BAB
1 : Kali Pertama
T
|
erhendap-hendap
Aathifah di pintu masuk berkaca syarikat Yang Property Sdn. Bhd. untuk memerhatikan
kelibat Zatunnur di meja kerjanya.
‘Pe
stail muka yang minah ni buat? Masam ker tengang ni. Confuse aku ni. Ni yang susah muka orang lawa-lawa ni. ‘Nur’ mengatasi
raut wajah.’ Aathifah bermonolog sendiri.
Sambil
cuba sedaya upaya menyembunyikan dirinya daripada pandangan Zatunnur dari
sebalik cermin kaca hitam pintu syarikat tersebut kaki Aathifah bergeresan
dengan tong sampah yang terletak berhampiran pintu tersebut. Mata Aathifah
dengan spontannya terpandang tong sampah berkenaan.
‘Aaik, sape lak yang buang bunga ros merah ni.
Bazirnye. Tak sayang duit ker? Dah la mahal bunga ni. Kalau tak nak bagi la kat
orang lain, buat pe buang. Issh…’ Dengan sepantas kilat tangan Aathifah ‘ gatal
‘ mengambil bunga mawar tiga kuntum yang kemas dibungkus yang masih segar dan
bersih. Al-maklum tong sampah tersebut jenis yang terbuka dan tiada sampah lain
di dalamnya, mungkin baru ditukar plastiknya. Itulah yang ada pada pandangan
Aathifah tatkala melihat tong sampah yang setinggi lututnya sahaja.
‘Ada kad… Nak tengok ke tak? Dah buang, jadi
aku bukan selongkar hak peribadi orang la kan… Dah buang aku kutip tengok jadi
aku tak salah la kan… dah orang buang… Bismillahhirrahmannirrahim….’ Jari-jari
runcing Aathifah membuka kad kecil yang terdapat dalam plastik bunga tersebut.
Buat Nur Abang yang memukau,
Zatunnur……. I love you
Abang Ramzi
‘Oh!
Minah ni yang punye… Hihihi….. Alhamdulillah ada gak buah tangan aku nak bagi
kat dia. Tak la datang ngan tangan kosong.’ Aathifah senyum dengan idea
sengalnya untuk Zatunnur, sahabatnya dunia akhirah, Insya-Allah. Kad dibuang
terlebih dahulu dibuang di dalam tong sampah kembali. Tanpa berlengah Aathifah
menolak pintu kaca hitam berkenaan.
‘Kling….kling….kling’ Kedengaran
loceng yang bergantungan di bahagian atas pintu tersebut berbunyi kerana
berlaga dengan bahagian pintu yang dikuak. Zatunnur yang lincah menaip sesuatu
di komputer ruang kerjanya tidak menghiraukan bunyi berkenaan. Dengan membuat
suara sedikit garau Aathifah mengusik Zatunnur dan menghulurkan sebungkusan
bunga tersebut.
“Assalammualaikum. For my sweetheart.“ Senyuman sumbing Aathifah hadiahkan. Zatunnur
yang terpegun dengan huluran bungkusan bunga mawar tersebut betul-betul
dihadapan matanya mula pantas menggangkat mukanya dari terus memandang skrin
komputer.
‘Sape
lak yang nak bagi aku bunga ros pagi-pagi ni. Tapi macam pernah tengok jer
bunga ni. Takkan malaun tu lagi kot.
Suara semacam jer.‘ Segera mata terarah ke empunya tangan.
“Waalaikummussalam. Eeee,
Aathifah ko rupenye. Aku ingat secret
admirer mana lak tadi yang nak bagi bunga ros kat aku pagi-pagi ni.“
Terjerit kecil Zatunnur melihat kelibat
sahabat kecil moleknya ini. Hilang sebentar keresahan dan masalah yang bermain
difikirannya sebentar tadi. Wajah bulat manis putih kuning langsat Aathifah
sentiasa mengukir senyuman menceriakan sesiapa sahaja yang memandang. Itulah
juga yang selalu mak dan ayah Zatunnur keudarakan setiap kali bertemu dengan
Aathifah.
“Oh! Secret admirer.. Ingatkan
malaun, eh silap-silap tak baik cakap yang tak elok nanti jadi tabiat lak. Buat
lak terjangkit, orang pun panggil aku macam tu tak ker haru. Correction ye, ingatkan Abang Ramzi yang
ko tengah pikir tadi.“ Sahaja Aathifah cuba serkap jarang untuk mengetahui
kekeruhan wajah sahabatnya sebentar tadi. Begitulah Aathifah yang Zatunnur
kenal sentiasa cuba memperbaiki diri dari sehari ke sehari.
“Eh!
Ko nampak ke Abang Ramzi datang tadi? Sejak bila ko usha aku?“ Resah Zatunnur
sekiranya Aathifah melihat sketsa yang berlaku sebentar tadi.
“Oh!
Dia datang sendiri ker bagi bunga ini. Aku ingat orang lain yang tolong hantarkan.
Habis tu kenapa ko buang bunga ni. Sayang tau, bunga sekarang bukan murah
tambah yang siap bungkus cantik macam ni. Kata diri tak laku tapi dah ada orang
nak dia bolayan lak. Pe kes?“ Senyuman masih terukir indah di bibir merah jambu
Aathifah, mengusik Zatunnur.
“Tak
de makna aku nak terima bunga dari Ramzi tu. Ko hilang ingatan ke apa? Ko
bukannye tak tau malaun tu suami
orang. Tak pasal-pasal kene bertarik rambut lak dengan Kak Laila. Tak sanggup
aku. Dah la Kak Laila tu baik bukan main lagi dengan famili aku, dah macam
kakak aku sendiri.“ Terbayang wajah manis Kak Laila dengan anaknya yang baru
sebulan lahir. Wajah Zatunnur kembali seperti tadi, tegang.
“Tu
yang muka semacam jer tadi ye. Pe salahnye kalau dah orang suka. Kan ada lagi
tiga kuota kosong. Kalau Kak Laila setuju tak salahkan. Dapat payung emas lagi tu. Tak payah
rungsing-rungsing nak cari bakal suami soleh dah.“ Gambar perkahwinan Kak Laila
dan Abang Ramzi yang pernah ditunjukkan oleh Zatunnur terimbas seketika dilayar
ingatan Aathirah. Satu-satunya gambar yang diperolehi oleh Zatunnur dari Kak
Laila sebagai kenangan Zatunnur dan keluarga. Pujian yang pernah diutarakan
oleh Zatunnur mengenai Abang Ramzi yang dianggap suami soleh oleh Zatunnur
kerana selalu solat di surau yang berdekatan perumahan mereka sekiranya ada
masa juga terimbas kembali.
“Tak
de nye payung emas. Aku tak nak
merosakkan rumahtangga orang. Bukan stail aku. Sanggup lagi aku bujang sampai
ke tua dari menjadi madu yang belum tentu direstui oleh isteri pertama tu.
Lagipun bukan ko tak tau macamana perangai mak bapa aku tu. Dah, dah yang ko datang
pagi-pagi buta ni kenapa?“ Gerun rasanya Zatunnur cuba membayangkan wajah bengis
dan singa bapa dan maknya sekiranya perkara tersebut benar-benar terjadi
kepadanya.
“Pagi-pagi
buta pe nye. Dah nak kul sebelas pagi
la. Kusyuk sangat menaip sampai tak sedar waktu. Aku datang ni nak bagi baju
yang ko tempah ni. Dah siap semalam. Alang-alang ada hal kat bangunan ni aku
bawa sama. Eh! Dah lama aku kacau ko ni, aku balik dulu la ye. Tau bos ko free-free ko kene marah. Tak sanggup aku
nak tengok muka putih melepak ko bertukar merah macam udang terbakar tu. Tambah
lagi kene marah sebab aku yang kacau.“ Matanya cuba mengintai di sebalik
dinding kaca pejabat Pengurus Zatunnur. Pengurus, Mr. Yang Danial, yang tidak
pernah sekali pun Aathifah melihat wajahnya sepanjang tiga tahun sahabatnya berkerja di syarikat
tersebut walaupun dia acap kali datang bertemu sahabatnya di situ. Al-maklum
Pegurus merangkap pemilik syarikat Yang Property, pastinya sentiasa sibuk.
“Mr. Danial tak masuk lagi. Pergi jenguk
tapak. Ko ni cepat sangat nak balik, upah baju ni ko tak nak ker? Empat puluh
lima kan?“ Tanpa melihat hasil kerja jahitan Aathifah terlebih dahulu Zatunnur
telah mengeluarkan duit untuk membayar upah Aathifah.
“Eh!
Tiga puluh lima jer la. Ari tu empat puluh lima sebab ko minta aku jahit manik
sikit kat hujung tangan baju. Yang ni jahit jer tak de manik jadi murah lagi
la.“
“Ko anto dokumen kat pejabat bawah ker?“ Zatunnur mula bertanya perihal
sebenar kedatangan Aathifah di bangunan itu yang menempatkan hampir bebelas
syarikat-syarikat swasta kecil dan sederhana besar.
“A’ah macam biasa la. Macam…“ Belum sempat
Aathifah menghabiskan ayat, mereka sama-sam berpaling ke arah pintu masuk apabila
loceng pintu berbunyi dan pintu dikuak dari luar. Seperti cakapnya dikhabulkan
oleh Allah, Mr. Danial yang tidak pernah ditatap oleh Aathifah melangkah masuk
dengan gayanya. Danial Yang, seorang jejaka cina yang putih bersih mukanya dengan
terdapat sedikit kumis dan janggut terapi kemas di wajahnya serta penampilan
yang kemas bergaya . Sekali imbas muka ala-ala pelakon Korea, Song Joong-Ki yang
mengenakan pakaian ala-ala zaman Maharaja Korea. Daripada gayanya sahaja
Aathifah telah tahu bahawasanya jejaka berkenaan Pengurus Zatunnur.
“Eh! Nur, aku gerak lik dulu la. Bos ko dah
masuk tu. Jangan dia marah ko menyembang ngan aku dah la. Oh ye, bunga tu bukan
aku beli tapi aku kutip yang ko buang kat dalam tong sampah tadi. Sayang mahal.
Kalau ko tak nak, letak dalam bilik bos tersayang ko tu. Leh gak dia tau ko
syok kat dia. Chow, Assalammualaikum .“ Dengan sekali imbas memandang Mr.
Danial, Aathifah meminta diri dengan nada suara yang diperlahankan supaya tidak
didengari oleh Mr. Danial.
“Banyak la ko punye syok. Eh tak nak lunch
sama ker? Dah nak lunch time ni?“
Tiada riak takut atau terkejut yang ditunjukkan oleh Zatunnur. Dia tahu Pengurusnya
tidak akan marah hanya kerana kedatangan Aathifah itu.
“Eh!
Tak pe la lain kali la. Aku kene gi tempat lain lagi ni. Nanti lambat sampai
bising lak si Ruwaidi tu.“ Langkah dipercepatkan mengorak ke arah pintu masuk.
Berselisih dengan Mr. Danial, Aathifah sempat menyedekahkan sedikit senyuman
buat Mr. Danial bak kata orang sekadar berbasi-basi supaya tidak dikatakan
sombong oleh orang. Walapun Aathifah sebenarnya agak gugup dengan kemunculan
Mr. Danial yang tidak disangka-sangka. Haruman wangian minyak wangi yang
dipakai pada tubuh Mr. Danial menyusuk masuk hidungnya. Mr. Danial yang
ternampak senyuman Aathifah membalas dengan senyuman yang menawan juga.
‘Ok.
Tak sombong Mr. Danial ni. Kalau dah orangnya pun ada rupa yang bergaya, adab
pun mestilah bergaya gak kan. Boleh tergoda mana-mana amoi ni.‘ Aathifah bermonolog sendiri sebaik melintasi Mr.Danial.
“Good morning
Mr. Danial“ Zatunnur menyapa.
“Morning, Zatunnur.“ Selamba dan simple sahaja balasannya.
No comments:
Post a Comment