Aku, Dia Lain Macam
D
|
emi terlihatkan Jamilah keluar dari
bilik yang dikatakan bilik Pengurus Besar Hotel Teduhan Kasih tersebut, Umairah
terus bangun dan menghampiri Jamilah. Jamilah yang masih meneruskan
perjalanannya berhenti di hadapan Umairah.
“ Mila, apa yang ko buat kat sini? “
Umairah terlebih dahulu bertanya dengan nada tidak percaya dengan apa yang
dilihatnya.
“ Hai! Umairah. Aku memohon kerja
dekat sini. Tadi baru lepas interview
la. Ko lak buat pe kat sini? “ Jamilah cuba berlagak tenang walaupun dalam hati
dia tidak keruan bimbang rahsianya terbongkar.
‘ Abang Din ni pun satu kenapa tak
bagitahu aku yang dia ada temu janji dengan Umairah juga pagi ni. Kan dah
terserempak kat sini. Aduh! Masalah! Masalah betul la. Harap dia makan dengan gorengan aku tadi. Siap la ko nanti Abang Din, memang ko nak makan
penumpuk aku agaknya. ‘ Jamilah menyumpah dalam hatinya.
“ Ada lagi jawatan kosong kat sini
ker? Aku tak tahu pulak. Kalau aku tahu boleh gak aku try pohon mana tau dapat. “ Umairah yang masih tidak puas hati
berbicara tanpa menjawab pertanyaan Jamilah.
“ Aku saja cuba nasib jer. Mana la
tau ada kekosongan. Sementara pun jadi la kan. Ye la mana tau ada yang
mengandung ker atau tiba-tiba berhenti ker. Boleh la aku gantikan kerja tu
sementara tunggu orang tu masuk kerja semula, kan “ Jamilah masih cuba
berbohong.
“
So, apa kata Pengurus tu? “ Umairah cuba ingin mengetahui.
“ Dia kata buat masa ni belum ada
tapi kalau ada dia akan inform kan
aku. “ Jamilah melarikan matanya daripada memandang terus ke mata Umairah.
“ Cik Aina Umairah, cik boleh masuk
sekarang. “ Setiausaha yang bernama Nurul Huda itu memberitahu. Mematikan
seketika bicara dua sahabat berkenaan.
“ Ha! Tu Pengurus tu dah panggil. Ko
gi la masuk cepat. Nanti tertunggu-tunggu lak Pengurus tu. “ Jamilah lega
diselamatkan dikala itu.
“ Okey la. Nanti kita jumpa lagi ye.
Aku masuk dulu. “ Umairah yang cuba mengawal debaran di hatinya saat diberitahu
masanya untuk bertemu dengan Pengurus Besar berkenaan telah tiba hanya membalas
pendek bicara Jamilah. Umairah melangkah menuju ke bilik tersebut. Seketika
Jamilah teringatkan Saifuddin.
‘ Alamak! Abang Din. Aku tak sempat
nak bagitahu Umairah yang Abang Din tu yang jadi Pengurus Besar kat sini. Mesti
masak telinga aku kena sembur ngan
Umairah nanti. Abang Din ni pun satu saje nak kena ngan aku. Siap ko Abang Din.
Ee!!! Bencinya ‘ Jamilah berbicara sendirian sambil menghentak-hentakkan
kakinya seperti anak kecil tidak dapat barang yang diingini. Jamilah
mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam beg tangannya dan mula menulis
pesanan ringkas kepada Saifuddin.
Knp abg x bgtahu Mila yg abg ada temu
janji
ngan Umairah juga pg ni.Nasib baik
Mila
pandai kelentong td. Sj abg ni nk
kena kan ngan
Mila kn. Siap abg nnt. Ingat jgn lupa
rahsiakn dr Umairah.
*************************************
Umairah tergamam dengan ap yang
dilihatnya sekali ini pula. Dia terkejut apabila melihat Saifuddin yang duduk
di kerusi Pengurus Besar tersebut. Dia benar-benar tidak menyangka dalam
ketiga-tiga penemu duga hari itu, Saifuddin yang merupakan Pengurus Besar.
Saifuddin yang sedang sibuk dengan telefon bimbitnya tidak berkutik daripada meja
kerjanya walaupun tadi dia sudah membenarkan Aina Umairah masuk.
‘ Alamak! Mamat ni ker Pengurus Besar
kat sini. Aku ingat Encik Rafie tu Pengurus Besar. Aduh! Mati la aku kali ni.
Mana nak letak muka ni. Mulut ni pun satu ari tu bukan main sedap melaser, kan dah malu sendiri balik ni.
Mila ni pun satu kenapa tak bagitahu aku mamah hangin ni yang jadi bos besar kat sini. Kalau tak tadi boleh gak
aku angkat kaki. ‘ Umairah berbicara sendirian.
‘ Tapi tak mungkin la mamat ni
Pengurus Besar. Dia tu muda sangat untuk jadi Pengurus Besar ni. Mungkin dia dipanggil sama untuk berjumpa
dengan aku pasal kerja kot. Kot aku kena kerja bawah dia kot. Tapi dia bukan
cef! Aduh! Serabut kepala hotak aku
ni. Baik aku keluar tanya minah secretary
kat luar tu untuk pastikan ‘ Umairah masih lagi monolog sendirian. Baru sahaja
dia ingin memalingkan badan keluar dari pintu tersebut, Saifuddin bersuara.
“ Cik Aina Umairah nak gi mana lak
tu. Masuk la duduk kat sofa tu dulu. Sekejab lagi…. “ Saifuddin mula bersuara
apabila mendapati Umairah mula memalingkan mukanya. Namun kata-katanya dipintas
oleh Umairah.
“ Ha! Betul la apa yang saya sangka
kan. Encik Saifuddin ni bukan Pengurus Besar kan. So kejab lagi Pengurus Besar
masuk la kan. Dia gi tandas ya. “ Umairah berasa lega dengan kata-kata
Saifuddin tadi walaupun belum sempat dihabiskan olehnya. Saifuddin yang
tergamam dengan butir bicara Umairah mula tersenyum sinis.
“ Tu la lain kali dengar dulu cakap
orang habis-habis. Jangan tau nak potong jer cakap orang. Saya nak cakap
sekejab lagi saya duduk kat sana. Dan untuk pengetahuan Cik Aina Umairah
sayang, saya la Pengurus Besar kat sini “ Saifuddin yang menyedari akan
terlepas cakapnya dengan perkataan sayang mula terasa bahang pada pipinya.
Malu.
‘ Aish! Macam mana boleh terlepas
cakap sayang lak ni. Malu siut! ‘ Saifuddin memarahi dirinya sendiri.
‘ Memang dia la Pengurus Besar! Tapi wait, wait. Dia panggil aku apa tadi?
Cik Aina Umairah sayang! Aku salah dengar ke dia salah cakap ni? Pe sal aku
rasa semacam jer suasana sekarang ni. Wake
up! Umairah. Sedar diri sikit, Umairah! Tak mungkin la dia nak panggil ko
sayang. Ko salah dengar tu. Dia kan tak suka ko. Selalu nak cari pasal ngan ko
jer. ‘ Umairah cuba menyedarkan dirinya. Tanpa cuba mengendahkan gundah di hati
dengan kata-kata Saifuddin, Umairah segera menuju ke sofa untuk duduk sambil
menenangkan perasaannya.
Setelah
selesai membalas pesanan ringkas kepada Jamilah, Saifuddin mula menuju ke arah
Umairah. Saifuddin perasan ada kelainan pada wajah Umairah hari itu. Dia tercari-cari
apakah kelainan pada wajah itu. Umairah yang juga memerhatikan gerak-geri
Saifuddin turut mesa kelainan padanya namun pandangan matanya menyedarkan
Umairah.
‘ Pe sal tengok aku semacam jer ni?
Aku pakai tudung terbalik ker pe? Ada apa-apa ker kat muka aku? Ni yang buat
aku nak cerminkan muka aku ni. Tapi tak kan aku nak buat masa ni kot. Malu kot!
‘ Umairah berbicara sendirian.
‘ Kenapa aku tengok minah ni ari ni
lain macam jer. Apa yang lainnya ye? Ha! Aku tau, matanya. Ari ni matanya
berwarna biru. Orang zaman sekarang suka membahayakan diri dengan pakai kanta
lekap bagai. Pe salahnya kekalkan warna asli mata tu. Bukannya tak cantik pun
warna matanya yang dulu. ‘ Saifuddin yang mula menyedari kelainan yang dicari
pada Umairah mula berbicara sendirian.
“ So Cik Aina Umairah, berjumpa lagi
kita. Kenapa? Tadi tak percaya ker saya ni Pengurus Besar. Teruk sangat ker
saya sampai tak layak untuk menjawat jawatan ni. “ Saifuddin yang sudah duduk
mula bersuara.
Ketukan di pintu biliknya membuat
keadaan kembali sunyi di dalam pejabat tersebut. Setiausahanya masuk dengan
membawa dua gelas jus oren kepada mereka. Dan kesempatan itu Saifuddin ambil
dengan memerhatikan wajah Umairah dengan lebih dekat kerana Umairah tersenyum
dengan setiausahanya.
‘ Pe kena ngan aku ari ni? Asyik nak
tengok dia jer ni. Opps! Sudah! Cuba tengok tempat lain. ‘ Saifuddin berbicara
sendirian.
“ Thanks,
Nurul. Awak boleh sambung kerja awak. “ Hanya itu yang mampu Saifuddin
lakukan bagi mengalihkan pandangannya daripada Umairah.
“ Terima kasih “ Umairah turut
mengucapkan terima kasihnya kepada Nurul. Setelah Nurul Huda berlalu pergi,
Saifuddin mula bersuara kembali.
“ So,
Cik Aina Umairah rasa saya tak layak ker? “
‘ Eh! Mamat ni ingat dah lupa pasal
hal tu. Pe yang aku nak jawab ni. Kalau ikutkan hati aku memang nak bantai mamat ni. Nasib baik ko ni bos
kalau tidak dah lama kena dengan aku. ‘ Umairah berbicara sendirian.
“ Siapalah saya nak kata Encik
Saifuddin ni layak ke tak. Cuma saya tak sangka dan terpegun Pengurus Besar
hotel yang ternama ni dikendalikan oleh seorang pemuda yang masih muda. Itu
sahaja. “ Umairah cuba memaniskan bicaranya.
“ Hhemm! Manis Cik Aina Umairah ni
berbicara ari ni. Mungkin sebab tahu saya ni sebenarnya Pengurus Besar kat sini
atau memang ini sebenarnya perwatan Cik Aina Umairah yang diperkatakan oleh
orang. Terpegun juga saya dengan butir bicara manis cik macam ni. Kalau macam
ni memang boleh cairkan mana-mana hati lelaki. “ Saifuddin masih cuba perli
walaupun tidak sepedas hari itu.
‘ Sabar Umairah! Sabar. Ingat dia
bos, lagipun ko memang nak minta maaf dengan dia ni sebab hal tempoh hari kan.
So inilah masanya sebelum ko kerja dengan dia nanti. Nanti dah satu bumbung,
kan lagi susah. ‘ Umairah monolog sendirian.
“ Apa yang saya cakapkan tadi memang
lahir dari hati saya. Tak de sebab yang lain. Kalau Encik Saifuddin terasa saya
minta maaf. Saya juga nak minta maaf dengan encik pasal hari tu. Bukan niat
saya nak perli dan memalukan encik tapi saya cuma ingin menyedarkan encik yang
ego. Tapi kalau niat baik saya tu tak diterima oleh encik saya minta maaf. “
Umairah lega dapat memohon maaf daripada Saifuddin.
“ Saya maafkan cik sebab saya pun
mungkin terlebih emosi ari tu. Maaf. “ Saifuddin pula memohon maaf. Umairah
yang mendengar hanya terdiam, terpempan. Kemudian Saifuddin menyambung
bicaranya.
“ Sebenarnya saya memanggil Cik Aina
Umairah sebab nak bincang ngan cik pasal kerja. Tapi bukan kerja sebenarnya
tetapi lebih kepada misi. Misi yang agak
berat juga. Tapi cik jangan risau saya akan membayar upah setiap hari cik
berjaya menjalankan misi ini. Malah upahnya lebih tinggi daripada upah yang cik
mohon sebagai pembantu cef tu. “ Saifuddin bersuara serius sambil memandang
muka Umairah untuk melihat reaksinya.
“ Tak perlu panggil nama penuh saya.
Panggil Umairah pun cukup. Tapi saya nak kerja bukan misi. Pe lak misinya? Saya
tak faham. “ Umairah serius.
“ Misinya menjaga seorang pesakit
kurang upaya dan untuk mengembalikan semangatnya. “
“ Tapi encik, itu bukan bidang saya.
Rasanya encik ni dah salah orang. Saya bukan nurse yang boleh jalankan tugas tu. Kalau encik panggil saya sebab
encik masih tak puas hati nak kenakan saya, saya balik dulu. Terima kasih sebab
encik sudi membuang masa saya. “ Umairah mula terasa hati dengan tindakan
Saifuddin.
“ Nanti dulu. Umairah jangan salah
sangka. Saya betul-betul nak upah Umairah sebab saya dah melihat sendiri macam
mana reaksi abang saya terhadap awak. Saya bukannya nak main-mainkan Umairah.
Jangan mudah salah sangka dengan orang “ Saifuddin tetap tegas.
“ Pe maksud encik ni? Saya tak faham.
Tolong jelaskan. “ Umairah mula keliru dengan kata-kata Saifuddin.
“ Sebelum ini kami ada mengupah
seorang nurse yang tolong uruskan
hal-hal abang saya tetapi keadaan abang saya masih tidak berubah bahkan semakin
teruk. Kami sekeluarga sudah cuba menasihati dan memberikan kata-kata semangat
kepadanya, namun semuanya sia-sia. Keadaan abang semakin hari semakin tidak
menentu. Selalu mengamuk dan menyendiri. Namun semasa bersama dengan Umairah
saya lihat abang kembali kepada dirinya yang dulu. Seorang yang riang dan ceria.
Jadi kami fikir mungkin hanya Umairah yang boleh tolong kami menjaga abang
serta mengembalikan semangatnya dan dirinya seperti yang dulu-dulu. Abang harapan kami sekeluarga
dan untuk pengetahuan cik, jawatan ni sebenarnya milik abang saya. Saya cuma
penganti sementaranya sahaja. Saya tak mahukan jawatan ni pun. Jadi saya harap
cik dapat tolong kami supaya semuanya kembali seperti sebelumnya. “ Ada nada
kepiluan di suara Saifuddin. Umairah terpukul mendengarnya.
“ Sape abang encik ni? Macam mana lak
saya boleh kenal dia. Dan masa bila pula encik nampak kami bersembang? “ Umairah
yang masih keliru dengan gerangan orang yang sedang diperkatakan oleh Saifuddin.
“ Saiful Haq nama abang saya. Pemuda
berkerusi roda yang cik Umairah tolong tolak kerusi rodanya semasa di tandas
hotel ni tempoh hari. “ Saifuddin mula mengingatkan Umairah.
“ Oh! Pemuda tu rupanya abang encik.
Tapi macam mana boleh jadi macam tu pula? Mesti ada sebab dan puncanya “
Umairah bertanya lagi.
“ Kami rasa abang jadi macam tu
mungkin disebabkan keadaannya yang lumpuh disamping pertunangan yang terputus
gara-gara keadaannya itu. Kami pun tak pasti. “ Saifuddin mula menundukkan
kepalanya memandang meja kopi di hadapannya. Saat itu Umairah dapat merasakan
kelainan pada perwatakan Saifuddin. Dia tidak menyangka rupanya Saifuddin
lembut hati dan rendah diri. Dia merasakan hatinya berdetik ketika melihat
keadaan Saifuddin yang sedemikian rupa.
‘ Eh! Kenapa dengan aku ni. Lain
macam jer rasenya hati ni. Dah kenapa dengan aku ni? ‘ Umairah keliru dengan
perasaannya sendiri.
“ Saya tahu Umairah perlu kumpulkan
duit untuk sambung pengajian, kan? So saya rasa tawaran saya ini lebih bagus
berbanding kerja yang Umairah pohon sebab upahnya lebih tinggi. Saya berikan
Umairah dua ribu sebulan. Macam mana Umairah setuju kan? “ Saifuddin mula
mengangkat mukanya memandang wajah cantik bersih Umairah.
‘ Eh! Macam mana ni? Aku nak kerja
bukannya misi. Tapi aku memang perlu kumpulkan duit secukupnya dan secepat yang
mungkin. Tapi kalau aku terima misi ni, aku tak merasa aku akan dapat menimba
pengelaman bekerja dalam bidang yang aku minati ni. Macam mana ni? ‘ Umairah
bertanya sendirian.
“ Sorry,
Umairah. Tak sepatutnya saya memaksa macam ni. Umairah boleh
pertimbangkannya dulu. Saya tahu bukan semua orang sanggup jalankan misi yang
agak berat ini. Sedangkan yang berkelayakan pun tidak mampu, inikan pula
Umairah yang memang menyimpang terus daripada bidang tugas ini. Tapi cuba
Umairah fikirkan tugas ni seperti tugas menjaga abang Umairah yang sedang
sakit. Ramai yang yakin Umairah dapat melakukannya walaupun saya tidak
meletakkan harapan yang tinggi dengan kepercayaan mereka. Nanti kalau Umairah
sudah ada jawapannya hubungi saya. “ Saifuddin yang sedar dengan kesilapannya
mula berbicara kembali sambil tersenyum kepada Umairah.
‘ Kalu dah tak yakin buat apa panggil
aku buat tugas tu. Mamat hangin ni memang nak kenakan aku jer tau. Tapi bagus
gak dia bagi masa. Boleh aku cari jalan nak kenakan dia cukup-cukup lak ‘
Umairah tersenyum girang dengan akal nakalnya, namun hanya di dalam hatinya dia
membuat perkara tersebut.
“ Hhem! Ok nanti saya fikirkan. “
Umairah setuju.
“ Ok ni nombor telefon saya dan
pejabat ini. Kalau Umairah sudah ada jawapan sila hubungi saya tapi kalau boleh
jangan ambik masa yang lama sangat ye. “ Saifuddin kembali tersenyum manis
kepada Umairah sambil tangannya menghulurkan sekeping kad kepada Umairah.
Umairah yang masih lagi tidak percaya dengan tindakan Saifuddin melemparkan
senyuman kepadanya, hanya mengambil kad yang dihulurkan tanpa sepatah kata.
“ Ok! Sampai sini saje perbincangan
kita. Sehingga kita berjumpa lagi nanti. Terima kasih, sudi datang pagi ni.
Assalammualaikum “ Saifuddin menamatkan perbincangan mereka. Umairah yang masih
separa sedar membalas.
“ Ok! Jumpa lagi nanti.
Waalaikummussalam. “ Umairah pun bangun apabila Saifuddin mula bangun bergerak
ke arah meja kerjanya. Seperti bermimpi berjumpa dengan putera raja, Umairah tidak
sedar kakinya sudah melangkah meninggalkan bilik Saifuddin. Umairah yang masih
terpegun dengan senyuman yang dihulurkan oleh Saifuddin kepadanya di
akhir-akhir perbualan mereka hanya
mengikut gerak langkah kakinya tanpa sedar akan arah tujunya dengan nyata.
Detikan loceng lif yang nyaring menyedarkan kembali Umairah. Dia pantas masuk
ke dalam perut lif.
‘ Kenapa ngan aku ni? Hati ni pun berdetik
dengan lajunya. Masuk angin kot, ye la tadi tak sempat nak sarapan sebab tak
lalu nak makan, risau nak jumpa dengan Pengurus Besar hotel ni. Tak sangka pula
orang tu ialah Encik Saifuddin. ‘ Umairah yang cuba menyedapkan hatinya
berbicara sendirian, namun bila nama Saifuddin diperkatakan matanya kembali
terbayang senyuman manisnya. Umairah menggelengkan kepalanya agar tidak lagi
memikirkan diri Saifuddin.
“ Hhem! “ Umairah menghela nafasnya
setelah dia keluar dari lif dan melangkah menuju ke anak tangga di luar ruang
legar hotel berkenaan. Sambil menanti kereta yang berada di hadapannya bergerak
setelah menurunkan penumpang, Umairah terkejut apabila lengannya digenggam erat
oleh seseorang. Lebih memeranjatkannya apabila Saifuddin yang memegangnya dengan
wajah yang sukar dimengertikannya. Umairah terpegun dengan tindakan mengejut
Saifuddin.
No comments:
Post a Comment