Bab 4 : Usikan
J
|
am sudah menunjukkan angka dua pagi. Masih segar
mata Danial, tiada tanda-tanda mahu lelap. Fikirannya masih melayang mengenangkan
gadis kecil molek yang bernama Aathifah itu. Dia masih berkira-kira dan
membandingkan sama ada Aathifah adalah gadis yang selama ini diminati. Layar
memori zaman sekolah yang bertempat di dalam bas sekolah bermain di mata.
“ Nak pe? “ Tegas sahaja soalan yang
dilontarkan Aathifah, walaupun marah tapi tidak dilontarkan kemarahan itu.
Biarpun dua kali tudungnya ditarik dari belakang oleh Shiva, Danial merasakan
Aathifah masih bersabar. Biasa la budak-budak dalam bas ni memang nakal-nakal
terutama lelaki. Dapat Danial melihat wajah putih Aathifah dengan pipi yang
sedikit kemerahan. Dia tidak pasti sama ada kemerahan pada pipi Aathifah kerana
marah atau kerana bahang daripada pancaran matahari yang mengenai wajahnya
sebentar tadi, tatkala menunggu ketibaan bas sekolah berkenaan. Sejak menapak
menaiki bas lagi Danial telah melihat wajah bulat Aathifah dengan pipi yang
sedikit kemerahan, dengan keadaan sekarang yang sudah berganjak ke pukul dua
tiga puluh lima petang dan matahari memancar terik memungkinkan kemerahan pada
pipinya itu terjadi.
“ Pe? “ Shiva pelajar lelaki India
yang duduk disebelahnya hanya memulangkan persoalan kepada Aathifah sambil
mempamerkan sebaris gigi yang putih bersih, maklum la muka dah agak gelap jadi
barisan gigi yang putih lebih terselah. Mungkin malas hendak melayan gurauan
Shiva itu, Aathifah terus pandang ke hadapan semula. Danial dan Shiva sama-sama
tersenyum dan kemudian melepaskan sedikit ketawa. Geli hati melihat telatah
Aathifah.
Tidak lama
pandangan dihalakan ke hadapan, tudung Aathifah ditarik semula oleh Shiva.
Nasib baik tak tertanggal. Danial tidak puas hati dengan usikan yang berterusan
daripada Shiva bimbang Aathifah betul-betul marah.
“ Dah la Shiva, karang tercabut
terus tudung dia, susah. “ Nada suara melarang Danial kepada Shiva cuba direndahkan
kerana tidak mahu Aathifah mendengar perbualan mereka itu.
“ Ala nak kacau jer. Suka tengok
muka dia yang masam tu. Kalau tercabut lagi bagus. Dapat kita tengok rambut dia
panjang mana, fesyen potongan yang macam mana dia buat, lurus ke kerenting ker,
hitam ker perang ke warnanya. “ Shiva mengangkat kedua-dua belah keningnya. Memang
gaya budak nakal yang suka mengusik. Namun, Danial sedikit tersentak dengan
kata-kata Shiva itu.
‘ Pe hal Shiva ni? Lain macam jer
bunyinya. Tak kan minat kat Aathifah kot? ‘ Monolog Danial sendirian.
“ Dah la “ Danial melarang lagi
apabila dia mendapati tangan Shiva mula terarah ke tudung Aathifah.
Shiva yang malas
nak layan Danial terus gerak ke bangku sebelah kanannya yang baru dikosong
kerana seorang pelajar lelaki India turun, destinasi rumah pelajar itu telah
sampai, semestinya. Shiva masih ketawa dengan rakan-rakan yang lain di
belakang, yang kebanyakkan India. Danial pula sibuk bersembang dengan pelajar
Cina yang berada dibarisan belakang sekali betul-betul di belakangnya. Bingit
bas dengan bahasa Tamil dan Kantonis dari pelajar-pelajar dalam bas. Bahasa
Melayu kurang kedengaran sebab pelajar Melayu dalam bas boleh dibilang. Hanya
seramai lima orang itu pun yang sekampung dengan Aathifah dan dua lagi dari
taman perumahan sebelah kampung Aathifah.
Zanariah, pelajar tahun enam yang
selalu duduk sebelah Aathifah yang memberitahu nama Aathifah kepada Shiva tempohari.
Zanariah yang terkenal dengan sikapnya yang peramah dan sedikit kepoh tanpa
sebarang syak-wasangka memberitahu. Maklum la Aathifah baru seminggu menaiki
bas sekolah ini. Sedangkan mereka sejak awal tahun lagi dah menaiiki bas
sekolah ini. Nama yang unik dengan wajah yang unik bagi Danial cukup menarik
minat Danial hendak mengetahui lebih mendalam mengenai Aathifah.
Wajah yang persis
orang Cina membuat Danial merasakan Aathifah ada kacukan Cina dan Melayu. Tidak
sama dengan si Zanariah yang lebih sawo matang kulitnya. Zanariah yang
mempunyai perwatakan yang lebih kepada Tomboy
pernah memberi amaran kepada Shiva siap menunjuk buku limanya yang kecil supaya
tidak menggangu kakak saudaranya itu. Danial tidak menyangka bahawa Zanariah
mempunyai kakak saudara yang memiliki seraut wajah yang nyata jauh berbeza
dengannya.
Danial kembali ke alam nyata,
serentak dengan itu dia tersenggih-senggih kerana tercuit dengan telatah Zanariah dan Aathifah yang
baru dikenang tadi. Namun riak wajahnya berubah bilamana dia terkenangkan
kenangan yang sedikit pahit. Mencarik hatinya yang berbunga dahulu.
“ James could you show me Lee’s house.
I need to see him. “ pinta Danial pada sahabatnya James.
“ Which Lee? That school’s gangster? “ James inginkan kepastian.
“ Yup. Let go. “ Danial mengarah.
“ What’s up bro? “ James yang pelik dengan perangai sahabatnya
bertanya.
“ It about my family “ Hanya itu yang dapat Danial beritahu.
“ Okay “ James yang faham dengan jawapan Danial tidak terus bertanya
lagi, sekadar menunjukkan rumah Fadzlee yang berdekatan dengan rumahnya, Taman
Kledang Mewah.
Terpena wajah Danial bilamana dia
terpandang wajah Aathifah dengan rambut panjang yang lurus dan menawan sesuai sekali
dengan muka bulatnya. Sedikit berlainan dengan wajahnya ketika bertudung, namun
dia pasti itu Aathifah. Santai berbaju lengan panjang dan mengenakan seluar
sukan jenama Cheetah .
‘ Pe dia buat kat sini? Siapa Lee
dengan dia? ‘ Monolog Danial. James yang ternampak kelibat Aathifah di meja
taman rumah berkenaan mula bersuara.
“ Hello! Excuse me. Can we see Lee for a moment. “ Demi mendengarkan
suara James, Aathifah segera menyarungkan selendang yang tersangkut sebelah
kerusinya. Dari pagar rumah Danial nampak wajah cuak Aathifah dengan kedatangan
mereka.
“ Yes, please wait “ Itu sahaja jawapan dari Aathifah tanpa memandang
lama wajah Danial dan James. Danial tahu jarak yang agak jauh mungkin
menyukarkan Aathifah mengecamnya. Sementara menunggu Fadzlee keluar Danial
bertanya James.
“ Whose that girl? “ Buat-buat tidak mengenali.
“ If I’m not mistaken she is Lee’s neice. Gorgeous right? “ James
tersenyum sumbing.
“ Kind of “ ringkas jawapan Danial menutup semua keriangannya menatap
wajah Aathifah yang tidak bertudung tadi.
‘ Kenapa mesti dia anak saudara Lee.
Lee musuh aku bermakna dia juga musuh aku ‘ Itulah yang tergambar di matanya
dengan keadaan yang melanda keluarga mereka sekarang. Dulu masa dia ternampak
Aathifah berjalan bergandingan dengan Lee di Jaya Jusco, Kinta City
dahulu, May memberitahu dia yang
Aathifah makwe Lee. Masa itu dia boleh lagi terima keadaan Aathifah makwe gangster sekolahnya, Lee tetapi kini
mengetahui hakikat hubungan sebenar Aathifah dengan Lee membuatnya lebih
kecewa. Terus wajah Aathifah yang menyamankan hati bertukar menjadi wajah yang
dibenci.
Kepedihan yang terjentik pada hatinya
mengembalikan Danial kepada alam nyata. Dia cuba menangkis memori pedih yang lalu. Danial
merauk mukanya. Dia meyakinkan dirinya untuk tidak lagi mengamit
kenangan-kenagan yang meremuk lulurkan hatinya itu. Segalanya sudah lama
dibiarkannya terlerai dan dia sudah membuka buku yang baru dengan mengambil
langkah-langkah yang baru tanpa ingin memandang semula semua yang terjadi.
Terlayar wajah
kedua-dua ibu bapanya di matanya silih berganti dengan wajah Fadzlee, Aathifah
dan uncle Yong, bapanya Fadzlee.
Wajah-wajah yang dirindui dan wajah-wajah yang mencorak memorinya membuatkan mata
semakin mengantuk. Danial terus melangkah ke arah katil empuknya. Dia perlu
rehat dan melupakan semua yang telah berlalu. Esok hari yang sibuk baginya dan
dia perlu rehat yang mencukupi. Esok bukan sahaja peluang untuk dia menambahkan
ilmu di dada tetapi juga merupakan hari di mana dia berpeluang untuk
menambahkan dan meluaskan peluang perniagaannya ke tahap antarabangsa.
Namun begitu
matanya tidak mahu meninggalkan wajah ayu Aathifah yang tersenyum manis
kepadanya siang tadi. Apabila diamati, Danial yakin akan kata hatinya yang kuat
menyatakan bahawa sahabat Zatunnur itu adalah Aathifah yang sama dikenalinya
dulu. Gadis pipi merah yang telah mencuit hati lelakinya suatu ketika dahulu.
Dia berharap agar diberikan peluang untuk berjumpa kembali dengan wanita itu
dan mungkin dia akan bertanyakan perkara itu sendiri dengan empunya diri supaya
terungkai segala persoalan yang bermain difikirannya.
No comments:
Post a Comment