Hawa Telinga

Thursday 15 May 2014

Novel Terlerai Sudah Bab 3





BAB 3 : Lara Hati

H
uluran salam Aathifah dibalas dan disambut dengan senyuman manis Puan Aminah. Menyembunyikan lara hati melihat kepenatan yang ditanggung oleh Aathifah setelah seharian bekerja. Dikerling jam yang tergantung pada dinding rumah. Sudah merangkak pukul dua belas sepuluh minit malam.
            “ Umi, Abi dah tido ker? “ Soalan yang menjadi kebiasaan ditanya acapkali terpandang muka Puan Aminah yang semakin dimamah usia. Namun begitu Aathifah masih melemparkan senyuman yang begitu manis kepada ibunya yang tercinta bagi mengusir segala telahan yang mungkin bermain dalam fikiran Puan Aminah setiap kali melihat Aathifah pulang dalam keadaan yang sebegitu rupa..
            “ A’ah. Abi dah lama tido. Kesian anak Umi ni. Ari ni ganti sape? “
            “ Ganti Nani, dia MC ari ni. Bagus juga leh dapat duit lebih sikit bulan ni. Umi tunggu Kak Long lik ke tadi? Ada apa-apa ke Umi nak bagitahu Kak Long? “ Sebenarnya Aathifah agak terkejut melihat Puan Aminah menyambut kepulangannya pada malam ini. Dari dulu dia telah menyatakan kepada Puan Aminah supaya tidak menunggu kepulangannya sekiranya dia membuat kerja sampingan di pusat membeli belah Tesco Station 18 tersebut.
            “ Tak boleh ker Umi nak tunggu anak pulang. Aaik! Macam tak suka Umi tunggu Kak Long lak?“ sengaja  Puan Aminah membuat nada merajuk, ingin mengusik anak sulungnya. Aathifah mengangkat sedikit tubuhnya yang baru disandarkan pada sofa hitam kulit yang terletak di ruang tamu, menyangkakan kata-katanya telah menyinggung hati tua ibunya.
            “ Eh! Umi. Bukan la itu maksud Kak Long, Umi jangan la terase. Umi kan penat jaga Abi dan uruskan rumah setiap hari, jadi Kak Long nak Umi tido tak payah tunggu Kak Long balik macam ni. Nanti umi tak cukup rehat Kak Long risau umi pula yang jatuh sakit. “ Dengan nada kerisauan Aathifah menyuarakan rasa hatinya.
            “ Tak de la, Umi saja mengusik Kak Long jer, mana ade terase. Cepat nor terase “ Puan Aminah melemparkan senyuman. Sebenarnya Puan Aminah berkira-kira sama ada ingin menyatakan hasrat kedatangan adiknya siang tadi atau tidak. Dikhuatiri tidak sempat menunggu esok pagi untuk menyatakan perkhabaran itu pada Aathifah kerana dia tahu esok Aathifah akan keluar awal pagi kerana perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur agak jauh. Sekiranya dia mengutarakan perkara tersebut pagi nanti, pasti akan mengganggu perjalanan dan kelancaran hari esok anaknya itu.
Puan Aminah keberatan ingin mengajukan pertanyaan tersebut kerana seperti biasa, Puan Aminah dapat mengagak jawapan yang bakal diterima berhubung perkara yang bakal diajukan itu. Tetapi hajat orang perlu disampaikan dan tidak manis ditolak mentah-mentah tanpa bertanya tuan empunya diri terlebih dahulu. Mungkin hari ini merupakan hari di mana jawapan positif yang bakal diberikan oleh Aathifah kerana orang yang menyampaikan hajat tersebut sangat dikagumi dan dihormati oleh Aathifah. Mungkin dengan izin Allah, Aathifah mahu merubah jawapan tersebut.
            “ Kak Long ingat tak Qa’id anak Makcik Jamilah, jiran Maksu tu, yang belajar kat Jepun? Dia dah sebulan balik sekarang keje dekat Kuala Lumpur. Maksu cakap jadi Manager  syarikat…pe entah. Umi dah terlupa lak. Payah sangat nak nyebutnya pun. Kak Long ingat tak? “ Puan Aminah cuba mengamit ingatan Aathifah tentang anak jiran adiknya. Cuba berbasi-basi dahulu sebelum hajat sebenar dinyatakan.
            “ Maksu datang tadi ker? Maksu dan Tok Ain sihat ker? “ Aathifah lebih berminat hendak bertanya tentang perkhabaran makcik dan neneknya dari persoalan yang ditanya ibunya.
            “ Diaorang sihat-sihat jer. Umi tanya ni, ingat tak Qa’id tu? “
            “ Abang Qa’id dah lik, bagus la. Bertuah Makcik Jamilah ye anaknye dah jadi Manager, murah rezeki dape ye. Abang Qa’id nak kahwin ker?. Maksu datang bawa kad jemputan kahwin dia ker? “ Gembira pula Aathifah sekiranya Qa’id ingin kahwin. Seorang jejaka idaman gadis yang menepati citarasa gadis-gadis walaupun kulitnya sawo matang tetapi memikili sepasang gigi yang tersusun cantik dan manis senyuman.
            “ A’ah dia memang nak kahwin pun tapi masalahnya dia nak Kak Long yang jadi isterinya. Maksu datang tadi nak tanya Kak Long la nak ke terima Qa’id tu? “ Nada suara yang lebih serius Puan Aminah sampaikan.
            “ Ha… “ Aathifah nyata terkejut. Dengan nada yang berat hati dia menyambung perbualannya.
“ Umi, Abang Qa’id tau tak keadaan Kak Long, keadaan famili kite sekarang? Famili Makcik Jamilah tau tak pasal hal tu? “ Menjawab persoalan ini merupakan satu perkara yang paling ingin dihindari oleh Aathifah.
            “ Mestilah dia tau, kan Makcik Jamilah memang dah tau keadaan kita macam mana. Kan kawan baik Maksu ko tu Makcik Jamilah tu. Ko bukan tak tau memang dah dari dulu lagi Makcik Jamilah tu berkenan dengan ko. Rupenye Qa’id tu pun dah lama sukakan ko. Saja dia pendam. Bila ibunya dah buka mulut tanya dia setuju aje la “ mendatar sahaja bicara Puan Aminah.
            “ Tak kan diaorang tak kisah? Abang Qa’id tu kan bujang lagi. Dengan keadaan Abang Qa’id yang macam tu dia patut dapat yang lebih baik lagi dari dapat orang yang macam Kak Long ni umi. Nanti menyesal lak. Dah abis pikir ke dape tu? Besar tanggungjawab dia kalau jadi suami Kak Long nanti. Kak Long takut dia tak dapat nak tanggung. Sekarang mungkin boleh terima tapi bila nak jalankan nanti dah tak sanggup. Takkan nak jadi duda lak lepas tu? Kahwin ni bukan tuk kejap-kejap jer umi “ kerut dahi Aathifah memikirkannya.
            “ Umi dah tanya. Maksu cakap dape terima seadanya Kak Long dan famili kita. Qa’id tu memang anak yang soleh walaupun tinggal kat Jepun lama dah. Dia pun dah anggap abi macam ayah dia. Katanya hujung minggu depan dia nak datang, saja nak melawat abi. Kebetulan minggu depan dia cuti “ Terdengar keluhan berat dilepaskan oleh Aathifah. Puan Aminah turut sama terasa dengan keluhan Aathifah. Bukan dia tidak tahu beban yang ditanggung oleh anaknya yang seorang itu.
            “ Umi, Encik Ramlan yang duda pun Kak Long tolak ni pulak anak teruna. Kak Long tak nak la Umi. Cakap jer kat diaorang Kak Long tak dapat nak terima. Kak Long tak nak kawin. Kak Long nak hidup macam ni nak uruskan hal kita ni, tak nak pikul tanggungjawab sebagai isteri lagi. Tanggungjawab yang ada dah cukup berat tuk Kak Long. Rasa tak dapat nak tambah lagi beban Kak Long ni “ Jari yang runcing dah memicit-micit dahi yang berdenyut. Puan Aminah hanya memandang perilaku Aathifah. Dia mengerti kesengsaraan yang berat ditanggung Aathifah.
            “ Umi dah bagitahu Maksu yang mungkin Kak Long tak nak terima lamaran Qa’id tadi. Tapi Maksu suruh tanya dan pujuk Kak Long. Maksu cakap sampai bila Kak Long nak macam ni. Hidup kita Allah jadikan berpasang-pasangan baru dapat pahala lebih. Ada gak orang untuk Kak Long luahkan rase hati, buat ketenangan jiwa nanti. Ada gak orang nak tolong angkatkan abi kalau Aiman tak de kat umah “ Aathifah dah terbayang-bayang wajah bapanya kini setelah menghidap penyakit strok. Air mata yang ingin keluar ditahan. Tidak mahu mengalir dihadapan wanita tua yang dipanggil umi ini.
            “ Buat masa ni Kak Long belum sedia nak kawin lagi. Nak settle dulu masalah kita ni. Kalau dah settle mungkin Kak Long akan pikir. Tu pun kalau. Sanggup ker Abang Qa’id tu nak tunggu? “ Aathifah cuba menconggak usia Qa’id yang sekarang kalau tidak salah pada pekiraannya telah berumur tiga puluh tahun. Abang Qa’id tiga tahun berbeza darinya.
            ‘ Dengan umur Abang Qa’id yang dah mencecah umur tiga puluh tahun sanggup ke dia tunggu aku lagi? Harap tektik ni jadi. Harap dia tak sanggup tunggu aku lagi. Ye la takkan dia nak jadi jejaka tak laku kot. Umur dah tiga puluh tahun kan ‘ Bermonolog sendiri Aathifah.
            “ Ye la nanti umi bagitau Maksu, dah Kak Long jangan pikir sangat. Umi pun bukan nak sangat bincang hal ni dengan Kak Long, umi dah tahu sangat dah jawapan Kak Long . Hajat orang umi cuba la sampaikan nanti takut tak amanah pulak. Dah gi mandi, tido. Esok kan nak bangun awal pagi. Nak bertolak selepas subuh kan? “ Puan Aminah mengusap-ngusap peha Aathifah. Cuba menenangkan jiwa Aathifah. Senyuman yang dilemparkan dibalas dengan senyuman paling manis oleh Aathifah. Langkah yang diatur Puan Aminah dituruti oleh Aathifah. Mengekori ibunya masuk bilik di mana ayah dan ibunya beradu. Dia menjengguk sebentar bapanya yang sudah lena di atas tilam. Walaupun sudah susut sangat badan bapanya namun di bersyukur bapanya masih sihat dengan keadaannya sekarang. Tiada lagi serangan angin ahmar yang melanda.
            “ Umi, Kak Long masuk bilik dulu ya. Umi pun tido ye jangan pikir apa-apa dah. Kak Long minta maaf ye umi “ Aathifah mula menyalam tangan Puan Aminah.
            “ Kenapa nak minta maaf? Kak Long bukan buat salah pun. Kak Long ada hak nak tolak. Umi paham kalau Kak Long tak nak. Dah, dah gi cepat tido. “ Sebenarnya bukan sahaja penolakkan lamaran Qa’id yang dimaksudkan Aathifah dengan memohon kemaafan tadi tetapi ke atas semua yang telah terjadi kepada keluarganya, dirinya dan syarikat bapanya. Dia masih tidak berdaya dan mampu menyelesaikannya. Masih tidak dapat membayangkan bila kemelut ini akan reda dan berlalu pergi dan terlerai sudah kesemuanya dari mencengkam hati-hati mereka yang disayangi. Agar kehidupan yang duhulu dapat dirasai semula.
Hanya Dia Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dengan percaturan hidup manusia. Segala ujian dan dugaan diberikan bukan sebarangan kerana Dia tahu apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Nya. Tak mungkin Dia memberikan sesuatu yang diluar kemampuan seseorang. Begitu juga nikmat kebaikan tidak akan diberikan berlebihan.







No comments: