Mamat Hangin.
J
|
amilah yang sudah beberapa hari tidak berjumpa
dengan Umairah kerana sibuk dengan urusan pembelajarannya ke Jepun akhirnya
keluar makan bersama dengan Umairah. Selain rindu untuk bersembang dengan
Umairah dia juga sebenarnya ingin mendengar cerita yang lebih lanjut daripada
Umairah tentang sesi temu duga di Hotel Teduhan Kasih beberapa hari yang lepas.
“ So ko
nak order apa ni? Nak order set ker nak asing-asing? “ Jamilah
mula bertanya selepas mereka duduk di meja yang terdapat di tepi kolam mini
Restoran Wangian Kasih.
“ Ko order
jer la apa-apa set yang ko nak. Aku ikut jer. “ Umairah yang tidak pernah
cerewet dengan soal makanan hanya membiarkan Jamilah memilih makanan mereka
tengah hari itu. Matanya tertarik untuk memandang ikan-ikan koi yang berenang
bebas di dalam kolam mini tersebut. Sungguh cantik dan sempurna ciptaan Allah.
Ada ikan, tumbuhan, batu-batan dan air yang menyejukkan.
“ Pe cer temu duga ari tu? Ada dapat jawapan
tak? “ Jamilah mula bertanya memecah kekhusyukan Umairah melihat sekumpulan
ikan koi.
“ Entah la…. Tak dapat kot. Malas aku nak
fikir sangat. Buat serabut fikiran dan sakit hati jer. “ Umairah bernada tidak
puas hati.
“ Insya-Allah ada rezeki ko tu nanti. Ko cakap
ni macam ko tak yakin dengan jawapan ko jer. Susah sangat ker soalan-soalan
yang dape tu tanya? Cer cuba ko
cerita sikit kat aku. “ Jamilah mula mencungkil.
“ Semua ok. Aku dapat jawab dengan tenang dan
aku tengok respon dua orang penemu duga tu pun okey jer dengan jawapan yang aku
bagi. Cuma ada sorang mamat penemu duga ni yang leceh sikit. Tanya soalan macam
aku ni tak reti buat kerja langsung lak. Tanya soalan yang bukan-bukan. Macam
tak puas hati jer dengan aku. “ Umairah mula menaikkan sedikit ton suaranya.
“ Ko cakap mamat, so mamat tu muda la ye? Berapa umur dia? Sape nama dia? “ Jamilah
teruja ingin mengetahui.
“ Yang ko mengatal sangat ni kenapa? Tak kan
aku sebut pasal mamat jer ko dah tangkap cintan kot? Agak-agak la. Aku tengah bengang ni. “ Umairah tidak puas
hati.
“ Bukan mengatal la. Jarang ko sebut pasat
mamat yang ko tak suka biasanya semua ko kata okey jer. Tu yang musykil ni. “
Jamilah mula mengurut lembut lengan Umairah bagi memujuknya.
“ Tak de la, selalu tu mana ada mamat yang nak
cakap kasar-kasar macam tu dengan aku, tu yang aku cakap okey jer. Ni tak,
mamat ni entah angin apa melanda kat dia ari tu, tiba-tiba jer hangin dengan
aku. Siap perli-perli aku bagai. Aku tahu la dia ada pangkat sampai boleh jadi
penemu duga tapi tak boleh ker cakap elok-elok, yang nak marah-marah pe sal.
Kalau nak ikutkan dia pun salah gak pe, dah la mula sesi temu duga tu lambat,
tak bagitahu langsung kat kita orang masa tu. Lama beb kita orang tunggu. Dua
jam tu, buntut aku naik kematu tunggunya. “ Umairah menerangkan dengan panjang
lebar.
“ Pokok tak kan goyang kalau angin tak tiup.
Ko ada buat salah kot? “ Jamilah dan Umairah mula memberhentikan sebentar
perbualan mereka apabila seorang pemuda pelayan menghantar makanan mereka.
Setelah pemuda berkenaan pergi Umairah menyambung semula bicaranya.
“ Alah sikit jer pun sebenarnya. Aku terlewat
masuk sesi temu duga tu sebab aku ‘melabur’. Tiba-tiba perut aku sakit sangat
masa tu. Dia pulak perli aku tak pandai jaga makan sampai leh sakit perut. Pas
tu terbawa-bawa lak ke soalan yang sengaja nak perli aku jer. Tanya aku kalau
masak nasi goreng kampung kene letak berapa banyak cili padi? Nasib baik masa
tu ada warga-warga tua sama semasa sesi temu duga kalau tak dah lama aku sembur
mamat tu. “ Umairah menunjukkan amarahnya. Jamilah hanya tersenyum kerang
mendengar ceritanya.
“ Tapi ko nak tau, dalam aku cuba kawal tu
dapat gak aku kenakan mamat tu. “ Umairah mula menceritakan peristiwa dia
beradu tenaga dengan Encik Saifuddin dari mula hingga tamat. Jamilah yang tidak
menjangka dengan tindakan Umairah mula bersuara.
“ Nakal betul la ko ni Umairah. Tapi kuat juga
ko ni ye. Tak sangka aku. “
“ Pe la ko ni. Ko pun macam mamat tu bijak
tapi selalu lupa prinsip Sains yang asas tu. Tu kan prinsip daya dan titik
tumpu yang kita belajar kat sekolah dulu. Itu la mamat tu ego sangat sampai tak
perasan apa yang aku buat. Bila dah diri dikuasai syaitan, akal pun kabur. Aku
sebenarnya tak nak malukan dia macam tu tapi bagi nak sedarkan keegoaannya tu
aku terpaksa la buat macam tu. “ Umairah bernada kesal.
“ Tak kan ko menyesal kot? “ Jamilah seperti
memahami perasaan Umairah.
“ Aku bukan kesal tapi kalau aku diberi
peluang aku nak minta maaf dengan mamat tu sebab malukan dia depan Encik Rafie
dan Cef Fiq. Sepertimana aku malu masa dia tegur aku depan mereka ari tu. Ko pun
tahu tu semua bukan cara aku, kan. “
“ Memang padan dengan muka mamat tu pun kan.
Ego sangat sape suruh. Rasakanlah. Itu nasib baik jumpa ko kalau jumpa aku, aku
tarik-tarik telinga dia biar dia sedar diri sikit. “ Jamilah tersenyum dengan
usikannya.
“ So,
ko agak mamat tu berapa umurnya ye? Sape namanya? “ Jamilah masih tetap ingin
tahu.
“ Ishk… ko ni masih nak ambil tahu pasal mamat
tu lagi. Nama dia Saifuddin. Aku rasa dekat tiga puluh tahun kot umurnya. Dah
puas dapat tahu? Dah aku nak makan ni. “
Umairah mula menyuapkan makannya. Namun Jamilah masih tidak puas hati.
“ Handsome
tak? Agak-agak macam muka sape? “
“ Ko ni memang kan. Saja nak putuskan selera
aku, kan. “ Umairah tidak puas hati dengan Jamilah yang asyik bertanya
berkenaan lelaki itu.
“ Ala la… Sorry,
Sorry. Tak payah jawab, ko sambung makan ye. “ Jamilah cuba memujuk.
“ Boleh tahan la muka mamat tu. Ada kacukan
Cina kot. Nak kata macam Aaron Kwok tu ada la sikit-sikit. “ Umairah yang tidak
betah menghampakan Jamilah tetap menjawab soalannya. Sambil tersenyum sumbing
Jamilah berbicara.
“ Handsome
la kalau macam tu. Bestnya kalau
dapat pakwe macam tu kan. Dah la handsome
ada jawatan tinggi lagi, walaupun tak tahu lagi pe jawatan sebenar mamat
tu. Untung la ko Umairah. “ Umairah mula membulatkan matanya.
“ Okey, okey. Aku kunci mulut aku. Aku
mengusik jer la. Makan, makan. Bismillah “ Jamilah yang mengerti dengan maksud
pandangan Umairah mula menjawab. Umairah tersenyum sumbing melihat telatah
Jamilah yang sudah memahami dirinya. Mereka kembali menikmati hidangan yang
tergendala sebentar tadi. Keasyikan mereka menikmati hidangan membuatkan mereka
leka sampai tidak sedar akan kehadiran seseorang di situ.
“ Amboi! Sedapnya menjamu selera, sampai tak
sedar keadaan sekeliling. “ Seorang wanita awal lima puluhan menghampirinya.
Umairah dan Jamilah memalingkan muka kepada gerangan yang punya suara.
“ Oh! Auntie
Niza. Sorry tak perasan. Maklum
la sedap sangat masakan kat restoran auntie
ni. “ Jamilah membalas usikan Puan Haniza. Umairah yang tidak tahu-menahu
hubungan mereka hanya memandang Jamilah sambil bertanya dengan isyarat muka
sahaja.
“ Bukan auntie
punya la, Abang Din kamu yang punya. Auntie tolong jaga sementara jer. “ Haniza
menerangkan.
“ Eh! Lupa pula. Umairah, kenalkan ini Auntie Haniza. Auntie Niza ni bf Mila,
Umairah. “ Jamilah memperkenalkan.
“ Selamat berkenalan Auntie Haniza “ Umairah menghulurkan salamnya. Haniza menyambutnya.
“ Umairah kan? Tak payah panjang-panjang, panggil
Auntie Niza jer. Cantik bf Mila ni. Sama cantik dengan Mila. “ Haniza
memuji sambil memegang pipi Umairah.
“ Tak de la auntie, saya biasa-biasa aje “ Umairah malu diperkatakan begitu.
“ Ye la auntie,
kami biasa-biasa jer. Auntie tu yang
Mila tengok makin cantik sekarang. Pe rahsia? “ Jamilah cuba mengusik.
“ Ade-ade sahaja Mila nak usik auntie. Mila and Umairah sambung la makan. Auntie
ada kerja sedikit nak buat. Disebabkan Mila datang dengan bf Mila, ari ni auntie belanja ya. Okey, selamat menjamu selera. “
“ Tak pe ke auntie? Menyusahkan auntie
pulak kami ni “ Jamilah cuba menolak.
“ Tak pe la bukan selalu. Nanti kirim salam
pada Papa dan Mama Mila ye. Auntie
masuk ke dalam dulu. “ Jamilah dan Umairah hanya menganggukkan kepala saat Puan
Haniza memohon diri.
“ Eh! Lepas ni kita jalan-jalan kat Aeon nak
tak? Dah lama kita tak window shopping sama-sama
kan. “ Jamilah pantas bersuara sebaik sahaja Haniza meninggalkan mereka. Dia
tidak mahu Umairah bertanya lanjut berkenaan Haniza.
“ Ye la, ko kan sibuk ngan persiapan ko untuk
gi Jepun. So macam mana persiapan ko? “ Umairah mula bertanya.
“ Boleh la. Tapi kalau ko dapat gi sama mesti
gempaq lagi best. Aku kalau boleh nak
gi sana sama dengan ko. Aku tak payah gi dulu boleh tak? Aku tunggu ko. Keje
sama ngan ko dulu nanti bila duit ko dah cukup baru kita gi sama-sama, boleh?
Boleh la ye. “ Jamilah merayu bagai anak kecil meminta barang mainan.
“ Jangan! Aku tak nak ko tangguh lama-lama
macam aku. Tiga tahun lama tu. Aku tak nak nanti lambat lak ko kahwin. Ye la
sebab masa tu kita masih tak abis belajar lagi sedangkan umur dah dekat tiga
puluhan. Aku tak pe, aku single lagi.
Nanti Danial ko serang aku lak. “ Umairah tersenyum manis seusai bicaranya itu.
“ Dia tak kisah la. Lagipun kalau betul dia
nakkan aku, dia mesti sanggup tunggu, kan. Kalau tidak tak pe mungkin tak de
jodoh aku ngan dia. Kumbang bukan seekor. Aku bukan apa, dari kecil kita dah
selalu bersama. Bidang yang kita ambil pun sama. Bila ko tak de aku rasa
semacam jer. Macam aku kehilangan bayang-bayang aku. “ Jamilah masih memujuk
dengan kata-kata yang lebih puitis, kononnya.
“ Aku tak mahu nanti famili dan Danial ko
menyalahkan aku lak. Lagipun ko dah buat persiapan dah kan. “ Umairah mula
bernada pilu.
“ Ko jangan risau la. Aku kenal famili dan
Danial aku tu. Nanti pandai-pandai la aku mengayat dape. Kalau aku berjaya
meyakinkan mereka, kira boleh la aku join
ko ye? Ke ko memang tak nak aku bersama ko. Ye la takut aku kacau hidup ko. “
“ Aku tak kisah, aku lagi suka. Ada gak aku
teman nak menyakat. Tapi sekarang ni bukan senang nak dapatkan kerja. Tengok jer
la aku sekarang ni, tak dapat lagi. Kalau dapat pun belum tentu kita kerja
bersama kan. “
“ Itu jangan ko risau la. Aku akan gunakan
segala ‘kabel’ yang ada untuk
dapatkan kerja. Sekarang ni kalau ada
kabel senang jer nak dapat kerja. Kalau tak dapat pun tak pe. Janji kita masih
boleh berjumpa. Kalau aku ada masalah, terutama masa aku merajuk dengan Danial
nanti ada gak ko nak tolong hiburkan hati aku selain tempat aku nak mengadu
nanti. “ Jamilah tersengih.
“ Oh! Sebenarnya ko tak sanggup berpisah dengan
Danial la ni, kan? Bukan sebab tak nak berpisah dengan aku. “ Umairah mula
memukul lembut lengan kiri Jamilah.
“ Itu sebahagiannya je. Tapi yang utamanya
pasal ko la. Lagipun aku ngan Danial tu belum pasti akan jadi pasangan
suami-isteri pun, kalau Allah tak izinkan, kan. “ Umairah hanya menganggukkan
kepala mendengar kata-kata Jamilah. Jamilah yang bijak dalam segala segi.
***************************************
Umairah dan Jamilah tersentak tatkala mereka
melangkah keluar daripada pintu Restoran Wangian Kasih kerana mereka hampir
sahaja bertembung dengan Saifuddin.
‘ Nasib baik dah brek, kalau tak dah
terlanggar mamat ni. Aduh! Macam mana la boleh bertembung ngan mamat ni kat
sini pulak. Harap dia tak ingatkan aku ni. Baik aku buat slamber jer. ‘ Umairah
berbicara sendirian.
“ Sorry,
encik kami tak perasan tadi. “ Jamilah segera memohon maaf. Demi
memandangkan Jamilah, Saifuddin sedikit terkejut dengan bicaranya. Jamilah pula
mengerutkan muka sambil mulutnya
bergerak-gerak tanpa mengeluarkan suara. Saifuddin cuba mentafsir mimik mulut
Jamilah.
‘ Buat-buat tak kenal!? Kenapa dengan Mila ni?
‘ Saifuddin berbicara sendirian selepas dapat mengagak butir bicara mimik mulut
Jamilah. Umairah yang sedikit menundukkan wajahnya, cuba tidak mahu bertentang
mata dengan Saifuddin, tidak sedar akan mimik mulut Jamilah. Namun Saifuddin
masih dapat mengecam Umairah. Demi melihatkan wajah Umairah, Saifuddin mula
‘kepanasan’.
“ Lain kali jalan tu tengok depan bukan
tunduk, tu sebab tak nampak orang kat depan dah. “ Tanpa menghiraukan mereka
Saifuddin meninggikan suara. Jamilah pelik dengan perangai Saifuddin, namun dia
mendiamkan diri. Umairah pula yang terasa dengan teguran itu segera menarik
tangan Jamilah bergerak meninggalkan Saifuddin sambil memohon maaf tanpa mengangkatkan
wajahnya.
“ Maaf ye encik, maaf. “ Saifuddin hanya
melangkah masuk ke dalam restoran tanpa memalingkan muka kepada mereka.
Setelah Umairah dan Jamilah berada di dalam
kereta Viva Elite biru tua Jamilah, Umairah mula bersuara.
“ Perangai tak berubah-ubah, tau nak hangin
jer. Ingat ari tu jer. Dia ni tak puas hati lagi ngan aku lagi ke apa? “
“ Pe yang ko merepek sorang-sorang ni Umairah?
Ko cakap pasal sape ni? “ Jamilah yang sedikit pelik dengan bicara Umairah mula
bertanya.
“ Kalau ko nak tau, tu la mamat ‘hangin’ yang
aku cerita kat ko tadi. Mamat yang interview
aku tu. Dialah orangnya. “ Umairah masih tersirap darah marahnya.
“ Oh! Tu la mamatnya. Patut la dia cakap macm
tu tadi. Tapi handsome giler. Tu yang
ko cakap boleh tahan jer tadi. Mata ko ni okey ker tak? “ Jamilah seperti
teruja.
“ Kalau handsome
tapi perangai tak semegah nak buat pe. Hangin satu badan kalahkan orang
datang bulan. Pada aku la, tak handsome orang
yang macam tu. Baik dapat pakwe yang hitam tapi baik hati, at least manis gak muka hitam tu. “ Umairah bermerah mukanya.
“ Okey, okey cool! Cool! Kita biarkan mamat hangin tu dengan hangin dia. Jom
kita gi shopping! ” Jamilah sedikit
menjerit keriangan tatkala menyebut perkataan shopping. Umairah hanya tersenyum tawar mendengar kata-kata Jamilah.
Umairah masih memandang pintu restoran tersebut.
“ Eh! Pe sal mamat hangin tu berlari keluar
macam tu. Nasib baik tak berlanggar dengan kereta tu. “ Umairah terkejut dengan
apa yang disaksikannya.
“ Kenapa ni Umairah? Terkejut aku “ Jamilah
yang baru menghidupkan keretanya terkejut dengan kata-kata Umairah yang seperti
orang cemas.
“ Tu ha! Mamat hangin tu. Berlari macam orang
gila. Tak tengok kiri kanan, sikit lagi nak berlanggar dengan kereta yang
tengah bergerak. Aku rasa mamat tu ada masalah la. Dah la tadi hangin ni pulak
berlari macam tak cukup tanah jer. Apa yang dikejar sangat tu entah la. “
Umairah menggerutkan dahinya.
“ Ehm… Nak kejar makwe kot. “ Jamilah
tersenyum dengan kata-kata Umairah.
“ Tapi aku tak nampak sape-sape yang keluar
dari situ tadi sebelum dia tadi. Ada emergency
kot kat tempat kerja tak pun kat rumah dia. “ Umairah cuba mengagak.
“ Bela nampak! Yang ko ambil perhatian sangat
ngan mamat hangin tu pe sal? Tadi bukan main marah ngan mamat tu, sekarang caring lak. Dah la, biarkan lah dia. Jom
kita gerak. “ Jamilah masih lagi tersenyum.
“ Eh! Mana ada. Pandai-pandai jer ko ni. “
Umairah buat-buat nada marah bagi menutup ketelanjuran perhatiannya tadi.
Sambil tu Jamilah sempat menghantarkan pesanan ringkas sebelum mengerakkan
keretanya. Jamilah dapat merasakan tanggapan Umairah terhadap perkara kecemasan
yang terjadi kepada Saifuddin mungkin ada benarnya kerana mulut Umairah selalu
masin.
Terkenang akan peristiwa rakan sebilik Umairah
yang terlalu lewat pulang ke bilik sedangkan tempoh keluar masuk asrama mereka
sudah tamat. Tekaan Umairah yang rakannya itu mungkin ditangkap berdua-dua
semasa buat study group ternyata
betul. Pada Umairah ianya hanya kebetulan dan Allah Yang Maha Mengetahui tetapi
kepada Jamilah ianya mungkin merupakan satu anugerah Allah kepada hamba-Nya
yang satu ini
‘Tit….tit…’ Nada pesanan ringkas masuk
mematikan imbasan Jamilah. Segera dia melihat pesanan ringkas tersebut sebaik
mereka berhenti di simpang tiga jalan.
“ Message
dari Danial ker? “ Umairah bertanya.
“ Tak la dari sepupu aku. Tadi aku message dia bertanya khabar. Dah lama
tak contact . Eh! Nak kita panggil
sape-sape lepak sekali ker nanti? Ke nak lepak berdua jer? “ Jamilah segera
mengubahkan topik perbualan.
“ Aku ikut jer yang mana ko suka. “
“ Kalau macam tu lepak ramai-ramai sikit la.
Baru best. Then tengok wayang. Okey?
“ Jamilah bernada riang.
“ Okey! “ Umairah cuba menceriakan keadaan
dengan menaikkan ibu jari tanda setuju. Masing-masing tersenyum dengan gelagat
spontan tersebut.
No comments:
Post a Comment