BAB 5 : Kebetulan
A
|
athifah
memasukkan tayar simpanan ke ruangan tayar yang baru dikeluarkan kerana pancit sebentar tadi. Mujur dia memakai seluar
tractsuit walaupun dia menggenakan
baju jubah berfesyen dua lapisan kain spandex rayon. Boleh la juga mengikat kemas
bahagian hujung kain jubahnya di pinggangnya bagi memudahkannya melakukan
kerja-kerja menukar tayar berkenaan tadi. Di samping itu dia dapat memastikan
kain jubahnya tidak kotor atau terkoyak semasa melakukan kerja-kerja yang
sedikit kotor itu tadi.
Mujur juga dahulu dia pernah
menolong bapanya menukar tayar kereta, jadi tahulah juga dia cara-cara hendak
menukar tayar. Sekarang cuma tinggal hendak menurunkan semula jack dan mengemas semula barang yang ada
sebelum meneruskan perjalanan. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Camry Precision silver memarkir di belakang kereta Viva Elite glittering silver
Aathifah. Cepat-cepat Aathifah mengalihkan pandangannya kepada kereta
berkenaan. Seorang lelaki Cina keluar menuju ke arahnya. Aathifah sedikit cuak
segera dia mencapai batang besi jack
yang digunakan tadi, sebagai senjata perlindungan kalau-kalau lelaki berkenaan
mempunyai niat yang tidak baik ke atasnya.
“ Are you okay? Need help?” Danial yang mula menghampiri Aathifah
segera bertanya. Bila dipandang muka Aathifah baru dia perasan dengan siapa dia
bercakap. Terkejut juga kerana tidak menyangka akan berjumpa dengan Aathifah di
tepi lebuhraya Utara-Selatan itu.
“ You’re Aathifah, right? “ Belum sempat Aathifah menjawab, satu lagi
soalan ditanya.
‘ Siapa lak mamat sepet ni? Macam mana
dia kenal aku ni? ‘ Aathifah mula keliru dengan Danial yang mengetahui namanya.
Seperti dapat menduga kekeliruan yang bersarang di kepala Aathifah Danial
bersuara lagi.
“ Zatunnur friend, right?
Aathifah. I’m Danial…. ” Ayatnya
tergantung kerana mula terbit perasaan malu pula pada diri Danial hendak
menyatakan dirinya Pengurus Zatunnur.
“ Oh. Mr. Danial. Bos Nur “ Aathifah
mula dapat menangkap siapa geranggan jejaka sepet di hadapannya ini. Senyuman
diberikan lagi.
“ Ye, saya la tu. Tayar pancit ker? Nak saya tolong? “ Danial sudah
menyingsing lengan baju kemeja biru mudanya.
“ Eh! Tak pe dah settle, saya dah tukar. Mr. Danial lewat
sikit jer tadi. Kalau tak boleh gak tolong saya tadi. Sekarang saya cuma nak
simpan semula barang-barang jer. “ Aathifah cuba mengusik Danial sambil
tersenyum.
“ Oh! Ye ker, ingat baru nak mula.
Pandai Cik Aathifah tukar tayar. Keje macam ni biasanya perempuan tak tahu nak
buat. Kalau macam tu saya tolong awak kemas je la. Meh sini saya angkat tayar
tu. “ Danial pula memberikan senyuman yang manis pada Aathifah sambil
menghampiri tayar yang pancit itu dan mengangkatnya ke dalam but kereta.
Aathifah yang sedikit tersentak dengan kepantasan Danial membuat kerja hanya
memerhati tanpa mampu membantah perbuatan Danial itu.
“ Thanks. Boleh la sikit-sikit. Bapa saya ada ajar dulu. “ Aathifah
yang kepenatan hanya berbasi-basi dengan Danial. Baru dia hendak menganggkat peralatan jack
masuk ke but kereta Danial terlebih dahulu mencapainya. Setelah semua barang
dimasukkan ke dalam but kereta, Danial menyandar sebentar di belakang kereta
Aathifah.
“ Cik Aathifah nak ke mana ni?
Sorang pulak tu. Pagi-pagi macam ni tak takut ke? “ Danial mula memandang
suasana yang masih lagi kelam walaupun sudah pukul tujuh lebih.
“ Panggil Aathifah jer tak payah
cik, cik. Saya dah biasa ulang-alik KL ikut jalan ni time, time macam ni. Cuma hari ni kurang baik sikit tayar pancit
lak. Mr. Danial lak nak ke mana? Tak sangka leh jumpe kat sini“ Aathifah juga
melepaskan lelah dengan menyandar di belakang keretanya tetapi dengan sedikit
jarak dari Danial. Danial terpukau dengan pipi Aathifah yang sedikit kemerahan,
mungkin kepanasan selepas bertungkus lumus menukar tayar tadi.
“ Hello! Hello! Mr. Danial. “
Aathifah menayang-nayangkan kedua-dua belah tapak tangan dihadapan muka Danial.
“ Sorry, sorry… Apa Aathifah cakap tadi? “ Danial melarikan pandangan
matanya dari wajah Aathifah, risau Aathifah bertanya.
“ Mengelamun ke mana tadi Mr. Danial
ni? Saya tanya Mr. Danial ni nak ke mana pulak? “ Mengeleng Aathifah melihat
Danial yang hanyut dengan dunianya.
“ Panggil Danial jer. Saya bukan bos
Aathifah. Saya pun nk ke KL. Nak lawat tapak kat sana. Eh! Sembang kat sini jer
lak. Jom berhenti dekat R&R depan sikit tu nanti. Leh kita sarapan
sama-sama? “
“ Eh! Takpe la Mr. Da… Eh! Eh!
Danial, saya nak cepat ni. Ni pun dah dekat sejam saya lewat “
“ Takkan nak pergi macam tu jer? Tak
nak cuci dulu ke tangan yang kotor tu? Nasib baik muka pun tak kotor masa tukar
tayar tadi kalau tak habis kene cuci semua. “ Tersenggih Danial disamping cuba
memancing Aathifah supaya sudi menjamu selera dengannya di kawasan rehat Ulu
Bernam.
“ Ye tak ye jugak. Tak perasan lak
tangan saya kotor. Okey la jumpe kat depan sana. Saya belanja Danial sebab dah
tolong saya . Tapi tak dapat nak lama-lama ye. “ Aathifah malu dengan
kegopohannya hendak mengelak dari Danial.
“ Okey, jom
gerak. “ Aathifah segera ingin masuk ke dalam keretanya. Danial yang asyik
memerhatikan pakaian Aathifah yang sedikit lucu pada pandangan matanya
tersenyum geli hati sebelum bersuara.
“ Nak masuk macam
tu jer ker? “
“ Kenapa lak? Pe
maksud Danial? Saya tak faham. “ Aathifah mula keliru dengan pertanyaan Danial.
“ Kalau ye pun
betulkan la dulu baju tu. Dah macam serikandi Melayu jer saya tengok. Nak
bertarung dengan sape lak dalam kereta tu nanti? “ Danial masih lagi tersenyum
geli hati. Aathifah yang mula dapat menangkap butir bicara Danial segera
bersuara sambil merungkaikan semula ikatan kain jubahnya di pinggang itu.
“ Eh! Eh! Terlupa
la pulak. Thanks “ Pipi Aathifah
semakin kemerahan kerana malu dengan keadaan dirinya yang sebegitu. Danial
bertambah terpempan dengan wajah kemerahan Aathifah itu. Hulu hatinya bagai
disentap dengan satu perasaan yang aneh.
“ Danial, jom
gerak. Menungkan apa lagi tu? “ Aathifah yang sudah membuka pintu untuk masuk
segera menegur Danial apabila mendapati Danial masih lagi tercegat di belakang
boot keretanya. Danial yang tersentak dengan teguran Aathifah hanya mengangguk
kepalanya lalu melangkah masuk ke dalam keretanya. Danial membiarkan Aathifah
bergerak terlebih dahulu dan dia hanya mengekori dari belakang.
“ Danial saya gi tandas dulu. Awak
nak terus gi beli makanan ke? “
“ Tak la saya pun hendak ke tandas.
Nak cuci tangan ni “ Danial menunjukkan tapak tangannya yang juga sedikit kotor
kerana memegang tayar tadi.
“ Sorry, habis tangan awak jugak kotor sebab tolong saya angkat tayar
tadi “
“ Eh! Tak pe saya yang nak tolong
tadi “ Kedua-dua masuk ke dalam bilik air masing-masing. Usai membasuh tangan
dan membetulkan sedikit tudungnya, Aathifah keluar dan terperanjat apabila
mendapati Danial menunggunya di kerusi yang terdapat di kaki lima ruangan
laluan tersebut.
“ Kenapa tak terus tunggu kat tempat
makan tu? “
“ Saja nak tunggu Aathifah dekat
sini. Leh kite gi sama ke sana. Jom nanti ramai lak orang. “ Danial sudah mula
melangkah. Aathifah yang berada dibelakang Danial berdiri pelik melihat perangai
Danial. Seketika dia teringat yang wajah Danial seperti seseorang yang
dikenali. Apabila mendapati Danial telah agak jauh kehadapan, dia terus
mengorak langkah dengan lebih cepat.
“ Aathifah nak air apa? “
“ Bagi air milo suam la “
“ Adik milo suam dua ye. “ Danial
mula membuat pesanan.
“ Jom Aathifah ambik makanan kat
sana. “ Aathifah hanya membuntuti Danial. Danial mengambil nasi lemak yang
berbungkus dengan daun pisang dan satu set sandwish
telur. Aathifah pula hanya mengambil sandwish
sardin. Aathifah yang memegang dulang segera mencapai nasi lemak dan sandwish dari tangan Danial dan
meletakkannya pada dulang yang dipegangnya.
“ Danial tolong cari tempat dulu ya.
Nanti saya datang dengan makanan ni semua. Saya nak gi bayar dulu. “
“ Eh! Takpe la biar saya yang bayar.
Tak seronok pula perempuan yang belanja saya ni. “
“ Ape pulak, dah memang saya cakap
saya nak belanja tadi kan. Cepat la gi cari tempat nanti penuh. Orang dah mula
ramai ni. “ Tanda menunggu Danial membalas, Aathifah telah berjalan ke kaunter
pembayaran. Danial yang sudah mendapat tempat duduk hanya memerhatikan setiap
gerak-geri Aathifah. Dengan dulang di tangannya Aathifah bergerak menghampiri
Danial.
‘ Kan bagus kalau aku dapat isteri
macam Aathifah ni. Sejuk mata memandang. Siap bawa dulang makanan tuk aku.
Layan aku makan. Aduh! Terasa macam suami isteri lak ‘ Aathifah yang sudah
sampai di meja meletakkan makanan dan minuman yang diambil oleh Danial tadi di
hadapan Danial dan makanannya di hadapannya.
“ Jemput makan Danial “ Ajakan
Aathifah memberhentikan lamunan dan angan-angan Danial. Danial tersenyum
memandang Aathifah.
“ Pe yang senyum-senyum lagi ni.
Makan la cepat “
“ Ye, ye. Kenapa Aathifah makan
sikit jer. Diet ker? “ Soalan bagi menutup perasaan malunya ditegur Aathifah tadi.
“ Kenapa kalau makan sikit jer diet.
Saya tak diet, tadi saya dah makan kat rumah. Ni makan pun sebab nak temankan
awak jer. Awak ni tak takut pedas ke makan nasi lemak tu? “
“ Tak la saya memang suka makan nasi
lemak. Lagi pedas lagi saya suka. “
“ Awak ni keturunan Baba Nyonya ker?
“
“ Kenapa tanya macam tu? “
“ Ye la, setahu saya keturunan Baba
Nyonya jer yang makan pedas macam ni. “
“ Tak la, saya Cina biasa suku
Kantonis. Tapi kan dah lahir di Malaysia jadi mesti la dah biasa makan makanan
orang Malaysia. Roti canai pun saya makan. Kawan saya pun ramai orang Melayu “
Kagum juga Aathifah. Ingat Danial ni tak tahu nak makan roti canai. Nasi lemak
biasa juga dilihat rakan Cina sekolahnya makan tapi yang makcik kantin buat tak
pedas. Roti canai belum pernah lagi dia lihat atau dengar orang Cina makan.
“ Patut la fasih cakap bahasa
Melayu-kampung. Tapi kenapa Nur tak pernah cete pun awak boleh cakap bahasa
kampung ni? “
“ Saya jarang bersembang dengan dia
kecuali pasal kerja. Itupun banyak guna bahasa Inggeris. Saja nak tajamkan
Bahasa Inggeris Nur “ Danial tersenggih. Sukanya dia dapat bersembang dengan
Aathifah. Serasa sembang dengan kawan sendiri pula.
Aathifah menjeling jam dipergelangan
tangannya. Sudah merangkak ke pukul tujuh tiga puluh pagi. Dia menyudahkan
makanannya dan minumannya. Danial yang perasan dengan tindakan Aathifah pula
menghabiskan minumannya.
“ Okey la Danial, saya gerak dulu.
Nanti lambat pula sampai. “ Aathifah sudah bangun dan mencapai beg tangan
Valentinonya.
“ Kite gerak sekali la ye saya follow belakang kete awak. Kalau ada
apa-apa nanti, saya ada boleh tolong. Tak pun mana nak tahu kereta saya pulak
yang buat hal nanti “ Sukarnya Danial ingin melepaskan Aathifah daripada
pandangan matanya.
“ Danial nak ke mana? Saya nak ke KL Convention Centre ada seminar kat
sana. “
“ Sama la! Saya pun nak ke sana. “
Danial agak terkejut dengan destinasi tujuan mereka yang kebetulan sama.
Aathifah turut sama terkesima.
“ Tadi bukan cakap nak lawat tapak
ker? “ Aathifah mula keliru kerana sebentar tadi dia mendengar Danial kata
ingin pergi melawat tapak.
“ Memang saya nak melawat tapak tapi
lepas habis seminar. Kalau macam tu jom la nanti lambat.“ Meraka bersaingan menuju ke kereta
masing-masing. Sebaik melintasi tayar belakang sebelah pemandu keretanya,
Aathifah mendapati tayarnya kempis.
“ Alamak kempis pulak. Tadi kan baru
tukar. Danial saya nak singgah Petronas sekejap. Nak pam tayar, kempis la. “
“ Tayar ni tayar spare tadi kan. Tayar ni memang yang ok
ker yang tak ok awak ganti ni. Dulu ada pernah tukar tak? “
“Entah la saya tak ingat. Saya
kurang guna kereta ni. Selalu saya pakai motor jer gi keje.“
“ Ha! Pakai motor. Dengan baju
kurung boleh naik motor ker? “
“ Motor skuter la. Jimat sikit duit
minyak. Lagipun bukan jauh pun dari rumah ke tempat keje. Nak cilok pun senang tak yah beratur kalau jam. “ Aathifah sudah menghidupkan enjin
keretanya. Danial hanya mampu menggeleng mendengar jawapan Aathifah.
Mereka sama-sama menuju ke stesen
minyak Petronas yang terdapat di kawasan tersebut.
“ Saya rase tayar ni memang bocor
la. Kejab jer baru isi dah kempis balik. Awak tumpang saya jer la. Nanti kita uruskan
kereta awak ni. Kunci kereta awak. Dah lambat ni. Jom “ Setelah menunggu hampir
lima minit tayar yang baru diisi angin oleh Danial tadi kempis semula sedikit
demi sedikit. Mujur juga Aathifah mendengar saranan Danial untuk tunggu
sebentar memerhatikan keadaan tayar tersebut.
“ Sorry, menyusahkan awak pulak. Nanti duit minyak saya bayar ye. “ Aathifah
mula rasa bersalah kerana menyusahkan Danial dengan menumpangkannya hari itu.
“ Tak menyusahkan
pun. Bagus juga saya ada teman nak ke sana. Tak la saya bosan dan mengantuk
sangat nanti. Lagipun sekarang ni saya tolong awak masa awak dalam kesusahan.
Nanti-nanti mungkin saya perlukan pertolongan awak pula masa saya dalam
kesusahan kan “ Danial tersenyum senang hati dapat membantu Aathifah.
“ Insya-Allah
kalau nanti saya dapat membantu saya akan bantu mana yang terdaya. “ Aathifah
tersenyum mendengar kata-kata manis Danial. Setelah mengambil barangnya
Aathifah memasuki kereta Danial dan meletakkan barangnya di tempat duduk
belakang. Kelihatan barangan Danial ada di bahagian belakang kerusi.
‘ Alamak beg dia serupa dengan beg
aku la. Macam couple la pulak. Tapi
kalau setakat beg yang bercouple okey
lagi tapi jangan tuan punya beg sudah ‘ Aathifah terkesima dengan keadaan beg
mereka yang sama jenama, warna dan corak itu. Beg sandang Deuter AC Lite 18
warna hijau membuatkan mereka seperti pasangan bercinta yang memiliki barangan
yang sama!
No comments:
Post a Comment