BAB 17 : Bukan Ku
Tak Sudi
' T
|
ut…Tut….’ Bunyi
pesanan ringkas yang masuk di telefon bimbitnya segera dibaca Aathifah.
Dah
selamat smpai ke?
Danial bertanya
ringkas
Dah.
TQ. Awk lak?
Pesanan
dihantar.
Saya
pun dh smpai. Ok. Take care, bye
Take care, bye.
Aathifah membalas ringkas. Skrin
telefon bimbit dipandang. Pandangannya melewati seketika memori kelmarin di
Tesco.
Aathifah yang masih memegang beg
kertas pemberian Danial dengan wajah yang masih terkejut. Usikan Laila
menyentaknya.
“ Dah bagi hadiah mesti la pakwe
dia, pe ke benggapnye ko ni, Mira. “
“ Eh! Bukan la. Kawan jer la. “ Aathifah cuba
menyangkal.
“ Apa yang kawan a.k.a pakwe ko bagi
tu, Aathifah? Nak tengok leh? “ Laila yang sudah ada disebelahnya dan menyeluk
tangannya ke dalam beg kertas itu hanya dibiarkan.
“ Auww! Cantiknya baju ni. Mesti
mahal ni. Warna coklat, warna kegemaran ko kan Aathifah. Cantik la ala-ala kain
songket gitu baju ni. Kalau ko pakai macam perempuan Melayu terakhir gitu.
Pandai betul la mamat ni pilih. Betul ker ni korang tak de apa-apa ni? Kalau
tak de apa-apa tak kan dia tahu ko suka warna ni. Musykil betul ni! “ Laila
cuba menyiasat.
“ Eh! Ada nota la Aathifah. Nah “
Laila menghulurkan sekeping kertas nota yang berlipat pada Aathifah. Aathifah
membuka lipatan itu dan membacanya.
Harap awak sudi terima hadiah yang tak
seberapa daripada saya
sebagai tanda perkenalan kita dan
kesudian awak memenuhi
permintaan Syed. Sudi-sudikan lah
memakainya semasa
perkahwinan Syed nanti. Thanks so much.
“ Pe yang dia
tulis “ Laila yang terkenal dengan sikap prihatin terlebih itu cuba menyibuk.
Aathifah yang tidak mahu menjawab hanya memberikan kertas berkenaan kepada
Laila.
“ Auch! Bukan orangnye aje hensem,
tulisan dia pun hensem. “
“ Bak sini nak tengok “ Mira pula
menyibuk.
“ Nak tengok, nak tengok “ Kak Yati
pula berhimpit di antara ketiga mereka. Masing-masing tersenyum-senyum.
Aathifah hanya mengeluh kecil.
“ Aikk! Orang bagi hadiah pun nak
megeluh ker, Cik Aathifah oi? “ Kak Yati kehairanan.
“ Bukan macam tu, Kak Yati. Saya tak
suka dia buat macam ni. Membazirkan duit dia jer “ Aathifah cuba memberi alasan
sedangkan dia tidak menyenangi tindakan Danial itu.
“ Pe salahnya Kak Aathifah. Tengok
gayanye macam orang senang jer. Setakat hadiah baju macam ni tak de hal pada
dianye. “ Mira menyampuk.
“ A’ah la Aathifah. Lagipun dia kan
nak berkawan dengan ko, untung lekat ko juga yang untung. Bukan senang nak cari
yang macam tu, pakej yang lengkap tu. Tapi satu jer dia Cina. “ Laila menambah
‘perisa’. Aathifah malas mengulas, hanya mampu mendengar.
“ Ala itu senang jer, masuk la
Islam, pe susah kan “ Mira pula memberi pendapatnya.
“ Ingat nak masuk Islam ni boleh
sebab-sebab macam tu ke? Sebab nak kawen dengan orang Islam. Niat tu kene betul
baru betul caranya “ Kak Yati berhujah. Aathifah tersenyum dengan pengetahuan
Kak Yati.
“ Sudah, sudah, keje. Tu orang dah
nak datang bayar “ Kak Yati menyambung. Aathifah hanya menurut begitu juga yang
lain. Takut juga perilaku mereka ditegur oleh Kak Hasmah, singa garang, otai
kat Tesco ni. Beg kertas yang mengandungi baju kurung itu diletakkan sebelah
kaki Aathifah. Mereka meneruskan rutin mereka di kaunter mereka masing-masing .
Aathifah rasa begitu penat hari ini. Setelah menerima hadiah daripada Danial,
dirasakan dirinya terlebih-lebih lagi penat luar dan dalam. Penat badan dan
otak. Aduhai!
Matanya terlayar pula peristiwanya
bersama Aiman dan umi di ruang tamu rumahnya semalam. Memori yang
berkait-kaitan.
Suasana ketika ini sedikit tegang dengan
muka marah dan kecewa Aiman dan muka masam Aathifah sementara uminya Puan
Aminah yang rawan hatinya melihatkan ketegangan antara keduanya.
“ Kak Long ni kenapa suka buat macam
ni ha? Kenapa Kak Long tak nak terima hadiah ini? Cuba Kak Long cakap, terus
terang dengan kitaorang. “ Aiman menunjuk-nunjukkan beg kertas yang ada pada
tangan Aiman.
“ Kak Long tak nak terima sebab tak
nak terhutang budi? Seolah-olah dia buat Kak Long rasa macam tak mampu nak
belinya. Lagipun baju tu tak padan ngan Kak Long “ Aathifah menghemburkan
kesemua jawapan yang dirasakannya pada ketika itu.
“ Mengarut! Semua tu megarut la Kak
Long. Pe yang terhutang budinya? Abang Danial tu bagi sebab dia ikhlas nak bagi
jer. Aiman tak pikir dia bagi ni sebab dia rasa Kak Long tak mampu beli. Dah
dia nak buat hadiah mesti la dia bagi yang cantik pada dia. Pernah ke Kak Long
tengok orang bagi hadiah yang buruk-buruk? Pe yang tak padan lak baju tu? Bukan
dulu-dulu Kak Long memang pakai baju-baju macam ni ker? “ Aathifah yang faham
dengan sifat Aiman yang hanya akan bersuara jika dirasakan perlu hanya mampu
memandang dan mendengar kata-kata adiknya.
“ Aiman pelahan sikit suara tu.
Nanti terjaga Abi kat dalam tu. Bawa la bincang elok-elok, jangan la macam ni “
Puan Aminah cuba menegur lembut
“ Aiman tahu Aiman tak layak nak
cakap macam ni ngan Kak Long tapi Aiman rase ni jer cara Aiman nak sedarkan Kak
Long. Aiman nak minta tolong Kak Long. Tolong jangan buat macam ni sebab nak protect famili kita lagi. Sudah-sudah la
ngan pe yang Kak Long dah buat untuk kitaorang selama ni. Kitaorang semua dah
besar panjang dah boleh jage diri kitaorang. Dah boleh buat keputusan yang
wajar. Kitaorang pun dah boleh tolong sama jaga famili kita. Kak Long tak perlu
buat semua sendiri, cuba bagi kami tolong sama. Tanggung beban ni sama-sama
ngan Kak Long. Jangan seksa diri Kak Long lagi “ Aiman mula mengendur. Setelah
Aiman diam seketika, dia kembali menyambung.
“ Cara Kak Long ni sebenarnya bukan
saje menyeksa Kak Long tapi kami semua. Kak Long tahu tak? Sekarang Kak Long
dah seksa hati Abang Danial lak. Pernah tak Kak Long pikir semua tu sebelum
tindakan ni yang Kak Long ambik? Kak Long tahu tak kata-kata tu lebih tajam
menikam dari pedang “ Aathifah cuba menyeka air mata dari mengalir jatuh ke
pipinya.
“ Umi, Aiman keluar kejap “ Aiman
yang bingkas bangun menghampiri pintu.
“ Jangan balik lambat ye Aiman “
Hanya itu yang dapat dipesan oleh Puan Aminah. Demi mendengar deruan bunyi
motorsikal Honda CBR 500R berlalu pergi, setitis airmata Aathifah mengalir di pipi
kirinya.
“ Dah la Kak Long, Aiman tu banyak
keje kot tadi. Tu yang dia cakap macam tu. Penat la tu. “ Puan Aminah cuba
memujuk Aathifah.
“ Umi… umi betul ker apa yang Aiman
cakap? Cara Kak Long menyebabkan umi terase…. Adik-adik semua terase? “ Aathifah
mula menyeka airmata yang semakin lebat menitis dengan jari-jemari kirinya,
walaupun tanpa bunyi esakan tangisan.
“ Dah la. Jangan pikir sangat cakap
Aiman tu “ Puan Aminah masih berdalih.
“ Tolong cakap yang betul umi. Umi
ada rase macam tu ker? “ Aathifah masih merayu Puan Aminah berkata benar. Puan
Aminah mengeluh kecil.
“ Kami sebenarnya tak nak tengok Kak
Long macam ni lagi. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya seksa diri sampai
macam ni hanya sebab keadaan kita yang macam ni. Kami tak nak Kak Long tanggung
semua ni sorang-sorang lagi. Kita cuba buat semuanya sama. Tak la Kak Long
sengsara sampai macam ni. Sanggup berkeadaan macam ni sampai abaikan hati dan
perasaan Kak Long sendiri sebab nak bagi kami semua gembira. Kami tetap dan dah
cukup gembira walau macam mana sekalipun keadaan kita. Tapi kami tak akan
gembira kalau keadaan Kak Long macam ni. “ Puan Aminah mengusap lembut kepala
Aathifah yang masih bertudung.
“ Dah la tu. Jom masuk tido dah
lewat malam dah ni. “ Puan Aminah menyambung. Aathifah hanya mengikut langkah
uminya dan memasuki biliknya sedangkan Puan Aminah ke biliknya.
Aathifah menyandarkan tubuhnya pada
kepala katil dengan kaki melunjur di atas tilam. Dia masih disitu dengan
pakaian tadi. Belum tergerak hatinya untuk membersihkan dirinya. Fikirannya
melayang pada pertemuannya bersama Danial yang ditemani adiknya, Aiman sebaik
sahaja dia habis kerja pada malam tadi. Setelah memperkenalkan adiknya, Aiman
pada Danial dia terus memulakan bicara kerana hari sudah lewat malam.
“ Sorry Danial panggil awak jumpa malam-malam ni. Ada benda kita kene
settle kan malam ni gak. “ Danial
hanya diam mendengar.
“ Saya nak pulangkan baju ni kat
awak. Bukan saya tak sudi tapi saya rasa saya tak layak nak terimanya. Lagipun
tak sesuai ngan saya. “ Aathifah bernada tenang dan menolak beg kertas tersebut
yang ada di atas meja dihadapannya kepada Danial.
“ Ha? Saya ikhlas nak bagi awak,
Aathifah. Kenapa awak tak nak terima? Jangan risau saya beli ngan duit yang
halal. Saya tak pernah berjudi atau dapat projek ngan cara yang salah. Rezeki
saya halal la “ Danial tersenyum dengan percubaannya melawak.
“ Saya tak pikir sampai macam tu
pun. Awak jangan salah paham. Bukan tu maksud saya. Tapi memang saya rasa tak
layak nak terima. Awak bagi la kat Nur, dia lagi sesuai ngan baju ni “ Nada
yang serius Aathifah cuba berikan. Aiman yang hanya mendengar dipandang sekilas
oleh Aathifah.
“ Kalau awak tak sudi, tak pe la.
Awak bagi aje la kat Nur. Okey la saya gerak dulu. Jumpe lagi Aiman. “ Danial
bangun lalu menghulurkan salamnya pada Aiman. Salamnya disambut Aiman.
“ A….awak… Danial…. “ Panggilan
Aathifah tidak dihiraukan oleh Danial. Aathifah hanya membiarkan Danial berlalu
pergi dengan hati yang tidak dapat digambarkannya.
“ Aiman, jom balik “ Aathifah sudah
bangun dan berlalu pergi tanpa mengambil beg kertas tersebut. Lamunan Aathifah
terhenti.
Dia tidak menyangka Aiman sempat
juga mengambil beg kertas ini sewaktu pulang tadi. Beg kertas yang kini elok
terletak di atas katilnya disebelah sisinya. Dia sendiri tidak pasti masa bila
baju ini dibeli oleh Danial. Rasa baju ini adalah baju yang sama dilihatnya di
butik tempohari. Butik di mana Danial membeli Baju Melayunya.
Jiwa Aathifah kini kosong. Tiada apa
yang dirasakannya walaupun dengan apa yang telah dilakukannya kepada Danial
ataupun dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Aathifah mengambil keputusan
membersihkan diri dan ingin menghadap-Nya. Melafazkan isi hatinya dan memohon
petunjuk.
Aathifah kembali tersedar dari
lamunannya. Jam dikerling dan segera langkah diatur untuk membersihkan diri
supaya dapat segera menunaikan solat Zohor yang semakin lama berlalu.
2 comments:
Oh behitu ceritanya. Alahai Aathifah ni.. Knp sampai hati tolak pemberian Danial. Sedih pulak tukang bagi hadiahnya. Mesti terasa sampai cakap gitu kan. Tapi Danial cool je. Terasa hati pun disembunyikan. Huhu..
Banyak sangat rahsia yg blm tersingkap sehingga ke episod ke 17 ni. Harap sedikit sebanyak dpt terungkap. Dan Aathifah sgt workholic sampai sanggup ketepikan hati dan perasaan dia.
Thanks for the entri. Dah ade blog pasni kita follow cerita ni dlm ni je :) hehe.. nnt update lg. p2u lambat sgtlah entry dia. 2 kali sebulan. =_=
Eh dh keluar ke bukunya?
Post a Comment