BAB 6 : Kenalan
D
|
eringan telefon
Aathifah yang berbunyi mengejutkannya dari lena. Kedengaran lagu ‘ Cukupkah
Semua ‘ nyanyian lagu penyanyi Opick sebagai nada deringan telefon bimbit
Aathifah. Segera telefon dicari di dalam beg tangannya dan panggilan diangkat.
“
Assalammualaikum . Ye Umi, Kak Long tak sampai lagi tapi dah masuk KL.
Sekejap lagi sampai la. Tadi tayar pancit
tu yang lambat. Pastu tayar ganti, bocor lak. Ni pun tumpang bos Zatunnur
yang kebetulan nak ke sana jugak. “ Danial melihat Aathifah diam seketika
mendengar bicara uminya.
“ Tak la, bos Nur ternampak Kak Long
kat tepi jalan tadi. Nanti dah lik baru uruskan kete tu “ Diam lagi.
“ Ye la. Apa-apa hal Kak Long call. Okey Umi. Waalaikummussalam. “ Keluhan kecil
kedengaran di mulut Aathifah.
“ Aaik, terima panggilan ibu sendiri
pun mengeluh ker? Tak suka ibu sendiri call
ker? “ Danial sedikit pelik mendengar keluhan Aathifah.
“ Tak de la, bukan tak suka cuma umi
saya suruh cakap terima kasih kat awak dan jemput singgah rumah masa balik
nanti. Dia nak jumpe, nak ucapkan terima kasih sendiri sekali lagi. “ Aathifah
memandang sepi wajah Danial.
“ La itu jer, ingatkan pe la tadi.
Kenapa nak mengeluh lak. Saya pun suka jugak nak kenal-kenal famili Aathifah. “
Danial menganggkat kedua-dua keningnya.
“ Bukan macam tu la. Mungkin saya
penat tukar tayar tadi kot. Sorry, saya
tertido tadi, tak temankan awak memandu.
Awak mengantuk ker tadi? “ Serasa
Aathifah menyembunyikan sesuatu. Danial membiarkan sahaja perkara itu.
Kebetulan mereka pun telah sampai di Kuala
Lumpur Convention Centre.
“ Tak ngantuk la. Saya ok jer “
Danial sekadar membalas.
Kuala
Lumpur Convention Centre dibanjiri khalifah bumi yang mengambil kesempatan
memeriahkan lagi International
Construction Week 2012. Di Banquet Hall, KL Convention Centre juga
penuh dan meriah dengan peserta yang seramai dua ratus enam puluh satu hadirin.
The Green Construction Conference menjadi
pilihan Aathifah dan tanpa diduga juga menjadi pilihan Danial. Jadi mereka
mengambil keputusan untuk duduk dikerusi sebelah menyebelah mengenangkan
masing-masing datang sendirian tanpa teman sekerja. Seronok juga Danial dan
Aathifah kerana mempunyai teman yang dikenali dan teman berbual dan berbincang
sebentar nanti.
“ Tadi tak sempat nak Tanya,
Aathifah dah tido. Ingat tadi nak juga tau seminar mana yang awak attend. Tak sangka sama seminar. Tak la
bosan saya nanti. Ada teman nak borak and
makan “ Senyuman masih meleret di bibir Danial. Dirasakan umpama menghadiri
seminar bersama-sama dengan kekasih hati
pula. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal!
“ Bukan kat sini awak boleh
tambahkan kenalan ke? Baru boleh masuk banyak sikit projek syarikat awak. Kalau
tak salah saya ada enam belas delegasi antarabangsa kat seminar ni. Kalau
berkepit dengan saya mana awak dapat projek. Saya ni pekerja jer. Tak payah nak
fikir pasal hal semua tu. “ Tersenggih Aathifah dengan senyuman dan telatah
Danial. Haih! Macam-macam!.
“ Sape kata berkepit dengan awak tak
dapat projek, rasenye lagi banyak projek masuk nanti. Tengok belah kiri saya,
dua dari tempat duduk saya, Mat Salih tu dah usha awak dari tadi lagi. Saya
rase nanti masa makan mesti kita dapat berkenalan dengan dia. Silap-silap
projek pun masuk. “ Mata mereka memandang delegasi tersebut sambil mereka
berbalas senyuman dengannya.
“ Pandai jer la awak. Entah dia saje
jer nak senyum, nak berbasa-basi. Ye la kan, dia datang tempat kita “ Aathifah
cuba menyangkal.
“ Okey, kalau macam tu yang sebelah
kanan awak pulak, lima dari awak tu, delegasi mata sepet tu pun macam tu gak,
asyik usha kite, pe kes? Kite tengok jer nanti lunch diaorang datang ke tak jumpe kita“ Tersenyum Danial dengan
akal sengalnya. Terasa bermanja-manja dengan Aathifah pula.
“ Ye, ye ajer. Confident sangat “ Sahaja
main tarik tali dengan Danial, melayan usikannya.
“ Ye la, Pengurus mestilah mempunyai
ciri-ciri itu, confident baru orang
lain pun yakin dengan kebolehannya. Aathifah bukan seorang yang confident ker? Rugi la macam tu “ Sahaja
Danial cuba membakar semangat Aathifah.
“ Issh… sudah la. Asyik sembang bila
masa nak dengar seminar ? “ Aathifah cuba lari dari persoalan Danial.
“ Belum mula lagi la. Mukadimah tak
abis lagi “
“ Tak pe la, dengar jer la. Jangan
nak ganggu orang lain yang nak dengar. Tak pasal-pasal kene sound lak. Dah-dah tadah telinga dengar
“ Tergelak Danial dengan kata-kata terakhir Aathifah.
Tidak Aathifah menyangka Pengurus
Besar Zatunnur ini seorang yang mudah didekati, dan mungkin kerana itu Zatunnur
pun seakan menaruh minat pada Danial. Malangnya Danial seorang jejaka Cina yang
mungkin sahaja beragama Kristian atau Buddha. Kalau Islam mungkin cinta
Zatunnur akan berbalas dan Zatunnur tidak perlu mencari-cari pasangan yang
lain. Itupun kalau Danial ini sudi membalas cinta Zatunnur.
Seminar yang dihadiri memang meresap
ke dalam jiwa Aathifah dan menepati citarasa penduduk masa kini yang lebih
cenderung mahu ‘menghijaukan’ Bumi. Semoga segala yang diperdengarkan dapat
diterapkan dan menjadi titik tolak dalam merangka pembinaan sesebuah
pembangunan nanti.
“ Danial, saya nak ke washroom dulu, nanti saya cari awak kat
tempat makan “
“ Saya pun nak ke sana. Jom la. “
Aathifah sedikit pelik dengan perangai Danial yang seperti mahu pergi ke mana
sahaja dia pergi.
“ What? Saya pun dok tahan sejuk dari tadi tau. Bukan awak sorang jer
yang tak tahan. “ Danial cuba memberi alasan tatkala melihat wajah Aathifah
yang seperti menyedari tingkah lakunya yang seperti mahu mengekori ke mana
sahaja dia berada.
“ Whatever !“ Itu sahaja yang mampu dibalas oleh Aathifah bagi
menutup ketelanjuran fikirannya mengenai Danial. Aathifah terlebih dahulu
bangun dan bergerak menuju ke arah tandas manakala Danial mengekori daripada
belakang. Sementara itu perasaan Danial berperang di dalam dirinya.
‘ Pe hal ko ni Danial, nak mengekor
Aathifah ke mana jer? Tak boleh nak berenggang, pe sal? Dia tu bukan sape-sape
pun. Cuma kawan Nur jer, bukannya awek ko yang ko nak berkepit jer. Dia pun tak
kata yang ko ni kawan dia. Ibu dia call
tadi pin dia kata ko ni bos Nur. Bos Nur okey bukan kawan. Sedar-sedar la.’
Danial mengeleng-ngelengkan kepalanya. Mujur Aathifah di hadapannya, kalau
tidak mungkin dia menyedari Danial yang mengeleng-ngelengkan kepala macam orang
sewel jer.
‘ Nasib dia tak tunggu aku kat sini
‘ Aathifah monolog sendiri tatkala terpandang ruangan legar yang berhampiran
tandas. Khuatir juga Aathifah dengan kemungkinan Danial menuggunya seperti di
kawasan rehat Ulu Bernam tempohari. Segera Aathifah melangkah menuju ke ruangan
makanan yang telah disediakan bagi menjamu makan tengahari para peserta sebelum
bersambung semula pada pukul dua nanti. Hayunan langkah terhenti apabila
namanya dipanggil. Aathifah mengalihkan pandangan, menghadap arah suara yang
menyapanya.
“ Aathifah kan? Aathifah binti
Hassan. Anak sedara Makcik Amirah. Saya harap saya tak salah orang? “ Aathifah
seperti mengenali jejaka tersebut.
“ Abang Qa’id ker? “ Tanya Aathifah
untuk kepastian. Qa’id mula tersenyum dan membalas.
“ A’ah Abang Qa’id la ni. Ingat
Aathifah dah tak kenal tadi. Semakin lawa Aathifah sekarang. Datang seminar ke?
“ Aathifah melihat kegembiraan yang terpacar di wajah Qa’id. Masalahnya
Aathifah kurang menyenangi pertemuan semula yang tidak dijangka-jangka
tersebut.
“ Macam biasa jer mana ada lawa.
Abang Qa’id ni suka puji lebih-lebih. Aathifah gi seminar ‘Hijau’ kat dalam tu.
Abang Qa’id lak? “ Aathifah cuba bermanis muka.
“ Abang gi International Construction Conference. Datang sini nak sapa kawan
Jepun Abang yang datang untuk seminar ni “ Mata meliar memandang segenap tubuh
Aathifah, dan Aathifah mula tidak selesa.
“ Oh! Ye ke. Kawan Abang tunggu kat
ner? “
“ Nak cari dia kat dalam la ni. Jom.
“ Mereka sama-sama melangkah masuk. Dari kejauhan dia dapat melihat kelibat
Danial yang duduk bersebelahan dengan Mat Salih yang diperkatakan tadi,
merenung tepat wajahnya dan Qa’id. Aathifah merapati meja yang dihuni oleh
Danial dan Mat Salih tadi. Mujur ada tempat kosong disebelah Danial. Aathifah
seperti mengerti pandangan mata Danial yang meminta penjelasan berkenaan Qa’id
segera memperkenalkan Qa’id.
“ Danial, introduce Qa’id, my aunt neighbour. Qa’id, this is Danial Yang, my
friend. “ Senyuman diberikan.
“Hi!
I’m Qa’id. Nice to meet. “ Ramah Qa’id memperkenalkan diri. Danial segera
menyambut huluran salam Qa’id.
“ Hello! I’m Danial and this is Mr. Mark, delegation from Australia. Mr.
Mark, this is Aathifah, the ones you looking for “ Qa’id bersalaman dengan
Mark pula. Aathifah pula hanya tunduk sedikit wajahnya dan melemparkan senyuman
manis kepada Mr. Mark.
“ Hi, Mr. Qa’id, Miss Aathifah. Nice to meet.”
“
Sorry, guys. I’ve got to go . I want to meet my friend over there. See you
then, Aathifah ” Qa’id mula berlangkah pergi bila ternampak
kelibat sahabatnya yang datang dari Jepun di meja yang terletak agak jauh
daripada mejanya.
“
Aathifah, please sit. I’ve book this for you. Why don’t you take your lunch?
Later we can continue our conversation. Mr. Mark had been waiting you “ Aathifah hanya
mampu tersenyum mendengar kata-kata Danial itu. Untuk apa Mr. Mark menantinya
menjadi tanda Tanya kepada dirinya.
Setelah mengambil
makanan yang ingin dijamah oleh Aathifah dia kembali semula ke meja. Dia
terkejut bila mendapati jejaka mata sepet tadi juga ada bersama di meja
berkenaan.
“ Aathifah, this is Mr. Kim Soo Hyeon from Korea. He also want to meet
you “ Danial tersenyum kepada
Aathifah sambil mengangkat sebelah kanan keningnya. Aathifah hanya tersenyum
kelakuan Danial. Hati tercuit dengan kata-kata Danial tadi tetapi disimpan dalam
hati. Tidak mahu tersalah memberi reaksi yang mungkin disalah erti oleh semua
yang ada disitu.
Aathifah terasa dia kini dikelilingi
oleh jejaka macho yang ada dimuka
bumi Allah. Masya-Allah, Allah Maha Agung dengan kekuasaan dan kemahuan-Nya
menciptakan sesuatu yang diingini dengan tiada cacat-cela kerana sesungguhnya
Dia Maha Sempurna dan kesempurnaan itu turut dilimpahkan kepada
hamba-hamba-Nya. Walaupun kita khalifah-Nya tidak memiliki sifat sempurna itu
seperti-Nya cuma sekadar hampir sempurna sahaja!.
No comments:
Post a Comment