BAB 16 : Sedondon
S
|
enyuman meleret
Danial melihat Aathifah yang sudi memakai baju yang dibelinya khas untuk
Aathifah bagi meraikan perkahwinan Syed Muqriz, sahabatnya itu. Ralit memandang
wajah manis Aathifah sehingga Danial terkenang memori semasa dia ingin
memberikan hadiah sepersalinan itu kepada Aathifah.
Selepas makan bersama Zatunnur di
Pizza Hut kelmarin, Danial segera masuk ke dalam keretanya untuk bergerak
pulang. Seketika dia ingin meletakkan telefon bimbitnya di tempat duduk
sebelahnya dia terpandangkan beg yang berisi baju kurung yang dibelikan khas
untuk Aathifah. Segera Danial mematikan semula enjin keretanya dan mencapai pen
dan nota yang disimpan di dashboard keretanya.
Setelah puas hati dengan apa yang ditulis, Danial melangkah masuk semula ke
dalam Tesco bersama beg kertas berisi baju kurung itu. Dia perlu segera mencari
Aathifah dan memberikan baju itu kepadanya. Satu persatu kaunter pembayaran
Tesco diperhati dan kakinya terhenti bila terlihat kelibat Aathifah di kaunter
nombor 10.
Kesibukkan Aathifah melayan
pelanggan menyebabkannya mematikan sebentar langkahnya untuk menghampiri
Aathifah. Setelah sepuluh minit menunggu, Danial segera meneruskan langkahnya
apabila mendapati kaunter itu telah lenggang dan membiarkan Aathifah berehat beberapa ketika sebelum bersuara.
“ Hai! Sorry ganggu. Boleh saya bercakap dengan awak sekejap? “
“ Ha? Danial, bila awak datang? Dah
lama ke awak tunggu saya? “ Dapat dilihatnya wajah terkejut Aathifah dengan
kedatangannya.
“ Tak la lama sangat sepuluh minit
jer. Ni saya nak bagi awak hadiah ni. Tadi saya terlupa nak bagi. Okey la, saya
gerak dulu. Saya tak nak ganggu masa keje awak. “ Danial melemparkan senyuman
kepada juruwang di kaunter sebelah Aathifah yang mula tertoleh-toleh
memandangnya dengan Aathifah. Seketika dia melangkah kedengaran di telingannya
suara-suara yang mengusik Aathifah.
“ Auww! Hensemnye, Pakwe ko ke,
Aathifah? “
“ Ye la Kak Aathifah. Hensem. Melayu
ker Cina tu? “ Kedengaran satu suara yang lain.
“ Dah bagi hadiah mesti la pakwe
dia, pe ke benggapnye ko ni, Mira. “ Suara yang mula tadi berkata lagi.
“ Eh! Bukan la. Kawan jer la. “
Danial terus tidak dapat menangkap butir bicara yang lain apabila dia sudah
bergerak semakin jauh dari kaunter tersebut. Namun dia masih tersenyum dengan
kata-kata sahabat Aathifah tadi.
Tepukan dibahu Danial menyedarkannya
dari lamunannya. Danial segera mengalihkan matanya kepada Syed yang telah
berdiri di sebelah.
“ Pe yang ko menungkan tu? Kalau dah
berkenan cepat la masuk meminang. Kalau ko tengok bagai nak tembus macam tu
bukan boleh dapat pun dia tu kalau ko tak usahakan. “ Syed mengusiknya.
“ Entah la Syed. Burung merpati ni
susah nak ditangkap la. Nak ajak jadi pengapit ni pun punya banyak alasannya. “
Danial bernada kecewa.
“ Eh! Ye ke? Aku tengok okey jer. Siap
boleh pakai sedondon jer ngan ko. Ke ko yang takut nak mula? “ Syed masih giat
mengusik.
“ Mana ada la. Itupun kebetulan dia
sudi nak pakai “ Danial menafikan.
“ Pe cetenye ni? “ Syed masih
bertanya.
“ Nanti-nanti la aku cete. Ari ni
kan ari berbahagia ko. So enjoy la.
Lain kali baru kita share cete aku
lak “ Danial cuba mengelak buat masa ini. Pengantin sudah dipanggil untuk
bergambar. Mereka turut tidak dikecualikan daripada dipanggil bergambar.
Tatkala itulah terdengar-dengar suara mengusiknya dengan Aathifah.
“ Ha! Pengapit ini bila pula nak
nikah. Elok la cepat-cepat. Dah sama cantik sama padan dah tu. Tunggu lama-lama
nanti kene kebas “ Seorang makcik bersuara.
“ Kalau tak nak Zain nak “ Kata
seorang lelaki muda. Kalau tidak salah pada pandangan Danial itu adalah adik
Syed yang baru berumur sembilan belas tahun.
‘ Aikh! Si kecik ni ada hati nak
ngorat Aathifah aku ni. Ye ke Aathifah aku? Ye, ye jer aku ni ‘ Monolog Danial.
“ Amboi! Budak ni tak padan dengan
kecik ada hati nak ngorat anak dara orang “ Balas makcik tadi. Hadirin yang ada
cuma tertawa dengan gelagat mereka. Danial memandang Aathifah yang masih dengan
senyumannya yang sedikit itu. Seperti tidak mengambil pusing kata-kata orang
ramai.
Setelah pengantin
bergerak untuk menikmati hidangan, Aathifah mengambil keputusan untuk berbicara
dengan Danial. Langkah diatur ke arahnya.
“ Bagai pinang dibelah dua kan Syed
dan Jasmin tu kan “ Aathifah cuba berbasi-basi sebelum kata-kata yang sebenar
ingin diluahkan.
“ A’ah, betul la tu. Syukur la
akhirnya dape dapat bersama. Eh! Awak dah makan, jom gi makan. Saya dah lapar
la “ Beriringan mereka menuju ke tempat kosong di bawah khemah yang menempatkan
orang menjamu selera setelah Aathifah hanya mengikut rentak Danial tanpa
membantah. Setelah menjamah sedikit makanan, Aathifah mula bersuara kembali.
“ Danial, saya nak minta maaf pasal
perkara semalam. Saya tak sengaja nak tolak pemberian awak ni dan bukan niat
saya gak nak lukakan hati awak “ Danial menundukkan sedikit kepalanya menghadap
baju yang dipakainya.
“ Kan awak dah minta maaf malam
tadi. Tak pe la, saya paham dan saya tak kisah. Mungkin ada alasan awak sendiri
tapi percaya lah saya tak de maksud yang lain masa saya ambik keputusan nak
beli dan bagi awak baju tu. Saya ikhlas walaupun kita manusia tiada hak untuk menyatakannya atau mengukur
ikhlasan kita dengan berkata begitu kepada orang lain. Tapi tu la, tak de ayat
yang sesuai nak saya guna bagi menyatakan hasrat saya. “ Dapat Aathifah merasai
kejujuran dari kata-kata Danial. Aathifah menyambung semula suapannya setelah
memberikan senyuman pada Danial. Lega dia kerana dapat memohon maaf pada Danial
secara bersua muka ini daripada secara pesanan ringkas di telefon bimbitnya.
“ Mujur Aiman menyedarkan tindakan
saya semalam. Kalau tidak mungkin saya berdosa dengan awak kerana melukan hati
awak “ Aathifah menyambung semula perbualannya.
“ Untungnya awak ada adik sebaik
Aiman. Tak macam saya hanya sebatang kara dalam dunia ini. Cemburu saya ngan
awak “ Danial tersenggih. Aathifah agak terkejut dengan kata-kata Danial.
“ Maksud awak, mak dan bapa awak dah
tak de ke? “ Aathifah inginkan kepastian.
“ Ye macam Jasmin, saya anak tunggal
famili saya, jadi bila mama dan papa saya dah meninggal, tinggal la saya
sorang-sorang. Makcik, pakcik ada tapi biasa la tak sama ngan adik-beradik atau
ibu bapa sendiri. Mereka pun sibuk ngan famili dan hal mereka masing-masing “
Tenang Danial bersuara.
“ Sorry Danial saya tak tahu “
Hanya itu yang mampu dikatakan oleh Aathifah.
“ Tak pe. Bukan semua pun tahu pasal
ni. Awak dan beberapa rakan baik saya saje yang tahu “
“ Danial… Awak nampak segak pakai
baju Melayu tu. Saya suka tengok “ Aathifah memuji bagi menyejukkan hati
Danial.
“ Ye ke? Terima kasih. Awak pun
nampak cantik sangat pakai baju tu. “ Danial menghadiahkanya senyuman.
“ Tak de la saya biasa-biasa saje.
Baju yang awak bagi ni yang cantik sebenarnya. Pandai awak pilih “ Aathifah
tersenyum.
“ Saya tak pilih pun cuma ambik yang
sedondon ngan Baju Melayu ari tu. Yang macam model patung tu pakai. Tak payah
nak pikir-pikir. Saya minta budak tu cari saiz yang sesuai untuk awak. Nasib
dia ingat lagi kat awak “ Danial dan Aathifah sudah ketawa geli hati.
Sebelum Aathifah dan Danial pulang,
mereka sempat berjumpa dengan Jasmin dan Syed.
“ Tahniah Jasmin, Syed. Ni ada
hadiah yang tak seberapa dari saya “ Aathifah memulakan bicaranya.
“ Terima kasih, Aathifah. Saya
hendak minta nombor handphone awak
boleh. Kalau awak tak keberatan saya nak berkawan dengan awak “ Jasmin
bersuara.
“ Eh! Boleh. Saya suka juga nak
berkawan dengan awak. “ Aathifah tersenyum senang.
“ Tahniah Syed, Jasmin. Ni pulak
hadiah aku untuk korang “ Danial pula bersuara.
“ Eh! Kenapa bagi asing-asing hadiah
ni. Kalau korang share pun tak pe,
kami tak kisah “ Syed memberitahu.
“ Tak pe saje nak bagi banyak sikit
hadiah pengantin ni. “ Danial berdalih bagi menutup perkara sebenar yang mereka
tidak berpakat untuk membeli hadiah. Mata Danial mengenyit pada Aathifah memberi
isyarat maksud kata-katanya.
Selepas menaip
nombor telefon Aathifah pada telefon bimbit Zain, kerana Zain yang kebetulan
berada berhampiran dengan mereka, Aathifah dan Danial berpamitan pulang.
Pengantin mana pula menyimpan telefon bimbit di poket masa majlis sedang
berlangsung kan!
Semasa beriringan menuju ke tempat
mereka memarkin kereta Danial sempat lagi bertanya dengan Aathifah.
" Lepas ni awak terus balik ke
Aathifah? "
" A'ah. Ingat nak rehat kejap
sebab petang nanti saya kena sambung kerja kat Tesco lagi. Awak lepas ni nak ke
mana lak? "
" Saya pun balik gak la. Macam
awak saya pun nak rehat sekejap sebelum keluar petang nanti. Petang nanti nak
gi main golf sambil bincang hal business
sikit. Awak tau main golf tak? " Danial sendiri tidak pasti kenapa soalan
itu yang keluar daripada mulutnya.
" Golf? Tau la sikit-sikit.
Dulu selalu gak temankan abi gi main kalau ada masa tapi lebih kepada tahap
amatur jer. Danial mesti tahap pro kan. " Aathifah tersenyum mengusik.
" Tak pro la. Main suka-suka
jer. Nanti bila-bila free boleh la
kita gi main sama-sama. "
" Insya- Allah. Okey la Danial
saya gerak balik dulu. " Aathifah yang sudah tiba di sebelah keretanya
mula meminta diri.
" Okey, hati-hati memandu. Bye!
"
" Thanks, bye! " Aathifah
membalas. Danial mengangkat tangannya bila kereta Aathifah mula bergerak
meninggalkannya. Danial hanya memerhati kereta Aathifah bergerak sebelum dia
terus menghampiri keretanya. Danial tersenyum meleret.
2 comments:
Waktu baca ni mcm lambat sikit nak tangkap kenapa tetiba pulak Aathifah minta maaf. Pastu bila dh baca bab 17 baru dpt tahu kenapa. Seriously, cerita ni mmg unik. Sangat suspen, mencemaskan. Tapi Danial ni sangat berhati2 dlm mengambil hati Aathifah. Panjang pulak jodoh dorang ni kan. Harap dapat sambung next update secepatnya :)
Salam Syira... tq sudi bc...
;-p
Post a Comment