Luahan Hati
S
|
esampai sahaja di perkarangan rumah dua
tingkat familinya, Saifuddin segera melangkah keluar dan berlari masuk ke dalam
rumah. Panggilan telefon dari Mak Mah sebentar tadi memang merisaukannya.
“ Mak Mah, abang Haq kat mana? “ Saifuddin
bertanya demi terpandangkan Mak Mah di ruang tamu yang kerisauan.
“ Ada kat dalam biliknya, Saifuddin. Mak Mah
tak tahu nak buat pe lagi. Dari pagi lagi Haq dah mengamuk sampai nurse pun lari tinggalkan dia. Mak Mah
tak tahu apa yang tak kena. “ Pembantu rumah, Muslimah itu bersuara.
“ Tak pe la, Mak Mah. Saifuddin masuk dalam
tanya abang Haq. Mak Mah buat la kerja Mak Mah balik. “ Saifuddin memberitahu
bagi melegakan sedikit kerisauan Mak Mah.
“ Hati-hati, ye Saifuddin. Banyak kaca pecah
kat dalam tu. Tadi Mak Mah dengar banyak barang yang jatuh pecah. Mak Mah nak
masuk Haq larang dan baling lagi pinggan mangkuk bekas sarapan dia tadi kat Mak
Mah. Habis bertaburan sarapan dia. “ Mak Mah cuba mengingati Saifuddin.
“ Baiklah. Mak Mah jangan risau ya. Nanti saya
hati-hati. “ Saifuddin segera meniti anak tangga untuk ke bilik Saiful Haq,
satu-satunya abang Saifuddin.
Bunyi kaca yang berlaga saat Saifuddin membuka
pintu bilik Haq mengiyakan kata-kata Mak Mah.
“ Aku cakap jangan masuk, jangan masuk. Kenapa
korang ni tak faham-faham. Korang nak kena penangan aku sangat ker! “ Saiful Haq
memekik sebaik pintu dibuka tanpa memandang pintu tersebut. Demi terpandangkan Saiful
Haq yang duduk di atas katilnya dengan keadaan yang tidak terurus, Saifuddin
segera menghampiri sambil berjalan berhati-hati agar kakinya tidak terpijak
pecahan kaca yang bertaburan dalam bilik itu. Kerusi roda Saiful Haq pun sudah
tunggang-terbalik.
“ Abang, Abang tak apa-apa ker? Kenapa abang
marah-marah ni? Nurse tadi tak buat
kerja dengan betul ker? “ Saifuddin bertanya dengan lembut. Saiful Haq mula
mengangkat muka memandang Saifuddin.
“ Aku kata keluar, keluar Din. Aku tak nak
sape-sape ganggu aku. Biar jer aku sorang-sorang kat dalam ni! “ Saiful Haq
masih berteriak. Saifuddin yang tidak menghiraukan Saiful Haq masih melangkah
menghampirinya. Sebaik sahaja Saifuddin betul-betul berada berdekatan, Saiful Haq mula menolak badan Saifuddin dengan
kasarnya. Saifuddin yang tidak menyangka dengan tindakan abangnya itu akhirnya
terjatuh ke lantai dan telapak tangannya terkena serpihan kaca yang ada di
lantai tersebut. Darah tersembur keluar dari luka yang ada.
“ Aduh! Ah! “ Saifuddin mengerang kesakitan. Saiful
Haq agak terkejut dengan jeritan kecil Saifuddin yang kesakitan. Saiful Haq
terdiam memandang lemah kakinya.
“ Dah puas hati kamu sekarang, Haq! Lepas ni kamu
nak sakitkan sape pulak? Mama? Daddy?
“ Haniza yang muncul di pintu bilik bersama dengan Mak Mah mula memarahi
tindakan Saiful Haq sebaik sahaja dia sampai. Sebenarnya Haniza pulang sebentar
untuk melihat keadaan anaknya tengah hari itu setelah dia meninggalkan anaknya
itu dengan jururawat yang diupah membantu dan menjaga kesihatan Saiful Haq.
“ Mama! Dah la mama. Abang tak sengaja tadi.
Jom la kita keluar, bahaya kat dalam ni. Banyak sangat serpihan kaca kat
lantai. Nanti mama pula yang terpijak. Biar abang bertenang dulu, nanti kita
bincang lagi. “ Saifuddin sudah bangun dan menghampiri pintu bilik. Dia cuba
menarik tangan mamanya untuk beredar tetapi mamanya masih tetap berdiri di
hadapan pintu.
“ Pe yang kamu buat ni tak kan menyelesaikan
masalah. Cuba fikir baik-baik. Kamu bukan budak kecil yang kami kena selalu
ingatkan. Boleh tak kamu cuba jaga hati Daddy
kalau tak nak jaga hati mama pun. Daddy
bukannya sihat sangat tu. Kalau dia tengok kamu macam ni bertambah susah hati
dia. “ Haniza bersuara tegas sambil airmatanya mengalir membasahi pipinya.
“ Mama dah la. Nanti Din berbicang ngan Abang.
“ Saifuddin memujuk lembut mamanya sambil mula menarik tangan mamanya semula.
Haniza hanya mengikuti tindakan Saifuddin. Sebaik Saifuddin dan Haniza mula
melangkah meninggalkan bilik itu, Saifuddin mula berbicara.
“ Mak Mah tolong bawa mama turun ke ruang
tamu. Saya nak kemaskan serpihan kaca tu kejap. Takut nanti abang buat yang
bukan-bukan pula. “
“ Tak pe Saifuddin, nanti biar Mak Mah yang
buat. Tangan kamu luka tu, jom Mak Mah sapu ubat dulu. Kalau dibiarkan takut
terkena kuman pula. “ Mak Mah bersuara.
“ Kak Mah tolong bersihkan bilik Haq. Tangan
Din tu nanti biar saya yang bersihkan. Tapi jangan dekat sangat dengan Haq tu,
takut dia apa-apakan Kak Mah pulak. Bersihkan lantai jer takut nanti daddynya masuk nampak pulak. “ Haniza
mula bersuara tenang.
“ Baiklah Niza. Jom turun, saya ambikkan peti
kecemasan dan penyapu. “ Mak Mah memberitahu. Mereka sama-sama menuruni anak
tangga. Haniza memegang tangan Saifuddin yang luka dengan wajah sayu.
“ Kenapa Kak Mah tak bagitahu saya keadaan Haq
tadi. Nasib baik saya balik kejap ni. Kalau tidak saya tak tahu apa dah nak
jadi lagi. “ Puan Haniza mula bersuara sebaik sahaja Mak Mah datang membawa
peti kecemasan dan air bersih dalam besin kecil.
“ Din yang pesan kat Mak Mah jangan bagitahu
mama. Din tak nak mama terkejar ke sana sini. Din tak nak susahkan mama. “
Saifuddin berbicara terlebih dahulu demi menjawab pertanyaan mamanya.
“ Lain kali jangan nak diamkan perkara ni
daripada mama. Bukannya jauh sangat pun rumah kita ngan restoran kamu tu. Kalau
pasal anak-anak mama, tak de benda yang susahnya pun. “ Haniza bersuara lembut namun
tegas. Saifuddin hanya mengangguk lemah.
“ Saya naik bersihkan bilik Haq dulu ya. “ Mak
Mah yang sedari tadi mendiamkan diri mula berbicara.
“ Hati-hati ya Mak Mah. Jangan dekat sangat
ngan abang ya. “ Saifuddin mengingatkan.
“ Kak Mah, Abang Wari sudah keluar gi main
golf ker? “ Haniza mula bertanya bila mendapati kereta suaminya tiada.
“ A’ah. Sebelum Haq mengamuk tadi. Nasib baik
la Tuan Wari cepat sikit tadi. Kalau tak, tak tahu la saya nak jadi apa dah kat
Tuan. “ Mak Mah yang masih tidak dapat membuang panggilan Tuan kepada suami
Haniza mula memberitahu.
“ Tak pe la, Kak Mah. Kak Mah tolong bersihkan
bilik Haq ye. Terima kasih ye Kak Mah. “ Haniza kembali membersihkan luka pada
tangan Saifuddin dan membalutnya. Haniza dan Saifuddin hanya mendiamkan diri.
“ Pedih ker? “ Haniza yang perasan dengan
tindakan reflaksi tangan Saifuddin dan kerutan pada wajahnya. Saifuddin cuba
menahan kepedihan itu sambil tersenyum pada mamanya. Sesudah Haniza membalut
luka Saifuddin, dia mula bersuara.
“ Mama ingat abang dah ok. Ari tu lepas balik
dari hotel, Mama tengok dia tersenyum jer. Tak sangka semua tu sementara jer.
Agaknya abang masih tak dapat terima keadaan dirinya sekarang. “
Tatkala mendengar kata-kata mamanya, Saifuddin
mula teringat akan peristiwa di hotel tempohari. Di mana dia melihat dari jauh
kerusi roda abangnya ditolak oleh seorang gadis manis bertudung. Abangnya
tersenyum berbicara dengan gadis tersebut, seperti sudah lama berkenalan. Namun
dia pasti gadis itu bukan kenalan abangnya kerana dia kenal kesemua kenalan
abangnya. Abangnya tidak pernah berahsia dengannya mengenai segala hal. Gadis
yang mesra dengan abangnya itu ialah Aina Umairah binti Abdullah. Dia juga
tidak pasti kenapa dia tidak senang melihat keadaan mereka. Hatinya
membara-bara dengan api kemarahan, tidak puas hati dengan gelagat Umairah. Dia
yang ingin pergi ke tandas tersebut terpaksa membatalkan niatnya. Usapan lembut
tangan mamanya pada pehanya mengembalikannya daripada lamunanya tadi.
“ Sabar la mama. Mungkin abang jadi macam tu
bila tahu Akma sudah putuskan pertunangan mereka. Abang tu perlukan masa. Kalau
Din jadi macam abang mungkin Din jadi lebih teruk daripada abang. Kita cuba la
berikan abang masa tuk kembalikan jati dirinya. “ Saifuddin bersuara simpati.
“ Ye la, itu mama tahu. Tak pe la, Din rehat. Tak
payah gi hotel semula. Nanti mama call
Uncle Rafie beritahu dia keadaan kamu. “ Haniza sudah bangun mencapai
telefon rumah.
*******************************************
Kerlipan bintang di langit menenangkan jiwa
Saifuddin sehingga dia tidak sedar akan kehadiran mamanya di situ juga.
“ Menungkan apa tu? “ Haniza bertanya sambil
turut sama memandang langit.
“ Tak de apa la mama, saja tengok bintang. Daddy dah tidur ke? “ Saifuddin pula
bertanya.
“ Dah. Penat main golf kata daddy. Macam mana tangan tu, masih
berdenyut lagi ker?” Mama mula bertanya sambil matanya memandang sayu
Saifuddin.
“ Mama jangan risau sangat la. Sikit jer ni.
Tak sakit dah. Din bukan budak kecil lagi la mama. “ Saifuddin tersenyum
mengusik.
“ Bukan budak kecil tu yang lagi susah nak
jaga. Macam-macam perangai korang sekarang ni. Pening kepala mama nak fikirkan.
Yang sulung suka mengamuk, yang tengah suka menyendiri yang bongsu lak belajar
sampai tak de masa nak call rumah
tanya khabar.” Haniza berbicara meluahkan rasa hatinya.
“ Maafkan Din mama. Din selalu menyusahkan dan
merisaukan mama. “ Saifuddin sayu.
“ Bukan tu maksud mama. Mama rasa sudah sampai
masa abang dan Din berumah tangga. Mungkin dah ada isteri nanti korang lebih
bertanggung jawab. Isteri korang boleh tolong jagakan korang. Mungkin nanti
korang lebih mendengar kata nasihat isteri korang daripada mama. “ Haniza
mengusap lembut ubun-ubun Saifuddin.
“ Sapa la yang nak kat kita orang ni mama.
Dengan keadaan abang yang macam tu, ngan kehidupan Din yang selalu sibuk, sapa
la nak. Wanita sekarang kalau boleh nak suami yang sihat dan dapat selalu
bersama depa, materialistik lagi. Wanita yang baik dan ikhlas macam mama ni dah
semakin pupus. Lagipun Din rasa mana ada wanita kat luar sana yang tahan dengan
perangai Din yang tak menentu ni. Mama ngan Mak Mah jer yang tahan. “ Saifuddin
tersenyum dengan alasannya.
“ Jangan disebabkan Akma, kamu nak samakan
semua wanita kat luar sana. Tak baik macam tu. Ramai lagi wanita yang baik budi
pekerti dan bertimbang rasa dalam dunia ni. Cuma kita yang perlu pandai
mencari. “ Haniza menegaskan.
Haniza mula terkenangkan khabar yang
diterimanya beberapa hari yang lalu. Perkhabaran yang disampaikan oleh Saiful Haq
kepadanya berkenaan keluarga Tuan Zainal dan Puan Maimun yang mengambil
keputusan untuk memutuskan talian pertunangan anak mereka, Maizatul Akma dengan
anaknya Saiful Haq setelah mengetahui keadaannya yang sudah lumpuh dari
pinggang ke bawah. Puan Haniza tidak menyalahkan tindakan yang mereka ambil,
mungkin sampai di situ sahaja jodoh Saiful Haq dengan Akma. Dia pasrah.
“ Abang macam mana mama. Dia dah tenang ker?
Dah nak makan? “ Kata-kata Saifuddin mengembalikannya kepada dunia nyata.
“ Abang tadi mama lihat dah tenang sikit. Mama
suapkan makan pun mahu juga dia makan. “ Haniza bersuara lega.
“ Mungkin abang nak mama yang jagakan dia kot.
Tak pe la, Mama. Kita tutup jer la restoran Din tu. Kesihatan abang lagi
penting. “ Saifuddin meluahkan rasa hatinya.
“ Sayang la kalau macam tu. Kan ke restoran tu
buah hati kamu. Tu la cepat-cepat kahwin. Nanti bila kamu dah kahwin, boleh
juga kamu bagi kat isteri kamu jaga restoran tu. Tak pe la mama akan jaga abang
sementara tunggu nurse yang baru,
bila keadaan abang dah baik sedikit dan dia dah boleh bekerjasama dengan nurse yang baru nanti baru mama kerap
ada kat restoran. Lagipun semua pekerja kamu tu dedikasi orangnya. Setakat nak
tinggal kejab-kejab tu tak de masalah mama rasa. “ Haniza mengusap lembuh
belakang badan anaknya.
“ Kalau dah mama kata macam tu Din ikut jer
la. Nanti Din akan turut tengokkan restoran tu sama bila ada kelapangan. “
“ Din, mama nak tanya sikit dengan kamu ni.
Kamu tau tak kenapa ari tu lepas pulang dari hotel abang gembira sangat. Ada
apa-apa yang menyeronokkan berlaku pada abang ker? Mama tahu abang lebih suka
bercerita dengan kamu daripada dengan mama. “ Haniza cuba merisik.
Kala itu, Saifuddin teringatkan kenangan
beberapa hari yang lalu. Ketika selesai sesi temuduga mencari pembantu cef
hotel bapanya. Seketika Saifuddin menceritakan kepada mamanya sambil matanya terbayangkan
adengannya dengan Haq di hotel hari itu.
Saiful Haq yang mengintai dari belakang
dinding bilik temuduga itu muncul mendapatkan Saifuddin dengan hilai ketawanya.
“ Macam mana sedap tak kena dengan minah tu?
Tu la sape suruh ko hangin sangat dengan dia. Ko kena ingat bukan semua wanita
tu lemah, terima jer kata-kata ko tu. Tu pun nasib baik dia cakap baik-baik
juga. Buatnya dia karate ko tak ke haru jadinya. “ Saiful Haq mula mengendurkan
sedikit ketawanya.
“ Ni semua abang punya pasal la. Kalau abang
tak menghilangkan diri dari sesi temuduga ni, tak la jadi macam ni. Tak
pasal-pasal Din pulak yang kena gantikan. Abang kan tahu Din tak suka semua tu.
Minah tu pun satu dah la masuk lambat ada hati nak kenakan Din lak. Minah macam
tu memang tak la kerja kat sini. Jangan harap Din nak luluskan. “
“ Ko dah lupa ke. Pihak hotel pun bersalah
sebab mulakan sesi temu duga lama sangat. Dua jam budak tu sabar tunggu tapi ko
tak boleh nak sabar tunggu dia yang lewat beberapa minit jer. Pe punya majikan
la ko ni tak perihatin langsung. “ Saiful Haq mula memihak kepada Aina Umairah,
gadis yang sedang diperkatakan oleh mereka.
“ Aku malas la nak uruskan hal-hal hotel ni
abang. Ko pun tahu aku tak minat bidang ni. Tak boleh ker kalau ko jangan minta
aku ambil alih hotel ni. Ko dah jaga dari dulu sejak daddy bersara, elok-elok jer. Aku rasa ko sorang pun dah cukup.
Lagipun aku dah ada restoran aku tu. Tu pun dah cukup buat aku. “ Saifuddin
cuba meminta simpati abangnya.
“ Aku minta ko tolong aku sementara aje. Bila
keadaan aku dah pulih sedia kala nanti ko boleh jaga semula restoran ko. Aku
tak kan paksa ko jagakan hotel ni lagi. Boleh? “ Saiful Haq pula menerangkan.
“ Ye la, ye la. Tapi ko janji ye sementara
jer. “
“ Ha! Satu lagi ko jangan lupa luluskan budak
tu tadi, sape namanya ye? “
“ Aik! Aku ingat ko kenal. Bukan main baik
punya backing tadi. Alih-alih tanya
aku namanya pula. Pe kes? “
“ Aku kenal dia sebab dia tolong tolak kerusi
roda aku yang tersekat kat pintu tandas tadi. Tak sempat nak tanya nama tadi.
Ye la dia nak cepat takut nanti tak sempat lak nak interview. “ Saiful Haq tersenyum mengusik.
“ Oh! macam tu. Ingat kenal rapat tadi. Nama
dia Aina Umairah. “ Saifuddin menjawab seperti hendak tidak hendak.
“ Kenapa aku rasa nada suara ko ni macam bunyi
orang cemburu jer. Ko jealous ker? Ko
dah jatuh hati pandang pertama ke dengan budak tu? “ Saiful Haq mengangkat
keningnya.
“ Tak kuasa aku budak macam tu. Ko nak ambil
la. Tapi aku nak ingatkan ko tu dah ada Akma. Kalau dia tahu mengamuk satu
bandar nanti. “ Saifuddin berbicara sinis.
“ Pe salahnya kalau nak jadikan dia nombor dua
kan. Kan aku ada kuota lagi tiga. Tapi kalau ko dah berkenan aku bagi kat ko
jer. Budaknya baik hati dan manis. Sopan-santun lagi. “ Saiful Haq tersenyum
sumbing.
“ Sopan-santun la sangat. Dah, tak kuasa aku
nak layan ko. “ Aku balik restoran aku dulu. Esok baru aku masuk pejabat
belajar ngan ko. “ Saifuddin mengangkat tangan meninggalkan Saiful Haq di situ.
“ Jangan lupa luluskan minah tu tau. “ Saiful
Haq masih mengharap. Saifuddin melayang-layangkan tangannya mendengarkan
permintaan Haq. Malas dia hendak melayan permintaan Haq.
Haniza tersenyum manis mendengarkan cerita
Saifuddin. Kemudian dia terfikirkan sesuatu.
“ Din boleh tolong mama tak. Tolong hubungi
gadis tu dan minta dia tolong jagakan abang. Mama dapat merasakan abang akan
lebih tenang kalau gadis tu yang menjaga dia. Sape namanya? “
“ Aina Umairah, namanya. Nak ke budak tu
tolong jagakan abang. Din tak yakin la mama. Lagipun bukan semua orang boleh
buat kerja-kerja macam tu. Nurse terlatih
pun tak dapat nak jalankan tugasnya dengan baik, ni kan pulak budak tu. “
Saifuddin menyatakan rasa hatinya.
“ Try
and error! Kita cuba la dulu mana tau abang serasi ngan Aina Umairah tu.
Din cuba bincang dulu dengan dia, lagipun sementara sahaja. Kita pun bukan
suruh sahaja. Kita bayar upah la. Mama bukan pe, tadi masa mama minta Doktor
Zainal hantarkan nurse yang lain
tetapi doktor cakap semua nursenya macam
dah tak mahu datang jaga abang kamu. Semuanya dah serik. Kamu pun tahu kan
bukan sorang dua yang lari, dah masuk lima orang. “ Haniza bersuara sayu.
Saifuddin diam membisu.
“ Kalau Din keberatan, biar mama sahaja yang
bincang dengan dia. Esok lepas masuk office
Din mesejkan mama nombor contact dia
ye. “ Haniza masih berharap. Demi melihatkan harapan mamanya yang begitu
bersungguh-sungguh ingin mencuba dia tidak sampai hati.
“ Baiklah, esok Din cuba bincang dengan dia.
Kalau Din tak dapat nak pujuk dia baru Din bagi kat mama pulak tuk cuba nasib.
“ Namun dalam hati bukan itu yang bermain dalam benaknya. Dia sebenarnya takut
sekiranya dia membiarkan mamanya berbincang sendiri dengan Aina Umairah nanti
ada kata-kata gadis itu yang menyinggung hati tua mamanya. Dia yakin
gadis-gadis zaman sekarang bukan pandai menjaga hati dan perasaan orang
sepertimana yang Akma buat. Tapi sebelum itu dia perlu berjumpa dengan Jamilah
terlebih dahulu!
No comments:
Post a Comment