Selami Hatimu
“ A
|
bang panggil jumpa kamu ni sebab abang nak
tanya kamu pasal kawan kamu, Aina Umairah. Dia kawan kamu kan? “ Saifuddin mula
berbicara tentang tujuannya memanggil Jamilah berjumpanya di hotel tersebut.
“ Dia bukan sekaradar kawan tapi bf Mila. Pe yang abang nak tau pasal dia
sangat? Jangan cakap abang dah jatuh hati pandang pertama dengan dia sudah “
Jamilah cuba mengusik.
“ Bukan sebab tu la Mila. Abang serius ni. “
Saifuddin tegas bersuara.
“ Sorry,
sorry. Pe la abang ni orang mengusik sikit pun tak boleh. Tak sporting
langung la abang ni. Ye la, apa soalannya? “ Jamilah merajuk.
“ Sorry.
Jangan la merajuk. Abang tengah rungsing fikirkan banyak hal ni. Harap Mila
faham. “ Saifuddin mengendurkan sedikit nada percakapannya.
“ Abang rungsing pasal pe ni? Beritahu la Mila
mungkin Mila boleh tolong. Mila nampak jer macam ni tau, selalu gak kawan kat
kolej minta tolong ngan Mila kalau mereka ada masalah. “ Jamilah cuba
membanggakan diri.
“ Mula la tu nak bangga diri. Tak abis-abis
ngan sikap riak tu. Tau tak Allah tak suka sikap tu. “ Saifuddin cuba
mengingatkan.
“ Orang tau la. Orang bukan nak bangga diri cuma
nak bagitahu jer. So, pe masalah yang
merungsingkan abang ni? Biar pakar tolong selesaikan “ Jamilah masih bergurau.
Saifuddin yang tersenyum dengan gelagat keanak-anakan Jamilah mula menjawab.
“ Mila tahu kan Abang Haq sekarang dah
berubah, suka menyendiri duduk di rumah jer. Tapi bukan tu jer sebenarnya, dia
sekarang suka mengamuk dan tak mahu sape-sape berdekatan dengan dia. Makan,
minum dan pakai dia dah tak terurus. Dengan mama pun dia tak mahu. Jadi mama
risau dan minta abang tolong carikan orang yang boleh tolong naikkan semula
semangat abang Haq tu. “ Saifuddin menghela nafas yang dirasakan menyesakkan
jiwa.
“ Oh! Masa abang balas message Mila ari tu pasal ada emergency
kat rumah tu sebenarnya sebab Abang Haq la ye? “ Jamilah inginkan kepastian
berkenaan pesanan ringkas yang dibalas oleh Saifuddin semasa di restoran
dahulu.
“ A’ah pasal tu la. Tu la amukan Abang Haq
yang paling teruk. Pagi tadi mama call beritahu
abang pasal keadaan Abang Haq yang masih tidak mahu sesiapa mendekatinya
termasuk mama. Kemudian mama bertanyakan berkenaan Aina Umairah. “ Saifuddin
cuba merendahkan suara seperti kecewa.
“ Apa kaitannya Umairah dengan semua ni? Tak
kan la Umairah yang menyebabkan Abang Haq jadi macam tu. Mila tak caya la. Mila
kenal Umairah, dia bukan jenis yang suka menyakitkan hati orang tambah lagi
merendah-rendahkan diri seseorang. “ Jamilah serius.
“ Bukan macam tu la. Cuba dengar habi-habis
dulu baru menyampuk. Mama tanya pasal Umairah sebab mama minta abang cuba
berbincang dengan Umairah supaya dia dapat tolong naikkan semula semangat Abang
Haq. Tapi abang sebenarnya tak yakin dengan Umairah tu. Sekarang ni ramai orang
rupa jer baik tapi hati buruk. Mila fahamkan maksud abang. “ Saifuddin
mengempalkan jari-jemarinya.
“ Abang Din ni dah salah orang la. Kalau abang
nak tau dia tu lebih bagus dan baik budi pekertinya daripada Mila sendiri. Mila
jadi macam ni pun sebab dari kecil kami dah berkawan. Kalau abang masih ingat
macam mana perangai Mila dulu ngan sekarang abang akan faham maksud Mila. “
Jamilah mula membela Umairah.
“ Ye lah tu. Masa abang interview dia ari tu, dia tak mengambarkan ciri-ciri tu pun.
Jangan-jangan Mila dah rabun sampai tak nampak perangai sebenar bf Mila tu. “ Saifuddin tidak puas hati.
Demi mendengarkan kata-kata Sifuddin, Mila mula mengambil sebatang pen yang
berada di atas meja kopi bilik Saifuddin lalu mengetuk kepala Saifuddin.
“ Aduh! Pe hal ni, Mila. Sakit la! “ Saifudiin
mengadu kesakitan sambil mengusap bahagian kepala yang diketuk.
“ Tu untuk tindakan yang abang buat ke atas bf Mila. Semua tu salah abang juga
sebenarnya. Sape suruh abang perli-perli dia. Kalau Mila yang kena perli tu
memang abang dah lama makan penumbuk Mila. “ Jamilah menjegilkan matanya kepada
Saifuddin.
“ Pe yang Mila cakapkan ni. Abang tak faham
la. “
“ Mila tahu apa yang jadi masa temu duga ari
tu. Umairah dah cerita semuanya. Abang ni teruk betul la. Eee!!!! Geram betul
Mila kat abang ni tau. Kalau Mila tau sekali lagi abang perli Umairah siap la
abang. “
“ Ni la perempuan, sikit-sikit nak mengadu.
Tak boleh nak tegur sikit mula la melatah. “
“ Sape pulak yang mengadu ni abang. Kalau
abang maksudkan Umairah, memang tak la. Dia tu tak tahu pun yang kita ni sepupu,
tau tak. Bahkan dia pun tak tahu Auntie Niza tu makcik Mila. Jadi Mila
harap abang dan famili abang rahsiakan hal ni. “
“ Oh! Tu yang Mila suruh abang buat-buat tak
tahu masa bertembung kat restoran ari tu. Tapi kenapa? “ Saifuddin mula minat
untuk mendengar lebih mendalam berkenaan gadis yang bernama Aina Umairah itu.
“ Sebelum Umairah pergi temu duga ari tu, Mila
ada contact Abang Haq minta dia
tolong Umairah dapatkan kerja tu. Dia tu jenis yang suka berusaha sendiri untuk
dapatkan sesuatu pekerjaan tanpa bantuan mana-mana ‘kabel’. Kalau dia tahu Mila
ada minta Abang Haq tolong mesti dia tak mahu kerja tu. Jadi Mila harap sangat
abang and family abang simpan rahsia
ni baik-baik. Please! “ Jamilah
merayu.
“ Sampai bila rahsia ni boleh disimpan. Satu
hari nanti pasti akan terbongkar juga. Kalau masa tu baru Mila nak jelaskan
semuanya, abang rasa Umairah akan lebih terasa hati. “ Saifuddin cuba
menasihati.
“ Kalau dah jadi macam tu nanti, Mila akan
cuba pujuk dia. Kan dia bf Mila tau
la Mila macam mana nak pujuk dia nanti. “ Jamilah tersenyum manis sambil
membetul-betulkan tudung ala tajimanya.
“ Suka hati kamu la. “ Saifuddin mengalah.
Saifuddin mula menikmati minuman jus oren yang disediakan oleh setiausahanya
sebentar tadi untuk mereka. Jamilah turut sama minum. Setelah minum hampir
separuh gelas air jus tersebut, Jamilah kembali bersuara.
“ Tapi Mila musykil la. Macam mana pula Auntie Niza boleh terfikirkan Umairah
dapat menolong menaikkan semangat Abang Haq pula. Mila kenalkan Umairah pada auntie masa kat restoran ari tu. Masa tu
Abang Haq tak de pun kat sana. Yang lagi pelik bin ajaibnya macam mana Abang
Haq kenal Umairah lak? Setahu Mila, Umairah ni jenis yang susah nak sembang
dengan orang lelaki melainkan dape yang mulakan dulu. “ Dengan wajah yang
berkerut Jamilah bertanya.
‘ Oh! Mama dah kenal rupanya si Umairah ni.
Lagi susah nak tepis permintaan mama kalau macam ni. Buat pulak mama tahu siapa
gerangan si Umairah ni. Aduh! Susahnya nak selesaikan hal ni. ‘ Saifuddin
monolog sendirian. Namun dia kembali menjawab pertanyaan Jamilah.
“ Macam mana nak mula ye. Pada hari sesi temu
duga jawatan yang bf Mila tu pohon
dijalankan, Abang Haq nampak gembira lepas pulang petang tu. Hari tu Abang Haq
memang lain sangat seperti tidak menyedari keadaan dirinya yang sudah lumpuh
tu. Abang Haq siap perli abang lagi
malam tu sebab Umairah kenakan abang pasal meletakkan jari pada dahi tu. Abang
rasa Umairah ada ceritakan hal tu gak pada Mila, kan? “
“ Ada. Padan muka abang. Tu la ego sangat
sampai tak sedar yang Umairah dah kenakan abang. Prinsip Asas Sains macam tu
pun abang boleh terkantoi. Tengok betapa bijaknya Umairah mengenakan abang dengan
asas Sains jer. Dia guna cara yang lembut nak kenakan abang. Dia ada cakap kat
Mila yang sebenarnya dia nanti nak juga minta maaf kat abang sebab buat macam
tu. Niat dia sebenarnya baik abang. Dia nak sedarkan abang yang ego tu. “
Sambil ketawa Jamilah menjawab.
“ Ye ker? Dia cakap macam tu. Heem! “
Saifuddin tersenyum sumbing mendengarnya.
“ So,
sambung lik, jangan nak syok sangat ye. “ Jamilah mula serius.
“ Mama perasan jadi mama tanya la abang
puncanya. Abang pun ceritakan kepada mama pe yang jadi dan masa tu la mama tahu
Umairah punca Abang Haq gembira sangat. Jadi mama minta abang tolong tanyakan
Umairah sekiranya Umairah sudi membantu Abang Haq tak. Walaupun mama tak kenal
siapa sebenarnya Umairah tapi mama yakin sangat. Tu yang merisaukan abang sebab
first impression abang pasal Umairah
lain. “ Saifuddin bersandar seperti melepaskan satu bebanan yang besar.
“ Maksud abang auntie memang tak tahu Umairah yang abang sebutkan tu Umairah yang
sama Mila kenalkan la ye? Jadi abang panggil Mila ni sebab nak tanya pasal
Umairah la ye? So pe pendapat abang lepas dengarnya daripada Mila? Ke masih ada
yang abang nak tahu pasal Umairah? “ Jamilah inginkan kepastian.
“ Rasanya buat masa ni itu sahaja yang abang
nak tanya. Thanks Mila. Mila boleh la
pulang sekarang. Nanti senang-senang datang la rumah. “ Saifuddin mula ingin
bangun bergerak ke meja kerjanya.
“ Eh! Tak kan itu jer yang abang nak tanya?
Tak de nak tanya benda lain lagi ker? “ Jamilah menjongket-jongketkan
kening-keningnya.
“ Nak tanya pasal apa lak lagi? Rasanya itu
jer la yang abang nak tanya. “ Saifuddin kehairanan dengan pertanyaan Jamilah.
“ Betul ni? “ Jamilah tersenyum kambing pula.
“ Betul la. Yang Mila tersenyum macam kerang
busuk ni kenapa? Adalah benda yang bukan-bukan budak ni fikir. Ha! Cakap pe
dia? Karang abang luku kepala tu. “ Saifuddin mula mengambil sebatang pen yang
terselit di poket bajunya seolah-olah ingin mengetuk kepala Jamilah dengan pen
tersebut. Jamilah yang melihat tindakan itu segera memelindungi kepalanya
dengan mengambil majalah yang ada di bawah meja kopi tersebut.
“ Abang tak nak tahu ker dia dah ada special boyfriend ke belum? “
“ Buat apa abang nak tau? Bukan ada faedahnya
pun. Mila fikir abang suka kat dia ker apa? “ Jamilah serius seolah tidak
senang dengan pertanyaan Jamilah.
“ Bukan suka ker? Ye la Saifuddin bin Rafieq
yang Mila kenal selama ni tak kan layan perempuan seteruk abang layan Umairah.
Abang Saifuddin Mila kenal seorang yang menghormati kaum wanita, pandai menjaga
hati orang dan sopan tutur katanya. Tapi Saifuddin yang Mila dengar daripada
Umairah lain benar padahal orangnya sama. Pe kes? “ Jamilah tersenyum-senyum.
“ Pe kes? Pe kes? Ingat ni balai polis ker
apa? Tak de apa la. Ari tu abang terlebih emo
sikit. Sebab Abang Haq Mila punya pasal la. Menghilangkan diri tiba-tiba pagi
tu, tak pasal-pasal abang jadi bidan terjun. Rupa-rupanya menyorok dalam tandas
jer. Saja nak suruh abang gantikan dia gak. Kebetulan Umairah pulak yang jadi
mangsa pagi tu. Abang pun tak tahu kenapa Umairah yang boleh jadi mangsa.
Tiba-tiba jer tengok dia, abang naik angin. “ Saifuddin terasa bersalah dengan
tindakannya itu.
“ Emmm! Lain kali jangan pakai Eyemore, kan dah jadi seorang yang emo.”
Jamilah cuba mengusik. Kemudian dia menyambung bicaranya.
“ Tapi daripada apa yang Mila dengar, Mila dah
dapat gambaran keseluruhan cerita. Dan pada pandangan Mila abang sebenarnya
bukan terlepaskan kemarahan dan ketidak puasan hati abang pada Umairah tapi
Mila rasa abang…… abang… “ Jamilah tersenyum lebih lebar lagi.
“ Abang apa? Konon-konon nak bagi suspend la tu. Tak payah banyak
sangat berdrama. Cakap jer apa dia? “
Saifuddin serius.
“ Mila rasa la Abang Saifuddin ni sebenarnya
dah jatuh hati ngan Umairah. Bila abang nampak Umairah bersama ngan Abang Haq,
abang jadi jealous tu yang abang
sembur Umairah bila abang jumpa dia. Betul tak? “
“ Pe yang betulnya? Dah tak payah nak jadi
tukang analisis dan pakar cinta pula. Setakat baru tahu sikit jalan cerita tak
payah nak buat andaian sendiri. Dah syoh! Gi balik. Abang banyak kerja nak buat
ni. Anyway thanks. Nanti abang
belanja makan. “ Saifuddin mula bangun untuk bergerak ke arah meja kerjanya.
“ Eh! Wait,
wait. Mila dah tolong abang. Sekarang boleh ker abang tolong Mila pula? “
Jamilah berbicara sambil tangan didepakan bagai tidak memberi kebenaran
Saifuddin bergerak dari tempatnya. Saifuddin kembali duduk.
“ Nak minta tolong pe? Kalau pasal kerja
Umairah, Mila jangan risau. Tau la macam mana abang nak uruskannya. Jangan
risau dia akan dapat kumpulkan duit dia untuk sambung belajar tu. Itupun kalau
dia sanggup tanggung bebanan kerja tu. Ye la, bukan calang-calang orang yang
sanggup memikul beban tu. “ Saifuddin cuba mengagak pe yang ingin diperkatakan
oleh Jamilah.
“ Bukan itu la abang dan untuk pengetahuan
abang Mila yakin Umairah akan sanggup tolong walaupun tanpa upah. Tapi ni pasal
hal Mila pulak. Kalau boleh Mila nak minta abang bagi kerja kat Mila kat sini. Tak
pun kat restoran abang, boleh? “ Jamilah meminta sambil mengelip-ngelipkan mata
bagai anak kucing manja.
“ Eh! Kenapa pulak. Bukan Mila nak sambung
belajar kat Jepun ker? Pe cer ni? “ Saifuddin terpempan dengan permintaan Mila.
“ Mila tak jadi sambung belajar. Nak cari
pengalaman macam Umairah dulu. Nanti bila duit Umairah dah cukup baru kita orang
sama-sama sambung belajar. Takut la abang, gi sana sorang-sorang. Kalau gi
dengan Umairah tak la sunyi sangat. Lagipun dia tu cekap berbahasa Jepun
berbanding Mila. Pe-pe hal senang nanti. “ Jamilah ketawa kecil.
“ Macam-macam la ko ni Mila. Insya-Allah abang
akan fikirkan. Tapi janji dengan abang buat kerja elok-elok, jangan ingat buat
kerja macam masa belajar ari tu. Sekarang alam kerja tak sama dengan alam
belajar. Kita deal dengan real customer. Okey! “ Saifuddin
mengingatkan.
“ Baik bos! “ Jamilah tersenyum keriangan.
Saifuddin menggelengkan kepalanya dengan telatah Jamilah. Seketika kemudian
jamilah kembali bersuara.
“ Okey! Bos. Saya balik dulu ye. Jangan lupa
beri saya kerja nanti ye. Apa-apa pun tak kisah janji berkaitan dengan apa yang
saya belajar ye. Thanks, bye bos.
Jaga diri, jangan nakal-nakal. Jaga mata dan hati “ Jamilah tersenyum girang
mengusik.
“ Haah! Satu lagi. Kalau abang dah berkenan
cepat-cepatlah abang sambar sebelum dia diambil orang. Macam lagu tu, jangan
tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang. Dia tu cantik ramai yang
terpikat. Tapi kalau abang nak pikat dia, abang kena tahu caranya. Dia tu bukan
calang-calang orang. Hatinya susah dicairkan. Bahkan playboy kat kolej dulu pun surrender,
ini kan pulak mamat skima macam abang ni. “ Jamilah ketawa kecil melihat wajah
terkejut Saifuddin,
“ Amboi! Budak ni nak perli pulak. Dah shuh!
Shuh! “ Saifuddin pun tersenyum dengan gelagat Jamilah. Jamilah mula melangkah
kaki keluar dari bilik berkenaan sambil melambai-lambai Saifuddin tanpa memandangnya,
Saifuddin hanya mengelengkan kepalanya.
‘ Patut ker aku cuba nasib ngan dia? Isshk!
Apa yang aku fikir ni. Aku bukan sukakan dia pun. Dah tak payah nak semakkan
fikiran ngan fikir pasal hal-hal yang laghor ni. ‘ Saifuddin monolog sendirian.
Dia kembali membelik-belik fail berkenaan hotel tersebut. Masih banyak yang
perlu dia semak berkenaan dengan hotel papanya itu. Selama ini dia tidak pernah
mengambil pusing akan hotel berkenaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada
abangnya Saiful Haq kerana dia tidak berminat. Dia lebih berminat untuk
menjalankan perniagaannya sendiri di samping mencari resepi baru selain memasak
yang mana merupakan kesukaannya sejak dia kecil lagi.
Namun
sejak kejadian yang menimpa abangnya, Saiful Haq, segalanya berubah dengan tiba-tiba.
Dia bukan sahaja terpaksa mengambil alih menguruskan hotel berkenaan bahkan dia
merasakan hati dan perasaannya bercelaru setiap kali dia bertentang mata dengan
gadis yang bernama Aina Umairah tersebut. Dia sendiri tidak mengerti akan
perasaannya itu. Hatinya mendesak untuk mengenali dan menyelami hati budi gadis
berkenaan tetapi mindanya menolak apabila dia teringatkan kemesraan Umairah
dengan Saiful Haq tempoh hari.
Dia
seperti dapat merasakan satu kelainan yang bermain di mata abangnya itu, setiap
kali nama Umairah disebut bahkan bahasa mata abangnya ketika dia melihat
abangnya berbicara dengan Umairah.
‘ Ah! Sudah tolong jangan fikirkan hal tu
lagi. Dia bukan sesiapa pun dalam hidup ko bahkan dalam hati ko pun. Fakus!
Baik aku fokus ngan kerja-kerja aku yang melambak ni. ‘ Saifuddin berperang
dengan perasaannya sendiri.
Jamilah
masih lagi tersenyum memikirkan usikannya terhadap Saifuddin. Dia yakin abang
saudaranya itu sudah mula terbuka hatinya untuk bercinta dengan seseorang yang
bernama wanita. Dia maklum akan diri Saifuddin yang sukar untuk jatuh cinta
tidak seperti Saiful Haq yang mudah jatuh cinta sehingga kerap-kali
dipermainkan oleh wanita. Namun begitu Saiful Haq tidak pernah putus asa untuk
bercinta lagi. Apa yang paling Jamilah suka ialah bila mengetahui rakannya yang
paling disayanginya itu yang telah membuka pintu hati abang sepupunya. Kini
fikiran sibuk bekerja bagi merapatkan lagi hubungan Umairah dan Saifuddin.
‘ Aku akan pastikan korang bersama walaupun
akan ambil masa yang lama. Aku akan bersabar dan aku akan bukakan hati korang
berdua yang sama-sama keras tu. Aku akan tunjukkan kepada korang yang perasaan
cinta kepada kaum berlainan itu indah sekiranya ianya berlandaskan Islam dan
kerana Allah. Bukan sekadar cinta muda-mudi masa kini. So, ini misi aku sekarang. ‘ Jamilah monolog sendirian.
Seketika
melepasi meja setiausaha Saifuddin dan ketika hampir pada ruangan menunggu
bilik tersebut Jamilah terlihatkan Umairah yang sedang menunggu di situ.
Jamilah tergamam dan berasa tidak keruan. Umairah yang terlihatkan Jamilah
keluar daripada bilik yang sepatutnya di masukinya sebentar nanti juga terkejut
dengan kehadiran Jamilah tersebut. Masing-masing saling berpandangan!
No comments:
Post a Comment