembali
menarik tangan mamanya sambil memandang sekilas wajah murung Umairah.
“ Okey, jumpa lagi nanti ye auntie “
Jamilah mula menghulurkan tangan bersalam dengan Haniza. Umairah kemudiannya
mengikuti. Haniza yang kini bersalam dengan Umairah mengusap lembut tangan
Umairah berkali-kali dengan wajah yang penuh pengharapan. Setelah seketika kereta BMW Saifuddin berlalu,
kereta abinya Umairah pula tiba di tempat Umairah dan Jamilah berhenti tadi dan
mereka segera masuk.
***************************************
“ Ko kenapa
Umairah? Lepas balik tadi aku tengok ko diam tak banyak cakap pun. Sepatah
orang tanya sepatah juga la jawabnya. Ko sakit ker? “ Jamilah bertanya setelah
mereka berada di dalam bilik tidur Jamilah. Malam itu Umairah akan menemani
Jamilah kerana ibu dan papa Jamilah tiada di rumah. Ibunya menemani papanya ke
Johor untuk satu mesyuarat perkembangan syarikatnya di sana.
“ Aku okey jer. Cuma sakit kepala
sikit. Mungkin kurang minum air masak kot. Hari ni kan sedikit panas. Mata aku
pun letih sikit ni. Aku rasa aku nak tidur awal la. Ko ada apa-apa nak buat
ker? “ Umairah beralasan tanpa memberitahu Jamilah perkara sebenar yang
mengganggunya.
“ La ye ker. Aku baru cadang nak ajak
ko tengok cete Naruto the Movie 6 ni. Kan ko pun suka cerita animasi. Ingatkan
ada kau boleh la kita tengok sama-sama tak la bosan sangat. “ Jamilah sedikit
kecewa.
“ Tak pe la ko pasang jer la. Aku
temankan ko kejap tapi kalau aku tertidur ko jangan marah pulak. “ Umairah yang
sudah baring di atas katil Jamilah memberi cadangan.
“ Betul ni. Ko tak kisah aku pasang.
Kalau ko nak tido, ko tido la. Janji ko ada kat sebelah aku. Tak la aku rasa
sunyi sangat. Ko tau la malam-malam lain sikit rasa keadaannya. Tambah kalau
duduk sorang-sorang. “ Jamilah tersenyum riang sambil kaki melangkah ke arah
set televisyennya. Dvd Naruto The Movie yang baru dibelinya itu dibuka dan
dipasang. Seketika kemudian bunyi bib pesanan ringkas Umairah berbunyi. Dengan
malas Umairah mencapai telefon bimbit yang berada di atas meja tulis Jamilah
yang berdekatan dengan tempat tidurnya. Pesanan ringkas daripada Saifuddin
dibaca.
Salam. Awk dah tido? Sy nk call blh? Ada
pkara yg sy nk jelaskn.
“ Sape tu? Pakwe ker? “ Jamilah yang
teruja ingin mengetahui gerangan yang menghantar pesanan kepada Umairah ketika
hari sudah semakin malam mula bertanya.
“ Eh! Sibuk jer nak tahu sape yang
anto message kat aku ni. Dah la aku
nak tido dulu ni. “ Umairah mengelak daripada menjawab pertanyaan Jamilah.
Seketika kemudian bunyi bib peti pesanan ringkas Jamilah pula berbunyi.
“ Hhaah! Pe mimpi Abang Din ni anto message kat aku ni? “ Tanpa sedar
Jamilah bersuara tidak percaya dengan pesanan yang diterima dari Saifuddin.
Jamilah membaca pesanan ringkas yang dihantar olehnya.
Salam. Ank dara sorg ni dah tido ker? Berani
ker tido
sorg2 mlm
ni. Ada sesiapa temankn ker?
“ Abang Din? Encik Saifuddin ker? Oh!
Ye Encik Saifuddin tu anak Auntie Niza
kan. Jadi ko dah kenal la siapa dia sebenarnya kan? Tapi kenapa ari tu masa
jumpa dekat restoran ko macam tak kenal jer pulak ? “ Umairah yang mula dapat menangkap
kata-kata Jamilah mula bertanya.
“ Hhaah! “ Jamilah agak gugup.
‘ Matilah aku! Macam mana aku
terlepas cakap pulak ni. Tadi dah elok tak perlu menjawab sebab dia tak tanya.
Ingat dah lupa. Aduh! Idea datang la cepat. ‘ Jamilah monolog sendirian.
“ Kenapa gugup jer ni Mila. Ko ada
rahsiakan sesuatu daripada aku ker? “ Umairah yang dapat mencium kegugupan
tutur kata Jamilah mula kembali menyoal. Dia kini kembali duduk seiringan
dengan Jamilah yang juga duduk di atas katil tersebut.
“ Eh! Mana ada. Pandai jer la ko ni.
Aku biasa jer. Ko ni suka serkap jaranglah. Kata tadi mengantuk nak tido,
kenapa tak tido lagi. “ Jamilah cuba mengalihkan topik perbualan.
“ Sudah ko jangan nak lari. Jawab
cepat soalan aku. Selagi aku tak puas hati dengan jawapan ko, ko jangan ingat
ko boleh lari. Ha! Pe tunggu lagi. Cepat la jawab. “ Umairah sedikit
meninggikan suara. Sahaja ingin membuat Jamilah getar dan berharap dengan itu
dia akan menjawab dengan jujur.
“ Jangan la marah-marah Umairah. Okey
aku jawab soalan ko tadi. Aku dah lama tak jumpa dengan Abang Din, tu yang aku
dah tak cam dia. Ye lah dulu rambutnya kontot macam askar sekarang dah panjang
sikit, berjanggut ciput lagi. Ehm! Sebab tu la. “ Jamilah yang yakin dengan
alasan yang diberikan sempat lagi melawak.
“ Berapa lama ko tak jumpa sampai tak
boleh nak cam langsung ni? Abis tu ko gi hotel ari tu memang betul-betul ko
minta kerja ker korang menyembang pasal aku? “ Umairah yang masih sangsi mula
bertanya dengan nada yang masih serius.
“ Sampai hati ko tak cayakan aku.
Betul la aku minta kerja. Tapi adalah juga abang tanya pasal ko sikit-sikit. Ye
la, dah dia nampak aku ngan ko ari tu, mustahil la dia tak tanya kan. Dia pun
lelaki gak. Pantang nampak perempuan cantik sikit mula la nak merisik khabar. “
Jamilah yang mulanya membuat suara merajuk mula tersengeh-sengeh selepas
menuturkan kata-katanya.
‘ Merisik khabar? Apa ye yang
Saifuddin tu tanya? Kalau aku tanya dengan minah ni, mula la dia ingat aku ni
tangkap cintan dengan mamat tu. Tak pun dia cakap aku ni cepat perasan lak.
Baik aku diamkan jer ‘ Umairah berbicara dalam hatinya.
“ Dah la aku nak tido! Semakin sakit
kepala aku melayan ko sembang. “ Umairah mencipta alasan lalu baring semula
sambil menarik selimut menutup tubuh yang sedikit kesejukkan kerana
terpasangnya penghawa dingin di bilik tersebut. Jamilah dalam diam sempat
membalas pesanan ringkas Saifuddin.
“ Eh! Ko tau tak, aku rasa abang Din
tu dah tangkap cintan la ngan ko. Masa kat masjid tadi matanya tak berkelip
memandang ko. Ko jer yang dia pandang masa tu sampai aku kat depan dia yang
tengah perhatikan dia tengok ko pun dia tak perasan. Macam orang yang sedang
dilamun cinta. Macam berada di kayangan jer. Malu tapi mahu. Ko untung tau tak
Umairah. Abang Din tu tak pernah bercinta ngan sesiapa pun. Dia tu susah nak
jatuh cinta. Kau la orang pertama yang dapat buka pintu hati dia. Memang la,
Abang Din tak cakap kat aku yang dia suka kat ko tapi sekilas ikan berenang aku
tahu jantan betinanya, macam tu la aku tahu abang tu ada hati dengan ko. Andai
kata la satu hari nanti Abang Din cakap yang dia suka kat ko, ko leh terima dia
tak? “ Jamilah dengan panjang lebarnya bersuara memberikan pendapatnya dengan
mata masih lagi pada skrin televisyen di hadapannya.
Seketika
menanti Umairah masih tidak menjawab, Jamilah mula memalingkan mukanya ke
belakang memandang Umairah yang sedang lena..
“ La! Aku cakap sorang-sorang
rupanya. Kejapnya dah lelap. Letih sangat kot. Buat bazir air liur aku jer
cakap panjang lebar tadi. Nasib badan, nasib badan. “ Jamilah mengeluh sambil
menyambung semula menonton televisyennya. Sementara itu, Umairah yang
berpura-pura tidur mula membukakan matanya perlahan-lahan. Dia mula memikirkan
kata-kata yang diperkatakan oleh Jamilah dan perkara-perkara yang telah terjadi
hari ini.
‘ Apa yang harus aku buat sekarang?
Nanti? Haruskah aku terima tawaran mamat tu? Kalau aku terima macam mana aku
nak berdepan dengannya? Berjayakah aku nak melakukannya tanpa fikir apa yang
telah dia lakukan? Tapi kalau aku tak terima macam mana aku nak kumpulkan duit
dengan cepat. Lagi cepat aku kumpulkan duit lagi cepat aku pergi dari tempat
ni. Tak perlu aku nak bertembung dengan dia lagi. Tapi duit yang aku terima
nanti duit dia. Tak ker ada kaitan ngan dia gak nanti. Ah! Serabutnya kepala
aku ni. Aduh! Sakitnya! ‘ Umairah mengaduh kesakitan sendirian tanpa terkeluar
kata-katanya di pendengaran sesiapa. Matanya semakin sakit. Tanpa sedar dia
terlelap.
‘
Krreenggggg!!!! ‘ Jam loceng di meja sudutnya bilik Jamilah berbunyi.
Menandakan hari sudah mengenjak pukul enam setengah pagi. Jamilah dengan malas
bangun menutup jam loceng berkenaan. Seketika kemudian dia mengeliatkan
badannya. Di pandangnya Umairah masih lagi lena dalam selimutnya seolah-olah
tidak sedar akan bunyi jam loceng yang bingit bordering di tepi telingannya
tadi.
“ Tido mati ker apa minah ni. Selalu
tu dia yang tolong tutupkan jam loceng ni. Sakit lagi ker kepala dia ni. Ker
malam tadi dia ada bangun buat solat sunat lagi, tu yang mengantuk sampai tak
sedar. Tak pe la biar dia tido kejap lagi. Lepas aku solat karang aku gerakkan.
“ Jamilah membebel seorang diri kemudian terus bangun menuju ke bilik air.
Selesai
menunaikan tuntutan yang satu itu, iaitu solat subuh, Jamilah segera
mendekatkan dirinya dengan Umairah untuk mengejutkannya dari tidur.
“ Umairah bangunlah. Dah enam empat
puluh lima ni. Nanti terlepas lak solat subuh. Ko belum solat lagi kan? “
Jamilah bertanya untuk kepastian sambil tangan mengoncangkan kaki Umairah.
Umairah masih tidak berkutik walaupun digoncang banyak kali oleh Jamilah,
kakinya. Jamilah mula merasa tidak sedap hati. Dia segera merapatkan diri ke
arah kepala Umairah pula. Kali ini sambil mengejutkannya.
“ Umairah bangun dah subuh. Ko belum
solat lagi kan? “ Jamilah bersuara sambil tangan mula melekap pada dahi Umairah.
Alangkah terkejutnya bila dia mendapati Umairah demam panas.
“ Panasnya badan ko ni. Ko demam
panas ni. Kenapa tak kejutkan aku malam tadi. Kalau tak boleh aku bagi ko ubat.
Ko tunggu sini aku panggil umi dan abi ko. “ Jamilah yang mula nampak Umairah
yang muka matanya sedikit segera memberitahunya. Kemudian dia perhatikan
Umairah memejamkan semula matanya. Tanpa menunggu lama dia segera mencapai
tudung dan baju lengan panjang untuk dipakai dan kemudian turun untuk
mendapatkan kedua orang tua Umairah yang berada di sebelah. Dengan wajah yang
ketakutan Jamilah berlari menuruni anak tangga rumahnya.
3 comments:
Beraninya Saifuddin ni!! Ha.. tak terasa terlalu drastik ke utk perkenalan awal ni. kih3.. Tapi rasa terhibur plak baca sbb keletah Umairah yg byk celoteh ni. Haha. Ok pasni follow dua cerita ni. Terlerai Sudah & Aku Nak Kerja Bukan Misi..
salam.... tq syira sudi follow cete2 sy... Doakan ke-2 2nya mahu diterbitkan oleh Kaki Novel...hihihi
Dah siap ke kedua2 cerita ni? Kalau dh siap, bagus lah sbb boleh diwar-warkan. Hehe.. Bagus lah sebab dah melangkah setapak demi setapak ke hadapan. Selamat Berkarya!
Post a Comment