Hawa Telinga

Thursday 15 May 2014

Novel Terlerai Sudah Bab 16




BAB 16 : Sedondon

  S
enyuman meleret Danial melihat Aathifah yang sudi memakai baju yang dibelinya khas untuk Aathifah bagi meraikan perkahwinan Syed Muqriz, sahabatnya itu. Ralit memandang wajah manis Aathifah sehingga Danial terkenang memori semasa dia ingin memberikan hadiah sepersalinan itu kepada Aathifah.
            Selepas makan bersama Zatunnur di Pizza Hut kelmarin, Danial segera masuk ke dalam keretanya untuk bergerak pulang. Seketika dia ingin meletakkan telefon bimbitnya di tempat duduk sebelahnya dia terpandangkan beg yang berisi baju kurung yang dibelikan khas untuk Aathifah. Segera Danial mematikan semula enjin keretanya dan mencapai pen dan nota yang disimpan di dashboard keretanya. Setelah puas hati dengan apa yang ditulis, Danial melangkah masuk semula ke dalam Tesco bersama beg kertas berisi baju kurung itu. Dia perlu segera mencari Aathifah dan memberikan baju itu kepadanya. Satu persatu kaunter pembayaran Tesco diperhati dan kakinya terhenti bila terlihat kelibat Aathifah di kaunter nombor 10.
            Kesibukkan Aathifah melayan pelanggan menyebabkannya mematikan sebentar langkahnya untuk menghampiri Aathifah. Setelah sepuluh minit menunggu, Danial segera meneruskan langkahnya apabila mendapati kaunter itu telah lenggang dan membiarkan Aathifah berehat  beberapa ketika sebelum bersuara.
            “ Hai! Sorry ganggu. Boleh saya bercakap dengan awak sekejap? “
            “ Ha? Danial, bila awak datang? Dah lama ke awak tunggu saya? “ Dapat dilihatnya wajah terkejut Aathifah dengan kedatangannya.
            “ Tak la lama sangat sepuluh minit jer. Ni saya nak bagi awak hadiah ni. Tadi saya terlupa nak bagi. Okey la, saya gerak dulu. Saya tak nak ganggu masa keje awak. “ Danial melemparkan senyuman kepada juruwang di kaunter sebelah Aathifah yang mula tertoleh-toleh memandangnya dengan Aathifah. Seketika dia melangkah kedengaran di telingannya suara-suara yang mengusik Aathifah.
            “ Auww! Hensemnye, Pakwe ko ke, Aathifah? “
            “ Ye la Kak Aathifah. Hensem. Melayu ker Cina tu? “ Kedengaran satu suara yang lain.
            “ Dah bagi hadiah mesti la pakwe dia, pe ke benggapnye ko ni, Mira. “ Suara yang mula tadi berkata lagi.
            “ Eh! Bukan la. Kawan jer la. “ Danial terus tidak dapat menangkap butir bicara yang lain apabila dia sudah bergerak semakin jauh dari kaunter tersebut. Namun dia masih tersenyum dengan kata-kata sahabat Aathifah tadi. 
            Tepukan dibahu Danial menyedarkannya dari lamunannya. Danial segera mengalihkan matanya kepada Syed yang telah berdiri di sebelah.
            “ Pe yang ko menungkan tu? Kalau dah berkenan cepat la masuk meminang. Kalau ko tengok bagai nak tembus macam tu bukan boleh dapat pun dia tu kalau ko tak usahakan. “ Syed mengusiknya.
            “ Entah la Syed. Burung merpati ni susah nak ditangkap la. Nak ajak jadi pengapit ni pun punya banyak alasannya. “ Danial bernada kecewa.
            “ Eh! Ye ke? Aku tengok okey jer. Siap boleh pakai sedondon jer ngan ko. Ke ko yang takut nak mula? “ Syed masih giat mengusik.
            “ Mana ada la. Itupun kebetulan dia sudi nak pakai “ Danial menafikan.
            “ Pe cetenye ni? “ Syed masih bertanya.
            “ Nanti-nanti la aku cete. Ari ni kan ari berbahagia ko. So enjoy la. Lain kali baru kita share cete aku lak “ Danial cuba mengelak buat masa ini. Pengantin sudah dipanggil untuk bergambar. Mereka turut tidak dikecualikan daripada dipanggil bergambar. Tatkala itulah terdengar-dengar suara mengusiknya dengan Aathifah.
            “ Ha! Pengapit ini bila pula nak nikah. Elok la cepat-cepat. Dah sama cantik sama padan dah tu. Tunggu lama-lama nanti kene kebas “ Seorang makcik bersuara.
            “ Kalau tak nak Zain nak “ Kata seorang lelaki muda. Kalau tidak salah pada pandangan Danial itu adalah adik Syed yang baru berumur sembilan belas tahun.
            ‘ Aikh! Si kecik ni ada hati nak ngorat Aathifah aku ni. Ye ke Aathifah aku? Ye, ye jer aku ni ‘ Monolog Danial.
            “ Amboi! Budak ni tak padan dengan kecik ada hati nak ngorat anak dara orang “ Balas makcik tadi. Hadirin yang ada cuma tertawa dengan gelagat mereka. Danial memandang Aathifah yang masih dengan senyumannya yang sedikit itu. Seperti tidak mengambil pusing kata-kata orang ramai.

            Setelah pengantin bergerak untuk menikmati hidangan, Aathifah mengambil keputusan untuk berbicara dengan Danial. Langkah diatur ke arahnya.
            “ Bagai pinang dibelah dua kan Syed dan Jasmin tu kan “ Aathifah cuba berbasi-basi sebelum kata-kata yang sebenar ingin diluahkan.
            “ A’ah, betul la tu. Syukur la akhirnya dape dapat bersama. Eh! Awak dah makan, jom gi makan. Saya dah lapar la “ Beriringan mereka menuju ke tempat kosong di bawah khemah yang menempatkan orang menjamu selera setelah Aathifah hanya mengikut rentak Danial tanpa membantah. Setelah menjamah sedikit makanan, Aathifah mula bersuara kembali.
            “ Danial, saya nak minta maaf pasal perkara semalam. Saya tak sengaja nak tolak pemberian awak ni dan bukan niat saya gak nak lukakan hati awak “ Danial menundukkan sedikit kepalanya menghadap baju yang dipakainya.
            “ Kan awak dah minta maaf malam tadi. Tak pe la, saya paham dan saya tak kisah. Mungkin ada alasan awak sendiri tapi percaya lah saya tak de maksud yang lain masa saya ambik keputusan nak beli dan bagi awak baju tu. Saya ikhlas walaupun kita manusia  tiada hak untuk menyatakannya atau mengukur ikhlasan kita dengan berkata begitu kepada orang lain. Tapi tu la, tak de ayat yang sesuai nak saya guna bagi menyatakan hasrat saya. “ Dapat Aathifah merasai kejujuran dari kata-kata Danial. Aathifah menyambung semula suapannya setelah memberikan senyuman pada Danial. Lega dia kerana dapat memohon maaf pada Danial secara bersua muka ini daripada secara pesanan ringkas di telefon bimbitnya.
            “ Mujur Aiman menyedarkan tindakan saya semalam. Kalau tidak mungkin saya berdosa dengan awak kerana melukan hati awak “ Aathifah menyambung semula perbualannya.
            “ Untungnya awak ada adik sebaik Aiman. Tak macam saya hanya sebatang kara dalam dunia ini. Cemburu saya ngan awak “ Danial tersenggih. Aathifah agak terkejut dengan kata-kata Danial.
            “ Maksud awak, mak dan bapa awak dah tak de ke? “ Aathifah inginkan kepastian.
            “ Ye macam Jasmin, saya anak tunggal famili saya, jadi bila mama dan papa saya dah meninggal, tinggal la saya sorang-sorang. Makcik, pakcik ada tapi biasa la tak sama ngan adik-beradik atau ibu bapa sendiri. Mereka pun sibuk ngan famili dan hal mereka masing-masing “ Tenang Danial bersuara.
            Sorry  Danial saya tak tahu “ Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Aathifah.
            “ Tak pe. Bukan semua pun tahu pasal ni. Awak dan beberapa rakan baik saya saje yang tahu “
            “ Danial… Awak nampak segak pakai baju Melayu tu. Saya suka tengok “ Aathifah memuji bagi menyejukkan hati Danial.
            “ Ye ke? Terima kasih. Awak pun nampak cantik sangat pakai baju tu. “ Danial menghadiahkanya senyuman.
            “ Tak de la saya biasa-biasa saje. Baju yang awak bagi ni yang cantik sebenarnya. Pandai awak pilih “ Aathifah tersenyum.
            “ Saya tak pilih pun cuma ambik yang sedondon ngan Baju Melayu ari tu. Yang macam model patung tu pakai. Tak payah nak pikir-pikir. Saya minta budak tu cari saiz yang sesuai untuk awak. Nasib dia ingat lagi kat awak “ Danial dan Aathifah sudah ketawa geli hati.
            Sebelum Aathifah dan Danial pulang, mereka sempat berjumpa dengan Jasmin dan Syed.
            “ Tahniah Jasmin, Syed. Ni ada hadiah yang tak seberapa dari saya “ Aathifah memulakan bicaranya.
            “ Terima kasih, Aathifah. Saya hendak minta nombor handphone awak boleh. Kalau awak tak keberatan saya nak berkawan dengan awak “ Jasmin bersuara.
            “ Eh! Boleh. Saya suka juga nak berkawan dengan awak. “ Aathifah tersenyum senang.
            “ Tahniah Syed, Jasmin. Ni pulak hadiah aku untuk korang “ Danial pula bersuara.
            “ Eh! Kenapa bagi asing-asing hadiah ni. Kalau korang share pun tak pe, kami tak kisah “ Syed memberitahu.
            “ Tak pe saje nak bagi banyak sikit hadiah pengantin ni. “ Danial berdalih bagi menutup perkara sebenar yang mereka tidak berpakat untuk membeli hadiah. Mata Danial mengenyit pada Aathifah memberi isyarat maksud kata-katanya.
Selepas menaip nombor telefon Aathifah pada telefon bimbit Zain, kerana Zain yang kebetulan berada berhampiran dengan mereka, Aathifah dan Danial berpamitan pulang. Pengantin mana pula menyimpan telefon bimbit di poket masa majlis sedang berlangsung kan! 
            Semasa beriringan menuju ke tempat mereka memarkin kereta Danial sempat lagi bertanya dengan Aathifah.
            " Lepas ni awak terus balik ke Aathifah? "
            " A'ah. Ingat nak rehat kejap sebab petang nanti saya kena sambung kerja kat Tesco lagi. Awak lepas ni nak ke mana lak? "
            " Saya pun balik gak la. Macam awak saya pun nak rehat sekejap sebelum keluar petang nanti. Petang nanti nak gi main golf sambil bincang hal business sikit. Awak tau main golf tak? " Danial sendiri tidak pasti kenapa soalan itu yang keluar daripada mulutnya.
            " Golf? Tau la sikit-sikit. Dulu selalu gak temankan abi gi main kalau ada masa tapi lebih kepada tahap amatur jer. Danial mesti tahap pro kan. " Aathifah tersenyum mengusik.
            " Tak pro la. Main suka-suka jer. Nanti bila-bila free boleh la kita gi main sama-sama. "
            " Insya- Allah. Okey la Danial saya gerak balik dulu. " Aathifah yang sudah tiba di sebelah keretanya mula meminta diri.
            " Okey, hati-hati memandu. Bye! "
            " Thanks, bye! " Aathifah membalas. Danial mengangkat tangannya bila kereta Aathifah mula bergerak meninggalkannya. Danial hanya memerhati kereta Aathifah bergerak sebelum dia terus menghampiri keretanya. Danial tersenyum meleret.

2 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

Waktu baca ni mcm lambat sikit nak tangkap kenapa tetiba pulak Aathifah minta maaf. Pastu bila dh baca bab 17 baru dpt tahu kenapa. Seriously, cerita ni mmg unik. Sangat suspen, mencemaskan. Tapi Danial ni sangat berhati2 dlm mengambil hati Aathifah. Panjang pulak jodoh dorang ni kan. Harap dapat sambung next update secepatnya :)

Unknown said...

Salam Syira... tq sudi bc...
;-p